Sabtu, 21 Disember 2013

Doa hari Sabtu

Dalam hidup ini, aku tak minta banyak pada Tuhan. Aku cuma minta Tuhan kurniakan keluarga aku kesihatan dan keselamatan. Aku minta pada Tuhan supaya tenangkan hati ini untuk menghadapi hari-hari mendatang.

Moga-moga Tuhan rahmati.

3:46PM Sat 21/12/2013

Selasa, 17 Disember 2013

Satisfaction guaranteed

I gotta tell you, I'm not whatever the hell you portray me to be. Melalui tulisan-tulisan yang menghuni ruang maya ini, aku fikir ia cuma menggambarkan sebahagian kecil kehidupan, perwatakan dan apa sahaja yang bersangkut-paut dengan keberadaan diri.

But once you get to know me...

9:43 PM Sat 22/06/2013

Rabu, 11 Disember 2013

An unfinished dream

"One dinner, that's all I'm asking for. It baffles me how we never had a date before, you know? Kita selalu keluar berkumpulan, sehingga tiada peluang untuk meluangkan masa berdua, berbual dan ketawa."

I am glad. I feel like I finally had the opportunity to complete my long-overdue dream.

9:31 PM 03/10/2012

Driven by paranoia

Seumur hidup, aku jarang berkongsi atau meluahkan rasa dan masalah dengan mana-mana perempuan yang (pernah) aku cintai. Though I enjoy talking to them, and on some occasion, lying to them, I still don't find the need to open up to them to share about my personal life.

Apa yang sering keluar dari mulut aku hanyalah hal-hal yang bermain di permukaan; tidak begitu penting dan tidak meninggalkan kesan. Walaupun di kemudiannya, ia seakan-akan, secara magis, mampu bertukar menjadi sesuatu yang mudah dikenang.

Don't ask me, I don't know how it's done.

Mungkin ketidakterbukaan ini datang dari dalam diri sendiri, yang mengandaikan bahawa tiada sesiapa dalam dunia ini yang boleh dipercayai sepenuhnya.

8:15 PM Sat 22/06/2013

Nothing scares me anymore

Dua tahun lalu, diri ini berasa puas dapat membayar sendiri yuran pengajian kolej dan menanggung kos sara diri tanpa meminta bantuan Ayah.

Walaupun mempunyai reputasi pengurusan kewangan yang agak teruk, but I managed to survive. Di hujung semester, akaun bank sentiasa menunjukkan baki-baki wang yang belum (sempat) dibelanjakan.

Kerana ketika itu, aku fikir, aku sudah mampu untuk berdikari.

Kini aku tiba pada fasa hidup yang agak mendatar tetapi stabil. Aku hanya menjalani hidup; tiada drama, tiada kejutan, tiada klimaks, tiada apa-apa.

Namun tidak dapat tidak, sewaktu berbual dengan kawan-kawan, kami akan terbabas menyentuh hal-hal masa depan seperti alam perkahwinan, kerjaya tetap, membesarkan anak-anak dan seribu satu macam lagi.

Kadangkala sebelum tidur, aku ligat memikirkan, apakah alam dewasa ini seakan-akan tidak kena dengan jiwaku?

Will I survive, that is the question.

5:27 PM Sunday 16/06/2013

The rest is self-explanatory

I'm a genius, for that I can assure you.

I am who I am

Pernah sekali, seorang kawan, tunduk untuk mencapai sesuatu di atas lantai, thus giving me the sight of her downblouse.

I said to myself, "Thank God, I'm not gay."

Khamis, 5 Disember 2013

An afternoon well spent (3)

(i)
Kadangkala, aku merasakan seperti aku kehilangan ramai kenalan selepas tamat belajar. Aku tidak lagi menghubungi mereka untuk bertanya khabar. Alas, I don't go out and make (new) friends anymore.

Hidup aku kini penuh dengan rutin. Hingga membuatkan aku semacam merelakan setiap perkara berlaku tanpa peduli untuk berbuat apa-apa. I think I'm losing control of my life.

(ii)
Aku mengadu kepada Miss F betapa aku tidak lagi seperti dahulu, "I miss the old me."

Where is my go-fuck-yourself attitude? Where is my happy-go-lucky-yet-still-classy-as-fuck personality? Where is my narcissistic self? Where is the fun side of me? Nilai-nilai yang pernah mendefinisikan diri ini seakan-akan tidak lagi wujud.

I don't make jokes anymore, and I'm pretty sure not capable of mocking (or membahan if you will) my friends like I used to. I feel... old.

(iii)
I need to dig deeper. I have to jot everything down. Aku harus akui, berpisah dengan housemates sewaktu pengajian diploma memberi trauma kepada diri ini. Seperti separuh jiwa ini direnggut kasar tanpa diberi penutup yang sempurna.

(iv)
I miss my housemates. Dua tahun tinggal bersama sudah cukup untuk aku berkata, "I know them by heart." Aku fikir tiada hari berlalu tanpa aku ketawa sewaktu bersama mereka. Tempoh paling girang dalam hidup aku.

(v)
Memories. Wonderful memories.

8:11PM Thursday 05/12/2013

Rabu, 4 Disember 2013

Petang Rabu; mendung

Aku selalu menganggap diri ini sebagai seorang koya liberal dalam banyak hal. Sama ada dalam konteks beragama, atau kehidupan, atau hak asasi diri dll.

Seperti pagi tadi, kerana buntu mencari sejadah tak jumpa-jumpa, aku sembahyang Subuh beralaskan kain pelikat. Dan pernah sekali, tak ingat bila, sembahyang beralaskan kain cadar tilam yang aku selongkar daripada dalam almari.

Tetapi hal ini seolah tak dimengerti oleh sesetengah manusia. Mereka terikat dengan dogma, yakni sembahyang haruslah di atas sejadah. Pilihan selain daripada itu akan dipandang ganjil, malah tak keterlaluan, dianggap salah.

Aku adalah manusia yang tidak banyak kerenah. Tiada sejadah tidak bermakna dunia sudah hampir kiamat. Praktikaliti ternyata menyebelahi aku.

Pengakuan ini datang daripada aku yang pernah memasak megi, telur, sardin, dan malah, nasi goreng menggunakan periuk nasi eletrik. Atau menggunakan mesin basuh manual untuk mengeringkan baju tanpa perlu dijemur. Atau menyeterika (hodohnya perkataan ini) baju basah sampai kering sehingga tiada alasan untuk berkata, "Celaka, baju tak sempat kering!"

I tried to make the best out of everything. Especially the littlest things. Namun tidak ramai yang memahami; dilapik dengan alasan bahawa usaha ini nampak remeh, dan terkesan berbaur malas.

Tetapi ini tidak bererti aku menolak tradisi. Tidak, tidak, bukan begitu diri ini berfungsi. Jika nilai-nilai tradisi dilihat melindungi/membayangi praktikaliti, aku fikir, aku mampu untuk (cuba) sesuaikan diri dengan sesuatu yang baru.

Tidak membeli baju raya, misalnya. Kali terakhir adalah sekitar empat atau lima tahun lepas. Aku berhenti membeli kerana merasakan ia satu perkara yang tidak perlu. Adakah sambutan hari raya aku menjadi tidak bermakna tanpa berpaut pada kebendaan dan material? Sudah tentu tidak.

Kemudian aku tersedar, kitaran tidak membeli ini akhirnya mencipta satu tradisi baru. Hell, not buying is the new buying.

8:09PM Wednesday 04/12/2013

Ahad, 1 Disember 2013

Tak berminat dengan suasana

I had a cup of Nescafe three hours ago, dan kini, menjelang detik tengah malam, mata ini masih belum mahu lena.

Aku keluar makan malam seorang diri sebentar tadi. Memandu sekitar pekan, tanpa arah tujuan, hanya untuk memuaskan nafsu untuk memandu laju, sebelum mengambil keputusan untuk mengisi perut lapar sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah.

Tiga atau empat tahun lepas, aku menolak idea makan seorang diri di restoran, kerana aku menganggap ia sesuatu yang memalukan (dan menyedihkan). Bagi aku, turutan hierarki-nya begini: ketidaksunyian, kemudian kesunyian, kemudian pada darjah paling atas adalah makan seorang diri.

Tetapi, kini, ia jadi perkara biasa. Tiada lagi rasa canggung untuk duduk seorang diri, pesan hidangan, menonton tivi sambil menunggu, makan, dan pulang ke rumah dengan hati puas.

Blissful, I tell you.

Rabu, 27 November 2013

An afternoon well spent (2)

"I'm only 22. I sometimes wonder how the hell did my life turned out this way."

Keluhan ini datang daripada aku yang tidak lagi mencari aktiviti-aktiviti malam, tidak lagi berusaha untuk memulakan hubungan dengan mana-mana perempuan, tidak lagi keluar melepak melainkan jika diajak.

Miss F said it was partly my fault because clearly no one has been avoiding me. Ya, aku tahu itu. Tetapi yang lebih penting di sini ialah, mengapa pada usia muda begini aku semakin tidak berminat dengan kehidupan?

Sudah tentu, akan ada satu tahap dalam hidup, apabila kita akan luangkan sedikit masa untuk merenung/mengelamun tentang masa depan. Membayangkan bagaimana kehidupan selepas berkahwin, misalnya. Atau membayangkan bagaimana kehidupan dalam tempoh dua/tiga tahun mendatang, bersandarkan resos/data (gaji, status, taraf hidup dll) sedia ada.

Tetapi tidak lagi. Aku mula dapati hidup ini penuh dengan nilai-nilai negatif. Sehinggakan fantasi yang pernah aku bina satu ketika dahulu, kini tidak lagi melintas dalam fikiran. Maybe I just wouldn't dare go down that road ever again.

Aku juga sama seperti manusia lain; dibebani emosi berbelah bagi. Separuh diri ini masih beromantika dengan memori-memori silam. Separuh lagi berkeras mahu lupakan segalanya dan teruskan hidup seperti biasa.

Sejujurnya, kesunyian menyebabkan aku ingin berpatah balik. Memetik kata-kata Ted Mosby, "Everyone’s got some baggage; it’s part of life". Seolah-olah diri ini ingin mencari sisa-sisa kebahagiaan dalam memori silam.

Tiba-tiba wujud gesaan untuk menelefon suara-suara yang pernah menenangkan hati ini. Dan untuk kembali bersama dengan manusia-manusia yang buatkan aku terlupa erti kesunyian dan kesedihan.

But I know deep down, it doesn't work that way. No, not anymore.

12:11AM Wed 27/11/2013

Jumaat, 22 November 2013

An afternoon well spent

Semalam aku ke Ipoh untuk berjumpa Miss F. Terkial-kial memandu kereta transmisi automatik, menyebabkan aku tiba lewat setengah jam. Okay, empat puluh lima minit.

Memandu kereta transmisi automatik buatkan aku mengantuk. Ia membosankan, docile, malah tak keterlaluan, submisif. Aku cuba juga untuk memandu secara agresif, but I guess the thrill was never really there at all.

Jadi kami bertemu di Nando's. Pertama kali aku berkunjung ke sini, sebenarnya. Kerana aku tidak membesar dengan makanan-makanan begini. Kadang, mendengar kawan-kawan bercerita tentang tempat-tempat makan dengan nama yang asing bagi aku, belum tentu dapat menarik perhatian diri ini.

I went to Starbucks once. I ordered Green Tea Cream Frappuccino and it was good, no argument there. Namun, walaupun telah mempunyai pendapatan tetap, dan baki akaun bank dengan kadar sejuk mata memandang, aku masih tidak dapat menerima idea membayar belasan ringgit hanya untuk secawan minuman; malah ia terkesan membuatkan hati ini sedikit ralat.

No, I'm not a cheapskate. Kerana aku sedar bagaimana dunia ini berfungsi; benda/perkara yang bagus selalunya datang dengan harga tinggi.

Aku bertanya pada diri sendiri, mengapa perlu aku bersusah-payah berjumpa Miss F? Mengapa perlu aku memandu pergi-balik sejauh hampir 150 kilometer semata-mata untuk sepinggan hidangan? Jawapan kepada soalan ini sentiasa ada, tetapi seolah-olah disamarkan oleh keengganan aku untuk mengakui kebenaran.

Aku beritahu Miss F, aku sedang bergelut dengan kesunyian. Betapa hidup aku kini dibayangi rutin, dan tiada lagi ruang jeda untuk sesuatu yang baru, dan aku tidak lagi berasa teruja untuk menulis.

"Social life saya bukan zero lagi. Sekarang dah bawah zero, dah jadi negatif," aku kata.

"But you don't look like you're lonely," balas Miss F.

Memang. Kesunyian ini jarang terzahir di wajah. Sesiapa yang kenal rapat dengan diri ini, pasti tahu bahawa aku adalah manusia yang tidak lokek untuk menguntum senyuman, sering ketawa, sentiasa ada hal-hal lucu untuk dikongsi bersama.

Dua jam berbual di meja makan sudah memadai untuk aku. Selepas Butterfly Chicken Breast selamat berada dalam perut, dan tiga kali isian semula iced lemon tea, aku berasa lega dapat berkongsi rasa dengan seseorang. Sekurang-kurangnya, beban di hati ini bertemu juga jalan keluar.

I don't need comforting advice. I really don't. Aku cuma perlukan telinga dan bahu metaforikal untuk mendengar dan bersandar.

Heh, maybe that explain why I don't mind driving an hour plus to meet Miss F.

10:30PM Fri 22/11/2013

Rabu, 20 November 2013

Sebelum Maghrib

Masih belum berjumpa titik temu untuk kembali menulis. Mungkin kerana aku tidak mahu (atau tiada apa?) untuk dikongsikan bersama.

Walaupun aku sebenarnya secara konsisten menulis dalam kepala, tetapi untuk menterjemah segala-galanya dalam bentuk yang lebih teratur kelihatan seperti sesuatu yang semakin tidak penting.

I get it, menulis itu satu bentuk escapism. Ada sesuatu tentang penulisan yang aku puja, dan yang aku percaya banyak membantu aku mengekalkan kewarasan.

Kadang aku duduk sendiri, termenung jauh, mencipta ayat demi ayat dalam lamunan, dan aku taip sesuatu. Namun tulisan-tulisan itu jarang berakhir di tangan pembaca. Ia kemudian terperuk, memenuhi ruang draf bersama puluhan tulisan yang lengkap/tidak lengkap.

Aku kini lebih banyak berfoya di Twitter. Ruang 140 patah kata ada estetika-nya yang tersendiri. Semacam satu cabaran untuk memenuhi ruang sempit itu dengan sesuatu yang meninggalkan kesan.

Aku tidak melihat Twitter sebagai satu tempat hip. Kerana hakikatnya, Twitter adalah tempat yang penuh dengan perkara-perkara mundane, bosan, tak penting.

Oh, what the hell. I'm just making this up as I go along.

6:47PM Wed 20/11/2013

Khamis, 14 November 2013

Chill, I got this.

I bought myself a proper smart phone last month. A used one, but still in 'Nora Danish' condition, though. Sehingga hari ini, masih belum ketemu fungsi jitu telefon ini, kecuali untuk menatal gambar-gambar di Instagram, dan untuk menangkap gambar-gambar koya esentrik.

And I bought myself a car, a week before my birthday. Tak ramai yang tahu aku beli kereta baru, kecuali beberapa orang kawan rapat. I didn't even bother to upload any photos of it on... oh wait, there's one on Instagram.

Tiga jam sebelum menulis ini, aku didorong oleh semangat apa, telah membeli sepasang kasut larian. Konon sebagai motivasi untuk lebih rajin berlari setiap petang. Because I don't do sports anymore, kecuali setiap hujung minggu, aku akan bermain badminton selama se/dua jam.

Dan sewaktu menaip ini, aku sedang berkira-kira untuk membeli buku Ahmad Kamal Abu Bakar yang sudah mengisi bakul wishlisht selama hampir empat bulan. Juga sedang menimbang kemungkinan untuk menyambung semula langganan The Paris Review yang tamat dua bulan lepas.

At this point in time, gusar melihat baki dalam akaun bank adalah perkara terakhir yang patut aku lakukan, tidak?

9:23PM Thur 14/11/2013

Rabu, 13 November 2013

(VII)

(I)
I always get what I want. Just not on time.

(II)
I don't watch new season of any tv series anymore. Most of them are plain horrible.

(III)
Nilai-nilai kehidupan, dibentuk bukan sehari dua. Kepercayaan dalam diri, datang bukan dalam tempoh semalaman. Asas kepada pembawaan diri ini, bermula dari umur setahun jagung. Sebab itu, aku sering percaya bahawa kunci untuk mengenal diri adalah dengan merenung kembali ke belakang, sambil mencari sisa-sisa memori waktu kecil.

(IV)
Keupayaan untuk melakukan compulsive lying, jika aku tak salah, adalah hasil latihan intensif diri ini yang percaya kepada konsep 'why not?'.

(V)
Buah fikiran dalam minda aku, anehnya, berbentuk dialog; dua hala. Semacam sentiasa ada dua suara berbeza, tetapi tetap menuju pengakhiran yang sama.

(VI)
Pernah sekali, begitu leka menyusun perbualan imaginasi dengan seseorang yang ingin aku temui, sehingga apabila bertemu, keghairahan untuk berbual hilang begitu sahaja.

7:04PM Wed 13/11/2013

Meruntuhkan tirai

I have always wanted to admit that I am lonely, but could not find the right way, or time, or place, or words to begin with.

Mungkin, antara sebabnya, aku masih tidak sedar, bahawa untuk mengakui perasaan sunyi dalam hati, ia harus datang secara natural; tidak ternanti-nanti, dan tanpa sedikit pun rasa prejudis terhadap diri sendiri.

6:54PM Wed 13/11/2013

A letter from November 17th, 2012

Aku lalui bermacam-macam perkara pada tahun ini. Dan aku tak mampu untuk mengingati setiap satu daripadanya dengan tepat.

Jadi aku cuba (sedaya-upaya) untuk catat perkara-perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian. Agar aku boleh toleh ke belakang dan lihat kalau-kalau ada perkara yang aku terlupa atau terlepas pandang.

Ketika menulis surat ini, aku sedang dihurung kesunyian. Aku bergelut dengan diri sendiri. Aku mula membenci manusia lain. Aku merasakan dunia ini tidak memberi apa-apa makna lagi.

Maaf. Kali ini aku tak mampu siapkan sebuah surat yang lengkap dan sempurna untuk kau.

Khamis, 7 November 2013

Twenty-two years old: Day one

Menyambut ulangtahun hari lahir dengan seharian terlantar di atas katil. Tak pasti bagaimana aku boleh demam. Perkara terakhir aku ingat, aku teguk secawan teh sebelum masuk tidur, dan keesokan paginya bangun dengan badan panas dan sakit tekak.

I'm feeling better now, nonetheless. Tak sangka diri ini mampu commit pada ubat-ubatan dengan begitu berdisiplin.

Terasa mahu hadiahkan diri ini dengan semangkuk aiskrim. But no, not today. I'm still recovering.

Keindahan visual

Mengulang tonton siri-siri tivi dengan kerap, akhirnya membuatkan aku bertemu titik yang menghubungkan setiap satu daripadanya. Kerana di sebalik hiburan dan falsafah dan gelak ketawa, wujud sesuatu (ah, 'sesuatu' terlalu meta bunyinya) yang meyakinkan aku bahawa tontonan intensif selama ini bukanlah kerja sia-sia.

Menonton Two and a Half Men S03E18, misalnya. Dalam satu babak di ruang tamu, Charlie berkata kepada Alan, "My point is, you don't dry clean a rented tuxedo. You don't redecorate a hotel room. You don't order cable for a porta potties... unless you're really, really drunk."

I mean, I get the gist, and the essence of humor. There's no obligation to get emotionally attached to people, or things, too easily and for no apparent reason.

Namun ini dibawa ke satu tahap yang lain (jika pun tidak lebih tinggi) oleh karakter Mr. Bean ciptaan Atkinson. Dalam episod Mr. Bean in Room 426, Bean telah melanggar ungkapan 'you don't redecorate a hotel room', secara literal.

Tidak puas hati dengan hiasan dalaman bilik penginapan yang tidak menepati citarasanya, Bean bertindak menukar tirai jendela dan terendak lampu kepunyaan hotel; digantikan dengan kepunyaannya yang dibawa dari rumah. Serta turut menggantung sebuah lukisan untuk menjadikan suasana bilik berhawa lebih peribadi.

Ini humor yang cerdik, bagi aku. Why on earth would you redecorate a hotel room?

7:52 PM Wed 26/06/2013

God bless me

Aku berpendapat bahawa keinginan atau kemahuan yang gagal dipenuhi sewaktu kecil tidak akan pernah hilang. Seperti aku teringin untuk memiliki sepasang but bola sepak, atau sebuah komputar peribadi atau sebuah mountain bike atau macam-macam lagi.

But I don't come from a filthy rich family; and Ayah can't afford all that.

Aku - cuba menjadi anak yang memahami - hanya mampu menelan hakikat dan menerima kenyataan hidup ini tidak selalu seperti apa yang aku impikan. Dan aku fikir ini sedikit sebanyak mendidik aku untuk menjadi seorang realis (walaupun entah di mana silapnya, aku akhirnya condong menjadi seorang pesimis).

Tahun lepas, seorang kawan yang baru pulang dari luar negara bercerita mengenai keinginan terpendam. "Aku beli ni pun, bukan apa. Sebab memang dah lama teringin. Waktu sekolah dulu telan air liur tengok orang lain pakai kasut (sambil menyebut jenama yang aku sudah lupa). Sekarang bila dah ada duit sendiri, aku cari balik kasut yang sama. Aku nak jugak pakai kasut yang aku tak dapat pakai waktu sekolah dulu."

Aku mengangguk bersetuju. Jauh di sudut hati, aku faham perasaan yang dikongsinya. I admit, not getting what I want is suck. But look at the bright side, at least I turned out fine and kudos to myself for not being such a whiny fucker.

10:05 PM Sun 23/06/2013

Menjamu nafsu

Terlena sewaktu membaca The Satanic Verses, sebelum terjaga pada pukul 5.30 petang. Atau pukul 6 petang; aku tidak pasti.

A difficult read, I must say. Struktur ayat, kosa kata, dan penyusunan dialog yang agak kompleks (atau aku yang bebal untuk memahami?) membuatkan aku terpaksa membaca dengan maha perlahan dan berhati-hati. Ia tidak semudah membaca Haruki Murakami atau John Green, yang terkesan lebih mudah untuk dihadam.

Jadi aku duduk termangu seketika. Perut lapar, dengan tiada apa-apa makanan di dapur melainkan kebab hasil saki-baki daripada makan malam semalam (atau kelmarin?).

"It's still too early for dinner," aku bisik dalam hati sewaktu melihat jam di telefon bimbit. Tetapi perlukah aku menuruti norma sosial yang menetapkan makan malam haruslah selepas matahari terbenam di ufuk barat?

Well, my stomach begs to differ.

Maka awal senja itu, Tuhan rahmati aku dan sup cendawan dan telur dadar dan sotong goreng tepung dan teh ais.

11:13 PM 16/06/2013

Selasa, 5 November 2013

Pursuit of whatnot

"I'm thinking of buying myself a car," aku kata sewaktu beriadah dengan M di sebuah trek larian. Hell, I couldn't run like I used to. Not anymore. Not without panting like crazy.

"What for?" M balas dengan nafas sedikit tidak teratur. "Last time you said you don't need one."

"Doesn't mean I don't want one," aku sambut, sambil dua orang gadis pantas melepasi kami berdua. Jika dulu, mungkin aku akan berusaha mengejar dan memintas. Because there's no way I'm going to let them run ahead of me.

Sexist much? Nahh, I don't think so. Kerana aku fikir, ia cuma satu fasa di mana aku merasakan tumpuan oleh manusia lain terhadap diri ini adalah sesuatu yang penting. Seolah-olah dengan berbuat demikian, keberadaan aku akan diakui dan dihargai.

But be that as it may, now, I don't give a fuck anymore. Lagipun M sedang berlari di sisiku. Berbual bersama. Merungut bersama. Tercungap-cungap bersama.

"Come on, speed up," M kata, meninggalkan aku beberapa langkah di belakang. "Hari dah makin gelap."

Aku tidak memberi sebarang reaksi. Dengan M makin jauh di hadapan, aku masih mengekalkan tempo larian sedia.

Heh, I was right, after all. It's just a phase.

6:35 PM 21/06/2013

No rush

Peminat trilogi filem romantik arahan Richard Linklatter - Before Sunrise, Before Sunset, Before Midnight - pasti tahu bahawa idea asal/kasar filem ini adalah berdasarkan pengalaman hidup sang pengarah.

"I’m going to make a film about this," Richard Linklatter dipetik berkata, sewaktu menceritakan semula kenangan menghabiskan semalaman bersama seorang perempuan bernama Amy Lehrhaupt.

Aku fikir pemuja medium-medium tertentu seperti fotografi dan penulisan (sekadar menyebut beberapa) lebih memahami situasi begini. Seperti seorang jurugambar melihat pemandangan indah, sambil terdetik dalam hati, "If I could capture this scenery, that would be great."

Atau penyajak yang ber-flâneur di celahan manusia, lantas menemukan sesuatu untuk dicatat. Hell, I don't know the process, but at some point, you kinda know it's just the right thing to do.

Last week, I was driving back home from Ipoh when suddenly I had a brilliant thoughts about... something. So I pulled over to the side of the road. "Home can wait. I need to write this down first," I said to myself.

8:57 PM 14/06/2013

Tira--what?

"Tiramisu," M jawab.

"Tira miss you?" aku cuba bergurau.

"Haih..." dengus M, "Tirami--

"I get it, I get it. Bergurau pun tak boleh."

M buat muka tak puas hati. I don't know what's wrong with her. Such mood swings can't never be predicted.

"Sedap," aku puji walaupun kek - tak kira apa perisa, warna, bentuk sekalipun - bukanlah kegemaran aku.

Dalam pada menikmati suapan demi suapan, aku fikir, aku sudah belajar untuk menerima dan seterusnya bertolak ansur dengan kepercayaan atau kegemaran atau citarasa manusia lain. Kelihatannya seperti aku semakin percaya bahawa kecenderungan seseorang terhadap apa-apa objek atau idea adalah sesuatu yang bersifat peribadi.

Sebagai contoh, filem kegemaran kamu mungkin adalah filem Melayu seperti Hantu Dalam Botol Kicap atau Apa Celop Toqq atau beratus-ratus lagi filem dengan tajuk bebal begini. Itu tak mengapa, aku kira. Malah jika kamu terpa ke muka aku dan tempik, this is the greatest/funniest film ever. Well, to be honest, I'm running out of fucks to give.

Aku hanya mampu bersangka baik dan beranggapan bahawa, to put it simply in a less judgmental way, citarasa kamu cuma terhad setakat itu. Citarasa yang mempunyai batas. Citarasa yang tidak pergi jauh.

Sedikit sebanyak ini membuatkan aku kedengaran seolah-olah self-righteous dan koya superior. Heh, what kind of person do you think I am?

Prelude

"Can I have your phone number?" pinta aku, sebelum beberapa ketika kemudian meragui tindakan ini, "If that's okay with you."

"Boleh, boleh," dia balas sambil menyebut digit-digit, yang aku sendiri tidak menyangka, akhirnya menjadi digit-digit kegemaran untuk aku berkongsi (hampir) segala-galanya.

"I don't know why, but I feel very comfortable around you," aku kata sambil merenung tepat ke dalam matanya. Kali ini, kata-kata aku hanya disambut dengan ketawa kecil.

9:28 PM 07/06/2013

Isnin, 4 November 2013

All dried up

"We - human being - are all connected in a beautiful manner. Do you think?" aku bawa sebuah persoalan ke atas meja sewaktu kami sedang menikmati minum petang.

"Hmmph," M seakan tidak berminat, "I guess so."

"Get this," aku masih cuba memancing M untuk turut serta dalam perbualan, "Katakanlah I berkawan dengan A sejak sekolah menengah, kemudian kami terputus hubungan. Lima tahun kemudian, kami bertemu semula. Seriously, it can't just be a coincidence, right? I mean, there must be a reason. I can't help but think; setiap tindakan, perbualan, perbuatan dan interaksi sesama manusia lain dalam tempoh lima tahun itu, akhirnya membawa kami bertemu semula. I don't know how, I don't know why. But I believe, that's how it works."

M hirup lekas Iced Vanilla Latte di hadapannya. Menunggu reaksi tak kunjung tiba, aku bisik dalam hati, "Well, that's disappointing."

11:44 PM 05/06/2013

Ritual

"I'm having leftover McD for dinner," M balas bila aku bertanyakan menu makan malam sewaktu berbual di talian. "You?"

"Belum ada idea nak makan apa," aku sambut. "Ingat nak tapau dekat restoran depan rumah ni je."

"Awww," M dalam nada paling mengada-ngada, "Esok kita dinner sama-sama, nak?"

"Hmmm," aku balas, teragak-agak, "I don't know. Tomorrow's not good for me."

The thing is, Monday has always been a me day. And that's not going to change.

11:27 PM 02/06/2013

Trying to escape

"Are you done playing make-believe?" Jimi tiba dengan sebuah persoalan.

"Not yet," aku balas.

"You have found someone to share everything," Jimi sambut. "Give me one good reason why do you still need me."

Aku tidak segera menjawab. Kerana soalan sebegini selalunya memakan diri jika dijawab secara tergesa-gesa. Chill, I got this, I convinced myself.

"You know I need you. And there's nothing to be gained by asking how or why."

"Really? That's your reason?" Jimi balas.

Goddamnit. Clearly, I'm no Houdini.

Wide awake

Hujung minggu, bangun awal pagi, menarik tirai jendela, menyedari matari belum sepenuhnya menyinar, aku ambil beberapa hela nafas sebelum mencapai telefon bimbit dan menghantar pesanan teks kepada M.

"Good morning, Love!" aku taip.

I don't know what's going on at the other end. M mungkin masih tidur, ataupun masih berbaring di atas katil, atau membaca selayang pandang teks aku sebelum kembali menyambung tidur. Dan aku tidak mungkin tahu reaksinya. Adakah tersenyum, atau ketawa, atau berkerut dahi sambil berbisik, "What fresh hell is this?"

But then I figure, hey, I don't have to care.

So, I waited for a reply. Three minutes, give or take. Mengambil kata-kata Jake Harper, "Because anything above that would just be wasted effort."

11:43 AM, I received a reply. At last. "Morning. I'm awake."

Oh, how romantic.

9:59 PM 31 May 2013

Ahad, 3 November 2013

Pop pop!

"Kata tak suka lagu-lagu macam ni," M kata sewaktu aku girang menyanyi sewaktu memandu. Stesen radio sedang memutarkan lagu Sweet Nothing separuh jalan.

"I never said that," aku balas. "I kata lagu-lagu macam ni mudah diingati tapi juga mudah dilupakan."

"It's actually quite catchy though."

"I know, right?"

"Oh, remember that shitty Gangnam Style?" aku tanya. "That's the kind of songs nobody listens to anymore."

"Ugh—I hate that song."

"Macam sorang bekas officemate I, setiap pagi dia mesti pasang satu lagu Indonesia; I dah lupa tajuk. Weeks later, I found myself humming to the song. And I was like... what the hell is wrong with me?"

Citarasa aku dalam menikmati atau menghargai musik mungkinlah tidak begitu bagus. Dan bukan pula tugas aku untuk menentukan citarasa manusia lain. I'll listen to anything that sounds good to my ear.

"Yeay!" M bersorak sewaktu lagu kegemarannya mengambil alih atmosfera kereta.

We should do this more often

“If you remember me, then I don't care if everyone else forgets.” aku bacakan M sepotong ayat dari buku Kafka on the Shore, dengan di antara kami dipisahkan oleh secawan chamomile tea dan cinnamon rolls.

So I thought to myself, dengan timbunan buku belum habis dibaca, kenapa tidak aku luangkan sedikit masa bersama M, membacakan kepadanya potong-potong ayat kegemaran sambil menafsir maknanya sesuka hati.

“Awww,” reaksi M sebelum menyambung, “that's so sweet of you.”

“I know,” aku sambut dalam nada paling 'vain'.

Tukang ajar

"Bukan macam tu pakai chopsticks," M ketawa sewaktu menegur aku yang terkial-kial cuba menyepit makanan dalam mangkuk.

"Who the hell invented this bloody thing?" aku balas, geram kerana masih gagal untuk menikmati makan malam dengan sempurna.

"Pegang lurus dua-dua penyepit." M memberi tunjuk ajar secara tertib. "Lepas tu guna jari telunjuk untuk gerakkan penyepit bahagian atas."

Jika cekap mengendalikan chopsticks adalah kriteria utama untuk digelar lelaki alfa, maka aku akan gagal dengan teruk. And to be honest, I just don't care.

Kerana, bagiku, perut lapar adalah perkara yang serius. Demi memastikan perut ini terisi, normaliti meja makan dan etika memegang chopsticks boleh cium punggung aku.

Jadi aku lambai tangan, memanggil pelayan yang kebetulan berada berhampiran meja kami, memintanya sudu dan garfu sebagai ganti kepada chopsticks.

"You're not even trying," M kata, dituruti keluhan yang panjang. Dan diikuti pula oleh siri bebelan mengenai perkara-perkara yang langsung tiada kena mengena dengan keengganan aku untuk belajar menggunakan chopsticks.

Sudu dan garfu tiba di meja kami tidak lama kemudian. "See?" aku kata sambil mencedok makanan dengan mudah sekali. "Why bother to learn?"

Hilang syahwat

Selaku seorang manusia yang menghargai kehadiran perbualan-perbualan dalam kehidupan seharian, aku ironinya, sering kehilangan atau tiada idea-idea menarik untuk disumbangkan ke dalam perbualan.

Shifting from one topic to another, or grasping the essence of the subject, I must say, is not my strong suit.

Aku percaya perbualan yang bagus berlaku sepintas lalu; tetapi meninggalkan kesan.

"If you had a million ringgit, what would you do with it?" aku tanya, melencong sedikit dari apa yang kami sedang bualkan.

"I always like the idea of moving away to an island and spend the rest of my life there."

"With...?" aku balas.

"With what?" M sambut.

"With me," aku bentak. "Are you going to leave me here alone?"

M ketawa sebelum menyambung, "Okay, fine. With you."

Pfft. What a buzzkill that was.

Mengaku kalah

"You said you will always be there for me. Where were you?" M lontar pertanyaan dalam perbualan telefon tempoh hari.

Ini datang dari seorang perempuan yang sedih, kerana katanya jurang antara kami semakin meluas. What do you want me to do? It's not my fault we grew apart.

Believe me. It's never my fault.

Tetapi aku sedang berhadapan dengan seorang perempuan. Apa-apa jawapan yang tiada usaha diplomasi mungkin mengundang mudarat kepada aku. Kali terakhir ditempik 'why are you being such an insensitive jerk?' banyak menyedarkan aku.

"It's my fault," aku balas. "I'm sorry."

Jumaat, 1 November 2013

In doubt

Sometimes I wonder what am I doing with my life. Hati ini ragu; adakah jalan hidup ini menghala ke arah yang betul?

Not knowing the future makes me scared as hell.

Rabu, 30 Oktober 2013

Mencari kebahagiaan kulinari

The cashier gave me a dirty look when I bought two bottles of Malta, as if I'm buying alcohol. I'd raise my middle finger if I'm four or five years younger, but now, I can't be bothered to react.

Seminggu dua ini, hujan turun tanpa henti. Mewujudkan suasana nyaman sepanjang masa, dengan bauan segar pasca-hujan membasahi bumi. Juga membuatkan aku tidak lagi sakit kepala untuk keluar pada waktu tengah hari.

Aku masuk ke dalam kereta, hidupkan enjin, sambil memikirkan di mana tempat untuk membeli burger. To be honest, I can't be trusted driving alone at night, or at any time for that matter. Masalah rabun jauh menyebabkan pandangan aku kurang jelas, dan sensitif terhadap cahaya terang. Jika diikutkan ujian mata yang aku lakukan dua bulan lalu, aku sepatutnya memakai cermin mata.

McDonald's came to mind. Idea memesan makanan melalui kaunter pandu lalu kelihatan begitu praktikal dan mudah lewat malam begini. Tetapi aku baru sahaja makan malam di sana tiga hari lepas bersama seorang kawan. Menu kegemaran aku cuma satu - Spicy Chicken McDeluxe.

Memetik kata-kata Red, dalam The Shawshank Redemption (1994), "I mean, seriously, how often do you really look at a man's shoes?" Sama juga halnya dengan burger. Berapa ramai yang peduli untuk melihat apa yang terselit di antara dua keping ban?

"I don't know what I'm eating, tapi yang pasti ini bukan daging," aku kata kepada A, merujuk kepada kepingan daging Big Mac. Dagingnya rasa hambar, leper, tidak bermaya, dan terlalu kering. Seolah-olah mengunyah sesuatu dengan penuh rasa curiga.

Melupakan McDonald's, aku memandu sejauh 10 kilometer tanpa tujuan, sebelum tiba di sebuah gerai burger. Segera aku pesan burger daging tanpa sos cili dan sayur (kecuali timun dan bawang). 

Kerana, bagi aku, condiment yang munasabah untuk dimakan bersama burger hanyalah sos tomato. Rasa-nya lebih berkarakter daripada sos cili; yang aku gelar sebagai pembunuh rasa, because it has a tendency to overshadow any other flavor.

Burger jalanan (sounds derogatory, but really not), bak kata seorang kawan, adalah nikmat yang dipinggirkan. The juiciness and tenderness, if cooked right, it has so much potential.

7:45PM Tuesday 29/10/2013

Selasa, 29 Oktober 2013

Unscripted

Seorang kawan lama, Y, menghantar pesanan teks kepada aku dua hari lepas. "Free tak? Jom kita lepak."

Aku - malas untuk mencari alasan - segera bersetuju. Lagipun, sudah lama aku tidak bertemu dengannya. Kali terakhir mungkin ketika dia masih lagi menjadi seorang penggangur, sepuluh bulan lepas.

Y, adalah rakan sekelas aku sewaktu sekolah rendah, sebelum kami masing-masing memasuki sekolah menengah yang berlainan. Rumahnya tak jauh dari rumah aku. Kalau berjalan kaki, mungkin hanya mengambil masa lima minit.

Zaman sekolah menengah aku banyak dihabiskan dengan melepak bersama Y dan kawan-kawan yang lain. Setiap petang, aku akan ke padang berhadapan rumahnya untuk bermain bola sepak, sebelum pulang ke rumah ketika senja menghampiri.

Jika tidak bermain bola sepak, kami akan mengayuh basikal ke serata pekan. Menyusuri taman demi taman, meredah jalan tidak berturap di estet berhampiran dengan penuh semangat off-road, dan bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi tanpa arah.

Dan setiap hujung minggu, kami akan mengayuh basikal pergi-balik sejauh tiga puluh kilometer (serius, tak bergurau) ke kawasan perumahan di atas bukit dengan satu tujuan: mendaki dengan susah-payah semata-mata untuk menuruni bukit dengan kelajuan maksimum.

Untuk pengajian diploma, Y belajar di sebuah kolej di Ipoh. Tak jauh dari Seri Iskandar, lebih kurang empat puluh lima minit pemanduan santai. Sewaktu aku masih di Seri Iskandar, sebulan sekali, dia akan telefon aku untuk bertanya sama ada aku ingin tumpang pulang ke Sitiawan.

Y mengeluh tentang kegusarannya mengenai alam dewasa. "I can't believe I'm twenty-two years old."

Aku ketawa, "You and me both, brother."

9:39PM Tuesday 29/10/2013

Selasa, 22 Oktober 2013

I'm not quite there, but I'm close

Separuh diri ini pasti berasa kesal selepas membiarkan kemarahan menguasai diri. Perasaan yang sama, sewaktu kecil dahulu, tatkala menendang kucing sehingga terpelanting, sebelum akhirnya tersedar, "Good God, what have I done?"

Pada usia begini, aku kira, sepatutnya kemarahan adalah sesuatu yang semakin mudah untuk dikawal. Well, I couldn't have been more wrong.

8:57PM 22/10/2013

Ahad, 20 Oktober 2013

Lapar yang tidak tertahan

"You drive pulak," aku kata kepada M sejurus keluar dari lorong pandu lalu sebuah francais makanan segera. Aku segera berhenti di bahu jalanraya untuk bertukar posisi pemandu-penumpang.

"Kenapa?" M balas kehairanan, seolah-olah baru sehari kenal perangai aku.

"I want to eat," aku sambut.

"Can't you wait until you send me home?" M geleng kepala.

"No, I can't. I'm starving. I'll die."

8:51PM Sun 20/10/2013

Selasa, 15 Oktober 2013

Tragedi pagi raya

Separuh diri ini terasa pilu bila mengetahui Ayah buang dua ekor kucing dari rumah. Mulanya, aku fikir aku mampu terima ini dengan hati terbuka, sambil memujuk diri, ia adalah perkara biasa untuk berasa kehilangan.

Ternyata hati ini belum sifar empati, tatkala aku bertanya pada Aisyah, "Laa, kenapa buang? Kesian la dia."

Mungkin mereka bukan kucing kegemaran, atau kucing paling comel dalam dunia. Namun untuk membuang sesuatu yang wujud dalam dunia kecil aku ini, tanpa apa-apa beban emosi, itu tidak mungkin berlalu.

"You get attached to things/people so easily," pernah seorang kawan perempuan kata kepada aku.

Now if you'll excuse me, I'm going to mourn all day long.

Selasa, 8 Oktober 2013

I am Ted Mosby

"It's not that hard to remember your birthday," I said to F, ages ago. "Yours is on October 7. Mine is on November 7."

I once believed it's a sign of a soulmate. Oh, how naive I was back then.

Ahad, 6 Oktober 2013

Blurry

And I'll tell you what's funny. I deluded myself into thinking, "Never mind, I'll be fine. Let's just say I have faith in her."

9:09PM Sun 06/10/2013

Khamis, 3 Oktober 2013

Menebuk memori

Mungkin aku terlalu banyak membaca bahan bacaan tidak masuk akal (I'll get to it later), dan mendengar lagu-lagu pop terkini arus perdana, dan menonton terlalu banyak episod siri tivi yang langsung tidak mencabar minda; dipenuhi ketawa-ketawa yang tidak memberi apa-apa.

Sebelum tahu untuk memilih, dan membeli buku-buku yang bagus, aku terlebih dahulu jatuh hati dengan komik. I used to have massive collection of various comic books. Dan perlu diingat, koleksi ini datang daripada poket seorang remaja belasan tahun dengan elaun mingguan kurang dari dua puluh ringgit. Yes, damn right, it's impressive.

(Hampir) setiap hari, aku akan mengayuh basikal ke sebuah kedai buku kegemaran, sejauh hampir empat kilometer dari rumah, selalunya selepas habis waktu sekolah, hanya untuk membelek buku-buku komik yang tersusun di atas rak. Dan kebiasaannya, setiap hujung minggu, setelah cukup duit, aku akan membawa senaskhah dua pulang ke rumah.

It's a lousy bookstores. Ia turut menjual bahan bacaan lucah, you know, books with really vulgar title/headline, and shitty front cover illustration. Tetapi dalam masa yang sama, ia menjual buku-buku komik yang bagus. Mehh, what can one do?

Tamat sekolah menengah, aku berhenti membeli. Bukan kerana pudar minat atau apa, simply because I have better things to do with my money. Melepak perlukan duit. Berfoya-foya perlukan duit. Proses mencipta memori bersama kawan-kawan perlukan duit. You fuckers think money grow on trees?

I'm not sure what prompted me to write. I was sixteen years old at that time. Mungkin terpengaruh selepas membaca Binfilem, atau AKAB, atau lain-lain. Ada sesuatu tentang menulis yang buatkan aku tidak (lagi) peduli soal medium. Doesn't matter anymore, samada di atas kertas, atau ruang maya, atau di mana-mana, selagi wujud kitaran penulis-pembaca, maka aku menganggap ia sudah memenuhi tuntutan sebuah konstruk dan mencapai tujuan asal aku untuk menulis.

Sudah pasti pengalaman membaca blog tidak sama dengan membaca novel. Ada nikmat segera yang tidak dapat ditemui dalam bahan bacaan konvensional. Seolah membaca entri-entri pendek membawa aku dari poin A ke poin B tanpa banyak kerenah; jelas dan pantas. Manakala membaca novel pula, memberikan satu pengembaraan panjang, ada turun naik, cepat lambat, yang akhirnya juga menuju dari poin A ke poin B.

Aku masih ingat, kami adik-beradik pernah mempunyai ritual mendengar radio untuk mengikuti carta lagu-lagu terkini. Of course, looking back, it was ridiculous thing to do. Tetapi ini proses penting, bagi aku, dalam mencari aliran musik yang cocok dengan jiwa.

I listen to almost anything. Genre tak penting, kerana dalam dunia ini hanya wujud dua jenis lagu; yang aku suka dengar, dan yang aku tidak suka dengar. Seperti aku gemar lagu Pompeii oleh Bastille, tetapi aku tidak berkenan dengan keseluruhan albumnya. Because their debut album just doesn't do it for me.

Aku mula belajar menikmati musik post-rock sewaktu di kolej. Lagu pertama, Your Hand in Mine oleh Explosions in the Sky. Aku kata kepada F, pertengahan tahun 2011, "It's called an eargasm. All of a sudden, your body will go numb, struck by great music and your mind will send you somewhere you-don't-know. Just close your eyes, listen and cheers!

Yes, that's me, being a hopeless romantic.

Kemudian tersedar bahawa post-rock lebih daripada sekadar itu sewaktu mendengar lagu Radio Protector oleh 65daysofstatic. Dan seterusnya Sigur Rós, dan God Is an Astronaut, dan lain-lain. Setiap komposisi mempunyai energi tersendiri. Your Hand in Mine buatkan aku ingin terlena di atas riba bidadari, Radio Protector buatkan aku ingin menari girang, dan Glósóli buatkan aku percaya masih ada harapan untuk segala-galanya.

Ketika menaip perenggan ini, aku sedang memuat turun filem dan siri-siri tivi melalui μTorrent secara pukal. Ada empat puluh fail sedang beratur untuk dimuat turun. Ketagihan ini, aku fikir, datang dari kemahuan diri yang perlukan tontonan intensif.

Filem dan siri tivi adalah dua perkara berbeza. Kaedah menonton juga tidak sama. Sehingga hari ini, aku masih tidak mampu menonton dua filem secara berturut-turut, apatah lagi meharungi marathon filem. Namun, aku mampu untuk menghabiskan dua puluh episod The Big Bang Theory dalam tempoh semalaman.

Dua jam My Dinner with Andre (1981) bersamaan dengan empat episod siri tivi How I Met Your Mother. Tetapi dua jam menonton My Dinner with Andre adalah umpama neraka, sementara momentum siri tivi How I Met Your Mother berubah dalam setiap episod, menyebabkan tontonan menjadi lebih ideal untuk aku yang terkesan tidak sabar-sabar untuk tiba kepada penamat.

Kerana skala-nya tidak sama. Aftertaste juga tidak sama. Selesai menonton Before Midnight (2013) tempoh hari, aku berhenti sejenak, untuk memahami mengapa filem ini terasa dekat dengan diri. Cuba untuk mengerti mengapa setiap perhubungan yang aku bina tidak pernah kekal lama.

Sebaliknya pula setelah...

Phew, it's been awhile since I've written long post. I think I'll stop here.

8:56PM Thur 03/10/2013

Selasa, 1 Oktober 2013

That's all I'm asking

I told myself, I only need 5 hours of sleep every night. Tak kira betapa huru-hara, atau sibuk, atau lancar perjalanan waktu siang, aku perlu berada di atas katil (selalu tak sempat, terlena atas lantai) selewat-lewatnya sebelum pukul 1 pagi.

Because I need my 5 hours.

Kerana hati ini sering resah sebelum terlena. Memikirkan masa depan, denai-denai kemungkinan yang bersimpang-siur, dan apa kejutan yang bakal Tuhan sediakan untuk aku esok pagi.

Because I need my 5 hours.

Kadang terjaga di pertengahan lena, terpinga-pinga, cuba untuk mengingati fragmen-fragmen mimpi yang berkecamuk, kemudian dapati diri tidak lagi berselera untuk tidur. Sehingga kini, masih cuba untuk mengerti mengapa ini terjadi. Dengan. Begitu. Kerap.

Because I need my 5 hours.

My morning starts as early as... fuck? Secara rutin, seawal 6 pagi untuk sepanjang tahun. I'm up early, disambut dengan lagu-lagu rawak daripada siaran radio, dituruti segelas air kosong, atau Nescafe, atau pernah paling parah, separuh tin Diet Coke. Doesn't matter, it helps to trigger bowel movement.

Because I need my 5 hours.

10:35PM 01/10/2013

Isnin, 30 September 2013

Still not the answer

Aku tidak pasti apa tujuan atau ke mana tulisan ini akan membawa persepsi kamu terhadap aku, kerana sejujurnya aku tidak (pernah/lagi) peduli.

It's an euphoric experience. With reggae songs (any songs will do the trick, though) blasting through the speakers, with uncontrollable hand/body movement, and with weird sensation to dance around like nobody's business.

I'm not going to lie, I miss getting stoned.

5:30PM Mon 30/09/2013

Sabtu, 28 September 2013

The art of stacking


Mungkin ada benarnya, buku-buku hilang nilai semantik apabila terperosok di dalam kotak; terlindung daripada pandangan mata.

6:01PM Sat 28/09/2013

Sabtu, 21 September 2013

I raise my fist to the sky

(i)
I think I'm in a good phase of my life. Kini, aku lebih tertumpu untuk menghayati dan menghargai kelompok manusia yang berada dalam bulatan kecil hidup, tanpa ada keperluan untuk peduli tentang mereka-mereka yang tidak penting.

Well, that explains so many things. Aku tidak lagi terjebak dengan drama-drama kehidupan klise seorang remaja, dan dengan ketiadaan sebahagian besar manusia yang pernah menyumbang terhadap memori kehidupan sewaktu di kolej, memberi kesan yang bukan sedikit kepada aku.

(ii)
I'm horrible at keeping in touch with people. Childhood friends? Gone. Elementary school friends? Nada. College friends? Well, some of them - only when they accidentally liked my Facebook statuses or photos. Yang ada sekarang cuma kawan-kawan sekolah menengah, yang aku kira, adalah satu-satunya kelompok yang aku selesa untuk bergaul.

I wouldn't go so far as calling myself antisocial, but still, you know?

(iii)
Kadang terkeliru dengan perbualan yang wujud dalam kepala. Apakah benar-benar terjadi atau sekadar salah satu dari ratusan perbualan ciptaan yang langsung tiada kena-mengena dengan kehidupan realiti? Apa yang nyata, apa yang tidak?

10:27PM Sat 21/09/2013

Hail side parting!

It's been three weeks since my last haircut, dan rambut aku masih kelihatan kemas dan rapi. Tersenyum sewaktu memandang cermin bukan lagi satu pilihan. Ia satu kewajipan.

Rabu, 18 September 2013

Does it almost feel like nothing changed at all?

(i)
Takut sebenarnya menghadapi transisi umur. Hell, now I'm friggin' 22 years old. With massive responsibilities on my shoulder.

No. This is too much. I think I'll die.

(ii)
"I don't believe in long distance relationships."

"Why not?"

"I can't feel your present."

(iii)
Do you think it's possible to embrace sadness? Because I'm not sure how to process my feelings anymore. I mean, I want to talk about my feelings. To someone.

(iv)
I have no trouble waking up early in the morning, I told M. But I'm having a really hard time sleeping at night.

(v)
Aku pergi ke sebuah rumah terbuka pada Aidilfitri lepas. Bertemu seorang gadis cantik. Berbual dengannya tentang perkara-perkara rawak. She seems nice, I thought to myself. Funny, I got myself thinking about settling down already.

9:05PM Wed 18/09/2013

Selasa, 17 September 2013

Partner in crime

"What are you complaining about?" bentak Jimi. "When you can't write - easy - just don't write."

Aku keluh panjang, "But I really want to. And what are you doing back here anyway?"

"I'm back... for good. For you."

"Please," aku ketawa kecil, "don't gay it up."

11:22PM 17/09/2013

Isnin, 16 September 2013

High on life

"I want to live life as it is. I want to be part of the moving world. I want to get involved. I feel like my life is stuck in a rut, you know? Everyone else is constantly moving, and here I am, just watching them from a distance.

I had so much potential. But, now? Look at me. What have I become?"

9:07PM Mon 16/09/2013

Perverse

"Be careful," M pesan pada aku, "you're skating on thin ice."

Aku tersenyum lalu membalas, "And yet, I'm skating anyway."

7:54PM Mon 16/09/2013

Khamis, 12 September 2013

Used to but not anymore

I'm not looking for any relationship right now. There, I said it.

"Kau bila lagi?" soal seorang kawan, kerana di antara kalangan kawan-kawan rapat, aku salah seorang yang masih tidak mempunyai hubungan serius dengan mana-mana perempuan.

"Nanti la dulu," aku balas, sambil ketawa kecil, "Belum masanya lagi."

Mereka beranggapan, aku terlalu memilih. Well, no, not really.

Kerana perempuan terakhir yang pernah singgah dalam hidup aku adalah hasil usaha manusia-manusia yang cuba menyuaipadankan aku dengan F. Namun, tanpa disangka-sangka, F menjadi seorang yang begitu penting dalam hidup aku. Walaupun di sebalik hakikat, betapa sifat kami berdua ketara berlawanan antara satu sama lain.

Aku yang tebal dengan sikap skeptik, jarang memberi atau menyimpan harapan yang tinggi. Terhadap hubungan. Terhadap cinta. Terhadap perempuan. Terhadap apa-apa.

Dan semua yang pernah mengenali diri ini, dan pernah duduk semeja dengan aku berbual tentang ini, pasti bersetuju bahawa aku bukanlah penggemar komitmen. Jika dulu, aku bantah juga. "No, I'm not afraid of commitment."

Kini aku semakin selesa dan perlahan-lahan dapat menerima kenyataan bahawa mungkin setiap hubungan yang tergendala, atau hilang seri, atau gagal, berpunca dari diri sendiri.

See? I still don't understand. Why on earth would someone want to be with me?


Before dinner Thur 12/09/2013

Isnin, 9 September 2013

Because I don't remember much

Entah berapa ramai perempuan yang masih menyimpan tulisan-tulisan aku tentang mereka. Tulisan yang, suatu ketika dulu, aku beri kepada mereka, konon sebagai memento bahawa mereka pernah hadir dalam hidup ini.

Terfikir juga, masih terkesankah tulisan-tulisan itu pada diri mereka, secara langsung atau tidak langsung?

7:11PM Mon 09/09/2013

Ahad, 8 September 2013

Perempuan asing #2

Aku pandang buku KATA 3 kepunyaan aku yang terselit di celah rak, dan kemudian timbul perasaan ingin memberi perempuan asing sebuah buku sebagai hadiah.

Mungkin kerana aku beranggapan ia tindakan wajar untuk dilakukan; atas sebab yang aku sendiri kurang pasti.

Sudah beberapa kali aku memikirkan untuk menjual, atau paling mudah, memberi atau meminjamkan buku-buku ini kepada orang lain. Memulangkan semula buku-buku ini kepada haknya. Ke tempat di mana ia akan lebih dihargai. Kepada sesiapa yang akan membacanya dengan penuh minat.

The stack of books are now just collecting dust in my room. I can't even commit to pages from any book nowadays. Because I don't read, and I don't write (well) anymore.

8:10PM Sun 08/09/2013

Selasa, 3 September 2013

Perempuan asing #1

"Banyaknya buku Palahniuk," kata perempuan asing yang sedang duduk bersila di atas katil aku.

"It's Paula-Nick," getus aku dalam hati, cuba untuk membetulkan ralat sebutannya. Namun aku tidak berbuat demikian, kerana aku merasakan ia sesuatu yang tidak begitu penting untuk diendahkan.

Kepala aku masih ligat meneka-neka siapa gerangan perempuan asing ini. Cuba mencari wajahnya dalam kotak memori, kalau-kalau aku pernah kenal, atau bertemu, atau terserempak di mana-mana.

"Who the hell is she?" aku pandang sepupu aku yang sibuk mengetik papan kekunci komputer - sedang menyiapkan reka letak pelan lokasi perkahwinan kakaknya - sebelum kembali mengalih pandangan ke arah perempuan asing.

Aku tenung dalam-dalam. Aku agak usianya lebih tua daripada aku. Wajahnya kelihatan... matang.

"Kawan Pak Su," balas sepupu aku, dengan mata masih tertancap di skrin komputer.

Perempuan asing leka melihat buku-buku aku yang tersusun di atas rak, yang menimbun di atas lantai, dan yang memenuhi ruang meja.

"Ada apa dalam kotak tu?" tangannya menuding pada kotak-kotak yang menghuni sudut bilik.

"Buku," aku balas pendek.

"Banyaknya," dia beri reaksi.

11:59PM 03/09/2013

Isnin, 2 September 2013

Mamai

Laju betul manusia lain mulakan bulan September mereka. Aku?

Khamis, 29 Ogos 2013

That's (not an) alcohol talking

Dengan aku semakin beransur dewasa, aku cuba belajar untuk sederhana dalam berpendapat. Dalam erti kata lain, cuba untuk tidak menjolok atau menekan manusia lain dengan buah fikiran aku. Secara terburu-buru.

Gopoh dalam percakapan, atau perbualan, atau perbincangan, atau apa-apa, ternyata tidak pernah menguntungkan sesiapa.

Tempoh hari, sewaktu makan malam di sebuah gerai kecil, aku tekun mendengar (tanpa langsung mencelah) dua orang kawan berborak tentang cinta dua darjat. R mempertahankan, katanya tiada apa yang salah tentangnya. Manakala K pula, sebaliknya, mengatakan ia kerja sia-sia.

Aku, sudah tentu, condong ke arah R. Kerana pendapat kami senada; cinta sejati tidak pernah membezakan.

12:10AM Thur 29/08/2013

Women, eh?

I sat quietly not far from M, as I enjoyed watching her struggling in front of a mirror. Sekejap tangannya ke kiri, ke kanan. Sekejap ke atas, ke bawah.

"Need help?" Aku pecahkan suasana. M berhenti seketika daripada melilit tudung untuk membalas.

"Shut up," bentak M, sambil merenung aku melalui refleksi cermin besar di hadapannya, seolah-olah tahu bahawa aku sedang menyindirnya.

Aku ketawa kecil. "Pakai je-lah yang biasa. Buat apa susah-susah lilit dua tiga kali."

"Yang ni sesuai dengan warna baju," M sambut. "And it looks cute on me. Kan, kan?"

"Vain..." aku balas.

11:59PM Wed 28/08/2013

Ahad, 25 Ogos 2013

I have my doubts

Aku teringin untuk menyaksikan Mew di Kuala Lumpur pada akhir bulan Oktober nanti. Sekarang masih dalam usaha untuk memujuk beberapa orang kawan rapat untuk turut serta (walaupun tak ada seorang pun pernah kenal/dengar Mew; membuatkan aku betul-betul sedih).

"I don't want to travel alone," aku kata pada M.

"Pergi jelah. Why not?"

"Because I will die," aku balas. "Horribly."

Sudah tentu, kegusaran aku bersandar kepada sesuatu yang tidak berasas. Paranoid tak tentu hala. Takut kepada perkara yang aku sendiri tidak tahu apa.

"Relax," pujuk M, "You'll be fine."

No, I will not be fine.

4:49PM Sun 25/08/2013

Sabtu, 24 Ogos 2013

Berat kaki

"The first step is always the hardest," M kata, sambil melunjurkan kaki ke hadapan, kemudian perlahan-lahan bangkit untuk meregangkan badan pula.

"That's true," aku balas, terkial-kial cuba untuk menguatkan ikatan tali kasut. I bought a new pair of running shoes last week. Hell, it cost me a fortune!

Setelah berehat panjang selama hampir dua bulan, aku kira sudah tiba masanya untuk kembali ke trek larian. Untuk menyingkirkan makanan-makanan yang telah bertukar menjadi lebihan lemak dalam badan. Dengan. Kadar. Segera.

"Let's go, shall we?"

8:26PM Sat 24/08/2013

Secret(s)

Aku bisik sesuatu ke telinga M.

"Actually, it's..." M segera mencantas.

"Shhh," aku cubit manja pipinya, "dont ruin the moment, my dear."

12:20AM Sat 24/08/2013

I think I handled it pretty well

"Grammar police," M kata, sewaktu kereta meluncur laju membelah jalanraya yang agak lengang di pagi hari. Bagus juga, fikirku. Kurang sedikit kesesakan trafik dan pemandu-pemandu bodoh.

"Uh, what?" aku balas, sambil menoleh memandang M yang sedang duduk di sebelahku. Sebentar tadi, dia menyanyi girang sewaktu lagu kegemarannya dipasang melalui pemain CD kereta, walaupun dalam kebanyakan waktu, dia kurang gemar dengan pilihan lagu-lagu aku. Lagu entah apa-apa, katanya.

"Grammar police," dia ulang semula, lebih jelas kali ini. "It sounds better than grammar Nazi, don't you think? Grammar Nazi sounds... demeaning."

"Yeah, so?" aku masih lagi tercari-cari apa tujuan M bertanya soalan rambang begini.

"Nothing. I'd just like to point that out."

Aku toleh semula memandang M, sambil tersenyum. Meminjam semangat Neruda, aku kata kepadanya, "How can I not love you?"

09:08PM Fri 23/08/2013

Jumaat, 23 Ogos 2013

They're like friends I never had.

Apa khabar agaknya kawan-kawan kegemaran? Dengan hidup yang semakin dibuai kesibukan, dihimpit keletihan, aku semacam tiada daya untuk bertukar-tukar sapa, atau mencuri sedikit masa untuk menjenguk intai kehidupan sesiapa pun di mana-mana laman sosial.

Jika ada pun, mungkin dihabiskan dengan hanya menatal gambar-gambar rawak Instagram milik gadis-gadis rawak.

Aku fikir, kelompok kecil manusia yang mengerumuni aku ini (perasan lebih, aku yang mengerumuni mereka) sedikit sebanyak mempengaruhi rutin-rutin kecil dalam hidup aku. Mereka mendengar musik yang aku dapati kebanyakannya bagus belaka, membaca buku-buku yang bagus juga, dan lain-lain hal mutual yang tidak dapat aku fikirkan sewaktu sedang menulis ini.

Di sebalik hakikat, aku tidak pernah bersua muka dengan mereka, membuatkan aku sedikit bingung. Bagaimana persabahatan (jika itu tidak keterlaluan) ini berfungsi? Kadangkala, ia seakan-akan merobohkan konstruk ciptaan aku terhadap sesebuah persahabatan selama ini. Di mana tiangnya? Di mana manisnya? Berapa luas bumbung yang menaungi diri kami ini?

It's getting pretty late. I'm going to bed now. Good night.

2:03AM Fri 23/08/2013

Rabu, 21 Ogos 2013

I always got a (not so) great story

"Minum Nescafe," balas seorang kawan serumah selepas aku bertanya bagaimana untuk menghilangkan rasa mengantuk.

Ini cerita dua, atau tiga tahun lepas. Ketika aku sibuk bertarung dengan kertas-kertas peperiksaan dan tugasan-tugasan menimbun. Jadual tidur yang berterabur, tempoh lena dan jaga yang tidak seimbang, dan aktiviti-aktiviti banal yang mengerah habis segala keringat dalam badan.

Dan kini, dua, atau tiga tahun kemudian, aku duduk di meja makan, bercerita bagaimana aku belajar minum Nescafe buat kali pertama.

6:01 PM  Wed 21/08/2013

Isnin, 19 Ogos 2013

Stay calm, dear Self

Aku fikir ini bukan kebetulan, kerana setiap kali pulang dari kunjungan ke mana-mana tempat percutian, aku cenderung untuk menjadi sedikit emosional.

Seolah-olah aku tidak mahu peduli bahawa percutian bukanlah bersifat selama-lamanya. Bahawa dengan menulis tentangnya, tidak lain tidak, seperti mengakui segala-galanya ada pengakhiran.

I want to write about our trip to Penang. Aku mahu catatkan pengalaman berhari raya seorang hari tanpa sesiapa di sisi, dan aku mahu catatkan bermacam-macam perkara yang terjadi dalam tempoh seminggu dua ini. But I can't, right now.

7:09PM Mon 19/08/2013

Selasa, 13 Ogos 2013

Lights will guide you home

Tahun ini, aku ambil keputusan untuk tidak pulang ke kampung sempena sambutan hari raya. Kerana hati ini terasa begitu malas untuk bertemu sanak-saudara, bertukar-tukar khabar, berbalas-balas teguran dsbnya.

Jadi aku, seorang diri, menyambut hari raya tanpa sesiapa di sisi selama hampir tiga hari.

Dan kini, aku semakin memahami perbezaan di antara kesunyian dan kebosanan.

9:45 PM 13/08/2013

Isnin, 12 Ogos 2013

Teaser


Penang / 10 & 11 August 2013

Sabtu, 10 Ogos 2013

70 bucks haircut that doesn't look like one

It was the girl who cuts my hair, pointed out to me, "You look stressed."

To which I replied, "Really? I don't think so."

Kesimpulan itu mungkin datang dari pengamatan-nya terhadap rambut aku yang gugur dengan begitu mudah sewaktu dicuci, dan mungkin juga dari wajah aku; I have stress written all over my face.

Razin told me the same thing. Katanya, dalam (lingkungan) kawan-kawan, aku termasuk dalam beberapa manusia yang terkenal dengan sifat berahsia.

I guess it's true. I don't blab much about... well, everything.

I can't handle pressure well. I mean, I can handle pressure, just not well. Sehingga satu tahap, kerana terlampau dibebani tekanan yang tak sudah-sudah, I often look miserable, lost, wretched, pathetic, sad and all.

Teringat seorang kawan yang pernah berkata, "If you need someone to talk, call me anytime. I will listen to you."

I said I will. Eventually.

10:14 PM Sat 10/08/2013

Khamis, 8 Ogos 2013

It's been hell in my head

"Abang minta maaf..." belum pun habis ayat diucap, aku sudah menangis teresak-esak di bahu Ayah. Aku dakap tubuh Ayah, tidak mahu lepas.

I know I'm a lousy son. Minta maaf kerana diri ini terlalu berahsia. Minta maaf kerana diri ini tidak pernah berkongsi dan meluahkan perasaan. Minta maaf kerana diri ini tidak pernah memenuhi impian Ayah. Minta maaf untuk segala-galanya.

8:52 PM Thur 08/08/2013

Trying to stay sane

Selamat hari raya, people. Stay safe, and have a good one.

8:00 PM Thur 08/08/2013

Khamis, 1 Ogos 2013

No, not yet.

Selain daripada menulis tentang diri, dan kehidupan yang tak seberapa, dan beberapa perkara yang menggembirakan, aku semacam tidak peduli untuk pergi lebih jauh.

Belum terdetik lagi di hati untuk menulis tentang isu semasa, sama ada politik, agama, hal-hal umum, atau lain-lain. Melainkan, dengan nada sinis dan tidak serius, sesekali menyentuh sipi-sipi; bermain-main di permukaan.

Mungkin jauh di sudut hati, aku masih percaya, the world does revolve around the tip of my penis.

8:34 PM Thur 01/08/2013

Rabu, 31 Julai 2013

Post-traumatic

Aku berpendapat bahawa kematian mengambil portion yang banyak dalam membentuk pengalaman traumatik. Because every time I tried to recall episodic memories with Ibu, I just can't anymore. Seolah-olah memori-memori ini ditekan ke daerah paling dalam.

All I remember was ICU Hospital Manjung, ICU Hospital Selayang, beeping sound from ventilator machine, Yaasin recitation, dead body lying in a cold steel stretcher, crowded funeral. I don't remember much. In fact, I have to dig deep down to find something memorable about Ibu.

Voices, body gestures, facial expression etc.

Believe me, as much as I said I will never forget her, sadly, I am slowly forgetting her.

But no matter what, even after all these years; 13 years to be exact, I will always miss her. I will always miss her. I will always miss her.

Selasa, 30 Julai 2013

Totem, sort of.

I'm not good at math. Aku tahu ini melalui markah purata subjek Matematik Tambahan sewaktu sekolah menengah yang terlalu menyedihkan.

Nombor, atau apa-apa yang mempunyai kaitan dengan nombor, adalah satu bentuk celaka kepada aku. Sometimes I can't even remember my own phone number, or my vehicle registration number. Aku masih ingat, terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk mengingati nombor telefon sendiri sewaktu pertama kali menggunakannya.

Dalam masa-masa tertentu, I will write down random set of numbers on a piece of paper, and try to memorize it in a short span of time. Aku dapati ini agak berguna dalam mengenal pasti apa yang mengganggu fikiran. If I can't memorize it, that means something is bugging me.

This proved to be somewhat useful to me.

10:02 PM 30/07/2013

Isnin, 29 Julai 2013

Let's have a drink

Tertanya-tanya juga, adakah aku semakin tidak peduli tentang hal-hal sekeliling? Tentang bagaimana orang lain menilai perwatakan aku, tentang bagaimana orang lain menganalisa gerak-geri aku dsbnya.

Kini aku semacam terlalu malas untuk membina sebuah penipuan yang meyakinkan. Aku sekadar menipu sambil lewa, tanpa memikirkan kesan mendatang atau apa-apa bahana yang bakal aku terima.

Tempoh hari aku disapa oleh seseorang yang sudah lama aku tidak ketemu; dua tahun rasanya, "So, how's life?"

Sesungguhnya, ini soalan yang menyesakkan. Untuk merangkumkan kehidupan aku - yang berlaku selama dua tanpa bertemu dengannya - dalam satu jawapan ringkas bukanlah sesuatu yang mudah.

I wish I could tell her that I'm battling mild depression. Struggling with loneliness. Almost choked to death on life (how irony). I feel like I don't belong anywhere. I hardly trust anyone anymore.

To sum it up, life does not get better from the day we last met.

Punbegitu, mulut ini seakan tidak bersetuju untuk meluah perasaan, atau berkongsi kebenaran. I told her, "Okay la, considering."

Untuk mengatakan hidup aku langsung tidak dijengah kegembiraan, itu adalah suatu yang keterlaluan. Sudah tentu, pada ketika tertentu, aku dapat merasa manis kegembiraan. Dikelilingi kawan-kawan lama, perbualan-perbualan cerdas, aktiviti-aktiviti yang membuatkan aku tersenyum dan ketawa dll.

Tetapi kegembiraan ini tidak tahan lama. Ia seumpama ubat tahan sakit yang menghilangkan seketika resah di hati serta gundah di kepala, sebelum magisnya hilang ditelan masa.

9:34 PM Mon 29/07/2013

Rabu, 24 Julai 2013

C'mon, cut me some slack

I'm doing good right now, just in case you're wondering. Aku rasa berat badan aku susut beberapa kilogram dalam bulan Ramadhan ini.

Nafsu makan aku juga semakin terkawal. Nafsu yang lain-lain aku kurang pasti. Tiada lagi kecenderungan untuk membeli di pasar Ramadhan. Aku cuma berlegar-legar, berpusing-pusing melihat manusia, dan sudah tentu, makanan.

Hujung minggu ini, jika diizinkan Tuhan, aku bercadang untuk ke Ipoh, berbuka puasa atau sesi minum-borak kosong selepas sembahyang Tarawih dengan Miss F.

"Miss pilih je mana-mana tarikh," aku kata, "I will try to squeeze in."

Aku dapati diri ini begitu susah untuk menepati janji. That's why I don't simply make promises. Seperti dua tiga minggu ini, aku kerap dihubungi (atau diganggu?) oleh seorang pegawai bank yang tidak sudah-sudah menelefon aku untuk bertemu dengannya. You know, to sign some shitty agreement.

"You bila mau datang jumpa saya?" suaranya di hujung talian, bernada seperti arahan.

"Saya busy. Tengok la dalam dua tiga hari lagi," aku balas, atau dalam erti kata lain, if you want my friggin' money, you shall wait.

Ha ha. Busy, my ass.

Ahad, 21 Julai 2013

Let me live that fantasy

"Do you feel ashamed of being yourself?" Jimi tanya, sewaktu aku sedang sibuk. Sibuk mengelamun.

"Well," aku cuba mengatur jawapan, "not really."

"Then why are you being so secretive about your life?"

Aku senyum sinis, "Because I can."

11:21 PM Sun 21/07/2013

Khamis, 18 Julai 2013

That makes the two of us

I can go a day, a week even, without talking, or hearing her voice. But all I know, she's always there for me. Dan aku, sebagai pelengkap kitaran, juga sentiasa ada untuk M. Aku hargai jarak yang wujud antara kami. Ada ruang peribadi masing-masing yang saling tidak berselisih.

Seorang kawan rapat sewaktu di kolej pernah berbual denganku. Katanya dia berasa gelisah, tidak tenteram, tidak senang duduk, apabila seharian tidak dihubungi oleh teman lelakinya.

"How long has this been going on?" aku tanya, cuba mencari rasional di sebalik tindakannya.

"Three years, I think," dia sambut.

"Kalau dia sakit, atau terlupa, atau sibuk, macam mana?" aku tanya lagi.

Dia kemudian membalas dengan jawapan yang membuatkan aku semakin tidak memahami kerenah seorang perempuan.

9:38 PM 18/07/2013

Rabu, 17 Julai 2013

Please stay a little longer

Ketika meneguk jus oren semasa berbuka puasa, sambil juadah-juadah lain terhidang di atas meja, aku tersedar bahawa aku jarang sekali duduk semeja untuk makan bersama keluarga.

When was the last time? Two or three years ago?

Mungkin benar Ramadhan ini membawa dan memberi keberkatan (walau aku, secara peribadi, merasakan 'berkat' itu terlalu meta dan permukaan sifatnya). Hujung minggu lepas, Sarah, Aiman dan Aisyah pulang ke rumah. Meja makan terasa sendat dengan kehadiran mereka. But it's okay, aku lebih gemar begini. Dengan setiap seorang duduk di tempat kegemaran masing-masing, sibuk menuang air ke dalam gelas, dan memberi komen terhadap masakan.

Aku merayakan ini. Maksud aku atmosfera suasana, gelak ketawa dan perbualan-perbualan lalai, yang sentiasa menjadi asas atau intipati kepada setiap tulisan-tulisan aku mengenai mereka. Selaku penganalisa tegar, aku menemukan kewajipan untuk sedaya upaya mengalihkan segala perincian suasana ke dalam tulisan.

Aku fikir, dapatkah suasana ini kekal kandungan dan bentuk apabila dialih medium penyampaiannya?

Red, dalam The Shawshank Redemption berkata, "I mean, seriously, how often do you really look at a man's shoes?" Kadang aku terlupa perkara-perkara kecil, yang jika diberi perhatian, jauh lebih berharga.

Aku renung wajah Ayah. Kedutan di wajah jelas terukir. Helai-helai putih yang semakin galak menghurung kepala. I feel sad. I feel sad. I feel sad.

Apa yang telah terjadi dengan lelaki yang suatu ketika dahulu, hitam rambutnya, yang masih tegang wajahnya? Adakah masa terlalu pantas berlalu, atau aku sendiri sebenarnya selesa berselubung dalam penafian, dan hanya tersedar selepas ditampar realiti?

I don't want to go anywhere else anymore. Aku mahu sentiasa di sini, di sisi Ayah, menemani di kala susah senang, menikmati waktu-waktu tersisa yang Tuhan berikan.

9:41 PM Wed 17/97/2013