Rabu, 30 Mei 2012

Petang Isnin #2

"Jaga kedai mesin kuda pun masyuk sekarang. Duduk tunggu customer dapat seribu setengah setiap bulan," dia kata.

"Tapi kalau kena serbu, mencanak la," aku balas.

"Depan ni ada sa...

You see, this is kind of meaningless conversation. Aku pun tak pasti kenapa aku membuang masa dengan menulis catatan ini.

Selasa, 29 Mei 2012

Petang Isnin #1

A friend of mine came to my house yesterday. "Oi, datang dari mana ni?" aku tanya, menyambut dia yang sedia menunggu di luar pintu pagar.

"Kedai mesin kuda," dia balas.

Aku ketawa. Aku tanya di mana lokasi kedai mesin kuda itu. Dia kata tidak berapa jauh dari rumah aku. Berhampiran dengan kawasan bar dan pusat hiburan murahan.

"Kedai yang pintu dia bukak separuh tu ke?" aku sekadar meneka. Dia angguk mengiyakan.

"Laaa kedai mesin kuda rupanya," aku sambung. "Aku ingatkan kedai apa."

Isnin, 28 Mei 2012

No, not yet

Tulis separuh jalan
cuba sambung semula
    entah apa-apa

See you in heaven

Tidak tergambar perasaan aku tatkala melihat Tam kaku, tidak lagi bernyawa. I don't know what to say, what to do, how to react. To be angry, sad or what.

I feel like I have lost something important in life.

Kami sekeluarga telah membela Tam sejak dari awal kelahirannya sehinggalah umurnya bakal mencecah setahun pada bulan Ramadhan akan datang.

That day, I cried like hell. Malah tiap kali terkenangkan Tam, aku jatuh sebak.

Cheetah, my other cat, will no longer have a playmate. And up until now, I still can't believe Tam is gone forever.

Ahad, 27 Mei 2012

Absurd

Aku dan Haikal ke Tesco minggu lepas. I was hungry so I went there hoping to buy something to eat. Or to cook.

It was dreary Wednesday. Tidak ramai manusia berkunjung membeli-belah. Tidak banyak troli-troli yang berkeliaran. Barangan di atas rak juga kelihatan tersusun lesu.

Selesai membeli sesuatu di bahagian sejuk beku, kami lalu di hadapan sebuah butik yang menjual barangan kosmetik, sebelum seorang jurujual perempuan, menegur aku yang sedang memimpin tangan Haikal, "Anak ke?"

Aku hanya tersenyum, tidak pasti bagaimana untuk membalas kata-katanya. Aku pandang Haikal. Kemudian aku toleh semula ke belakang untuk melihat jurujual perempuan itu sambil pelbagai persoalan timbul dalam kepala.

Soalan pertama yang aku tanya pada diri sendiri adalah, "Seriously?" 

Sabtu, 26 Mei 2012

Blissful morning

It's Saturday. Aku terjaga seawal pukul 6.30 pagi. I went to bed early last night, terlelap sewaktu menonton filem The Matrix (1999).

Spontan, tanpa membasuh muka, aku hidupkan suis komputer. Periksa email masuk untuk memastikan samada penghantaran buku sudah dibuat oleh pihak perkhidmatan courier. Dijangka tiba di depan pintu rumah selewat-lewatnya pada waktu petang hari yang sama.

Selepas sembahyang Subuh, aku keluar sebentar ke halaman rumah untuk menghirup udara nyaman. Matahari bangkit perlahan-lahan. Kabus nipis melatari pemandangan. Tiada kenderaan bergerak di atas jalanraya.

Kebetulan seorang gadis cantik sedang berjoging, melepasi aku yang ketika itu berdiri tercegat di hadapan pintu pagar. She's wearing running shoes, shorts and tank top.

A sight of beauty. Definitely the first thing I want to see early in the morning.

Jumaat, 25 Mei 2012

Gloomy morning

I saw an accident while sending Haikal to kindergarten.

Indian lady. She was riding a motorcycle. Nasib tak baik, dia dilanggar oleh sebuah kereta sewaktu keluar dari simpang.

It was horrible. Darah lencun membasahi kepalanya. Terlentang kaku di atas jalanraya. Tidak lagi bernyawa.

Definitely not something I want to see as early as eight o'clock in the morning.

Khamis, 24 Mei 2012

She's not like any other girl I've met before (4)

"This is how Milo should be served," aku kata ketika kami duduk menanti makan malam. Her 'Jom la, jom la,' text message earlier that afternoon has brought us here.

We ordered the same dish. Charkotiau special for her and just regular one for me. The setting was nice. Tidak begitu ramai pelanggan di gerai ini sewaktu kami tiba. Mewujudkan suasana selesa untuk makan dan berbual.

"Kenapa?" dia tanya. "Rasa apa?"

"Mesti la rasa Milo," aku balas lantas ketawa, "Tapi yang ni sedap. Nisbah susu dengan Milo sepatutnya 2:4 baru betul. Lagipun kita nak minum Milo, bukan nak minum susu."

"Habis tu, kalau bancuh dengan gula macam mana?" dia tanya lagi.

"Gula?" aku kerutkan dahi. "Orang tak betul je bancuh Milo dengan gula."

Rabu, 23 Mei 2012

"Memory, like photographs, freezes recollections." - Edouard Levé

"How long already?" aku tanya diri sendiri.

With no one to talk to about my feelings. During college years, how I envy people who always call their mom every week. To share what they do or what they want.

Because I never had a chance to do that.

Kebenarannya, aku tidak pernah bayangkan apa yang akan terjadi jika Ibu masih hidup. I really could not imagine what would happen. It is way beyond my imagination.

Yang aku ada hanyalah memori. Itu sahaja. Malah, perlahan-lahan aku telah belajar untuk hidup tanpa membayangkan bagaimana agaknya masa depan bersama-sama Ibu.

Yes I'm afraid. Some things are just too painful to remember.

Pesta orang-orang gasar

"Bayern lawan Chelsea malam ni jom," aku pelawa untuk tonton bersama. Jadi aku dan Fairuz tiba di restoran Mamak hampir pukul dua pagi. Manusia ramai macam dalam neraka.

I'm not a fan of either team. Kerana gaya permainan kedua-duanya tidak begitu memikat, malah terkesan stagnan dan kering. Aku sekadar menonton untuk menikmati semangat gasar yang dirayakan sewaktu melihat para penyokong bersorak.

"Macam cibai," melihat kepada 90 minit waktu permainan yang sungguh membosankan. Tatkala permainan diheret ke masa tambahan, aku sudah hampir terlelap di meja makan.

Dan awal pagi itu, seingat aku sekitar pukul 5.30 pagi, akhirnya Chelsea menang menewaskan Bayern Munich. "Heh, big deal," aku bisik dalam hati dengan nada sarkastik.

Aku pulang ke rumah ketika azan Subuh sayup kedengaran berkumandang. Dengan mata pedih dan sakit kepala terlampau.

Selasa, 22 Mei 2012

Table talk

Kami duduk menikmati makan malam bersama. Sambil mendengar setiap seorang bergilir-gilir bercerita mengenai kenangan waktu sekolah.

"Muka cun, badan cantik," kawanku, B merujuk kepada video lucah milik bekas rakan sekolahnya yang dirakam bersenggama bersama teman lelaki.

"Tapi satu je kantoi," dia ketawa sebelum menyambung, "Sambal lebih."

And we laughed like hell that night.

Count the headlights on the highway

I went to bed early last night, around 11 something. And yes, I had a very good and sound sleep. Cuma pagi ini aku bangun dengan berasa sedikit tidak selesa. Tiba-tiba sakit tekak.

I had today's schedule all figured out. Hantar Haikal ke sekolah, pergi ke bank (malangnya bukan untuk menyimpan), jemput Haikal dari sekolah, habiskan bacaan Chronicle of a Death Foretold dan selesaikan beberapa perkara yang tidak begitu penting pada waktu petang atau malam nanti.

Minggu depan atau dua minggu lagi, aku bercadang untuk turun ke Kedah. Which part of Kedah? Sungai Petani, mungkin. Untuk menghadiri kenduri kahwin kakak kepada salah seorang housemates aku.

But I'm not sure yet. Mungkin pergi, mungkin tidak.

Seperti kata Fatin beberapa hari lepas, "Best la. Berjalan aje kerja kau."

Sementara masih berduit (dan berkesempatan), aku hanya habiskan ke arah tiga perkara. Book, food and travel.

Jika diizinkan Tuhan, aku akan ke KLAB pada hujung bulan Jun, kemudian ke Pulau Pinang pula pada awal atau pertengahan bulan Julai. Itu pun bergantung juga, kerana sewaktu pertengahan bulan Julai umat Islam dijangka akan mula berpuasa. Oleh itu, idea berada di jalanan dan mengembara ketika mengharungi bulan Ramadhan bukanlah sesuatu yang mengujakan.

Johor dan Thailand juga berada dalam perancangan. Which part of Johor? Skudai. Menumpang rumah Pak Su di sana. And which part of Thailand? Itu belum pasti. Seorang kawan telah pergi ke sana baru-baru ini untuk berfoya-foya.

"Ini macam!" dia beri thumbs up tanda bagus setelah melanggan 'isteri sehari' dengan harga sekian sekian. Well, if you know what I mean.

Tetapi segalanya masih dalam perancangan lagi. Yang mungkin boleh dihancurleburkan oleh faktor seperti kekangan kewangan.

"Hit the road let's!" aku kata dengan mengambil semangat Yoda.

Ahad, 20 Mei 2012

Intuisi maha naif

"In Carl Jung's opinion, we all have a sixth sense, intuition. When you meet someone, you suddenly feel like you can't live without them. This could be the memory of a past love from the collective unconscious."

Aku belajar ini dari filem Almost Famous (2000). Babak di mana Elaine Miller sedang menyampaikan kuliah kepada para pelajarnya, sementara anaknya William ketika itu sedang berada di atas bas bersama sebuah kumpulan rock.

Membaca Jung, sehingga kini belum selesai. Malah buku Memories, Dreams, Reflections yang aku 'pinjam' dari perpustakaan kolej juga sudah hilang entah ke mana.

Seperkara yang menyeronokkan tentang karya Jung adalah petikan kata-katanya apabila dikeluarkan dari konteks/teks asal, maka ianya boleh diolah secara lepas bebas atau lari sedikit daripada maksud asal penulisnya. Ini ada diterangkan oleh Hafiz Hamzah dalam eseinya bertajuk Inderaloka mengenai buku Interlok karya Abdullah Hussain.

Katanya, selepas mencabut sebaris atau sepotong ayat dari novel tersebut yang berbunyi: "Tiba-tiba kembang hatinya bagaikan buah kembang semangkuk yang dimasukkan ke dalam air" dia menemukan nafas baru pada ayat tersebut. Dia merasakan sisi lain pada ayat tersebut yang dirasakan berbaur nikmat sensual.

Atas sebab itu juga, kini aku lebih selesa sekadar menebuk-nebuk petikan kata-kata Jung yang kemudian aku tafsir sesuka hati mengikut pemahaman dan pengalaman membaca diri sendiri.

Before this, I've met (I refuse to use the word dated) several girls. Tetapi tiada seorang pun daripada mereka yang mampu membuatkan aku berbisik, "Oh dear, I can never live without you."

Meskipun kehadiran mereka sedikit sebanyak membantu dalam mengimbangi keharmonian bulatan hidup aku, namun meluahkan kata-kata sedemikian kepada mana-mana gadis semestinya kedengaran sungguh banal (and corny as hell).

Sabtu, 19 Mei 2012

Misssion accomplished

I think I need a haircut, I told myself a week ago. Kali terakhir aku biarkan rambut aku digunting adalah dua (atau tiga? atau empat?) bulan lepas. Aku sendiri sudah lupa.

Seperkara yang pasti, menggunting rambut adalah sesuatu yang menakutkan. Malah lagi menakutkan berbanding daripada ditinggalkan seorang diri di stesen bas sambil dikelilingi manusia asing atau berurusan di kaunter bank CIMB.

When you let someone cut your hair, you'll be completely unguarded. Or to put it another way, you simply become vulnerable. Macam mana kalau dia tersalah gunting? Macam mana kalau gaya rambut yang dia gunting boleh menjadi punca bahan ketawa?

And yes, the same thing goes for surgical operation.

Namun menjadi paranoid tak kena tempat, sangatlah tidak munasabah, bukan? That's why sometimes you just gotta have Faith. Paling tidak pun, bak kata orang Melayu 'buat-buat berani je'.

So to cut a long story short, I went there, sit on the chair and let the beautiful woman do my hair. Bila sudah selesai, aku lihat cermin dan bisik pada diri sendiri, "Ahh, I'm so proud of myself!"

Jumaat, 18 Mei 2012

Not this time

Tatkala namanya muncul di skrin, aku tertanya-tanya, "Eh dia mimpi apa ni, tiba-tiba je?"

I received a text message from Loveable last night. Mulanya aku ingatkan pesanan teks dari kawan-kawan mahu ajak keluar minum tetapi tidak rupanya.

It was from her. And she's expecting a little help from me.

Last time I ever heard of her was like five or six months ago. I haven't spoken to her since then. Because she ended up with someone else and to be honest, there's nothing to talk about anymore between the two of us.

Anyway I texted her back eventhough it took me a while to reply. Dengan membalas teks darinya, aku sudah pun mengambil satu langkah terkebelakang dengan melanggar peraturan-peraturan esentrik yang aku sendiri cipta.

I often told myself to avoid conversation whenever possible. Alas, this is where the rules should apply.

No how are you question. No it's-been-so-long-since-the-last-time chitchat. No nothing. Just a plain and boring straightforward conversation. And a polite reply saying sorry I can't help you.

But somehow it baffles me how she act like nothing ever happened before.

Khamis, 17 Mei 2012

Nice to know you

I bumped into my high school friend yesterday morning. He was having breakfast with a girl. I don't know, could be his girlfriend or sister or anyone.

Kebetulan aku juga sedang menikmati sarapan pagi di restoran yang sama. Restoran yang terkenal dengan nasi lemak yang harum wangi serta Nescafé ais yang sungguh sedap. This place has become my regular breakfast spot since early last year.

Apparently he doesn't recognize me anymore. At one time, he was looking at me with a clueless face. Terasa seperti mahu bangun dari kerusi, terpa ke meja dia dan kata, "Really, how come you don't remember me?"

But no, of course I didn't do such thing.

As I recall, we haven't met or seen each other for almost seven years. We went on to attend high school together until Form 3, after which, he quit school. So basically, on that particular morning, it's like we're meeting for the first time.

Jika dia masih kenal aku sekalipun, demi Tuhan, aku tiada idea untuk berbual apa. And I'm not sure whether I really want to have conversation with him. Yang pasti muncul hanyalah soalan-soalan bosan berkaitan kehidupan, pelajaran atau pekerjaan.

Jadi aku sedapkan hati sendiri dengan beranggapan bahawa dia hanyalah fragmen masa lampau yang sudah tidak penting lagi untuk aku ambil peduli.

Happy teacher's day

Ihsaan kata dia mahu beli sesuatu untuk guru kelasnya. Sebab kawan-kawannya yang lain turut memberi sedikit penghargaan berupa cenderahati (atau mata?) kepada guru kegemaran masing-masing.

Aku kira ini adalah sesuatu yang tidak asing bagi kanak-kanak seusianya. Peer pressure bak kata mat saleh. Sudah tentu Ihsaan masih tidak berdaya untuk menepis segenap tekanan yang datang dari pelbagai sudut.

Kawan tayang kasut. Kawan tayang jam. Kawan beli itu. Kawan beli ini.

Dan refleksi semulajadi Ihsaan untuk fit in (dalam erti kata lain, tidak mahu ketinggalan) dalam lingkungan sosial kebendaan ini adalah dengan mengejar perkembangan kawan-kawan yang lain.

That's why I told Ihsaan I have never bought anything for my teacher. And for the record, I have never bought anyone a present, either. Be it my family, my you-know-who, my friends, my colleagues or my classmates.

Come to think of it, aku fikir dengan tidak memberikan apa-apa adalah cara paling ikhlas untuk menghargai seseorang. Ha ha!

Aku juga pernah terjebak dengan perkara sama sewaktu zaman persekolahan rendah dan menengah. Bezanya kami tidak berlumba-lumba untuk menunjuk-nunjuk kepunyaan masing-masing. Namun kami lebih kepada mempengaruhi satu sama lain untuk menjadi lebih setan dari setan itu sendiri.

Mujur sewaktu menuntut di kolej, pengaruh rakan sekelas atau serumah sudah tidak begitu ketara. Apa sahaja tindak-tanduk, perangai, gelagat atau kerenah mereka, hampir tiada makna dan tiada kesan kepada diri aku.

Things like that happen all the time in this great big world of ours, bak kata Murakami dalam novel Norwegian Wood.

Samada kamu mempengaruhi ataupun dipengaruhi, peer pressure adalah perkara yang nyata dan wujud. Melainkan kamu adalah seorang antisosial, maka tak dapat den nak nolong.

Isnin, 14 Mei 2012

She's not like any other girl I've met before (3)

Girl. They always came up with a name for everything. Handphone, laptop, car, stuffed animals, pet and what else? You name it. But I assume that's how they appreciate things in life.

And she's no exception to this, if you will, madness.

"Nancy dah rosak," she told me.

"Nancy who?" I shot back.

"My phone. Now whenever I receive a call, the phone went dead."

She owns a pet. It looks like a hamster or something. I'm not so sure. She has four of this furry little guys. And each one of them has its own name. She thinks that everything deserves a name for... well I don't know, surely she had her own reason. 

"How can you tell whether you're holding the right one?" I asked her. "They all look the same to me."

Me, on the other hand, feel uncomfortable giving name to those kind of things (except for my cats). Let's say I have an imaginary friend. Guess what his/her name would be?

Ahad, 13 Mei 2012

Ahli sufi mamai

   Bangun pagi
         dan
limpahan idea
         dan
sesuap sarapan.

Sabtu, 12 Mei 2012

She's not like any other girl I've met before (2)

"How old are you, actually?" aku tanya sewaktu kami keluar makan bersama. Makan tengahari yang tidak selesa. Cuaca terlalu panas di luar. Bahangnya membawa sehingga ke dalam restoran.

"Again?" dia geleng kepala, tidak percaya, "This is the second time in a day you've asked the same question."

"Sorry," aku pujuk bertemankan sebuah senyuman untuk mengambil hatinya, "I wasn't paying attention."

"23. And yes, I'm that old."

"23, huh?" aku ulang semula, "But you look like a high school girl."

"Really, you think so?" matanya bersinar gembira dan senyuman muncul di bibir. Tetapi itu sebelum aku balas dengan kata-kata yang bakal memudarkan manis senyumannya.

"Nahhh, you look exactly your age," aku balas sambil ketawa kecil.

"I hate you."

Rabu, 9 Mei 2012

Sebuah cerpen dalam cerpen yang gagal (2)

“Mana makanan ni? Lambatnya sampai,” aku rungut. Perut aku sudah mula berbunyi sejak tadi. Menunggu makanan yang lambat sampai adalah perkara paling menjengkelkan dalam dunia.

Dia hanya ketawa kecil. Dia yang aku maksudkan adalah seorang perempuan yang berada di hadapan mataku. Sedari tadi aku leka meneliti long cardigan berwarna kelabu tanpa butang hadapan yang dipakainya. Aku suka. Sesuai dengan susuk tubuhnya.

“Nanti mesti sampai. Tunggulah kejap.” Dia cuba memujuk.

Hidangan tiba di meja makan. Aku ucap terima kasih dengan tersenyum paksa memandang pelayan yang menghantar pesanan. Aku pesan nasi goreng kampung. Dia pula pesan bihun tomyam. Sesudah selesai menjamahnya, terus terang aku cakap, nasi goreng kampungnya memang hampeh. Kebanyakan restoran yang aku kunjungi, termasuk restoran yang ini, ternyata mengecewakan.

Aku meraikan perbezaan yang cuba dibawa tetapi ianya berdosa dari segi hukum masakan untuk mencampurkan bahan-bahan seperti sosej, nugget, tomato (Tomato? Buat lawak ke apa?) ke dalam nasi goreng kampung. Nasi goreng kampung sebenar tidak mengada-ngada.

Cukup sekadar hidangan ringkas yang membangkit nostalgia bau-bauan sambal belacan dan ramuan ringkas. Berlainan dengan apa yang dihidangkan di hadapan aku, nasi goreng kampung tiba-tiba bertukar menjadi nasi goreng cacamarba. Terlalu banyak bahan tidak penting yang dicampur sehingga aku terpaksa menguis bahan-bahan tersebut dari dalam pinggan hanya sekadar untuk mencari sesuap nasi.

Kadangkala, dalam menyediakan makanan, kesederhanaan lebih baik. Just nais bak kata mat saleh. Daripada mencuba terlalu keras, lebih baik bersederhana. Sekurang-kurangnya duit aku, selaku pelanggan, tak dilaburkan ke arah sesuatu yang... tidak sedap!

“Hujung minggu ni awak busy tak?” Dia tanya selepas melihat aku selesai dengan suapan terakhir.

“Hmmm.” Aku pandang wajahnya. “Tak kot. Kenapa?”

“Saya nak ajak awak pergi birthday party kawan saya hari Ahad nanti.” Dia tanya lagi, memandang tepat ke arah mata aku. Mengharapkan sebuah jawapan.

“Tak berani nak janji sekarang. Apa-apa nanti saya bagitau okay?” Aku tersenyum sambil membalas.

Selesai urusan pembayaran di kaunter, aku hantar dia pulang ke rumah. Di hadapan rumahnya, kami berbual kosong untuk memadamkan kesunyian malam. Berbual kosong tentang perkara yang berlaku di sekeliling, juga bercerita perihal manusia lain. Aku selesa berbual bersemuka dengannya. Melihat tepat ke dalam mata, menduga hati dan perasaan. Dimulakan dengan perbualan telepati sambil diselang seli dengan senyum dan ketawa kecil.

Dalam setiap perbualan, aku selalu anggap diri sebagai seorang yang pasif. Lebih banyak menerima, daripada memberi. Pasif pun bukan sebarang pasif, kerana aku percaya, aku adalah seorang pendengar yang baik. Aku cuma perlukan seseorang yang aktif berbual, untuk merangsang aku berbual bersama.

Kerana itu, kadangkala, aku lebih senang duduk diam dan menikmati perbualan manusia lain. Atau dalam kes ini, hadam perbualan dia satu persatu dan mencerna segalanya perlahan-lahan seorang diri. Kemudian, merenung muka dia dalam-dalam, dan berkata dalam hati, “I love everything about you.”

“Why do I keep falling in love with you?” aku tanya dengan tidak semena-mena. Memecahkan monopoli dia di dalam perbualan kami. Soalan retorik yang tidak sepatutnya aku hamburkan kerana jawapannya sudah begitu ketara.

Atau aku sendiri yang masih lagi samar-samar?

Terasa separuh beban dalam diri sudah bebas keluar dengan bertanyakan soalan tersebut. Jawapan yang bakal aku terima dari dia tidak penting. Aku tidak mampu untuk berterusan memendam perasaan cinta ini. Aku benar-benar tidak takut untuk terluka.

Aku... benar-benar tidak peduli!

Sebuah cerpen dalam cerpen yang gagal

Aku terjaga selepas mendengar suara Amir memanggil nama aku dari luar pintu bilik, sambil mengetuk pintu berulang kali.

“Weh, bangun. Jom breakfast,” Amir pelawa.

Aku pandang jam dinding. Jarum menunjukkan pukul 8 pagi. Hari ini adalah hari Ahad. Hujung minggu di mana kebanyakan manusia bersenang-senang, berehat dari urusan kerja yang menyesakkan atau sekadar menghabiskan sisa hujung minggu bersama manusia tersayang di rumah. Oleh itu, pelawaan bersarapan pagi di pagi Ahad mungkin merupakan perkara paling kelakar di dalam dunia sedangkan aku sepatutnya sedang tidur nyenyak di atas katil. Tetapi tak mengapa, aku fikir. Kali terakhir aku dan Amir bersarapan pagi bersama adalah... lama dahulu. Ahh, aku sudah lupa.

“Mana?” aku tanya sebaik melangkah keluar dari pintu bilik, sedikit mamai.

“Mana apa?” Amir soal semula, kurang jelas.

“Kita nak breakfast dekat mana?” aku ulang semula ayat, dengan frasa yang lebih teratur.

“Kau ikut je,” balasnya, “Cepat, aku tunggu. Setengah jam. Setengah jam je aku bagi.”

Aku menggeliat malas. Masuk semula ke bilik dan membuka tingkap untuk membenarkan udara segar pagi menyapa masuk ke dalam ruang bilik. Cuaca di luar cerah. Langit juga tidak menunjukkan tanda-tanda hujan bakal turun.

Sambil berjalan ke bilik air, aku angkat baju dan seluar yang berada di lantai bilik sebelum membalingnya ke dalam bakul pakaian kotor. Aku tepuk dahi. Aku baru teringat, dobi! Duh, mana ada kedai dobi yang buka pada hari Ahad.

Selesai mandi dan bersiap, aku segera menuju kepada Amir yang menunggu di ruang tamu. Dia sedang menonton rancangan bual pagi serba menjengkelkan menampilkan seorang pengacara lelaki berkacamata yang tidak henti-henti bercakap.

Sesampai di hadapan kedai makan, Amir kata, “Inilah tempatnya.”

Aku pandang ke arah papan tanda kedai makan tersebut. Ianya sebuah kedai makan bangsa Cina. Aku hanya mampu ketawa dan berkata dalam hati, “Entah halal ke tidak ni.”

“Apa yang istimewa dekat sini?” aku tanya Amir sambil mata melilau melihat meja sekeliling yang rata-rata dipenuhi pelanggan Cina. Terdapat juga beberapa orang pelanggan Melayu. Tidak begitu sukar untuk mengenalpasti mereka. Ini aku tahu melihatkan kepada warna kulit mereka yang hampir sama tonanya seperti aku.

“Chee cheong fun!” Amir kata, dengan nada penuh teruja.

“Chee cheo— Apa benda tu?” aku tanya semula.

“Chee cheong fun. Sedap, kau cubalah dulu.”

Amir beritahu, chee cheong jika diterjemah ke dalam Bahasa Melayu bermaksud usus babi, manakala fun pula membawa maksud mee. Tambahnya lagi, mee ini dibuat secara tradisional oleh pemilik kedai menggunakan campuran tepung beras dan kanji jagung serta beberapa ramuan ringkas lain.

Melihatkan air muka aku sedikit berubah tatkala mendengar perkataan usus babi, Amir lantas ketawa, “Memang la kalau terjemah namanya usus babi tapi hidangan ni dah diubahsuai mengikut kesesuaian masyarakat setempat. Jangan risau, perkataan usus babi itu sebenarnya simbolik kepada gulungan mee yang nampak macam usus babi. Di sini kau boleh pilih nak letak ayam atau udang. Tak ada babi.”

Hidangan tiba di meja makan dituruti dengan teh ais yang aku pesan. Cara penyampaiannya saling tak tumpah seperti kway teow. Cuma bezanya ia tidak digoreng seperti kway teow. Juga tiada sayuran yang digaul bersama. Pendek kata, tiada dekorasi atau hiasan nyata di atas hidangan ini melainkan taburan bijan putih.

Menurut Amir, hidangan ini mempunyai banyak pecahan mazhab, bercambah variasinya. Malah berbeza-beza cara penyediaan dan penyampaian mengikut selera dan citarasa setempat. Katanya, sewaktu menjamah hidangan ini di Pulau Pinang, kuahnya lebih likat serta kurang manis. Juga ditaburi dengan bijan putih yang lebih banyak.

Aku ambil kunyahan pertama dan ianya tidak mengecewakan. Teksturnya lembut dan kenyal, diselaputi sedikit rasa manis kuahnya yang tidak keterlaluan. Isi udang yang segar juga membantu menambah rasa terhadap hidangan ini. Aku juga mengambil kesempatan menggaul mee bersama sedikit sambal yang diberi dalam mangkuk kecil.

“Kau pergi mana semalam?” Amir mulakan perbualan. Mulutnya ligat mengunyah makanan.

“Tak pergi mana pun. Aku pergi jumpa kawan je,” aku berdalih. Mata aku tertumpu kepada makanan, cuba mencari isi udang.

“Lambat kau balik semalam,” Amir kata dalam nada penuh sinis.

“Aku ada hal sikit, itu yang jadi lambat—

“Kau pergi jumpa dia?” Amir cantas.

Aku pandang wajah Amir sambil ketawa. Celaka, sia-sia aku cuba menipu.

Amir merupakan rakan sekelas merangkap rakan serumah. Aku mula mengenalinya setelah berada di dalam kelas yang sama dua tahun lepas. Dia seorang yang mudah didekati dan tidak banyak kerenah. Senang cerita, aku selesa berkawan dengannya.

Amir juga ketawa melihat aku, lalu berkata, “Lain kali tak payah tipu. Aku mesti tahu punya.”

Serentak itu, telefon bimbit aku berbunyi menandakan ada teks pesanan tiba ke dalam peti masuk.

Pesanan teks dari seseorang, “Busy tak malam ni? Jom dinner sama-sama.”

Detuned radio

Aku harus akui, yang ketidakupayaan mengawal perasaan seringkali memakan diri. Sometimes I involuntarily let my feelings consume my rationality.

Marah, misalnya. Only few of my friends would know that I have a short temper. Marah dalam jangka masa yang singkat kemudian kembali bertanya kepada diri sendiri selang beberapa ketika, "Why am I so mad just now?"

Aku boleh berlagak seperti tiada apa yang berlaku. Sambil berusaha bersungguh-sungguh untuk tidak menzahirkan sebarang emosi melalui ekspresi wajah. Kerana aku cenderung untuk menanggung segala-galanya seorang diri.

Tetapi memaksa diri untuk menghadam semua perasaan yang timbul ke permukaan adalah satu kerja gila. Oleh sebab itu, aku mula mencipta delusi. Dengan mengheret realiti ke sebuah tempat di mana keberadaan tidak mungkin dipersoalkan oleh sesiapa.

I wanted to hurt (some) people so badly but sadly I can't. So I came up with a mental image of them. And no, you don't want to figure out what really happened in my head.

Now you know, why my looks and appearance can be so deceiving.

I guess, this is how I deal with massive stupidity. At the same time, I'm afraid. Today I've killed you in my head. But tomorrow, who knows?

Isnin, 7 Mei 2012

(Bakal) miskin

At this very moment, I'm still enjoying my monthly allowance from MARA. Perjanjian kontrak selama tiga tahun untuk menanggung kehidupan aku selaku pelajar sepanjang menuntut di peringkat diploma. Unfortunately, this privilege is going to end very very soon.

Pemberian elaun sara diri ini menurut perkiraan aku, dijangka berakhir seawal bulan Jun atau selewat-lewatnya bulan Julai tahun ini.

I haven't quite figured anything out yet or decided what to do next.

Mungkin aku perlu lupakan harapan untuk menjadi pseudo-minimalist dengan mula menampal iklan di blog ini. Mudah-mudahan ada (sedikit) wang akan mengalir masuk.

Atau salah satu pilihan lain di antara bermacam pilihan yang ada, iaitu mula menulis dengan lebih serius. I think the idea of getting published seems to make more sense now.

But serious how? I'm laughing at myself already!

She's not like any other girl I've met before

"You ni entah apa-apa la," dia cebik bibir, tanda tidak puas hati. "Yet you're here sitting right next to me," aku ketawa kecil.

"Can't you be more serious?" pertanyaan yang sering diajukan tatkala kami bersua muka. "Boleh je tapi taknakkk," aku geleng kepala. Cuba untuk membuatkan dia geram.

"Tengok tu, tak serius langsung," dia balas. Aku pura-pura tidak mendengar.

"Jom," aku pelawa. "Let's go get ice cream. Nak tak?"

"Really? Your treat?"

"Yup," aku capai tangan lembutnya, "I never joke when it comes to food."

Ahad, 6 Mei 2012

Goodbye great weekend (11)

Seminggu sebelum tarikh bermulanya Pesta Buku, aku terpaksa bergelut untuk membuat beberapa keputusan. Series of mental arguments against my dear self. And not to forget, dealing with irrational thoughts as well.

Samada mahu pergi ke TwtupIpoh atau Pesta Buku. Those two events clashes and fall on the same day. TwtupIpoh yang pertama kali diadakan di P.O.R.T. Ipoh (hence the name) bertujuan menghimpunkan pengguna Twitter dari seluruh pelosok Malaysia, secara umumnya, untuk pelbagai acara dan aktiviti. Dengar cerita ada jualan, ada persembahan, ada selebriti dan entah apa-apa lagi.

"Pergi la dua-dua sekali," cadang salah seorang kawan. Yes, that's what I thought at first. Tetapi kemudian Kiki telefon menyatakan kedatangan dia dan Meon ke Seri Iskandar pada malam Ahad.

"That's just impossible," reaksi aku kepada diri sendiri.

Jadi aku susun jadual perjalanan dalam kepala dan mengambil kira segala kemungkinan yang bakal ditempuhi. I called Pak Cik and told him to pick me up later. And I called Kiki once again to confirm his coming to Seri Iskandar.

Aku ambil keputusan untuk tidak pergi ke TwtupIpoh. Maka secara automatik aku tidak dapat berjumpa dengan Ayin, Chem, Fairuz dan beberapa orang rakan sekolah dan kolej di sana. I haven't seen Ayin for yonks. I just can't recall when was the last time. I kinda miss her childish instinct and clumsiness.

Dengan keputusan yang aku buat, aku dihantui beberapa persoalan ringkas. Apa akan terjadi jika aku memilih untuk tidak mengikut rancangan asal yang aku tetapkan? Adakah aku akan punyai sesuatu untuk ditulis demi mengingati sebuah perjalanan yang telah dilalui?

Soalan retorik yang tidak perlukan jawapan, sebenarnya.

Goodbye great weekend (10)

Pergi ke kolej untuk menemani Kiki dan Meon menghantar laporan akhir latihan industri. Suasana sunyi dan bosan. Tiada langsung kelibat pelajar lain mundar-mandir.

Tengok jam. 3 lebih. Panas terik. Angin lesu. Peluh mengalir keluar membasahi baju seperti air terjun.

"Jom cepat," kami berjalan laju menuju ke arah pintu masuk. Penghawa dingin menyambut kami dengan mesra.

Terserempak dengan Encik Hamzah dan Miss F sewaktu mahu ke bilik penyelia latihan industri. Aku hulur tangan untuk berjabat dengan Encik Hamzah. And a simple 'Hi' to Miss F.

Sempat berborak dengan mereka selama lebih kurang empat atau lima minit. Mereka komen mengenai rambut aku yang panjang dan serabai. Aku hanya tersengih.

Aku minta diri. Terus pergi mendapatkan Kiki dan Meon yang terlebih dahulu meninggalkan aku.

10 minit kami di dalam bilik. Mereka bertanya banyak soalan. Mengenai tarikh dan format pembentangan. Aku hanya mendengar dan sesekali mencelah dengan lawak bodoh.

Aku gelisah. Dengan perut lapar, belum makan tengahari. Cadangnya mahu makan fast food selepas selesai pertemuan ini.

20 minit. Tiada tanda-tanda perbualan akan terhenti dalam masa terdekat. Jadi aku mencelah dan memendekkan jangka hayat perbualan yang sedang berlangsung.

Akhirnya perbualan tamat. Kami beransur pulang meninggalkan kolej, hampir pukul 4. Matahari masih tidak mahu mengalah. Panas terik.

We didn't end up eating fast food. Ianya sebuah rancangan yang gagal.

6 lebih. Teman wanita (Teman wanita? What the hell! Girlfriend sounds better) Kiki datang menghantar nasi ayam untuk kami.


Nasi ayam pasar malam. Ayam boleh tahan. Nasinya sedikit masin. Supnya pula tidak banyak membantu menyedapkan nasi ayam ini.

"Nasi ayam pun nasi ayam laaa," aku kata sambil tangan memulakan suapan pertama.

Sabtu, 5 Mei 2012

Goodbye great weekend (9)

Kami duduk bersenang-senang di ruang tamu rumah sambil menyimpul bicara mengenai seorang gadis yang telah aku kenali selama hampir lima bulan.

"Muka dia memang cantik apa semua tapi cantik je nak buat apa?" aku lontarkan persoalan kepada mereka. "Keluar makan sama-sama, lepastu tanya khabar seminggu sekali. Setakat nak buat kawan, boleh la."

Aku beritahu yang aku rasa seperti tidak berbaloi untuk sekali lagi melalui penat lelah dalam membina tangga perhubungan antara dua jiwa, dalam waktu terdekat. Texting, late night phone calls, life updates, sweet words and all. I guess I'm just not ready to go through the whole process all over again.

Goodbye great weekend (8)

Terlena dalam kereta setelah masing-masing kekenyangan hasil penangan mee kari. Aku sudah lupa siapa yang memandu sewaktu pulang. Tahu-tahu sudah sampai di rumah sewa Syed dan Izzy di Bandar Universiti. Kami tumpang bermalam untuk sehari dua sehingga segala urusan latihan industri Kiki dan Meon selesai.

Aku, Kiki dan Meon melepak di luar rumah sebaik sahaja keluar dari kereta. Mendongak ke atas, malam pekat tanpa bintang. Langit lobos tanpa awan. Angin bertiup segan-segan. Mereka berdua cucuh rokok. Asap menyerbu keluar dari rongga.

I don't smoke, although most of my friends do so, just to fit in socially. Aku pernah mencuba namun anehnya tidak pula ketagih. Ada juga sebilangan kawan-kawan yang lebih gila dengan mengambil pil-pil terlarang, menjadi doktor tidak bertauliah dan paling parah, menjadi pengedar bahan-bahan terlarang ini.

Selang beberapa buah rumah dari kami, kelihatan tiga atau empat orang gadis sedang menghayun raket bermain badminton di atas jalan tar di hadapan rumah mereka. Terloncat-loncat dan terkinja-kinja menghambat bulu tangkis di bawah sinaran malap lampu jalanraya.

"Student ke?" aku tanya sambil mata ligat menuruti gerak-geri mereka.

"Bukan. Diorang ni budak-budak sini jugak. Kerja Tesco kot," Kiki balas.

"Sedap mata memandang tak?" aku tanya dengan masih lagi tidak dapat mengecam muka mereka dari jauh.

"Boleh laa."

Perbualan yang dimulakan dengan secara tidak sengaja, tiba-tiba membawa kami kepada perihal yang sedikit tersasar dari topik asal.

"Tolong cari awek kat aku. Meh la sorang. Dua orang pun takpe," aku kata dengan nada tidak serius.

"Butuh," adalah reaksi mereka berdua. "Tipu cakap takde awek. Tapi ada sorang ni, kalau kau nak. Budak Cyberjaya." Serentak mereka berpandangan sesama sendiri dan ketawa.

Celaka, nak kenakan aku la tu.

Jumaat, 4 Mei 2012

Goodbye great weekend (7)


Aku menunggu kira-kira 20 minit sebelum Kiki dan Meon muncul di hentian Batu Gajah. Syed dan Izzy juga ada bersama menemani.

"Alep!" Meon laung nama aku dari dalam kereta. Mujur tidak ramai manusia yang berada berhampiran. Aku sambut mereka dengan sebuah senyuman.

"Meon!" aku turut membalas laungan tersebut. I haven't seen him for almost four months. Tempoh latihan industri dia yang baru tamat dua minggu lepas akhirnya memungkinkan kami untuk bertemu semula di pekan jarak pekan tekukur Seri Iskandar.

Mereka berdua datang ke Seri Iskandar dengan tujuan menghantar laporan akhir latihan industri. Selain itu, mereka juga ingin berjumpa dengan penyelia latihan industri untuk memuktamadkan tarikh akhir sesi pembentangan kelak.

We went straight to Ipoh for a bowl of mee curry. Reunion dinner with my former... I'm sorry, my housemates. I strongly dislike the word former or ex or something related to the past. They're still my housemates no matter what although we're not staying under the same roof anymore.

Seperti dijangka, kami habiskan sepanjang malam dengan pelbagai cerita dan kisah dan jenaka sepanjang jurang masa empat bulan tidak bersua muka. You know, for the sake of catching up with each other. And it feels good to laugh just like the old days.

"Pergh, terbaik!" reaksi Meon sesudah merasai hirupan pertama kuah mee kari. Makan malam yang sungguh istimewa, bersama-sama manusia yang penting bagiku.

Without any doubt, this is the place of Happiness!

Goodbye great weekend (6)

Niat di hati mahu tinggal lama sedikit di rumah Pak Cik, tetapi oleh kerana aku sudah terlanjur berjanji untuk berjumpa Meon dan Kiki di Seri Iskandar, jadi aku mengambil keputusan untuk terus bertolak pulang usai mengunjungi Pesta Buku.

"Hang beli buku apa?" Pak Cik tanya sewaktu kami duduk sebentar selepas penat berjalan selama hampir beberapa jam.

"Ada la sikit," aku balas sambil mengeluarkan buku yang dibeli dari beg. Pak Cik terus mengambil buku-buku tersebut untuk dibelek.

Kemudian kami berdua menuju ke kawasan persis food court yang tersedia di dalam dewan. Pak Cik suruh aku beli apa-apa makanan yang ada dijual.

"Bagi mee goreng ni dua," aku tunjuk ke arah mee goreng yang diletakkan dalam dulang.

"Minuman?" dia tanya.

"Bagi Milo ais dua," aku balas. "Okay dah, itu je. Berapa semua?"

"20 ringgit."

Mahal macam celaka, spontan aku maki dalam hati. Walaupun tahu harga makanan dalam dewan ini memang jenis 'ketuk', tapi mengenangkan perut lapar dan malas untuk mencari tempat makan yang lain, maka terpaksa juga menghadam mee goreng tak sedap dan Milo ais seperti dibancuh oleh kanak-kanak 5 tahun itu.

Selesai segala urusan, aku keluar meninggalkan Pesta Buku dengan beberapa buah buku, catatan imaginasi dalam kepala dan perut yang tidak puas. On his way back home, Pak Cik dropped me off at KL Sentral. Kerana aku beritahu aku tidak mahu pulang dengan menaiki bas. Pening kepala kalau naik bas, aku beri alasan.

Pak Cik beri aku duit tiket dan sedikit duit belanja sebelum meninggalkan aku seorang diri. Dia pesan, "Dah sampai nanti jangan lupa bagitau."

Aku beli tiket di kaunter ETS untuk perjalanan sehala. Hentian terakhir yang tertera di atas tiket adalah di Batu Gajah. I have to wait roughly about an hour before departure. Hampir mati kebosanan sementara menunggu perjalanan bermula pada pukul 5.30 petang.

"Weh, nanti datang ambik aku dekat Batu Gajah. Aku turun dekat sana," aku telefon Kiki, yang telah pun berada di Seri Iskandar untuk datang menjemput.

"Aik, apahal call aku ni? Pandai-pandai la balik sendiri," dia balas dalam nada gurauan.

"Naharom. Aku sampai maybe dalam pukul 7.45 kot," aku kata. Dia ketawa.

"Nanti aku datang la. Kita terus pergi makan mee kari."

Masuk ke dalam koc, aku duduk mengikut nombor yang tercetak di atas tiket. Aku hanya mampu menggeleng kepala bila sampai di tempat duduk, "Hampeh dapat seat depan sekali. Menghadap dinding la jawabnya."


Di sebelahku ada seorang pemuda berbangsa Cina dengan beg bagasi besar diletakkan di hadapan kakinya. Kami saling tidak bertegur, berbalas senyuman pun tidak. Dia lebih selesa memasang earphone di telinganya. Aku turut berbuat perkara yang sama.

Ketika pramugari (apa istilah pemeriksa tiket?) yang mempunyai wajah seiras Audrey Tautou, dengan potongan rambut pixie yang sungguh comel datang untuk memeriksa tiket, dengan sopan aku hulurkan tiket kepadanya.

"Ni dah salah tempat duduk ni," dia kata sambil membulatkan sesuatu pada tiketku dengan sebatang pen.

Aku lihat semula tiket. Tertulis koc B. Aku lihat tanda yang dilekatkan di koc ini. Koc A.

"Oh shit," aku kata tatkala beredar menuju ke tempat duduk yang sebetulnya.

Khamis, 3 Mei 2012

Goodbye great weekend (5)

Aku berjanji untuk bertemu dengan Nadzirah di Pesta Buku tetapi membayangkan aku perlu mencari dia dalam neraka kesesakan manusia, aku bisik dalam hati, "Ahh, lain kali pun boleh jumpa."

Setelah letih meneliti dan membelek buku-buku yang dipamerkan di booth yang aku kunjungi, aku keluarkan duit untuk membeli dua buah buku oleh Dina Zaman dan beberapa buah lagi dari penerbit karya-karya alternatif.

"This is a really good book," cashier itu kata sambil aku menyumbat buku I am Muslim dan King of the Sea ke dalam beg non-woven yang dibawa. "Her new book signing session has been held last Friday at Kinokuniya."

Ujarnya lagi, Dina Zaman kini sedang menulis sebuah buku berjudul Holy Men, Holy Women yang mungkin bakal terbit selewat-lewatnya pada tahun 2014.

Aku beli sebuah buku terbitan Fixi untuk diberikan kepada Aisyah. Sebuah buku karya Sham Hashim dan Julie Anne berjudul Licik. Aku sendiri belum berkesempatan untuk membelek isi kandungannya. Aku beli buku ini dengan harapan ianya tidak akan mengecewakan seperti beberapa judul terbitan Fixi yang lain.

Kewujudan karya-karya alternatif sebegini adalah sesuatu yang patut dipuji. Ianya memberi peluang dan ruang kepada anak-anak muda untuk melempiaskan nafsu menulis dan menyerlahkan bakat dan mencipta kelompok pembaca tersendiri. Selain daripada mengumpul kelompok peminat yang cintakan karya yang lari dari norma kebiasaan (kebiasaan yang bagaimana?) dan tulisan yang bernada avant-garde.

Semasa sibuk membelek, aku turut terjumpa sebuah buku jurnal foto mengenai bandar Brickfields dengan harga hanya RM10 dalam longgokan. Namun celaka sungguh celaka, bila aku datang kali kedua untuk membeli, buku itu telah selamat disambar oleh manusia lain.

Walaupun tidak ketemu dengan buku yang dicari namun Pesta Buku ini tentunya tempat paling ideal untuk beromantika bagi para pencinta buku. Now I'm looking forward for KL Alternative Bookfest in June. Can't wait!

Goodbye great weekend (4)

Mak Njang sekeluarga datang ke rumah Pak Cik setelah mengetahui aku berada di sini sepanjang hujung minggu. Mereka singgah bermalam pada malam Sabtu dan bercadang untuk menghabiskan sisa hujung minggu di Pesta Buku pada keesokan harinya.

Rancangan asal, aku ingin pergi seorang diri tanpa bertemankan sesiapa. Namun oleh kerana mereka juga mahu pergi, aku batalkan rancangan tersebut. Sep duit sikit kalau tumpang diorang, boleh beli buku banyak-banyak, fikirku.

That morning, she prepared a nice breakfast for us. Hidangan ringkas nasi goreng kampung dan pulut durian dan Nescafe O untuk mengalas perut (walaupun aku tak pasti dari mana pulut durian muncul). Sarapan pagi yang sungguh menyelerakan dan membuatkan aku mahu merangkak semula ke katil.

Waktu kecil dahulu, Mak Njang boleh diibaratkan sebagai manusia paling garang pernah aku jumpa. Berkubang dalam parit bermain selut, menyauk ikan gapi menggunakan penapis serbuk kopi, menghisap rokok daun kepunyaan Tok Wan dalam kebun getah dan bermacam lagi. Jika aku dan sepupu yang lain melakukan perkara-perkara nakal tersebut kemudian kantoi, kami lebih takut dengan Mak Njang lebih dari sesiapa. 

Jam menunjukkan pukul 12 tengahari. Hampir 30 minit dihabiskan dengan melilau mencari tempat parkir kenderaan. Perlu berjalan kaki selama lima minit di bawah terik mentari sebelum sampai di pintu masuk utama. 

Rombongan bas dari beberapa buah sekolah turut dilihat menurunkan pelajar mereka berhampiran hadapan pintu masuk utama. Ini aku tahu berdasarkan kepada pakaian seragam yang mereka pakai.

Manusia tidak putus-putus keluar masuk dari dewan. Tatkala melihat lautan manusia yang berada dalam dewan, membuatkan aku secara harfiah berasa sesak nafas. Mild claustrophobia membuatkan aku ingin lari dari pandangan orang ramai. Sungguh tidak selesa sewaktu berlaga bahu dan berselisih mata dengan wajah yang berbagai. Ada yang senyum. Ada yang tidak.


Di balik ratusan booth yang dibuka, aku terjumpa senaskhah buku Vonnegut bertajuk Armageddon in Retrospect dan juga beberapa buah buku Kerouac. Tetapi melihat pada tanda harga yang dipaparkan, "Bloody hell, mahal gila. Diskaun 40% pun still mahal lagi."

Dengan rungutan itu, aku letak buku-buku tersebut di rak semula. Buku-buku karya Orwell dan Coelho juga ada. Malah terlalu banyak judul buku oleh penulis-penulis terkenal yang boleh didapati di sini. Itu belum termasuk lagi buku-buku akademik dan ilmiah untuk setiap peringkat umur.

I spent nearly 4 hours there. Melompat dari satu booth ke satu booth yang lain sambil mencuba nasib mencari buku Zits Sketchbook, Calvin and Hobbes dan New Malaysian Essays 1 & 2. Namun lain yang dicari, lain pula yang dibeli.

Juga terserempak kelibat beberapa orang manusia dari laman sosial yang aku kenal tetapi selaku pseudo-antisosial tegar, perasaan untuk bertegur sapa hampir tidak wujud. Oleh kerana kehadiran aku di Pesta Buku ini tidak memberi sebarang nilai signifikan kepada sesiapa, maka ya, aku terus berlalu pergi.

Rabu, 2 Mei 2012

Goodbye great weekend (3)


Malam Sabtu itu, aku tercampak ke Masjid Nurul Ihsan, Taman Medan. Aku pergi bersama-sama Pak Cik dan seorang kawannya. Apa nama kawannya, aku sudah lupa. Sepanjang perjalanan, topik perbualan banyak berkisar mengenai perhimpunan Bersih 3.0 yang baru sahaja sudah bersurai.

"I rasa," suara kawan Pak Cik kedengaran dari tempat duduk belakang, "Kalau buat pilihanraya sekarang, mesti BN kena punya."

"Cuba you fikir, yang berhimpun tadi pun dah dekat 100 ribu orang. 100 ribu tu kira ramai la sebab bukan semua orang berani turun. Lagipun bukan calang-calang orang sanggup turun berhimpun ramai-ramai."

Aku hanya mendengar. Dan terus mendengar.

Aku berada di masjid ini untuk mendengar kuliah Maghrib oleh Azhar Idrus yang membahaskan mengenai buku Anak Kunci Syurga. Buku sama yang juga sedang ditelaah oleh Ayah ketika ini.

"Ceramah ni buat dekat mana?" petang itu aku bertanya. Masih berkira-kira samada mahu pergi bersama ataupun tidak.

"Dekat Taman Medan," Pak Cik balas.

"Taman Medan? Taman Medan mana?" aku soal semula.

I've been here so many times before. Namun aku masih tidak mampu mengingati kawasan berdekatan, arah laluan dan nama tempat yang telah aku bertamu datang. That's why I hate big cities. Setiap kunjungan terasa seperti kali pertama. Segalanya kelihatan asing, sesat dan baru.

Aku lupakan niat untuk menghubungi beberapa orang kawan yang tinggal di kawasan berdekatan setelah melihat terlalu ramai manusia memenuhi segenap ruang masjid. Malah luar perkarangan masjid turut penuh diisi manusia yang setia menunggu ketibaan Azhar Idrus. Jalanraya menjadi sesak. Kereta diparkir dengan tidak begitu teratur. Kelihatan anggota Rela sibuk menjaga trafik supaya kenderaan dapat bergerak lancar.

"Maybe orang tak perasan tapi bila ada je ceramah Azhar Idrus, suasana mesti jadi meriah. Ada gerai dibuka. Jual itu ini. Meniaga itu ini. Sedar tak sedar, peniaga pun dapat menumpang rahmat jugak," kawan Pak Cik memberi komen tatkala melalui kawasan gerai peniaga dibuka sekitar kawasan masjid.

Fenomena Azhar Idrus ini bukanlah sesuatu yang aneh bagiku. Namanya melonjak naik kebelakangan ini dengan siri kuliah yang dihadiri ribuan manusia yang mahu mendengar dengan telinga dan melihat dengan mata mereka sendiri. Pastinya mereka tidak mahu terkecuali untuk menjadi sebahagian daripada fenomena itu sendiri.

Ini menguatkan lagi tanggapan aku mengenai pendekatan viral marketing yang digunakan. Publisiti meluas melalui laman sosial seperti Facebook, YouTube dan Twitter secara tidak langsung melariskan jenama Azhar Idrus dalam sekelip mata. Paling tidak pun, orang akan tertanya-tanya, "Who is Azhar Idrus?" setelah melihat lambakan klip video dan petikan kata-kata yang diulangsebut di mana-mana laman sosial.

Tetapi kewujudan segelintir manusia yang (pasca mendengar kuliah Azhar Idrus) tiba-tiba poyo untuk menjadi lebai mee segera dengan bersenjatakan petikan kata-kata copy paste dan juga hujah sambil lewa ternyata sedikit menggusarkan. Kewujudan bandwagon seperti mereka tidak lebih dari sekadar menambah kecelaruan terhadap permasalahan sedia ada.

Punbegitu kejayaan Azhar Idrus yang berjaya menarik hati segenap lapisan masyarakat untuk menghadiri dan mendengar majlis ilmu adalah sesuatu yang harus dipuji. Kerana art of persuasion ini bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya memerlukan kerja keras dan usaha berterusan untuk memujuk kelompok manusia supaya lebih menghargai ilmu.

Walaupun aku sendiri, secara peribadi, kurang bersetuju dengan beberapa pandangan Azhar Idrus dalam sesetengah isu, namun itu tidak mengapa. Aku mengambil pendekatan untuk merayakan perbezaan yang wujud berbanding bertegang leher untuk memenangi sesuatu isu.

Kerana aku tidaklah begitu terdesak untuk menyumbatkan falsafah diri atau pegangan atau pandangan aku ke dalam mulut manusia lain. Bagi aku, ada perkara yang jauh lebih penting dari itu.

Goodbye great weekend (2)

"Nak pi harini ka esok?" Pak Cik tanya. Aku balas, tak tahu. Aku beritahu yang Pesta Buku berlangsung selama seminggu. Jadi tak perlu tergesa-gesa. We still have one whole week to go there.

"Lagipun harini mesti jalan jammed teruk. Perhimpunan Bersih dah start dah," dia tambah.

Perhimpunan Bersih 3.0, seperti yang dicanangkan, bertujuan untuk menuntut proses pelaksanaan pilihanraya yang telus dan adil. Pihak penganjur mahukan pilihanraya yang bebas dari diperkudakan oleh mana-mana parti politik.

Perhimpunan ini, bak kata sesetengah manusia, sia-sia dan membuang masa. Kata mereka lagi, perhimpunan sebegini mencacatkan imej dan maruah negara. Mereka yang berhujah sedemikian, aku kira, beranggapan bahawa imej dan maruah negara (kononnya) berada di tahap yang membanggakan di mata dunia ketika ini. Oh, kelakar sungguh!

"Kalau ada Bersih 4.0 nanti, kita pergi sekali, nak?" aku berseloroh dengan Kiki.

"Kau jangan risau. Aku mesti join punya," dia balas. Kami berdua bukanlah penagih tegar hal-hal politik. Namun bila sesuatu seperti ini berlaku, sudah tentu kami mahu turun meraikannya dengan penuh keterujaan.

Sejujurnya, aku tidak begitu peduli dengan tuntutan yang dikemukan. Kerana aku berpendapat perhimpunan ini tidak akan dapat menyelesaikan tuntutan yang dibawa dengan kadar segera/serta-merta. Namun sekurang-kurangnya, perhimpunan ini dilihat mampu merenjis bibit kesedaran dan membuka mata orang kebanyakan mengenai apa yang sedang/akan/telah berlaku dalam perhimpunan di tengah kota ini.

Suasana meriah (kemudian bertukar kacau-bilau) ini menggamit aku selaku seorang remaja biasa untuk mengambil tahu sedikit sebanyak. Untuk melihat apakah benar perhimpunan ini hanya sekadar dilapisi oleh retorik murahan pihak penganjur, benarkah peserta perhimpunan membuat provokasi melulu dan benarkah pihak polis bertindak sakai.

Seribu satu persoalan yang aku pasti mahu tahu jawapannya melalui setitis keringat pengalaman.

Goodbye great weekend

Last Friday, I took a night bus ride from my home in Sitiawan to Putrajaya. Mulanya aku ingin berhenti samada di Hentian Duta atau Puduraya. Tetapi memandangkan tiada siapa yang akan datang menjemput di sana, maka aku ambil keputusan untuk turun di hentian terakhir yakni di Putrajaya.

"When was the last time you rode a bus?" seorang kawan aku bertanya sewaktu aku beritahu dia tentang jadual perjalanan sebelum bertolak pergi.

"Entah, tak ingat," aku ketawa, "Tapi rasa macam dah lama tak naik bas."

"Going alone?" dia soal lagi.

"Yes, yes. Alone."

Rancangan asal adalah bermalam dahulu di rumah Pak Cik di Seri Kembangan. And then, I'll figure the rest out later. Samada mahu habiskan hujung minggu ke Pesta Buku semata-mata atau apa, itu aku belum putuskan lagi.

Sementara menunggu perjalanan bermula, aku hanya bergelumang dengan Twitter sambil berkicau mengenai perkara-perkara rawak yang tiada siapa peduli. Aku bebas menulis siri anekdot ringkas tentang apa yang aku lihat, apa yang aku rasa dan apa yang aku dengar. That's what I love about Twitter.

Setiap tempat duduk hampir penuh diisi dengan manusia. Aku duduk seorang diri tanpa ada sesiapa mengisi tempat duduk di sebelah. Seingat aku, selang beberapa tempat duduk di belakang, ada dua atau tiga orang gadis comel. Aku sempat menjeling ke arah mereka hanya sekali, segan pula untuk menoleh buat kali kedua.

Belumpun menghampiri separuh perjalanan, aku sudah diselubungi perasaan tidak selesa. Terasa ingin muntah dan pening kepala bila nausea muncul secara tiba-tiba. Motion sickness yang sering terjadi apabila aku berada dalam kenderaan buat tempoh yang lama. Menerbitkan rasa loya serta menyebabkan aku tersandar lesu di tempat duduk.

Sebab itu aku jarang sekali berbalas teks atau berbual telefon atau membaca buku atau melakukan apa-apa perkara yang melibatkan banyak pergerakan tubuh badan. Aku juga sebolehnya mengelak dari makan secara berlebihan sebelum menuju ke mana-mana destinasi.

Jadi aku tiba di Putrajaya kira-kira pukul 2 pagi. Perjalanan yang langsung tidak menyeronokkan. Namun syukur, sekurang-kurangnya aku sampai juga. Sebaik melabuhkan punggung di kerusi menunggu, segera aku telefon Pak Cik untuk mengingatkan dia supaya datang menjemput aku. Tidak berjawab. Aku telefon lagi. Masih tidak berjawab. Begitu juga untuk 30 panggilan seterusnya.

Ahh celaka. Mesti dah tidur ni, aku gerutu dalam hati.

Suasana terminal bas sunyi. Kelihatan deretan teksi berbaris tidak jauh dari tempat penumpang turun. Tidak ramai yang berada di terminal pada waktu begini. Dengan sedikit harapan yang masih berbekas, aku telefon Pak Cik sekali lagi. Tidak berjawab. Aku telefon lagi. Tidak berjawab.

Nak naik teksi, alamat rumah pulak tak ingat, aku monolog sendirian.


Aku menunggu penuh sabar dan tanpa henti memujuk hati untuk berlaku rasional. Namun ianya tidak bertahan lama sebelum aku putus harapan dan mengambil keputusan untuk berbaring dan tidur di kerusi sambil menahan kedinginan embun pagi. Mujur aku memakai baju berlengan panjang.

Duh, tak pasal-pasal jadi gelandangan, aku bisik dalam hati.

Selasa, 1 Mei 2012

Muse, overdose

Menulis dan membaca adalah dua perkara yang gemar aku lakukan. Menulis, adalah sesuatu yang menyeronokkan. Membaca pula, bakal memberi aku idea untuk menulis sesuatu kelak. Dua proses murni yang saling tali-menali.

Tetapi kegemaran ini selalunya dimusnahkan oleh sifat suka bertangguh. Duh!