Selasa, 31 Mei 2011

Selamat tinggal bulan Mei!

Usia bukan penanda atau paras ukur yang sesuai untuk menilai betapa bagusnya seseorang. Maksud aku, kamu mungkin berusia lewat 20-an tetapi masih tak mampu menulis sesuatu dengan sempurna, seperti aku. Maksud aku lagi, kamu mungkin berusia awal 20-an tetapi sudah mampu menulis dengan bagus. Tahu bagaimana meluahkan segalanya yang berada di dalam fikiran, berfikir jauh ke depan, mendepani manusia lain, memahami falsafah dalam diri sendiri dan mengadaptasinya ke dalam tulisan.

Usia hanyalah sekadar angka. Tak lebih tak kurang.

Kamu tahu apa yang kelakarnya tentang sesetengah manusia? Mereka mahu menjadi anonymous (atau misteri, dalam erti kata lain) tetapi dalam pada masa yang sama, mempunyai keinginan melonjak untuk dikenali oleh umum. Dalam bahasa mudah, mereka mahu tulisan mereka dikenali dan dibaca dan dipuja. Ha ha ha!

Aku selitkan apa yang aku percaya (so-called “falsafah diri”) dan apa yang aku belajar secara langsung atau tidak langsung ke dalam tulisan. Walaupun ianya hanya seremeh menulis tentang kehidupan peribadi (yang mungkin tidak menarik pada sesetengah manusia), tetapi aku tetap menulisnya dengan sepenuh hati, bersungguh-sungguh. I did just that. Jika kamu mahu terpengaruh atau apa, aku tak peduli. Aku mungkin berbunyi tidak bertanggungjawab dan pentingkan diri sendiri tetapi hey, apakah tugas aku ialah mendidik kamu secara langsung? Bullshit!

Nota bola sepak (3)

“Weh reserve seat untuk aku,” aku teks Razin kira-kira pukul 1 pagi.

“Ok2,” dia balas.

Tempoh hari, aku mahu menonton perlawanan akhir Liga Juara- Juara antara Barca menentang Man U bersama Cahir, Razin dan mereka yang lain. Menonton perlawanan akhir bersama khalayak ramai adalah sesuatu yang menyeronokkan. Mendengar sorakan dan turut sama menjerit kegembiraan atau kekecewaan walaupun secara harfiahnya hanya sekadar menonton siaran langsung dari layar putih gergasi. Ianya adalah sesuatu yang sudah lama aku tidak lakukan. Kali terakhir adalah di restoran Mamak ketika perlawanan Man U menentang Chelsea tak lama dahulu. Membosankan kerana kedua-duanya aku tak minat. Aku ke sana hanya untuk memenuhi tuntutan sosial melepak bersama kawan-kawan.

Aku pandang jam dinding. “Baru pukul 1.40 pagi,” detik hati aku. Merungut dengan masa yang terasa terlalu lambat bergerak. Beberapa ketika kemudian, teks dari Razin menerjah masuk ke dalam telefon, “Aku dekat McD, jom.”

Aku pandang semula jam dinding. Masih ada tempoh sejam sebelum perlawanan bermula. Tetapi mata aku sudah mula dibuai rasa mengantuk, dan aku juga telah sedia berbaring di atas katil. Selesa, terlalu selesa! Lantas fikiran aku jauh merewang membayangkan hiruk-pikuk sorakan, semangat manusia gasar di awal pagi dan emosi murahan yang bakal terlakar tatkala menonton sebuah perlawanan bola sepak. Kali ini, aku terpaksa abaikan tuntutan sosial untuk melepak bersama kawan-kawan dan ambil keputusan untuk memenuhi tuntutan berlaku adil kepada jasad dan minda. Senang cerita, aku pilih untuk tidur sambil membayangkan Barca akan menang mengatasi Man U awal pagi itu.

Dan aku betul, Barca menang. Fuck Man U. I know Barca gonna win, and they did just that. Osem!

Isnin, 30 Mei 2011

Sweetest girl (3)

“What happened to your face?” aku tanya.

“Apa yang tak kena?” dia soal semula, kehairanan.

“Kenapa pakai make-up tebal sangat?” aku tanya lagi.

“Mana ada. Biasa je lah,” dia muncungkan bibirkan tidak bersetuju dengan aku.

“Serious, no kidding,” aku beritahu.

“Kenapa, nampak pelik ke?” dia soal perlahan.

“No, just don’t wear thick make-up. Kamu dah cukup cantik,” aku pujuk sambil tersenyum melihat wajahnya.

Ahad, 29 Mei 2011

Kebodohan di Kuala Lumpur

Sweetest girl (2)

Dia datang jemput aku di rumah, untuk keluar makan malam bersama. Di dalam kereta, dia mulakan perbualan, “Kita nak makan dekat mana ni?”

“Mana-mana lah,” aku balas ringkas memandangkan aku telah kenyang. Ya, aku tahu ianya sesuatu yang bodoh untuk makan dahulu di rumah ketika ada manusia mahu belanja aku makan malam.

“Mana-mana?” dia soal semula.

“Ha’ah, ikut lah. Tak kisah makan dekat mana pun,” aku sambut.

So, we had a fine dinner together, being blessed with good food. We talked and laughed and chuckled all night long. I can’t help but to keep staring into her crystal eyes. And her adorable smile.

“How come you never have a Facebook account?” aku tanya ketika dalam perjalanan pulang.

“Not interested,” dia beritahu, “nanti ramai sangat orang nak berkenalan.”

Aku pandang wajahnya sambil membuat reaksi muka teruja. You know, riak muka yang menjengkelkan separa bergurau.

“What? Are you jealous or something?” dia tanya dengan senyuman yang tak pernah lekang dari bibir.

“No, I’m not,” aku balas. Me, being jealous? Oh my!

"Luckily you don't have one. Probably you won't be reading this," aku kata dalam hati.

Intoxicated (3)

Ianya sesuatu yang aku percaya bahawa tiada siapa yang mampu beri kata-kata atau pujuk rayu yang lebih bermakna dan signifikan kepada diri sendiri. Bila seseorang datang mengadu kepada aku masalah mereka, aku cuma mahu jadi pendengar yang setia. Ya, aku boleh beri kata-kata yang menenangkan dan menyelesakan mereka, tetapi aku fikir, ianya tak banyak membantu. I know you’re not okay but what else can I do? Memujuk tanpa henti? Beri lafaz laconic berbaur simpati?

Sometimes, talking to someone else feels so right. Terasa seperti satu beban telah hilang, larut di dalam perbualan.

Jika aku punyai masalah, aku cuma mahu kongsinya dengan seseorang. I wanna tell you everything, tanpa perlu mengharapkan lafaz simpati dan belas kasihan terbit dari mulut kamu. Aku tahu bagaimana untuk selesakan diri sendiri, tahu bagaimana untuk pujuk diri sendiri. Namun sudah tentu ianya mengambil masa. I just need you to listen to me. Always be there when I need you. That's all.

Sabtu, 28 Mei 2011

Exaggeration (3)

Pensyarah aku, Mr. H pernah berkata di dalam kelas, “Don’t lie. Trust me, you’re not good at lying, yet. You will have to come to certain age to be good at lying.”

Kata-katanya ada mengandungi kebenaran walaupun dia bercakap dari konteks yang berbeza dengan pemahaman aku. Mungkin dia bercakap atas dasar usia dan juga pengalaman. Kerana secara logik, kamu tak mungkin mampu menipu sesiapa tanpa sebarang pengetahuan di dalam kepala. You, somehow, have to be good at it. Or while doing it.

Aku tahu cara yang betul untuk melakukan penipuan (ha ha ha! Ironi). Aku tahu bagaimana untuk beri alasan munasabah, tahu bagaimana untuk menganalisa situasi, and how to deal with people’s feeling.

Ianya satu seni. My ass.

Tetapi aku menipu, bersebab (aku sedang cuba men-justifikasi tindak-tanduk aku ketika ini). Selalunya aku menipu untuk meloloskan diri daripada suasana yang maha mendesak (Duh, lame excuse. Eveyone did the same thing too!). Escapism at its best. Itu sahaja, tak lebih tak kurang. Bagaimana untuk tahu aku menipu? You will never know. I repeat, never. You are dealing with me, I mean, dealing with the best. Remember?

Syurga

Aku bukan sahaja secara konsisten bercakap dengan diri sendiri, tetapi juga dengan penuh kesedaran sering mencipta perbualan imaginasi. Kadangkala, aku cipta perbualan di dalam kepala bersama keluarga, kawan, kawan sekelas atau sesiapa sahaja, manusia rawak.

Ya ya ya, aku cipta delusi. Aku cipta suasana, cipta situasi, cipta dialog, cipta watak. Cipta dunia sendiri di mana keberadaan aku tak mungkin dipersoalkan. Di mana kewarasan aku bukan hal prioriti. Di mana kegilaan tersimpan rapi. Di mana imaginasi dirayakan sepuas-puasnya!

Mereka hairan, melihat aku kerap tersenyum sendirian. Lantas mereka bertanya, “Kenapa kau ketawa?”

Aku balas, “Tak ada apa.” Ikutkan hati aku pasti akan balas, “I have been through wonderful mind. Fucking awesome!”

Jumaat, 27 Mei 2011

Selamat datang!

Aku dapat rasakan. Writer’s block pasti kembali. Aku mungkin sambut bulan Jun dengan kemurungan. Aku bakal menulis nota-nota pendek, hasil kekangan idea dan imaginasi. Ataupun tak menulis langsung.

Kita tunggu dan lihat.

Intoxicated (2)

Cintakan seseorang dengan sepenuh hati, sejujur mungkin. Lengkapkan hati, penuh dengan rasa cinta. Jangan tinggalkan sebarang ruang di hati. Aku tak pasti kenapa ada sesetengah manusia hanya mencintai dengan separuh hati, sambil lewa. Maksud aku, jika mencintai separuh hati, separuh lagi pasti akan diisi dengan ketidakpastian, bukan? Kamu tanam keraguan dan ianya adalah kesilapan paling utama. Belum apa-apa, sudah semai benih keraguan terhadap perhubungan.

Apa, kamu takut terluka dan kecewa pada masa akan datang? Duh, kenapa perlu takut, paranoid. Dengar sini, tiada siapa mampu ramal masa depan. Aku ulang, tiada siapa. Dan jika kamu dikecewakan, face the reality. Life is not a fucking fairytale.

Khamis, 26 Mei 2011

Sedatif Imaginasi Terlarang (7)

I watched From Prada to Nada (2011) last night. Tak tak, ini bukan review atau apa. Tambahan, aku tak begitu pandai untuk menilai filem secara ilmiah. Jadi, dari mana patut aku mula? Oh ya, Camilla Belle. You know what, she’s a perfect ten. She’s kind of girl you just wish to talk with her all night long. Staring into her eyes. Or boobs. Or whatever. Aku sukakan pakaiannya di dalam filem ini. Tak lupa kasutnya juga. Atau apa-apa sahaja. Separa sedar aku buka Facebook dan cari nama Camilla Belle. Perlahan-lahan aku tekan butang “Like”.

Then I watched Its Kind Of A Funny Story (2010). Mengisahkan seorang remaja lelaki belasan tahun yang terkesan pseudo-depressed. Craig berhadapan rakan sebaya yang serba tak membantu, keluarga yang sering mendesak secara halus dan cinta yang gagal (dang!). Segalanya bermula bila Craig mendaftar masuk ke dalam wad pesakit mental secara sukarela. Dia kemudiannya bertemu dengan Noelle, seorang remaja perempuan sebaya dengannya, mungkin. Bermula dengan perbualan bersama Noelle di hadapan bilik televisyen, membawa kepada adegan berlari bersama-sama di dalam hospital dan berakhir dengan adegan berciuman di atas bumbung hospital. Semua itu membawa kepada satu konklusi iaitu aku begitu sukakan wajah pucat Noelle. Itu sahaja.

Kemudian aku tonton Waiting For Forever (2010). Will menulis surat cinta yang begitu indah kepada Emma:

“.... Every letter I’ve ever written to you has been a love letter. How could they have been anything else. I can see now that all of them, except this one, were bad love letters. Bad love letters beg for love back. Good love letters ask for nothing. This, I'm pleased to announce, is my first good love letter to you, because there is nothing more for you to do. You've already done everything. I have enough of you in my head to last forever....”

Aku masih ingat babak akhirnya, berlatarkan musik ballad folk. Antara bait-bait lagunya ialah:

“And I can hardly speak
When you’re in front of me
I can’t breathe.

Two paths that would not cross
You left me feeling lost
But I love you just the same.”

Adegan berakhir dengan Will berjalan menuju Emma dan berkata, “Are you following me?”

Long way to go

Selaku seorang remaja awal 20-an, aku merasakan bahawa perjalanan hidup aku masih terlalu jauh. I will graduate with diploma by the time I reach 21. Kemudian aku mempunyai 9 tahun sebelum mencapai usia 30-an. 9 tahun, kamu tahu? I don’t wanna rush anything. Aku masih mahu menikmati kehidupan tanpa perlu tergesa-gesa. Bagaimana untuk menikmati hidup? Don’t ask me, go and seek for yourself.

Ya I know, it will look nicer if I could put my future degree or master in my resume. Dapat kerja yang bagus dengan bayaran yang setimpal. Kemudian berkahwin, timang anak, bersara dan kemudian mati. Oh! hidup yang ideal menurut sesetengah orang. Dan aku seperti biasa, tak pernah peduli.

Aku tertanya-tanya, apakah perasaannya untuk mati ketika masih muda? Ketika semangat dan roh aku masih di puncak. Ketika segalanya berjalan lancar. Ketika aku mempunyai segalanya. Ketika aku masih punyai banyak perkara yang perlu ditulis. Dan aku pula ambil keputusan untuk tamatkan segalanya. Tetapi penamat adalah permulaan kepada sesuatu yang baru pula. Never ending process. Ha ha ha!

Rabu, 25 Mei 2011

Intoxicated

They asked me what is good about marriage.

I answered, "You pay certain amount of money and you can fuck for free, for the rest of your life."

Aku teguk lagi segelas wain. Terus aku jatuh, rebah tak sedarkan diri.

Selasa, 24 Mei 2011

Nota makanan (3)

Siti used to laugh at me when I spelled kway teow as kotiau.

"Betul lah eja macam tu," aku kata.

Ya, whatever. I'm hungry like fuck.

Mirror: Reflecting on Yourself (2)

Dia datang menghampiri aku, membisikkan sesuatu, "Please take good care of her."

Aku ketawa kecil. "Oh my. I'm about to tell you the same thing. If she was meant for you, please don't take her for granted."

"She's soft-hearted and very fragile in her own way despite always being persistent. Only God knows how much I love her," aku tambah lagi.

Isnin, 23 Mei 2011

Di bawah dunia

Di bawah dunia
Dan segala isinya
Untuk aku lafazkan kepada kamu
Segala yang aku rasa.

Merasai halus tangan melingkari aku
Dibuai imaginasi
Membuatkan aku jatuh
Disambut ketidaktentuan.

Segala kebingitan
Dari segenap penjuru
Aku merayu
Demi sebuah lafaz.

Aku mahu lihat wajah kamu
Untuk aku sudahkan puisi ini
Demi sebuah mimpi
Demi sebuah jiwa.

I'm officially broke

I haven’t settle my traffic summon, yet. Bloody hell, it cost me RM300. I was like, “Hey you sick cunt, I’m a fucking student. A student who still feed on Mara allowance each month!”

Tarikh akhir pembayaran adalah 24/5. Pi mampus. I'll see ya in court.

Exaggeration (2)

Before this, I never like having group discussion or group assignment or whatsoever. I used to be dominant among others. I wanna get involved in every single thing, being in-charge on everything and so on. In other simple word, others just holding me back. Fucking useless. Put aside all those emotions. They are fucking vulnerable, unlike me. Let’s get the work done and that’s it. Work segmentation, specialization, classification. You name it.

Nahhh, I was joking. I have no problem doing group assignment or discussion. I do believe in teamwork. Having teamwork means less responsibilites (hah!). I just don’t put up all the responsibilities on others shoulder. Alone. I simply don’t leave my mates behind, no matter what.

So when others came to me and crying for a help, I asked “Where’s your fucking group members? Sit back and do nothing?”

You see, I have no problem helping them out but there’s only one thing keep buzzing my head. The moment they answered, “I don’t know what the hell they’re doing right now.”

I replied, “Of course you don’t know. If not, you wouldn’t come to me and crying for a help.”

Ahad, 22 Mei 2011

A friend in need is a friend indeed

I received a phone call from Nadzirah just now. It was 12 in the noon and I am still sleeping at that time. What, you expect me to wake up early and do nothing during my semester break? Hell no! Apparently, she's still stuck doing her re-do assignment at home. So she called me asking for a help.

The whole class had to re-do their assignment. Me? As usual, I managed to escape. How sweet was that? While they are struggling with assignment, I am smiling like fuck.

I guided her from the very beginning on how to install the old-fashioned E-Commerce website on her database. The software is so last season, I tell you. No one in this world are using it anymore, for fuck’s sake. Except us. Or maybe some low profit companies are still using it, for good.

Step by step, she followed. After she’s done with the installation thingy, I said, with a big grin on my face, “You owe me.”

“2 – 1,” she replied.

Ahh, can’t wait to say, “We’re even now.”

Nota untuk kawan lama

Jumaat lepas Fairuz hantar teks, “Lepak petang ni?”

Ketika itu, aku masih bergelut dengan kertas peperiksaan International Business Management, iaitu kertas terakhir untuk semester ini. Aku balas, “Okay, ajak yang lain sekali.”

Jadi aku basuh semua pakaian kotor, kemas pakaian di dalam bilik, simpan segala masalah di dalam kotak (baca: nota dan buku rujukan), selesaikan urusan rumah sewa yang tertangguh, mengucapkan ucapan retorik selamat tinggal kepada semua kawan-kawan sekelas dan kemudian lekas pulang ke rumah.

Tiada apa yang mampu tandingi suasana di sini. Maksud aku, vibe untuk bergelak tawa dan berborak bersama kawan-kawan lama sewaktu zaman persekolahan di sini sukar digambarkan. Duduk semeja, berborak, melihat wajah masing-masing, itu adalah sesuatu yang menggembirakan aku. Sepul, aku sudah tidak berjumpa hampir lima bulan. Razin juga begitu. By looking those two faces in front of me, aku kata di dalam hati, “Things haven’t changed much since the last time.”

Amir dan Cahir belum pulang. Kedua-duanya masih di Bangi. Hazrul sibuk bekerja, sudah jarang datang ke rumah aku. Hilmi aku tak tahu, hidup atau mati. I can’t wait to meet them. Just don't die too soon.

Sabtu, 21 Mei 2011

Running in circles

How far I would go to defend my loved ones?

I’m battling pessimism. It’s hard to get rid of something that had accompanied me for too long. Fuck me, it was my mistake to let pessimism ruined everything. I gave up easily. Come and defeat me, I don’t give a shit. But that was before.

I realized. In my circle of life I had everything. Family, friends and great life. Way beyond eveything that I ever wanted. Things haven’t changed much. When it comes to my loved ones, I will defend them. I will defend eveything in between. I will fight at any cost.

“How far I would go for them?” I asked myself, once again.

Cinta Hati (4)

Aku terjaga dikejutkan oleh bunyi penggera. Aku buka mata perlahan-lahan sambil cuba mengingati bait-bait mimpi. Aku bertemu dia semula, di dalam mimpi. Seorang gadis yang tidak wujud di dalam dunia realiti. Seorang gadis yang hidup gembira di dalam dunianya sendiri, dibuai delusi dan paling utama, sering tersenyum tanpa sebab.

Sebelum ini, dia pernah berkunjung ke dalam mimpi aku. Aku hanya mampu melihat tanpa berkata apa-apa. Merayakan kehadirannya dengan seribu tanda tanya. Aku melihat sebuah bayangan wajah yang membuatkan aku berkira, “Inilah syurga, sudah tentu!” I know nothing about her, and fuck knows how much I love her adorable smile. Melihat imaginasi, menakluk delusi ciptaan sendiri, aku pasti akan bertemu gadis ini sekali lagi satu hari nanti.

Aku pejam mata dan lafaz, “Oh Cinta Hati.”

Khamis, 19 Mei 2011

Farewell

I'm counting days. One more final exam paper left and then one month of semester break. I don't feel anything. Excited? Not really. Unhappy? Duh, why should I? I just can't wait to meet my family, friends and that's all. No one else matter. Girlfriend? No no, you gotta be joking.

I'll be missing my friends here. My classmates throughout the whole semester. Dan ya, aku sangat sangat pasti pasti mereka lupakan aku selama sebulan. I'm telling you the truth. Well, wait and see. 

Nak bertaruh? Kamu pasti kalah.

Nota Pelajar (15)

Sistem pembelajaran maha membosankan. No wonder aku sering terlelap di dalam kelas. Aku masih ingat, semester ini aku tidur selama dua jam di dalam kelas Financial Management. Fucking A! At that time, I was so sleepy. Battling and struggling with assignments the whole night before. Tetapi markah aku masih antara yang tertinggi di dalam kelas. Cuba kamu tanya pada kawan aku, pasti mereka angguk kepala dan kata ya. Belajar adalah perkara mudah. Cuma sistem-nya, membuatkan manusia seperti aku mengantuk.

Bila aku sebut mengantuk, ya aku sedang menguap ketika ini.

Aku masih ingat ketika sesi interview tempoh hari, aku ada menyebut tentang tulisan aku kepada panel penemuramah. Bagaimana aku selitkan apa yang aku belajar ke dalam tulisan dan kehidupan seharian.

Panel tanya pada aku, "Why do you write? I thought you were majoring in business field."

"I don't know why but I have to write. It's my passion. Something that I love to do with my whole heart," aku terang panjang lebar.

Sebagai contoh, bagaimana untuk mempromosi dan meng-komersil tulisan aku kepada umum. Itu perkara mudah memandangkan aku sudah belajar ilmu Marketing. Tetapi menjadi komersil bukan urusan prioriti bagi aku.

Did I told you that I just love to fucking write?

Rabu, 18 Mei 2011

Nota Rawak (7)

Mamai merenung skrin. 5 pagi. Subuh bakal terbit. Mendengar lagu secara rawak. Memegang telefon. Siapa yang patut aku hubungi Subuh begini? Pasti semua manusia sedang tidur. Aku letak semula telefon di tepi. Aku mahu keluar ke kedai 24 jam Tujuh Sebelas. Beli apa? Tak tahu. Menghirup Slurpee di waktu Subuh adalah kerja gila, mungkin. Aku tak pernah cuba lagi. Mahu menonton televisyen. Tak, terlalu membosankan. Televisyen adalah Tuhan kebanyakan umat manusia. Mereka sembah Televisyen. Aku layan juga hedonism. Itulah, aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Jadi, aku buang waktu dengan menulis ini. Kalau ikutkan hati, sudah lama aku padam blog, Facebook, Twitter, Tumblr dan seribu macam lagi rangkaian sosial. I have had enough. Perkataan yang aku tulis, semakin murah. Tak bermakna. Tak bernilai. Tetapi orang lain tak mungkin tahu apa yang aku lalui. Kamu tersenyum membaca tulisan aku. Aku? Aku juga tersenyum tetapi atas dasar apa aku tersenyum, kamu tak mungkin tahu. Perahsia. Ya, aku gemar berahsia. Low profile, eh tak juga. Tak tak, bukan low profile. Aku cuma gemar berahsia, itu sahaja. Alasannya? Sudah tentu aku tak akan beritahu. Mula-mula Tuhan, dituruti oleh Ibu dan ahli keluarga, kemudian baru manusia lain. Eh eh, apa ni? Ini turutan Cinta aku. Tetapi orang tanya, apa bukti aku mencintai Tuhan? Hingga Tuhan berada di tingkat atas tangga Cinta aku. Lama aku memikirkan jawapan. Lalu aku beri jawapan kepada mereka, “Apakah Cinta memerlukan sebab? Tidak sama sekali”. Orang Melayu cepat lupakan Tuhan. Ini kebenaran, semua orang pun tahu. Nama pun Melayu, haruslah layu! Orang Barat, ketika mengadakan hubungan seks pun masih ingatkan Tuhan. Tak percaya? “Oh yes oh yes Oh my God. Oh my God. I’m coming. I’m coming!”. Aku ke dapur. Mencari segelas air sejuk. Aku ke meja makan. Ada sepotong piza lebihan makan malam tadi. Aku bawa masuk ke bilik dan makan sambil menonton Fight Club. Filem yang aku sudah ulang tonton banyak kali.

(Menonton Fight Club berdurasi selama dua jam)

Okay, back to writing. Aku mahu menulis sebuah nota di dalam bahasa Inggeris. Tajuknya You’re The Best I Ever Had. Menulis di dalam bahasa Inggeris adalah satu perkara mudah. Semudah menulis di dalam bahasa Melayu. Prinsip aku mudah, asalkan ayat yang digunakan tidak kekok untuk disebut dan tidak janggal untuk didengar, maka itu sudah memadai. Tatabahasa aku juga tidak terlalu bagus. Kosa kata juga masih ada kelompongan. Hasil tulisan aku sudah mempengaruhi sesetengah manusia. Ini sesuatu yang bagus. Aku mempunyai kesan pada hidup sesetengah manusia. Pagi sudah menjelma. Aku buka tingkap, biarkan udara segar pagi menghembus bilik. Perut lapar. Memasak? Oh tidak. Aku hanya tahu memasak mi Maggi yang dicampur bersama... ahh lupakan. Nasi lemak? Patutlah orang Melayu lembik dalam kelas dan pejabat. Manusia bangang mana yang makan nasi lemak sebelum masuk ke kelas atau pejabat? Haruslah mengantuk sesudah memakan nasi lemak. Melainkan kamu merancang untuk tidur semula selepas makan nasi lemak, itu tak apa. Chiko, kucing peliharaan aku, makin membesar. Bulunya bertambah lebat. Chiko makan apa, itu aku tak tahu kerana Chiko tak pernah makan makanan yang disediakan untuknya. Kucing vegan? Tak tak tak, itu mimpi ngeri. Aku perlukan 400 patah kata untuk lengkapkan nota ini dengan seribu patah kata. Itu kerja mudah. Tetapi aku lihat bantal. Selimut. Dan tilam empuk. Semuanya memanggil aku supaya bersenggama bersama mereka. Nafsu tidur yang buas. Selamat malam eh silap, selamat tidur dunia!

Nota makanan (2)

I woke up late today, 12 p.m. Bangun, capai tuala, mandi dan selesakan diri dengan suasana di rumah. Kemudian aku terus ke dapur untuk melihat apa yang terhidang. Makanan yang bagus walaupun bukan makanan kegemaran aku. But still, berganda lebih bagus daripada makanan separa cincai di mana-mana restoran.

Aku sudah kurangkan makan di restoran Mamak. Makanan recycled, kuah kari cair bair, ayam goreng bersalut tepung maha melampau dan juga ketiak pekerja berbau seperti neraka. Tetapi makan di sesetengah restoran Melayu juga hampir sama, hampeh. Mahal tak apa, aku tak kisah. Tetapi berbaloi? Lancau berbaloi. Tak sedap satu hal, servis macam haram satu hal.

“Masak sendiri la kalau pandai. Merungut je lebih.” Aduhai manusia bodoh, aku bayar untuk makanan dan servis. Jadi aku harapkan sesuatu yang setimpal dengan harga yang dibayar, tidak?

Apa beza restoran Mamak dan rumah pelacuran? Tiada beza. Di rumah pelacuran, lambakan gadis ini hanya bertindak menadah kangkang untuk diniagakan. Itu tak apa, tetapi seks sekadar seks semata. Apa nerakanya kamu mahu merenjiskan rasa cinta di dalam hubungan seks apabila kamu umpama memeluk tunggul kayu yang tidak berperasaan, tiada reaksi.

Faham? Hey, I’m talking about “food”, you sick cunt!

Selasa, 17 Mei 2011

Nota untuk si Gadis (4)

I love when you talked about my writing. I was like, “Cerita la, cerita la. Nak dengar lagi.”

Nota Rawak (6)

Aku bakal bercuti semester. Kurang daripada tempoh seminggu, aku akan bebas dari belenggu urusan pelajaran yang menyesakkan untuk seketika. Maha eskapism. Kertas ujian akhir Financial Management yang baru aku jawab tempoh hari adalah neraka. Out of six questions, aku hanya mampu selesaikan dua soalan. Aku tak tahu apa yang terjadi. I messed up everything.

Perkara lain. Jadual tidur aku sudah bercelaru. Jam biologi aku juga sudah berserabut. Berjaga lewat malam, tidak tidur seharian. Bergelut dengan nota-nota dan timbunan buku. Aku masih ingat kata-kata seorang pensyarah perempuan comel berkacamata, “Studying last minute won’t work”. Well, at least it worked well for me, Miss. Semester hadapan adalah semester terakhir aku di kolej. Masa berlalu terlalu pantas. Aku belum ungkapkan kata-kata penghargaan kepada kawan-kawan di kolej. Sesuatu yang harus aku lakukan sebelum tamat belajar.

Aku seorang pelupa. Tetapi selalunya rasa lupa itu didorong oleh sesuatu. Jika aku tergesa-gesa atau terkejar-kejar, aku cenderung untuk melupakan perkara yang menjadi prioriti. Aku faham perasaannya menjadi pilihan kedua. Terasa seperti dipergunakan dan diperlukan oleh orang lain di dalam kesusahan. Contoh mudah, kaum wanita yang mengumpat di halaman rumah sehingga terlupa perihal dapur yang masih berasap di belakang. Ketika itu, mengumpat sudah berubah menjadi prioriti. Menyundal dan menjilat tepi kain orang lebih menyeronokkan dari menggoreng ikan di dalam kuali. Lihat, bagaimana situasi mempengaruhi keberadaan prioriti dan option. Dan Nadzirah, if you’re reading this, nanti ingatkan aku supaya pulangkan buku Kougar kamu.

Aku sudah habis tenaga. Kepala aku berpinar-pinar tatkala menaip ini. Kafein juga tak mampu membantu aku berjaga. I’m off to bed.

Nota untuk si Gadis (3)

Aku tidak berhenti menulis sejak dari semalam. Termasuk ini, aku sudah menulis untuk seharian lamanya tanpa henti. Kini jam menunjukkan pukul 3 pagi dan aku masih menaip di hadapan skrin sambil bertemankan kesunyian. I just fucked thing up lately. Aku sudah tersilap langkah dengan merungkaikan segalanya tentang si Gadis. I should’ve post anything about si Gadis in the first place. Tetapi aku begitu turutkan kata hati, “Ah, I’m never afraid of anything. Fuck other people. They could done no harm to me.”

What to do? Aku sudah jauh ke hadapan. Tiada ruang untuk berpatah balik. Menyesal? No, I’m not complaining anything. The damage had been done and now I had to bear all the consequences. Fuck me. Fuck myself.

The pleasure of writing about si Gadis is starting to fade away slowly. Tolong-lah Tuhan, tolong jangan hilangkan rasa itu. Puisi-puisi dan kata-kata pujian, aku sudah tidak mampu luahkan jujur seperti dahulu. I just need someone to talk. Seseorang yang mampu menyelami kegilaan aku. Seseorang yang cuba untuk memahami jiwa aku tanpa jemu. Aku teraba-raba mencari sesuatu.

Tolong aku?

I don't know

Apa perasaannya bila sesuatu yang aku lakukan terhadap orang lain, patah balik, terkena pada batang hidung sendiri. No, I am not talking about karma. Aku selalu pesan pada diri supaya sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan bahawa apa yang aku lakukan terhadap orang lain bakal terkena pada diri sendiri satu hari nanti. Jika yang datang itu karma, aku sendiri akan bunuhnya.

Manusia selalu bertanyakan soalan pada aku. Bermacam persoalan perihal itu ini tentang tindak-tanduk aku. Kebanyakannya aku balas dengan “Entah” ataupun “Aku tak tahu” ataupun yang lebih menjengkelkan aku hanya menjawab dengan separuh jawapan, kemudian berkata, “Tak ada apa-apa lah”. Tak, aku tidak begitu sombong tanpa pernah pedulikan manusia lain, cuma persoalan yang dilemparkan, aku tiada jawapannya. Kini aku faham kenapa Pensyarah subjek Meeting and Interview Skills aku acap kali melarang kami sekelas mengungkapkan perkataan “I don’t know”.

“Never shows you know nothing. At least you should reply with, I’m not so sure. Gimme some time to check back.”

He was right.

Nota untuk Mereka (5)

Haikal demam. Aku pulang ke rumah, menyaksikan dia terlantar di atas katil sedang tidur. Sesekali terdengar suara rengekan seakan-akan menangis kedengaran dari mulutnya. Aku usap lembut rambutnya. Mengucup pipi halusnya.

Adik buka mata, menyedari kehadiran aku di sebelahnya. Dia bernafas dengan tidak selesa, tidak keruan mahukan sesuatu. Dahagakan air atau apa, aku tak tahu.

“Adik makan ubat dah?” aku tanya.

Dia angguk perlahan.

“Dah. Tidur cepat,” aku segera capai selimut dan tutup sebahagian kakinya.

“Nanti Abang beli gula-gula tau,” dia toleh dan pesan pada aku.

“Ye lah. Tak padan dengan demam,” aku kata.

Haikal, tak pernah gagal buat aku tersenyum.

Nota untuk Mereka (4)

Aku pulang ke rumah dan hantar Ihsaan ke kelas mengaji Quran. Dia awal-awal lagi sudah beri alasan, “Alaaa, tak payah pergi la malam ni.”

“Huish,”aku sanggah, “mana boleh. Pergi je lah. Kejap je pun.”

“Takpelah. Nanti Ihsaan mengaji dekat rumah dengan Kakak,” dia pujuk sambil membulatkan matanya. Like he always did. Ya I know he’s way too cute but I’m not gonna fall for that trick, again.

“Cepat, cepat siap. Nak pergi dah,” aku kata. Dia pura-pura tak dengar kemudian berlalu pergi. Aku senyum seorang diri melihat kerenah Ihsaan. He reminds me of someone. Me!

Aku mengalah juga akhirnya. “Taknak pergi sudah. Nanti mengaji dengan Kakak, tau?”

Aku sering terperangkap di dalam situasi sebegini. Mengalah dengan orang yang penting di dalam hidup kerana terlalu sayangkan mereka. I just don’t feel like arguing with them. Dan sekarang kamu patut tahu kenapa aku sering mengalah. You win because I let you win. Not the other way around. Remember that, my dear.

Isnin, 16 Mei 2011

Nota untuk si Gadis (2)

Si Gadis asked me, "Kenapa dah lama tak tulis tentang si Gadis?"

Ianya sungguh janggal kerana soalan itu terbit dari mulut si Gadis itu sendiri.

"You're beautiful. Ya I know, I'm a sweet talker but what's the point of telling the same thing over and over again? Pointless," sudah tentu jawapan itu, aku hanya lafazkan di dalam hati sahaja.

"I just don't feel like writing about si Gadis, for no reason," aku beritahu.

"Mesti ada sebab, semua benda mesti ada sebab," she's very persistent, craving for an answer.

Dia juga bertanya, apa makna kewujudan si Gadis di dalam hidup aku.

"Only God knows how much I love you as my si Gadis. You are the best thing that ever happened to me," aku luahkan.

Now I have to live with the fact that the existence si Gadis is no longer under camouflage. What's next? I don't know.

Nota untuk Guru

Aku tak mampu mengingati nama kesemua guru yang pernah mengajar aku. Tetapi jika terserempak dengan mereka, aku pasti akan, "Oh, she taught me Bahasa Melayu when I was in Standard 6." Atau sesuatu seperti, "Oh, cikgu ni lah yang kena ranjau dalam makmal sains dulu."

Oh my, sweet and fond memories. Only God knows how much I love my school time. I miss those moments. Bermain bersama rakan-rakan sekelas (dan sudah tentu, kami belajar. Aku tak lupa itu). Menjadi syaitan di dalam kelas. Kerja rumah yang tidak pernah disiapkan. Let alone all those evil things we've done during our school time.

Eh, I thought I supposed to write about Teacher's day. Duh!

Aku tak pernah punyai guru kesayangan atau apa. Cumanya setiap seorang dari mereka, aku pasti mempunyai secebis kenangan manis ketika menimba ilmu dari mereka. Guru adalah profesion yang jujur. Sesuatu yang aku kekal hormati hingga kini. They taught me reality. They taught me values of life. How to deal with world's cruelty. How to implement what I've learned onto real life. Itulah guru dalam erti kata sebenar.

Kamu tahu apa perasaannya untuk bertemu semula dengan guru kamu setelah kamu berjaya di dalam hidup kelak? Aku tak mungkin merasa superior di hadapan insan yang mengajar aku erti kehidupan. Aku pasti tunduk hormat menghargai pengorbanan mereka. Sesetengah daripada guru dan pensyarah aku, mereka baca tulisan aku. Ya, aku tahu, ucapan Selamat Hari Guru mungkin berbunyi klise dan tiada makna, tetapi jika itu sudah memadai bagi mereka. Maka, aku ucapkan Selamat Hari Guru.

Terima kasih untuk segalanya.

I rest my case

Tempoh hari, aku ber-chatting dengan seorang Perempuan. Very random pick and fuck, I don't even know her.

"You have such a sweet name. It suits you well," aku beritahu.

"Owhhh, yekew? Mekaceh yew," dia balas.

Secara metafora, aku ketawa berguling-guling di atas lantai. "What happened to your Bahasa Melayu? Sounds so awful," aku beritahu, jujur.

Dia balas, "Huhh?? Apenyew?"

Oh my, aku perlu segera beredar. Aku tak mahu mati diracuni oleh gejala tak-tahu-mengeja.

"Go fuck yourself!" aku taip. End of conversation.

"Muka cantik, nama pun sedap tapi taktau mengeja. Bangang." aku bisik dalam hati.

Lupakan Hubris

Ianya bagus apabila ada manusia lain sukakan tulisan aku. Menghargai kewujudan aku dengan tulisan mengenai kehidupan, cinta, peribadi dan lain-lain. Apa lagi yang mampu aku lakukan selain daripada berterima kasih. Aku kelihatan seperti tidak pernah menghargai pembaca yang datang. Bukan apa, aku tak mahu mereka terlalu selesa dengan aku. Lebih tepat lagi, tulisan aku. Aku bukan sesiapa untuk hiburkan hati kamu. I need to entertain myself first. Jika mahukan hiburan, kamu sentiasa ada MTV.

Beritahu aku, siapa yang tidak sukakan pujian? Walaupun aku tak pernah merasa superior atau setapak lebih bagus dari kamu dengan menerima pujian melangit. Just so you know, rasa superior aku didorong oleh sesuatu yang lain.

Menulis sepenuh hati, melempiaskan idea sejujur mungkin, mengheret larutan emosi. Segalanya digaul bersama membentuk sebuah tulisan. Here I go, menulis tentang menulis, sekali lagi. Aku tak pasti apa yang bakal terjadi jika aku ditakdirkan untuk tidak menulis. Apakah segalanya bakal kekal sama seperti sedia ada? Apakah akan sama seperti aku sekarang? Aku kerap bertanyakan soalan ini kepada diri sendiri, dan aku masih tidak ketemu jawapannya.

Bercumbu dengan Ennui

Aku duduk di halaman rumah
bertemankan segelas Coke
aku teguk perlahan
membasahi nafsu dahaga.

Aku lapar
tetapi aku terlalu malas untuk ke kedai
dapur di rumah tiada apa
hanya ada sebungkus mi Maggi.

Baju kotor juga masih menimbun
walaupun cuaca cerah di luar
aku...aku...terlalu malas!

Aku teguk lagi sisa Coke
sambil melihat sekeliling
sekeliling yang terpinggir
senyap dan sunyi.

Aku bercakap seorang diri dalam hati
menghalau kebosanan
memuja kegilaan
menulis nota halimunan.

Aku teguk Coke sehingga habis
sebelum beredar masuk ke dalam rumah
untuk menulis sebuah pseudo-puisi
puisi ini!

Ahad, 15 Mei 2011

Nota untuk si Gadis

Aku menunggu seketika sebelum wajahnya muncul menghampiri aku. Wajah yang menyimpan seribu perasaan. Di hadapan aku berdiri seorang gadis. Jasad bertemu jasad. Minda aku kalut, cuba untuk menyusun perbualan. Cuaca di luar rumah masih nyaman hasil hujan yang turun membasahi bumi. Aku bernafas menghela udara segar, menimbulkan perasaan tenang menyelubungi diri.

Dia tahu tujuan aku datang berjumpanya. Dia sendiri mahukan penjelasan yang terbit dari mulut aku. Sesuatu yang aku janjikan lama dahulu.

Masih ingat si Gadis? Gadis misteri yang sering aku selitkan di dalam tulisan dan puisi. Aku tak pernah beritahu sesiapa tentang keberadaan-nya. Sesetengah manusia menganggap aku berdelusi tentang kewujudan si Gadis. Mereka fikir si Gadis adalah karektor rekaan aku. Aku biarkan mereka dengan tekaan rambang dan tinggalkan mereka terkapai-kapai tanpa jawapan.

Aku simpan rahsia mengenai si Gadis sudah terlalu lama. Pendam segalanya seorang diri.

Dia tanya, mulakan perbualan, "Siapa si Gadis?"

"You," aku jawab. Dalam hati.

Realiti sebenar, aku ambil masa yang lama untuk buka mulut. Merenung wajahnya tanpa berkata apa-apa. I just don't feel like telling anyone about si Gadis. Walaupun yang berada di hadapan aku ketika itu ialah si Gadis sendiri.

"Si Gadis tu, aku ke?" dia tanya soalan retorik.

Aku tahu, selama ini, dia tahu jawapannya. "You know the answer," aku balas.

"Aku nak dengar sendiri dari mulut kau," dia kata.

"Ya, it was you," aku sambut.

Suasana sepi. Aku dongak pandang ke langit dan kemudian tanpa henti merenung tepat wajahnya. Malam itu juga menjadi saksi betapa aku bacakan sebuah puisi untuk si Gadis buat kali pertama. Sebuah puisi bertajuk Puisi Cinta yang Tertangguh. Sebuah puisi yang sudah lama aku simpan. Sebuah puisi jujur yang datang dari hati. Aku lafazkan bait-bait puisi :

Aku sudah baca bermacam puisi,
yang menyentuh jiwa,
yang suntik kegilaan,
yang menyemai rasa Cinta.

Jiwa aku berbisik,
aku mahu menulis puisi terindah buat si Gadis.
Sebuah mimpi yang mahu aku simpan,
simpan selamanya hingga aku luput,
bersama-sama Cinta agung.

Aku pandang matanya,
terpancar nikmat sempurna.
Aku lihat senyumannya,
aku cintakan si Gadis sampai syurga.

Aku tak tahu apa perasaan si Gadis terhadap aku.
Mungkin dia cintakan aku,
mungkin tidak.

Aku tulis sebuah lafaz rahsia, "di dalam jiwa aku ada si Gadis,
dan di dalam si Gadis ada cinta yang abadi".
Aku baca lafaz ini setiap malam,
bertemankan bintang yang jujur.
Aku lemah memikirkan si Gadis,
mungkin bukan untuk aku
sebelum sempat aku lafazkan,
"aku cintakan kamu".

Aku cium keberadaan imaginasi. Peluk semahunya kecelaruan hati. I'm being sweet for all night long. Semuanya untuk si Gadis yang berada di hadapan aku.

Sabtu, 14 Mei 2011

Ennui

Boooring with triple o. That's explain much, no? Another week to go before semester break. I'm gonna miss my friends here. We've been through ups and downs. Two more final exam paper to be killed. Jangan tulis apa-apa bila tiada apa-apa yang boleh ditulis, aku beritahu diri sendiri. Rahsia yang belum terungkai, biar aku simpan sampai mati. Jumpa nanti di dalam syurga. Atau neraka.

Jangan biar aku menulis perkara rawak. Pointless. Aku cenderung untuk koya depresi. Tonight I'm not afraid to tell you what I feel about you. A place to rest my head. Ya, betul. Ianya lirik lagu. Sesetengah lirik adalah refleksi kepada emosi terpendam. Sometimes you just don't know how to express yourself.

Looking through the eyes, hearing those beautiful voice. Ya ya, terlalu selesa antara satu sama lain. We don't communicate that much. Guessing each other mind. Staring at the Truth.

I always be an option. Pilihan kedua. Cari aku bila susah atau keseorangan. Atau kebosanan. Ikutkan hati, tentu sahaja aku muntahkan makian tetapi apa salahnya berlaku baik sekali-sekala? Kan? Kan?

So-called confession (5)

Ya, I confessed. I still know nothing about you.

Rabu, 11 Mei 2011

Hungrayy!

I woke up late today and I can't decide what's for lunch. So I texted Fatin asking for menu.

"Ikan bakar cicah air asam. Sedap!" she replied.

"Makanan yang lain? Takmau la ikan bakar."

"Ikan patin masak tempoyak. Ayam masak merah. Sotong masak kunyit. Okay tak?" she suggested.

The thing is, I feel super lazy to go out. The weather, urghh, let's not talk about it.

So I decided to go for an instant noodles, mi Maggi. Ya, I know, eating mi Maggi for lunch sounds so wrong.

But what to do? Let's slurpp-ing!

Nota bola sepak (2)

"Kau sokong team apa?" tanya seorang kawan ketika kami menyaksikan perlawanan bola sepak di restoran Mamak.

"Hah?" soal aku yang larut dengan hiruk-piruk manusia sekeliling.

"Kau sokong team apa?" dia ulang semula.

"Barca," aku jawab.

"Tak, tak. Bukan. Team EPL?" dia tanya lagi.

"Hurm," aku sambut, "entah lah. Tottenham kot."

Kawan aku adalah seorang penyokong tegar Manchester United. I used to be along his sides. Tetapi itu cerita lama. Kini MU, bagi aku, tak ubah seperti pasukan gergasi yang dipayungi penyokong yang bebal. Boooring. Kenapa? Jangan tanya kenapa.

Aku tidak begitu into dengan mana-mana pasukan. Aku lebih gemar pada permainan yang berseni, kawalan bola penuh taktikal dan juga gelecekan tanpa henti. Hey, kalau pasukan Malaysia mampu bermain setaraf Barca, aku pasti tak malu menyarung jersi Malaysia untuk ke stadium. Me, being patriotic? Ptuiihh.

Tell you what, MU overrated. Gaya permainan tradisional yang maha membosankan. Let alone Liverpool, Arsenal and Chelsea. Fucking boooring! Serius, liga bola sepak paling overrated adalah EPL. Tak adalah bagus mana, pop je lebih. Kamu pun tahu Serie A dan LA Liga adalah berganda lebih bagus dari EPL. No offence, I'm just saying the truth!

Medium filem juga antara punca aku meminati pasukan West Ham. Jika kamu berkesempatan menonton filem Green Street Hooligans, kamu pasti tahu kenapa. Filem yang mengisahkan football hooliganism, riot, street fighting, verbal abuse etc. Juga berkisar mengenai permusuhan antara pencinta hooligans West Ham dan Milwall. Sehingga kini, terngiang-ngiang lagu penyokong West Ham,

"I'm forever blowing bubbles
pretty bubbles in the air
they fly so high
they reached the sky
and like my dream
they fade and die!"

Anonymous

It's been awhile since the last time my blog being ambushed by anonymous. Practically, I have turned off the comment section in my blog, for good. You see, I'm writing about my personal life, personal thought and I expect nobody to make any comment on it. Plus, I'm not buying any.

It is not that I'm afraid of them or whatsoever, but I just don't feel like letting and seeing them roaming around my blog. I gotta keep my blog clean as fuck. That's all.

One thing for sure, I do respect the presence of anonymous. I think most of them just doing their part on expressing their feelings in a err, harsh way.

I don't know why they are hiding behind the mask of anonymous but if they are planning on not revealing themselves to the public, so let it be. Remember freedom of speech? When everyone deserves a chance to express their feelings, thoughts and so on regardless of their religions, skin colour or races.

As for me, if anonymous planning an ambush to my blog, all I gotta do is sit back, do nothing and enjoy the show. Cheers!

Selasa, 10 Mei 2011

Nota makanan

Tempoh hari aku tanya Nadzirah, "Dah pernah rasa burger arnab?"

Selaku pencinta makanan, aku sering bertanyakan soalan berkaitan makanan kepada manusia lain. I just wanna know more about food. I mean, everything about food!

Aku sentiasa mempunyai masalah untuk memilih dan memesan makanan dari menu, ketika tiba di meja makan. Mungkin kerana terlalu bosan dengan makanan rutin, sehingga satu tahap, aku teragak-agak dan buntu apa yang patut disuapkan ke dalam mulut.

"Belum. Tak sampai hati," dia sambut.

"kenapa pulak?" aku soal, kehairanan.

"Sebab arnab tu comel," dia balas.

Aku ketawa mendengar jawapan itu. Sungguh manis!

"Cuba la rasa. At least burger tu dah takde rupa fizikal arnab. Dia dah jadi bentuk burger," aku kata.

Ya, betul juga. Fizikal arnab yang comel mungkin mempengaruhi emosi sesetengah manusia. Mereka juga mungkin berkata, "Dalam banyak-banyak haiwan, kenapa pilih arnab?". No wonder dalam dunia wujud vegan. Duh!

In my head (4)

Aku masih suka berbaring. Suka makanan. Suka merenung perempuan. Suka menganjing orang lain. Suka melihat buah dada. Suka bercakap seorang diri. Suka menulis. Suka tersenyum. Suka baju lusuh. Suka ketawa. Suka kritik makanan. Suka lihat senyuman. Suka kanak-kanak. Suka bayi. Suka anak dara. Suka kucing. Suka Emma Watson. Suka musik post-rock. Suka Radiohead. Suka Fight Club. Suka membaca. Suka menyindir. Suka merenung muka orang. Suka unsur travelling. Suka rancangan masakan. Suka rambut panjang. Suka rambut separa bahu. Suka Cityville. Suka berimaginasi. Suka Tumblr. Suka mendengar perbualan orang lain. Suka pesta makanan. Suka pesta buku. Suka British accent. Suka mi Maggi kari. Suka air berkarbonat. Suka aiskrim. Suka cakap, "Takde apa-apa lah". Suka tidur atas sofa. Suka tidur dalam kelas. Suka makan tak bayar. Suka baca tulisan sendiri. Suka tangan kiri. Suka tanya diri sendiri, "Apa yang aku suka?".

Isnin, 9 Mei 2011

Ingatan untuk Ibu (2)

Ketika Ibu sedang terlantar di wad ICU mengharung nafas terakhir di dunia, masih segar dalam ingatan aku perbualan terakhir bersama Ibu. Perbualan penuh makna bersama insan yang paling aku sayang. Ibu mahu aku sambung belajar mendalami ilmu agama. Ianya menjadi harapan suci Ibu untuk melihat aku berjaya. Sebuah harapan yang aku abaikan.

Aku hanya berusia 11 tahun saat itu. Aku masih mentah dan aku merasakan dunia ini terlalu besar isinya buat aku. Tetapi aku tidak menyesal kerana tidak memilih jalan yang Ibu impikan. Aku tak mampu untuk berpatah balik. Aku tak berupaya untuk mengundurkan masa.

Aku masih ingat. Dalam linangan air mata, Ibu amanahkan aku untuk melindungi adik-adik. Atas sebab itu, aku kadangkala overprotective. Jika ada manusia lain cuba mengganggu mereka, aku akan tampil ke depan. Ianya semulajadi aku untuk mempertahankan mereka. Selepas Ibu tiada, aku cuma ada Ayah dan adik-beradik. Jika bukan mereka, siapa lagi yang perlu aku pertahankan?

Orang lain yang bodoh.

Untuk entah keberapa kali aku beritahu, aku menulis hanya untuk simpanan sendiri. Menulis untuk orang lain adalah perkara paling tak masuk akal di dalam dunia, kau tahu? Walaupun aku kerap menulis mengenai orang lain, aku tak begitu terdesak untuk beritahu mereka tentangnya. Bodoh dan buang masa, tahu tak? Aku biar mereka tahu dengan sendiri.

Menulis tentang orang lain tak bermakna aku menulis untuk orang lain. Aku rasa bodoh gila kalau menulis untuk puaskan hati orang lain. Aku senang je, kalau kau rasa nak baca, baca-lah. Kalau taknak, muka aku nampak macam aku peduli ke?

Aku ikhlas je waktu menulis. Tulus dari hati, walaupun aku kerap mencarut di dalam tulisan. Aku tulis banyak-banyak, lepas tu aku baca, aku senyum sorang-sorang. Nak puaskan hati orang lain buat apa? Sebab dia kawan baik? Sebab dia kekasih? Pi mampus. Aku peduli apa.

Aku rileks je. Cool gila. Yang bodoh adalah orang lain, bukan aku.

Nota Pelajar (14)

My next final exam paper will be on Monday, 09 May. Duh, Fundamentals of Managerial Accounting. I hate doing calculation and I never like accounting as well. Selling price, high low method, limiting factors, margin contribution bla bla bla. What else? Well, I'm getting used with those terms. It was scattered everywhere in my head.

As usual, I haven't started reading or revising anything, yet. I'm far behind from the schedule. Managerial accounting, as for me, is quite easy. Logic thinking and simple math when combined together, hah, there you again, simple as abc. I just need to memorize the steps to solve the questions given. Key word here is to, memorize. Otherwise, I'll be fucked up.

I wanna get a good grade for this subject. But by just looking at the previous final exam paper, I was like, "Oh my, susah gila!"

Once again, I lose my Faith to pessimism. But but but, I will try my best, for sure. Do pray for me!

Sabtu, 7 Mei 2011

Maha relatif!

They asked me, "Balik ke minggu ni?"

I st-stuttered. "Entah la. Balik kot. Tengok la dulu macam mana. Entah. Tak balik kot. Tak tau lagi."

I gave them confusing answers. Jika Sitiawan dan Seri Iskandar diumpamakan dalam kondisi seorang manusia, sudah tentu Sitiawan adalah seorang Gadis yang menggiurkan. Manakala Seri Iskandar pula adalah adalah seorang Gadis pendiam maha membosankan.

Tetapi meluangkan hujung minggu dengan Gadis pendiam err, maksud aku, Seri Iskandar mungkin tidak terlalu teruk seperti yang disangkakan. Kita lihat apa akan jadi nanti. I might end up having sex with Gadis pendiam. Eh, I mean I might end up having a good time in Seri Iskandar.

Jika segalanya gagal, aku akan pulang ke pangkuan Gadis menggiurkan. Seperti yang sering aku lakukan.

Sorry, not interested.

Ya, betul juga. Untuk duduk semeja dengan manusia lain, kamu perlu ada sesuatu untuk dibualkan. I always have this problem ; I don't know how to start a conversation.

Alih-alih, aku akan leka bermain handphone. I let my fingers do the talking.

Ianya sukar untuk berbual dengan manusia yang tak begitu minat membaca, know nothing about current issues, know nothing about you, tiada citarasa yang bagus dalam musik dan sudah diracuni budaya pop Barat. Ya, aku membosankan. Itu aku tahu. Tetapi hanya pada sesetengah manusia. Aku cenderung untuk menanti apa sahaja topik yang kamu mahu bualkan. Jika menarik, why not, aku akan turut serta. Jika tidak, aku lebih selesa berdiam diri. Ianya bukan kerana aku tak mahu bercakap, cumanya aku tidak berminat. Itu sahaja.

Ya, I wrote this while waiting for food to be serve. See, I let my fingers do the talking, literally!

Rahsia

Did I tell you that I have a fake Facebook account? No? Never? Ahh, I've told Nadzirah before this.

And for the sake of nothing, I'm still using it up until now. You might asked, why? Hurm, I'm not going to answer that.

Aku menyamar menjadi perempuan. I received tons of friend requests on a daily basis. Aku cuma berminat untuk melihat sisi pandangan seorang perempuan mengendali dan menghadapi kerenah lelaki miang, mengada-ngada, jual minyak, gila seks, attention seeker, koya, sweet talker, poyo, skema bla bla bla. Aku sudah jumpa manusia sebegitu dan aku cuma mampu ketawa di hadapan skrin komputer. Bayangkan, aku cuma menaip smiley ;-) di ruangan status, dan kemudian lelaki yang mempraktikkan so-called sharing is caring akan datang mengerumuni dan menempel di ruangan komen status dengan komen laconic yang bebal.

Aku suka melakukan kerja ini. Maksud aku, menyamar di laman sosial. Aku masih ingat seorang lelaki kata pada aku (yang menyamar sebagai perempuan), "Awak antara perempuan paling menarik saya pernah jumpa." Serta-merta sisi feminin aku cair. Oh sweet-nya!

You can't put the blame on me. Entah-entah aku juga sedang ditipu ketika ini. Who knows? Ada berjuta lagi manusia yang menyamar di laman sosial for the sake of something I don't know!

Ingatan untuk Ibu

Hari Ibu. Dimana harus aku bermula?

Aku sudah lama tidak menatap potret Ibu. Aku sudah lama tidak menyebut nama Ibu. Aku sudah lama tidak bermimpi berjumpa Ibu. Aku sudah lama tidak mendakap. Aku sudah lama tidak mengucup tangan. Aku sudah lama tidak melihat senyuman. Aku sudah lama tidak berbual. Aku sudah lama tidak dimanjakan.

Seseorang yang dipanggil Ibu.

Ibu sentiasa ada di sudut hati aku. Insan yang paling aku hargai kehadirannya di dalam hidup ini. Aku lemah bila teringatkan Ibu. Air mata ini sering tewas. Aku tak mampu mengimbau sedetik kenangan bersama Ibu. Insan yang membimbing aku melalui denai kehidupan. Insan yang menyemai kasih sayang ke dalam diri aku.

Aku sentiasa berdoa Ibu bahagia di sana. Ditempatkan bersama mereka yang beroleh kesenangan hakiki. Sementara aku di sini, hanya mampu mengirim sedikit bekalan untuk Ibu di sana. Semoga kita berjumpa lagi, Ibu.

Abang sayang Ibu. Sampai bila-bila.

Hubris

Jika kamu ajak aku berdebat atau berdiskusi, aku mungkin akan kata, "Sorry, not interested."

Bukan apa. Kerana aku cenderung untuk bersikap sinikal dan loyar buruk ketika berdiskusi. Sesetengah mungkin salah tafsir dan anggap aku kurang ajar. Jika tidak pun berlaku sinikal (atau kurang ajar), aku akan lebih banyak membatu, mendiamkan diri. Itu bermakna, aku langsung tak berminat. Booooring!

Aku lebih berminat dengan ilmu trolling. Atau apa-apa sahaja yang berkait dengan sarcasm atau bahasa mudahnya, menjadi annoying (menjengkelkan). Tapi masalahnya ramai yang murtad dan terpesong antara trolling dan kutukan. Bodoh gila. Serius, aku ada bakat menjadi manusia yang menjengkelkan. Tambah-tambah di laman sosial Facebook ini. Tak percaya? Pi mampus.

Tapi kalau ada manusia yang cuba jadi annoying dengan aku, selalunya aku akan mengalah. Ala, rileks lah. I just wanna see how far they can go. Dalam hati aku kata, "Heh, silap orang la kalau nak main dengan aku."

Aku cenderung provokatif. Atau bahasa mudahnya, menganjing. Best gila. Sementara mereka marah, aku pula ketawa melihat gelagat mereka. Kelakar gila. Tell you what, smiley yang innocent seperti ini ' :-) ' juga mampu menjadi provokatif. Jika kena dengan cara-lah.

Haih, no wonder we've won the Marketing debate last semester (thanks to Nadzirah and Ikram for being my group members).

Rabu, 4 Mei 2011

Nota Pelajar (13)

Now that I'm having my final exam, so pardon me, there will be lotsa updates about my ups and downs. I'll pretend that I'm busy as fuck. Ironically, I still had time to write this shit. Duh!

My Pengajian Malaysia final exam paper yesterday was a complete fiasco. I thought I'm kinda nailed it. Until I realized to my dismay that I'm so not gonna get an A for that paper. Damn!

Next will be E-Commerce. I haven't started anything yet. Or maybe I need someone to force me, "Fuck you. Fuck you Alep. Go and read your fucking book now! You don't have much time left. Don't you fucking realize?"

"Go fuck yourself. I know what to do. Chillax-lah!"

Ya, that would be my answer.

I couldn't find the right title.

I've done wrong. I've done something stupid ; denying her in front of others. Couldn't even greets her with simple 'hi'. The worst part is, I'm not even aware about it all this while. I always thought about myself. And myself alone.

"Fuck others. Do I look like I give a fuck?" I kept telling myself the same thing, over and over again.

I called her. I wanted to tell her everything but the words seems to stuck in my head. That's why I remained silent on the phone. I always have problem to start a conversation. I'm not really a conversationalist. I couldn't spoke a word. I can't think of anything. So I let her do the talking. I wanna know how does she feel. I wanna know if she's mad at me. I don't know why, I just need to know.

"I'm sorry," I apologized to her like million times. This time, I really mean it. I promise it won't happen again.

I'm sorry.

Nota Pelajar (12)

Aku masih ingat semester lepas aku terlantar demam bersama Yo, Kiki dan Pdot ketika peperiksaan akhir sedang berlangsung. Demam panas, hilang selera makan, muntah dan tambah parah, kami perlu lalui peperiksaan akhir dengan semua itu. Fucking A!

Semester ini. Skripnya hampir sama. Last week, I'm battling flu. Mujur tak demam. Apparently, Yo dan Pdot juga sedang menderita selsema. Ianya sungguh rimas untuk melayan hingus yang meleleh sambil perlu menulis jawapan di atas kertas.

Di luar dewan peperiksaan sebelum kertas Pengajian Malaysia bermula, Syamira tegur, melihatkan kami sedang menderita selsema, "Korang semua demam ke?"

I answered, "Almost. Nasib baik tak demam."

After that, she was like, "Eh, semester lepas kau la yang start jangkit demam dulu."

Aku balas semula, "Mana aku tau," dan kemudiannya aku ketawa.

Oh, I never thought she would still remember about the last semester thingy.

"Oh dear, that's so sweet of you," aku kata dalam hati.

Mayday!

Sometimes, I'm blatantly hoping for misery. For what? I'll tell you. I wanna have so-called first hand experience and for me to write something about it. I'm hoping for something tragic. Ya, I know imagination could possibly help me but let's put it this way. Masturbating and having a real sexual intercourse are two different things. Although the purpose leads the same way, which to reach sexual orgasm, but it is still two different things. The excitement (I couldn't find the right word) would never ever be the same.

Eh, just now I was talking about tragic thingy, aite?

I memorized the scene from Fight Club (1999). Marla told Tyler, "You are the worst thing that ever happened to me." I changed the sentences a bit and I told my Cinta Hati, "You are the best thing that ever happened to me."

You wish. You wanna see yourself from other people point of view. You wanna see yourself, for real. You wanna fix yourself. You wanna judge yourself, for heaven's sake!

You wish. You wish. As you wish, my dear!

So-called relationship

My friends keep on teasing me. Asking about relationship and obviously, they wanna know who is my si Gadis. To be honest, I have no problem telling them. Only if I have one.

Sometimes, I feel like I have to find the right si Gadis. Sometimes, I feel like, nahhh, it is just a waste of time for having a relationship. I just don't know. No, I'm not confuse. I'm battling my own feeling. Telling myself what to do, how to react and so on.

I can always confess my feeling toward anybody, without any hesitation. In fact, I did just that. I'm not scared or whatsoever. I'm just being honest as fuck.

Or maybe if they ask me next time, my answer should be, "Ya, I'm in love. With myself."

Ahad, 1 Mei 2011

Nota pendek (5)

Peperiksaan akhir aku akan bermula Selasa ini, 3 Mei. Kertas pertama adalah subjek Pengajian Malaysia. Kemudian diikuti kertas E-Commerce selang dua hari selepas itu. Kertas peperiksaan yang lain aku kurang pasti tarikhnya. Seperti biasa, aku belum bermula apa-apa lagi. Buku belum disentuh. Nota belum dipunggah. Jadual belajar belum diatur. Aku hanyut dibuai rasa selesa bercuti hujung minggu di rumah. Tetapi jangan risau, aku masih ada masa. Sementara itu, aku perlu siapkan tugasan International Business Management yang tertangguh. Bye!

Nota pendek (4)

Aku mahu sentiasa disuntik sedatif imaginasi terlarang. Mempersenda realiti. Melanggar dan merempuh kenyataan tanpa rasa bersalah. Aku sudah siapkan nota Sedatif Imaginasi Terlarang (6). Aku menunggu masa untuk nota yang ke-(7). Dan juga nota yang ke-(8). Dan juga nota yang seterusnya. Dan seterusnya. Dan seterusnya.

Sampai-lah aku mati.

Nota pendek (3)

Jika kamu tanya apa yang bermain di dalam kepala aku ketika ini, jawapannnya aku juga tak tahu. Terasa seperti ada seribu beban menindih kepala, tetapi bila difikirkan semula, tiada apa sebenarnya yang berlegar di dalam kepala.

Ianya menggusarkan perasaan, menyesakkan jiwa, aliran nafas tak menentu. Gila, boleh jadi gila. Tapi tak apa-lah, jadi gila sorang-sorang.

Nota pendek (2)

I still remember when one of my readers used to tell me, “Perkataan kau perlu di-fatamorgana-kan lagi. Kaburkan lagi.” Dia merujuk kepada salah satu tulisan aku yang, pada pendapat aku sendiri, begitu kering dan literal (dan juga entah apa-apa).

Tetapi itu-lah. Ada sesetengah perkara memang patut disampaikan secara terus tanpa selindung. Ada sesetengah memang patut disampaikan secara kias. Serius cakap, aku fleksibel, tidak begitu terikat. Situasi tak mampu mengikat aku. Betul, tak tipu!

Nota pendek

Aku mahu berhenti pedulikan manusia lain yang tidak penting dalam hidup aku. I just don’t fucking care anymore. Sebagai contoh, dengan siapa kamu berkawan, dengan siapa kamu berjumpa, dengan siapa kamu bercinta, dengan siapa kamu belajar, dengan siapa kamu makan, apa makanan kesukaan, warna kegemaran, artis pujaan, buku kegilaan, siapa penulis yang kamu minat, dengan siapa kamu berinteraksi, kamu cepat merajuk ke, cepat marah ke, mudah tersenyum ke, tempat pilihan untuk bercuti dan sekian sekian sekian. Ada berjuta-juta perihal tentang manusia lain!

Kepala aku tak patut sesak dengan dengan perihal sampah tentang manusia lain yang tidak penting. Err, selfish? Eh, takde-lah!