I think I have matured sensibly over the years. Bagaimana aku berfikir tentang masa depan, dan gaya aku menulis tentang kehidupan, dan cara pembawaan diri sewaktu berhadapan dengan manusia yang tidak/baru aku kenal, dan bagaimana aku menangani krisis dalam diri.
Maybe I don't write much lately. But I always want to write. Kerana sentiasa wujud jeda waktu yang buatkan aku ingin habiskan dengan menulis, walaupun selalunya berakhir dengan tidak.
Hidup berlaku terlalu pantas. Sekarang aku sibuk menanggung beban kehidupan dan tanggungjawab. Jika dulu aku cari kebahagiaan di celah-celah buku dan kolektif penulis, sekarang tidak lagi. Though I had plenty of fun in my time.
But now I'm shifting. Mencari kebahagiaan dalam ada jua perkara. Dalam segelas wiski, misalnya. Atau dalam permenungan sewaktu memandu seorang diri. Atau dalam percutian bersama manusia-manusia kegemaran.
But deep down I know I always want to write.
10:28PM Wednesday 29 April 2015
10:28PM Wednesday 29 April 2015