Sedang menikmati sarapan pagi di sebuah gerai, seorang diri, dengan sepinggan nasi goreng entah apa-apa berlauk ayam dan segelas teh o ais. Seperkara yang pasti, aku tidak begitu gemarkan minuman panas sewaktu mengambil sarapan pagi.
Minuman panas hanya berguna apabila aku jatuh sakit ataupun ketika cuaca dingin.
I've been drinking tea since I was a kid. Tetapi untuk menggelar diri sebagai tea addict, barangkali, adalah sesuatu yang kelakar. Aku kira ia sudah menjadi suatu kebiasaan, sehingga tiada apa-apa yang istimewa tentangnya. Sebab itu aku tidak faham dengan manusia yang bangga mengaku diri sebagai coffee addict. I'm sorry but I don't see what all the fuss was about.
Baru sahaja beberapa suap, datang seorang makcik, tiba-tiba duduk di mejaku, dalam posisi bertentang mata.
"Makcik duduk sini ya," dia kata sambil meletakkan beg tangan di atas meja.
"Bagi makcik roti canai satu. Kuah sambal udang," tuan punya gerai berlalu pergi selepas mengambil pesanan.
Segera aku toleh sekeliling. Kelihatan masih banyak lagi meja-meja kosong, menanti pelanggan tiba. Jadi mengapa harus meja ini? Paling ketara, makcik ini telah menggugat keseimbangan sarapan pagi aku.
I didn't say a word. Senyum tidak, apa pun tidak. Aku lajukan suapan, dengan tidak menghiraukan kehadiran manusia asing di hadapanku. Rasa kurang selesa membuatkan aku tidak lagi berasa lapar.
I wish I could tell her that I really need to be alone. Haihh, there goes my morning vibe.