Jumaat, 26 September 2014

All is well

When I first started working, I had no idea what to do with my money. Kerana aku masih lagi tinggal bersama keluarga, masih lagi makan tengah hari di rumah, dan cuma setiap malam aku keluar bersama kawan-kawan untuk makan malam atau berhibur.

Maka wang setakat berpusing tidak jauh daripada aku. Sampai satu tahap, lebihan masih banyak di tangan aku. Muda, dan didorong oleh nafsu, aku penuhkan rak dengan buku-buku baru, almari dengan pakaian-pakaian baru, perut dengan makanan-makanan bagus.

Tetapi terapi material ini tidak kekal lama, dan pesta berbelanja ini perlahan-lahan menjadi banal. Aku merasakan hidup ini patut lebih daripada hanya sekadar menempel kepada kebendaan. Of course, it feels good getting what I want, but to what extent?

Aku jadi serba-salah berfoya-foya dengan hal-hal dunia, while Ayah still struggling to make ends meet.

Jadi, aku habiskan wang aku kepada bil-bil yang belum dibayar dalam rumah. Aku bawa wang aku kepada hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan keluarga. Aku belajar untuk mengumpul wang dengan lebih disiplin. Sehingga kadang-kadang tak pasti samada aku berdiri di antara garis stingy atau frugal.

Sudah tentu, ada ketirisan sedikit sebanyak di sana sini, but hey, it all worked out for the best.

And it was never my intention to buy a car at such a young age. Because to be honest, I don't need one. And I don't want one. Maybe I don't dream big enough and the thought of driving my own car never really crossed my mind.

In spite of that, I bought one anyway. Because my family needs one. Sebab aku fikir, apa sahaja kepunyaan aku patut diutamakan kepada keluarga dahulu.

And I feel no regret.

5:30PM 26 September 2014

Selasa, 23 September 2014

Memori yang tak mahu timbul semula

S, M, F, A, dan beberapa orang perempuan yang pernah muncul dalam hidup aku, seakan telah hilang begitu sahaja. Kehilangan ini - andaikata mereka hanyalah ciptaan khayalan aku - mungkin lebih mudah untuk dimengerti, tetapi ini adalah berkenaan dengan manusia-manusia yang pernah meninggalkan kesan kepada aku.

I thought I had enough recollection of them in my head. Namun apabila aku cuba untuk menulis kembali sesuatu tentang mereka, aku tidak bertemu titik mula; segalanya berputar dalam kitaran yang sama.

I got nothing. Zilch. Nada.

3:58PM Tuesday 23 September 2014

Rabu, 3 September 2014

Late night

I couldn't put myself to sleep. Mata aku tidak mahu pejam. Hati aku resah. Fikiran aku sibuk dengan bermacam hal.

Aku selalu berharap tiada malam yang sesepi malam ini. Aku selalu berdoa agar tiada kesunyian yang berkunjung tiba-tiba.

You're not alone, pujuk Jimi.

I know, aku balas, but I'm lonely.

I really mean it. Kerana pada umur begini, aku tiada apa-apa untuk dibuktikan lagi dengan berpura-pura deep, atau koya depresi atau bergelut dengan pseudo-emosi. Because I don't have to anymore.

O Tuhan, please let me have my sleep.