Khamis, 30 Jun 2011

Chapters and pages

I stayed up late just to read Dragon Ball manga, last night. I did that for the good old time's sake. Going through every chapters and pages.

Aku tak tahu kenapa aku begitu suka membaca/menonton manga ini. Mungkin kerana pautan memori dengan membesar dan dewasa bersama-sama siri televisyen dan juga komik Dragon Ball menyebabkan aku kembali bernostalgia. Setiap karakter yang mempunyai nilai tersendiri, they did their parts very well to cherish the whole story. Berdepan dengan musuh maha kejam, been fighting here and there, been ressurected to life several times. And they eventually become more stronger each day. Hey, we are dealing with the Saiyans, remember?

Lagi satu manga yang menarik-tetapi-sayangnya-semakin-membosankan adalah Naruto. There's way too many unnecessary character, plot and scenes which doesn't contribute much and it is proves to be somewhat redundant to the whole story. In one way or another, it becomes blatantly boring as hell.

Ya, boring as hell. Or maybe it's just me, who apparently can't stop complaining about every single thing.


Sweet talk

I bumped into my lost long friend just now. "You've changed a lot. Physically," she commented on my appearance.

Well, let's not talk about that.

"I wouldn't have recognize you if you didn't wear that lovely smile on your face," she said.

Oh my, now I couldn't stop smiling all day long.

Rabu, 29 Jun 2011

Reminder to self (5)

Aku bertanya kepada diri sendiri, mampukah aku untuk menjaga Ayah pada masa akan datang. Menjaga Ayah ketika Ayah bakal dihambat oleh faktor usia, ketika Ayah bakal mengharungi hari-hari tua samada dengan keuzuran ataupun kesihatan yang baik.

Hubungan kekeluargaan adalah sesuatu yang penting, tiada galang ganti bagi Ayah. Ianya juga sesuatu yang bermakna bagiku. Walaupun tanpa kata-kata penghargaaan dan juga lafaz luahan emosi terhadap Ayah, tetapi demi Tuhan, aku begitu sayangkan Ayah. Sometimes, bunch of great people would make a different to your entire life. Kehadiran mereka yang akan kekal signifikan dan penuh makna.

Aku bertanya kepada diri sendiri, sekali lagi, apakah aku akan sentiasa mengingati jasa, pengorbanan, titik peluh, payah jerih Ayah membesarkan, mendewasakan, menyuapkan rezeki dan menyelesakan kehidupan aku. "Am I one of those who willing to do anything just to make their beloved one happy all the time?"

Yes, I will. Tetapi ini jawapan yang aku beri sekarang. Bagaimana 10 tahun akan datang? 20 tahun akan datang? Would the answer be the same? I just don't know. One thing for sure, I simply can't predict the future. What's in the future are way beyond my limitation and imagination. Aku tak tahu apa yang akan terjadi atau lebih tepat, apa yang akan aku jadi. Harap-harap aku akan sentiasa kekal ingati memori indah bersama Ayah, antara insan paling bermakna di dalam hidup aku. Insan yang aku sayang selama hayat aku.

So, I wrote this as a little reminder to myself. Semoga di masa hadapan, bilamana aku kembali menatap nota ini, aku tidak akan berkata, "Bullshit! I was drunk when I wrote this."

Read the future

Remember when I told you Ayah bought a new touch screen phone? Well, he decided not to use it anymore. Not in a million years.

Well well well, I knew that's gonna happen.

Cabut lari

Aku ketawa melihat Ayah merungut sendirian tatkala membelek manual pengguna handphone skrin sesentuh yang baru dibeli beberapa hari sudah.

It gonna took him forever to learn on how to use it. Dan yang menjadi mangsa adalah adik aku kerana terpaksa mengajar Ayah cara penggunaannya satu demi satu. Aku awal-awal lagi geleng kepala beri isyarat, "Tak tahu, tak tahu," untuk mengelak daripada menjadi mangsa. Leceh, you see. Ha ha ha!

Aku tak pasti siapa yang pengaruhi Ayah untuk membeli kerana setahu aku, Ayah bukan gadget-freako-type-of-person. Yang penting menurutnya, boleh buat panggilan telefon dan menghantar pesanan teks.

He just happened to like plain and simple things, just like me.

Selasa, 28 Jun 2011

Lefty

I still remember when Ayah commented on my handwriting long ago, he said, "Awat tulisan hang teruk sangat ni?"

Aku seperti biasa, sekadar mengukir senyuman dan seterusnya ketawa kecil di dalam hati. Kerana, secara terus-terang, apa yang Ayah ujarkan hanya mengandungi kebenaran semata-mata.

Melihatkan tulisan tangan sendiri, membuatkan aku langsung tak berselera untuk menatap, membaca dan menelaah segala nota ilmiah yang dicatat di dalam buku. Hurm, sebenarnya bukan nota pun tetapi lebih kepada catatan separa siap dan juga pelbagai contengan liar yang aku lakar ketika khayal diracun pendidikan yang maha statik dan membosankan.

Aku mungkin terlalu malas untuk mengangkat pen dan mula menyalin. Malah di dalam kelas, kamu jarang dapat lihat aku menulis. Kebiasaannya aku lebih banyak mengelamun (despite poyo memandang papan putih sepanjang masa) ataupun dalam kes tertentu, sekadar berpura-pura menulis. Paling penting, sebagai menunaikan so-called tanggungjawab selaku pseudo-environmentalist, lebih afdal sekiranya aku tidak membazir kertas dengan memenuhkan tulisan cakar ayam sia-sia di dalamnya.

Hey, mesin fotostat direka bukan sekadar untuk dijadikan hiasan. I'm just making full use of it!

Ahad, 26 Jun 2011

Nota rawak (9)

Sweet as fuck, edgy, sinis dan humor. Ya, I was talking about myself. Or whatever related. I've been playing around with words. Meneroka sesuatu yang baru, meng-improvasi-kan (istilah syaitan apa ini?) barang yang sudah.

Kehidupan seharian aku hampir sama seperti kebanyakan manusia lain. Cuma bezanya aku menulis. Hidup aku juga dipenuhi unsur pengulangan maha membosankan. Tetapi aku rakamkan rutin-rutin bebal yang membosankan itu dalam bentuk nota, anekdot, karangan atau apa-apa lah yang memorable. Hinggakan perkara bosan, langsung menjadi tidak bosan!

Sehingga kini, aku tak tahu bagaimana untuk memujuk manusia lain ketika mereka bersedih atau berduka atau apa-apa lah. Yang mampu aku lakukan hanyalah beri harapan palsu dan juga nasihat superficial bertopengkan hipokrasi. Kerana apa? Because I don't really know how to make comfort of myself, either. Ha ha ha!

Sabtu, 25 Jun 2011

End of conversation

"You should control your diet," dia kata sambil memandu, "look at your face."

Aku belek muka di dalam cermin tempat duduk penumpang, lantas berkata, "Okay je."

"You ate a lot lately," dia tambah. Ianya komen-komen rutin tentang aku. Atau aku panggilnya sebagai bebelan.

"No, I'm not," aku sanggah sambil menepuk-nepuk perut.

"Benda betul, kot."

"Alaa, lelaki makan banyak, takpe," aku balas memberi alasan.

"Hey, who said so?" dia cantas.

Duh. I let her win this time. Malas mahu melanjutkan argument, apatah lagi apabila ianya adalah mengenai aku. Daripada bertekak, baik aku pergi makan.

Goddess (2)

Sesetengah manusia, mereka kenal aku sebagai seorang sweet talker. Jauh di dalam hati, aku tak tahu samada untuk menerimanya sebagai satu pujian atau sebaliknya. Matter of fact, I'm just trying to be myself, a modest person (well, not so). Despite sering menggunakan sarcasm language untuk menulis, aku cenderung untuk menggunakan ayat-ayat yang lebih sopan (tetapi disalaherti sebagai manis) ketika berbicara. Sesuatu yang sesuai mengikut rentak keberadaan suasana.

Jadi, satu hari, aku bertanyakan pada seorang perempuan yang sudah lama aku kenal, sekadar untuk bergurau, "Macam mana kalau satu hari nanti kita ditakdirkan berkahwin?"

"Why not? You're sweet," dia pandang aku, kemudian ketawa.

Pertanyaan yang pada mulanya hanya bertindak selaku soalan retorik, tiba-tiba bertukar menjadi sesuatu yang err... janggal.

"I mean, seriously?"

"Ya, no kidding. But certainly not now. We have our very own life. You have your current life, and I have mine too. Nanti mesti rasa kekok. Kan?" dia sambut diiringi senyuman kecil di bibirnya.

Giliran aku pula untuk ketawa. Well, I guess being sweet is not that bad after all.

Jumaat, 24 Jun 2011

I am not afraid to walk this world alone

Aku patut berhenti. Berhenti menunggu. Segalanya patut tamat. Apa yang telah aku mulakan, lama dahulu.

"And I'm on my knees looking for the answer"

Itu secebis lirik lagu Human oleh The Killers. Ianya sudah semakin mengarut, kerana aku saban hari tertanya-tanya. Mungkin aku pura-pura tidak melihat realiti di depan mata. Mungkin mungkin mungkin.

Wujud konflik dalam diri, tiba-tiba aku seperti mahu ketawa. Ketawakan apa atau siapa, aku tak tahu. Aku tak mahu mencarut melepaskan emosi, tambahan ketika tidak rasional begini (ironinya, aku sering mencarut ketika mampu berfikir secara rasional). Entahlah, mungkin ini tulisan seorang remaja yang celaru dengan perasaan sendiri, atau bahasa mudahnya, koya jiwang.

Aku patut padam semua tulisan lama. Bermula semula dari petak pertama seperti yang sering aku lakukan bila tiba di persimpangan mati. Kurangkan menulis, kurangkan menulis, kurangkan menulis, kurangkan bercakap, kurangkan berhalusinasi, kurangkan menulis, kurangkan menulis, kurangkan bercakap, kurangkan ketawa, kurangkan senyuman, kurangkan ketawa, kurangkan senyuman, kurangkan menulis. Dan kurangkan pengambilan gula dalam minuman.

Everything is not okay. I fucked up things lately. No, I don't wanna put the blame on other people. Ianya adalah masalah aku sendiri. Masalah yang aku sendiri cipta, yang aku sendiri cari. Aku tak mahu berbicara tentangnya dengan sesiapa. Aku terlalu bagus bila tiba perihal memendam perasaan. Dan kamu tak perlu pura-pura pedulikan aku, silakan pergi ke neraka.

You know what, aku sudah berlaku baik, malah terlalu baik kepada manusia lain. Aku perlu berhenti berbuat demikian. Jaga hati dan perasaan orang lain? Nah, big fuck.

Hahahahahahaha, aku ketawa lagi. Ketawakan apa atau siapa, aku tak tahu.

Duh, I'm not writing about love. This is just me, plain me. In denial? Mungkin juga, kamu hanya mampu meneka.

Neo-Hippie

I was browsing through Facebook just now. Stalking other people photos, notes, wall posts and comments. Hey hey, come on, everyone did just that. That's what Facebook was meant for, aite?

Melihatkan kembali wajah-wajah kenalan lama sewaktu zaman persekolahan di laman sosial ini menyebabkan aku lantas merasa rindu. Rindukan suasana kelam-kabut dan riuh-rendah bersama. Zaman di mana gelak ketawa adalah sesuatu yang wajib demi merayakan zaman muda yang penuh dengan keseronokan dan keberahian. I embrace and cherish every moment with my schoolmates.

We've known each other for too long. Panjat pagar sekolah, ponteng kelas, ponteng sekolah, dihalau kelas, bermain dan tidur di dalam makmal sains dan komputer, mencuri alatan di dalam bengkel kemahiran hidup, menconteng dinding sekolah, mengacau cikgu berak di tandas, memasukkan virus ke dalam komputer cikgu, bermain ketika perhimpunan, meniru di dalam ujian, bermain di meja makan, merempit, merakam video amatur bermain takraw dan mandi di laut, bermain Call of Duty beramai-ramai, melakukan perkara-perkara bodoh ala Jackass. Aku sudah masak dengan kerenah setiap seorang dari mereka dan mereka juga pasti mengenali aku dengan baik. Kini, kami boleh duduk semeja berjam-jam lamanya hanya sekadar untuk mengimbau kenangan lalu. Kembali ketawakan zaman remaja ketika masih mentah dengan isi dunia.

Kehidupan di kolej tak sama seperti di sekolah. Suasananya juga tidak sama. Manusianya juga tidak sama. Tetapi inilah kehidupan. I need to f-ing move on.

Satu perkara yang pasti, aku hampir tak pernah pening memikirkan perihal duit poket ketika masih bersekolah. All I have to do is go to school and learn. Simple as abc. Berlainan ketika di kolej, segalanya memerlukan wang. Dalam kadar dan amaun yang cukup merunsingkan kepala. Ish ish ish.

Dalam lamunan memori yang masih bersisa, aku terasa seperti ingin memeluk setiap seorang dari mereka dan berkata, "Thank you for being part of my life."

Tetapi berbuat demikian kedengaran sungguh gay, dalam erti kata sebenar.

Awkward Moment!

Tatkala terserempak dengan pakcik-pakcik separuh abad yang telah lama aku kenal, yang juga merangkap kenalan Ayah, mereka pasti sambut aku dengan bertanyakan soalan canggung seperti, "Tak sekolah ke harini?"

Selalunya aku akan balas ringkas, "Tak. Cuti."

"Cuti apanya. Harini kan semua orang sekolah?"

Aku ketawa dalam hati. Niat asal mahu menerangkan kepada mereka bahawa aku kini berada di tahun akhir dan hampir tamat pengajian diploma. Tetapi aku ambil keputusan untuk balas pertanyaan mereka dengan berkata, "Gangster mana pergi sekolah."

Nota hari Jumaat

Jumaat yang tenang. Aku bangun pagi dengan rutin. Gosok gigi dan cuci muka. Berjalan kaki membeli nasi lemak di hadapan rumah. Periksa peti emel. Kemaskini draf tulisan yang tertangguh. Sambil disapa nyaman pagi dan secawan kedamaian, err... maksud aku, secawan teh. Blissful morning!

Selewat mana pun aku tidur, aku pasti juga bangun awal pagi walaupun penat melawan insomnia semalaman. Ianya sudah menjadi kelaziman. Ini adalah rutin harian yang tidak pernah menjemukan. Bangun awal pagi bersama inspirasi. Merenung skrin tanpa henti sebelum mula menulis. Sunyi dan sepi dalam kubikel separa pengasingan ditemani unsur-unsur semulajadi.

Dalam menikmati vibe yang menyelesakan, kadangkala ennui pasti juga datang menjengah. Ennui oh ennui! Jadi aku teks seorang atau dua orang hanya sekadar untuk bertanya khabar. Ianya semudah menaip, "Good morning, love! Text me when you wake up."

Ya, I know. Texting them might only inviting distraction. Apatah lagi berbalas teks dengan manusia yang masih tak tahu menaip dengan sempurna. Well, if you know what I mean. Tetapi apa salahnya aku suntik sedikit chaos ke dalam kedamaian. See how it blends together.

Dalam ajaran Islam, umat Islam digalakkan mandi sunat, memotong kuku, memakai wangian sebelum berjemaah di masjid pada hari Jumaat. This is me, as a non-devout Muslim, talking about religion. Ya, whatever.

Hurm, how about getting a haircut for a start?

Rabu, 22 Jun 2011

The wine of life

I have several friends who apparently was way smarter than me. Not just that they accomplished more academically, but they seems to know themselves very well too. I mean, the ideology, the way of life, the fundamental of living and all. They are a real friend, indeed. But to my great dismay, they chose not to write.

Me? I'm writing about my daily dose of life, my personal, my circle of friends, my student life and other so-called irrelevant random things. I wrote something that might sound shitty to you. And who gives a fuck about my fucing life anyway?

Some people told me that I'm a good writer. I laughed at them, straight away. Not that I don't appreciate the compliment whatsoever but I'm way too far from being a good writer. I never claimed myself as one. Last time I checked, I never write a novel (and never attempt to). Let alone those short stories, articles and bla bla bla. Plus, I never learned how to write with proper narrative, proper structure. I messed up everything in a meaningful way.

But one thing for sure, I learned how to express myself in the form of writing. Playing around with words and sentences. Injected my writing with every bit of me. My character, personality, behavior, and philosophy of life. In fact, I'm just being honest with myself. I captured every moment of life into my writing. It's like some kind of escapism. Seize the moment, carpe diem!

Mati langkah

Bulan Jun berlaku kejam kepada aku. I can't believe I didn't have anything to write about Father's Day, or to be exact, about my father.

Tak pasti dari mana aku patut bermula. Menulis tentang payah jerih bersama atau pengorbanan atau perkongsian atau pengalaman atau harapan atau hanya sekadar menulis ucapan ringkas 'Selamat Hari Bapa' kepada Ayah.

Aku pilih untuk tidak menulis, ha ha ha!

Selasa, 21 Jun 2011

Surat cinta untuk kucing

This is so depressing. The feeling of losing someone/something that you love wholeheartedly. That meant everything to you. I couldn't help myself but feel like crying. I'm in despair. This is sadness. This is helplessness. This is the end. This is something that I know gonna happen someday.

I still remember every moment we spent together. I cherish every moment with you. Moment of joy, full with passion, love. Love love love. How could it be anything else? It was always love.

The way you look at me. The stoic expression on your face. The gentle of your touch. I love you. I love you. I love you. I wanted to say that long ago. But I never did. Because I thought you will stay forever. I thought you will never leave me alone. Oh my, please come back. I'm begging you. I'm willing to put aside my ego just for you. I promise to take good care of you. I promise to always be there for you. I will do anything. I promise. I promise. I promise. I promise.

Chill the fuck out

Pukul 5 pagi dan aku masih berjaga. Dari tengah malam membawa kepada saat aku sedang mengetik papan kekunci ketika ini, aku hanya sekadar melayan beberapa filem yang bagus di skrin. Kemudian, terlantar kebosanan cuba mencari nikmat rasa mengantuk. Selain insomnia atau bahasa kasarnya, fucked up sleeping pattern, aku juga berdepan masalah lain.

Masalah yang aku tak mahu kongsi dengan sesiapa (ironinya, dengan menulis nota ini, aku sebenarnya telahpun cuba berkongsi masalah dengan kamu semua, secara tidak langsung). Masalah kesihatan? Tak tak, bukan bukan bukan. Masalah pemakanan? Bukan juga. Masalah kewangan? No, not really. Masalah, masalah apa? Err... err... err...

Entah, aku pun tak tahu (atau sengaja tak mahu bagitau?). Ya, fuck me, whatever. Or maybe it just me. Fighting my so-called biggest war against myself, to make everything in my way vanished or simply being swept away. Maybe I should see a doctor. Tell him/her everything. To throw away the burden and shit out of me. Nahh, doctor charge is quite expensive. How am I gonna pay?

Plus, seeking an advice from a doctor sounds too pussy (pardon me, I couldn't find the right word). Ya, I might be your ignorant-bastard-soon-to-be-dying-alone but that's the truth. I mean, that's that. One more thing, seeking an advice from a friend(s) is like a suicidal move. They might be kind enough to actually get into your fucking problem, but yeah, whatever. Why am i saying that? Of course I won't tell you. Hip hip hooray!

And I asked myself again, what's the purpose of writing this piece of shit, anyway? Well, to make myself clear, I don't have the answer, either (or more like, I don't want to tell you the answer). But frankly, I believe that's idea of this whole writing. Mind you, it was never my attention to diss anyone but if you felt that way, well, seriously, do I look like I give a fuck?

Eh wait, I shouldn’t have said I dont give a fuck. In fact, I shouldn’t have said anything. Goddamnit!

Sabtu, 18 Jun 2011

Pesimis

If and only if. Persekitaran yang tidak menentu. Rasa hati bersalut kedukaan. Rasa hiba melenyapkan impian.

Aku lelah. Letih. Penat.

Mengeluh sendirian tanpa henti. Kesilapan aku dengan melibatkan diri dalam sesuatu senario yang melemaskan. Aku tahu penyudahnya bagaimana, tetapi aku masih berkeras untuk turut sama bermain.

Aku kalah. Tewas dalam percaturan sendiri. Ianya salah aku. Ya, aku lebih selesa untuk salahkan diri sendiri. I told myself to stop. Letakkan titik noktah kepada segala perkara yang telah berlaku. Tiada siapa perlu tahu. Aku tak tahu mengapa aku begitu bodoh untuk tidak mempercayai realiti di depan mata.

Aku luahkan segalanya di atas kanvas tulisan. Aku benar-benar menyerah kalah.

Patah balik

Slowly, I'm turning back into the old me.

Aku sudah semakin kerap menulis nota-nota pseudo-esentrik yang err... kelakar. Dengan ditemani ayat celupar dan lepas bebas, iaitu sesuatu yang sudah sudah lama aku tidak lakukan.

Ahhh, terasa ingin mencarut. Fuck!

Khamis, 16 Jun 2011

Ennui

"Jom lah. Jom lah," Haikal merengek-rengek minta aku temankan dia ke padang permainan di hadapan rumah.

Aku jenguk ke luar tingkap. Mujur cuaca redup, matahari juga tidak begitu garang memancar. Waktu pra senja dan pasca tengahari begini memang menjadi kegemaran Haikal untuk bermain bersama-sama Ihsaan di luar rumah. Punbegitu, kadangkala timbul kerisauan tatkala melepaskan mereka bermain tanpa pengawasan di luar. Apatah lagi, saban hari menatap berita kegilaan, keganasan dan kebobrokan yang berlaku terhadap si kecil yang tidak berdosa. Berita kurang enak mengguris hatiku yang juga mempunyai adik yang masih kecil seperti Haikal.

Ketika mata mengintai ke arah luar rumah, aku perhatikan kelibat riang kanak-kanak berlari serata padang. Terdapat juga sekumpulan orang dewasa sedang bermain bola sepak. Haikal dan Ihsaan awal-awal lagi sudah berlari meninggalkan aku di belakang. Padang ini adalah ruang eskapis bagi anak-anak kecil, barangkali. Padang permainan ini tidak banyak berubah, hampir sama seperti 12 tahun lalu ketika aku mula berpindah masuk ke sini. Antara sebab utama Ayah membeli rumah ini adalah kerana kedudukannya yang bertentangan dan menghadap padang permainan.

Ayah tidak gemarkan deretan rumah teres menghadap satu sama lain yang tersusun seperti blok sel penjara. Dalam perkiraannya, lebih baik menghadap kehijauan daripada menghadap sesetengah manusia yang menjengkelkan. Ternyata aku juga berkongsi pegangan yang sama seperti Ayah. Aku secara peribadi, tidak begitu menggemari hidup berjirankan sesuatu kaum dominan secara total (aku ambil masyarakat Melayu, khususnya). Kerana masyarakat Melayu, seperti kita sedia maklum, sesetengahnya suka menjaga tepi kain manusia lain dan tambah menyakitkan hati, mereka berperangai holier than thou. Pada zaman kini yang semakin menghambat nilai individualistik, aku percaya konsep bermasyarakat tidak hanya terikat pada dogma hidup berjiran dan pergaulan setempat sahaja.

Sementara memerhatikan mereka berdua bermain, aku pilih untuk membunuh masa terluang dengan menulis nota halimunan di dalam kepala. Itu sebelum aku dipelawa seorang manusia asing untuk bermain bola sepak bersama-sama, "Dik, jom lah main sekali,"

Aku seraya tersenyum memandangnya lalu mengangkat tangan yang memberi isyarat jelas, "Eh takpe, takpe."

Aku tolak pelawaan itu atas sebab mudah ; malas. Aku tak begitu berselera untuk menerbitkan peluh ketika langit semakin beransur malap. Lagi satu, err... dik? Hey, I'm turning 20 this November!

Sweetest girl (4)

"Name me one place you wish we could go together someday," si dia tanya padaku.

Aku tak pernah beritahu si dia betapa aku sukakan soalan-soalan rawak yang sering terbit dari mulutnya. Seperti tempoh hari, dia bertanyakan padaku, "Awak pilih syurga ke neraka?"

Aku ketawa mendengar soalan itu. I mean, seriously, what kind of question was that? Difikirkan dengan logik akal, sudah tentu jawapan yang munasabah adalah syurga (walaupun pilihan mutlak terletak di tangan Tuhan sebenarnya). Dengan seribu satu macam janji kenikmatan, kebahagiaan, keseronokan dan kegembiraan yang bakal penghuninya rasai. Tetapi dengan harapan untuk berlaku esentrik dan koya 'deep', aku balas ringkas, "Neraka."

Giliran si dia untuk ketawakan aku. Lantas dia soal aku semula, "Kenapa? Kenapa pilih neraka?"

Soalan itu terabai tanpa jawapan. Bak kata Jean-Paul Sartre, "L'enfer, c'est les autres", atau mudahnya, "Neraka adalah orang lain."

Berbalik kepada soalan si dia awal tadi, aku balas, "Stadium."

"Dalam banyak-banyak tempat, kenapa pilih stadium? Apasal tak pilih pulau ke, pantai ke. Something which is more romantic," dia sambut.

"Awak bayangkan di stadium, kita berdua khayal dalam dunia sendiri. Dengan tidak menghiraukan keberadaan manusia lain walaupun kita dikelilingi lautan manusia. Bagi saya, itu sesuatu yang romantik," aku terang panjang lebar.

Sudah tentu aku hanya bergurau. Romantik apa kejadahnya dikelilingi manusia gasar yang bersorak kebingitan. Definisi romantik aku adalah sesuatu yang bersifat err... romantik.

Sekali lagi, dia hanya tertawa tatkala mendengar jawapanku. Gelak tawanya tak pernah menjemukan aku. "Oh that's so sweet of you," dia kata.

"Hey, itu ayat saya!" aku balas sambil tertawa kecil.

Selasa, 14 Jun 2011

Epilog

I just don't feel like writing anymore. Kehilangan seseorang yang penting dalam hidup, membuatkan aku terasa kehilangan untuk seketika.

Masih ingat Si Gadis? She's gone, for real.

Dan aku sudah putuskan, aku tak patut menulis tentang Si Gadis lagi.

So-called confession (8)

She asked me, "Kenapa kau suka sangat dengan Si Gadis?"

The question came from Si Gadis herself. I responded with, "Entah."

It's not like I don't have the answer, but I tend to keep it to myself, and myself only. And to be honest, I just don't feel like telling anyone else.

"Apakah Cinta memerlukan sebab? Tidak sama sekali."

Sekurang-kurangnya itu yang aku percaya.

Ucapan dari Hati

Melihat wajah Haikal, aku tak pernah merasai kekurangan kasih sayang. Senyuman dan gelak tawa yang tidak pernah menjemukan.

Apakah ada lagi Cinta semacam ini?

Ahad, 12 Jun 2011

Nota ringkas

Aku sudah selesai menulis sebuah cerpen. Cerpen maha naif dan jatuh taraf memalukan. Cincai ikut suka, copy paste sana sini dan terpaksa gali semula arkib tulisan lama.

Kalau ada rezeki, cerpen aku mungkin tersiar. Kalau tak tersiar, aku okay je. Lagipun aku cuba-cuba menulis cerpen sekadar untuk membunuh masa senggang. Bosan kau tahu?

Tarikh akhir untuk menghantar cerpen adalah pada 15 Jun. "Rileks lah," aku bisik pada diri sendiri. Poyo kalau hantar awal-awal, sedangkan assignment pun selalu hantar saat akhir. Kadangkala aku seperti mahu menulis cerpen yang baru, lebih bagus. Tetapi sempat ke? Tika menulis ini, tarikh sudah pun 12 Jun.

Mestilah sempat. Dengan kemahiran menaip pantas dan otak bergeliga, sudah tentu ianya kombinasi ideal. Ya aku tahu, sila cemburukan genius fuck seperti aku ini.

Period.

Sabtu, 11 Jun 2011

Nota Rawak (8)

Ada sesetengah tulisan yang tak pernah aku beri sesiapa pun baca. Kiranya, sendiri tulis, sendiri baca. Malu. Entah apa yang nak dimalukan, aku pun tak pasti. Eh, haruslah malu kerana aku juga manusia biasa. Atau mungkin perkataan malu kurang sesuai, barangkali.

Segan. Hurm, segan kedengaran lebih baik.

Well, anyway, ada juga tulisan yang aku beri manusia lain baca sebenarnya. Kemudian, aku menyesal tak sudah. Tak tak, bukan kerana mereka ketawakan aku atau apa tetapi kerana mereka telah mengetahui isi hati aku melalui tulisan (oh Tuhan, ini cuma andaian). Ada sesetengah perkara yang patut dipendamkan atau dirahsiakan dari pengetahuan sesiapa namun bila difikirkan semula, mahu berahsia sampai bila? Sampai masuk ke dalam lubang kubur? Koya misteri!

Tapi nak buat macam mana, benda dah jadi, aku dah beri mereka baca pun. Menyesal pun tak guna. Jadi dengan sedikit penyesalan yang berbekas, aku teruskan menulis.

Tetapi ada manusia takut dituduh narsis. Macam aku, mengaku terus aku memang narsis (walaupun takde lah narsis mana pun, poyo lebih). Maksud aku, siapa yang tak suka diri dan tulisan sendiri? Walaupun aku teruk (mengaku awal-awal) tetapi sudah tentu aku ada rasa cinta pada diri sendiri. Aku tahu, bunyi macam mengarut. Ya whatever.

Aku, pung pang je lebih. Takde lah pandai sangat. Beli buku itu ini, download e-book bersepah-sepah tetapi haram tak sentuh langsung. Kebanyakan pseudo-intellect, baca dua tiga mukasurat buku, lepas tu tulis review dalam laman web Goodreads. Sewaktu menulis review, perghh, semua nak tunjuk pandai. Ye lah, dah masuk laman web yang bagus, mestilah tunjuk sedikit kecerdikan. Ayat kalau berbelit dan ada nilai istilah falsafah maha jargon lagi bagus.

Bulan Jun, aku kurang produktif. Biasalah, sedang bercuti semester. Nak menulis pun malas. Setiap hari rasa macam nak jumpa/call orang, ajak bersembang. Tetapi duit pula takde. Jadi kadang-kadang, bersembang dengan diri sendiri. Ya whatever.

Xoxo, much love.

Jumaat, 10 Jun 2011

So-called confession (7)

She teased me, "You're so in love with her, right?"

I chuckled and frankly, couldn't say a word. I mean, how could it be anyone else except her? It was her all over my mind.

Rabu, 8 Jun 2011

So-called confession (6)

Seorang kawan telah berpesan kepada aku, "You should go for it. Kalau kena tolak, itu belakang kira. Yang penting kau cuba."

Jadi aku tulis sesuatu. Sebuah cerita serba naif tanpa plot dan naratif yang betul. Segala-galanya kelihatan seperti tergesa-gesa. Tiada hujung pangkal, semuanya hentam ikut suka. Rojak serojak-rojaknya.

"Takpe, ini cubaan pertama," aku pujuk diri sendiri.

Let alone

Some people asked me if I'm planning to further my studies in the future.

"I don't know," was my answer.

They think that I might not be able to compete and survive with just a plain diploma scroll. Ya, having degree scroll sounds good, I mean real good but...

"I don't know," was my answer, again.

Sabtu, 4 Jun 2011

Yawning

Teks Jumaat oh maaf khutbah Jumaat, ianya total membosankan. Aku hanya duduk bersila termangu mendengar lafaz-lafaz menyentuh perihal keagamaan yang dipersembahkan dengan nada maha mendatar. Tak tak, membosankan bukan kerana ianya tentang keagamaan. Namun ia membosankan kerana khatib di hadapan secara harfiahnya, hanya sekadar membaca teks. Faham maksud aku? Hanya sekadar membaca teks yang telah siap disusun setebal tiga atau empat muka surat, mungkin.

Aku (dan sesetengah kamu) pernah berhadapan situasi ini. Menempuh kebosanan menadah telinga ketika rakan sekelas diminta membaca sesuatu petikan di dalam buku oleh guru. Serius, kamu pasti tak akan ambil perhatian.

What? I'm just saying.

Jumaat, 3 Jun 2011

Commercialization (2)

Menyelak perlahan helaian majalah editorial dan halaman penuh memaparkan wanita bersalut kosmetik komersil, aku lantas menguap dan dibuai rasa mengantuk. Artikel-artikel panjang yang membosankan dan juga kolum-kolum yang, well I must say, pretty annoying. Aku tak akan bazirkan wang dengan membeli majalah sedemikian. But it happened to be at my desk out of nowhere. Jadi didorong rasa ingin tahu, aku ambil dan mula membaca. Hey curious much, no?

Lalu aku tiba pada ruangan bacaan horoskop. Ruangan paling tak masuk akal dan langsung jatuh pada tahap tidak relevan. Maksud aku, siapa yang sanggup buang lima minit untuk baca sesuatu yang mengarut?

Well, turned out that person is... me.

Aku lahir pada bulan November, bulan di mana musim cuti panjang persekolahan sering bermula. Bulan di mana cuti semester sering bermula, atau bakal bermula. Jadi, apa kaitan dan signifikannya dengan bacaan horoskop? I don’t know either. Lahir pada bulan November bermakna horoskop aku jatuh pada zodiak Scorpio. Menurut bacaan tersebut tentang cinta, aku harus mencipta sesuatu yang romantis untuk si dia (like I’ve never done that before!). Manakala status kewangan masih stabil, namun perlu bijak berbelanja. Now here’s the funny part, menurutnya lagi, PMS akan mengganggu status kesihatan aku. Seriously, PMS?

O rly? Nahh, I don’t think so. Ha ha ha!

(I Wrote This For You)

Last night while we were texting, she came up with kinda stupid suggestion. She suggested that I should find a err... no, I won’t tell you what it is. For heaven’s sake, I couldn’t say a fucking word because that’s just the way she... I mean, that’s just her!

No wonder I’m still able to smile. ;-)

Rabu, 1 Jun 2011

Mirror: Reflecting on Yourself (3)

Aku ketawa sendirian bila mendengar Aiman beri alasan kepada Ayah. Alasan yang sama seperti aku gunakan untuk membela diri selepas melakukan kesalahan, satu ketika dahulu. Alasan yang err... too good to be true.

Aku kenal Aiman, adik kandung sendiri. Segala muslihat dan tipu helahnya aku sudah hadam. Dia sedang melalui fasa-fasa peralihan dari zaman kanak-kanak menuju keremajaan. Tempoh peralihan yang begitu manis dan membawa begitu banyak limpahan permainan emosi seperti suka, duka, gembira, kecewa dan sudah tentu membabitkan cinta, ya cinta. Ianya okay untuk menjadi sedikit lepas bebas kerana dari situ dia mampu melihat sisi kehidupan dan menilai baik buruk sesuatu perkara. Dan menjadi tanggungjawab aku untuk menasihati dan mengawasinya sepanjang tempoh peralihan itu. Mengongkongnya tak akan memberi sebarang kebaikan.

Anak muda cenderung untuk memberontak walaupun asas pemberontakan mereka begitu rapuh, boleh dipertikaikan dan layak diketawakan. Atas sebab itu, aku sifar empati dan sering ketawa ketika menatap berita remaja melarikan diri dari rumah kerana asas tindak-tanduk mereka sungguh kelakar. Kelakar, dalam erti kata sebenar! Anak muda yang gagal adalah mereka yang terperap di dalam rumah 24/7, pseudo-depresi menoreh lengan sendiri, koya jiwa kacau dll. Demi Tuhan, mereka mempunyai segalanya sedia terbentang di hadapan, and yet they’ve wasted it just like that. Pheww.

What else can I say? I have been through that phases too, remember?

Genius fuck

Selaku manusia yang penuh dengan nilai sinikal dan sarkastik (serta mahir ilmu trolling dan loyar buruk), aku sudah terlalu lama tidak terlibat dalam mana-mana argument dengan manusia di dalam blogosfera ini. Aku hanya menulis dan menulis dan menulis tanpa mempedulikan manusia lain yang turut berlegar di dalam blogosfera yang sama. Selain dari menjadi pemerhati dari jauh yang tegar, aku juga lebih senang untuk menjaga tepi kain sendiri. Oh okay, dalam kes ini, jaga tepi seluar sendiri.

Melibatkan diri ke dalam sesebuah argument adalah melecehkan, malah terkesan membosankan. You have your fucking opinion, so do I. Jadi?

Aku tak pernah memaksa sesiapa tunduk bersetuju dengan pendapat aku. Jika kamu tak sependapat dengan aku, be my guest. But I would still love to listen to your thought, anyway. Aku merayakan perbezaan dan tidak terlalu terdesak untuk mempengaruhi manusia lain. Sesetengah begitu defensif mempertahankan pendapat mereka atau mudahnya, tak mahu mengalah. Hey, chillax-lah!

Aku cuma manusia rawak yang cuba mengacah dan menggoncang pendapat mereka, yakni sesuatu yang mereka percaya. Jika kamu mahu mempersenda dan mempermainkan pendapat aku, go ahead, aku tak pernah peduli. Aku mungkin genius fuck yang begitu tebal rasa percaya kepada diri sendiri. Ya ya, atau mungkin dirasuk roh self-possessed. Whichever comes first.