Jumaat, 30 Januari 2015
Ruang-ruang eksploitasi
"Writers will always win," aku kata kepada FS sewaktu kami berada di sebuah kedai buku pada hujung minggu lepas.
Apparently, her jomlah-masuk-kejap-tengok-apa-yang-menarik makes us stuck here for almost half an hour. Aku melompat dari satu seksyen ke satu seksyen yang lain; sekadar membelek tanpa terlintas niat untuk membeli.
"Kenapa?" FS balas, dengan masih lagi sibuk membaca sebuah novel bahasa Melayu di tangannya.
"Because they write their own stories," aku sambut. "Which is, believe me, far too often one-sided."
Aku percaya setiap penulis ada kebebasan mutlak untuk mengolah tulisan mengikut acuan yang dikehendaki, sambil menggunakan peluang yang ada untuk mengheret dan mempengaruhi persepsi pembaca, secara sedar ataupun tidak sedar. Jika aku mahu memperdaya pembaca dengan menzahirkan aku sebagai seorang yang, let's say, romantis, maka aku cuma perlu membawa karakter diri ini ke arah itu.
Ia kerja mudah, kerana dalam kepala aku ada ratusan imaginasi dan situasi untuk menampung keperluan ini. Dan faktor paling penting yang memungkinkan ini berlaku adalah: readers are clueless.
Don't get me wrong. They're not stupid, but just plain clueless.
6:41PM Friday 30 January 2015
Selasa, 27 Januari 2015
Ruang-ruang vulnerability
Saya ada hidup yang tidak ramai orang tahu. Saya ada zaman kanak-kanak, yang jika dirungkai satu persatu, akan membawa kamu dengan diri saya yang sebenar. Saya ada kawan-kawan yang keluarga saya sendiri tidak pernah ketemu. Saya ada beratus-ratus personaliti asing bergantung dengan siapa saya berhadapan.
I'm good at keeping things to myself.
Sama seperti manusia lain, saya gemar berborak. Atau dalam kebanyakan kes, mendengar orang berborak. Kerana dalam setiap butir bicara, saya percaya terselit paling kurang sedikit, jika tidak banyak, kejujuran dan peribadi penutur. Ini berbunyi macam andaian. Yes, it is. Tetapi andaian ini berpandu kepada dalil-dalil empirikal dan pengalaman kendiri.
Saya kurang pasti kenapa. Tetapi saya tidak mampu untuk berkongsi. Bukan saya tidak cuba, malah saya cuba bersungguh-sungguh. Untuk buktikan bahawa saya cuma manusia biasa yang melihatkan sebarang perkongsian dengan manusia lain adalah ibarat sebuah jambatan menghubungkan dua jiwa.
Apabila memulakan hubungan dengan mana-mana perempuan, sama juga, it will soon fall apart. Mengapa perlu berkongsi? What if she's not the one? Don't I look silly telling her everything about me, my life, my past and all, when we could just as easily become strangers with memories the very next day.
Sabtu, 24 Januari 2015
There's a light at the end of tunnel
I will not be damned. I will survive. I will be better. Thank you God. For everything.
Jumaat, 23 Januari 2015
Khamis, 22 Januari 2015
Get your lying ass outta here
Bila kau ada kawan-kawan yang bazirkan begitu banyak masa merayau-rayau di internet, dan kemudian pura-pura tak tahu kau menulis blog yang sudah berusia hampir 6 tahun, don't ever believe them.
Push it to the limit
I only got two hours of sleep last night. Dan aku harungi jam-jam selepas bangun daripada tidur dengan sakit kepala, mata pedih dan rasa mahu muntah.
But I still managed to get through the day. Dengan sebentar tadi aku sempat keluar minum petang dengan kawan-kawan, dan kurang dua jam lagi, aku akan keluar makan malam pula dengan wajah-wajah yang sama.
Aku sentiasa ada pilihan untuk berehat di rumah, dan abaikan segalanya, but I'd rather not. Why the need to be involved in everything, I asked myself.
I honestly don't know why.
Ahad, 18 Januari 2015
Trying hard to keep up
Aku pulang dari tempat kerja pada waktu tengah hari, periksa telefon dan kemudian dapati ada beberapa pesanan teks dan panggilan tidak dijawab daripada kawan-kawan.
I said gimme five minutes, I'm on my way.
Dan aku habiskan petang Sabtu aku dengan beberapa siri menunggu, melepak, menunggu, berborak, makan tengah hari, menunggu, melepak, minum petang, karaoke dsbnya.
Dan aku pulang semula ke rumah dengan kepala berat, dan mata aku seperti mahu pejam untuk seribu tahun lagi. Sure, I can do this all day long, but still, energi aku tidak lagi sama seperti sewaktu berusia belasan tahun.
Khamis, 15 Januari 2015
Unfinished; I'm off to bed now
Aku baca kembali tulisan-tulisan lama dalam simpanan, dan aku putuskan, "No, I can't go down that road, ever again."
Aku temui keseronokan dalam fiksyen. Kerana ia adalah dunia yang penuh dengan segala kemungkinan. Tak ada batas realiti yang perlu aku jaga. Tak ada tembok imaginasi yang perlu aku hirau. Kerana atas tiket fiksyen, tak ada apa yang mustahil.
Namun fiksyen buatkan aku larut dalam dunia sendiri. Dan dalam pada aku menidakkan realiti sedia ada, imaginasi yang aku bina selama ini mulai runtuh perlahan-lahan. Aku perasan ini sewaktu aku menulis sesuatu yang berkait rapat dengan diri, ia tidak dapat lari daripada bergelumang dengan bibit-bibit negatif.
Aku jadi semacam curiga dengan Dunia. Aku ragu-ragu dengan perancangan Tuhan. Aku jadi skeptik dengan tindak-tanduk manusia-manusia asing.
And that's when my writing starting to reek of desperation and alienation.
Glimpses of my childish Self
"Lepas mandi selalunya you buat apa?" aku tanya FS.
"Me?" FS soal aku semula. "Lap badan. Keringkan rambut. Put on clothes."
"Exactly. That's what I thought," aku sambut. "But last week, I went home early from work. I don't know why, all of a sudden, I rasa macam ada yang tak kena. So I took a bath."
"Lepas tu?"
"Three."
Yup, I know. I'm an idiot.
Yup, I know. I'm an idiot.
Rabu, 14 Januari 2015
Ended up going out for a drink
"Let's go running," tertera di skrin telefon aku, pesanan teks daripada FS.
"I can't," aku taip. "I have no clean clothes."
"Bla bla bla..." FS bidas. "Pakai jelah baju semalam. Tak payah mengada-ngada."
Kali ini aku tahu aku tidak dapat lari daripada pelawaan yang bakal buatkan aku tercungap-cungap seperti anjing gila di trek larian.
"I can't," maka jalan terakhir adalah dengan berterus-terang. "Because I don't want to."
Macam tak percaya Kejujuran mampu tarik aku keluar daripada masalah. So... simple.
Isnin, 12 Januari 2015
Hedonist mabok
Kata seorang kawan, dugaan seorang lelaki datang dalam bentuk arak, judi, dadah dan perempuan. Dan semua orang tahu tunjang yang memungkinkan semua ini; duit. Namun untuk menyalahkan duit atas ketidakupayaan kendiri untuk mengawal punai, keinginan, kehendak, emosi, dan nafsu, bukanlah satu tindakan yang bijak.
Lewat bulan lepas, kami duduk di meja makan, berbual tentang masa depan. Masing-masing terpaksa mengakui bahawa menguruskan kewangan dan simpanan merupakan satu kerja yang memerlukan disiplin tinggi.
"Maybe it's time to act our age. And for us to change."
Aku ketawa macam orang gila, kerana luahan ini datang dari dua orang kawan rapat yang telah aku kenali selama lebih kurang sepuluh tahun. Yang sama-sama melakukan kerja-kerja dosa, gila, dan tidak masuk akal dengan aku. On a scale of one to ten, I'm sure we are a strong eight for being a Satan.
Exactly twenty-two months from now I'll be 25. Aku sedang mencuba sedaya-upaya untuk membeli sebuah rumah sebelum mencecah umur dua puluh lima tahun. Jika aku gagal dalam proses ini, maka benarlah kata orang, dunia memang tidak pernah adil.
"Maybe it's time to act our age. And for us to change."
Aku ketawa macam orang gila, kerana luahan ini datang dari dua orang kawan rapat yang telah aku kenali selama lebih kurang sepuluh tahun. Yang sama-sama melakukan kerja-kerja dosa, gila, dan tidak masuk akal dengan aku. On a scale of one to ten, I'm sure we are a strong eight for being a Satan.
Exactly twenty-two months from now I'll be 25. Aku sedang mencuba sedaya-upaya untuk membeli sebuah rumah sebelum mencecah umur dua puluh lima tahun. Jika aku gagal dalam proses ini, maka benarlah kata orang, dunia memang tidak pernah adil.
I kid, of course. Tetapi untuk mempunyai matlamat yang perlu dicapai dalam tempoh kurang dari dua tahun, menimbulkan sedikit rasa lega dalam hati. At least now I know what I'm going to do with my money.
Although based on my current spending habits, aku sendiri menaruh ragu terhadap cita-cita murni ini.
Selasa, 6 Januari 2015
But still, thank you.
Aku berhenti ambil peduli berapa ramai yang masih tekun membaca tulisan-tulisan aku. It doesn't matter anymore. Because getting published or not, I'm still here after all.
Isnin, 5 Januari 2015
Hold on, we're going places.
Aku balik kerja pukul satu tiga puluh petang, makan dengan tergesa-gesa, kemudian pandu kereta macam orang gila menuju kaunter tiket, sebelum tersedar aku terlewat sepuluh minit untuk feri pukul dua petang. Mahu tak mahu, terpaksa menunggu selama sejam untuk perjalanan seterusnya.
Badan aku letih, mata aku mengantuk, dan perut aku buat hal. I could have just stayed home, dan habiskan Sabtu aku dengan tidur petang, atau tonton ulangan siri tivi, atau dengan tidak berbuat apa-apa.
But I took the high road, demi memastikan sebuah konstruk persahabatan berfungsi.
Kali terakhir aku ke Pulau Pangkor adalah lama dahulu. Lebih tepat lagi, ketika aku masih darjah satu. Aneh juga, kerana suasana dan hawa persekitaran di sini langsung tidak membangkitkan memori-memori lama. Menjadikan kunjungan ini tak ubah seperti kali pertama.
Jika kamu berhajat untuk menikmati air laut jernih biru kehijauan, atau menyelam ke dasar lautan yang cantik, then you'll likely be disappointed. Kerana ia hanya boleh didapati dengan membayar harga tinggi dan terhad di beberapa lokasi.
Tetapi bukan itu tujuan aku datang ke sini. Untuk dapat membenamkan kaki aku ke dalam pasir putih pantai, mendengar deruan ombak, melihat matahari terbenam di ufuk barat, dan bersiar-siar bersama kawan-kawan rapat, itu sudah lebih daripada cukup.
But I took the high road, demi memastikan sebuah konstruk persahabatan berfungsi.
Kali terakhir aku ke Pulau Pangkor adalah lama dahulu. Lebih tepat lagi, ketika aku masih darjah satu. Aneh juga, kerana suasana dan hawa persekitaran di sini langsung tidak membangkitkan memori-memori lama. Menjadikan kunjungan ini tak ubah seperti kali pertama.
Jika kamu berhajat untuk menikmati air laut jernih biru kehijauan, atau menyelam ke dasar lautan yang cantik, then you'll likely be disappointed. Kerana ia hanya boleh didapati dengan membayar harga tinggi dan terhad di beberapa lokasi.
Tetapi bukan itu tujuan aku datang ke sini. Untuk dapat membenamkan kaki aku ke dalam pasir putih pantai, mendengar deruan ombak, melihat matahari terbenam di ufuk barat, dan bersiar-siar bersama kawan-kawan rapat, itu sudah lebih daripada cukup.
5:50PM Isnin 05 Januari 2015
Khamis, 1 Januari 2015
Mencari alegori
Aku cuba untuk mulakan tahun baru dengan penuh keyakinan. Dan keberanian.
Sambil beranggapan bahawa hidup ini tidak lebih sekadar pengalaman menaiki roller coaster - yang menyebabkan aku terhuyung-hayang dan membuatkan aku bergelut untuk kekal sober - walhal pada hakikatnya, ia sesuatu yang tiada apa-apa. Mengapa perlu khuatir sedangkan aku dilengkapi tali pinggang keledar?
But I know I'm still fucked up either way. Because I'm afraid of heights.
Langgan:
Catatan (Atom)


