Khamis, 30 Disember 2010

Nota orang lapar

Aku ada harapan yang tinggi terhadap makanan. Selain boleh bagi kenyang, rasa itu jauh lebih penting! Walaupun aku boleh tibai makanan tak sedap berpinggan-pinggan, ini tak bermakna aku mengabaikan kepentingan rasa.

Di tempat aku, terus terang aku cakap, nasi ayam di kebanyakan restoran memang hampeh. Nasinya tak lembut dan tiada tekstur. Supnya pula umpama air laut, masin nak mampus. Manakala ayamnya kering kontang, tidak berjus. Kadangkala, dalam makanan, kesederhanaan lebih baik. Just nais bak kata orang putih. Daripada mencuba terlalu keras, lebih baik bersederhana. Sekurang-kurangnya duit aku tak dilaburkan ke arah sesuatu yang gampang (termasuk juga di dalam kategori sesuatu yang gampang ini ialah prepaid top-up. Just so you know). Malah hingga kini, aku tak ketemu lagi nasi ayam yang benar-benar memuaskan nafsu makan aku. Semuanya so-so.

Beralih pula kepada nasi lemak, di tempat aku nasi lemaknya boleh tahan. Cukup sifat untuk digelar nasi lemak. Ada timun, telur rebus, kacang, ikan bilis dan sambal yang tak terlalu pedas, tak terlalu manis. Dan nasinya juga bagus sekali. Dari awal pagi hinggalah membawa kepada tengah malam, nasi lemak dijual merata-rata. Itupun kalau kamu pandai cari lah. Walaupun isi bungkusan nasi lemak boleh dipertikaikan (nasi lemak hanya sebesar penumbuk), tetapi padanlah dengan harganya yang murah.

Cuma satu perkara yang buat aku marah ialah nasi goreng kampung. Kebanyakan restoran yang aku kunjungi sudah sesat, songsang. Nasi goreng kampung yang selalu dihidangkan kepada aku sudah terpesong keluar dari mazhab asal. Ianya berdosa dari segi hukum makanan untuk mencampurkan bahan-bahan seperti sosej, nugget, tomato (tomato? You gotta be kidding me!) ke dalam nasi goreng kampung. Nasi goreng kampung sebenar tidak mengada-ngada. Cukup sekadar hidangan ringkas yang membangkit nostalgia bau-bauan sambal belacan dan ramuan asal. Ini tidak, nasi goreng kampung tiba-tiba bertukar nasi goreng cacamarba. Campur entah apa-apa hingga aku terpaksa menguis bahan-bahan tersebut di dalam pinggan hanya sekadar untuk mencari sesuap nasi.

Ahh, laparnya.

Hiperbola songsang

Serius, aku ada perasaan yang kuat mengatakan betapa ramai manusia yang membaca tulisan aku. Ini bukan aku tersampuk Hubris atau apa. This is me, being myself.

Tetapi skop tulisan aku kecil. Aku tahu itu. Aku hanya menulis tentang persekitaran aku, orang sekeliling aku dan paling utama, tentang diri aku (yang kebetulan, mungkin membosankan bagi sesetengah kamu). Dan tak lupa juga, beberapa perkara mengarut yang aku tulis bila pintu ennui mula terbuka.

Kerana itu, mereka (ya, termasuklah kamu yang sedang membaca ini) jarang/tak pernah/tak peduli untuk tinggalkan sebarang komentar di setiap tulisan aku.

Kefahaman kamu tak pernah penting bagi aku. Malah, terkesan aku tak peduli jika kamu tak faham sepatah haram tatkala membaca tulisan aku. Aku tidur bertemankan selimut imaginasi, kamu tahu. Jadi, aku selalu bermimpi indah yang kamu semua faham apa yang aku tulis.

Aku tarik tirai agoni. Aku panjat tangga demi tangga sebelum rebahkan badan di atas kamar utopia. Aku tidur nyenyak dibuai perasaan puas.

Rabu, 29 Disember 2010

This makes sense somehow

Lama dahulu, aku tolak (secara metaforikal) seorang Gadis. Atas sebab mudah, wajahnya aku kurang berkenan (I refuse to use the word ugly).

Dan kemudian, ada seseorang nasihatkan aku, "Apa yang ada pada wajah? Yang penting ialah hati. Dalaman bukan luaran."

"Ya, itu aku tahu," aku sambut, "tetapi perkara pertama aku akan nampak tiap kali bangun dari tidur adalah wajahnya. Bukan hati."

Selasa, 28 Disember 2010

Cinta pada si kecil.

Aku cubit pipi kecilnya.

Dia senyum. Menampakkan baris atas gigi, yang tiada.

Aku tanya, "Mana gigi?"

Dia balas, "Gigi tak ada"

"Tak ada? Pergi mana?"

"Gigi patah la"

"Haa, itu la," aku kata, "makan gula-gula lagi"

"Takpe la," dia balas, "nanti gigi boleh tumbuh balik," sambil tersenyum, menampakkan baris atas gigi, yang tiada.

Irony

I get the idea of you wanting to be inspired. I enjoy being inspired. But there’s something about people that only post cool shit that other people say. Goddammit, don’t you have any cool shit of your own? …at a certain point in time I need you to say something too.”
— Joe Rogan

Tempias

Hujan basah, nampak dalam kamu.
Aku tenung, muncul berahi aku.

Isnin, 27 Disember 2010

Nota Rawak (3)

Sesetengah perkara, hanya perlukan repetition. Tak perlu formula baru. Tak perlu ubah sana sini. Hanya sekadar perlukan sedikit kosmetik untuk touch up mana-mana bahagian yang patut agar tidak membosankan atau kelihatan pudar.

Aku bagi contoh mudah, Taylor Swift. Sejak pertama kali aku mendengar single keduanya iaitu Teardrops on My Guitar hingga membawa kepada lagu terbarunya Mine (correct me if i'm wrong), tona suara, irama, sususan, komposisi lagunya hampir serupa. Mendatar, flat, boring. No elevation nor depression. Kebanyakan lagunya masih berlegar dalam nuansa komposisi dan sususan yang sama, cuma liriknya yang bertukar, berbeza-beza. Namun atas faktor itu dan menggunakan formula yang sama, dia muncul salah seorang penyanyi country pop yang terkenal.

Hal ini juga dimengerti oleh Barca (musik dan bola adalah dua perkara berbeza tapi kita masih di dalam konteks yang sama). Kalau kamu perasan, rangkaian serangan Barca selalunya bermula sama ada dari Xavi, Iniesta ataupun Messi. Pedulikan formasi permainan Barca (remember Tiki Taka?). Yang pasti, formula 3 serangkai ini sama saja peranannya. Mengatur gerak, merencanakan permainan, menerobos pertahanan. Pasukan lawan tahu akan hal ini. Jika 3 pemain ini dibiar berkeliaran bebas di atas padang, alamatnya kenduri gol pasti berlaku. But still, mereka masih tak ketemu jawapan untuk menghalangnya.

Berbalik kepada musik (dan kita lupakan perihal repetition whatsoever), aku masih tak mampu hadam album pertama dan kelima Radiohead (Pablo Honey dan Amnesiac). Aku tak pasti puncanya tetapi aku tetap gilai album kedua dan ketiga mereka (The Bends dan Ok Computer). The Bends punyai vibe 90-an yang kuat. Sentiasa menginjak-injak memori aku dan nostalgia bunyian kasar circa 90-an (maaf, ini mungkin pengaruh Nirvana). Manakalah Ok Computer tak menjemukan. Aku mampu luangkan seharian bernyanyi-nyanyi riang bersama keseluruhan 12 lagu di dalamnya. Album ini aku kira, meninggalkan pengaruh 90-an di belakang. Terkesan digantikan dengan sedikit bunyian janaan elektronik yang dicampur sana sini. Petikan solo gitar Jonny juga lebih mudah diingati.

Beralih kepada skop musik yang lebih kecil, niche market, yakni scene musik tempatan. Aku pilih Butterfingers. Kalaupun kamu tak berminat dengan band ini, sekurang-kurangnya pasti kamu pernah dengar nama Butterfingers. Bagi aku, album ketiga mereka Transcendence adalah album terbaik mereka setakat ini. Malah aku anggap lagu Mermaids (Fair-God & Stone Faces) dari album ini adalah lagu terbaik aku pernah dengar, barangkali. Bunyian dari album pertama dan kedua (1.2 Milligrams dan Butter Worth Pushful) mungkin diselaputi bunyian grunge mentah yang sangat tebal. Jauh berbeza dengan album kelima Selamat Tingga Dunia dan terakhir, album Kembali.

Ahh, aku suka menulis nota rawak.

Nota seorang kawan lama

Aku berselisih dengan seorang kawan lama di atas jalanraya. Aku amati dalam-dalam mukanya dan aku patah balik. Begitu juga dia.

"Pergi mana?", aku tanya sambil menutup enjin.

"Pergi ambil adik balik tuisyen la", dia balas.

Dalam hati aku kata, cuti sekolah pun belajar ke?

Dia tanya aku, "Lu apa bikin sekarang?"

"Belajar la," aku sambut, "dekat Seri Iskandar"

Setahun lepas, aku ada berjumpa dengan dia. Kebetulan dia dalam perjalanan pulang ke KL. Tak banyak yang aku bualkan kerana aku tergesa-gesa mengejar masa ketika itu. He's been in the same class with me for two years. Lama dahulu, dia adalah schoolmate aku semasa di sekolah rendah. Serius, classmates aku ketika di Tingkatan 4 dan 5 adalah dari mereka yang gila perangainya. Kelas paling hectic, kelas kami. Attitude paling teruk, kelas kami. Result paling teruk, kelas kami juga (jangan tanya Add Math dapat berapa).

Aku teringat, aku pernah dua kali dihalau keluar dari kelas. Kali pertama oleh ustazah, atas sebab tak menyalin nota di papan putih. Kali kedua oleh guru Bahasa Melayu, dek kerana menyelinap keluar dari kelas tanpa kebenaran. Itu belum lagi halnya di makmal dan bengkel. Bagaimana kami memasukkan virus ke dalam komputer cikgu. Bagaimana aku mencuri alatan bengkel untuk dibawa pulang ke rumah.

"Bagi nombor, senang sikit nak contact", dia minta.

"Kau pakai apa?", aku tanya.

"Pakai apa? Pakai handphone Nokia la", dia jawab sambil membelek handphone.

"Bukan la, gampang," aku bentak, "Celcom ke Maxis?"

"Aku pakai Digi"

Jadi, aku beri nombor telefon aku kepada dia.

Aku tanya lagi, "Kau belajar mana sekarang?"

"Unitar," dia balas, "dekat Ipoh"

"Kau ambil course apa?", aku tanya.

"Aku ambil Business Management", dia sambut.

Mendengar jawapannya, aku terus ketawa di situ juga. Memandangkan aku dan dia satu ketika dulu, adalah pelajar jurusan sains IT ketika menuntut di sekolah menengah.

"Cibai," dia kata bila melihat aku ketawa, "lu ambil course apa?"

"Aku ambil International Business", aku balas.

Dan kali ini, giliran dia pula untuk ketawakan aku.

Ahad, 26 Disember 2010

Nota bola sepak

Perkara pertama aku sematkan dalam kepala ketika menonton bola sepak ialah ianya sekadar permainan 11 sebelah, tak lebih dari itu. Dan aku kerap memujuk diri untuk berlaku rasional ketika menontonnya (dan hingga kini, aku tak ketemu rasionalisasinya 11 orang berebut sebiji bola selama 90 minit).

Bola sepak perlukan sedikit percaturan taktikal, pemain yang lincah dan bagus, penyokong yang maha supportive and definitely a bit of luck on your side (dan sekarang aku berbunyi seperti Shebby Singh, oh shit!). Sudah lama aku tak ke stadium untuk menonton perlawanan bola sepak. Kali terakhir adalah ketika Perak menewaskan Terengganu menerusi sepakan penalti (5-3) di Stadium Bukit Jalil pada tahun 1998. That was 12 years ago, ketika aku masih di Darjah 1, mungkin.

Satu perkara yang tak mampu aku buangkan dari dalam diri ialah betapa aku masih menyimpan secebis harapan untuk skuad bola sepak Malaysia. Ini sungguh gampang kerana kamu pun tahu bagaimana skuad Negara bermain. Pasang surut, turun naik, sekejap bagus sekejap haram jadah. Aku selalu pesan pada diri, let it go. Nothing gonna change, though (atau bahasa Melayu, sudah-sudah lah. Tak ada apa yang akan berubah pun). Huh, dasar pemimpi!

Dan setiap kali menonton perlawanan bola sepak di kaca televisyen, aku pasti teringatkan filem Green Street Hooligans (2005). Filem yang mengisahkan seorang pelajar Harvard yang diberhentikan. Ia kemudiannya membawa kepada pertemuan pelajar ini dengan seorang hooligan bola sepak, yang juga merupakan seorang ketua untuk hooligan firm and the rest is history.

Artikel panjang lebar tentang football hooliganism kamu boleh cari sendiri di laman Google. Secara umum, ianya menjurus kepada perlakuan orang gasar seperti bergaduh, bertumbuk, verbal attack dan lain-lain atas sebab yang kurang munasabah seperti mempertahankan maruah pasukan bola sepak kegemaran masing-masing dengan salah satu caranya adalah menerusi rusuhan di jalanan.

Berbalik kepada Green Street Hooligans (2005), sebetulnya aku tak begitu mengingati jalan ceritanya kerana aku digula-gulakan dengan adegan pergaduhan yang bersepah-sepah di dalam filem ini. But somehow, adegan rusuhan dan pergaduhan ini separa sedar membangkitkan sisi gelap dalam diri aku yang gemarkan keganasan. Mujur aku masih waras, kalau tidak sudah lama aku terpengaruh dengan filem ini dan cantas kepala manusia di stadium berdekatan.

Apa-apa pun, aku fikir, merayakan permainan orang gasar ini hanya sekadar untuk hiburan waktu lapang tiada salahnya. Ianya boleh jadi pengubat insomnia tatkala berjaga tengah malam menonton perlawanan bola sepak di kaca televisyen (kamu boleh terlena kebosanan).

Bola sepak itu indah, asalkan kamu tahu batas-batas yang perlu dijaga. Tahu menjaga mulut agar tidak mencaci pasukan lain. Tidak mulakan provokasi melampau. Lagipun sudah adat permainan, pasti ada kalah menang. (dan sekali lagi, aku berbunyi seperti Shebby Singh, lol! )

Selasa, 21 Disember 2010

Teks nasihat

She was right. Katanya, "Setahu aku, kalau nak ada mood menulis kau kena keluar. Tengok orang dan jalan-jalan. Baru ada idea."

Mulanya, aku sanggah kata-kata dia di dalam hati, "Ahh mengarut. Siapa kata menulis perlukan suasana tenang dan harus lari dari hingar persekitaran. What's the point running away from chaos? I am, myself, is chaotic."

Namun aku keluar juga. Konon untuk mencairkan kebosanan dan melarutkan intoxicity. Aku pilih tepi pantai. Ya, ya, aku tahu. Kedengaran lucu pergi berjalan-jalan di tepi pantai mencari ilham. Tetapi tak guna merungut. Aku sudah pun berada di tepi pantai ketika itu.

Mendengar deru angin dan simfoni ombak. Melihat manusia, merenung wajah mereka. Menekuni alam ciptaan Tuhan. Perasaan selesa ini sepatutnya beri aku secebis Muse untuk menulis tetapi ternyata ianya tiba-tiba menyongsang, malah terkesan membuatkan aku mengantuk, mahu tidur.

Aku teks seseorang. Ajak lepak bersama. Dan malam itu, aku rakamkan segala perbualan kami ke dalam kotak memori. Ketika Subuh hampir tiba, kami merangkak pulang mencari katil.

Nevertheless, aku dapat tangkap sesuatu untuk ditulis, walaupun segalanya masih tak teratur di dalam kepala. Dan tepi pantai juga tak seteruk seperti yang aku sangka.

But then again, she was right. Absolutely.

Puisi 2.1

Wajah putih tanpa kosmetik
      Bibir kusam tanpa gincu
         Bermata bundar
Berambut separa bahu
 Manis berbaju kurung.

Biasa, klise.

        Tetapi atas nama biasa itu
Kamu tetap cantik di mata aku.

Sabtu, 18 Disember 2010

Searching

Umat manusia di laman sosial ini, aku kira kebanyakannya tak tahu menggunakan enjin carian Google dengan kadar optimum. Kerana ada sesetengah benda/perkara tak perlukan susah payah untuk digali jawapannya. Buka sahaja internet dengan satu klik, nahh, terpacul segala jawapan yang kamu mahu kurang dari satu saat!

Jadi, pretty please, with sugar on top, berhenti tanya aku soalan retorik.

Chemistry between us

Aku bertemu dengan seorang Gadis cantik. Aku kata padanya, "Kamu sangat cantik. Did you know that?"

Dia pandang muka aku, tersenyum kecil. Dia balas, "Memang pun"

Dalam hati aku kata, "Damn! Dia ni Hubris tahap apa?"

Jumaat, 17 Disember 2010

Nota untuk Ex-classmates

Just now, I've met my ex-classmates/schoolmates waktu sekolah menengah, belajar di kelas yang sama ketika Tingkatan 4 dan 5. Sudah lama tak berjumpa. Setahun, maybe? (atau dua tahun?). Well, anyway, petang itu Razin called me, "Kau dekat mana?"

Aku yang sedang baring membaca buku ketika itu, sambil ditemani suasana dingin (serius, Sitiawan sejuk/nyaman/dingin dua tiga hari ini).

"Ada dekat rumah laa. Kenapa?", aku balas. Dalam hati aku kata, mesti dia nak ajak main futsal malam ini.

"Ohh, ni, takde apa," dia sambut, "Ayin nak jumpa kau. Dia kata dia rindu dekat kau."

I looked out the window. Hujan masih turun renyai-renyai. Aku pandang ke arah jam, belum masuk waktu Asar. Don't get me wrong. Bukan apa, sudah menjadi kebiasaan aku untuk keluar rumah hanya selepas waktu Asar.Kenapa? Don't even bother asking!

Okay, back to conversation.

"Hurm, petang ni je la lepak. Kedai Makcik pukul 6," aku balas.

Jadi, kami berjumpa juga despite hujan renyai-renyai yang berbisik menyeru aku untuk merebahkan badan di atas katil. Tidur dibelai kesejukan, itulah secebis nikmat syurga.

"Alepppp, nak peluk kauuu,", itu ayat pertama yang keluar dari mulut Nursyazrain atau Ayin ketika aku menghampiri meja makan. Mendengar ayat itu, aku tersenyum kecil. Teringat waktu sekolah dulu, aku pernah memeluk (okay, secara jujur, aku terpeluk) dia ketika berada di dalam dewan peperiksaan. Ianya berlaku terlalu pantas, secepat kilat dan kemudiannya aku dan dia berpandangan sesama sendiri. Kami terus ketawa di situ. Oh my, we're young and crazy, back then.

Ianya bagus untuk duduk semeja bersembang dengan kawan lama. Bergelak tawa, just like the old days. Malah, topik perbualan kami pasti tak lari dari menyentuh fond memory of the past. I really really really miss those moments.

Now, I'm crawling back into bed. Huarghhh! (yawning)

Khamis, 16 Disember 2010

Penipuan paling comel. So sweet!

Saya mempunyai seorang anak angkat bernama Mikhail.

Mikhail berumur 7 tahun dan kini sudah pandai menipu saya untuk pergi ke cyber café.

Inspirasi dari...

I bumped into her, again. Seseorang yang saya gelar Wanita Paling Cantik di Dunia. Sejak kali pertama menatap wajahnya hingga sekarang, tak banyak yang saya tahu tentang dia. Dia mempunyai anak, kerana saya selalu melihat dia bersama dua orang anak kecil. Selain daripada itu, saya tak tahu di mana dia tinggal, di mana dia bekerja, dari mana dia berasal, berapa umur dia. Heck, I don't even know her name!

Walau apa-apa pun, satu perkara yang pasti. Saya tetap anggap dia sebagai Wanita Paling Cantik di Dunia.

Rabu, 15 Disember 2010

Soalan terbuka

Posted Date: : Nov 2, 2009 2:54 AM

Kenapa manusia pandang jenama berbanding kualiti? Kenapa manusia pandang rupa berbanding hati?

Kenapa?

Gotcha!

Posted Date: : Nov 19, 2009 1:21 PM

Saya selalu terlewat (sengaja lewat) ke kuliah Principles of Accounting. Kuliah tutorial sejam tapi saya datang hanya selepas 10, 20 dan paling lewat 30 minit.

Masuk dengan muka tak bersalah, cari tempat duduk dan terus buka buku. Kalau kuliah dua jam lagi parah. Kemungkinan saya tak hadir adalah sangat tinggi. Tetapi yang peliknya, pensyarah saya tak pernah marah atau naik angin. Malah saya tertunggu-tunggu juga bila masanya pensyarah saya ini akan 'meletup' dan halang saya daripada menduduki peperiksaan akhir kerana jam kredit tak mencukupi untuk subjek ini.

Hinggalah pada satu hari, pensyarah saya ini mengaku yang sebenarnya dia pun sama seperti saya ketika dia menjadi penuntut satu ketika dulu. Selalu lewat ke kelas. Jadi dia malu untuk marah saya sedangkan dia pernah buat perkara sama kepada pensyarah dia sendiri.

Karma my ass!

Equal

Monday, December 14, 2009 at 8:25pm

Tujuan utama sesebuah perniagaan ialah untuk meraih keuntungan. Tiada siapa yang mahu rugi. Kalau boleh, biar untung sepanjang masa. Dan kalau boleh lagi, biar untung maksima.

Tuntutan sosial? Pergi jahanam!

Jangan mudah dipukau dengan diskaun 20%, 40%, 50%. Saya sangat sangat sangat percaya bahawa jika diskaun 80% dan ke atas sekalipun, sang penjual akan tetap untung. Gila, mark-up harga gila-gila punya tinggi (walhal harga modal murah nak mampus). Diskaun 99% tetapi mark-up 200%. Memang gerenti dan dijamin akan tetap untung. Soalnya, banyak atau sikit sahaja.

Justeru, secara tradisi, hujung tahun adalah pesta penghabisan stok bagi sang penjual sambil meraikan keuntungan melimpah-ruah. Dan pesta juga bagi para pembeli untuk menghabiskan wang ringgit. Hooray!

1-1. Draw.

Ereksi telinga

Saya telah berjumpa dengan seorang Gadis. Berkulit putih lembut, bermuka manis dan tampak sangat menawan tatkala tersenyum dan ketawa. A very typical Malay girl, in a meaningful way.

Hurm, ukuran buah dadanya saya tak pasti.

Tetapi itu semua hanya sekadar b-sides kepada kelebihan sebenar si Gadis. Gadis ini sangat menarik hingga hampir-hampir saya jatuh cinta. Saya tak bohong. Perkara yang menarik hati saya ialah suara si Gadis ini. Sumpah, suaranya sangat lemah lembut. Saya sudah jatuh cinta dengan suara si Gadis ini, sebenarnya. Malah, jika dibiarkan sendirian dengan si Gadis, saya boleh senyap berjam-jam lamanya sekadar leka mendengar suaranya.

But...

How can I resist?

Dalam kepala saya, selain benda-benda separa penting yang berlegar-legar dan mengerumuni sisi pemikiran, selebihnya diisi dengan sedikit (bukan sedikit!) kegilaan terhadap unsur-unsur erotika. Betapa saya menghargai unsur-unsur sebegitu dalam kehidupan seharian jangan dikenang. How can i resist? It’s all over my mind!

Bagi manusia yang tidak mengenali diri saya dengan rapat, pastinya mereka labelkan saya gila seks.

Hurm, saya peduli apa. Itu cuma andaian kamu. Bak kata John Wooden, “Be more concerned with your character than your reputation, because your character is what you really are, while your reputation is merely what others think you are”. Atas sebab itu, walaupun reputasi saya begitu hodoh di mata kamu, bla bla bla…

Berbalik kepada tadi, saya masih ingat ketika zaman video porno 3gp meledak satu ketika dulu di Malaysia. Alangkah sedihnya melihat kamera telefon 1.3MP merakam aksi bergegar-gegar pasangan Melayu bersenggama (mungkin ianya simbolik betapa bergegar dahsyat nafsu mereka ketika sedang bermukah). Jujur cakap, saya tak pernah terangsang melihat video porno buatan Melayu. Cumanya, saya lebih teruja untuk melihat, apakah si Melayu ini setaraf atau mungkin satu tahap lebih baik dari umat manusia di luar bila melibatkan permainan di atas katil. Well well well, jawapannya kamu sendiri pun tahu.

Kerana itu, kini saya lebih selektif. Saya tak akan bazirkan masa melihat video porno murahan. Ianya bakal merosakkan mata dan minda, sudah semestinya.

Misai panjang sangat

Posted Date: : Dec 2, 2009 3:22 PM

Teringat apabila satu hari itu, kawan-kawan saya gelak besar sambil menatap surat khabar. Saya cuba menyibuk dan bertanya,

"Kenapa? Apa dia? Apa dia?"

"Ni," balas mereka sambil menuding jari ke arah gambar A. Samad Said.

"Dah tu kenapa?", soal saya, kehairanan.

"Macam mana dia makan hah?"

Aspirine

Posted Date: : Jan 1, 2010 2:47 PM

Kadangkala, melihat ciptaan Tuhan yang cantik-cantik boleh buatkan saya gembira. Dalam kes ini, ciptaan Tuhan itu adalah perempuan.

Maaf, tulisan saya memang bersifat begitu.

Orang pernah anggap/sangka aku bloody arrogant sewaktu mereka membaca tulisan aku (dan sebelum mereka mengenali aku dengan lebih rapat).

Reaksi aku ketika itu, hanya ketawa.

Dalam hati aku kata, "Memang pun!"

Nota ini menjengkelkan, dalam erti kata sebenar.

Perkara paling menjengkelkan bagi aku di dalam Facebook ialah statuses update abuse. Orang yang mengamalkannya pula, aku gelar err, penyemak papan pemuka Facebook atau bahasa orang putih, the filterless.

Kalau mereka update perkara best (macam aku), takpe juga. Ini tidak, status pun hampeh (macam mereka).

Aku boleh terima, kalau kamu post perkara yang relevan (macam aku buat). Ini tidak. Okay, okay. Aku bagi contoh;

“Yeay, nak pergi zoo”
5 minutes ago

“Dah sampai dekat kaunter zoo. Tengah bayar tiket masuk”
4 minutes ago

“Excited nak tengok haiwan. Harap-harap boleh tengok harimau beromen, hehe”
3 minutes ago

“Dah sampai kandang gajah. Huish, besarnya. Tengok dalam tv kecik je”
2 minutes ago

“Oh shit! Terpijak tahi gajah. Mana tandas ni?”
Less than a minute ago

“Dah basuh. Lepas ni pergi kandang arnab pulak”
13 seconds ago

Serius, kamu betul-betul hamba Facebook yang setia. Setiap update (yang tak relevan) pun wajib post di Facebook.

Berhentilah jadi bangang. Cuba jadi macam aku. Pandai dan bagus.

(Dirasuk Hubris)

Nota Lama

Subject : Mengembara 1 hari
Posted Date : Feb 2, 2009 10:21 AM

Kelmarin saya ke Utara menghadiri jemputan kenduri kahwin, kenduri kahwin sepupu saya sendiri. Tiada apa yang menarik pun yang ingin saya kongsi (melainkan beberapa perkara). Segala aturcara sama saja seperti kenduri kahwin di Malaysia ini, tipikal.

Lokasi rumah pengantin lelaki yakni, sepupu saya terletak jauh ceruk hulu di Jerlun, Kedah. Sepanjang perjalanan menuju ke sana, saya merempuh beberapa pekan koboi, hamparan bendang dan sungai mengalir yang berselirat.

Bercerita tentang bendang/sawah padi ini, saya ketawa sendirian bila dapat tahu bahawa rombongan pengantin perempuan tak pernah tengok/pegang padi. Atas sebab itu, maka tak hairanlah bila perkara pertama yang mereka buat setelah selamat sampai di rumah pengantin lelaki ialah menyerbu ke arah sawah padi. Semua pakat-pakat tengok padi dulu, kemudian baru berarak masuk ke dalam rumah.

Melihatkan situasi err.. janggal ini, saya tertanya-tanya, di Negeri Sembilan tak ada sawah padi ke? Oh tak lupa juga bila rombongan pengantin perempuan bersiap untuk pulang, mereka cabut satu pokok padi untuk dibawa ke Nogori. Ala-ala souvenir gitu. So sweet!

Suasana ketika menikmati makan di sana sangat lepas bebas. Siapa yang tak seronok bila makan sambil ditemani hamparan sawah padi kekuningan dan angin bertiup secukup rasa. Cuma sayangnya, di sana tiada Gadis cantik untuk mencuci mata, cis!

Banyak lagi yang ingin saya kongsi bersama dalam perjalanan sehari suntuk ini, tapi cukuplah setakat ini dulu. Yang lain biar saya simpan buat kenangan atau onani emosi (malas, sebenarnya).

Pesanan ringkas dari orang tersayang

”Alep skali jum.”
- Amir Ashraf, 12 Mar 2009, 09:56:44 am


Dapat bpe? Nanti sms
- Pak Chik, 12 Mar 2009, 10:10:58 am


Salam. Weh aku nk g dah. Doakn aku k. Ak syg kt korng sume. Smpikan salam ak kt kwn2 yg len ok? Jgn lpekn aku. Hlalkn mkan mnum ak. Ak mnx mf lau pnh wt slh kt ko.”
- Khairil Hasnol, 5 July 2009, 03:14:58 pm


Alep. Blajar elok2 kat sane. Aku nk sambung study xtawla lag de rzeki ke x. Ko yg dpat nie jgn men2 pulak kat sne. Mula2 blajar bende bru mesti la susah. Da lame2 ko ok la. Ok la kawan. Jge dri ok. Pape hal nk mnx tolong kat aku contact je aku nie. Nanti ade cnie cuti ke pe contact la.”
- Hazrul, 6 July 2009, 11:42:01 pm


Slm. Pesan ayat wt abg - 1. Jgn tggl solt srta doa kpd ibu bpa 2. istqmah dlam plajrn 3. sbar dlm plbgi keadaan 4. ikhlas tuntut krana Allah 5. ayh doakan smoga bjya.”
- Ayah, 7 July 2009, 03:51:21 pm


Salam. Ayah ucap slmt ari lhir. Moga Allah rahmati. Pesan Abi jgn tinggal shalat, doa ke2 ibubapa tuntut ilmu dgn ikhlas krna Allah. Abi doakan berjaya dalam cita2. Amin.”
- Ayah, 7 Nov 2009, 12:54:29 pm


Bro, ak grak Sabah dlu. Ak otw g Klia. Tc kwan. Syg ko! :-( Ada masa kta jmpa.”
- Khairil Hasnol, 25 Dec 2009, 02:13:35 pm

Ucapan rasmi 1 Muharam

Saya tak pernah tentukan apa-apa hasrat murni atau harapan suci untuk dijangkau, tak kira awal tahun baru takwim Hijriah atau awal tahun baru kalendar Gregorian. Ianya bukan kebiasaan diri saya menetapkan sesuatu untuk dicapai pada dua tarikh ini. In fact, kalau saya ada hasrat atau harapan sekalipun, kenapa perlu tunggu hingga tiap kali tibanya awal tahun baru? Apakah dengan mengharapkan berkat awal tahun baru, perubahan akan terjadi dengan sendirinya? Atau kamu percaya, waktu lain kurang berkatnya? O really, for fuck’s sake?

Dua tarikh ini hanya permulaan baru proses kitaran takwim. Tidak lebih dari itu, bagi saya. Dan ianya akan berulang, berulang dan terus berulang. Setiap tahun.

Separa sedar, budaya ini mewujudkan unsur procrastination dalam diri kamu. Betul, tak tipu!

An act of justifying

Satu petang, kawan lama aku datang ke rumah. Sampai di hadapan rumah, dia panggil aku, “Aleppp… Aleppp…”

Melihatkan muka dia di depan pagar, aku keluar, “Weh, ada pun kau. Datang dari mana ni?”

“Dari rumah la,” dia balas, “pagi tadi aku baru habis exam paper.”

“Oh…”

Dah lama tak berjumpa. 6 bulan, rasanya. Dulu kami main bola bersama, lepak bersama, ke masjid bersama dan buat jahat bersama. Kiranya, aku rapat juga dengan dia.

Cuma itulah, masing-masing sibuk dengan urusan hidup. Aku di kolej, dia pula menempuh SPM. Dan di kesempatan bertemu ini, kami berbual tentang banyak perkara. Random things, you know.

Jadi dia ajak aku keluar, “Jom la lepak mana-mana. Aku dah bosan duduk rumah.”

Aku pun bosan terperap di rumah. Tetapi dalam masa yang sama, aku tak berselera untuk ke mana-mana petang itu. Bosan memang bosan, tetapi nak pergi ke mana? Aku pun tak tahu.

Aku terus bagi alasan, “Aku ada hal kejap lagi.”

You see, jika tersepit di celah situasi yang mendesak, aku cenderung untuk beri bermacam alasan.

Atau bahasa mudahnya, menipu.

Nota Rawak (2)

01:43am Monday 13 12 2010

Aku tak tahu apa patut aku mengarut, di sini, malam ini. Aku ada beberapa perkara untuk ditulis, but fuck it. Semuanya berselerak di dalam kepala. Aku susun semuanya menggunakan imaginasi tetapi bila diterjemah di dalam bentuk tulisan, lenggoknya sudah hilang makna, isinya sudah kering. Jadi, aku putuskan untuk tinggalkan ia di belakang, dan teruskan dengan menulis karangan tiada arah tuju ini.

Aku sudah siapkan manuskrip tulisan untuk buku. Aku sedang bercuti semester. Aku sedang mendengar lagu E.T oleh Katy Perry (she’s fucking sexay despite her singing was so-so). Aku tinggalkan sementara buku pdf Oscar Wilde. Tiada masa untuk membaca. Okay terus terang, aku malas.

Aku perlukan Tuhan sepanjang masa. Dia tempat aku mengadu, memohon pertolongan. Tiada daya dan kekuatan aku melainkan kepada Dia. Dia tempat aku berlindung. Aku risaukan kehidupan. Terlalu paranoid untuk hidup. Memikirkan itu ini. Aku pujuk hati, walau apa pun berlaku, aku masih punyai Tuhan. Kenapa perlu takut?

Aku berperang dengan diri sendiri. Aku kerap monolog sendirian di dalam hati. Bercakap dengan diri sendiri. Aku selalu cipta dialog imaginasi. Memikir seribu langkah ke hadapan. Bercakaran dengan perasaan superior yang membelit diri. Kamu semua bodoh, aku sahaja yang pandai, bisik hati kecil aku. Pandangan kamu sampah, I don’t need your fucking opinion. Separa narsis aku memberontak. Kadangkala aku fikir aku ada masalah keperibadian (personality). Split personality. Aku bukan gila. Aku kawal segalanya. Tiada keraguan tentang itu.

Aku mahu makan makanan sedap. Kecuali udang dan sotong dan juga makanan eksotik. Aku mahu makan di restoran Cina kawasan rumah aku. Bau kuah mee-nya tak pernah gagal laparkan aku. Aku pencinta makanan. Mungkin juga kadar metabolisma aku tinggi. Aku payah untuk gemuk walaupun makan dengan banyak. Aku cerewet bab makan. Memilih, kata orang. Itu tak kena, ini tak kena.

Aku mahu perbualan. Come and talk to me. Tak kira siapa pun. Gay, lesbian, paedophile, hacker, drug dealer, douchebag, psychopath, masochist juga boleh. I’m a good listener. Aku mampu duduk selama mana yang kamu mahu untuk mendengar kamu bercerita. Atau berbual perkara rawak. Sentuh tentang seksual, politik, agama, musik, filem, buku atau apa sahaja. Kamu pasti ketawa jika bersama aku. Aku mempunyai nilai humor yang tinggi.

Aku cuba-cuba untuk tulis puisi. Tetapi kebanyakannya aku padam. Tonanya salah, emosinya bersimpang-siur pada pandangan aku. Puisi sesuatu yang manis untuk diteroka. Batas-batas nilai absurd boleh dicantas sesuka hati. Melakar khayalan melalui tulisan. Puisi tak perlukan bahasa bombastik (silap-silap boleh mewujudkan ke-jargon-an (istilah syaitan apa ini?)), puisi juga tak perlukan kiasan tinggi melangit. Melampau-lampau. Apa yang penting, roh puisi mampu tembus tepat kepada pembaca. Itu mustahak. Aku cuba juga selak dan baca nukilan Fynn Jamal yang terkenal itu, lantas aku hampir mati kebosanan membacanya. Ini bukan cemburu atau apa (aku cemburu? Oh please!) tetapi nukilannya bagi aku, monotone. Mendatar. Sedih, gembira atau kecewa, nadanya sama.

Aku sudah jarang memasukkan unsur fizikal seperti buah dada dan unsur separa lucah ke dalam tulisan. Jika kamu pernah membaca tulisan lama aku, pasti kamu perasan perkara ini. Menulis sesuatu tentang si Gadis adalah kesukaan aku. Aku sentiasa punyai sesuatu untuk ditulis bagi menghargai kehadiran si Gadis di dalam hidup aku. But mind you, aku takkan sesekali menulis ayat bunga-bunga dan superficial gila babi seperti di dalam kebanyakan novel cinta tipikal Malaysia. Itu serius menggelikan. Aku lebih bagus daripada itu. Ayat cinta aku ada kelas tersendiri. You gotta admit it though.

Aku mahu baring di atas katil bersama si Gadis. Merenung mata kamu, membelai rambut kamu dan ceroboh masuk ke dalam diri kamu (ceroboh masuk sounds very wrong, you know). Bersatu dua jiwa, bersetubuh dua badan. Aku mahu belajar ilmu sarcasm ke tahap tertinggi. Untuk melawan manusia bebal di luar sana. Aku mahu tulis surat kepada Bill Gates. Aku ingin minta 1 juta US Dollar. Itu sahaja. Heck, harta dia tak berkurang pun jika beri sejuta kepada aku.

Aku ingin tulis panjang lagi tetapi mata aku sudah mengantuk. Aku ucapkan selamat malam kepada diri sendiri, adik beradik, si Gadis dan seluruh dunia. Kamu semua mimpilah hal yang indah-indah. Selamat malam.

03:12am Monday 13 12 2010

Nota kenduri kahwin dan sedikit unsur Hubris.

Sabtu lepas, saya ke Taiping menghadiri majlis kenduri kahwin. Tak tak, bukan di Taiping sebenarnya tetapi lebih tepat, di Bukit Gantang. Kenduri kahwin kakak salah seorang dari classmates saya.

Pagi Sabtu itu, I called her.

“Nanti aku dah sampai Changkat Jering. Kau datang ambik aku, boleh?”

“Weh,” dia kata, “aku tak boleh ambik kau la. Aku bagi direction dekat kau nanti, tau?”

Dalam hati saya kata, oh shit! Saya benci berhadapan situasi begini. For record, saya dan seorang kawan, Kiki pernah berpusing-pusing di kawasan sekitar Simpang Pulai selama 30 minit ketika mahu bertemu Mohd Jayzuan di sana. Saya akui, ini antara kelemahan saya.

Jadi, waktu tengahari saya bertolak. Saya tahu jalan untuk ke Changkat Jering. Malah, jalan yang sama juga saya lalui untuk pulang ke kampung di Kedah selama hampir 20 tahun. Cuma jalan ke rumahnya, saya tak tahu.

It took me one hour plus to reached her home, dengan mengikuti direction yang diberi. Sampai sahaja di rumahnya, she greets me with a smile on her face.

Di meja makan, saya tanya, “Kenapa dah kurang orang? Baru pukul 2.”

“Sini kenduri mula awal. Pukul 11 tadi dah mula.”

Ia mengingatkan saya kepada suasana kenduri tok saya di kampung satu ketika dahulu. Lebih kurang sama keadaannya.

Di meja makan ini juga, one of her friends datang ketika saya sedang menyuap makanan. Selepas kawan perempuan dia berlalu dari meja makan, saya tanya lagi, “Siapa tu?”

“Kawan aku,” dia balas, “actually, kau tau tak dia baca writings kau?”

Dalam hati saya kata, “Sah, memang aku ramai peminat!”

P/s : Thanks for inviting, anyway.

Nota kenduri kahwin (2)

“Weh, nanti datang tau kenduri kahwin abang aku, 5 haribulan 12, hari Ahad. Ajak family kau. Bagitau yang lain-lain sekali.”

Setiap kali kami berbalas teks, itulah ayat yang selalu diulang. Malah, berbulan sebelumnya juga dia sudah pesan, supaya datang makan kenduri.Aku seperti biasa, takde hal jika melibatkan makanan. Aku dipelawa untuk makan, bukan disuruh membasuh pinggan di belakang rumah. Juga bukan dipaksa mengangkat pinggan dan cawan kotor di atas meja makan. Maka, aku dengan senang hati, “Okay okay. InsyaAllah aku datang. Apa-apa hal aku contact kau.”

Bila tiba harinya, hanya aku dan dua eh silap, tiga orang kawan yang boleh hadir. Amir sedang mulakan semester baru. Fami dan Hilmi juga menyambung semester baru di Politeknik masing-masing. Razin dan Sepul masih di Johor menjawab kertas peperiksaan akhir. Yang tinggal hanya aku dan beberapa kawan lain yang sedang melalui nikmat cuti semester.

Jadi, dengan beberapa orang yang tinggal ini, aku pergi bersama-sama. Sudah lama sebenarnya aku tak berkunjung ke rumahnya. Ketika zaman sekolah menengah dulu, kerap juga aku rumahnya. Tetapi bila tamat zaman persekolahan dan masing-masing sibuk dengan komitmen (aku sambung belajar, dia pula bekerja), maka masa untuk berjumpa hanya hadir ketika waktu-waktu tertentu. Ketika cuti semester dan cuti umum, misalnya.

Sejam selepas tengahari, kami sudah tiba terpacak. Bersedia untuk makan, mengisi perut lapar. The food was okay, just nais. Cuma satu masalahnya, iaitu makcik-tukang-ceduk-lauk-bubuh-di-pinggan (atau makcik-tukang-catu-makanan? Aku pun tak pasti apa gelaran sebenar mereka). Aku tak suka bila makcik ini pilih dan ceduk lauk untuk aku.

Walau apa-apa pun, ianya bagus untuk kembali berjumpa kawan-kawan lama. Berkumpul seperti dahulu. Semakin meningkat dewasa, semakin sukar untuk sekadar duduk makan semeja bersama-sama (salahkan komitmen masing-masing). Ataupun bermain Call Of Duty atau Left 4 Dead bersama-sama (mentang-mentang semua dah pandai main dotA. Gampang!)

Ahh, lupakan. Tidur lagi bagus!

Reminder

Oleh kerana aku kerap menulis tentang perkara yang berlaku di sekeliling aku, maka tidak dapat tidak, tulisan aku pasti akan bersangkut sama ada dengan kawan atau keluarga. Sejujurnya, aku rasa seronok dapat tulis sesuatu mengenai mereka, tanpa dipaksa.

Cuma, jangan sesekali datang pada aku dan minta, “Tulisan pasal aku tak ada?”

Aku pasti akan jawab, “Go fuck yourself!”

Memori

Petang itu, saya tinggal berdua dengan Ayah kerana ahli keluarga yang lain lesap entah ke mana. Malam harinya, saya disuruh (atau dipaksa?) Ayah untuk ikut sama pergi ke masjid. Nak tak nak, kena juga ikut. Duduk rumah bukan ada apa pun. Melayan peti televisyen? Pergi mampus!

Selepas sembahyang Isyak di masjid, Ayah ajak minum. Okay, jom. Mon plaisir, anyway. Sampai di kedai makan sunyi sekitar berdekatan masjid, saya minum berdua dengan Ayah. Ayah minum secawan kopi manakala saya seperti biasa, pesan makanan untuk mengisi perut. Sedang menyuap makanan, datang seorang kawan Ayah. Kemudian datang lagi seorang dan berterusan hingga penuh semeja dengan enam orang sebaya Ayah.

Sekitar pukul 12 tengah malam, kami dua beranak pulang. Di dalam kereta, saya perlahankan radio dan tanya,

“Depa tu siapa?”

“Tu semua kawan sekolah Ayah dulu,” balas Ayah. “Satu kelas, satu sekolah, satu darjah.”

Saya diam. Jauh fikiran saya terbang.

Kadangkala, terkenang kembali kenangan duduk semeja bersama kawan Ayah. Bila mereka selak cerita lama seperti memori di sekolah, bermain bersama dan bermacam lagi. Saya berharap agar saya juga mampu begitu satu hari nanti, kekal berhubungan sesama kawan.

Oh Tuhan, jangan hilangkan mereka dari ingatan saya. InsyaAllah.

Nota untuk Mereka

Bila adik-beradik pulang ke rumah, kami selalunya akan berkumpul di satu bilik. Hanya untuk bercerita perkara-perkara rawak yang berlaku sekeliling kami, atau yang berlaku kepada kami sendiri. Mereka akan bercerita tentang kawan. Saya juga begitu. Mereka bercerita tentang sekolah/kolej. Saya juga turut sama. Pendek kata, kami boleh habiskan sepanjang malam sekadar cerita perihal kehidupan masing-masing. Atau apa sahaja.

Saya suka bila mereka cerita perkara lucu yang berlaku. Saya tak akan berhenti ketawa. I just don’t know how to stop.

Oleh kerana masing-masing masih belajar, jika saya pulang ke rumah waktu hujung minggu, pasti bosan. Yang seorang, hanya pulang setiap dua minggu sekali. Yang seorang lagi, hanya pulang ketika cuti panjang. Yang seorang lagi, takwim kolejnya sungguh fucked up. Jadi, peluang untuk berkumpul bersama hanya bila tiba cuti semester/sekolah.

Bergaduh jangan cerita, bertekak apatah lagi. Tetapi saya sukakan suasana itu. Ianya hidup, tidak kering. Nak merajuk apa jadahnya, tingggal sebumbung! Apa daa…

Semua adik-beradik saya yang lain belajar di sekolah agama. Melainkan saya, yang pernah menuntut lima tahun di sekolah menengah harian. Melencong belajar ilmu IT di sekolah menengah dan kemudiannya terpesong pula belajar ilmu Perdagangan sewaktu di kolej. Sepatutnya, saya juga dihumban belajar di sekolah agama oleh Ayah. Tetapi ketika itu, saya tak mahu dan percayalah, ianya salah satu sesalan paling besar di dalam hidup saya.

Oh, perkara yang saya kurang gemar ialah bila mereka mula bertutur dalam bahasa Arab (saja suka-suka) and I was like, apa ni? Sepatah haram pun aku tak tau! Juga bila mereka berbual tentang peperiksaan Idadi dan Thanawi yang mana saya tak tahu pun apa sebenarnya yang mereka belajar. Mereka akan mula bercakap tentang Nahu dan Saraf, Feqah, Sirah, Hadis dll.

Lupakan itu.

Saya pernah tanya Adik, yang bahasakan dirinya Kakak, “Kau faham ke cikgu tu cakap bahasa Arab?”

“Faham laa”, balas dia, ringkas.

“Dah tu, cuba kau cakap bahasa Arab.”, pinta saya.

“Cakap lemah sikit. Boleh sikit-sikit je pun.”

“Laaa,”, saya mengeluh, “cuba la dulu. Aku nak dengar.”

Dia cuba juga bertutur bahasa kalam Tuhan itu. Dan aku, seperti biasa terpinga-pinga, tak faham sepatah haram.

Nota untuk Housemates

Hajat di hati mahu menulis serba sedikit tentang housemates aku. Seramai 8 orang (campur aku jadi 9) semuanya. But I couldn’t find the right words.

Mereka, yang aku selalu gelarkan, sekelompok manusia gila dan buas. Dengan seribu satu perangai dan ragam. Tetapi aku tak kisahkan itu, kerana aku turut tergolong dalam kelompok manusia gila. Senang cerita, satu rumah penuh dengan orang gila. Mana pergi rasionaliti? Kami dah buang dalam tong sampah depan rumah.

Semester ini, Julai - Disember 2010, aku ambil keputusan untuk keluar dari neraka, oh maaf, asrama dan menetap di luar, menyewa rumah, bersama-sama dengan rakan sekelas lain. Kononnya untuk menikmati kebebasan mutlak tanpa dibebani hal remeh seperti pak guard gampang dan juga perihal bangang seperti curfew (ingat ini penjara ke apa, ada curfew?). Bebas memang bebas, tetapi apalah makna kebebasan jika dicampakkan di bandar jarak, bandar tekukur seperti Seri Iskandar.

(Ketika ini aku sedang Google Maps sekitar kawasan Seri Iskandar 4.35865,100.96693)

Satu rumah kecil, jika disumbat 9 orang manusia, pasti kelihatan sesak, chaos dan kacau-bilau. Well, itu tanggapan pertama aku bila melihatkan ruang dalaman rumah sewa. Tetapi lama kelamaan, perasaan sesak dan chaos itu hilang terpadam. Malah, aku tak mampu bayangkan jika rumah kami dihuni sekitar 3 atau 4 orang sahaja. Pasti bosan. Eh wait, how about privacy? Alaa, kalau setakat nak beronani, di tandas pun boleh. Tak semestinya dalam bilik sendiri.

Seronok bercerita dengan housemates waktu tiba hujung bulan betapa nilai wang sudah tiada makna. Awal bulan makan KFC, hujung bulan makan megi. Awal bulan hisap rokok mahal, hujung bulan hisap rokok seludup. Itu semua perkara biasa. Belanja tak payah cerita, for sure meningkat. But hey, bila lagi nak merasa hidup susah?

Perangai seorang demi seorang, hanya kami kenal hati budi masing-masing. Pelik ada, gila ada, kurang siuman ada, macam-macam ada! Antara kegemaran kami ialah turun ke Ipoh waktu tengah malam hanya untuk makan mee kari/kicap paling sedap di dunia (lokasi aku kurang pasti). Paling gampang ialah ketika bangun pagi. Nak nak kelas pukul 8, berebut-rebut masuk bilik mandi. Dan tak sampai 5 minit masuk (baru tengah belek muka di cermin), dah bergegar pintu diketuk.

“Cepat la. Mandi sikit-sikit sudah laa”

“Sabar la. Aku baru masuk, bodoh!”

Mandi di jamban? Tak ada hal, be my guest. Dan untuk semester ini, rasanya, Kay paling kerap mandi di jamban (padah bangun lewat). Bila tiba bab barang dapur dan masak-memasak, kami ada Zam. Walaupun dia kerap membebel (salahkan faktor usia tua), tetapi kalau makanan dah siap dimasak, kami makan juga.

Pernah sekali, dia pulang dari Tesco, bawa pulang sayur, pes cili giling, ayam dua ekor siap dipotong dan lain-lain barang memasak. Masalahnya dengan rumah kami ialah, kekurangan peralatan memasak. Biasalah rumah bujang, you can’t expect us to have those things (walaupun boleh beli sebenarnya). Jangan tanya bagaimana dan di mana kami basuh ayam dan sayur, kamu akan hilang selera makan selama seminggu.

Regardless of all the things that ever happened to us, segalanya kami lalui dengan selamba. Tak begitu risaukan kehidupan. Lepak mamak hingga subuh. Main futsal lewat malam. Tangkap katak di Bandar Universiti. Merewang di pasar malam untuk melihat awek UiTM. Sembahyang jumaat di UTP.
Semuanya kami lakukan atas dasar menikmati kehidupan dan zaman muda. Kenangan ini tak mungkin kami padamkan dari kotak memori. Sampai bila-bila.

Curiosity 7.0

Adik tanya, “Ikan makan apa, abang?”

Aku yang separa mamai, “Hah?”

Dia ulang, “Ikan makan apa?”

Aku benci soalan umum begini. Mahu sahaja aku lemparkan soalan kembali. Ikan spesis apa? Ikan air tawar atau ikan laut dalam? Atau ikan akuarium? Atau ikan yang disauk di dalam parit atau longkang?

Lagi satu, melayani kerenah kanak-kanak kadangkala meletihkan. Bila disuapkan dengan jawapan. Mereka akan kembali. Kembali dengan soalan lain. Aku beri jawapan lagi. Kemudian mereka akan kembali, dengan lebih banyak soalan. Tanpa henti.

Jika manusia dewasa berkerenah begini, mungkin aku boleh sahaja maki, "Shut the fuck up!. Dah tua bangka pun bangang, gunalah Google". Tetapi untuk kanak-kanak, mana mungkin aku maki mereka begitu. Pendekatan aku harus berbeza bila berhadapan dengan mereka. Sesuatu yang sesuai dengan usia mereka, setahun jagung.

Aku boleh menipu mereka. “Ikan tak makan. Diorang minum air je”. Atau menipu dengan lebih dahsyat lagi. “Ikan makan ikan lain. Lepas tu tukar jadi ikan paus. Lepas tu, ikan paus lawan dengan sotong gergasi yada yada yada”.

But I don’t want to. Menipu kanak-kanak atas alasan untuk menutup mulut mereka dari terus bertanya bermacam-macam soalan adalah perkara paling tak masuk akal. Jangan bunuh nilai curiosity di dalam diri mereka.

Jadi aku jawab jujur, “Ikan makan plankton.”

Dan macam aku cakap tadi, bila sudah diberi jawapan, mereka pasti akan datang kembali dengan soalan lain.

Dia tanya lagi, “Plankton? Yang macam dalam cerita Spongebob Squarepants tu ke, hah?”

See, I’ve told you!

Your argument is invalid. Go fuck yourself!

Sesiapa pun boleh berbicara tentang ketuhanan. Aku, engkau, mereka dan kita semua. Ianya bukan daerah terlarang yang haram untuk dijejaki. Tiada bulatan maksum mengelilingi perihal ketuhanan. Malah, manusia beriman sehalus tali benang dan cetek ilmu aqidah dan tauhid seperti aku pun boleh menulis tentang ketuhanan. Soalnya hanya, aku menulis atas dasar apa dan ia bergantung sepenuhnya atas definisi dan kefahaman aku. Ini tidak, belum apa-apa, sudah sibuk melabel aku sesat, atau lebih parah, murtad.

Aku tanya pada mereka yang ragu dengan ketentuan Takdir, perjalanan hidup dan masa depan, mereka yang selalu terapkan nilai uncertainty dalam setiap keputusan mereka, “Kau tak percaya kuasa Tuhan?”. Dan seperti aku jangka, mereka akan mula memberi alasan untuk menjustifikasi tindak-tanduk mereka. Pathetic.

Ada kalanya, sewaktu tidak berada di tikar sembahyang, tak semestinya aku lupakan Tuhan. Di dalam kenderaan pun aku masih ingatkan Tuhan. Sebelum/ketika/selepas makan aku ingat Tuhan. Malah sewaktu menjirus air di dalam bilik mandi pun boleh sahaja tiba-tiba ingatkan Tuhan. Maka ketika itu, adakah menjadi kesalahan aku dengan mengingati Tuhan di tempat yang kamu anggap tidak sesuai? Adakah Tuhan hanya wujud di atas sejadah? Atau Tuhan hanya wujud waktu kamu bersolat?

Serius cakap, waktu bersolat pun fikiran kamu mampu melayang. Ketika itu, jangan kata ingatkan Tuhan, entah apa lagi yang berlegar dalam kepala kamu, aku pun tak tahu. Kerana itu, wujud istilah tidak khusyuk/lalai. Mengapa kamu lalai? Sudah tentu kerana teringatkan urusan lain. Yang mungkin tertangguh atau tergendala seketika. Usah bicarakan soal kekhusyukan, sedangkan bilangan rakaat pun kamu ragu-ragu dan was-was dan teks ucapan khutbah Jumaat pun kamu tak tahu dek kerana lena tertidur.

Aku mengaku, dahulu aku pernah ragui kewujudan Tuhan. Aku fikir logik, mana mungkin sesuatu wujud dengan sendirinya. Atau terbangkit dengan sendirinya. Tetapi dengan hanya melihatkan alam serba luas ini, aku sedar, mustahil seluruh semesta ini terjadi dengan sendirinya juga. Aku kemudian akui, wujud Yang Esa di sebalik semua kejadian. Tiada keraguan lagi. Dalilnya sudah terbentang, apakah aku masih buta hati menidakkan kewujudan Tuhan? Perlukah aku hidup dalam lumpur penafian untuk seluruh hidup aku?

Aku tak mahu menipu diri sendiri. Sedangkan aku tahu jawapannya.

Sedatif khayalan si Gadis

Sebelum tidur, saya pasti akan mengelamun dan berkhayal. Dalam khayalan ini, selalunya terbit buah fikiran untuk saya titipkan. Mengarut atau tidak khayalan saya, itu belakang kira.

Ketika manusia lain nyenyak berselimut dibelai dingin artifisial, saya masih berjaga, tidak tidur. Terima kasih kepada insomnia. Berkhayal ini satu nikmat Tuhan, I tell you. Kamu bebas membiarkan minda separa sedar menceroboh daerah larangan dan melanggar tembok realiti. Kalaulah berkhayal boleh dibikin kerjaya, sudah lama gamaknya saya berhenti belajar.

Saya pernah bayangkan saat saya berkahwin dengan si Gadis. Segalanya romantis bermula dari awal hingga akhir.Tiada kesusahan melainkan kesenangan belaka. Semuanya dialog indah yang diucap dari filem kegemaran saya.

Ia bermula daripada bagaimana saya meluahkan rasa cinta kepada si Gadis di bawah samar cahaya bulan. Bertemankan sebentuk cincin, sang bulan menjadi saksi. Majlis resepsi kami bertemakan perkahwinan di dalam taman. Persalinan ringkas serba putih sambil dihadiri hanya kaum keluarga dan sahabat handai terdekat.

Beralih kepada kehidupan peribadi, aksi kami di katil juga penuh seni dan variasi. Anak-anak kami, seramai tiga orang, comel dan cantik. Mereka mewarisi senyuman saya. Manakala mata mereka mirip si Gadis. Mendiami rumah sederhana besar, sesuai dengan keselesaan. Bekerjaya sepadan dengan kelulusan bidang kemahiran saya. Memiliki sebuah kenderaan untuk kami sekeluarga bergerak.

Dan dalam melalui hidup serba indah bersama si Gadis, saya akan menulis, menulis dan terus menulis. Memuji si Gadis, pastinya. Meluahkan rasa cinta saya tanpa mengenal jemu. Dan di hari tua, segala permulaan pasti ada pengakhiran. Saya akan mati berpelukan bersama si Gadis di atas katil. Saya sertakan juga sekeping nota cinta. Mewakili cinta agung saya bersama si Gadis!

Kecelaruan identiti

Aku tak pernah ada isu jika sesiapa di Facebook gunakan gambar atau nama samaran (jangan terkeliru antara samaran dan palsu). Aku tak pernah peduli semua itu. Cumanya, mungkin ianya akan menyukarkan proses mencari kawan lama ketika zaman sekolah rendah/menengah jika kamu menggunakan gambar atau nama samaran. Selain dari itu, aku tak nampak apa-apa masalah berkaitan penggunaan gambar atau nama samaran.

Aku sendiri, satu ketika dahulu lebih senang disapa dengan panggilan aLep. Kenapa gunakan huruf besar L? Itu rahsia antara aku dan Tuhan. Kamu tak perlu ambil tahu. Sebab itu, kalau kamu perasan, hanya mereka yang rapat dengan aku sahaja menulis nama aku menggunakan hufur besar L. Malah, nama inilah yang aku gunakan ketika menulis sekitar tahun 2008 dahulu.

Kemudiannya, di Facebook, aku ambil keputusan untuk tidak gunakan nama aLep, sebaliknya aku gunakan nama penuh. Bukan apa, I just feel like to. Lagipun, aku sudah puas menyamar menggunakan akaun palsu di Hi5, MySpace dan Yahoo! Messenger.

Di Facebook juga aku punyai akaun palsu, sebenarnya. Namun jarang aku buka dek kerana sibuk 24/7. Ditambah dengan aku sendiri punyai akaun Facebook peribadi (akaun palsu hanya untuk tujuan tertentu). Aku menyamar sebagai apa atau siapa, sekali lagi, kamu tak perlu ambil tahu. Dan jangan pura-pura terkejut, kerana di laman sosial ini kamu dikelilingi variasi personaliti manusia. You name it. Penjenayah, paedophile, penggodam dll. Kamu tak mungkin tahu siapa mereka kerana hakikatnya mereka bersembunyi di sebalik skrin.

Tetapi kalau kamu mahu berkenalan dan berkawan dengan seorang narsis yang mengalami separa kecelaruan identiti sambil dalam masa yang sama, selalu menulis perkara mengarut. Ya, akulah orangnya.

Nota 1 pagi

Pernah dulu, Ayah membebel mengenai barang kepunyaan aku (pakaian, telefon bimbit, dompet, kunci dsb) yang selalu bersepah di dalam rumah. Aku mengaku semua itu kepunyaan aku. Di ruang tamu, di bawah kerusi, di atas katil dan lantai bilik.

Masalahnya, ianya sudah menjadi tabiat. Bila masuk ke dalam rumah, aku keluarkan dompet, kunci dan telefon bimbit kemudian letak/campak merata-rata. Di akhirnya aku akan menggaru kepala, di mana nerakanya barang-barang aku. Kenapa selalu hilang, aku rungut. Walhal aku sendiri tahu jawapannya.

Kini, walaupun tabiat ini masih ada, aku rasakan ianya telah berkurangan. Aku sudah ada kesedaran kendiri untuk menggantung seluar jeans di belakang pintu, menyidai tuala di tempat sepatutnya dan amengumpul baju yang telah dipakai di dalam satu bekas.

Adik aku juga membebel. Katanya, “Apahal baju kau banyak dekat bilik aku? Letak la dekat bilik kau”.

Aku beri alasan, “Alaa, bilik aku penuh barang. Biar je dekat situ. Bukan kacau kau pun”.

Bila difikir balik, aku tak seteruk itu. Cuma kadangkala aku dirasuk rasa malas yang melampau. Jika kena dengan caranya, aku boleh jadi manusia paling berdisiplin. Sekali lagi, aku ulang, kalau kena dengan caranya laa…

Nota pesimis

Ketika adik-adik kecil aku sedang nyenyak tidur, selalu aku renung muka mereka dalam-dalam. Kemudiannya, secara spontan, aku pasti akan mengucup pipi lembut dan membelai perlahan rambut mereka.

What if they die?

Aku tak tahu. Mungkin aku akan jadi manusia paling lost di dalam dunia.

Tetapi, itu kan realiti/hakikat? Manusia pasti mati.

Ya, itu aku tahu. Aku boleh terima kehilangan mereka. Namun, sayang aku pada mereka hanya Tuhan sahaja tahu.

Kau pasti seorang idealis jika mengharapkan segalanya indah, bukan?

Aku bukan idealis. Aku berpijak di atas bumi yang nyata. Mengharapkan cuma perkara indah yang akan berlaku, itu kerja bodoh, buang masa. Aku selalu anggap diri sebagai seorang pesimis. Walaupun ada cakap-cakap mengatakan pesimis ini negatif, down dan selalu putus harapan yada yada yada (yawning).

Hanya mereka yang aku ada untuk hidup sekali ini. Kalau aku mampu tahan Malaikat Maut dari mencabut nyawa mereka, pasti aku buat. It’s either syurga atau neraka, untuk aku bertemu kembali dengan mereka kelak di alam kekal abadi, infiniti.

Aku pilih syurga, tetapi sisi gelap pesimis aku berbisik, kalau bukan di syurga, pasti juga bertemu semula di neraka.

Haih, pesimis pesimis pesimis!

IDGAF!

Ianya sesuatu yang bagus bila ada seseorang (atau lebih) buka mulut, dan berkata sesuatu tentang tulisan kamu. Tak kira sama ada pujian atau kritikan.

Walaupun saya sendiri, secara peribadi, tak pernah suka sesiapa pun komen tulisan saya (atas faktor-faktor tertentu), but hey, at least ada juga manusia sudi untuk bazirkan sedikit masa untuk membaca titipan saya. Terima kasih, terima kasih.

Dulu saya kerap menulis tentang perkara yang melintas di dalam kepala. Kini saya lebih banyak menulis tentang diri sendiri, perkara-perkara mengarut dan lebih parah, tentang cinta dan perempuan.

Saya selalu tanya diri sendiri, “Kenapa kau suka susahkan diri, fikir pecah kepala untuk tulis sesuatu? Apa yang mendesak kau, atau kau yang terlalu terdesak?”.

Saya jawab, “Aku tak tahu, tetapi aku perlu menulis. Obsesi yang satu ini, aku tak perlu jelaskan sebabnya kepada sesiapa”

“Kalau mereka mahu tahu juga sebabnya?”

“Aku pasti akan balas, go fuck yourself!”

Dialog 3 pagi

“Kau tahu tak dalam kepala aku, sentiasa berfikir sepanjang masa untuk menulis.”, aku kata pada dia.

Dia balas, “Kau banyak fikir sangat, nanti kepala kau beruban tau”.

Aku diam.

Kemudian, sambung semula membebel tentang obsesi gila aku ini. “Boleh jadi gila bila simpan semuanya pada diri sendiri, tak ada siapa untuk diluahkan. That’s why, aku menulis.”.

Dia diam.

Aku membebel lagi.

Dia diam. Aku diam.

Akhirnya dia buka mulut dan kata, “Weh, aku mengantuk laa..”

Patut pun diam, dah agak dah.

Timbunan komitmen dan komen berharga

Bila diminta untuk menulis di dalam sebuah projek buku, mulanya aku fikir, “Okay, sounds cool”.

Beberapa lama selepas itu, aku mula sedar, aku tak ada apa pun untuk ditulis sebenarnya. Pertama-tama, menulis bagi aku adalah satu kerja suci (walaupun aku selalu tulis perkara mengarut). Malah aku anggap ianya hanya sebagai kecenderungan waktu lapang, sekadar suka-suka. Kerana itu, aku hanya menulis bila dilimpahi sumber kreatif dan dirasuk sedatif imaginasi terlarang. Dan merungut sendirian bila writer’s block tiba-tiba muncul menjengah. No fucking deadline!

Bila diberitahu deadline untuk projek ini hanya sebulan (dan aku pula sibuk dengan tugasan dan peperiksaan ketika itu), aku mula sesak nafas. Aku nak tulis apa?, persoalan pertama ini datang menerjah benak. Kalau harapkan Muse, sampai sudah tulisan aku tak akan siap.

“Kau tulis je apa pun”, seseorang berkata aku. Aku balas semula, “Ye la, tapi nak tulis apa?”

Fikir punya fikir, aku ambil keputusan untuk selak kembali arkib lama. Cari bahan lama untuk disunting semula.

Jadi, bila siap sunting dan atur susunan tajuk (ikut prioriti), aku beri kepada dua orang, Fatin Amirah dan Nadzirah untuk baca dan komen.

Selesai membaca, mereka komen tentang content, tajuk, ayat yang tak sesuai dan beberapa perkara. Antaranya,

“yang ni apa kau tulis, tak faham pun”

“yang ni pendek sangat, boleh ke?”

“yang ni macam takde content je..”

“yang ni tak payah tukar, dah okay”.

Aku hargai komen mereka. Malah kalau komen mereka berbaur negatif sekalipun, aku tak ambil hati.

Cumanya ada sesetengah perkara yang aku tulis, mereka kurang faham atau mungkin saja tak faham langsung. Aku tak boleh salahkan mereka, atau mana-mana pembaca yang pernah mengalami situasi seperti itu (baca, kemudian tak faham).

Ianya mungkin salah aku (walaupun ego aku kuat mengatakan, “Tak faham? Apa aku peduli!”).

Hilang selera dengan Dunia (2)

Saya tanya diri sendiri, “Jika saya ada sesuatu untuk diganti demi menghidupkan semula arwah Ibu. Adakah saya sanggup?”.

Tanpa teragak, saya jawab, “Saya sanggup”.

“Walaupun dengan mengorbankan rasa cinta terhadap si Gadis?”

I’ve told ya. I would do anything.”, saya jawab. ”Cinta saya pada si Gadis takkan sama tarafnya dengan cinta saya pada Ibu. Sama halnya juga, cinta saya pada Ibu takkan sama tarafnya dengan cinta saya pada Tuhan.”

Monolog sendirian

I don’t know what to write anymore,” aku mengadu pada diri sendiri, “semuanya serba tak kena. How to get rid of this fucking writer’s block?”

Aku merungut lagi, “Aku dah letih merenung skrin menunggu inspirasi datang. Adakah perasaan ini benar-benar wujud ataupun aku sendiri kekeringan kreativiti?”

I feel like I’ve tried everything. You name it, writing on-the-go? Keluar melepak bersama kawan-kawan cari ilham? Berbual bersama orang tersayang? Been there, done that.”, kali ini aku luahkan segalanya.

Melihatkan tiada reaksi, lantas aku bertanya, “Kenapa diam? Tolonglah aku.”

We’re facing the same problem,” dia balas sambil ketawa, “macam mana nak tolong?”

Reminder to self

I often told myself, jangan sewenang-wenangnya ambil hak orang. Tak kira dari segi apa pun. It could be wang ringgit, harta benda waima kekasih orang sekalipun.

Saya sudah beratus kali jatuh cinta dengan kepunyaan orang. Dan setiap kali itu jugalah saya akan mengalah dan berundur setapak ke belakang.

Ianya bukan perangai saya untuk mengambil hak orang, walaupun saya boleh if I want to.

;-)

Hilang selera dengan Dunia

Realitinya, saya cuma seorang remaja yang sukakan penulisan. Seorang yang biasa-biasa. Seorang yang selesa berbaju T-shirt Levi’s lusuh, berseluar jeans yang sudah berbulan-bulan tak dibasuh, dan berambut tak terurus.

Saya jarang pedulikan pandangan orang terhadap diri. Itu cuma pandangan mereka, and yes, I wanna keep it that way. Hanya saya yang kenal diri dalam erti kata sebenar. Atas sebab mudah itulah, saya tak ambil kisah persepsi umum, cuma kadangkala pura-pura peduli.

Lama dahulu, saya begitu hargai komen yang dibuat kepada tulisan saya, kononnya ia mungkin menjadi penanda betapa bagusnya tulisan saya (bagus ke?). Kemudiannnya, baru saya tersedar, komen manusia lain bukan penunjuk betapa bagusnya saya. Hanya saya tahu sama ada saya bagus atau tidak. Orang kata, pandangan pihak kedua penting, untuk mengelak dituduh syok sendiri. Jadi saya kata, saya memang syok sendiri, sebab itu pandangan kamu tak penting ;-)

Mirror: Reflecting on Yourself

Aku tak tahu kenapa, kebelakangan ini, minda aku kerap diterjah dengan persoalan berkenaan perihal ketuhanan.

Semakin membesar melewati batas umur, apakah benar selama ini aku menyembah Tuhan yang satu? Atau apakah aku sekadar menyembah sejadah, sebagai sebahagian ikut-ikutan tradisi religious?

Tuhan itu wujud, aku tahu. Tetapi apa salahnya aku bereksprimen dengan membiarkan minda liar aku terbang melepasi benteng-benteng imaginasi?

Tuhan itu maha kuasa, malah siapa-lah aku hambaNya yang hina ini. Selama mana pun hidup aku, akhirnya aku akan pulang jua ke sisi Tuhan. Jadi, ketika tiba di pengakhiran, apakah Tuhan akan mensia-siakan hambaNya?

Aku fikir tidak.

Catatan orang sakit

Bila ditimpa sakit kepala dan demam yang teruk, saya cenderung untuk berdelusi. Visual-visual ngeri akan terbit di dalam kepala dan suara-suara pelik akan terngiang-ngiang di celah telinga. Perkara tak masuk akal/absurd akan mula menari-nari di dalam benak.

Saya masih ingat ianya terjadi ketika saya masih kecil. Tidak tahan dengan delusi yang menyebabkan kepala sesak, degupan jantung yang laju dan peluh yang basah mencurah, terus saya berlari mendapatkan Ibu. Kehadiran orang tersayang di sisi ketika kamu sakit somehow memberi kamu rasa sense of relief.

Dan seperkara yang sudah lama saya perasan ialah, saya akan lebih dahagakan perhatian ketika sakit. Rasa bagus bila orang tersayang di dalam hidup willing to sacrifice a bit for you. Tak kira lah dari segi wang, masa atau tenaga. Dan kebanyakan mereka juga mengatakan saya lebih mengada-ada (yes, indeed) ketika ditimpa sakit.

Sorry, hehe.

Catatan orang sakit (3)

“Aiman, tolong beli 100Plus botol besar, Coke botol kecik dan KoolFever untuk dewasa”, pesan saya pada adik.

Saya seluk dompet, tergagau-gagau. Kemudian saya pandang semula mukanya.

“Err, pakai duit kau dulu laa…”, ucap saya perlahan.

Catatan orang sakit (2)

Sebak bila Ayah usap lembut kepalaku,
“Baca Bismillah kemudian selawat”,
Aku teguk paksa, perit melalui tekak kering.
Aku tatap wajah yang paling ku sayang.
Ayah kata, “Tidur lah”,
Aku tarik selimut, aku menangis semahunya.
Ayah tahu aku mudah mengalirkan air mata,
Itu sifat aku yang dipupuk sejak kecil.
Sifat yang membuatkan aku ditertawa rakan sebaya.
Tetapi sifat ini yang membuatkan aku kembali memeluk Ayah.
Aku titis air mata, memikirkan bagaimana rasanya kehilangan Ayah kelak.
Ayah yang aku punya untuk kehidupan sekali ini.
Puaskah aku menatap wajah Ayah?
Memegang tangan kasar itu, tangan yang menyuap aku erti kehidupan.
Ayah segala-galanya, aku sentiasa berdoa Ayah sentiasa sihat, tenang hatinya, murah rezekinya.

Pengorbanan seorang Ayah itu, tak mungkin terbalas.

Sekalipun dibayar dengan nilai nyawa.

Nota Rawak

Bagaimana mahu bermula? Saya tak tahu cara untuk menulis sebenarnya. Walaupun punyai sedikit idea untuk dikongsikan dengan manusia di luar sana, itu tak menjanjikan bahawa saya tahu cara untuk menyusun karangan supaya tidak nampak kacau bilau, berterabur dan selayang pandang, tidak nampak seperti amatur (yes, indeed).

Saya tak ada pendidikan khusus dalam penulisan. Malah pengkhususan (major) saya adalah di dalam bidang Information Technology dan juga Business and Economics. Semua ini saya lakukan atas dasar minat semata-mata. Leka bereksprimentasi dengan perkataan, khayal menyusun ayat.

Sesetengah manusia menulis kerana mengejar bilangan pembaca, mengumpul duit menerusi iklan di dalam blog dan untuk memantapkan penulisan. Bla bla bla…

Saya pula senang menulis atas alasan ianya satu ruang eskapisme untuk meluahkan perasaan, melakarkan pandangan dan mencorak pemikiran saya supaya terarah kepada sesuatu yang lebih bagus pada masa akan datang.

Saya punya impian suci untuk baiki tulisan saya, diolah supaya relevan dengan arus masa.

(Di kala ini, kepala saya kosong, dan saya tiba-tiba berselera menulis tentang cinta)

Di dalam hidup, saya pernah jatuh cinta secara serius cuma beberapa kali. Bila saya maksudkan serius, ianya sesungguh-sungguh serius. Saya takkan bermain dengan perasaan manusia lain. Melukakan hati seseorang yang saya sayang, itu adalah perkara terakhir yang saya akan lakukan. Masalah yang timbul bila saya sudah jatuh cinta ialah, fokus saya kerap terganggu. Tulisan saya kerap terarah untuk menulis bibit-bibit cinta. Minda saya terdorong untuk menulis sesuatu yang menggambarkan perasaan saya.

Namun, bila cinta ini ditambat dengan komitmen, saya sudah tidak upaya. Senang cakap, I love you but commitment? Nanti dulu kot. Saya boleh saja terpa ke depan muka kamu, mengaku dan katakan, “Saya sukakan kamu”. Tetapi in the end, saya sendiri tak akan punya banyak masa untuk kamu, melayan perasaan kamu dan sentiasa bersama-sama kamu.

Jadi, daripada saya terus simpan perasaan kepada kamu, lebih baik saya (cuba) hilangkan segala perasaan itu. I got better things to do. But bear in mind, kamu sentiasa ada di ruang hati saya. xoxo

(Teringat perbualan saya dengan seseorang…)

Seseorang pernah berkata kepada saya, “kalau hang tak tahu apa nak tulis, dah blank. Hang tulis je apa yang terlintas di dalam kepala hang.”

Been there, done that. Saya pernah cuba cara itu dan ianya berkesan. Contohnya, seperti sekarang. Saya menulis dan membiarkan tangan mengetik papan kekunci. Ikut sahaja apa yang terlintas di dalam kepala. Walaupun susunan ayat tunggang langgang. Itu belakang kira.

(Bayangan makanan muncul di dalam kepala)

I’ve decided to make a new blog. Mungkin blog yang menghimpunkan koleksi gambar-gambar makanan yang menyelerakan. Besar kemungkinan saya tak akan publish blog tersebut kerana kebanyakan gambar yang saya kutip adalah hasil daripada reblogged. So, it would be a self masturbation. Ereksi minda bila melihat himpunan makanan di dalam format gif, jpeg, png dan sebagainya.

Dan juga saya perlu kurangkan makan. Berat badan saya sudah jauh meningkat berbanding setahun yang lalu.

(Idea tiba-tiba hilang. Saya merenung skrin selama beberapa minit…)

Final exam cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi. Haven’t started on anything. Buku pun tak sentuh. Dan untuk beberapa subjek kategori “killer”, saya sepatutnya sudah mula risau. Saya patut risau, sebenarnya. Lagipun saya ada deadline yang perlu dikejar untuk satu projek. Kalau menjadi, it would be great. Terkejar-kejar sana sini. Nak baca buku lagi, nak menulis lagi.

(Tiba di saat ini, saya mula rasakan karangan bodoh ini patut dipadam dan tak layak untuk dibaca)

Ahh, publish je laa.

As I expected

07 Nov 2010

Actually, I wanted to write something meaningful for my birthday. Kerana tahun ini merupakan tahun terakhir sebelum saya menginjak ke umur 20-an. Sedar tak sedar, ini tahun terakhir umur saya berpangkalkan nombor satu dan saya akan meninggalkan umur belasan tahun. Bakal menyimpan seribu satu kenangan yang berlaku di dalam hidup ke dalam kotak memori. Perangai saya masih sama, tak banyak berubah sejak zaman sekolah menengah. Masih gila-gila, cuma lebih terkawal. Orang kata, sesetengah perkara memang sepatutnya difikir menggunakan otak.

Perkara paling bagus ialah, tiada sesiapa tahu tarikh lahir saya. Don’t get me wrong, saya tak sedih, marah, kecewa atau patah hati. I just don’t fucking care. Jangan pura-pura kamu peduli, a big thanks to Facebook for the birthday notifier, aite?

Seingat saya, kali terakhir saya menyambut hari lahir adalah, hurm, lama dahulu. Mungkin ketika saya masih di bangku sekolah rendah. Bukan tak pernah Ayah beli kek untuk hari lahir saya, but I’m not a big fan of cake. Penyudahnya, bukan saya yang mentekedarah kek itu, tetapi adik-beradik yang lain. Sedap, kata mereka.

Hari lahir bagi saya adalah masa untuk bersenang-senang. For example, baring selesa di atas katil, doing nothing. Atau sekadar berbual ringkas dengan kaum keluarga, adik-beradik atau kawan rapat. Saya seorang yang mudah, you see. Saya peduli apa dengan hadiah hari lahir (walaupun kadangkala saya selalu berseloroh tentangnya). Meningkat dewasa, kebendaan bukan perkara pokok dalam hidup saya. Saya hanya perlukan fundamental living needs seperti memenuhi keperluan diri, jaminan keselamatan dan juga hubungan rapat dengan orang tersayang. Setelah selesai segalanya, barulah saya fikirkan tentang self-actualization.

Kenapa mesti keseronokan hari lahir ini dipalitkan dengan material/kebendaan? Apakah kebahagiaan hanya dapat dicapai menerusi wang ringgit?

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Dongak ke langit, tanya Tuhan.

Berbual ringkas

“Macam mana dengan carutan dalam tulisan aku?”, soal saya.

“Hang kena bertanggungjawab terhadap tulisan hang…”, terang Jay panjang lebar.

Saya hanya tersenyum kecil, dan sekali sekala mengangguk kepala.

Katanya lagi, jika ada orang persoalkan mengapa saya kerap mencarut di dalam tulisan, saya perlu bersedia dengan alasan/jawapan. Mengapa perlu mencarut di dalam tulisan?

Fikir punya fikir, saya sudah ketemu jawapannya. Jika ada yang persoalkan, saya akan kata, “I don’t give a fuck!”