Selasa, 28 Mei 2013

Operasi tamat

"You know what you should do?" Jimi tanya sewaktu aku sedang sibuk menaip nota.

Ini soalan retorikal. Tentulah aku tahu apa yang patut aku lakukan. Tetapi untuk memastikan perbualan tidak berhenti separuh jalan, aku jawab, "Well, why don't you surprise me."

"Stop writing," Jimi balas.

Dengan ketawa kecil dan sedikit sinis, aku sambut, "I can't do that. I promised--

"Listen to me." Jimi balas. "Stop writing."

Ahad, 26 Mei 2013

Every now and then

Di mana letaknya aku dalam hidup manusia lain? I guess I will never know. Adakah seseorang yang aku golongkan sebagai penting, menganggap aku juga penting dalam hidupnya? Adakah perasaan ini mutual sifatnya?

Dan aku masih cuba untuk memahami mengapa persoalan ini muncul secara tiba-tiba.

Sabtu, 25 Mei 2013

This is me, drunk typing.

Mengapa aku cenderung untuk membedah diri sendiri? Menafsir kelakuan, kata-kata dan setiap satu yang terjadi dalam hidup ini.

There must be a reason, bak kata seorang perempuan yang sentiasa mahukan jawapan setiap kali aku kata, don't worry, I'm fine.

Menutup akaun Twitter misalnya. Itu, aku boleh lakukan. But for how long? That's the real question. Katakanlah dalam tempoh seminggu, aku kembali berasa bosan dan mengaktifkan semula akaun.

Soalnya, mengapa? Apakah semangat atau power of will aku hanya mampu bertahan setakat seminggu?

Kerana aku pakar autopsi diri, maka aku ada jawapannya. Aku berpatah balik kerana tidak berjumpa sesuatu untuk menggantikan kekosongan yang ditinggalkan tanpa mempunyai akaun Twitter.

Aku mengaku, ini adalah isu yang remeh, tidak penting dan kedengaran kebudakan-budakan. But that's not the point.

Imagine the possibility. Template situasi ini boleh digunapakai dalam lain-lain situasi kelak. Mungkin dalam skala yang lebih besar atau lebih kecil. We never know.

Aku beritahu diri sendiri, yang aku berfikir terlalu ke hadapan. Not because I want things to be perfect. I just want a heads up.

Pesimis seperti aku bukanlah tidak pernah berharap. Tetapi harapan yang disemai ini, seringkali dicemari nilai-nilai negatif. Contoh seperti, tak menang pun takpa, janji kita berseronok.

That's the lowest form of optimism. Atas sikit dari pessimism. Kerana tak menang pun takpa itu sudah mengandungi nilai-nilai negatif, kemudian baru dituruti oleh optimism atau sportmanship (if applicable).

Tanpa perincian tentang perkara-perkara kecil begini, mungkin aku yang aku sendiri kenal ini tidak wujud. Jika wujud pun, mungkin tidak lengkap.

Tempoh hari sewaktu berhenti di lampu isyarat, aku terfikir, bagaimana jika aku langgar lampu isyarat ini? Bagaimana jika lampu kuning, aku yang sepatut memperlahankan kenderaan, sebaliknya menekan (atau memulas) pedal (atau pendikit) dengan lebih deras?

Adakah tindakan aku ini ada kesannya pada manusia lain, jika tidak pada aku? Adakah dengan aku melanggar lampu isyarat, akan ada sesuatu yang berubah? Adakah timeline akan terpecah dua? Adakah akan wujud alternate reality, atau parallel universe?

But that's absurd, for me to know everything about universe. Dalam kerawakan ini tersembunyi keindahan yang tidak mungkin aku ketahui.

I mean, that's life. 

Jumaat, 24 Mei 2013

Sanity? Perhaps.

Bagaimana jika aku bangun esok pagi, dan berkata dalam hati, with clear conscience, "I'm going to kill someone today."

What does that make me then?

I look at people sometimes, and think, "I could kill him/her right here, right now."

What's stopping me?

Non-linear approach

Seperti aku tidak mampu (atau tidak mahu?) mematuhi apa-apa buat masa ini. It's like I can't follow rules or orders anymore. I just want to skip things i.e. watching movies from the middle, reading the last page of a book before starting it.

I've said it before, and I'll say it again. I just don't fucking care.

Khamis, 23 Mei 2013

Of road trip and materialized remembrance

Antara salah satu kekesalan sewaktu masih menuntut adalah kurangnya road trip bersama rakan serumah. Aku faham, hujung minggu atau cuti-cuti umum merupakan hari rehat, atau hari bermalas-malas untuk sesetengah pelajar. Tidur sepanjang hari, menonton tivi, menyiapkan tugasan pada kadar paling perlahan, melepak dsbnya. Sehingga menjadikan aktiviti ringan seperti berjoging kedengaran melewah.

Aku juga berpendapat begitu pada mulanya, sehinggalah tiba pada semester akhir, aku berasa seperti kekurangan sesuatu. I feel like I'm missing something really important.

Tidak banyak memori untuk aku genggam. Tiada gambar-gambar untuk dibuat kenang-kenangan. Although I'm not a big fan of materialized remembrance, but still. Malah jumlah gambar kami bersama, yang kini berada dalam simpanan, tidak sampai lima keping.

Gambar, seperti juga sebuah tulisan (atau lain-lain medium) boleh dianggap sebagai sebuah manifestasi kehidupan. Dan aku yang satu ketika dahulu, naif yang amat, percaya bahawa sebuah tulisan atau catatan tentulah lebih bermakna jika mahu dibandingkan dengan sekeping gambar. Tidak bermaksud untuk mengatakan gambar lebih berkuasa atau apa, cuma setiap medium mempunyai kekuatan masing-masing.

Namun disebabkan aku bukanlah seorang penulis yang bagus, maka dalam kebanyakan waktu, niat untuk merakamkan satu-satu kenangan - mood, feel, suasana - ke dalam sebuah tulisan, tidak membuahkan hasil akhir yang aku inginkan.

Seringkali yang terjadi, terlahir tulisan-tulisan maha pretentious, yang seronok dibaca, tetapi tidak meninggalkan kesan di kemudian hari.

Selasa, 21 Mei 2013

I'm in my happy place

I had a dream about A last night. Dreams, I don't know why, always start in the middle of nowhere, or in this case, I found myself taking leisure walk along the lake with her.

I don't know why things didn't work out between us in the past (assuming we had a thing). She's beautiful, smart, funny, and she's everything I ever wanted in a woman. But come to think of it, it was partly my fault because I never make any bold move on her.

Nevertheless, we had a date. I mean, not a date 'date'. Nothing fancy, just a casual dinner between colleagues, where I get to stare into her glowing eyes and bait her into thinking dinner is on me (being a gentleman, I paid for both our meals though).

She, in fact, was the first girl I bought a birthday gift. Believe me, I never bought anybody anything (blame it on the gift conundrum). First girl I went to the cinema with. And was the first I ever brought home.

Isnin, 20 Mei 2013

Revelation

Kebenaran kadangkala tersembunyi dan tidak dihiraukan. Atau mungkin berlegar dekat dengan diri kita tanpa disedari. Sebagai contoh, apabila seorang kawan kata, "Jayzuan can't fucking sing", aku bagaikan disapa momen epifani. That's right, aku (dan ramai lagi pastinya) setuju, Jayzuan can't fucking sing.

11:23 PM 6 Disember 2012

Ambitious

Bercadang untuk menulis sesuatu mengenai pegangan Nietzsche tentang moraliti (dan kaitannya dengan rasionaliti) dan beberapa contoh / situasi yang kerap berlegar di dalam kepala.

Oh, tingginya cita-cita ini.

Ahad, 19 Mei 2013

Why don't you go home?

Lewat malam itu
kita duduk di
meja bulat
berbicara soal
angan-angan
harapan
cita-cita
impian.

Dan kita pulang
ke rumah;
tidur dengan
mimpi-mimpi
yang tidak
sama.

Sabtu, 18 Mei 2013

I have come to my senses (3)

Whatever happened to the old me? Yang tak henti-henti bercakap perkara sia-sia. Yang selalu mengucapkan lawak-lawak esentrik. Yang sering melihat manusia lain, dan sentiasa ada sesuatu untuk diumpat tentang mereka.

Here, I have an answer. I can't function well without my friends.

Tetapi adakah aku begitu kemaruk bercakap tentang manusia lain, tentang perkara sia-sia? I'm not sure. Adakah aku salah satu mangsa klasik tekanan rakan sebaya? Oh my, blaming other people for my actions or mistakes is so not me.

The answer is, I used to be a jerk. A real jerk.

Me, and my friends, kami makan di restoran, memilih sudut yang paling hujung, yang memberi akses pandangan terhadap manusia yang keluar masuk sekitar restoran, dan kami akan berborak. Topik tidak penting, yang penting mulut sentiasa ada sesuatu yang merapu untuk diluahkan. You know, for example, A started a joke, B piled on, C piled on, I piled on. Sehingga akhirnya lawak menjadi bertindih-tindih, lapis demi lapis, dan kami sebenarnya ketawakan sesuatu yang sudah hilang punca.

Satu malam, kami duduk di bangku panjang, sambil mentertawakan seorang pensyarah. It amazes me how we could go on and on for an hour saying degoratory things about him. Aku masih ingat berkata, "Gila apa, dekat sejam kita kutuk. Dah berbakul-bakul dosa dah ni."

Atau di kafeteria, menunggu kelas seterusnya, melihat manusia lalu-lalang, kami (hell no aku akan memikul tanggungjawab ini seorang diri) akan memberi komentar mengenai manusia-manusia rawak. I'm not going to lie, kami akan bercakap apa sahaja tentang buah dada, kasut, baju, seluar, rambut, corak baju kurung, jenis tudung, mata, cermin mata, cara berjalan, gigi dan dan dan.

Kami ketawa dan ketawa dan ketawa.

Aku terfikir, adakah komentar ini bergantung penuh kepada keberadaan mereka. Apa akan terjadi, dan paling penting, kemana arah tuju tenaga-tenaga negatif dalam setiap percakapan aku jika manusia-manusia rawak ini tidak wujud?

Jumaat, 17 Mei 2013

I have come to my senses (2)

But the truth is, I never wanted to be a writer. Aku, cuma mahu menulis. Tanpa ada kemahuan atau keperluan menebal untuk diterbit atau dipeduli atau dibaca.

Punbegitu, mempunyai buku, ataupun menghadiri pelancaran buku sendiri masih lagi kedengaran sesuatu yang mengujakan.

Yes, at some point, tentulah aku akan berasa seperti mahu menyertai kelompok massa, terjun ke arus perdana, untuk mempunyai lingkungan pembaca setia. Itu, aku fikir, adalah sesuatu yang normal untuk merasai tempias pengaruh suasana sosial.

Tetapi impian ini dipupuk oleh situasi semasa; tidak jitu, bukan dari keinginan alami atau ghairah mendalam. Ia lahir secara tiba-tiba. Atau dalam kes aku, sewaktu dipelawa untuk menulis cerpen buat kali pertama.

Untuk sesetengah orang, mungkin ini adalah sesuatu yang entah apa-apa; tidak penting. Apa signifikan-nya pelawaan menulis cerpen dengan impian memiliki buku sendiri?

Namun bagi aku, setiap suatu yang berlaku ada kesannya pada diri, jika tidak pada orang lain. Pelawaan ini secara subliminal mewujudkan keinginan (atau kehendak?) untuk cuba melakukan sesuatu yang baru.

But the issue remains, do I really want to be a writer?

I have come to my senses

Sering terjebak ke dalam perselisihan faham dengan diri sendiri, dan kadangkala dengan manusia lain. Heated argument, if you will.

Isu lain, bagaimana pula untuk mengekalkan momentum perbalahan ini dalam apa jua skala yang aku mahu?

Aku masih cuba untuk mengerti bagaimana rasanya untuk membenci seseorang / sesuatu sepenuh hati, atau menyayangi sesungguh rasa.

Because as it turns out, I can't.

Aku mengaku, ada masanya aku berasa terganggu dengan kelakuan, tingkah kata, pemikiran beberapa orang kawan rapat. You see, antara sebab mengapa aku meletakkan batu sempadan di dalam sebuah perhubungan adalah kerana ini. Bagi aku terlalu intim, err... maksud aku, terlalu rapat adalah tidak bagus.

Khamis, 16 Mei 2013

Thursday rant

Life's hard, you know.

Aku kira tiada apa yang istimewa tentang kesedihan atau kegembiraan. Apa yang istimewa adalah ia dilalui oleh seorang yang bernama, katakanlah, Raja Muhammad Aliff.

Knowing me, kamu akan tahu, aku tidak banyak motivasi untuk hidup di dunia ini. Jika ditanya, what do you see yourself doing 5 years from now?

Percayalah, jawapannya hanya akan tiba 5 tahun akan datang.

I have no expectation. I have to motivation. I have no freaking idea. 

Semakin usia meningkat, aku percaya keluarga tidak lagi membawa maksud, sepupu atau tok atau tok wan atau pakcik atau makcik. Terma keluarga kini hanya bermaksud, Ayah dan arwah Ibu dan adik-beradik.

I mean, I enjoy having them (pakcik dan makcik dsbnya) around, sebagai contoh pada hari-hari raya, kenduri-kendara, majlis-majlis kesyukuran. Dengan kewujudan mereka sekadar sebagai satu simbol tentang bagaimana hubungan sosial dikonstruk.

Tetapi idea untuk bergantung harap kepada mereka misal kata ada apa-apa musibah terjadi, belum pernah terlintas di fikiran.

Post-GE13 (3)

(I)
Mulanya aku berkira untuk tidak mahu menulis apa-apa pada bulan Mei. Atas alasan letih (dan tak berselera sebenarnya). Kebanalan ini tidak perlu diraikan, aku beritahu diri sendiri. Ia hanya perlu dilalui, tanpa ada kewajipan untuk aku mengingati setiap satu yang berlaku.

(II)
I told them clearly, bahawa aku adalah produk era Reformasi 1998. Although I wouldn't go so far as to call what I believe as absolute truth. Namun seperti yang sering aku laungkan di bibir tanpa jemu, "Lawan tetap lawan!"

(III)
Terasa dirahmati kerana mempunyai kawan-kawan yang percaya dengan apa yang kami perjuangkan. Dan ternyata ia lebih bermakna apabila dikongsi bersama. Cheers!

Selasa, 14 Mei 2013

Obligation

Apabila ada manusia memberi saranan (atau sekadar bertukar-tukar pendapat) tentang filem untuk ditonton atau musik untuk didengar atau buku untuk dibaca, aku sering terperangkap dalam situasi canggung. I just don't know how to react.

Jawapan piawai yang aku gunakan sebagai mekanisme pertahanan diri, "That sounds interesting. I'll put it in my to-watch / to-listen / to-read list."

That's a bunch of crap to get me out of the conversation, and seems like practical approach on not turning me into a social pariah.

Dan apabila seseorang meminta cadangan daripada aku tentang filem atau musik atau buku yang bagus, paling mudah, aku akan merujuk kepada satu dua filem atau musik atau buku kegemaran. Walaupun ia bukanlah sebuah cadangan per se, namun lebih kepada satu cara untuk aku mengatakan, "This is what I like. And that's that."

Kerana aku tidak tahu rujukan, kegemaran atau pandangan manusia lain terhadap sesuatu perkara. Katakanlah kau condong kepada filem-filem romantik. Filem romantik yang bagaimana (romantragik, komedi romantik dll)? Atau condong kepada musik-musik rock. Musik rock yang bagaimana (post-rock, indie rock dll)? Atau condong kepada buku-buku fiksyen. Buku fiksyen yang bagaimana (young-adult, sci-fi dll)?

I mean, that's a lot for me to process. Ergo I just can't willy-nilly give out random suggestion.

Isnin, 13 Mei 2013

Lopsided

Aku fikir aku buat keputusan yang tepat untuk tidak menulis apa-apa mengenai kunjungan ke Shah Alam tiga bulan lepas. Dalam aku terburu-buru untuk merakamkan setiap memori ke dalam beberapa siri tulisan, semacam ada butir-butir penting yang aku terlepas pandang.

Kini, tiga bulan berlalu, dan aku cuba untuk menyelongkar kembali laci-laci memori, mencari bahan / ramuan untuk melengkapkan catatan sebuah perjalanan.

Just as I thought, there's not much left to write.

Paling ketara dan jelas, aku hanya mampu mengingati intipati sebenar perjalanan ini: we went to Shah Alam to have fun. Manakala elemen-elemen yang menemani perjalanan ini, sebagai contoh, perbualan, tingkahlaku, reaksi wajah, dsbnya seakan-akan hilang; tidak lagi menjadi keutamaan.

Ini dapat dimengerti dengan lebih mudah apabila membaca semula tulisan-tulisan lama tentang tempat yang pernah aku lawati, manusia yang pernah aku temui, serta idea-idea yang pernah aku kagumi.

Seolah-olah tempat-tempat, manusia-manusia, dan idea-idea ini tidak ubah seperti sebuah pesta name-dropping. Kerana, sejujurnya, aku tidak mempunyai recollection atau akses menyeluruh terhadap tulisan sendiri.

Maka tidak hairan, apabila aku membaca tulisan-tulisan lama, wujud perasaan teruja dan kagum dengan diri sendiri, "There is no way I could have written this, this, this and this. Sejak bila aku menjadi begitu bagus?"

Punbegitu, adakah tempat-tempat, manusia-manusia, atau idea-idea ini tidak wujud hanya kerana aku tidak mampu mengingati setiap satu daripadanya. Tentulah tidak, tetapi ini membuktikan keberadaan mereka hanya bersifat sementara dan bertempat.

Mungkin begini gamaknya memori berfungsi. Atau aku sendiri yang sudah terkeliru.

Ahad, 12 Mei 2013

Re: Vagabond

Meja senyap, tak banyak perbualan, masing-masing masih cuba untuk menggenggam kewarasan yang masih bersisa, melainkan sesekali kami ketawa teringatkan peristiwa semalam. "Tengok ni," aku kata sewaktu menunjukkan gambar yang berada di dalam telefon bimbit.

Gambar-gambar yang ditangkap ketika masing-masing sedang khayal. Aku masih ingat memberi cadangan sebelum gambar ditangkap secara rambang, "Apa kata kita ambil gambar. Esok bila tengok balik mesti kelakar."

Phew, what a wild ride.

Selesai makan tengah hari di Gold Chilli SS15, kami menuju ke Sunway Pyramid. Aku tak pasti mengapa aku setuju dengan idea merayau-rayau di dalam pusat beli-belah bersama mereka.

"Ada peraturan esentrik yang aku cipta. Bila terpandang gadis cantik, don't go for a second look. Don't. Just don't," aku kata sewaktu kami bertenggek sambil memerhati manusia-manusia yang meluncur laju / perlahan / tidak meluncur langsung di atas hamparan ais.

Jumaat, 10 Mei 2013

Post-GE13 (2)

"You tau siapa pegang?" aku, tiba-tiba, secara tidak langsung menjadi sebahagian daripada perbualan antara pakcik penjual air dan abang lori ais kiub.

"DAP!" pakcik penjual air tempik sebelum sempat abang lori ais kiub menjawab. Maka tahulah aku bahawa mereka sedang berbicara tentang suasana politik semasa.

"Kalau depa pegang Malaysia, saya mampuih, you pun mampuih. You balik India, saya mana mau lari?"

Dan sesungguhnya ia adalah kunjungan terakhir aku ke gerai ini. Go to hell, you bloody racist.

Post-GE13

Pukul 9 pagi, aku keluar rumah untuk membeli nasi lemak. Selesai memesan nasi lemak dan memilih kuih-muih barang lima enam ketul, makcik A - kita andaikan sebagai A, kerana aku tidak pernah tahu nama sebenarnya - menegur pelekat di motosikal yang memaparkan wajah calon Pakatan Rakyat N51 Pasir Panjang.

"Dia ni sokong Anwar ke?" soal makcik B - yang juga aku tidak kenal - kepada makcik A.

Aku, hanya tersengih kecil, dan keberatan untuk membalas. Kerana soalan ini nyata tidak relevan dengan urusan jual beli, dan jika soalan ini bertindak sebagai agen pemula borak-borak kosong, maka ia adalah, if I may quote Leonard, "a lousy conversation starter."

"Kamu tak turun KL ke haritu?" Makcik A tanya, merujuk kepada satu perhimpunan untuk membantah keputusan PRU-13.

"Sibuk cik. Tak sempat," aku balas, atau dalam erti kata lain, hell no, I've got better things to do.

"Apekehey la Anwar tu..." dan makcik A berterusan mengarut tentang teori-teori konspirasi ciptaan media berat sebelah sambil makcik B melalut tentang keperitan hidup sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

Setiap manusia diberi pilihan (bukan diberi kebebasan) untuk memilih, itu aku faham. But please, you don't have to rub it in my face.

Sabtu, 4 Mei 2013

Doa si pesimis

Tersentuh hati melihat anak-anak muda memegang sepanduk di lorong pejalan kaki, untuk meraih kesedaran tentang realiti yang sedang berlaku ketika ini. 

O Tuhan. Semoga kezaliman dapat ditumbangkan, dan segalanya baik-baik belaka. Amen.

Rabu, 1 Mei 2013

I wonder

Mulakan 1 Mei dengan makan donat untuk sarapan pagi, mee goreng (tak sedap) untuk tengah hari. Disusuli dengan tidur petang selama dua (atau tiga?) jam.

Dan sekarang, dengan mata yang tidak mahu mengantuk, how the hell am I going to sleep tonight?