Jumaat, 28 September 2012

Daydreamer pointless rant #2

Minggu ini adalah minggu yang terbaik aku lalui dalam bulan September. Aku tak pasti kenapa tetapi minggu ini seperti berlaku dengan penuh selesa. Tiada keluhan, tiada kegusaran.

First of all, I saw a nice pair of boobs hanging nicely, without a bra, bila amoi GRO tunduk waktu buang sampah di hadapan rumahnya. Kebetulan ketika itu aku sedang mengayuh basikal di kawasan berdekatan.

I got a job interview in PJ. Tak tahu nak pergi atau tidak. Cause I don't really know what to do with my life now. Ikut suka hati je isi borang itu ini, hantar emel sana sini. Kemudian bila dah dapat, pun masih tak tahu nak buat keputusan.

Dish bagi buku percuma. Out of 100 books, more or less, pick two or three, she said. I asked her why. Dia kata, saje, random. Dan percayalah, diberi pilihan ini sebenarnya satu penyeksaan.

Dapat tahu Meon dan Ikram juga tak hadir ke majlis konvokesyen. Haven't call them yet, dengan niat mahu meraikan ketidakhadiran kami ke sana.

Kawan baik aku, Jambu, juga telah selamat sampai di Glasgow. Sambung belajar di sana selama... berapa tahun entah. Makin sunyi hidup aku. Kalau tidak, boleh kata setiap minggu kami luangkan masa untuk melepak. Aku pesan padanya, "Jambu, aku tak mintak banyak. Aku nak The Satanic Verses je."

Paling kelakar, berselisih faham dengan seorang novelis. Dia marah dengan komen aku mengenai bukunya. Aku okay je. Kerana ini bukan kali pertama aku kutuk... maksud aku, komen buku kemudian dapat reaksi balas yang tidak menyenangkan.

Minggu depan? We'll wait and see.

Rabu, 26 September 2012

Daydreamer pointless rant

Kadang-kadang, sewaktu duduk seorang diri, atau sewaktu berjalan dalam keramaian, I can't help but wonder. Tentang perkara-perkara yang tidak penting.

Seronok bila dapat menemukan perkara yang aku segan untuk lakukan secara realiti. Jadi jalan mudahnya, aku bina imej-imej imaginasi. Malah aku bina sehingga akhirnya menjelma lebih bagus dari realiti itu sendiri.

Sebab itu, aku selalu mengarut di Twitter, dan juga di laman sosial yang lain. Ia membantu aku menyingkirkan apa-apa buah fikiran remeh, yang terlintas secara tiba-tiba. Yang kemungkinan besar jika diperam, akan kembali berulang-ulang dalam kepala tanpa henti.

And yes, I never joke about writing. Even here. This is where the my dear self spend time to express... myself.

Larikan diri dari kegilaan yang aku tidak mampu hindar sepenuhnya.

Selasa, 25 September 2012

The time has come again

Aku tanya Ayah tempoh hari, berkenaan video Innocence of Muslims. Kerana di laman sosial, rata-rata semuanya sibuk membincangkan mengenai perihal ini.

Kalau ini adalah sebuah video tentang cinta atau apa, sudah tentu tidak kecoh begini. Namun ini adalah video yang dikatakan menghina Muhammad. Malah segera menjadi tumpuan umum, umat Islam khususnya, selepas dimuat naik ke dalam laman YouTube.

Sehinggalah aku menjadi geram dengan sesetengah manusia yang mengeluarkan bermacam-macam kenyataan yang tidak perlu serta menambahkan lagi celaru.

Balik kepada persoalan mudah, apa hukumnya menonton video ini? Sewenang-wenangnya, sesetengah manusia berkata hukum menonton video ini adalah haram. Atas alasan, dengan menonton, ia sudah dikira sebagai menyokong penerbitan video ini.

Terangkan kepada aku, tanpa menonton, bagaimana untuk tahu video ini menghina Muhammad?

Ayah kata, bergantung kepada niat di hati masing-masing atas sebab apa video ini ditonton. Untuk mengetahui bahagian mana yang dikatakan menghina Muhammad itu. Atau sebagai pendinding fitnah untuk membuktikan Muhammad bukan seperti yang dituduh sekian sekian sekian, misalnya.

Tetapi jika benar video ini menghina Muhammad, umat Islam ada alasan kukuh untuk berasa marah. Sebagai umat Islam, wajib mempertahankan nabi akhir zaman ini. Kerana Muhammad ini bukan calang-calang, bukan orang biasa, bukan benda main-main.

Kita sedang merujuk kepada satu-satunya nabi yang mampu memberi syafaat. Bukan kepada umatnya sahaja, tetapi kepada seluruh umat-umat terdahulu.

Jadi asas kemarahan orang ramai boleh difahami dengan mudah. Ini bukan semata-mata tentang betapa hodohnya demonstrasi jalanan atau tunjuk perasaan atau perhimpunan aman. Ini adalah berkenaan dengan mempertahankan kepercayaan. It's Faith 101.

Sesetengah berkata, video itu dikeluarkan memang dengan tujuan untuk membangkitkan provokasi. So, just sit back, do nothing and enjoy the show, as they would suggest.

No, I'm sorry. I'm afraid I can't do that. Kalau kekasih Tuhan yang merupakan tempat aku bergantung harap di akhirat ini tidak mampu aku pertahankan, paling kurang pun dengan hati, it just doesn't seem right. At all.

Isnin, 24 September 2012

1:3

Seminggu ini, aku banyak habiskan masa berfoya-foya dengan konsep second person narration. Mostly influenced by Edouard Leve's Suicide.

Sebelum ini aku juga cuba bermain-main dengan konsep meta-fiksyen (though it was not well delivered in the form I intended), dan beberapa konsep lagi. I just want to, you know, broaden my horizon by exploring different style of writing and find one that suits me well.

Namun segalanya masih dalam skala yang kecil. Dan belum mampu diterjemahkan dalam skala yang lebih besar seperti novel, misalnya.

Well, at least I'm trying.

Sabtu, 22 September 2012

Standing in the rain


You haven't been in love for a long time. Looking at the girl you once had a crush, you feel utterly nothing.

How you wish you had someone to talk to right now.

Your handwriting is bad and you should feel bad

You used to write on a piece of paper. Kau tulis tentang hidup dan diri kau. Tidak sama dengan diari, kau biarkan kertas-kertas ini merata-rata, ada di mana-mana. Ada terselit di celah buku, ada terperosok di bawah katil, ada terlipat di dalam dompet.

Sampai satu masa, bila kau baca semula, kau sentiasa tersenyum.

But not anymore. Now, you're too lazy to even pick up a pen and write.

Jumaat, 21 September 2012

There's no us anymore

Kau sering terserempak dengan wajah-wajah yang cantik. Wajah-wajah yang, bagi kau, mempunyai sesuatu yang buatkan kau mahu terus merenung tanpa jemu.

Namun kau selalu salah sangka dan ingat kau sudah jatuh cinta. Sebab itu, kau sering berpesan pada diri, wajah yang cantik tidak semestinya melambangkan cinta. Kerana kau percaya, cinta lebih daripada itu.

Kali terakhir kau jatuh cinta, sewaktu masih menuntut di kolej, ia tidak berakhir dengan baik. Kau ketawa tetapi hati kau terluka. Kau senyum tetapi perasaan kau terguris. Terlalu memikirkan apa yang telah terjadi, menyebabkan rambut kau gugur. Kau sembunyikan segalanya daripada pengetahuan sesiapa.

Kau tak mahu menerima hakikat yang dia telah pergi meninggalkan kau. Kau terus bergelut dalam lumpur penafian. Kau yakinkan diri bahawa kau telah melepasi fasa ratapan jiwa. Walaupun kau tahu, kau masih tidur bertemankan memori-memori ketika bersama.

Dari mata turun ke hati, bak kata orang tua. Maka tak hairan, kau pernah jatuh cinta hampir setiap hari.  Dengan gadis yang mengenakan tonga dress, dengan yang mendandan rambut dengan jalinan french braid, dengan yang melilit tudung dua tiga kali dengan kemas dan bermacam-macam lagi.

Punbegitu, kau tahu, wajah-wajah cantik ini tidak akan kekal dalam ingatan. Mereka akan pudar bersama-sama masa. Kau sedar jatuh cinta sembarangan bukan satu tindakan bijak.

Jadi kau telah cipta peraturan-peraturan esentrik untuk mengelakkan diri jatuh ke dalam gaung kekecewaan. Tetapi, dengan penuh sedar, kau sendiri juga yang melanggar peraturan-peraturan itu.

Kau jatuh cinta dengan kawan baik kau.

You were a child

Kadang-kadang Cahaya datang ke rumah untuk bermain dengan Haikal.

Kalau tidak bermain di halaman rumah, mereka akan menonton YouTube atau mengayuh basikal atau bermain robot kepunyaan Haikal.

Comel orangnya. Berumur 3 tahun. Bila aku tanya, "Nama apa?"

Dia akan beritahu nama manjanya, "Aye."

Saat aku menaip ini, dia sedang duduk di sisiku sambil memerhati skrin komputer. Sudah tentu dia tidak tahu aku sedang menulis sebuah nota untuk mengingatinya.

Rabu, 19 September 2012

"They all say they long to reach their sorrow now" - Silas the Magic Car by Mew

Buku terakhir yang memberi kesan kepada kau adalah buku Edouard Levé berjudul Suicide. Kau pinjam daripada seseorang. Dan kau ambil masa yang lama untuk habiskan.

Kau membaca bukan untuk menjadi mahir atau apa. Kau membaca untuk mencari sesuatu yang kau suka. Sesuatu yang dekat dengan hati kau. Sesuatu yang boleh kau kaitkan dengan diri sendiri.

Kalau kau tak suka, kau akan tinggalkan buku itu dan ambil buku lain. Kau tak rasa kau perlu habiskan setiap buku di dunia ini.

Kau jadi bosan dengan penulis yang perasan deep, koya murung. Kau lebih rela membaca sesebuah karya biasa-biasa daripada membuang masa membaca penulis yang cuba melemaskan pembaca dengan hal-hal yang cetek.

Kau percaya tulisan tentang kesunyian ada nada tersendiri, yang jika terlampau dipaksa-paksa dan dibuat-buat, tidak akan berkesan sama sekali. Kau percaya kejujuran penting dalam menulis sesuatu seperti itu.

Kadangkala kau ulas (baca: beri sinopsis dua tiga perenggan, kemudian ulasan secotet di hujungnya) buku-buku yang telah dibaca di laman web mengumpul ulat-ulat buku dari seluruh dunia. Kau mengulas ikut suka, tanpa justifikasi dan penerangan yang sewajarnya.

Kau tidak serius. Kau anggap ulasan itu hanya sekadar meluahkan apa yang kau rasa.

Kadangkala kau cuba tunjuk pandai dengan menulis ulasan konon cerdik. Walhal kau cuma mengada-kan yang tiada. Kau ketawa bila manusia lain bersetuju dengan kau ha ha ha.

Fragmen yang datang bertimpa-timpa.

Masih ingat lagi bila kau, secara tak sengaja, nampak seluar dalam pelacur yang mengangkat kakinya terlalu tinggi sewaktu turun dari motosikal. Warna merah. Kau pura-pura tak nampak dan berlalu pergi. Imej celah kangkang itu kekal dalam kepala kau sehingga hari ini.

And what about the time when you saw your friend pair of boobs? Dia sedang duduk bersandar di kerusi, seorang diri, membaca majalah. Kau datang dari belakang perlahan-lahan, berdiri di belakangnya. Kau tekup matanya dan kata, "Guess who?".

Tanpa apa-apa niat, kau pandang ke arah bajunya yang longgar, kau nampak buah dada yang lekang daripada coli. Kau lepaskan tangan. Kau terkejut. Kemudian kau pura-pura tersenyum. Kau tak tahu nak beri reaksi apa.

Dan juga ketika berada di rumah sepupu kau. Kau berumur 9 tahun. Atau 10 tahun. Kau bermain dalam bilik bersama-sama dengan beberapa orang sepupu yang lain. Sedang leka bermain, seorang sepupu kau yang lebih tua 2 tahun, masuk ke dalam bilik. Dia memakai tuala, berkemban, baru selesai mandi. Entah bagaimana tuala yang membalut tubuhnya terlucut sehingga paras pinggang. Kau nampak buah dada yang ada tapi macam tak ada.

Di sekolah, waktu rehat, satu hari itu, kau tak ke kantin. Kenyang kerana kau sudah sarapan awal pagi terlebih dahulu. Kau duduk di dalam kelas dengan beberapa orang lain. Seorang kawan perempuan datang ke tempat duduk kau. Dia duduk di sebelah kau. Kau tanya, tak pergi kantin ke. Dia balas, dah. Beli air je tadi. Berbual punya berbual, kau buat dia ketawa. Kau sudah lupa kenapa, tetapi dia tiba-tiba melunjurkan tangan, jarinya pula menuding ke arah kau.

Daripada celah ruang lengan baju kurung yang dipakainya, kau nampak sesuatu yang tak disangka-sangka. Kau terkejut lihat ketiaknya berbulu, tak dicukur. Segera kau ambil tangannya, dan menepis lembut ke bawah. Kau tak mahu dia tahu bahawa kau sudah melihat sesuatu yang tak sepatutnya kau lihat.

Bagaimana pula ketika di kolej, sewaktu melihat gadis-gadis berlari-lari anak meredah rintik hujan. Atau sewaktu berkunjung ke pasar malam, yang menjadi tumpuan gadis-gadis memperagakan tubuh umpama runway fashion show. Atau sewaktu berjoging mengelilingi tasik sebelum gadis-gadis melepasi kau dengan....

Kadangkala kau tertanya-tanya, apakah dengan mengingati imej-imej kekal ini, secara sengaja ataupun tak, membuktikan ada sesuatu yang tak kena dengan diri kau.

Kau cari jawapannya, dan kau pujuk diri, "Nothing's wrong with me."

Ia hanya imej-imej yang kau tiada upaya untuk hilangkan, dengan apa cara sekali pun.

Isnin, 17 September 2012

A love that's so demanding


Terlalu paranoid untuk kehilangan sesiapa ketika ini. Ke mana sahaja aku pergi, aku nampak bayang kematian. Bukan kematian sendiri tetapi kematian orang lain.

Koya tabah & paranoid tahap dewa

Jika mereka pergi meninggalkan aku hari ini atau esok atau lusa atau bila-bila, apakah cukup kenangan kami bersama untuk aku ingati sepanjang hayat aku?

Sudah tentu ia tidak cukup. Tidak pernah akan cukup.

Tetapi dengan kenangan yang tidak seberapa itu, aku cuba juga untuk teruskan hidup. Dengan susah payah.

Sabtu, 15 September 2012

Business student dan buku-bukunya

Oleh kerana rak sedia ada sudah tidak muat untuk menampung buku-buku, maka sesetengah daripadanya terpaksa aku sumbat dalam kotak.

I don't like them stacking on the floor. Nampak bersepah dan sakit mata memandang (wow, look who's taking the high ground now). Jadi penyudahnya, aku sumbat buku-buku yang telah dibaca, yang tidak mampu dihabiskan, yang tidak akan dibaca semula untuk kali kedua, ke dalam tiga (atau empat?) kotak kosong.

Aku bercadang untuk menjual sebahagian buku-buku tersebut. Tambah-tambah lagi koleksi Malaysiana, yang sejujurnya, tidak banyak memberi kesan terhadap diri.

Bukan jual sekadar mengaut untung atau apa-apa, tetapi lebih kepada jual untuk mendapatkan wang untuk membeli buku-buku yang belum (dan tidak mampu) dimiliki. Buku-buku Vonnegut, puisi-puisi Rilke yang hanya mampu dibaca di internet dan lain-lain buku oleh lain-lain penulis.

Yes, I know, never-ending cycle of consumerism.

Namun ketika mahu mengambil gambar kondisi buku untuk tujuan katalog (perkataan 'pengkatalogan' sangat hodoh bunyinya), terdetik di hati, "No, this is not the right time. Maybe I should wait a little longer."

Jumaat, 14 September 2012

Hold on, dear Self.


Masih ingat bila aku kata aku mampu menghadapi Kesunyian, tanpa ditelan perlahan-lahan hingga menimbulkan ruang kosong di hati?

I was lying. I need help. I need someone to talk to.

Decisions are made and not bought, bak kata MGMT

Akhirnya, aku bayar sejumlah wang untuk urusan pemprosesan tamat pengajian, and yes, I'm not attending my convocation.

"Pergi la. Bukan selalu dapat peluang macam ni," of course Ayah is a bit frustrated, he really thinks that I should go. Tetapi apa boleh buat, aku sudah buat keputusan untuk tidak turut serta dalam acara keramaian tersebut.

Kiki called just now, "Aku dengar cerita kau tak turun konvo nanti. Kental jugak kau ni." Aku hanya balas dengan ketawa.

No, I regret nothing.

Seperti surat cinta Will kepada Emma, "I have enough of you in my head to last forever..."

Memori boleh dicipta, direka, tak kira di mana sahaja. In that case, I'll create a new one. With them. Later. Just. Not now.

Khamis, 13 September 2012

Pretty visitor

"You gonna bring someone?" aku tanya, tidak pasti. Kau geleng kepala. Kau kata kau akan datang seorang diri.

"Good," aku balas, lega, "Because with you, it's awkward enough."

Rabu, 12 September 2012

Kau ada tetapi kau tiada



           Kita yang dulu sudah
        menjadi debu-debu yang
  tidak mungkin bercantum semula.


Still considering

"Pergi la," Jimi kata. "Untuk apa?" aku sambut. "Dapat jumpa kawan lama. You've got a lot of catching up to do," Jimi balas.

"Sehari je, it's not everyday you get the chance to meet them," Jimi tambah. Masih berusaha untuk memujuk.

"Tell me, how can I face them when I'm at the lowest point of my life."

The inertia of an object at rest

Bila orang tanya, "Why? Why did you do that?"

Aku selalu nak cakap yang sekarang aku dah ada pandangan berbeza terhadap manusia, dunia, masyarakat dll. Aku tak sama macam aku setahun yang lepas. Aku tak sama macam aku sebulan yang lepas. Aku tak sama macam aku seminggu yang lepas. Aku tak sama macam aku sehari yang lepas.

Selasa, 11 September 2012

Fragmen #1

Cuti Merdeka tempoh hari, aku habiskan dengan berfoya-foya dengan beberapa orang kawan baik di Penang (Yes, I'm too lazy to type Pulau Pinang, plus Penang sounds better).

Fairuz sedang menjalani latihan praktikal di Hospital Pulau Pinang. So, we stayed overnight at his place. Sebelum merancang untuk... oh what the hell. Tiada perancangan sebenarnya. Kami berada di Penang dengan agenda dan rancangan masing-masing. Aku dengan niat mahu ke pesta buku. Jambu pula kerana dipaksa oleh aku untuk ikut sama.

Razin dan Nasrul, beberapa hari sebelum sambutan Merdeka, tiba-tiba muncul dengan cadangan untuk ke Penang. Jadi aku kata, "Why not? Jom la kita gerak sekali."

Dan langsung tidak terlintas di hati kami menjejak kaki di Penang hanya untuk menanti kiraan detik tibanya 31 Ogos dengan khalayak Penang. Malah kami menyambutnya di Hentian R&R Gunung Semanggol, dengan memakan burger yang dibeli di sebuah kampung sunyi di Changkat Jering.

Kami sampai di Penang sekitar pukul 1 pagi. Kemudian terpaksa membuang masa, ditambah dengan sistem navigasi yang tidak berfungsi, dengan mencari rumah Fairuz yang katanya di Jelutong Park. Mujur ada Google Maps di telefon Nasrul. Terhegeh-hegeh mengikut arah yang ditujui sebelum akhirnya bertemu Fairuz di hadapan apartment-nya.

Kemudian kami ke Nasi Kandar Beratur, yang sejujurnya, overrated. Aku berbaris selama hampir 10 minit sebelum tiba giliran untuk memilih lauk. Mehh, biasa-biasa sahaja. Malah aku merasakan Nasi Ganja Yong Suan di Ipoh berganda sedapnya.

3 pagi, kami kembali ke apartment Fairuz yang dihuni seramai 7 orang rakan kolejnya, yang turut menjalani latihan praktikal di hospital yang sama.

Lampu ditutup. I slept like a baby.

Jumaat, 7 September 2012

Reverti-what?

Bak kata seorang penulis (atau siapa-siapa, dah lupa nama), sometimes we only remember what we want to remember.

And by that, yes, we do selectively remember.

Ini terjadi apabila sewaktu proses pencernaan maklumat, yang mungkin tidak lengkap atau bercampur-campur atau apa, menyebabkan memori kadangkala bersifat berat sebelah.

Tetapi aku tidak begitu berminat untuk mengulas tentang ini dari sudut teoritikal. Kerana yang lebih penting adalah apa yang terjadi kepada aku, yang sengaja aku ingin kongsikan di sini.

Kali terakhir aku berjumpa dengan sesiapa daripada kolej (tak kira teman serumah atau rakan sekelas atau pensyarah) adalah sewaktu sesi pembentangan latihan industri pada bulan Mac lepas. Sejak itu, aku tidak lagi berjumpa dengan mereka secara fizikal, melainkan saban hari menatal kicauan mereka di laman Twitter.

Cuma raya Aidilfitri itu hari, aku bertemu semula dengan Zam. Satu Syawal, aku turun bas di Butterworth, kemudian minta tolong Zam untuk ambil dan hantarkan aku ke Sungai Petani.

We didn't talk much. Walaupun aku ada banyak perkara yang ingin dibualkan sebenarnya. Dia letih beraya, aku pun letih beraya, jadi suasana dalam kereta hanya dipenuhi dengan soalan-soalan mengenai perkembangan semasa diri masing-masing.

Juga tidak banyak yang berubah. Zam, yang kali terakhir aku jumpa Mac lepas, masih lagi Zam yang sama. Kecuali kali ini, dia sudah bekerja dan (mungkin) tidak lagi berkira dalam hal wang ringgit.

Atau ia barangkali hanya kesan revertigo. Seperti yang aku tonton dalam siri How I Met Your Mother S03E16, bila Lily mula berkelakuan aneh tatkala bertemu semula kawan lamanya, Michelle.

Ini aku rasai ketika bertemu kembali dengan Zam. Aku tiba-tiba ada kecenderungan untuk berkelakuan sama seperti kali terakhir kami bersua muka. Bagaikan memori yang terbeku, kemudian cair semula apabila kami berbual. You know... just like old times.

Sekaligus mengaburi pertimbangan aku, yang dengan selamba berkata, "Tidak banyak yang berubah sebenarnya."

Khamis, 6 September 2012

But I'm not happier than you

Pengharapan orang lain terhadap diri ini boleh ditolak tepi. Pengharapan terhadap diri sendiri bagaimana pula? Dengan hidup yang tidak membawa aku ke mana-mana, dengan rutin sama setiap hari. Membuatkan aku seperti hilang arah tuju, atau mungkin arah tuju sudah ada sebenarnya tetapi aku hilang jejak untuk seketika.

Murakami kata, pengulangan rutin ini boleh dilihat kesannya dalam jangka masa panjang. Lebih kurang macam proses menguatkan rohani, dengan membenarkan diri diuji dengan rutin sama.

Aku tidak setuju. Malah aku berasakan rutin ini adalah sesuatu yang celaka. Makan nasi adalah rutin bagi aku. Tetapi makan nasi dengan lauk yang sama setiap hari adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Nasi, aku andaikan sebagai teras kepada maha rutin. Lauk pula sebagai variasi yang mengaburi supaya rutin tidak kelihatan menyesakkan dan membosankan. Dan percayalah, melarikan diri sepenuhnya daripada rutin adalah mustahil. Sama sekali.

Begitu juga dengan penulisan. Menulis adalah benda yang mudah. Tetapi apakah menulis tentang perkara yang sama sudah mencukupi? Persoalan ini tidak aku tujukan kepada sesiapa, hanya untuk diri sendiri.

Buat masa ini, aku seakan-akan sudah melupakan cita-cita untuk menerbitkan sebuah novel, himpunan cerpen, fragmen atau apa-apa. Niat itu sentiasa ada namun kadangkala aku alpa. Kelekaan yang tidak disengajakan.

Kalau pun tidak berbumbungkan mana-mana rumah penerbitan, aku sudah berjanji (not exactly berjanji but I think you get the gist) untuk menghadiahkan senaskhah karya kepada kawan-kawan rapat secara do-it-yourself, sifar untung, dijamin rugi.

Kerana mereka tidak pernah memandang rendah cita-cita aku. Mereka percaya bahawa aku ada sesuatu untuk disuarakan. Mereka percaya kepada kebolehan aku untuk menulis.

Mungkin kata-kata Murakami mengandungi kebenaran. Cuma aku masih muda, tidak sabar dan sentiasa mahu segera. Maka atas sebab itu kata-katanya tidak begitu terkesan setakat ini.

Ahad, 2 September 2012

Are you a picky eater?

Sewaktu kecil aku adalah apa yang omputih panggil picky eater. Itu tak makan, ini tak makan. Sehingga satu tahap, walaupun dengan pelbagai lauk-pauk terhidang di atas meja, aku masih tidak berselera untuk menjamah apa-apa.

Ini menyusahkan, terutama ketika berkunjung ke rumah terbuka atau kenduri kahwin. Aku masih ingat suatu ketika tuan rumah menjamu lontong. Malangnya idea mencampurkan nasi himpit dengan kuah lodeh kekuningan, bagi aku, adalah sesuatu yang agak 'bizarre'.

Jadi selaku picky eater, apa yang aku makan sebenarnya?

Ayam aku makan juga, tetapi tidak bahagian kepak dan paha. Tekstur daging kepak dan paha yang lembut (lebih lembut daripada bahagian dada) membuatkan aku geli untuk menggigit.

I know, it sounds really really really weird.

Aku belajar untuk makan sayuran ketika menuntut di kolej. Ternyata hidup sebagai pelajar menjadikan aku lebih menghargai makanan yang dibeli menggunakan elaun bulanan yang tidak seberapa.

Pernah beberapa kali kawan-kawan tanya, "Kau makan udang tak?"

"Tak makan tapi kalau dah terpaksa, telan je la," aku balas.

Jika aku dicampak ke dalam hutan, mungkin aku akan mati selepas beberapa minggu. Atau beberapa hari.

Cuma apabila umur semakin menginjak, aku cuba untuk tidak menjadi terlalu memilih dalam soal pemakanan. Aku berusaha untuk mengenali dan menikmati makanan yang dihidang, tanpa banyak komplen, tanpa banyak kerenah. So-called philosophy of makan dulu, komen kemudian.

Dan percayalah bila aku kata, makan tanpa memberi sebarang komen, that's the hardest part of all.