Isnin, 31 Januari 2011

Reminder to self (3)

Jika aku dihumban ke dalam neraka, pasti jatuh ke neraka yang dalam. Jika aku dicampak ke dalam syurga, pasti yang paling kurang wanginya.

Segalanya sudah tertulis di Lauh Mahfuz.

Hella fun!

Ianya bermula bila Nazhif dan lain-lain, datang ke rumah selepas kami baru selesai makan malam.

"Miss JJ ada cerita pasal Gua Tempurung haritu..."

"Haaa, betul. Macam best," aku cantas. Fyi, Miss JJ adalah pensyarah Pengajian Malaysia kelas aku.

"Esok pergi nak?" dia ajak.

Everyone, including me was like, "Jom lah, jom lah. Takde hal."

Jadi, esok paginya kami bangun awal. Tak tak, bukan kami. Hanya aku seorang sahaja yang bangun awal, sebenarnya.

Selesai sarapan pagi bersama, kami tiba di Gua Tempurung sekitar pukul 12 tengahari. Rancangan asalnya mahu ke sana sekitar pukul 10. Tetapi apa boleh buat. Ha ha!

It was fun trip, though. Hella fun. Took us almost 3 hours to explore Gua Tempurung. Itu pun hanya separuh jalan kerana kami ambil pakej jelajah separuh gua (padah datang lewat, jadi pakej jelajah seluruh gua sudah tamat). Berpeluh juga memanjat tangga. We took lotsa photos berlatarkan pemandangan gua (no wonder trip jadi lambat, tangkap gambar banyak sangat).

Can't wait for the next trip. Let's go!

Coup de grâce

Aku tak tahu kenapa sesetengah manusia kerap memaksa agar perasaan mereka diterima oleh manusia lain. Aku tak akan sesekali buat begitu. Ada sesetengah manusia sukakan aku, dan ada sesetengah manusia bencikan aku. Ini hakikat hidup yang perlu aku hadam.

Bila kamu tak mahu berkawan dengan aku, tiada apa aku boleh buat. Bila kamu tak mahu bercakap dengan aku, tiada apa aku boleh buat. Bila kamu tak mahu pandang muka aku, tiada apa aku boleh buat. Bila kamu bencikan aku, there's nothing I can do, for heaven's sake!

Aku tak akan sesekali merayu, "Tolong, tolonglah. Terima aku". No fucking way. Ianya bukan kerana aku ego tak tentu arah tetapi terkesan melayan perasaan remeh begitu hanya merimaskan kepala.

Aku tak akan ulang perkara sama dua kali. Aku akan minta maaf hanya sekali (itu pun jika benar aku bersalah), dan jika kamu ambil keputusan untuk tidak maafkan aku, that's it. Aku tak akan paksa kamu maafkan aku. We're done, simple as abc.

I got better things to do, anyway. Ciao!

Dari kerusi penonton

Aku tak pernah sukakan filem seram. Tak pernah dan tak akan suka sama sekali. Atas sebab mudah, imaginasi aku terlalu liar. Jika hantu di dalam filem itu hodoh, imaginasi aku boleh jelmakan semula hantu itu berganda-ganda lebih hodoh. Aku kerap mengelak dari menonton filem seram, sama ada di televisyen mahupun skrin komputer. Aku lebih rela menutup mata daripada menatap imej-imej hantu. Imej-imej yang bakal memamah minda aku.

Nadzirah telefon aku, "Alep, nak tengok movie tak petang ni?"

"Cerita apa?" aku tanya.

"Khurafat," dia balas.

Aku diam seketika, tak tahu untuk beri reaksi apa. Aku bukan peminat filem Melayu (atau Malaysia?). Malah filem Melayu terakhir aku tonton di pawagam adalah Senario The Movie. Itu adalah 10 tahun yang lalu, barangkali.

Tetapi, dalam separa sedar dan diresapi intoxicity, aku jawab, "Haa, boleh lah. Tiket pukul berapa?"

"Pukul 4 petang," dia sambut.

Aku tak tahu kenapa aku terima pelawaan itu. But then again, aku sudah terlanjur berjanji. Mahu tak mahu, aku perlu juga pergi kerana tiket sudah ditempah.

Aku tiba di panggung tepat pada masanya (aku rasa-lah), sambil duduk diapit Syamira dan Helmi. Mulanya aku fikir, mungkin aku patut tutup mata ataupun tidur ketika filem ini ditayangkan. Namun apa nerakanya aku ingin menutup mata sesudah membayar tiket berharga 13 ringgit. Jadi aku bulatkan mata untuk menonton.

Filem ini biasa sahaja. Tidaklah begitu menarik perhatian aku (mungkin kerana aku bukan peminat filem seram), dan aku juga tak berminat untuk menulis sebarang ulasan panjang tentangnya.

Despite aku lebih banyak bersembang dan ketawa bersama Syamira ketika filem ini dimainkan, elemen kejutannya tak begitu membanggakan. I was like, "Damn! Aku tau hantu tu mesti datang dari belakang punya. Lepas tu dari kiri, lepas tu kanan. Yada yada yada."

Jika ada manusia ajak aku tonton filem seram selepas ini, aku patut kata tidak. I should learn how to say no.

Tazkirah percuma

Kami sedang bersenang-senang di ruang tamu ketika itu, menonton televisyen. Ianya pukul 8 malam.

"Assalamualaikum," tiba-tiba ada suara beri salam dari luar. Kami ingatkan itu suara ustaz jiran rumah sebelah, jadi kami lari berselerak masuk ke dalam bilik. Bukan takut atau apa, but I was like, "apa lagi yang tak kena ni?". Kali terakhir ustaz panggil, kami ditegur kerana buat bising hingga mengganggu anak kecilnya. Ha ha!

Aku pergi juga ke muka pintu. Menjenguk siapa yang memanggil di luar. Empat anak muda pendakwah atau ringkasnya, mat tabligh datang hampir kepada aku. Aku toleh ke belakang. Yo, Kay, Pidot dan lain-lain sudah lesap masuk ke dalam bilik.

"Haram jadah," aku kata dalam hati.

Aku suruh mat tabligh tunggu sebentar. Aku masuk ke bilik, sarung baju.

"Berapa orang, satu rumah ni?", salah seorang dari mereka (yang paling tua, aku rasa) tanya aku.

"9 orang," aku balas. Ianya ketara. Out of 9, hanya seorang iaitu aku yang berada di hadapannya.

Dia cuba berborak dengan aku. Lebih kepada sesi berkenal dengan orang asing, sebenarnya. Menurutnya, mereka tinggal tak jauh dari rumah aku, selang beberapa blok dan salah seorang dari mereka adalah pelajar semester dua di UiTM Seri Iskandar. Aku juga malas mahu bertanya lanjut. Tambahan, aku sedikit kekok bila berhadapan dengan orang asing. Penyegan tak kena tempat, duh!

Dipendekkan cerita, aku dihujani nasihat dan pesanan berkenaan hal-hal iman, kematian dan soal-soal keagamaan. Aku angguk dan iyakan sahaja apa yang mereka cakap. Aku cuba untuk jadi seorang Muslim yang patuh dengan mendengar sepenuh hati.

Kemudiannya, dia pelawa aku ke majlis agama selepas waktu Isyak di surau berdekatan. Dalam hati aku kata, bersama-sama juga perut yang lapar, "makan dulu, ceramah kemudian."

In my head

I'm so sweet. Playing futsal. Nokia 2630. Scott Pilgrim Vs The World (2010). Si Gadis. Writing all the way. Easy A (2010). Ramona Flowers a.k.a. Mary Elizabeth Winstead xoxo. Michael Cera. Late nite phone call. Seri Iskandar. Restoran Salam Corner. Si Gadis xoxo. Facebook Mobile. Si Gadis xoxo. Sitiawan. Thinking too much. Thinking too much. Egoist. Hubris. Love. Chinese New Year. Self-confessed narcissist. Jack Black. Writing, writer's block. 140 km/h. Staring at boobs. Psychology. Drink and drive. Alchohol-free. Menoreh getah. Si Gadis. Si Gadis. Si Gadis. Stop thinking. Mati. Neraka. Syurga. Bidadari. Malaikat. Shutting down. Books. Reading books. Meeting people is easy. 08:15pm, staring at empty screen. Writing, thinking, Si Gadis, perfect combination. Talking to her. Interrupted. Fuck myself. Si Gadis. Si Gadis. Si Gadis. Si Gadis. Si Gadis. Si Gadis. Si Gadis. Si Gadis. Si Gadis. I'm in love (was). I'm sorry. Pathetic. Eating. Foods. Si Gadis xoxo. That's all.

Jumaat, 28 Januari 2011

So-called confession (2)

Aku tak pernah suka jika ada manusia mahu lihat aku menulis. Maksud aku, mengintai-intai untuk lihat apa yang aku tulis, atau taip. Sama halnya jika kamu ingin melakukan senggama, mukah, zina, asmara atau seks. Pasti kamu tak suka manusia lain mengintai melihat kamu beraksi di ranjang.

Proses menulis adalah sesuatu yang aku tidak akan kongsi dengan sesiapa pun. Aku lebih rela menulis nota halimunan di dalam kepala berbanding menulis di hadapan kamu.

Prosesnya adalah hak mutlak aku. Itu sahaja. Hasilnya pula bila sudah siap, terserah kepada kamu, kamu boleh lacur dan niagakan sesuka hati.

Transcendental

How to explain? How to explain? How to explain?

I don't know what to write anymore (aku sudah tulis ayat ini berulang kali sebelum ini). Bila hilang motivasi, I just don't care anymore. Aku tak peduli ayat apa aku mahu guna, tak peduli cara susunan ayat, tak peduli apa yang aku tulis, dan tak peduli siapa akan baca tulisan aku.

Terus terang cakap, people do read my shit. Apapun yang aku tulis, mereka tetap akan membacanya. Kadangkala, aku pernah terfikir untuk berhenti menulis seketika. Practically, doing nothing.

Aku tak pernah bosan menulis, cumanya kini aku bosan dengan dunia, and of course bosan dengan manusia di luar sana.

But then again, how to explain?

Berhenti menulis bermakna umpama aku hentikan bekalan oksigen ke kepala.

So-called confession

Well well well, aku sudah beritahu sebelum ini. Aku boleh jadi manusia paling baik jika aku mahu. Aku juga boleh jadi syaitan jika aku mahu. Aku juga boleh jadi egoist, jadi chauvinist waima moralist.

Pokoknya, aku mampu jadi siapa yang aku mahu. Despite segala pilihan yang aku ada, aku pilih untuk jadi diri sendiri. Me, being myself.

Aku seperti manusia lain punyai rasa gembira, sedih, iri, cemburu, marah, kecewa, geram, tenang dsbnya. Aku adalah hidupan kompleks yang cuba jadikan kehidupan ini sesuatu yang mudah.

Aku, yang kamu semua kenal adalah seorang yang sentiasa tersenyum, kerap ketawa dan di muka aku jarang tertulis riak kesedihan.

Aku tak pernah kongsi masalah aku dengan manusia lain. Semuanya aku simpan sendiri. Bila orang tanya, "kau okay ke?", atau "what's wrong with you?", aku pasti akan jawab,

"Aku okay je," atau, "tak ada apa-apa lah."

I don't have the urge to tell everyone. It's my fucking problem anyway, biar aku tanggung sendiri.

Ini bukan nota minta simpati whatsoever, this is just me, being myself. I've told ya earlier.

Commercialization

01:57pm Sunday 23 01 2011

Menghasilkan sesuatu yang komersil tidak begitu rumit. Formulanya mudah, asalkan boleh diterima ramai, itu dikira komersil. Ianya sesuatu yang menyenangkan bagi ramai orang.

Lawan bagi komersil adalah tidak komersil. Contoh bagi musik, aku pilih Mars Volta. Setakat ini, aku belum pernah dengar mana-mana radio tempatan putarkan lagu mereka. Kerana apa? Kerana lagu mereka tiada (atau kurang) nilai komersil. Tak percaya cuba dengar sendiri.

Dalam blogosfera, blog komersil adalah blog yang penuh iklan dan sarat dengan banner, lebih banyak gambar daripada huruf, dihiasi dengan auto loaded music player. Eh tunggu, itu bukan ciri-ciri blog komersil, itu adalah ciri-ciri blog hampeh.

Ada garis halus memisahkan blog komersil dan sampah. Blog komersil juga boleh menarik minat orang seperti aku jika kena dengan caranya. Asalkan simple, tertib, kemas, punyai attitude dan paling penting, content-nya ada menjanjikan faktor 'sesuatu'.

Geddit?



Rabu, 26 Januari 2011

Makanan sekitar Seri Iskandar 7.0

Di Seri Iskandar, Perak ini, kedai, gerai, restoran, warung, outlet, francais berasaskan makanan adalah sedikit jumlahnya, let alone fast food franchise. Pilihan makanannya juga terhad (padan dengan populasi penduduknya).

Hurm, where do I even start with?

Di sini, restoran Mamak hanya ada 4 buah (correct me if I'm wrong). Dua buah di Sidec dan dua buah lagi di Bandar Universiti. Aku jarang ke restoran Mamak di Sidec. Selain faktor jarak, restoran Mamak di sana tak punyai vibe yang sentimental untuk melepak. Malah terkesan, aku semak kepala melihat pelajar UiTM bersepah-sepah di sekitar sana. Makanannya tak perlu aku cerita, ianya tipikal Mamak. Tak sedap mana pun.

Dua buah restoran Mamak di Bandar Universiti juga tak punyai apa-apa keistimewaan. Tetapi aku lebih suka suasana di sini. Pekerja Mamak di sini juga sudah kenal dengan kami serumah. Memandangkan lokasi restoran Mamak ini hanya beberapa langkah dari rumah sewa aku, maka tak hairan ia jadi tempat melepak aku dan kawan-kawan. Selain itu, sudah beberapa kali aku makan percuma di situ (if you know what I mean).

Berkenaan makan tengahari, jika aku tidak membungkus makanan dari kafeteria kolej, selalunya aku akan makan tengahari di restoran Melayu (kadangkala, restoran Mamak). Misalnya, restoran Deli Planet. Makanannya biasa-biasa sahaja (walaupun ada yang mengatakan makanannya murah). Suasana restorannya tidak begitu menyenangkan. Gelap, kusam dan muram. Restoran Tg. Corner di Bandar Universiti overrated, barangkali. Makanannya teruk dan tambah sakit hati, mahal pula. Jika kamu melepak makan malam di situ, kamu akan mati kebosanan. Persekitarannya mati, laksana desa tak berpenghuni. Umpama kamu dihantar ke Coventry.

Makan malam pula, aku pilih restoran Nasifah, Madina, Sabila, Mesra Tomyam, Nasi Lemak Kukus dan Gelas Besar. Ini antara tempat yang kerap aku kunjungi. Restoran Nasifah makanannya okay dan servisnya pantas. Nasi goreng kampungnya aku kira sedap juga. Restoran murah dan servis pantas adalah kombinasi sempurna. Restoran Madina juga salah satu tempat kegemaran aku. Dengar cerita ramai tak berani makan di sini, konon restoran ini disantau. Tetapi aku peduli apa. Kalaupun aku mati disantau, at least aku mati kekenyangan. Kebelakangan ini, aku kerap berkunjung ke restoran ini. Bukan kerana makanannya bertambah sedap atau apa. Cuma salah seorang pelayan perempuannya, cukup cantik di mata aku. The fact she's being sooo nice to me juga menyebabkan aku senang berkunjung ke situ. Hai, awek Kelate. xoxo!

Well, anyway, jika mahu merasa masakan pantai Timur, aku sentiasa ada restoran Sabila. Nasi dagang dan nasi kerabunya quite nice. Tomyamnya juga cukup sifat. Tak terlalu pedas, dan tak terlalu tawar. Jika mahu merasa masakan tak sedap dan sup tawar, dipersilakan ke Mesra Tomyam. Aku tak tahu kenapa restoran ini ramai pengunjung, walhal masakannya serius hampeh sehampeh-hampehnya. Restoran Nasi Lemak Kukus juga dalam kategori hampeh. Malah, aku pernah jumpa lalat mati di dalam bungkusan nasi lemak. Tak guna punya restoran!

Last but not least, restoran Gelas Besar di hadapan kawasan perumahan Sidec. Inilah restoran paling hampeh, bagi aku. Servisnya lambat, pelayannya bingung dan masakannya juga so-so. Aku tak pasti apa nama sebenar restoran ini, tetapi semua orang memanggilnya Gelas Besar (terkenal dengan jus buahan bergelas besar). Kali terakhir aku makan di sana, aku tak henti-henti memaki kerana makanan dan minuman lambat sampai. Aku tunggu setengah jam untuk segelas air kosong, kamu tahu. Aku ulang, segelas air kosong!

Bila melibatkan makanan, aku memang cerewet. Dang!

Ahad, 23 Januari 2011

04:09am Sun 01 23 11

Arep bangun dengan rasa malas-malas. Letih benar badannya. Ikutkan hati memang dia malas untuk buka mata, apatah lagi bangun awal pagi begini. Paling dia tak tahan, air sejuk umpama ais waktu menjirus untuk mandi.

Dia pandang jam dinding. Terkebil-kebil sambil mengesat mata. Sudah pukul 8, dia monolog sendirian. Arep duduk di sisi katil, menghirup udara pagi. Dia goncang kotak rokok di atas meja sebelah katil. Kosong. Digumpalnya kotak itu lalu dicampak ke dalam bakul sampah.

Arep perlu bangun awal pagi ini. Jika tidak kerana janji dengan Zaini semalam, pasti dia sedang terbongkang tidur ketika ini. Zaini pesan kepada Arep di rumahnya semalam, "esok kau datang pukul 9 pagi. Jangan lewat, sebab tengahari esok aku ada urusan lain."

Itu bukan kali pertama Arep bertemu dengan Zaini. Zaini berumur sekitar 30an, tua 5 tahun dari Arep. Sebelum ini kerap juga Arep ke rumahnya. Siapa tak kenal Zaini. Kalau ada apa-apa masalah, orang akan mencari dia. Zaini bukan tok bomoh, pawang, ahli sihir atau apa, malah dia cukup marah jika ada orang memanggilnya sedemikian.

"Aku bukan bomoh. Daripada aku jadi bomoh, baik aku kerja dekat 7-E," Zaini kata.

Dengar khabar, Zaini banyak keistimewaannya. Lagenda mengatakan dia mampu sapu nasi 5 pinggan sekali makan. Tidur 48 jam dan mandi sepantas 2 minit. Arep ragu-ragu juga dengan Zaini. Tetapi apa boleh buat, dia tiada pilihan lain.

Melangkah masuk ke dalam tandas, Arep celup tangan ke dalam kolah. Menggeletar tangannya. Dalam hati dia kata, esok juga aku mahu ke kedai elektronik dan beli shower water heater. Namun, itu cuma mimpi. Makan dan minum pun cukup-cukup, lagikan mampu untuk beli benda alah itu. Duit sewa, bil itu, bil ini, duit minyak yada yada yada. Arep menetap di pinggiran bandar. Rumah sewa yang sedang didiaminya sejak setahun lalu. Dulu, dia tinggal bersama dengan seorang kawan tetapi kawannya sudah keluar. Pindah ke kawasan lebih bagus.

Kerja sebagai pereka grafik di syarikat kecil mampu untuk menyara hidup. Selama ini, belum pernah lagi ada rekod Arep kebuluran. Cuma duit lebih untuk berseronok jarang ada. Namun, dia tak pernah merungut. Hidup begini sudah cukup bagus.

Selesai mandi, Arep cepat-cepat sarung pakaian dan hidupkan enjin keretanya. Dalam perjalanan, dia teks Zaini, "aku on the way."

Sesampai di rumah Zaini, ada sebuah kereta di halaman. Arep tunggu di luar kereta. Menanti Zaini keluar menjemputnya. Seketika kemudian, Zaini keluar, "tunggu kejap, lima minit lagi."

Arep tunggu. 5 minit. 10 minit. 15 minit. 20 minit. Dia benci menunggu, seperti tunggul kayu. Silap haribulan, jika lama benar menunggu, sudah lama Arep pulang. Mujur pagi ini moodnya baik. Cuaca juga redup dan sedikit berangin. Selepas beberapa lama, baru keluar seorang pemuda beredar dengan kereta yang diparkir di halaman tadi. Melihatkan muka Zaini, perkataan pertama yang keluar yang keluar dari mulut Arep, "Haram jadah 5 minit. 5 minit janji Melayu."

Zaini ketawa kecil. Dia kenal perangai Arep.

Duduk di sofa, di hadapan Arep terhidang kuih sepiring dan air kopi secawan. Dia bencikan air kopi. Bagi Arep, air likat hitam legam pahit itu tak layak dijamah tekaknya. Jika di rumah, dia lebih selesa dengan air teh atau apa-apa, selain dari air kopi. Namun, sudah adat bertamu ke rumah orang, Arep hirup juga.

"Sekarang, macam ini lah," Zaini kata, "benda yang aku suruh kau cari ini, ada dalam kertas aku tulis."

Zaini tuding jari ke arah kertas di atas meja. Arep tenung kertas itu. Dia garu kepala, "apa benda ini Zaini?"

Arep pandang muka Zaini dan kemudian pandang semula kertas berisi tulisan itu. Pelik sungguh permintaan Zaini. Dia mahukan...

(malas nak sambung)

Ha ha ha!

Sabtu, 22 Januari 2011

Draft document

Dalam simpanan aku, ada tulisan bertarikh Disember 2009 yang belum disiapkan. Jika dihitung, ya, sudah setahun lebih terperap di dalam draf. Tulisan ini sudah hilang makna, tidak relevan jika disambung, barangkali.

Aku cuba juga untuk sambung mana-mana bahagian yang patut. Campurkan sumber-sumber baru. Pusingkan ayat, padam itu, padam ini. Tetapi semuanya serba tak kena.

Aku setahun yang lalu, tak sama dengan aku sekarang. This makes sense somehow.

Sarapan pagi di rumah

Aku bangun awal pagi ini, sembahyang Subuh dan kemudian keluar mencari makanan.

Aku hidupkan enjin dan beli nasi lemak tak jauh dari rumah. Tak sedap mana pun, bolehlah sekadar untuk mengalas perut waktu pagi yang sejuk ini. Nasi lemaknya tak lemak. Sambalnya pula rasa seperti sambal semalam yang dicampur sambal hari ini (penjimatan kos, my ass).

Aku beli empat bungkus (aku makan dua). Bila siap dibungkus, makcik itu minta, "4 ringgit 80 sen, dik."

Aku gagau dompet. Holy shit, aku cuma ada 4 ringgit. Aku belek lagi dompet, mencari duit terselit. Sudah tentu ianya hanya pencarian retorik, kerana aku tahu, aku sudah kehabisan duit.

Jadi aku letak 4 ringgit yang aku ada di atas meja dan terus berlalu dari situ, tanpa menoleh ke belakang.

Bukan kali pertama aku buat begitu. Di restoran Mamak, aku kerap makan dan minum percuma. Pesan roti telur dua dan Horlick ais, sedangkan di dalam dompet, aku cuma ada 1 ringgit.

Kadang-kadang aku bayar juga, walaupun bukan dalam amaun sebenar. Aku pesan Milo ais tetapi bila tiba di kaunter, aku bayar, "Mamak, ais kosong satu, haa."

Aku sudah kenyang, sekarang aku mahu baring di atas katil. Good morning, world!

Jujur

"Hijau jalan, merah berhenti," Adik kata bila melihat lampu isyarat.

"Eh, mana ada," aku sambut, "Hijau berhenti, merah jalan."

"Takkkk, salah," Adik balas.

Aku saja mengusik. Campurkan sedikit kekeliruan dalam diri si kecil ini, selitkan hipokrasi. Well, sudah tentu dia tak akan mengerti semua ini sekarang. Adik masih kecil.

"Kalau lampu warna kuning?", aku tanya lagi.

"Err, entah," Adik balas sambil mengangkat bahu.

Ada dua jawapan. Lampu kuning sama ada bersedia untuk berhenti ataupun tekan pedal minyak, laju lagi.

Walaupun dunia ini penuh dengan hipokrasi, aku tak sampai hati untuk bunuh mimpi indah si kecil ini. Dia perlukan Harapan.

Jadi aku jawab, "Lampu kuning kena berhenti. Kalau tak, mati kena langgar nanti."

Jumaat, 21 Januari 2011

Nota dari tandas

Ada sesetengah masa, idea yang bernas datang ketika kamu sedang duduk atau mencangkung di dalam tandas. Ianya ironi bagaimana satu tempat yang kotor boleh jana buah fikir (kotor atau tidak buah fikiran kamu, jangan peduli).

Bersendiri di dalam tandas, state of solitude, sambil fikiran bebas melayang membayangkan perkara-perkara rawak. Ada yang gemar membaca di dalam tandas, memegang surat khabar atau buku. Ada yang suka memasang earphone mendengar musik. Ada yang menghisap rokok. Ada yang menaip teks. Ada yang menulis nota halimunan di dalam kepala.

Atau macam aku, I go for mobile blogging kerana nota ini ditaip ketika aku berada di dalam tandas. Now please excuse me, aku ada punggung yang perlu dibasuh.

Dua hala

Aku dongak ke atas,
ada lapis pertama,
lapis kedua,
lapis ketiga,
selapis demi selapis,
atas lagi ada awan,
atas lagi ada bintang,
atas lagi ada langit.
Di atas langit ada syurga.

Aku tunduk semula ke bawah,
sebelah kaki aku,
sudah pun berada dalam gaung neraka.

Foods and travel

"Sabtu depan kita pergi Hollywood. Makan breakfast. Okay, cun?", aku tanya pada Kiki.

Mind you, ini bukan Hollywood di Barat. Ianya di Ipoh (sila Google). Kali pertama dulu, aku ajak pergi bersama tetapi dia terbongkang tidur, tak mampu bangun pagi.

"Aku tak ada hal. Jom la," dia balas.

"Jangan sembang sudah la," aku kata, kemudian ketawa.

Dia senyum, kemudian ketawa. Dia tak pernah ambil serius apa yang aku cakap. Memang patut pun, kerana aku sendiri jarang serius.

Rancangan asal mahu sarapan pagi di Ipoh, kemudian petangnya pula makan sesuatu yang sedap sama ada di Taiping atau Kuala Kangsar (lokasi tak penting, asalkan makanan sedap).

Apa-apa pun, aku tunggu Sabtu depan dengan penuh sabar. Kita tengok siapa yang tak mampu bangun pagi ;-)

Multitasking

Aku risau bila Ayah balas teks atau jawab panggilan ketika sedang memandu. Of course, without handsfree whatsoever. Mulanya, aku mahu tegur, tetapi aku lebih teruk dari Ayah sebenarnya.

Pernah sekali itu aku pulang dari Ipoh, tangan sebelah kanan memulas pendikit (throttle) manakala sebelah tangan kiri memegang handphone sambil membalas teks.

Kawan aku hantar teks, "Kau ada dekat mana ni?"

"Atas motor," aku balas, "on my way back home."

Aku juga pernah melayari Facebook dan Twitter ketika menunggang di atas motosikal. Berbalas komen, kemaskini status dll. Tumpuan aku kerap beralih. Kejap kejap pandang jalanraya di hadapan. Kejap kejap pandang skrin handphone. Kadangkala, menunggang berseorangan boleh jadi sangat membosankan, you know.

Multitasking, that's explain much. Yup, I'm such a multitasker. But definitely, aku perlu buang tabiat buruk ini. Secepat mungkin.

Perbualan di dalam kereta

Belum sempat melangkah masuk ke dalam kereta, Adik kata, "Chiko dah hilang."

"Hilang? Hilang pergi mana?", aku tanya.

Adik ketawa, "Tak ada la, main-main je. Chiko ada dekat rumah."

Fyi, Chiko adalah seekor kucing yang Adik jumpa beberapa minggu lepas. Comel dan jinak, juga berbulu lebat. Termasuk Chiko, aku sudah ada tiga ekor kucing di rumah. Dua ekor lagi bernama Ren (sebut:Rain) dan Abu. Dan jika ada lagi kucing datang ke rumah, aku mahu namakan err... okay, itu nanti dulu.

On my way back from Seri Iskandar to Sitiawan, dalam kereta, Kakak beritahu, "Nanti Kakak cuti dua bulan setengah."

Tak adil, aku keluh dalam hati. Dia dapat bercuti dari aktiviti kolej selama dua bulan dan aku pula bakal bergelut untuk semester empat.

"Nanti Kakak ambil lesen kereta. Masa cuti ni ada masa," Ayah sambut.

Selepas itu, Ayah tanya soalan lazim itu kepada aku pula, "Abang bila nak ambil lesen?"

Spontan aku jawab, seperti selalu, "Nanti la, malas."

Yes indeed, memang aku malas. Aku tiada sense of urgency. Kenapa perlu tergesa-gesa? Plus, I don't even own a fucking car, for heaven's sake. Hampir semua kawan aku sudah punyai lesen kereta. Mempunyai lesen memandu bukan lagi kemahuan, malah sudah jatuh menjadi keperluan (bergantung kepada situasi).

Namun, aku pergi ke mana-mana, ada orang boleh bawa/tumpang. Malah pernah ada perempuan pelawa aku keluar bersama, aku kata, jujur, "Saya tak tahu memandu."

Reaksi dia, sedikit terkejut, malah dia ketawakan aku (cis!).

Khamis, 20 Januari 2011

Dear sir, (2)

I received tons of phone calls yesterday. Yada yada yada, regarding my fucking MTweeter subscription.

Operator Maxis, operator itu, operator ini, operator bahagian teknikal apa entah dan customer service assistant, semuanya hubungi aku semalam. Something went wrong again, they still had no idea how to cancel the subscription. The reason is simply because they need to speak to my sister for so-called confirmation purpose. Fyi, my Maxis number been registered under her name.

Isunya di sini, adik aku bersekolah asrama dan handphone adalah satu barang larangan di asrama. The problem is that I can't reach her. I have to wait for another public holidays for her (and me) to sort out this fucking thingy together.

Kerenah birokrasi memang meletihkan.

Sigh.

Konotasi

Jika kamu membaca tulisan aku, kamu perlu baca dengan teliti. Sesetengah dari pembaca aku, sering terpinga-pinga tak memahami apa yang aku tulis. Mereka bilang aku tulis bersimpang siur, tak teratur. Aku beritahu mereka, supaya baca dengan konotasi yang betul. Tarik nafas dalam-dalam, baca perlahan-lahan dan berhenti di tanda baca yang betul.

Jika masih tak faham, baca semula sekali lagi. Jika masih juga tak faham, kamu memang bod...

Rabu, 19 Januari 2011

Menggunakan Tuhan

Pensyarah aku untuk subjek Pengajian Malaysia bercerita tentang perjuangan Haji Abdul Rahman Limbong di dalam kelas tempoh hari.

"Apa sebab utama dia melakukan penentangan terhadap British?", pensyarah aku tanya kepada kelas.

Aku seperti biasa, diam. Kalau aku buka mulut ketika itu, jawapan aku pasti mengarut kerana aku tidak tahu apa-apa. Who the fuck is Haji Abdul Rahman Limbong? Seriously, I have no idea. Cuma aku masih ingat jawapan pensyarah aku iaitu, Haji Abdul Rahman Limbong melakukan penentangan (atau pemberontakan? Whichever comes first) kerana menganggap penjajah British tidak layak untuk mengutip cukai dan mengatakan bahawa tanah ini milik mutlak Tuhan.

Petang itu kelas tamat seperti biasa, dan aku terus kekal ingati jawapan itu.

Selepas ini, aku nekad tak mahu bayar tol lebuhraya dan aku pasti akan beri alasan, "Jalanraya ini milik Tuhan."

Period.

Isnin, 17 Januari 2011

Selamat pagi!

Sejuk-sejuk air pagi,
sejuk lagi panas matahari.

Ahad, 16 Januari 2011

Pseudo-anti sosial

Selaku pseudo-anti sosial yang tegar, aku benci dikerumuni manusia. Jikalau aku ke tempat-tempat sesak seperti pusat beli-belah, majlis kenduri kahwin, food court sekalipun, aku lebih senang untuk buat hal sendiri dan tak pedulikan suasana atau manusia di sekeliling.

Aku bukan jenis manusia yang mudah larut dalam suasana. Aku tak akan terpengaruh dengan situasi. Kerana aku letakkan rasionaliti di tahap yang sepatutnya.

Punbegitu, aku tak pula gemarkan suasana sunyi. Aku cuma sukakan suasana tenang.

At ease.

Reminder to self (2)

Ya, ya. Aku menulis puisi dan perasan ianya puisi paling bagus dalam dunia.

Noktah tamat

Pagi ini aku bangun awal dan dikejutkan dengan berita kematian. Ketika mendengarnya, aku kata dalam hati, "Oh nice. Permulaan hari yang sangat sangat bagus."

Jadi aku tanya pada Ayah, "Siapa yang meninggal?"

"Pakcik Zaber," Ayah balas, "meninggal malam semalam, eksiden."

Kami sekeluarga sudah kenal lama dengan arwah. Malah, dia sudah lama berkawan dengan Ayah sejak Ayah masih bujang lagi. Dulu sewaktu aku kecil, kerap juga dia datang berkunjung ke rumah. Aku sedikit terkejut pada mulanya, tak tahu untuk beri reaksi apa, sebelum tersedar bahawa tiada apa yang perlu dihairankan dengan kematian. Ini semua kerja Tuhan. Hidup dan mati aku juga di tanganNya. Cuma aku tak tahu bagaimana pengakhiran aku. Baik atau buruk, aku betul-betul tak tahu.

Moga-moga Pakcik Zaber berjaya harungi Munkar dan Nakir. Amin.

Puisi untuk Keluarga


Aisyah, Aiman, Aliff.
Haikal Haziq, Danial Ihsaan, Sarah.


Menatap potret keluarga,
senyuman Kakak,
sengihan Adik,
wajah tua Ayah.

Hanya mereka yang aku ada,
untuk hidup sekali ini
dan selamanya.

Kami sudah lalui segalanya,
susah senang,
jatuh bangun.
Tetapi atas nama keluarga,
kami masih nikmati secebis warna kehidupan.

Di syurga kelak,
aku mahu mereka.
Bukan bidadari,
bukan arak,
bukan harta.

Aku mahu peluk mereka,
dan luahkan rasa Cinta tak terhingga.

Sabtu, 15 Januari 2011

Nota untuk Housemates (2)

Sembilan orang satu rumah. Setiap seorang seribu macam perangai. Seribu macam kerenah.

But it's okay. Sekurang-kurangnya rumah kami disinari gelak tawa saban hari dan sentiasa penuh dengan muka keceriaan. Tiada sehari pun yang kami lalui tanpa gelak tawa. Hampir sepanjang masa kami berkelakuan tidak serius. Tidak serius di sini bukan bermaksud kami berperangai seperti kanak-kanak 6 tahun, tetapi kami tahu untuk bergembira dan tahu bila masanya untuk serius dan bila masanya untuk berhuha-huha.

Untuk permulaan semester ini, rumah kami sudah ada televisyen dan mesin basuh. Ianya kelengkapan asas perkakas rumah. Bukan apa, selain faktor hiburan, kerja kami juga semakin mudah. Tak perlu lagi berpeluh-peluh membasuh baju atau berhabis duit menghantar baju kotor ke dobi. Televisyen pula walaupun menawarkan rancangan hiburan serba membodohkan, tetapi bagus juga ada sesuatu untuk ditonton. Menonton lakonan kayu Nora Danish misalnya. Atau menonton rancangan kartun The Penguins of Madagascar (aku selalu ketawa melihat karektor gampang King Julien).

Semester ini, kucing-kucing juga sudah kurang kelihatan di sekitar kawasan rumah kami. Jika ada pun, hanya kucing-kucing liar yang selalu bergaduh berebutkan pasangan mengawan. Kucing semester lepas, Laila sudah lama tak kelihatan. Mungkin sudah mati. Manakala, kucing yang baru kami jumpai, Budu juga sudah mati dilanggar motosikal (damn you!).

Semester ini, jiran di hadapan rumah kami juga sudah bertukar jantina. Jika dulu, sekumpulan pelajar lelaki UiTM menyewa di situ tetapi sekarang sekumpulan pelajar perempuan dari sama ada UTP atau UiTM pula masuk menyewa di situ. Pernah juga aku jenguk-jenguk untuk lihat muka mereka (dengar khabar muka mereka boleh tahan), tetapi sampai sekarang tak kesampaian. Tak ada rezeki.

Ketika menulis ini, aku sudah 10 hari memulakan semester baru. Dan paling mengujakan, aku belum lagi menjamah makan tengahari di restoran Mamak. Selera aku sedikit sebanyak sudah berubah, bosan dengan kari dan ayam goreng. Mungkin juga aku bosan melihat muka selekeh si Mamak. Tetapi makanan restoran Melayu juga membosankan (ditambah pula tak sedap dan mahal).

Tak banyak yang berubah sebenarnya. Kami masih lagi berjaga lewat malam, dan hanya mula tidur selepas pukul 3-4 pagi. Kemudiannya perlu bangun seawal 6 pagi (oh great, tidur 3 jam!) dan masuk ke kelas dengan muka mamai dan dibuai-buai perasaan mengantuk.

Kami masih juga tak pandai menepati masa. Kadangkala, kawan-kawan perempuan pelawa kami masuk rumah eh eh silap, makan bersama beramai-ramai. Masalahnya seperti aku katakan tadi ialah kami tak pandai menepati masa. Janji untuk makan bersama pukul 8.30 malam tetapi kami hanya muncul sekitar pukul 9 malam. We failed badly in our time management. Tetapi kami tetap senang hati menerima pelawaan makan malam bersama mereka. Berjumpa untuk mengusik dan mengenakan mereka. Kami adalah pakar dalam bab itu. Haha.

Kami juga masih kerap turun ke Ipoh. Menikmati semangkuk mee kari atau mee kicap lewat malam. Jika ada kelapangan hujung minggu, pasti kami pergi nikmatinya. Kami serumah panggilnya mee syamuk (walaupun ianya jauh berbeza dan tak ada kena mengena dengan mee syamuk di pekan Parit). Kami (aku, Kiki, Yo, Meon dan lain-lain) merancang untuk habiskan hujung minggu kami suatu hari nanti dengan menjelajah negeri Perak mencari makanan yang sedap.

Travel plus food sounds soooooooo exciting, aite?

Jumaat, 14 Januari 2011

Puisi Jumaat

Aku pijak batuan konkrit,
lembut bak kapas.
Aku usap hati manusia,
Keras bak kerikil denai.

Aku berdiri di atas kelompongan,
berbumbungkan langit sempit.
Aku terkapai-kapai mencari diri,
merenung permukaan air.

One paragraph

Hubungan platonik yang aku percaya adalah wujud. Dua manusia berlainan jantina tanpa rasa tarikan (dalam erti kata sebenar). Ianya kadangkala rumit, bersimpul-simpul, bagaimana untuk berurusan dengan perihal hubungan platonik. Aku tak tahu bila perasaan cinta boleh bercambah atau mengendur, kerana sudah menjadi kelaziman aku untuk punyai rasa tarikan kepada jantina berlawanan. Ianya norma manusia, hakikat kejadian. Walaupun aku kerap menafikan perasaan sendiri (in denial), ianya pasti datang kembali mencari aku. Aku selalu bayangkan situasi ini umpama melakukan hubungan seks dengan batang pokok pisang. Kaku, keras dan tak berperasaan. Ahh, aku patut kurangkan mengarut di hujung ayat.

Err, I'm sorry?

Aku sedar, kadangkala aku kasar dalam bergurau. Atau lebih tepat, bergurau tak kena tempat dan masa. Ianya somehow, 'menyakitkan' untuk melihat manusia lain dijadikan bahan ketawa. Pena ajena at its best. I can't stand the humiliation, walaupun secara harfiahnya bukan aku yang dimalukan.

Aku mengaku, aku seorang egois. Sukar untuk mengaku kesalahan sendiri. Ungkapan maaf juga jarang keluar dari mulut aku. Tetapi ada sesetengah perkara memang tak patut dilangkah, dan aku pula perlu berlapang akal untuk meluahkan lafaz meminta maaf.

Meminta maaf tidak membunuh rasa egois aku, tetapi aku meminta maaf atas dasar aku juga manusia biasa.

Khamis, 13 Januari 2011

Meraki for Her (4)

04:51pm Thu 01 13 11

Manusia bilang kecantikan ada pada waktu malam.
Dongak ke langit,
di situlah makna kecantikan.

Aku menulis ini di waktu petang,
sambil ditiup angin azan Asar,
bau air mengalir,
dan bunyian mekanikal.

Aku pejam mata,
cari wajah kamu dalam terang.

Aku jumpa,
lantas aku kucup
dalam bias matahari yang memancar.

Pointless

Aku perlu kurangkan maki hamun dalam tulisan. Mencarut sudah semakin membosankan, ianya bukan kerana aku sudah insaf dengan bertukar menjadi seorang moralis.

Kadangkala, melakukan perkara sama berulangkali boleh menjadi rutin membosankan. Ianya klise, hilang makna. Tak benilai apa-apa.

Namun, dalam sesetengah tulisan, terlepas juga carutan aku. Am doing it for fun. Secara praktikalnya, aku hanya menulis apa saja emosi yang melintasi kepala. Dengan membiarkan sisi gelap dan rasionaliti bercakaran, sebelum terlakar di dalam rangka tulisan.

Aku manusia yang penuh dengan kejutan, seorang yang menyimpan seribu larutan jiwa. Aku cuma mahu menulis. Menulis sesuatu yang bermakna, untuk diri sendiri, keluarga, kawan dan sesiapa saja yang aku hargai.

Sementara manusia lain yang cuba menempel dan juga cuba menyundal di dalam hidup aku, go fuck yourself!

Opss maaf, pembetulan, go fist yourself!

Rabu, 12 Januari 2011

Meraki for Her (3)

Malam ini, akan jadi malam paling sejuk kerana kamu.
Anak mata kamu yang jernih,
meminta harapan.

Suara kamu menggigil menghela nafas.
Secawan teh temankan aku dan kamu,
bertaut bibir bercumbu rasa.

Ingin aku peluk kamu,
buangkan agoni,
tidur dengan mata tertutup.

Bagaimana aku dan kamu boleh pergi dari sini?

Aku tak tahu.

Isnin, 10 Januari 2011

Seharian di Ipoh

Malam Jumaat lepas, aku makan malam bersama kawan-kawan perempuan. Ianya makan malam pertama kami untuk semester empat. Kami berborak, bergelak tawa dan err, mengutuk manusia lain. Makanan yang sedap dan kawan sekelas adalah kombinasi yang sempurna.

Malam itu juga, aku teks kawan aku di Ipoh, bertanya di mana tempat yang bagus untuk bersarapan pagi. Memandangkan kelas aku belum bermula untuk semester ini, jadi aku punyai banyak masa terluang.

"Esok pagi, aku call kau," aku kata kepada Fairuz.

"Okay, okay."

Malam itu aku bermain futsal pula, dari pukul 1 hingga 3 pagi. Despite rasa mengantuk yang amat sangat, aku pergi juga bermain kerana sudah terlanjur berjanji.

Pagi Sabtu, aku ke Ipoh seorang diri. Merempuh dingin pagi. Sesampai di sana, aku tunggu Fairuz sebelum bersarapan pagi bersama. Makanannya sedap (aku pesan sesuatu yang sedap tetapi lupa namanya), dicampur vibe Ipoh yang damai.

Selepas itu, aku ke rumah sewa Fairuz sekitar Ipoh Garden, menghabiskan masa tengahari aku dengan melepak dan menonton filem. Petang itu, aku keluar dengan kawan-kawan perempuan, menghabiskan dua hingga tiga jam berjalan-jalan, makan dan berborak sesuatu yang err, aku sudah lupa. Sewaktu berjalan-jalan bersama mereka, aku sudah terlalu mengantuk. Tak berselera untuk bercakap dan bersembang, lebih banyak mendengar dan tersenyum. Ketika itu, aku hanya mahukan bantal dan selimut.

Malam itu, sebelum pulang ke Seri Iskandar, aku makan dulu bersama mereka. Selepas pulang ke Seri Iskandar, aku ke Ipoh semula pukul 11 untuk makan Mee Kari paling sedap di dunia.

Betapa letih jangan dikenang. Habis lenguh satu badan, kaki aku juga kebas. Akhirnya aku pulang dan tidur tak sedarkan diri. Tanpa bertemankan apa-apa mimpi. zZz

So-called conversation (2)

Bila aku duduk bersembang semeja dengan manusia lain, aku ada dua pilihan. Sama ada turut sama bersembang bersama kamu atau sekadar diam mendengar. Bergantung kepada situasi, selalunya aku akan turut serta bersembang jika aku berminat. Aku tak akan bazirkan air liur aku pada sesuatu yang aku tidak berminat.

Kadangkala, aku hanya diam. Mendengar sahaja perbualan manusia lain. Itu bermakna, aku tak berminat untuk turut serta di dalam perbualan. Mungkin kerana topik kamu membosankan dan malah kamu sendiri membosankan.

Bosan bosan bosan!
Menguap menguap menguap!

Aku adalah manusia cool yang hadam psikologi manusia. Kamu pula adalah manusia poyo yang membosankan. Period.

Sabtu, 8 Januari 2011

Puisi Cinta yang tertangguh

Aku sudah baca bermacam puisi,
yang menyentuh jiwa,
yang suntik kegilaan,
yang menyemai rasa Cinta.

Jiwa aku berbisik,
aku mahu menulis puisi terindah buat si Gadis.
Sebuah mimpi yang mahu aku simpan,
simpan selamanya hingga aku luput,
bersama-sama Cinta agung.

Aku pandang matanya,
terpancar nikmat sempurna.
Aku lihat senyumannya,
aku cintakan si Gadis sampai syurga.

Aku tak tahu apa perasaan si Gadis terhadap aku.
Mungkin dia cintakan aku,
mungkin tidak.

Aku tulis sebuah lafaz rahsia, "di dalam jiwa aku ada si Gadis,
dan di dalam si Gadis ada cinta yang abadi".
Aku baca lafaz ini setiap malam,
bertemankan bintang yang jujur.
Aku lemah memikirkan si Gadis,
mungkin bukan untuk aku
sebelum sempat aku lafazkan,
"aku cintakan kamu".

Lafaz Cinta yang tertangguh

Aku tak tahu bagaimana mahu gambarkan perasaan aku pada si Gadis. Nak kata cinta, aku tak letak harapan yang tinggi. Nak kata kawan, ianya janggal kerana aku anggap dia begitu istimewa bagi aku. Mungkin kenyataan di atas berbunyi paradoks atau bercelaru, kerana hakikatnya aku sendiri tidak pernah berterus terang dengan si Gadis tentang perasaan aku.

Aku masih ingat quote oleh Dave Matthews, "A guy and a girl can be friends, but at one point or another, they will fall for each other... maybe temporarily, maybe at the wrong time, maybe too late or maybe forever."

Ya, petikan di atas ini ada benarnya. Aku sudah kerap jatuh cinta pada seseorang. Tetapi perasaan itu cuma bertahan sementara (temporary). Cuma untuk si Gadis, perasaan cinta ini bukan sementara, tetapi perasaan ini datang terlalu lewat, barangkali.

Tetapi untuk lupakan cinta pada si Gadis, itu sama sekali takkan berlaku.

Khamis, 6 Januari 2011

Goddess cinta

"I love to talk about myself," aku kata kepada si Gadis.

By saying that, aku sudah langgar pantang larang untuk sentiasa bersikap rendah diri dan kurangkan sifat Hubris.

Mungkin aku sedang mabuk ketika berkata begitu. Tak kiralah mabuk apa sekalipun.

Rabu, 5 Januari 2011

O rly?

Oleh kerana laman Tumblr saya adalah sesuatu yang bersifat peribadi, personal dan secretive, maka saya jarang hebahkan kewujudannya kepada umum.

Di sana, hampir segalanya berkait rapat dengan diri saya. Betapa saya gilakan Radiohead, Emma Watson, ciptaan Tuhan yang indah (perempuan), penulisan, infographic, erotism, partial nudity dan sesetengah perkara rawak yang menarik minat saya. Di sana lah saya melempiaskan segalanya. Saya juga sukakan suasana menulis di sana. Menulis tentang imaginasi terlarang, pengalaman, keluarga dan perjalanan hidup. Suasana tenang tanpa sebarang gangguan.

At ease.

Entah kenapa, saya tak pernah peduli jika kawan rapat, classmates, rakan sekolej atau sesiapa pun datang bertandang ke sana. Mereka mungkin terkejut dengan obsesi dan kecenderungan saya, but the hell with them. Apakah dengan himpunan gambar erotik dan partial nudity, melayakkan saya digelar gila seks? Oh, for fuck’s sake!

Saya juga percaya, dalam kebanyakan yang berkunjung ke sana, pasti ada juga yang tidak kisah dengan obsesi atau kecenderungan saya. Mereka cuma melihat saya sebagai seorang manusia biasa. Dan tiada apa yang serius tentangnya. Saya juga sudah dapat mengagak-agak ringan siapa yang selalu berkunjung ke laman Tumblr saya berdasarkan pola trafik.

Ikutkan hati, mahu sahaja saya taburkan nama di sini, tetapi sayangnya, saya lebih gemar berahsia.

Jalan singkat

Siapa kau untuk bunuh diri sendiri? Sedangkan bukan kau yang tiupkan roh ke dalam jasad.

Well, I’m pretty sure you fucked up everything in your life.

Penat

Curiosity (rasa ingin tahu) adalah satu sifat suci. Sifat yang membuatkan hati, akal dan naluri menjadi tak keruan, hanya kerana dahagakan sebuah jawapan. Sebuah kepastian.

Dan bila diajukan soalan oleh manusia yang tebal dengan rasa curiosity, it’s my pleasure to feed them with an answers.

Punbegitu, apabila kerap ditembak dengan persoalan, lambat laun saya akan berasa lemas. Larut dalam lautan persoalan.

Jadi, ketika itu berlaku, saya akan suruh mereka tutup mulut dan lantas berkata, “shut the fuck up”.

Hip Hip Hooray!

“Saya tak rasa apa-apa yang membebankan terhadap kenaikan harga minyak ini. Bagi saya harganya memang berpatutan dan selaras dengan harga minyak dunia pada hari ini. Saya harap rakyat Malaysia dapat berfikir secara positif berhubung perkara ini kerana negara kita telah jauh ketinggalan dari segi ekonomi.”
- Amir Shariffuddin

“Saya tak kisah dalam hal-hal seperti ini. Apa yang saya dapati, sama ada harga minyak naik atau tidak, kita tetap memerlukannya, jika tidak kita pasti sukar untuk bergerak ke mana-mana. Jika dilihat pun, kenaikan harga minyak ini tidaklah begitu membebankan sangat, kerana ianya adalah harga semasa termasuk di pasaran dunia.”
- Muhammad Haikal Hazni

(Sumber: Sinar Harian, Jumaat 10/12/2010)

Serius, kenaikan harga minyak ini memualkan. Mahu menulis tentangnya juga terasa malas-malas kerana di kemudiannya pasti akan ada lagi kenaikan. Jadi, apakah aku perlu berterusan membebel tentangnya setiap kali kenaikan berlaku? O rly, for fuck's sake?

Semua orang tahu (melainkan kamu bebal bin jahil), sifirnya mudah. Setiap kenaikan wajib dituruti dengan kenaikan harga barang keperluan asas yang lain. Ini hakikat. Bila kenaikan harga minyak berlaku, ianya tidak akan terhenti di situ. Kerana pasti akan dituruti dengan kenaikan harga barang keperluan asas. Alasannya, kos produksi, pengangkutan and yada yada yada meningkat (walaupun kewajarannya boleh disanggah). That’s why, rakyat merungut dan membantah tiap kali berlakunya kenaikan.

Dalam kes dua orang di atas, aku tak pasti jika mereka menggunakan daun sebagai ganti wang kertas. Ataupun mereka mempunyai telaga petroleum di belakang rumah. Apa jadahnya yang berpatutan, aku pun tak tahu. Dalilnya kata mereka, kenaikan harga minyak ini selaras dengan harga minyak dunia. Now, that's funny, my mates!

Alasan sebegitu, jika mahu menipu warga emas di kawasan pedalaman, mungkin berkesan. Mungkin mereka akan mati-matian percaya bulat-bulat. Masalahnya sekarang, kerajaan mahu menipu rakyat yang mempunyai akses capaian di hujung jari. Sekali klik, berterabur maklumat terbentang di depan mata. Rakyat punyai pilihan. Media alternatif bersepah-sepah. Media konvensional yang kebanyakannya kuda tunggangan kerajaan, bukan lagi satu-satunya sumber saliran maklumat yang wujud.

Kerajaan Malaysia (dan dalam kes ini, dua komen di atas) tak pernah gagal buat aku ketawa. Lol!

Nota terakhir dari MySpace

Subject : 11740 viewers - Operasi tamat.
Posted Date : Mar 4, 2010 6:42 PM

Aku sudah tetapkan satu aras. Untuk mencapai atau melepasi aras itu, ianya satu perkara yang bagus. Sejak pertama kali menulis di sini, aku sudah melalui bermacam ragam dan kerenah. Manusia itu, manusia ini. Dan paling seronok, mereka datang dan pergi. Aku pula kekal di sini, tak terpengaruh sedikit pun.

Dimudahkan cerita, aku semakin penat. Tak, bukan penat, cuma ennui sudah acap kali datang menjengah. Aku tiada energi untuk terus berada di sini. Malah energi itu sendiri semakin menjauhi aku. Dan bila bilangan pembaca yang pernah datang bertandang ke sini mencecah angka dua belas ribu (12 000), aku akan tutup semuanya. Biar tinggal sejarah. Aku akan terus mengingati semua perkara yang aku tuliskan dan mungkin sebilangan kecil kamu juga akan terus mengingati aku.

Siapa tahu?

Selasa, 4 Januari 2011

Meraki for Her (2)

Jika ditakdirkan aku bakal meniti alam kahwin, perkara pertama aku mahu buat ialah gubah sebuah puisi paling manis buat si Gadis.

Tetapi, macam aku kata tadi, kalau aku ditakdirkan berkahwin lah.

Buzz

Tempoh hari, aku berborak dengan Haris, kawan lama di sekolah menerusi Yahoo! Messenger (YM), yang sudah lama aku tak buka. Sambil-sambil periksa peti masuk emel, aku layan aplikasi YM yang popular satu ketika dulu. Aku masih ingat conference bersama kawan-kawan. Tulis merapu-rapu, huha huha, buzz sana sini. Tetapi terima kasih kepada Facebook, YM sudah makin tidak relevan masa kini memandangkan Facebook sudah gabungkan elemen social networking plus instant messaging. Kiranya, two in one.

Well, anyway, aku berborak ringkas dengan peminat sejati genre musik hardcore ini.

"Kau belajar mana sekarang?", aku tanya.

"Aku sekarang UiTM Shah Alam.", dia balas. Kali terakhir aku dengar cerita, dia masih lagi di Kolej Matrikulasi Gopeng.

"Course apa?"

"Mechanical Engineering," dia sambut, "Gila babi susah."

Aku ketawa. Secara metafora (of course aku hanya menaip 'haha'. Bukan ketawa, literally).

"Uish, budak mechy," aku usik.

"Dah la aku kena repeat satu subjek semester lepas," dia rungut, "macam gampang."

Aku ketawa lagi. Kali ini, aku betul-betul ketawa, literally.

Okay, mungkin aku tak patut ketawa. Kerana aku juga berkemungkinan besar ada subjek yang perlu diulang semester ini. Duh!

Dear sir,

I sent an email to Maxis customer service regarding my MTweeter subscription. Can you imagine I have to pay for something that I never subscribed (and never even use it!). The worst part is, the application deducted my credit every week, for fuck's sake.

Luckily, Maxis operator called me yesterday (after I spammed them with email. Lotsa email. Haha!). So, we have this so-called conversation (I was like "hurmm, okayy.", "yeah, that's the prob...", trying to act cool actually).

By the end of conversation, the operator (who apparently a ladies. Malay, 20's. Based on my telepathic communication with her) asked me to rate her service. I stuttered upon her question. Unconsciously I answered, "err, 3". Out of 5, I gave her 3. Stupid me.

She replied, "Okay, thank you sir."

I mean, I would be pissed off if someone rated me below than 4. Oh my, how could she be so stoic?

Virtual sticky notes (2011)

Lagi beberapa hari, saya akan tinggalkan laman sosial ini. Atau lebih tepat, kurangkan aktiviti di laman sosial ini buat sementara waktu. Kerana saya akan pulang ke kolej, menyambung semester empat. Ini bermakna, saya akan kurang masa dan ruang untuk menulis. Jika saya menulis sekalipun, mungkin hanya sedikit titipan ringkas. Atau anekdot. More or less the same.

Saya tak harapkan banyak untuk semester empat. Saya cuma mahu result biasa-biasa tanpa perlu ulang sebarang subjek (ini prioriti utama). Pointer rendah pun tak apa (padan muka. Siapa suruh malas belajar, bangang!). Dan saya juga mahu sekelas (kalau boleh) dengan classmates lama yang cool.

Permulaan semester yang baru bermakna saya bakal menginjak usia dua tahun menetap di Seri Iskandar atau nama asalnya Bota. Sebuah pekan kecil yang saya gelar 'pekan jarak pekan tekukur'. Saya tak begitu peduli jika pembangunan di sini lambat seperti siput babi. Tetapi masalahnya, pekan ini 'tak hidup'. Walaupun populasi pelajar begitu ramai di sini, pekan ini tetap akan mulai sunyi sebelum detik tengah malam.

Dan oh ya, tak lupa juga sesi ice breaking. Serius, saya tak pernah sukakan sesi suai kenal. Selaku seorang egois yang tegar, memperkenalkan diri saya kepada khalayak adalah satu perkara yang sangat 'gay'.

Apa-apa pun, tahun 2011 saya sambut dengan penuh stoic. Bak kata pepatah, "Don't take life too seriously. You'll never get out of it alive anyway."

Isnin, 3 Januari 2011

Memori seorang moralis insaf

Adik just enrolled in kindergarten. Ayah hantar Adik pagi tadi. Aku bangun tidur, sedar-sedar, rumah dah sunyi. Kosong, senyap.

Pukul 12 tengahari, aku jemputnya di sekolah. Bila nampak kelibat aku, terus dia berlari terpa ke arah aku.

"Ish, kenapa lambat sangat?", dia rungut, dengan ekspresi muka tak puas.

Aku lihat jam. Okay, lewat lima minit.

"Adik menangis tak tadi?", aku tanya.

"Tak la. Mana ada Adik menangis," dia balas.

Sepanjang perjalanan pulang, tak henti-henti mulutnya bercakap. Mungkin pengalaman pertama yang mengujakan bagi dia. Aku yang mendengar, hanya ketawa kecil.

"Tadi dekat sekolah, ada dua orang nama sama dengan Adik. Dua-dua orang nama Haziq."

Yeah, you heard it right. Adik bernama Haikal Haziq (walaupun nama sebenarnya lebih panjang).

Memori sewaktu aku masih di tadika sudah hampir luput dari ingatan. Aku tak begitu ingati zaman itu. Cuma aku masih kekal berhubung dengan beberapa orang kawan rapat dari tadika. Difikirkan balik, aku sudah begitu lama berkawan dengan mereka. Terlalu lama.

Beberapa hari sebelum sesi persekolahan tahun 2011 bermula, aku dan adik-beradik bersembang tentang memori zaman persekolahan. Yang mana, ianya hampir buat aku hilang akal, ketawa sepanjang malam. Aisyah pernah terbawa tiga ekor anak kucing ke sekolah (tak tahu bila anak kucing itu melompat masuk ke dalam beg). Manakala, kawan aku Fahmy Ikhwan pernah terbuang air besar di dalam seluar. Sehingga kini, bila berjumpa dengannya, aku ketawa sendirian.

Memori zaman sekolah, hargailah.

Nota-nota peribadi

Dia rampas phone aku dan mula baca nota-nota peribadi di dalamnya. I'm writing on-the-go, jadi kebanyakan draf tulisan, aku akan simpan di dalam phone.

"Stop reading my notes," aku kata sambil tangan merampas semula phone.

Aku anggap draf tulisan sebagai sesuatu yang peribadi. Ada sesetengah tulisan aku siarkan, dan ada sesetengahnya aku simpan untuk tatapan sendiri. Ada perkara yang kamu tak perlu ambil tahu.

"You're allowed to read my writings only," aku tambah, "not my heart."

By that I mean, err, jangan baca nota di dalam phone aku.

Sabtu, 1 Januari 2011

Nota untuk Mereka (2)

"Sat lagi mai rumah. Pak Cik hang kirim barang," Mak Chaq jemput aku.

"Haa," aku sambut, dalam loghat Utara, "petang sikit la baru pi. Hangat tengahari ni."

Sewaktu kecil, aku kerap ke rumahnya, yang aku bahasakan sebagai Mak Chaq. Dulu, tiap kali cuti sekolah, aku pasti mencuri sedikit masa untuk tinggal di rumahnya kerana ingin bermain dengan sepupu aku. Melakukan perbuatan nakal bersama.

Sampai di rumahnya, aku tutup enjin, beri salam dan terus masuk melalui pintu terbuka.

"Farid mana?", aku cium tangannya sambil memulakan perbualan, bertanyakan tentang sepupu aku.

"Tak tau kat dia. Pi mana hala, dari pagi tadi duk merayap."

Aku ketawa kecil. Aku juga begitu, beberapa tahun dahulu. Rumah hanya jadi tempat persinggahan untuk mandi, tukar baju dan makan. Tetapi itu dulu lah.

"Pak Cik pi mana hari tu?", aku tanya lagi.

"Pak Cik hang pi Beijing. Dia bawak balik beg sorang satu dengan apa--

"Pi sana buat apa?", aku cantas.

"Kursus."

Bila berborak dengan keluarga sebelah Ibu, aku bertutur loghat Utara dengan mereka. Dan bila berborak dengan keluarga sebelah Ayah pula, aku bertutur loghat Perak. Di rumah, kadangkala aku bertutur juga loghat Utara dengan ahli keluarga. Cuma tidak begitu pekat. Malah dicampur-campur pula dengan loghat Perak. Selalunya di dalam perbualan seharian dengan manusia lain, aku hanya gunakan bahasa baku. Walaupun kadangkala terkeluar juga sedikit sebanyak loghat Utara dan Perak.

"Hang bila sambung balik?", dia tanya.

"Sambung apa?", aku soal semula, kurang jelas.

"Sambung mengaji," dia balas.

"Ohh," aku sambut, "5 hari bulan, kot."

Lagi satu, bila aku pulang ke kampung di Sungai Petani setiap kali musim perayaan. Mereka (pakcik dan makcik) pasti sambut aku dengan soalan canggung.

Contoh, semasa pulang ke kampung berhari raya, mereka komen tentang muka aku. "Uish, besar dah hang. Sat ja rasa. Makan apa dekat sana? Muka sampai naik bulat ni."

Itu belum lagi soalan oleh mereka seperti, "Hang mengaji tingkat berapa la ni?". Walhal aku sudah lama tinggalkan bangku persekolahan dan hanya tinggal beberapa semester sahaja lagi untuk disudahkan. Punbegitu, aku layan juga soalan mereka. Mungkin kerana lama tak bersua muka, menyebabkan mereka lupa bahawa aku juga sedang membesar.

Selesai membungkus barang kiriman, aku minta diri untuk pulang.

"Eh, tunggu sat," dia kata, "Pak Cik ada kirim Al-Quran untuk Aisyah"

"Al-Quran? Yang ada di rumah pun tak terbaca," aku kata. Dalam hati.

Jadi, aku ambil buku tebal itu yang dibalut kemas dengan kertas warna. Aku selak helaiannya. Bukan Quran rupanya tetapi kamus terjemahan Arab-English.

Al-Quran dan kamus terjemahan Arab-English adalah dua perkara berbeza, mustahil serupa. Aku ketawa kecil. Dalam hati.

Rockets Fall on Rocket Falls

Aku sedang menguli doh tepung ketika itu. Menyimbah peluh turun membasahi baju. Tapi celaka betul, perut aku sakit pula. Terus aku berlari ke tandas. Bila habis buang air besar, aku dapati tangan kiri aku penuh bersalut doh tepung. Aku kidal, jadi aku menguli gunakan tangan kiri. Aku tanpa buang masa terus gunakan tangan kanan untuk basuh punggung. Apa bezanya pun? Kedua-duanya tangan juga.

Kemudian aku keluar dari tandas, adik minta gaulkan nasi yang masih panas untuknya. Aku lihat tangan kiri masih bersalut tepung. Maka, aku gunakan tangan yang satu lagi. Selepas itu, aku jilat satu persatu jari untuk bersihkan tangan. Ketika jari berada di dalam mulut, baru aku perasan, kuku aku panjang belaka. Aku menuju ke pili air dan basuh kedua tangan. Tiba-tiba muncul kucing belaan aku di dapur. Lalu aku usap bulunya, sebelum menghalaunya kerana aku ingin sambung menguli doh tepung tadi.

Sweetest girl

"What's up with the cake? Hari lahir saya dah lama lepas," aku kata, cuba bergurau.

She didn't get the joke. Mungkin sensitif bila melibatkan sesuatu yang dia buat dengan sepenuh hati.

"Kalau tak nak, tak apa," dia balas, dalam nada perlahan.

Di hadapan aku terhidang seketul bulat kek. Dia beritahu, nama kek ini kek coklat moist yada yada. Well, tak kiralah apa pun namanya. Pokoknya, dia mahu aku cuba kek ini. Aku cuba mengelak (dan aku sudah hampir untuk memanjat tangga penipuan). I'm not a big fan of cake, you see. Hari lahir aku yang lepas disambut tanpa membeli kek. Dan aku tak pernah rasa ralat kerana tak dapat meniup lilin yang terpacak di atas kek.

"Cubalah rasa. Saya buat untuk kamu," dia pujuk aku.

Aku manusia yang baik dan punyai sifat timbang rasa yang tebal dalam diri. Jadi, aku ambil juga sepotong kek dan suapkan ke dalam mulut.

"Macam mana? Sedap tak?"

Aku tak jawab soalan itu, dan aku masih lagi mengunyah perlahan. Aku ada dua pilihan. Aku mampu jaga hati dia. Aku juga mampu hancurkan hati dia. Aku boleh jadi kedua-duanya. Tetapi di dalam situasi ini, aku pilih untuk jaga hati dia. Plus, there's nothing wrong with the cake. Sedap, just nais. Cuma aku tak sukakan kek. Itu sahaja.

"So how?", dia tanya lagi, mahukan kepastian.

"Hurm, sedap," aku balas, sambil masih lagi mengunyah sebelum turun melalui tekak kering.

"Yeay," dia sorak, "jadi kena tambah lagi satu."

Oh shit! Kali ini aku perlu panjat penipuan. Dengan lebih tinggi lagi.