Dengan aku semakin beransur dewasa, aku cuba belajar untuk sederhana dalam berpendapat. Dalam erti kata lain, cuba untuk tidak menjolok atau menekan manusia lain dengan buah fikiran aku. Secara terburu-buru.
Gopoh dalam percakapan, atau perbualan, atau perbincangan, atau apa-apa, ternyata tidak pernah menguntungkan sesiapa.
Tempoh hari, sewaktu makan malam di sebuah gerai kecil, aku tekun mendengar (tanpa langsung mencelah) dua orang kawan berborak tentang cinta dua darjat. R mempertahankan, katanya tiada apa yang salah tentangnya. Manakala K pula, sebaliknya, mengatakan ia kerja sia-sia.
Aku, sudah tentu, condong ke arah R. Kerana pendapat kami senada; cinta sejati tidak pernah membezakan.
12:10AM Thur 29/08/2013


