"Minum Nescafe," balas seorang kawan serumah selepas aku bertanya bagaimana untuk menghilangkan rasa mengantuk.
Ini cerita dua, atau tiga tahun lepas. Ketika aku sibuk bertarung dengan kertas-kertas peperiksaan dan tugasan-tugasan menimbun. Jadual tidur yang berterabur, tempoh lena dan jaga yang tidak seimbang, dan aktiviti-aktiviti banal yang mengerah habis segala keringat dalam badan.
Dan kini, dua, atau tiga tahun kemudian, aku duduk di meja makan, bercerita bagaimana aku belajar minum Nescafe buat kali pertama.
6:01 PM Wed 21/08/2013
6:01 PM Wed 21/08/2013