Selasa, 30 April 2013

False alarm

Tertanya-tanya mengapa aku tidak lagi berselera untuk menulis tentang kehidupan seharian. Kerana kebelakangan ini, aku sibuk terjun ke dalam persoalan-persoalan eksistensial untuk cuba merungkai krisis diri yang seakan-akan tiada berpenghujung.

Aku masih hidup seperti biasa. Ditemani rutin-rutin harian yang menjadi sebab utama hidup ini semakin kurang drama dan babak menarik.

Hell, I'm wayyy to young to have midlife crisis.

Jumaat, 26 April 2013

The definition of

"Tak faham," aku kata sewaktu terbaca sedutan dari sebuah nota panjang yang diakhiri dengan lafaz 'kaulah nyawaku'.

Aku masih cuba untuk mengerti bagaimana perasaannya menyerahkan sepenuh jiwa terhadap seseorang, atau sesuatu. I applaud the idea, tetapi bukankah ia hanya akan mewujudkan ruang-ruang yang mudah untuk dilukai.

"You're kidding, right?" Jimi soal. "So what do you call your previous relationship then? An experiment?"

"Of course not. Look, I get the idea of me falling in love with someone."

Or so I thought. Aku fikir aku faham idea atau perasaan atau nikmat atau segala-galanya tentang cinta, walaupun terdapat kemungkinan bahawa aku sebenarnya tidak mengerti apa-apa.

"I mean, I love her at that very moment. But when the spark is gone, there is nothing much I could do."

"Tetapi tentang soal 'kaulah nyawaku'. Do you even understand the essence of it? The fundamental I'm-giving-you-my-all?"

"Yes, some, in part," aku balas. "You know I don't subscribe to the mass delusion of empty love."

Rabu, 24 April 2013

Momen-momen kecil

Mungkin aku rindukan momen-momen kecil dalam perhubungan. Aku tidak pasti, tetapi ada sesuatu mengenai perbualan telefon yang buatkan aku mahu terus mendengar, mendengar, dan mendengar, dan dalam pada masa yang sama, didengari, didengari, dan didengari.

Aku sering kehilangan kata-kata sewaktu bersemuka dengan seseorang yang aku cintai. Runtuh hancur skrip imaginasi, lupa habis permainan situasi, sehingga menyaksikan perbualan hanya berlaku pada kadar paling minimal. Dengan aku seakan-akan lebih rela menatap redup wajahnya, serta tersenyum kecil membalas ketawanya.

Berlainan pula dengan perbualan telefon. Bagi aku, seluruh konstruk dan fungsi ruang ini akan menjadi sia-sia jika aku masih lagi cuba membayangkan si dia berada di depan mata. Visual dihapuskan, maka pendengaran seharusnya mendominasi suasana.

Yesterday I was driving back home from somewhere.

"Dekat mana ni?" dia tanya.

"Tengah drive nak balik rumah," aku sambut, sebelum tersedar bahawa perbuatan memandu sambil menggunakan telefon adalah berbahaya.

"Dari mana?"

"Titik A ke titik B," aku balas, berseloroh. To which she replied, tak kelakar pun. Aku ketawa dan kata, "Nak sampai rumah dah la."

Little did I know, it only took 90 cents and 431 seconds of good conversation for me to feel happy.

Selasa, 23 April 2013

Peculiar

Dalam hidup, datang satu masa bila kita lakukan sesuatu yang akan kita kesali di kemudian hari. Mengambil gambar selfie, misalnya.

What was I thinking, I thought to myself. Never in my life, I repeat, never in my life have I regretted trying something new, but selfie? I must be high, or intoxicated.

Betapa anehnya aku berkelakuan begini membuatkan kawan-kawan rapat memberi respons yang menyuarakan kehairanan mereka.

"Kimak, gambar apa kau upload ni?"

Aku hanya mampu mengangkat bahu, menggeleng kepala, dan ketawa kecil. Hell, I've been asking myself the same question.

Oh, only if I knew the answer.

Isnin, 22 April 2013

Locked side

Aku kira mitos bahawa beg tangan seorang perempuan umpama lohong hitam adalah benar. This morning, I witnessed a woman searching her ringing mobile phone to no avail. For three friggin' minutes.

"Fascinating," aku sekadar berdiri, memerhati gelagat seorang perempuan - awal 30-an, bertudung lilitan entah apa, memakai peplum dress - bergelut menyelongkar beg tangannya.

Ahad, 21 April 2013

Running away from Loneliness

Andai hidup ini satu proses bergerak ke hadapan, dari titik A ke titik B, adakah perlu aku merayakan saat-saat stagnant yang hadir ketika ini?

Dalam ketergesaan untuk melihat perubahan mendadak di dalam hidup ini, aku semacam telah turun menyinggah di sebuah daerah yang tidak menjanjikan apa-apa. 

I need a break. I'm going to Shah Alam next week.

Jumaat, 19 April 2013

(Tiada gambar)

"Well, this is nice," aku kata sewaktu bermain dengan rambut yang baru digunting di hadapan cermin bilik air. Setiap kali selepas menggunting rambut, aku ada kecenderungan untuk menulis atau mencatat sesuatu mengenainya.

Seperti contoh, "I had a haircut yesterday // Thursday 19/4/2013"

I don't know why. I just can't resist.

Selasa, 16 April 2013

No, it's not bad, but it's not great either.

Orang yang kenal rapat dengan keluarga, selalu kata aku mirip Ibu. Sentiasa tersenyum sewaktu bercakap, lemah-lembut dalam menyusun butir bicara.

Seorang kawan perempuan kata suara aku tidak maskulin, tetapi buatkan aku kedengaran persuasive. Dua minggu lepas, seorang perempuan asing, ketika kami berbual, "Alahai, lembutnya suara."

Aku risau juga mengenangkan ini. Kalau-kalau selama ini aku bercakap dengan nada seorang bapok. Kot-kot suara aku dijadikan bahan ketawa. Demi menghilangkan resah di hati, aku tonton semula rakaman percutian, perjalanan, pengembaraan kami (aku, Fami, Razin) awal Februari lepas.

"Hell, there's nothing wrong with my voice."

Perceptible

Andai kata tiga orang, masing-masing berdoakan sesuatu yang sama, dan sewaktu Tuhan mengabulkan permintaan tersebut, adakah Tuhan mengabulkan permintaan mereka serentak, atau hanya salah seorang dari mereka?

Jadi salah seorang dari mereka berhenti berdoa. Dan masih, Tuhan mengabulkan permintaan dua orang yang setia berdoa.

"Tanpa aku, akan ada orang lain yang akan berdoa dan terus percaya. Dan Tuhan tetap akan mengabulkan permintaan mereka."

Keyakinan itu bagaimana? Jawapannya aku baru jumpa sebentar tadi.

Isnin, 15 April 2013

Monday rant

I think I made it very clear, I don't want to die old.

Selari dengan peningkatan umur, objektif hidup mula berubah samada secara perlahan-lahan atau drastik. Maksud aku, apabila umur telah melewati zaman riang-ria remaja tetapi masih lagi terhuyung-hayang dilambung kehidupan, semacam ada sesuatu yang tidak kena.

Aku kelaskan diri ini sebagai seorang yang santai; laid-back; easy-going. Atau mungkin terlalu santai. Aku melalui jalan hidup dengan kadar paling minima (atau dalam sesetengah situasi, lebih bawah dari minima). Dengan berpegang pada kata-kata, "Pulun buat apa, kalau hasilnya tak tara mana." 

Setahun yang lepas, aku hidup dengan berkiblatkan prinsip carpe diem. Walaupun pemahaman aku barangkali sedikit juling, itu tak mengapa. Dengan duit yang aku ada, aku beli buku-buku, aku hiburkan hati dengan makanan yang bagus-bagus, aku bayar bil-bil utiliti, dan aku keluar berfoya-foya ke negeri orang.

Tiada satu sen pun untuk simpanan. Malah sampai satu tahap, tiada idea apa untuk dilakukan dengan wang yang belum dibelanjakan, aku bayar bil-bil utiliti in advance. Bil belum sampai, aku dah bayar, dalam jumlah yang tidak masuk akal. Aku tanya juga diri sendiri, apa neraka yang telah aku lakukan.

Dan jawapannya, simply because I can.

Aku sering berdoa pada Tuhan, agar aku dikurniakan kesihatan yang baik, supaya aku mampu menyumbang sesuatu kepada keluarga dalam kadar paling optimum. Jika itu bermakna aku harus memberikan segala-galanya kepada mereka, I'm willing to do whatever it takes.

Melihatkan wajah-wajah tua, uzur membuatkan aku tidak mahu hidup terlalu lama. Kerana aku sentiasa mengimpikan untuk mati seperti Ibu.

And that's it. Nothing more.

Sabtu, 13 April 2013

(Simbol)

Masih cuba memahami mengapa fikiran ini cenderung menggunakan analogi untuk memikir, membuka, menyelesai, merungkai, menyimpul sesuatu perkara.

Umpama aku kini hanya berfungsi dengan permainan simbolisme. Kadangkala, terlalu leka menterjemah keberadaan (atau kebetulan?) sesebuah objek atau lintasan idea, sebagai contoh, kotak pizza yang sudah seminggu berada di dalam bilik boleh ditafsir sebagai bla bla bla.

What. The. Hell?

Jumaat, 12 April 2013

From one point to another

Aku tidak pernah tahu ke mana hidup ini bakal membawa aku. Walaupun percaya diri ini sebenarnya mempunyai sepenuh kawalan dalam menentukan hala tuju hidup, aku sering terlupa bahawa dengan menyerahkan segala-galanya ke tangan takdir bukanlah satu tindakan yang bijak.

What is my purpose in life? Apakah makna hidup ini?

Untuk merasa diri ini masih 'ada', aku fikir cara mudah adalah dengan menetapkan aras-aras tertentu. Misalnya seperti mempunyai wang simpanan berjumlah sekian sekian pada hujung tahun, atau memiliki sebuah rumah, atau sebuah kereta, atau seorang teman wanita/isteri dsbnya.

Tetapi perancangan sebegini, umumnya, hanya melibatkan material dan kertas ringgit. Trust me, you're not fooling anyone, tatkala berjumpa dengan sanak-saudara atau kawan-kawan lama, hanya dengan berkata, "I've changed a lot."

Berubah? Dari sudut apa? Persepsi manusia kadangkala mampu membinasakan. Kebanyakan percaya pemilikan material ini adalah bukti kukuh yang berkaitrapat dengan pencapaian dalam hidup.

Aku cuba juga untuk menyimpan wang (walaupun berpegang pada anutan bahawa wang seharusnya dibelanjakan), sebelum menyedari ia suatu proses yang tidak menyeronokkan.

Adakah aku tidak mempunyai dorongan yang kuat, atau willpower untuk menahan nafsu dari berbelanja serta menyimpan wang secara pukal?

Khamis, 11 April 2013

Upside down

Bangun setiap pagi dengan penuh optimis hanya untuk diketawakan oleh inner pessimist pada waktu tengahari, "See, I told you so."

Rabu, 10 April 2013

The art of doing one thing at a time

Aku tak pasti mengapa, tetapi kelihatan seperti aku mudah sekali membuka bicara-bicara peribadi dengan orang yang tidak dikenali. Sungguh kontradik dengan separuh diri lagi yang tidak gemar bersemuka dengan manusia selain keluarga dan kawan-kawan.

Kerana aku berpendapat manusia-manusia asing ini berperanan sebagai alat (jika itu tidak keterlaluan) untuk menyingkirkan perasaan terpendam, tanpa ada kewajipan untuk aku peduli bagaimana atau ke mana input yang aku suntik kepada mereka bakal disalur/digunakan.

Punbegitu, aku percaya, tiada sesiapa kenal aku dengan sebenar-benar kenal. Mungkin kerana aku tidak pernah tergerak hati untuk berbicara lebih dalam mengenai perkara peribadi dengan sesiapa. Jika ada pun, sekadar cakap-cakap atau borak-borak kosong menyentuh hal-hal permukaan yang tidak menyimpang jauh dari persepi/ilusi yang aku bina buat mereka.

Malah jika ruang ini pupus - dan secara automatik kitaran penulis-pembaca terbatal - maka manusia(-manusia asing) yang pernah membaca tulisan-tulisan aku mungkin berakhir dengan tanggapan bahawa aku sekadar seorang narsis, berumur awal 20-an, ditambah kecelaruan identiti, unresolved issues in life, serta idea dan imaginasi yang bersimpang-siur.

Walaupun ruang ini berhawa peribadi, aku masih gagal untuk mengeksploitasi-nya dengan sebaik mungkin. Seolah-olah ada dinding tebal yang tidak memungkinkan aku berkongsi luahan rasa, hati ke hati.

Minggu lepas, seorang perempuan, awal 40-an, bertanya kepadaku, "Adik anak keberapa dalam keluarga?"

"First," aku balas - terperangkap antara pertama dan sulung - sebelum menyedari betapa janggalnya jawapan yang diberi.

"Umur?" masih lagi soalan yang bermain dengan angka.

"Dua puluh... dua. Dua puluh dua," aku sambut sambil dalam hati tertanya-tanya dari mana datangnya soalan rawak ini. Tiada sapaan 'lama tak nampak muka adik sekian sekian sekian'. Pertemuan kami dimulakan dengan soalan yang sungguh agresif bagiku.

"Tahun 91? 90?"

"91."

Sesi soal jawab ini kemudian perlahan-lahan bertukar nada menjadi sebuah perbualan panjang mengenai pengajian selepas diploma dan tentang aku yang sudah setahun meninggalkan kolej.

"Belum rasa nak sambung lagi," aku balas sewaktu ditanya mengapa tidak menyambung pengajian ijazah sejurus selepas tamat pengajian diploma.

"Nanti bila dah hilang 'panas', lagi liat nak sambung belajar."

Ya ya, betul tu, aku angguk perlahan mengiyakan kata-katanya.

"But not now for sure," detik aku dalam hati, "I'm busy making money."

We had our moment(s)

"It's okay to be a mat rempit," aku kata sewaktu terserempak dengan gerombolan mat rempit dalam perjalanan pulang ke rumah bersama Fairuz selepas bermain badminton. "Form 4/5 ni orang panggil rebellious stage. Rasa diri macam dah besar panjang tapi sebenarnya tak tahu apa-apa. Macam kita dulu la. Orang lain sibuk study untuk SPM, kita sibuk jadi setan. Kerja nak seronok 24/7. Tapi aku rasa tu benda normal la, waktu tu kita dalam proses mencari identiti diri."

Tapi kita tak mula, at least, until form 4, aku kata lagi. "But we turned out just fine. Tengok lepas kita habis SPM, pelik betul, tak rasa pulak nak turun hujung minggu. Semua dah macam malas, tak ambil peduli."

It's just a phase we went through, aku tambah lagi dalam perbualan berterabur dan berat sebelah malam itu. 

Selasa, 9 April 2013

Recreational shapeshifter

You know, one of these days, I will travel back to Shah Alam, spend all my money on (good) food, indulge myself in bubbling whirlpool tub and get high as fuck.

Isnin, 8 April 2013

Kanak-kanak kegemaran (2)

It's a privilege to watch Haikal and Ihsaan grow up right before my eyes. They might not be the brightest kids, but the hell with it.

I will always love them.

Ahad, 7 April 2013

Sunday rant

There's a brief moment after waking up from power nap, where I find myself trying to grasp on what's real and what's not.

Orang panggil ini sebagai mamai. Aku percaya, dalam selang/jeda momen-momen ambiguity, ada nilai-nilai yang mungkin aku terlepas pandang.

Atau contoh lain, bangun awal setiap pagi, aku menemukan diri ini dihurung seribu satu telahan, janaan yang muncul dalam bermacam-macam acuan/form. Sebagai reaksi balas, sudah tentu aku berasa terpanggil untuk merakamkan idea-idea ini ke dalam pelbagai medium.

I don't know how, I don't know the process, namun secara tiba-tiba aku mampu relate dengan kebanyakan rujukan-rujukan tv series yang aku tonton. Seolah-olah babak-babak tertentu yang terkesan pada aku, begitu terdesak untuk dihidupkan semula ke dalam kehidupan seharian.

I'll find a room and I'll make it fit, I thought to myself.

/ 0956PM
/ 07042013
/ Bilik tengah

Sabtu, 6 April 2013

Circling around, or perhaps not?

The idea of me being in love is so pure that it transcends everything. I don't know where I'm going with this, but at least I'm going somewhere.

Khamis, 4 April 2013

In·ter·ven·tion (2)

I
But come to think of it, aku percaya nasihat atau pujukan atau leteran atau pesanan hanya berfungsi sebagai comforting effect.

I mean, come on. Look at me, look at my life. Jika aku betul-betul peduli untuk mendengar kata-kata mereka yang lebih dewasa, hidup aku pasti jauh berbeza landskap-nya.

II
Am I losing grip of my own life? Terlalu penuh dengan diri sendiri sehingga pertimbangan aku terhadap sesuatu perkara menjadi terlalu berat sebelah. What's right? What's wrong? Morally right? Morally wrong? Reality? Bollocks? What, what, what, what?

III
"Please, don't take this away from me."

"Take what away?"

"This. Love."

In·ter·ven·tion

Terangkat satu beban dari dalam diri bila aku mampu untuk berbicara dengan seseorang yang penting dalam hidup. Pada usia 22 tahun (atau 21 tahun sebenarnya) aku masih lagi memerlukan, paling kurang pun, sedikit bimbingan dan tunjuk ajar dalam hal-hal yang aku kurang arif.

Mempunyai ego maha tinggi adalah satu perkara, degil adalah satu perkara, merendah diri untuk mendengar pendapat seseorang yang lebih dewasa adalah satu perkara yang lain pula.

It's good to know that I will always have someone to turn to in times of need. I feel blessed.

Rabu, 3 April 2013

Nothing else matters (2)

Aku semacam telah melangkau beberapa langkah penting dalam proses jatuh cinta.

Thus, I keep having this nagging feeling in my head that tells, "You're happy, but you're not. You're in love, but you're not."

Sewaktu sedang mengisi petrol ke dalam tangki kereta dan sewaktu menjamah sarapan pagi dan sewaktu membuang nasi lemak udang yang tidak sedap ke dalam tong sampah, aku tersedar bahawa setiap perkara di dalam dunia ini - walaupun kelihatan seperti hura-hura - sebenarnya teratur dalam cara tersendiri.

Aku tanya diri sendiri, kenapa tidak nasi lemak ini digaul dengan mee atau kotiau atau bihun goreng. Dengan itu, lebih mudah jika dua (atau lebih) hidangan dicampur menjadi satu, kerana ia tetap akan masuk ke dalam perut.

Ia tidak presentable; unpalatable. You can't just mix everything and says, "Here, eat this."

Because it doesn't work that way. Rumit atau mudah, susah atau senang, aku tetap percaya setiap sesuatu mempunyai aturan yang unik.

Dan berbalik pada tujuan asal tulisan ini. Clearly, something is not right.

Roads untraveled

"Where the hell am I?"

"Doesn't matter. You're in the future, year 2500."

"What happened?"

"Let's say, something happened."

"No kidding?"

"You're being resurrected back to life. And yes, you're welcome."

******

"Just so you know, Earth does get better. Not quite utopia but almost. Because believe me, human will always find a way to survive. Have faith in humanity. If not, we wouldn't have made it this far."

"Really? Tell me more about it."

"I dont think so. Relax, let's take one thing at a time."

"What do you mean?"

"Nothing."

******

"What is that?"

"Books."

"Books? Are you sure?"

"Positive. The conventional reading material have been prohibited. Because there's no more trees left. Lagipun, udara yang kau sedut adalah udara subsidi dari tanaman yang ditanam khas oleh kerajaan."

"Butuh apa tiba-tiba cakap Melayu?"

"Sorry, sorry. It won't happen again."

"It's okay. So, tell me."

"We drink book extract. They made it for sale. There are literally millions of title available."

"Hell, this is what I thought in year 2010. You don't have to go to school anymore since you can buy/drink knowledge and learn by yourself. Am I right?"

"We still have to go to school. Self-taught is dangerous."

"Dangerous?" 

"Of course, you can buy and fill tons of knowledge in your head. But that's not the point. It makes you no better or any smarter than other people.

"How come?"

"It's not the book that matters. It's what's you get from it. Baca semua buku dalam dunia, tapi masih jumud dan shallow, tak guna juga. Sepatutnya buku menentukan personaliti kau dan pembawaan kau. In school, you going to learn how to control your thoughts."

"Maknanya, fikiran mereka ditentukan oleh pihak tertentu?"

"Well... if you put it that way."

Selasa, 2 April 2013

Brief conversation

"You're a mess," Jimi muncul sewaktu aku sedang memandu pulang ke rumah. Leka memandu tanpa apa-apa tujuan melainkan untuk berjemaah dalam kesesakan trafik, kemudian singgah ke 7-Eleven demi satu tin air, untuk dihabiskan di luar kereta sambil memerhati kenderaan lain meluncur laju di atas jalanraya.

"If this is isn't loneliness, I don't know what is," aku lempar tin yang masih bersisa ke dalam tong sampah.

Radio tidak terpasang, maka tak hairan Jimi muncul. I was about to switch on the radio when I thought to myself, "Hell, I could use this conversation."

"Look at me," aku balas. "Aku dah sampai satu tahap, yang mana aku rasa dengan menulis semata-mata tak cukup untuk luahkan segala-galanya. At the end, I know I need someone to talk with."

"Well, you got---

"No, not you. I need someone else," aku segera mencantas. "And yet we're conversing," Jimi balas.

"Ya, I know. Sebab kalau kita tak berbual sekarang, that defeat the whole purpose of you sitting right next to me."

Jimi angguk perlahan.

"How do I open my heart to someone? Paling penting, aku takut apa sebenarnya? Vulnerable? Rejection? Commitment?"

"Trust me," Jimi sambut. "If I have an answer to that question, we wouldn't be having this conversation."

Love eh? (2)

Aku makin rajin tulis surat, aku beritahu F sewaktu kami berbual tempoh hari. Gila la, dia balas dengan nada yang kalau ditafsir mungkin berbunyi: Surat? Poyo betul.

Assuming she's not withholding any information about my current obsession, or life, or anything, maka reaksi tersebut adalah wajar sama sekali. Maksud aku, dalam dunia yang semakin kurang bergantung kepada kertas, or paperless environment, if you will, tindakan menulis surat umpama satu langkah terbelakang dan semestinya layak untuk dituduh sebagai hipster.

Kenapa tidak emel, pesanan teks, WhatsApp dll?

Sudah tentu surat-surat, samada ditulis atau diterima, mempunyai nilai-nilai estetika yang tidak dapat dijumpai dalam kaedah komunikasi moden. Of that I'm pretty sure.

Isnin, 1 April 2013

Let it all out (3)

Adakah Tuhan hanya wujud pada waktu Subuh?

Aku dirundung persoalan ini hampir setiap pagi, dan sebanyak mana pun aku berpesan kepada diri sendiri untuk berubah, ia masih tidak menjanjikan apa-apa.

I'm not a devout Muslim. Even worse (no, not yet), I don't even have the slightest intention to be one.

Even worse, I once doubted God existence. Life is not fair, aku teriak kepada Tuhan, sewaktu melalui fasa-fasa berontak dalam perjalanan menjadi lebih matang.

Terlepas Subuh, dan aku mungkin melalui sehari penuh tanpa langsung mengingati Tuhan.

Let it all out (2)

I
Semakin banyak/lama menulis, semakin ketara percanggahan yang timbul dalam setiap tulisan. Tetapi aku fikir itu tak apa, kerana apa yang yang penting ialah, aku dapat menzahirkan segalanya yang bermain di fikiran dalam bentuk tulisan.

II
Quantity over quality ftw. Aku percaya, buah fikiran yang tidak (sempat/terlupa) dicatat akan tenggelam ke daerah paling dalam. Kemudian, tanpa disangka-sangka, ia akan timbul semula, bermain-main di permukaan, sehingga mengganggu keseimbangan lain-lain hal atau urusan atau perkara.

Nothing else matters

How many times do I let women walk out of my life?

I mean, I'm not even trying. Sure, there's a sweet good morning text messages, late night phone conversations, dinner, movies, going places, stroll around, laughing, chuckling etc.

But I just can't seem to commit, to the extend that thinking it was all happening too soon. For God's sake, what the hell is wrong with me?

And now I think I'm in love. Again.

Berapa lama perasaan ini mampu bertahan? I have no friggin' idea.

Out of my control

Terjaga dari lena dengan dihurung tanda tanya.

Mimpi berpegangan tangan dengan seorang kawan baik, lelaki, di atas pentas peragaan. I don't remember much, tetapi perasaan yang timbul seolah-olah berdiri di atas garis halus antara: not being a gay but it's definitely more than a bromance.

But that's not important. Moving on, how come I don't remember the rest of my dreams? Adakah mimpi yang terasa seperti hanya dua tiga minit, secara relatifnya mengambil masa lima enam jam?