Khamis, 19 Jun 2014

They are my best friends for a reason

I'm twenty-two years old (yes, in denial, still), but I don't look like one, and even worse, I don't even bother to act my age. Aku ingin salahkan muka yang sedikit childish, dan senyuman yang buatkan aku sentiasa kelihatan tidak serius. Namun aku sendiri tahu bukan itu punca sebenarnya.

I'm the type that never fit right in. I will adapt, eventually, but it takes time. Seperti di kolej, aku ambil masa yang agak lama untuk bertegur sapa dengan sesiapa, dan terkial-kial memulakan langkah pertama dalam proses membina bulatan sosial. Which is why they straight away accused me of being cocky.

Kerana aku, secara peribadi, lebih selesa meletakkan dinding yang memisahkan diri ini dengan manusia lain. But why, you might ask. Well, simply because I can.

I still hangout with my high school classmates. Kebanyakannya aku sudah kenal lebih daripada sepuluh tahun. Mind you, sepuluh tahun adalah satu tempoh yang lama, dan aku fikir, dikelilingi wajah-wajah yang sama untuk tempoh sebegitu, banyak mempengaruhi perwatakan dan pembawaan diri ini.

Mungkin itu sebabnya, kadangkala, - walaupun koya matang - aku masih mempunyai kelakuan seperti remaja sekolah menengah, sedikit sebanyak. Tidak banyak yang berubah dari segi cara kami bergurau, inside joke yang boleh membawa kami ke neraka, topik-topik maha mengarut dan rawak, rutin-rutin melepak, dan aktiviti-aktiviti tiga suku yang kami lakukan.

But it all worked out for the best. Walaupun ada sisi-sisi aku yang telah dewasa dan tidak lagi mahu menoleh ke belakang, namun aku sentiasa tahu, untuk memiliki dan berkongsi kegembiraan yang tidak berubah sama seperti tujuh, lapan tahun lepas adalah sesuatu yang di luar jangkaan.

To be honest, I couldn't ask for more.

12:13PM Thursday 19 June 2014

Jumaat, 13 Jun 2014

Internet's been down for half an hour

Talian internet terputus di rumah, dan kemudian aku semacam merasakan bahawa hidup ini lebih daripada sekadar duduk di hadapan skrin komputer untuk, oh ironinya, bersosial, ataupun menatal skrin telefon untuk twit-twit self-righteous, gambar-gambar Instagram koya deep, dll.

I thought I'd say eureka! (untuk self-discovery ini) but let's face it, bila talian internet disambung semula kelak, aku akan kembali menjadi penagih. Sama. Seperti. Kamu. Semua.

But the hell with it, who cares anyway?

Jadi aku keluar memandu, because that sort of becoming my way to deal with things. Kepala serabut, aku keluar memandu. Bosan di rumah, aku keluar memandu. Balik dari melepak dengan kawan-kawan, aku tetap berpusing-pusing sekitar pekan sebelum pulang ke rumah.

Aku tidak menemukan tranquility dalam hal ini, nor sense of belonging whatever. But I do feel like I'm in control. Though I have no idea where I'm going, but I know I'm going somewhere. Tak kira aku memandu perlahan, laju atau apa, at the end, aku sentiasa tahu aku ada destinasi terakhir untuk dituju.

6:59PM 03 May 2014

Sabtu, 7 Jun 2014

Burned out flames should never re-ignite

H tanya tempoh hari, apakah aku masih berhubung dengan A, seorang perempuan yang aku kenal melaluinya kira-kira setahun yang lepas. I told H, no, not anymore. I think it would be better if we just stay friends.

I did, in fact, give it a try. I went out with A twice. Sure, we share a laugh or two, but that's it, nothing more. 

As much as I want to be with somebody, I told H, I'm not ready. Aku tiada masa. Kerana kehidupan sedang memakan aku perlahan-lahan.

10:20PM Saturday 07 June 2014

Jumaat, 6 Jun 2014

Nota pendek

Mungkin ada benarnya, kesunyian, kesepian dan keasingan, berada rapat dengan diri penulis. No, I'm not a writer, but it's kinda assumable once you get the hang of it.

Entah mengapa, saya seakan tidak lagi berminat untuk merakamkan nilai-nilai gembira hidup ini dalam bentuk tulisan. Kerana ia terlalu biasa, saya kira. Ataupun mungkin saya sendiri mengambil soal kegembiraan itu secara sambil lewa.

8:18PM Friday 06 June 2014

alepfugazi for the win!

Di Twitter, saya lebih senang buat hal sendiri. Saya tulis sesuatu dalam lingkungan 140 aksara, dan kemudian saya rasa saya manusia paling pandai dalam dunia, dan saya tak peduli apa manusia lain fikir.

Kerana saya suka bermain-main dengan: kata-kata, keberadaan, dialog filem/siri tivi, petikan kata manusia lain, rujukan kultur pop, dll. Entah apa yang serius, apa yang tidak, saya pakai bedal ikut suka hati.

Sebanyak mana saya mahu puaskan hati manusia lain, banyak lagi yang perlu saya lakukan untuk puaskan hati sendiri.

2:26PM Friday 06 June 2014

Khamis, 5 Jun 2014

3H2M

Saya pulang ke rumah daripada Pulau Perhentian, dan dapati diri ini ada sedikit semangat untuk menulis sesuatu. Saya tak pasti apa yang ingin saya tulis, samada: harapan saya terhadap hidup, atau pencerahan tentang masa depan, atau awal hingga akhir perjalanan kami selama tiga hari, atau manusia-manusia yang saya jumpa sepanjang perjalanan, atau memori-memori yang masih bercebis.

Saya tidak pasti.

Kerana saya tidak mencatatkan apa-apa sepanjang berada di sana, melainkan saya menangkap beberapa keping gambar, yang saya rasa, langsung tidak menjustifikan keseluruhan percutian saya. Saya masih ingat air laut yang cerah, perkampungan nelayan yang meriah, bot-bot terapung di pinggir pantai, ikan-ikan kecil yang bermain di kaki jeti, dsbnya.

Ada momen yang saya hargai. Ada yang tidak. Tetapi saya ambil kesemuanya dan saya simpan dalam hati, atas nama kenangan.

11:58 AM 05 June 2014

Hello June!

1. Percutian tigahariduamalam di Pulau Perhentian.
2. Cadangan asal: Hat Yai, Krabi, Phuket.
3. But you know, shit happens.
4. 1000 kilometer dihabiskan di atas jalanraya.
5. Sitiawan - Kuala Kangsar - Gerik - Jeli - Kuala Besut - Perhentian - Machang - Kuala Krai - Gua Musang - Cameron Highlands - Ipoh - Sitiawan.
6. Letih memandu tak sama dengan letih duduk di kerusi penumpang.
7. Saya muntah sepuluh kali sewaktu sesi snorkeling.
8. Saya tak ada masalah dengan lautan. Saya ada masalah dengan bot bergoyang.
9. Gambar percutian saya tak banyak. Yang banyak ada dalam kamera kawan-kawan.
10. Tahun depan: Hat Yai, Krabi, Phuket.