Rabu, 30 Oktober 2013

Mencari kebahagiaan kulinari

The cashier gave me a dirty look when I bought two bottles of Malta, as if I'm buying alcohol. I'd raise my middle finger if I'm four or five years younger, but now, I can't be bothered to react.

Seminggu dua ini, hujan turun tanpa henti. Mewujudkan suasana nyaman sepanjang masa, dengan bauan segar pasca-hujan membasahi bumi. Juga membuatkan aku tidak lagi sakit kepala untuk keluar pada waktu tengah hari.

Aku masuk ke dalam kereta, hidupkan enjin, sambil memikirkan di mana tempat untuk membeli burger. To be honest, I can't be trusted driving alone at night, or at any time for that matter. Masalah rabun jauh menyebabkan pandangan aku kurang jelas, dan sensitif terhadap cahaya terang. Jika diikutkan ujian mata yang aku lakukan dua bulan lalu, aku sepatutnya memakai cermin mata.

McDonald's came to mind. Idea memesan makanan melalui kaunter pandu lalu kelihatan begitu praktikal dan mudah lewat malam begini. Tetapi aku baru sahaja makan malam di sana tiga hari lepas bersama seorang kawan. Menu kegemaran aku cuma satu - Spicy Chicken McDeluxe.

Memetik kata-kata Red, dalam The Shawshank Redemption (1994), "I mean, seriously, how often do you really look at a man's shoes?" Sama juga halnya dengan burger. Berapa ramai yang peduli untuk melihat apa yang terselit di antara dua keping ban?

"I don't know what I'm eating, tapi yang pasti ini bukan daging," aku kata kepada A, merujuk kepada kepingan daging Big Mac. Dagingnya rasa hambar, leper, tidak bermaya, dan terlalu kering. Seolah-olah mengunyah sesuatu dengan penuh rasa curiga.

Melupakan McDonald's, aku memandu sejauh 10 kilometer tanpa tujuan, sebelum tiba di sebuah gerai burger. Segera aku pesan burger daging tanpa sos cili dan sayur (kecuali timun dan bawang). 

Kerana, bagi aku, condiment yang munasabah untuk dimakan bersama burger hanyalah sos tomato. Rasa-nya lebih berkarakter daripada sos cili; yang aku gelar sebagai pembunuh rasa, because it has a tendency to overshadow any other flavor.

Burger jalanan (sounds derogatory, but really not), bak kata seorang kawan, adalah nikmat yang dipinggirkan. The juiciness and tenderness, if cooked right, it has so much potential.

7:45PM Tuesday 29/10/2013

Selasa, 29 Oktober 2013

Unscripted

Seorang kawan lama, Y, menghantar pesanan teks kepada aku dua hari lepas. "Free tak? Jom kita lepak."

Aku - malas untuk mencari alasan - segera bersetuju. Lagipun, sudah lama aku tidak bertemu dengannya. Kali terakhir mungkin ketika dia masih lagi menjadi seorang penggangur, sepuluh bulan lepas.

Y, adalah rakan sekelas aku sewaktu sekolah rendah, sebelum kami masing-masing memasuki sekolah menengah yang berlainan. Rumahnya tak jauh dari rumah aku. Kalau berjalan kaki, mungkin hanya mengambil masa lima minit.

Zaman sekolah menengah aku banyak dihabiskan dengan melepak bersama Y dan kawan-kawan yang lain. Setiap petang, aku akan ke padang berhadapan rumahnya untuk bermain bola sepak, sebelum pulang ke rumah ketika senja menghampiri.

Jika tidak bermain bola sepak, kami akan mengayuh basikal ke serata pekan. Menyusuri taman demi taman, meredah jalan tidak berturap di estet berhampiran dengan penuh semangat off-road, dan bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi tanpa arah.

Dan setiap hujung minggu, kami akan mengayuh basikal pergi-balik sejauh tiga puluh kilometer (serius, tak bergurau) ke kawasan perumahan di atas bukit dengan satu tujuan: mendaki dengan susah-payah semata-mata untuk menuruni bukit dengan kelajuan maksimum.

Untuk pengajian diploma, Y belajar di sebuah kolej di Ipoh. Tak jauh dari Seri Iskandar, lebih kurang empat puluh lima minit pemanduan santai. Sewaktu aku masih di Seri Iskandar, sebulan sekali, dia akan telefon aku untuk bertanya sama ada aku ingin tumpang pulang ke Sitiawan.

Y mengeluh tentang kegusarannya mengenai alam dewasa. "I can't believe I'm twenty-two years old."

Aku ketawa, "You and me both, brother."

9:39PM Tuesday 29/10/2013

Selasa, 22 Oktober 2013

I'm not quite there, but I'm close

Separuh diri ini pasti berasa kesal selepas membiarkan kemarahan menguasai diri. Perasaan yang sama, sewaktu kecil dahulu, tatkala menendang kucing sehingga terpelanting, sebelum akhirnya tersedar, "Good God, what have I done?"

Pada usia begini, aku kira, sepatutnya kemarahan adalah sesuatu yang semakin mudah untuk dikawal. Well, I couldn't have been more wrong.

8:57PM 22/10/2013

Ahad, 20 Oktober 2013

Lapar yang tidak tertahan

"You drive pulak," aku kata kepada M sejurus keluar dari lorong pandu lalu sebuah francais makanan segera. Aku segera berhenti di bahu jalanraya untuk bertukar posisi pemandu-penumpang.

"Kenapa?" M balas kehairanan, seolah-olah baru sehari kenal perangai aku.

"I want to eat," aku sambut.

"Can't you wait until you send me home?" M geleng kepala.

"No, I can't. I'm starving. I'll die."

8:51PM Sun 20/10/2013

Selasa, 15 Oktober 2013

Tragedi pagi raya

Separuh diri ini terasa pilu bila mengetahui Ayah buang dua ekor kucing dari rumah. Mulanya, aku fikir aku mampu terima ini dengan hati terbuka, sambil memujuk diri, ia adalah perkara biasa untuk berasa kehilangan.

Ternyata hati ini belum sifar empati, tatkala aku bertanya pada Aisyah, "Laa, kenapa buang? Kesian la dia."

Mungkin mereka bukan kucing kegemaran, atau kucing paling comel dalam dunia. Namun untuk membuang sesuatu yang wujud dalam dunia kecil aku ini, tanpa apa-apa beban emosi, itu tidak mungkin berlalu.

"You get attached to things/people so easily," pernah seorang kawan perempuan kata kepada aku.

Now if you'll excuse me, I'm going to mourn all day long.

Selasa, 8 Oktober 2013

I am Ted Mosby

"It's not that hard to remember your birthday," I said to F, ages ago. "Yours is on October 7. Mine is on November 7."

I once believed it's a sign of a soulmate. Oh, how naive I was back then.

Ahad, 6 Oktober 2013

Blurry

And I'll tell you what's funny. I deluded myself into thinking, "Never mind, I'll be fine. Let's just say I have faith in her."

9:09PM Sun 06/10/2013

Khamis, 3 Oktober 2013

Menebuk memori

Mungkin aku terlalu banyak membaca bahan bacaan tidak masuk akal (I'll get to it later), dan mendengar lagu-lagu pop terkini arus perdana, dan menonton terlalu banyak episod siri tivi yang langsung tidak mencabar minda; dipenuhi ketawa-ketawa yang tidak memberi apa-apa.

Sebelum tahu untuk memilih, dan membeli buku-buku yang bagus, aku terlebih dahulu jatuh hati dengan komik. I used to have massive collection of various comic books. Dan perlu diingat, koleksi ini datang daripada poket seorang remaja belasan tahun dengan elaun mingguan kurang dari dua puluh ringgit. Yes, damn right, it's impressive.

(Hampir) setiap hari, aku akan mengayuh basikal ke sebuah kedai buku kegemaran, sejauh hampir empat kilometer dari rumah, selalunya selepas habis waktu sekolah, hanya untuk membelek buku-buku komik yang tersusun di atas rak. Dan kebiasaannya, setiap hujung minggu, setelah cukup duit, aku akan membawa senaskhah dua pulang ke rumah.

It's a lousy bookstores. Ia turut menjual bahan bacaan lucah, you know, books with really vulgar title/headline, and shitty front cover illustration. Tetapi dalam masa yang sama, ia menjual buku-buku komik yang bagus. Mehh, what can one do?

Tamat sekolah menengah, aku berhenti membeli. Bukan kerana pudar minat atau apa, simply because I have better things to do with my money. Melepak perlukan duit. Berfoya-foya perlukan duit. Proses mencipta memori bersama kawan-kawan perlukan duit. You fuckers think money grow on trees?

I'm not sure what prompted me to write. I was sixteen years old at that time. Mungkin terpengaruh selepas membaca Binfilem, atau AKAB, atau lain-lain. Ada sesuatu tentang menulis yang buatkan aku tidak (lagi) peduli soal medium. Doesn't matter anymore, samada di atas kertas, atau ruang maya, atau di mana-mana, selagi wujud kitaran penulis-pembaca, maka aku menganggap ia sudah memenuhi tuntutan sebuah konstruk dan mencapai tujuan asal aku untuk menulis.

Sudah pasti pengalaman membaca blog tidak sama dengan membaca novel. Ada nikmat segera yang tidak dapat ditemui dalam bahan bacaan konvensional. Seolah membaca entri-entri pendek membawa aku dari poin A ke poin B tanpa banyak kerenah; jelas dan pantas. Manakala membaca novel pula, memberikan satu pengembaraan panjang, ada turun naik, cepat lambat, yang akhirnya juga menuju dari poin A ke poin B.

Aku masih ingat, kami adik-beradik pernah mempunyai ritual mendengar radio untuk mengikuti carta lagu-lagu terkini. Of course, looking back, it was ridiculous thing to do. Tetapi ini proses penting, bagi aku, dalam mencari aliran musik yang cocok dengan jiwa.

I listen to almost anything. Genre tak penting, kerana dalam dunia ini hanya wujud dua jenis lagu; yang aku suka dengar, dan yang aku tidak suka dengar. Seperti aku gemar lagu Pompeii oleh Bastille, tetapi aku tidak berkenan dengan keseluruhan albumnya. Because their debut album just doesn't do it for me.

Aku mula belajar menikmati musik post-rock sewaktu di kolej. Lagu pertama, Your Hand in Mine oleh Explosions in the Sky. Aku kata kepada F, pertengahan tahun 2011, "It's called an eargasm. All of a sudden, your body will go numb, struck by great music and your mind will send you somewhere you-don't-know. Just close your eyes, listen and cheers!

Yes, that's me, being a hopeless romantic.

Kemudian tersedar bahawa post-rock lebih daripada sekadar itu sewaktu mendengar lagu Radio Protector oleh 65daysofstatic. Dan seterusnya Sigur Rós, dan God Is an Astronaut, dan lain-lain. Setiap komposisi mempunyai energi tersendiri. Your Hand in Mine buatkan aku ingin terlena di atas riba bidadari, Radio Protector buatkan aku ingin menari girang, dan Glósóli buatkan aku percaya masih ada harapan untuk segala-galanya.

Ketika menaip perenggan ini, aku sedang memuat turun filem dan siri-siri tivi melalui μTorrent secara pukal. Ada empat puluh fail sedang beratur untuk dimuat turun. Ketagihan ini, aku fikir, datang dari kemahuan diri yang perlukan tontonan intensif.

Filem dan siri tivi adalah dua perkara berbeza. Kaedah menonton juga tidak sama. Sehingga hari ini, aku masih tidak mampu menonton dua filem secara berturut-turut, apatah lagi meharungi marathon filem. Namun, aku mampu untuk menghabiskan dua puluh episod The Big Bang Theory dalam tempoh semalaman.

Dua jam My Dinner with Andre (1981) bersamaan dengan empat episod siri tivi How I Met Your Mother. Tetapi dua jam menonton My Dinner with Andre adalah umpama neraka, sementara momentum siri tivi How I Met Your Mother berubah dalam setiap episod, menyebabkan tontonan menjadi lebih ideal untuk aku yang terkesan tidak sabar-sabar untuk tiba kepada penamat.

Kerana skala-nya tidak sama. Aftertaste juga tidak sama. Selesai menonton Before Midnight (2013) tempoh hari, aku berhenti sejenak, untuk memahami mengapa filem ini terasa dekat dengan diri. Cuba untuk mengerti mengapa setiap perhubungan yang aku bina tidak pernah kekal lama.

Sebaliknya pula setelah...

Phew, it's been awhile since I've written long post. I think I'll stop here.

8:56PM Thur 03/10/2013

Selasa, 1 Oktober 2013

That's all I'm asking

I told myself, I only need 5 hours of sleep every night. Tak kira betapa huru-hara, atau sibuk, atau lancar perjalanan waktu siang, aku perlu berada di atas katil (selalu tak sempat, terlena atas lantai) selewat-lewatnya sebelum pukul 1 pagi.

Because I need my 5 hours.

Kerana hati ini sering resah sebelum terlena. Memikirkan masa depan, denai-denai kemungkinan yang bersimpang-siur, dan apa kejutan yang bakal Tuhan sediakan untuk aku esok pagi.

Because I need my 5 hours.

Kadang terjaga di pertengahan lena, terpinga-pinga, cuba untuk mengingati fragmen-fragmen mimpi yang berkecamuk, kemudian dapati diri tidak lagi berselera untuk tidur. Sehingga kini, masih cuba untuk mengerti mengapa ini terjadi. Dengan. Begitu. Kerap.

Because I need my 5 hours.

My morning starts as early as... fuck? Secara rutin, seawal 6 pagi untuk sepanjang tahun. I'm up early, disambut dengan lagu-lagu rawak daripada siaran radio, dituruti segelas air kosong, atau Nescafe, atau pernah paling parah, separuh tin Diet Coke. Doesn't matter, it helps to trigger bowel movement.

Because I need my 5 hours.

10:35PM 01/10/2013