“Hang la ni umoq berapa?” She asked me. Aku jawab dua puluh lima. Kemudian ada nada terkejut dalam jawapan balas mereka, “laaa ingatkan baru dua puluh tiga.”
That’s what happened when you haven’t met them for so long. Segala-galanya terlekat pada momen setahun, atau dua, atau tiga tahun lepas.
“Sapa taktau habaq hang nak menikah tahun ni. Dah ada calon ka?” Entah siapa yang reka cerita, aku pun tak pasti. Aku cakap dak aih, lambat lagi. “Calon pun takdak lagi ni.”
Makcik aku yang seorang ini, I swear to God, she is a natural-born matchmaker. Kalau pergi ke rumah dia, ada saja perempuan/lelaki untuk dia kenenkan dengan sesiapa. Kadang-kadang, sampai naik letih nak melayan.
“Hang takmau ka ustazah…”
“Ni ada sorang duduk di apanama…”
Dia datang ke rumah dengan seorang lagi pakcik aku. I went home to have my morning cigarrette session and breakfast, hanya untuk dapati mereka berdua sedang duduk minum di dapur. Aisyah were there to entertain them. Mereka pelawa aku untuk keluar sarapan pagi bersama. Aku cakap lain kali, sebab aku tak boleh berlama-lama. Lebih kurang tiga puluh minit lagi, aku nak sambung kerja. Dalam jeda masa yang tak seberapa itu, aku ambil keputusan untuk jadi tuan rumah yang baik dan layan mereka berborak.
Nevertheless, it was great seeing them. Walaupun aku kena marah sebab dah lama tak pulang ke kampung atau jenguk saudara-mara, atau sertai apa-apa kenduri yang mereka buat. “Hang ni sampai taktau apa langsung.” Dua kali. Dua kali aku kena marah, bila aku tanya kenduri kahwin siapa pada bulan Julai nanti.
Aku cuma mampu tersengih, malas nak melawan. Apa boleh buat, my hands were tied pretty tightly. Aku tak boleh sesuka hati tinggalkan urusan kerja. Aku sendiri berharap aku ada lebih banyak masa untuk dibahagikan kepada mereka. Untuk lebih kenal isteri atau suami kepada sekian banyak sepupu aku. Untuk sentiasa ada dalam setiap urusan keluarga. But sadly, I don’t have the time.
“Tengok pakcik hang ni. Cuti dua tahun. Syok berjalan merata-rata.”
Well, good for him. He’s doing master’s degree right now in UPM. Pelepasan cuti dua tahun. Gaji jalan. Elaun jalan. Biasiswa dapat. Sounds like quite the life to me.
I’m not sure why, but they kinda get the impression that I’m filthy rich now. Mungkin sebab mereka ingat aku sibuk dengan urusan kerja dan tak ada masa untuk menikmati hidup dengan hal-hal lagha. Bitch please, datanglah ke sini dan aku boleh tunjukkan betapa lajunya duit aku keluar setiap hari. Macam aku selalu bergurau dengan mereka, “kaya harta tu takdak la. Tapi kaya dengan budi bahasa.”
But it’s true. I’m good at keeping my record clean. Tak ada cerita-cerita merapu tentang aku berlegar di sekitar mereka. Di mata mereka, aku adalah seorang yang sopan, dan tak banyak bercakap. Jarang berjumpa, jadi mereka tak tahu apa yang aku buat, dan ke mana aku pergi. It’s easier that way. “Awat hang dok kerap sangat pi Siam? Jangan dok buat benda merapu. Bahaya la ni.”
Tiga kali. Tiga kali aku kena marah. Maka aku tak jadi nak beritahu yang aku nak pergi lagi untuk tahun ini.






