Khamis, 30 Julai 2015

New level

Everything is going great in my life right now. Not that anyone cares, but yes, just so you know. I often remind myself to save up money religiously and spend it wisely. Jaga diri. Jaga kesihatan. Jaga makan minum. Jaga Ayah dan adik-beradik. Jaga hubungan sesama kawan.

I thought I had it all figured out. Tetapi sekali-sekala Tuhan jentik rasa sangsi dalam diri, terus aku rasakan perancangan yang aku buat selama ini tidak cukup. Seperti ada yang tidak kena. Something must be wrong somewhere.

Kawan-kawan pelawa aku untuk cuba buka perniagaan baru bersama-sama. I've always wanted to try something new. Keluar sedikit dari kepompong selesa, dan celup kaki aku dalam telaga ketidaktentuan.

O Tuhan, jangan biar aku lemas untuk kali ini.

Cara paling mudah untuk hilang persahabatan adalah melalui benda-benda remeh sebegini. Wang ringgit, peranan dominan, kecelaruan kuasa, berbeza pendapat dsbnya. Jika tidak ditanggapi dengan cermat, poof... selamat tinggal persahabatan.

O Tuhan, semoga semuanya baik-baik belaka. Amen!

Selasa, 28 Julai 2015

Beats the hell out of me

I just don't get it. How can a stranger, or someone I haven't met, or someone I barely know, bring out the best in me (or so I thought), and somehow inspire me in a very strange way.

And I don't even know her name, to begin with.

Of rain and everything in between

Dua orang kawan datang ke rumah aku, masing-masing dengan perut lapar. Sedar tak sedar, kami sampai di Ipoh, dan terus singgah makan di sebuah kafe kepunyaan keluarga teman wanita Sepul.

Hujung minggu dengan hujan gerimis, petang yang damai, dan cuaca yang dingin. It doesn't get better than this. Cuaca sebegini sepatutnya dihabiskan dengan bergulung dalam selimut, dan tidur sepanjang hari. But hey, it's weekend. And sleep can wait.

Pertama kali aku berjumpa dengan teman wanita Sepul. For all I care, mereka telah berkawan sejak sekolah menengah, kemudian sama-sama sambung belajar di sebuah universiti di selatan tanah air. Khabarnya merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh setahun dua lagi.

The food was okay. With reasonable price. Nasi ayam yang rasa macam nasi ayam. Jus epal yang rasa macam jus epal. No big surprise. Ikutkan hati aku mahu makan ayam KFC. Memetik seorang kawan tempoh hari, "Ayam kepsi sebenarnya benda paling underrated dalam dunia. Murah, sedap dan ayam. Siapa yang tak suka ayam?"

Yeah, well, no argument there.

Kawan-kawan yang lain semuanya entah kemana. Tiga orang berada di Penang, for a short vacation. Seorang pulang ke Kuala Lumpur untuk menguruskan hal risik dan tunang pada hujung tahun ini. Dua orang dan selebihnya tak dapat dihubungi dan dikesan.

Maka tinggal kami bertiga, meronda sekitar pekan, membuang masa sebelum pulang ke rumah. Ipoh dan hujan tak pernah serasi; bangunan-bangunan lama dan suasana pekan serta-merta jadi melankolik dan suram. Ia buatkan aku terus rasa macam nak tulis sajak patah hati, dan baca sekuat-kuat hati.

Tapi aku tak buat. Sebab aku tak patah hati. Dan aku tak ada masa nak tulis sajak.

Dalam perjalanan pulang, kami berbual panjang. Tentang harapan dalam hidup, tentang hubungan sesama manusia, percutian jangka pendek dan jangka panjang, keluhan tentang itu ini.

Aku beritahu mereka kadang-kadang aku sukar, dan semacam keberatan untuk berjenaka dengan manusia-manusia asing, atau sesiapa yang kurang rapat dengan diri ini. Kerana bagi aku, untuk duduk semeja, ketawa, dan berjenaka memerlukan kefahaman - jika tidak banyak, sedikit - antara dua belah pihak.

"Paling teruk bila dengan perempuan yang baru aku kenal," aku tambah lagi. I want to show them the fun huhahuha side of me. But I just don't know how to. Sisi yang tak semua manusia tahu, dan pernah alami. Sebab itu, bila dengan perempuan, aku bawa karakter diri paling laid-back, tak banyak cakap, ketawa setakat yang perlu, and sentiasa tersenyum tiap kali mereka buka mulut untuk berbicara.

Isnin, 27 Julai 2015

Imaginary! Imaginary!

Tuesday, March 27, 2012

“How come you're still single?” aku tanya sebelum menyuap gulungan spaghetti ke dalam mulut. Perempuan di hadapan aku pula sibuk memotong kepingan daging dalam pinggan.

Dia hanya tersenyum, dan teruskan kunyahan tanpa memberi apa-apa reaksi.

“I like you. You’re sweet and pretty. And I feel comfortable around you,” aku sudahi kata-kata tersebut dengan ketawa kecil. Mungkin ia bukan reaksi yang sepatutnya aku beri tetapi aku sendiri seperti tidak percaya dengan luahan yang aku ucapkan sebentar tadi.

Aku bertanya kepada seorang kawan rapat mengenai hal ini. Mengenai hati aku. She told me I’m not ready just yet. “Don’t worry, you’ll find someone who deserves you.”

Meja kembali sunyi tanpa kata-kata. Bunyi suasana restoran nyata lebih jelas.

“Sorry bang. Lambat ambil order,” termengah-mengah pelayan lelaki ini datang menghampiri.

“Takpe. Saya pun baru sampai ni,” aku balas dengan penuh sopan. Macam orang cakap, always be nice to people who will handle your food.

Aku pesan sepinggan spaghetti meatballs dan segelas air sejuk.

“Datang sorang je malam ni?” pelayan itu bertanya kepadaku.

“Ya. Sorang je,” aku sambut sambil melihat pelayan tersebut berlalu menuju ke arah dapur.

Past midnight

Monday, March 26, 2012

“How about a drink? My treat,” kawan aku pelawa. Aku mengangguk perlahan.

“It’s always your treat,” aku terangkan kepadanya. “You like being in control of everything, don’t you?” aku soal, tanpa berpura-pura subliminal.

“What's that supposed to mean?” kawan aku balas dalam kehairanan.

“Nahhh,” aku tepuk bahunya tiga kali, “I’m just messing with you.”

Aku ketawa. Dituruti oleh kawan aku. “It’s still your treat. Jangan buat-buat lupa,” aku kata.

Penyamun in disguise

Monday, March 26, 2012

Keluar dari pintu bank, sambil melipat resit transaksi ke dalam dompet, aku dihampiri seorang lelaki berkemeja kemas dan berkaca mata.

“Abang kerja mana?” dia tanya aku. Dia panggil aku abang, aku ketawa dalam hati.

“Tak kerja lagi,” aku balas, “Baru habis belajar.”

“Oh, muka macam dah kerja,” seorang rakannya yang berdiri berhampiran tiba-tiba mencelah. Belum sempat dia bertanya, berbual, bercerita dengan lebih lanjut, aku lajukan langkah kaki meninggalkan mereka berdua.

“Takde masa aku nak layan. Kalau nak bagi duit takpe juga,” aku monolog sendirian.

Ahli sufi melihat dari pintu lutsinar

Friday, March 30, 2012

Mulakan pagi dengan sedikit Coldplay. Letih tepat lagi, album A Rush of Blood to the Head. Lebih spesifik lagi, lagu Clocks dan The Scientist.

Home, home where I wanted to go, antara bait lirik Clocks.

You don’t know how lovely you are, pula adalah secebis lirik The Scientist.

Aku seperti mahu menari tanpa tujuan. Mahu keluar dicucuk kedinginan pagi sambil disapa suam matahari. Mahu memijak rumput. Mahu menendang cendawan yang baru tumbuh. Kucing yang ligat berlari. Kucing yang terlentang tidur. Aku pun mahu sambung tidur.

Officemate dan makanan paling tak sedap

Monday, April 2, 2012

Keluar makan dengan Anies tempoh hari. Hari Jumaat. Kali terakhir kami berjumpa adalah ketika malam tamat latihan industri. Selang sebulan, kami jumpa semula. Tatkala melihat wajahnya, aku terus ketawa. “Apasal pakai cermin mata? Mana contact lens?”

“Orang malas la nak pakai contact lens.”

Jadi kami keluar makan. Makan mee sizzling paling tak sedap dalam dunia. Mee Maggi pun dua kali ganda lagi sedap. Balik rumah, terus sakit perut. Celaka betul. “Sampai mati aku takkan pergi dah,” aku maki dalam hati.

Jumaat, 24 Julai 2015

Popcorn moment

Petang raya ketiga, aku luangkan sedikit masa dengan kawan-kawan dan tonton Ant-Man bersama-sama. Memandangkan kebanyakan daripada kami setakat beraya di rumah sendiri-sendiri; masing-masing tak pulang ke kampung, dan tak ada sesiapa sudi jemput kami datang beraya, so Ant-Man it is.

It was okay. Watchable. And bearable. Mujur aku tak terlena seperti sewaktu menonton The Hobbit: An Unexpected Journey, atau terkumat-kamit menyumpah sewaktu menonton Insidious: Chapter 3 tempoh hari. You see, aku tak ada masalah dengan filem seram. Aku cuma ada masalah dengan imej, visual, bunyi, dan bayangan yang tak mahu hilang daripada ingatan pasca-menonton.

Ada sesuatu tentang menonton secara berjemaah yang aku tidak berkenan. Dan mungkin juga aku bukan penggemar filem sejati. Kerana kebanyakan filem yang aku tonton pawagam adalah hasil paksaan, atau salah beli tiket, atau aktiviti tangkap muat untuk mengisi waktu-waktu bosan.

To be honest, I'd rather watch movies at home instead of going to the cinema. 

Rabu, 22 Julai 2015

4.0

"So," FS buka bicara, "How was it?"

Aku tanya semula: How was what?

"Your date with her. Tell me about it."

"It was... okay," aku balas. "And it is not a date. But more to the point, how did you know?"

"Well, you..." FS ketawa kecil kemudian tersenyum memandang aku. "I can read like an open book."

4:06PM Friday 04 April 2014

The future's not ours to see

I keep having this feeling that Ayah is trying to put my life back on track, you know, financially wise. Mungkin Ayah risau, apatah lagi melihatkan aku kini semacam sedang melalui fasa hidup ini dengan penuh stoic; macam tak ada apa-apa.
 
It was last week, while driving from Sitiawan to Ipoh, Ayah told me he got married when he was 27 (or 28?) years old. It baffles me how we get into the subject, kerana sebelum itu, kami sedang bercakap tentang harga hartanah yang semakin tidak masuk akal. Dan juga tentang menu apa untuk makan malam. Dan aku, dengan penuh pasif, sekadar membiarkan perbualan itu berlalu begitu sahaja.
 
Because, to be honest, I don't plan that far ahead.
 
8:39PM Monday 21 April 2014

3.0

She, of all the people I have known, didn't like the fact that I went to meet F.

"You never learn, huh?"

Aku ketawa kecil, sambil cuba untuk tidak mengambil serius pertanyaan itu tadi. Kerana satu jawapan balas salah yang keluar daripada mulut aku, boleh membawa kepada siri bebelan yang tidak berpenghujung daripada perempuan ini.

I admit, it was a mistake. What the hell was I thinking?

To be honest, I was hoping she and I could have some closure. Kerana F bukan lagi perempuan yang aku masih puja. F adalah perempuan yang sarat dengan beban-beban memori yang, I wish, I really wish, aku mampu untuk padamkan dari ingatan.

Because it brings back memories. Painful memories.

4:22PM Sunday 30 March 2014

2.0

"I don't think she needs me in her life," aku kata kepada FS yang sedang sibuk memandu. FS datang menjemput aku di rumah, bosan gila katanya, jadi dia pelawa aku keluar bersama.

I'll be more than happy to pick her up, tapi FS tak mahu. Menurutnya, aku memandu, if I may quote her exact words, terlebih sopan mengalahkan perempuan. Dan aku dengan penuh stoic hanya mampu membalas, yeah right, whatever makes you happy.

"What makes you say that?" balas FS.

"I don't know, FS. Sometimes I feel like I am a pathological lover."

"Pathological lover?" FS mengerut dahi.

"Can't help it. I still seek out romantic companionship despite knowing that it brings nothing but pain to me."

Maybe I'm just struggling to make a little room in my heart for anybody. Mungkin aku sudah terlalu larut dalam kesunyian. Tetapi sejujurnya, dalam kesunyian ini semacam ada sense of belonging.

It is something that, not even happiness, can bring to the table.

7:37PM Wednesday 26/03/2014

1.0

Seorang kawan, mengeluh mengenai masa depannya sewaktu kami duduk berborak tempoh hari. Masa depan yang bagaimana, itu aku tidak pasti. Maka aku andaikan dia merujuk kepada soal kerjaya, atau kehidupan sebelum berkahwin, atau sekadar konflik diri selaku remaja yang sedang melalui proses transisi-apa-dia-tak-tau.

"Cepat betul masa berlalu. Macam tak percaya umur dah dua puluh tiga tahun," kata K.

"You and me both, my friend," aku ketawa kecil. "You and me both."

K tidak tahu yang aku juga bergelut dengan kehidupan. Bangun hampir setiap pagi sambil memikirkan dan mempersoalkan pilihan jalan hidup aku. Am I making the right decision? If so, how long will I survive? It's hard, you know. Dengan aku terpaksa mulakan hari sebagai seorang pesimis dan kemudian sedaya-upaya cuba untuk mengharungi jam-jam berikutnya sebagai seorang optimis.

But still, I thank God for my life and for... well, everything. Ada keluarga, dan ada kawan-kawan rapat di sisi, untuk sentiasa ingatkan aku bahawa, hey, if we can't rely on each other, who can we rely on?

Monday 24/03/2014 09:52PM

Behind the drapes

18 March 2014 at 18:27

Aku semacam kagum dengan diri sendiri yang kembali berusaha untuk memulakan satu perhubungan. Because let's face it, jika betul-lah kita sedang bercakap tentang Raja Muhammad Aliff yang sama, aku rasa semua orang tahu bahawa ayat pertama perenggan ini adalah dusta belaka.

"What happened?" FS tanya sewaktu kami sedang dalam perjalanan mencari makan malam. "I thought you two hit it off."

"And please," FS sambung sambil menoleh ke arah aku. "Don't tell me you got bored."

When things didn't work out or people slowly drifting away from me, I only have myself to blame. I don't go around pointing fingers, let alone playing the victim card. Aku terima apa pun yang bakal terjadi - dengan penuh kesedaran - bahawa barangkali hidup ini terlalu singkat untuk difahami kerenahnya.

"We are two different people; in a very different place," aku sambut, "feels like we are going in the opposite direction."

FS geleng kepala mendengar jawapan balas aku, "You are an idiot for not trying hard enough. Belum apa-apa lagi dah putus asa. "

"Trust me, FS. I am trying real hard right now."

Day 62

7 March 2014 at 10:59

Aku beritahu A, aku suka menulis. Tentang diri sendiri. Dan tentang orang lain. And by other people, I mean, my friends and those who are close to me. Aku kata kepada A lagi, perbualan kami berdua malam itu mungkin berakhir dalam bentuk tulisan.
 
"Menulis tentang perempuan," aku bisik dalam hati, "Well... this should be easy."

Day 61

6 March 2014 at 23:15

I told her I'm feeling a bit awkward using saya-awak when we converse. "Sebab saya jarang guna, kot." Aku kata kepada A, dalam perjalanan pulang ke rumahnya.
 
We had a terrible dinner. We were served with an undercooked chicken chop and a lousy 'signature dish' meatballs. Sakit juga hati waktu membayar. Sehingga terpaksa singgah di kaunter pandu lalu McD untuk set burger sebagai ganti makan malam.
 
I looked at her, and whispered to myself, "But thank God for the lovely company I had tonight."

Day 59

6 March 2014 at 23:12

She texted me, out of nowhere, asking me to write something about her. "I miss your writing," she said. "You haven't written anything about me in a long time."

"It doesn't work that way," I replied. "You're not even mine to begin with."

"Please?" She insisted.

And just like that: I knew I couldn't say no.

Excerpt from...

Aku sering terpesona dengan
binaan istana pasir dan ukiran ais.
Mungkin sebab itu diri ini selalu
memuja perkara-perkara
Yang hanya mampu bertahan seketika cuma.

Aku juga cenderung untuk jatuh cinta dengan perempuan
yang tidak pernah membalas cintaku.
Aku tahu ia sesuatu yang gila, tetapi hakikatnya
ia lebih mudah daripada apa yang sedia terzahir.
Dan sejujurnya, aku fikir ia lebih selamat begitu.

Kau tahu, hubungan cinta sering mengingatkan bahawa
aku tidak pernah takut untuk jatuh daripada tempat tinggi.
Tetapi aku lebih takut apa yang akan terjadi
sewaktu badan aku terhempas ke atas permukaan bumi.

Rudy Francisco, My Honest Poem
Terjemahan Rj M /hmm d _Al ff 
4:47PM 22 April 2014

Isnin, 20 Julai 2015

Excerpt (2)

"You know I can't be trusted alone. Sebab bila aku sendiri, semua benda jadi repulsif, buah fikir aku jadi negatif. Semua perkara jadi macam sia-sia. Tak ada sebab untuk aku berharap. Tak ada bahu untuk aku bersandar."

Excerpt

Memandu, aku kira, adalah salah satu cara untuk menikmati solitude dengan mudah. Kadang-kadang, aku dapati diri aku memandu tanpa arah tuju, you know, just driving for the sake of it. Tak ada destinasi tak mengapa, asalkan aku kekal bergerak.

I used to drive to Ipoh, devoted to only 90km/h all the way there. Walau secara harfiahnya ditemani dan dikelilingi kenderaan lain, aku tiada nafsu untuk memecut, atau untuk cepat sampai, atau untuk kejar lampu isyarat.

Walaupun dihurung suasana sunyi, namun kepala aku sentiasa penuh dengan perbualan situasi. Ada perbualan imaginasi yang berlaku antara aku dan manusia-manusia yang aku kenal/tidak kenal. It's like I'm never really alone.

Lonely, yes. But never alone.

All this time

Aku sentiasa menemukan keperluan untuk mengaitkan apa sahaja yang berlaku dalam hidup dengan karakter diri ini. Seperti tempoh hari memandu seorang diri menuju ke Taiping, aku menempuh sebuah jalan yang gelap; tiada cahaya; tiada lampu jalan. Dan gelap ini hanya ada sumber lampu di hujungnya dalam jarak lebih kurang lima ratus meter.

Basically, that's me. Ia seperti aku yang hanya perlukan sedikit harapan untuk terus percaya. I'll try to convince myself there's a way out of everything. For a pessimist, yes, I'm pretty optimistic.

You'll be reading this

"She looks like a sure thing. Go for her. Make a move." Cadang seorang kawan, waktu kami sedang makan di sebuah restoran. Rendang, ketupat, lemang dan juadah raya yang lain telah buatkan perut aku meragam. I can't stand another bite anymore. Jadi kami singgah makan nasi ayam. Tak sedap mana pun, but the hell with it.

"I'm trying. Kau pun tahu aku macam mana. Aku senang dengan hubungan kasual, ada ruang antara satu sama lain, tak leceh dan tak pening kepala. We're both adults with own life. Tak perlu kawal pergerakan masing-masing sepanjang masa. As long as we care for each other, that should be enough."

Bukan sekali dua, tetapi berkali-kali kawan-kawan pelawa aku untuk kenal dengan perempuan yang mereka rasa sesuai dengan aku. Selalunya, aku akan balas semula, untuk apa?

"Pffttt. That's just lazy. Lagi nak bagi macam-macam alasan." Kawan aku balas.

Well, there you go...

Ahad, 19 Julai 2015

Selamat hari raya, folks. Have a good one! (2)

I was in Sungai Petani yesterday. Kurang daripada dua puluh empat jam selepas itu, aku pulang semula ke rumah. Wasted around two hundred bucks on fuel and toll money, but hey, it's hari raya. Dan hakikat betapa aku cuma pulang ke kampung se/dua kali setahun, dan tidak dapat menghadiri kenduri kahwin sepupu di Kuantan pada minggu hadapan, buatkan perjalanan pendek ini sesuatu yang berbaloi.

They're not getting any younger. Aku renung muka makcik dan pakcik aku seorang demi seorang, aku jumpa kedutan dan penuaan pada wajah mereka yang tidak pernah kelihatan jelas sebelum ini. And they're comfortably talking about death already. Seolah-olah menerima apa sahaja takdir yang akan datang tanpa ada rasa gusar.

Mereka tanya aku bila nak kahwin. Aku balas dengan ketawa kecil, dan beritahu belum ada calon. Dan belum ada masa. Dan belum ada usaha ke arah itu. I don't know about you people, tetapi aku baru/masih belajar menyara diri sendiri dan keluarga, dan untuk bawa masuk anak dara orang ke dalam hidup aku bukanlah kerja main-main.

Aku beritahu mereka aku sedang kumpul duit untuk beli sebuah rumah untuk diri sendiri. It's a slow, slow process, but I'm trying though. Mereka kata, "Baguih la. Daripada dok buat benda merapu. Doa banyak-banyak dengan Tuhan. Ada rezeki, InsyaAllah."

They're bunch of nice people. Really, really nice people. Kejut aku bangun Subuh, masakkan sarapan untuk aku, peduli tentang hidup aku, dan tanpa jemu beri pesanan untuk sentiasa jaga hubungan aku dengan Tuhan.

I don't see me as a bad person. Non-devout Muslim, yes. A bad person, no, not really. Hell, I don't speak ill of others. Aku tak kacau hidup manusia lain. Because apparently, I live a happier life when not giving a shit about what other people do. If you're nice to me, I'll be nice to you. Simple as abc.

"Laa.. awat mai sat sangat? Balik la esok ka lusa." Aku cakap aku ada urusan di rumah. When the truth is I just want to be at home. Doing whatever I want. Laying in my own bed. And be alone.

O boy, it's always good to be home.

Sabtu, 18 Julai 2015

The art of not keeping score

Ada satu benda yang aku masih tak faham dengan diri sendiri. I get attached too quickly. Seperti tempoh hari, tengok anak kucing terbiar, rasa kesian terus nak bawa balik rumah. Dan bila ada perempuan tunjuk sedikit minat terhadap diri, walaupun sekadar senyuman atau berbalas sapaan, aku akan cepat-cepat mencari jalan untuk cuba belajar mencintai.

I don't always keep my conversations with other people on social media. It lingers around and more important, it creates sense of attachment.

It's hard, you know. Atas sebab itu, aku padam hampir semua arkib di Facebook, gambar di Instagram, dan tulisan di Twitter. It's nothing personal, really. Because when everything is said and done, aku rasa tak ramai manusia yang akan terus peduli tentang diri ini.

Dalam pandangan mata aku, setiap hal akan jadi sia-sia dan semacam tak berbaloi. Everything is doomed to be awful. And failure is the only option. Aku selalu berharap pada Tuhan supaya tidak terlalu mudah menerima apa sahaja yang masuk ke dalam hidup aku. Kerana di akhir nanti, hati aku yang akan hancur. Bukan hati orang lain.

5:13PM Saturday 18 July 2015

Rabu, 15 Julai 2015

Crawl out alive

"Why the need to judge me?" aku tanya FS, sambil hembus keluar asap rokok. Dia tenung mata aku, sambil tunggu aku sambung kata-kata. Ada sepotong kek yang belum dijamah dan dua gelas air sejuk yang masih penuh di antara kami.

"This," aku tunjuk rokok yang masih separuh menyala di tangan. "You don't know the story behind it. There's a lot of things I don't simply tell. Things about me that you just don't know."

FS datang dari latar belakang yang berbeza daripada aku. Keluarga. Pendidikan. Cara hidup. Tertib diri. Gaya cakap. Pendek kata, kami dua manusia berlawanan. Kami kenal satu sama lain sewaktu aku sedang cuba untuk bina hidup perlahan-lahan. From nothing to something. "My life might not turned out the way I wanted it to. Kerja sepanjang tahun. Terpaksa korbankan hujung minggu. Pergi bercuti cuma dua kali setahun. Even nak keluar dengan sesiapa pun, I kena pastikan masa I betul-betul lapang. Entah bila nak cari masa untuk beri komitmen untuk hubungan cinta, I pun tak tahu. But I'm okay with that."

"That's why I don't judge people. For different people it's a different journey. I bukan tak ada kawan-kawan yang gila-gila, hidup sosial apa semua. But they're nice to everyone. They're nice to me. And I'm still the same person inside. Tak ada apa yang berubah. I still treat you the same, right?"

"Tapi kenapa you macam semakin jauh dari I? I thought we were friends." FS balas. Aku hembus sedutan terakhir, dan ambil gelas di hadapan aku. This is a trick question. Salah jawab, dan servis akan bertukar tangan. In this situation, it's always good to retain the upper hand.

"Because with you, it's always the same thing over and over again. I can't let that happen. I need a little break. From you."

Selasa, 14 Julai 2015

Little by little

"Sorry if I'm dragging you down with my negativity."

"This is so not you. I've known you for a long time.
You never apologize even when it's your fault.
What ever happened to you?"

"I don't know. I really don't know."

Chill, we've got time.

I cancelled my plan with F today. Sebab idea terkejar-kejar memandu ke Ipoh semata-mata untuk berbuka puasa dengan F seakan-akan idea yang tak cerdik, dan terkesan meletihkan. Sepatutnya F datang ke rumah aku, berbuka puasa bersama, kemudian malamnya instead of pulang ke rumah, dia terus ke Kuala Lumpur atas urusan yang, entahlah, aku tak peduli untuk ambil tahu.

You see, my actual plan was on point. Plus, I got the home advantage. Dan paling penting, tak banyak pergerakan untuk aku.

"Takpa, dah sampai Ipoh nanti bagitau. I'll come and pick you up." But then I changed my mind. Because I don't have any energy left in me to drive around, let alone to deal with heavy traffic. Tambahan aku baru pulang dari kerja, and I only got like three hours of sleep of last night. All I want to do is go home and roll safe and sound in bed.

Next time, I told her. Prolly one of the wisest decisions I've ever made.

Isnin, 13 Julai 2015

The sweet taste of victory

"Okay, I'm going to propose an idea," aku beritahu FS sewaktu kami berada dalam kereta. "You kena jawab ya atau tidak. Any other answer is not acceptable. Kalau you tak suka, you kena bagi idea you sendiri." FS ketawa, sebab dia ingat aku tak serius. Dia angguk-angguk kepala dan balas, "Sure, why not?"

"Makan ni kita makan McD. I teringin chicken porridge. Yes or no?"

"Tapi semalam baru makan?" Nadanya macam bertanya aku soalan semula. Soalan balas dengan soalan. Macam sesi Socratic.

"Yes or no?" Now I'm in full control. Tak mahu dengar bebelan. Tak mahu dengar penjelasan. Tak mahu dengar rungutan. Aku cuma perlu tahu jawapan balas.

And my chicken porridge tastes like heaven that night.

Jumaat, 10 Julai 2015

Above anything else

I'm all against semangat kenegerian atau nilai-nilai assabiyah dalam kehidupan seharian aku, but I do take pride in my loghat Perak. It's one of the few things that defines me.

Having been raised in a house that went back and forth between loghat Perak dan utara. Lama-kelamaan bahasa pertuturan aku jadi semacam bercampur-campur; hybrid. Bila dengan kawan-kawan lama, aku cakap loghat Perak. Dengan keluarga belah ibu, aku boleh guna loghat utara tanpa rasa canggung.

My college friends used to laugh at me when I said the word depe. It's a portmanteau between depa - utara and deme - Perak. Sudah tentu ia kedengaran kekok. Dan aneh bagi telinga yang jarang dengar. Sekadar memetik beberapa contoh:

-al jadi -ey. As in mahal jadi mahey.
-as jadi -eh. As in bas jadi beh.
-ar jadi -o. As in besar jadi beso.

Tetapi bila dengan manusia asing, tambah-tambah lagi dengan perempuan, jarang sekali terkeluar loghat Perak waktu bercakap dengan mereka.

I honestly don’t know why.

Khamis, 9 Julai 2015

Nobody said it was easy

It didn't take long for me to feel comfortable around new people lately. Tahu-tahu, aku sudah selesa, jatuh hati and my world seems to be circulating around that particular person. I mean, to get too attached before it even starts. That's the scariest part.

Selasa, 7 Julai 2015

An object at rest will remain at rest

Aku perlukan lebih masa. Untuk cuba rungkaikan hidup ini. As for now, everything looks fine. Tak begitu banyak sebab untuk aku merasa terlalu hiba, kecewa atau lelah dengan setiap perkara yang berlaku dalam hidup. Tetapi perasaan ini tetap menjengah tanpa dipaksa. Ia datang tanpa amaran. Ia hadir tanpa diundang.

One second I'm happy, the next I'm all sad and depressed.

I don't do date anymore. You know, a real date. Sure, I went on a few dates with random women. Easy target. Horny simpletons. Just to get in their pant. But there's no real connection. There's no real conversation. 

Last time, it was a year ago. I really thought she's the one. I tried to make it work. But we didn't even get past the third date rule. She want different things in life. So did I. And I never heard from her again.

Setiap kali kawan bawa berita tentang hidup mereka kepada aku. Seperti ingin tukar kerjaya, atau pelawa aku buka perniagaan baru, atau hal-hal yang boleh menyebabkan keseimbangan kosmos terganggu. I had to rewrite my life script all over again. Anticipate all possibilities. Menduga masa depan. Memastikan segalanya kekal dalam landasan hidup yang aku mahu. Sehingga aku jadi takut dengan sebarang kemungkinan. What if, what if, what if.

I wanted everything to stay the same.