Selasa, 30 Jun 2015

Liberosis

Tiga puluh minit lagi pukul dua pagi, dan mata aku tak mahu pejam. Dan untuk bunuh masa terluang ini, aku kira lebih baik ia dibazirkan dengan menulis hal-hal banal tentang hidup.

I'm really looking forward to hari raya. The thought of not having to wake up early to go to work makes me really really happy. Berfikir tentangnya sahaja sudah cukup untuk buat aku tersenyum sendirian. Waktu kecil dulu, hari raya bermaksud berhimpun bersama sanak saudara, bermain dengan sepupu, mengunjungi rumah terbuka, beraya sana-sini dsbnya. Now, it's all about getting enough rest and having a me time.

Ikut hati, I don't feel like driving back to Sungai Petani this year. Aku cuma mahu rehat dan rehat dan rehat dan rehat di rumah. Buat hal aku sendiri dan abaikan konstruk perayaan yang wujud selama ini.

Because I've been busting my ass off for the whole year. Kerja setiap hari. Termasuk hari Sabtu dan Ahad dan cuti-cuti umum. Sampaikan masa untuk diri sendiri apatah lagi untuk orang lain tidak pernah cukup atau ada. Believe me, it's a lot of work to accommodate people in my daily life circle. Pernah seorang perempuan mengadu aku sentiasa sibuk, dan merungut aku sentiasa tiada dikala dia memerlukan.

I said I'm sorry for always not being there for her. I have a lot of commitment. I have a lot of responsibilities. Keluarga. Adik-beradik. Kerja. Kawan-kawan. Masa depan. I'm not going to lie, being the eldest is hard. Kerana ada harapan keluarga terbeban di bahu aku.

I like you a lot, I told her. But if you come to me - merengek minta perhatian sepenuh masa, dan minta aku teman makan setiap malam, dan sibuk bertanya lokasi aku setiap masa - well, I'm sorry, I don't have time for that. If it's not enough love, again, I'm sorry. Bukan tak mahu tetapi aku tak mampu. If you want to stay, stay.

But she left anyhow.

I guess that's the price you have to pay, untuk sedikit nikmat dan keselesaan hidup. Duit yang tak pernah putus, tetapi datang dengan hidup yang sedikit. Aku tak pernah merungut. Though I know I'm not a devout Muslim, aku tak pernah salahkan Tuhan. Sebab aku tahu, ini jalan hidup yang perlu aku tempuh. Whining about it won't make any difference. Mungkin ada rezeki lain yang Tuhan sediakan untuk aku di masa depan. I'll never know.

It's two AM now. I should prolly go to sleep. Good night.

Monday, 29 June 2015.

Selasa, 23 Jun 2015

Let's make the most out of it, shall we?

"Datanglah sini, and we'll figure something out," aku balas teks dari F. Leceh juga untuk keluar bersama waktu bulan Ramadan. Nak lepak minum tak boleh. Nak pelawa makan tengah hari tak boleh. Nak ajak jalan-jalan tak ada tenaga.

All there's left to do is buka puasa. And spend the rest of the night together.

Mungkin aku patut bayarkan bilik hotel untuk F tidur semalam di sini, sebelum hantar dia pulang esok hari. Tapi mustahil aku buat. Sebab F bukan teman wanita aku. Dan lagi satu, sebab aku tak ada duit.

I got a lot of bills to pay, overdue since last month. Tambah belanja raya untuk bulan hadapan. Dan juga rancangan untuk ber-vagabond pada hari raya ketiga ke selatan tanah air. Mujur perbelanjaan diri semakin berkurang dalam bulan Ramadan ini. Kalau tidak, lima puluh ringgit wajib habis dalam masa sehari, sebagai bukti bahawa gaya hidup hedonis tidak datang secara percuma.

Berbalik kepada F. Aku beritahu yang aku tidak sabar untuk berkongsi kisah pengembaraan ke Thailand tempoh hari. How the road trip almost cost me my friendship. Bagaimana aku hampir hilang akal duduk dalam kereta selama lebih empat belas jam sewaktu perjalanan pulang ke Malaysia. Dan lain-lain hal yang aku fikir tidak begitu penting, but the hell with it, I'm going to tell her anyway.

Ahad, 21 Jun 2015

Catatan Ramadan

Setakat hari kedua (atau ketiga? Aku dah tak ambil peduli), Ramadan masih lagi okay. Same old, same old. Bangun sahur, tahan lapar sampai Maghrib, makan dan kemudian ulang rutin sama selama tiga puluh hari.

Aku berharap aku dapat pakai saiz tiga puluh semula, dengan lebih selesa. Dan baju-baju aku yang kebanyakannya sudah sedikit sendat, tidak lagi sekadar terlipat lesu dalam almari. Aku tak pasti dengan manusia lain, tetapi bulan Ramadan ini, aku cuma mahu kawal nafsu makan dan kurangkan berat badan. Dosa, pahala dan lain-lain hal, I leave it in God's hands.

The only downside is, perut lapar bukanlah kombinasi yang bagus untuk diri ini. A hungry me is an angry me. Aku jadi mudah jengkel dengan semua perkara. No, I'm not playing. Go ahead... try me. You'll fucking regret.

Susah sebenarnya untuk kawal diri bila ada kawan yang menyewa rumah bujang. Ada peti ais, ada ketuhar gelombang mikro, ada pemanas air minum. Pendek kata, perkakas lengkap untuk halang aku daripada berpuasa penuh.

But thank God, I'm way past that already.

Sabtu, 13 Jun 2015

Reality check

Last night I took a long drive alone with no destination in mind. Fueled up my car, bought a can of Nescafe and I found myself 60 miles away from home.

I was devastated. With most of my close friends are thinking about getting married, I can't help but feeling a bit left out. Yes, I'm happy for them. I really am. But things are surely going to change here and there. Drastically. For me.

I don't think I'm ready for that. Heck, I don't think that I will ever be ready for anything. Changes, marriage, commitment bla bla bla. At this age, everything will come as a surprise. What's next? I have no freakin' idea. What future holds for me? Not a single clue.

This isn't just about me, and I realized I'm being selfish. But don't you just hate it when things don't go your way anymore?

Selasa, 9 Jun 2015

Everything is not in its right place

Now is the perfect time to slow down, I told myself.

"Cukup la. Tak berbaloi," keluh seorang kawan selepas dia beritahu aku satu berita sedih. Berita yang buat aku tergamam seketika. Yang buat aku merenung jauh. Yang buat aku sedih, kecewa, patah hati, terbeban, putus harapan semua sekali dalam masa yang sama.

You may argue. You may disagree. But in my experience, money is the root of all evil.

Habis pengajian diploma, aku belajar pegang duit sendiri. Tak banyak, tetapi ia cukup untuk memenuhi keperluan hidup aku. Mind you, aku dan kawan-kawan pernah bergelut untuk hidup di kolej dengan elaun sara diri untuk setiap semester cuma lebih kurang seribu lima ratus ringgit. It was not enough. It never was. But somehow I managed to survive.

Sekarang aku fikir aku berada di tahap selesa. Hidup bujang dengan komitmen yang minimal. Sekadar bayaran bulanan ansuran kereta, bayaran polisi insurans untuk diri dan bil-bil utiliti. Itu sahaja. Selebihnya adalah simpanan (dan lebihan). 

Aku tak pernah salahkan sesiapa. Dan aku tak pernah lihat kawan-kawan aku sebagai satu kesilapan. Baik buruk, susah senang, mereka tetap ada di sisi aku. They're my friends, for a reason.

Arak, perempuan, seks, bahan-bahan terlarang dsbnya. It's time to put an end to it. Macam kawan aku pesan, it's not worth it anymore.

Jumaat, 5 Jun 2015

Di dalam keramaian, aku masih merasa sepi.

Kadang-kadang berjalan di pasar malam, menyusur di celah manusia, buatkan aku mengerti erti solitari. Terpekik dalam bilik karaoke bersama kawan-kawan buatkan aku belajar erti keseorangan. Kerana bagi aku, sunyi ini mampu datang tidak dijangka; tanpa perlu berhubung dengan tempat-tempat yang biasa dikaitkan dengan nilai kesendirian.

Tak semua orang faham, I like doing things alone. Makan malam di restoran kegemaran, minum di sudut paling tidak nyata, memandu, berlari, dan lain-lain hal tanpa ada gangguan daripada sesiapa.

Last week, I was out driving. With some of my friends. Dalam kereta, mereka tak habis-habis berborak dan berborak dan berborak. Kemudian mereka sing-along lagu-lagu pop yang bersiaran di radio. Atmosfera kereta penuh sesak dengan gelak ketawa, komen, makian dan pendapat tentang begitu banyak perkara.

I didn't say a word. Didn't even feel the need to jump into the conversation. Or to laugh. Or to sing-along with them. I was too busy writing mental notes and drowning in my own thoughts. This is great, I whispered to myself. This feels like home.

What a noob

I finally gathered up the courage to ask her name. So, here's the thing.

Kami - aku dan kawan-kawan - selalu keluar makan malam di sebuah restoran yang sama. Tak ada idea nak makan apa, kami akan ke situ. Tak tahu nak lepak di mana; situ. Nak minum sampai lewat malam; situ. It has always been one of our favorite lepak spot.

Sebab ada seorang pelayannya yang lawa. Bukan semua. Cuma seorang. We used to call her Firzana. I gave her that name. And believe you me, that name suits her well. Entah kenapa kami semua tak pernah cuba untuk bertanya namanya. Takut, segan, tak peduli, tak penting, atau apa, itu aku kurang pasti.

"Umur berapa?" Aku tanya, waktu dia tengah sibuk kira harga makan malam kami. Hairan juga kenapa tiba-tiba aku terdetik untuk bertanya. Aku periksa diri sendiri takut-takut kalau aku mabuk. Nope, still sober as hell.

Dia senyum, kemudian baru balas, "20."

"Nama apa?" Aku tanya lagi.

"Han."

I went huh. Twice.

"H-A-N." Dia tolong eja perlahan-lahan untuk aku. What a weird name, I thought to myself. Kemudian dia beritahu nama penuhnya. Dua kali ganda lebih aneh. And I went huh. Again.

Now that wasn't so hard, was it? Though it took us nearly a year just to know her name.

Isnin, 1 Jun 2015

Bigroom Edit

"Aku ni, Tuhan jadikan tak macam perempuan. Tapi macam jantan. Sebab tu aku kuat."

I can't really tell her age. Mungkin usianya tidaklah begitu tua. Tetapi wajahnya jelas dimamah kepayahan dan kerja keras. Kedutannya ketara. Tangannya kasar dan berurat. Lebih berurat daripada tangan aku.

Sebelum itu, dia minta pinjam pemetik api daripada aku.

"Maaf la. Takde," aku balas. Sebab aku tak hisap rokok. Walaupun kadang-kadang aku hisap juga. Social smoker, orang kata, to blend in. Orang hulur, aku hisap. Kalau tak ada, aku tak hisap.

Dia hembus asap keluar dari rongga mulut. Dan tak berlengah untuk ambil sedutan kali kedua. Menghasilkan asap lebih tebal. Aku sekadar duduk, memerhati.

Well, I don't judge. Be it man, or woman. Hisaplah apa kamu mahu. Hisaplah berapa banyak kamu mahu. Rokok, genital, atau apa sahaja. Kerana bukan kerja aku untuk jadi moralis.

Because I, myself, want to do things I like without the fear of being judged. Not that I care anyway, but still. Seperti keluar dari bar tanpa perlu ada mata pandang aku atas bawah. Atau bawa perempuan pulang tanpa ada manusia sibuk hal dalam seluar aku.

I don't know her name. Can't even be bothered to ask. Bagi aku, itu sekadar hal-hal trivial. Dia beritahu, aku okay. Tak beritahu, pun aku okay. Sama macam setiap kali kawan-kawan aku bawa kawan mereka yang lain - yang aku tak kenal - melepak bersama. Berkali-kali duduk semeja pun masih tak tahu nama.

Bagi aku, ia mekanisma perlindungan paling mudah untuk mengekalkan jarak antara aku dan manusia asing. They're being called strangers, for a reason. Tak tahu nama, maka perbualan tidak akan bermula. Perkenalan tidak akan terjadi. Pertolongan tidak akan diminta. Dan bulatan hidup aku kekal sama; kecil dan tidak berkembang, with a same familiar faces in it.