Jumaat, 30 September 2011

Little reminder (2)

Jay jemput aku untuk melakukan sesi reading pada 5hb Nov di Ipoh. Sempena pelancaran apa entah, aku kurang pasti. 5hb will be like a month from now. Unfortunately, I have turned down the invitation because I will be facing my final exam within that week.

Busy as hell. Yeah right.

Peperiksaan akhir, seingat aku akan bermula pada 8hb Nov. Kertas subjek apa sebagai pemula, aku sudah lupa. Ulangtahun hari lahir aku pula ialah pada 7hb Nov. 19 going on 20.

Please note that.

Khamis, 29 September 2011

Yawning (3)

I laughed hard when my friends crack a jokes. And even harder when they make fun of other people. I know, it's inappropriate and a bit rude to do so. But here goes my typical justification. It's okay to make fun of other people as long as you don't interfere with their personal matters. But wait a sec, since when making fun of other people is nothing personal?

I rest my case.

Nota pelajar (17)

I love making fun of business terms. By that I mean, laugh my fucking ass off  at err... ludicrous terms.

Going through each subject,  I have been introduced and learned about every single detail about business. Mengambil beberapa contoh, Business Ethics adalah kelas mengenai pandangan moral dan set etika di dalam perniagaan, transaksi jual beli dan tempat kerja. Menyelongkar teori-teori maha bosan demi mengkaji dan memahami psikologi manusia. Subjek Emerging Market pula adalah kelas mengenai negara-negara pantas membangun seperti Malaysia, India, China dll. Menekuni risiko dan peluang yang terbentang jika melabur di negara sebegini. Dan untuk subjek Business Policy, well, let's not talk about it hence I don't really know what is this subject all about.

Okay, back to business terms. Kadangkala, aku dihujani dengan istilah-istilah jargon dan janggal di dalam kelas. Umpamanya istilah seperti 'cash cows'. What the fuck is cash cows? Apakah ianya sekandang lembu yang bakal dijual dan ditukar dengan nilai matawang. Gitu?

Turned out to be cash cows is a term to describe a low-growth products with a relatively high market share. Contoh paling mudah adalah produk minuman Milo. Dari segi improvasi dan peningkatan produk, there's nothing much they can/need to do because the product had been establised since ages. These are example of mature, successful products with little need for investment. Namun dari segi penguasaan pasaran, semua lapisan masyarakat rata-rata mengenali produk Milo. Bila sebut minuman choco malt, produk pertama yang terlintas di dalam kepala adalah Milo. Jadi secara asasnya, itulah yang dimaksudkan dengan cash cows dan penerangan serba sedikit tentangnya.

Hurm, maybe I should thinking of writing a business book. Or becoming a lecturer.

Now, any questions?

Nota Pelajar (16)

Jadi kami melepak di restoran mamak setelah letih bergelut dengan nota. Pembacaan yang santai dan tidak begitu serius kerana aku tidak begitu percaya pada konsep hafalan. Kerana kelemahan ketara konsep hafalan ialah, if you missed out one word or sentence, you'll be fucked up. Aku lebih into kepada pemahaman dan penerangan. I strongly believe there's no point of reading, jika sekadar untuk lulus peperiksaan. Plain waste of time.

Anyway, tomorrow there will be an Export Management test. Aku cuba memujuk mata untuk tidur awal dengan hidangan berat dan tidak sihat. Makan roti kosong kemudian terus rebahkan badan untuk tidur. Sooo unhealthy, you know.

Student life. Oh how sweet!

11:50pm Tue 27 Sep 2011

Rabu, 28 September 2011

Zzz

Busy with Life.

Ahad, 25 September 2011

I had it all planned out, but...

Wake up early in the morning. Have a nice breakfast by eating nasi lemak. Sitting in front of the computer checking my email, Twitter mentions and Facebook notifications. Tune up the morning vibe with some good music. In this case, 65daysofstatic and Explosions in the Sky. Practically, making comfort for myself with blend of energetic and emotional post-rock music.

I rarely do the chitchat thingy so early in the morning. Interaction and communication with other human being will likely to spoil my mood. And you don't have to, somewhat, trying too hard to cheer me up. I just know how to cheer myself up. Sometimes, I happened to like dreary and idleness element surrounds me.

You know what's wrong with morning conversation? It will go wrong. Kind of boooring question like, "dah makan ke?" and "kenapa bangun awal?" and "apa plan hari ni?" and all. It will, eventually, lead to awkward moment. Trust me.

Well, anyway, good morning!

Sabtu, 24 September 2011

Yawning (2)

Aku tak pernah menyangka keadaan akan tiba sehingga tahap ini. Perebutan jiwa seorang gadis akhirnya menyebabkan aku dihumban ke dalam gaung kebencian. Oleh manusia lain.

Aku hanya melaksanakan peranan aku selaku salah satu elemen kosmos. Erti kata lain, ianya adalah sesuatu yang semulajadi untuk aku mempunyai perasaan terhadap gadis atau gadis atau gadis atau gadis atau gadis yang lain. The problem is, jiwa gadis yang seorang ini turut diintai oleh manusia lain. And they hate me because I'm trying to win her heart. Her soul. Well, let's just ignore them. I'm not gonna give a fuck anyway.

Dan gadis ini, hurm... I don't know, aku masih cuba menyelam hati budinya. So far, not so good. There's nothing wrong with her, cuma aku hanya selesakan hati dengan memberi harapan kepada diri sendiri. Memujuk perasaan dengan pelbagai alasan. Tetapi kebenarannya, aku tak mampu menipu diri. Things just don't go my way just like that. Aku terikat dengan realiti. Gadis ini mungkin hanya ilusi yang mengaburi rasionalisasi aku.

Maybe I should give up the fight, no?

Loveable (5)

I'm having so much fun chasing a girl. Hip hip hooray!

Khamis, 22 September 2011

Ahh, Ipoh! (2)

We're heading to Ipoh as I'm typing this. Meredah kesunyian malam demi semangkuk mee kari. Jika mahu digambarkan nikmat mee kari ini dalam sebuah rangka analogi, ianya seumpama tidur sekatil dan kemudian terjaga bersebelahan Emma Watson yang kusut rambutnya. Tanpa secalit kosmetik di wajah. Dan juga tanpa seurat benang di tubuh. Nikmat agung!

Demi Tuhan, sekali lagi, demi Tuhan, sekali lagi, demi Tuhan, ianya adalah mee kari paling sedap pernah aku jamah seumur hidup. Kuahnya tidak terlalu pedas. Tidak terlalu panas. Sebaik dihidangkan, kamu tanpa perlu berlengah, boleh terus mengambil hirupan kuah yang pertama. Dan hirupan ini akan meninggalkan memori indah yang berbekas di dalam jiwa. I'm telling you the truth and this time around, I'm not playing around with metaphor. True story.

Aku boleh bercerita tentang keenakan mee kari ini tanpa jemu sepanjang hari. Do ask my friends if you don't believe me. No kidding. Aku boleh berkhayal tentang mee kari ini dan membayangkan setiap kunyahan penuh makna yang membuatkan aku tanpa gagal tidur malam dengan lena dan nyenyak.

Aku pasti akan menulis sesuatu sebelum/selepas memakan mee kari ini demi menyatakan aku benar-benar menghargai keenakannya. Terasa seperti mahu memeluk setiap manusia yang aku sayang dan berkata ala-ala Archimedes, "I have found it. Eureka! Eureka! Eureka!"

Unnecessary conversation

Aku pandang Aiman. Aiman pandang aku. Segalanya bermula bila aku melihat dia mencapai naskhah Quran di atas rak. Terselit di celahan kitab-kitab lain. Yang sedikit berhabuk.

Aku ketawa. Kemudian, dia turut sama. We both just had telepathic (or telepathetic? lol) conversation.

Going through his mind, I know what he's saying, "What? It's been a while since the last time I recite the Quran."

Looking at him, I smiled and I whispered in my heart, "Rileks la. I didn't say anything. At all."

And the conversation poof... gone in the blink of an eye.

Rabu, 21 September 2011

Lame old story (3)

Salah satu subjek yang paling aku benci sewaktu di bangku sekolah dahulu adalah Matematik. I always suck in Mathematics. Antara sebab utama aku memilih jurusan perniagaan untuk pengajian diploma adalah untuk mengelak dari mengambil subjek yang melibatkan penggunaan nombor, equation dan apa lancau. Malah aku pernah menolak jurusan pengaturcaraan komputer semata-mata kerana tidak gemarkan subjek matematik.

Tetapi malangnya, little did I know, aku terpaksa juga bergelut dengan perakaunan, kewangan, statistik semasa di kolej. Makna kata,  aku tetap dibelenggu nombor-nombor yang menjengkelkan. Daymn!

To be honest, I don't have strong foundation in Mathematics. Salah sendiri kerana selalu ponteng kelas dan bermain di dalam kelas. Kurang minat, ya ya ya, itu juga salah satu sebab utama. Terasa seperti berada di dalam neraka setiap kali mendengar pembelajaran teori yang membosankan.

Neraka. Aku ulang semula, neraka.

Fastidious

Jarang aku ketemu gadis yang mempunyai citarasa yang bagus terhadap perkara fundamental seperti musik, buku dan filem. Gadis yang mampu menghadam musik genius Radiohead, Oasis atau mungkin semudah bunyian energetik Arctic Monkeys. Bukan gadis yang diracuni budaya pop murahan menjengkelkan seperti Lady Freak whatsoever. Gadis yang cenderung menelaah helaian puisi Pablo Neruda, cerita-cerita pendek Hemingway dan membawa kepada naskhah berat bebelan Nietzsche, barangkali. Gadis yang mampu menafsir filem 500 Days of Summer bukan seremeh mengenai cinta kecundang dan penafian. Di sini, aku hanya sekadar memberi beberapa contoh.

Well, I guess my expectations were too high.

Selasa, 20 September 2011

So-called confession (10)

It was the sweetest yet silliest yet craziest thing I ever done in my entire effing life.

I mean , looking back into every part of it, giving her the gift isn't really a big deal to me. Seriously, no big deal. If it wasn't for her, I would give it to someone else anyway. So, I gave something to her and that's it. It is something that normal people do. Oh ya, did I mention it was all done in front of more than just a few people and all eyes were on us? Ha ha ha!

She is quite enjoyable except for the fact, she is not. Not really. She is way too shy and subtly boring, I must say. I even wonder why the hell am I still sticking my feelings to her. Most of the time, I am not sure of myself and I always have second thoughts on other people. I don't know, maybe I am being too judgemental or what but I just can't help it.

But it's kinda cool actually. I couldn't picture the image of silly me doing things like that. Not in a million years, I tell you. Whenever that incident came across my mind, I kept telling myself, "I must have been drunk, somehow!"

Ahad, 18 September 2011

Pasca-raya

Perkara pertama aku mahu lakukan tatkala melihat perut yang semakin ke depan (I refuse  to use the word 'buncit') adalah berlari setiap petang. Atau melakukan apa-apa aktiviti yang mampu menerbitkan peluh. Pergi ke gimnasium? No way, lebih baik duit yang dilabur untuk sesi bersenam digunakan untuk makan (see, apa sahaja yang aku lakukan akan kembali semula kepada makanan. Karma is a bitch!)

Tetapi aku tiada masa untuk semua itu. Atau lebih tepat, aku terlalu malas.

Usai kelas sekitar pukul 4 petang, selalunya aku akan terus terbaring longlai di bawah putaran bilah kipas. This, eventually, will lead to you-know-what. Tidur sehingga melanggar waktu Maghrib. Ha ha!

Sebentar tadi, aku pergi ke jamuan rumah terbuka. Nasi minyak, kari kambing, laksa, lemang, ketupat, rendang and kotiau (pardon the spelling). Melihatkan deretan makanan yang tersedia di depan mata, I told myself, "This is too good to be true!"

I can't resist food temptation. I just don't know how to.

It's gonna be legen... wait for it... dary!

Did I ever tell you how much I love watching How I Met Your Mother sitcom lately?

Siri komedi genius yang mengisahkan bagaimana seorang bapa meriwayatkan kepada anak-anaknya detik dia bakal/sedang/telah bertemu dengan isteri merangkap ibu mereka dan seribu satu bingkai memori dirangka bersama sekumpulan rakan-rakan terselit in between the story.

Mengambil suasana bandar New York sebagai latar untuk kebanyakan babak, naratif dianjak ke depan ke belakang mengikut kesesuaian penceritaan. Melompat dari satu episod ke satu episod tidaklah begitu janggal, bagi aku. Punbegitu, setiap episod mampu (well, kinda) berdiri dengan sendirinya tanpa kamu perlu merujuk episod lepas dengan maha teliti. Bahasa mudahnya, kamu tak akan terpinga-pinga kebingungan jika terlepas satu episod.

Aku sukakan setiap satu karakter yang ada. Malah setiap karakter dibina tali-menali dan saling berkait antara satu sama lain. Seperti mana Ted, Marshall dan Barney mengaplikasikan falsafah esentrik seperti Bro Code di dalam kehidupan seharian mereka. Salah satu petikan dari kitab Bro Code, "A Bro is always entitled to do something stupid, as long as the rest of his Bros are all doing it." Bunyi macam bodoh, well honestly, ianya memang bodoh. Fyi, kitab ini ada dijual di pasaran dan juga boleh dimuat turun dalam format PDF. True story.

Bercerita tentang karakter, tidak lengkap jika aku tidak menyentuh mengenai watak Barney Stinson lakonan Neil Patrick Harris. Babaknya yang kekal aku ingati ialah bilamana dia berdoa di dalam gereja dan berkata, "God, it's me, Barney. What up? I know we don't talk much, but I know a lot of girls call out your name because of me. Awesome." Gemar mengenakan sut sepanjang masa dan di dalam siri ini dia membawa watak seorang womanizer. Ironinya, di dunia realiti, Barney Stinson adalah seorang gay!

Aku boleh bazirkan sepanjang hari menonton siri ini. I re-watched it over and over again. Ianya jujur dan tidak begitu terdesak untuk menjadi medium penyucian moral. Gaya hidup dan nilai-nilai hedonisme yang dipaparkan juga tidak begitu mengganggu aku. Malah kelakar bila mengenangkan bahawa sitkom ini perlahan-lahan telah mengubah pandangan aku terhadap perhubungan, perkahwinan dan persahabatan dan paling penting. kehidupan.

Oh my, I can't wait for season 7!

Nota ringkas untuk Ayah (2)

Bila difikirkan balik, jika aku ditakdirkan berkahwin dan mempunyai anak ketika ini, aku berani bertaruh, I will become a lousy father. One thing for sure, I have to reach a certain degree of real life experience before I even dream of becoming a father.

Melihat Ayah membesarkan anak-anaknya, aku kira Ayah sudah berlembut dan tidak terlalu tegas seperti dahulu. Yang sering aku dengar dari mulut Ayah sekarang adalah kata-kata nasihat penuh mendalam. Mungkin faktor pembawaan umur yang semakin dimamah masa juga menyebabkan rentak Ayah semakin perlahan.

I still love him, though.

Sabtu, 17 September 2011

Lame old story (2)

Aku hanya mampu ketawa bila Aisyah merungut mengenai rakan serumahnya. Atau lebih tepat, bekas rakan serumah. It's a long story. Perkara remeh melibatkan wang ringgit dan perjanjian air liur dan pertembungan ego.

"Takde kawan macam diorang pun takpe," dia merungut pada aku yang leka mendengar.

Aku juga pernah berhadapan masalah yang sama kira-kira dua tahun yang lalu. Apabila aku ambil keputusan untuk keluar dari asrama kolej tanpa pengetahuan Ayah dan menetap di luar, this kind of things happened. Konspirasi terancang dan percaturan sesama kami bermula. Aku tak boleh menafikannya, mahu tak mahu, ianya akan/sedang/telah pun berlaku.

But I managed to survive. Malah ketika itu, selaku mastermind self-appointed, aku berjaya ketepikan segala masalah dan humbankan jauh dari hidup. Dengan penuh selamba, aku tempuhi segala halangan dengan attitude I-don't-give-a-fuck. Ya, aku tahu ada kata-kata nista, cakap-cakap belakang dan beban emosi yang masih tidak terlerai. Nahh, don't worry, I'm over it.

Berlainan dengan dahulu, aku semakin berlembut dengan manusia di sekeliling. Mungkin nilai anarki di dalam diri sudah semakin tepu. Atau mungkin nilai anarki itu disalurkan ke arah lain. Ke mana? Aku sendiri tidak tahu. Sekarang, aku tidak punyai begitu banyak masa untuk menjerumuskan diri dalam pertelingkahan sosial dan permasalahan peribadi. Aku lebih selesa bersantai tanpa sebarang kemelut. Signs of maturity, perhaps? Frankly, it's just that, I live my life the way I want it to be. Nothing else matters.

I've told you before and I'll tell you over and over again. It's fucking awesome to be me!

Jumaat, 16 September 2011

What happened? (3)

Aku sedang melalui fasa yang aku sendiri tak pasti apa sebenarnya.  Or maybe it's just me, who haven't fully realized it, yet.

Menulis mengenai kehidupan seharian dan manusia di sekeliling sudah tidak mampu menggembirakan aku. I need more than that. Aku perlukan sesuatu yang baru. Dahulu, aku mampu menulis mengenai, let's say... Si Gadis dan tukarkan ia menjadi sesuatu yang bermakna dan mudah diingati. Now poof! It's gone. Bukan Si Gadis yang hilang, I mean, the pleasure of writing all of those things. It's all vanished into thin air.

I need someone to get me through this shit. I still haven't found anyone. Atau mungkin aku sendiri yang pura-pura menafikan kehadiran manusia yang sedia membantu aku di sisi selama ini. Ketika ini, aku hanya mahukan perbualan, demi menyatakan segala yang semakin tepu di dalam hati dan fikiran.

I need to reconstruct everything. Fix myself here and there. Awan mendung ini perlu berarak pergi, dengan apa jua cara sekalipun.

Khamis, 15 September 2011

What happened? (2)

Mulanya, aku berkira untuk tidak pulang berhujung minggu di rumah. Tetapi memandangkan segala tugasan kolej aku telah selesai dan aku juga masih tertinggal beberapa perkara yang perlu diuruskan di rumah, jadi aku bergegas juga pulang.

Jadi ya, aku sedang menaip ini di dalam bilik sambil ditemani kegelapan (fyi, suis lampu tak dibuka).

Minggu yang tidak menggembirakan. Bukan kerana tugasan kolej yang menimbun tetapi pengurusan kendiri yang terabai dan sususan emosi yang tidak teratur. Meon would notice this, bahawa aku tidak gembira langsung minggu ini. Kurang ketawa dan lebih banyak berdiam diri dan bercakap hanya bila perlu. And I told Miss F how I felt inside, struggling with depression and life, menyatakan betapa aku hanya manusia biasa yang perlukan seseorang untuk berbicara.

Aku tak tahu apa yang bermain di dalam kepala ketika ini. Aku berhenti sejenak dan fikir, apakah aku punyai sesuatu untuk ditulis? Tiada apa. No, nothing left on my mind. Yang tinggal hanya perkara-perkara rawak yang tidak layak dicantum menjadi tulisan. Separa sedar, perasaan ini membunuhku perlahan-lahan. I mean, look at this sloppy notes. Duh!

Moga minggu hadapan membawa transisi yang lebih bagus. I just have to wait patiently. Cheers!

Patriotik? My ass.

Hari Malaysia pada 16 Sept yang aku tahu adalah cuti umum. Other than that, I don't give a damn. Ia hanyalah cuti umum yang boleh disia-siakan dengan aktiviti anti-produktif.

Atau bahasa mudahnya, tidur sepanjang hari.

Rabu, 14 September 2011

What happened?

I don't know how to describe this kind of feeling. In the blink of an eyes, everything seems to be against me. All of the sudden, I don't miss Haikal and Danial and Chiko. I'm sick looking at the same faces day by day. I don't feel like going home on weekend. I want to skip my class everyday. I don't want to be nice and polite to other people anymore. I just want to lay in my bed and put my mind at ease. Fuck the world, let me have my rest.

"This isn't right," I told myself.

I'm tired with all this bullshit and negative vibes around me. I'm tired being sweet and funny. Manusia dan kawan-kawan bodoh yang menjemukan. Bangang macam lembu. They might read this, well seriously, I don't give a fuck. Aku tak hidup di dunia ini untuk puaskan dan selesakan hati manusia lain. Who the fuck are you, anyway?

Harsh, yes it is.

Aku mungkin pseudo-narsis paling teruk kamu pernah jumpa, ya ya ya, deal with it.

Selasa, 13 September 2011

Si Gadis who? (2)

"Manusia berubah. Kau akan berubah. Kita berdua akan berubah. You'll have other people to take care of you."

Illusion

Mental pictures of you, everywhere.
Conversation with you, in my head.

Isnin, 12 September 2011

Hello reality!

Setelah bercuti raya dua minggu, hari ini aku masuk semula ke kelas dengan langkah longlai. Permulaan yang tidak menggembirakan. Pendek kata, tiada motivasi langsung untuk menerima sebarang pengajaran dari pensyarah yang berada di hadapan. Tugasan yang aku bawa pulang sewaktu cuti gagal disiapkan sepenuhnya. I put the blame on me because I'm the one who procrastinate. Padan muka sendiri, huh!

Apa yang aku lakukan di dalam kelas ialah ketawa dan berborak bersama rakan sebelah. Banyak yang mahu dikongsi dengan mereka setelah dua minggu tidak berjumpa. Berborak tentang pengalaman hari raya, hal-hal remeh melibatkan tugasan kolej dan perkara-perkara rawak. Sekurang-kurangnya, itu sesuatu yang tidak membosankan demi memastikan mata aku tidak mengantuk mengharungi syarahan teori. Anyway, ianya sesuatu yang bagus untuk kembali bertemu rakan serumah dan sekelas. Selain itu, tiada apa-apa yang lebih menarik untuk dikongsi bersama.

I'm looking forward for tomorrow \m/

Ahad, 11 September 2011

Si Gadis who?

Ianya sesuatu yang tak masuk akal untuk berebutkan hati seorang perempuan yang ditakdirkan bukan milik aku. Ianya sesuatu yang kelakar juga untuk melihatkan dua manusia lain bergelut sesama sendiri untuk memenangi hati seorang perempuan yang keliru dengan apa yang dimahukan dalam hidupnya. Tambah kelakar, I used to be in that very situation. I was the third person back then.

I gave up on her. I gave up the fight. A fight that I couldn't win, at all. Setelah melihat semula cebis memori yang tercicir di belakang, I thought I had the best moment with her. I thought she was everything. I thought she was the one for me.

"Bagaimana jika aku bangun pagi esok, segala perasaan terhadapnya hilang?" aku bertanyakan soalan retorik pada seorang kawan walhal perasaan aku sememangnya telah sedia pudar.

"Hilang semua?" dia soal semula.

"I don't know. Macam-macam boleh jadi," aku balas.

Jawapannya gagal kami temui. But worry not, there's tons of fish in the water. Let's go err... fishing, shall we?

Loveable (4)

I still remember when I first called Loveable, a month ago. Just to have random conversation with her, and that day was her birthday too. Dan juga buat pertama kalinya di dalam hidup, demi Tuhan, jantung aku berdegup pantas tatkala mahu mendail nombornya. Bermacam-macam perkara bersimpang-siur di dalam kepala. Mengganggu pertimbangan rasional dan mewujudkan suasana kurang selesa pada diri sendiri. True story.

It went awkward, sort of. Fiasco, ya, that's the word. At the beginning, I stuttered like.... a lot. It seems like I was choked up or something, or I couldn't breathe in sufficient oxygen. As a defense mechanism, I kept telling myself, "What am I afraid of? She's not gonna bite me."

But as the conversation passes by, I started feeling comfortable. Her voice made me realized it might be the voice I wanna hear until the end of my life. I am being sweet for this little miss. I even surprised her with a birthday song.

I mean, I'm in love with her. What could possibly go wrong?

Loveable (3)

Conversation with Loveable somewhat, pretty dull. Not that she sounds like she's not interested or something. Tetapi, sifat pemalunya tidak banyak membantu. Seringkali, aku yang akan lebih banyak bertanyakan itu ini untuk memastikan perbualan tidak mati di tengah jalan. Practically, I am the one who led the conversation.

I guess I need to find something to trigger her attraction. But the funny thing is, aku masih tersenyum setiap kali mendengar suaranya atau membaca pesanan teks darinya. Weird but I can't help it.

Sabtu, 10 September 2011

Sacred

Terasa janggal bila berhadapan dengan komen yang menerjah masuk. Lebih tepat lagi, komen terhadap tulisan aku yang kebanyakannya bersifat peribadi. You know, the typical awkward moment. It has been a while since the last time I turned on the comment section on this sacred blog.

No, I am doing just fine. I will get used to it. Cheers!

Jumaat, 9 September 2011

Goddess (3)

I am not the kind of man who have the guts to approach a girl and have a random conversation. Well, on certain situation, I do have the guts but most of the time, I told myself, "Yeah, they are beautiful. So what? Do I have to spark a conversation to prove my existence? "I flirt, therefore I am" philosophy. Bollocks."

Until I met this one beautiful girl.

She's a perfect ten. Her face itself, eight out of ten. Let alone those perky boobs, glowing eyes and... perky boobs. Her boobs is... you know what, enough with her boobs. Goddamnit!

So, here's the deal. When a girl is way out of your league, you just have to risk it all, put everything on the line. You don't have to be somewhat hopeless romantic and hoping everything's gonna go your way. If acting as a complete dumbass (if you know what I mean) in front of her would make she fall for you, why not? Your shot. Your call, anyway.

But ask yourself, is she worth it?

Okay, back to this girl. At first glance she looks perfect. Shoulder length hair with sweet smile. Wearing low-rise jeans with a pair of loafers. Kind of girl you would bang all night long, seriously. I made the first move, smiled at her and she smiled back. But it's not long before I realized, she's not worth it. Maybe one way or another, I didn't deserve her too. Ya, whatever. Again, I told myself, "Oh boy. Let it go. Just, let it go."

And don't ask me about the second glance.

I'm standing still.

Sewaktu kecil, aku masih ingat, aku pernah menyembur arcylic spray pada badan seorang kucing. I ambushed that poor little cat from nowhere. Hasilnya, jalur panjang berwarna hijau pada bulunya yang maha putih. Ianya kekal begitu selama lebih kurang seminggu sebelum semburan itu beransur pudar. Aku tak ada idea bahawa apa yang aku lakukan ketika itu adalah salah. Selaku kanak-kanak, aku fikir ianya sesuatu yang lucu dan bakal mengundang ketawa kerana aku secara harfiahnya, berjaya menyembur warna artifisial pada bulunya. Tetapi ianya tetap berakhir dengan aku dimarahi Ibu.

Dan aku juga tidak pernah mengulangi perkara yang sama untuk kali kedua.

Perkara sebegitu yang aku lalui akan kekal di dalam ingatan buat selama-lamanya, barangkali. First hand experience yang sungguh bernilai dan bermakna. Menempuh zaman kanak-kanak dengan nilai-nilai keterujaan, kenakalan dan ke-naif-an. Sebuah proses pembelajaran secara tidak langsung yang mematangkan aku.

Aku masih ingat bagaimana aku dan beberapa rakan rapat bertanding menahan nafas di dalam kolah masjid setiap kali sebelum mengambil wuduk. Bagaimana aku pernah menanam pingat olahraga di dalam tanah, konon sebagai kapsul masa ha ha ha! Membina sebuah kebun mini dengan menanam benih tembikai dan terung, dan atas nama Tuhan, benih itu tumbuh dengan subur. No kidding. Leka bergelumang dengan baja, menggembur tanah, menyiram air dengan kadar bersesuaian. Dan sehinggalah hasilnya muncul dan aku ambil bukan untuk dijadikan makanan tetapi sebagai 'bola golf'. Funny story.

Kemudian, terjun ke dalam kolah mandi di kampung bersama sepupu sehingga air kolah menjadi berkeladak dan Mak Njang langsung berteriak ketika mahu masuk mandi, "Kerja siapa berendam dalam kolah ni?!" Cycling downhill without wearing any proctection. Sungguh laju dan mengujakan. Bermain bola sepak ketika hujan turun. No, we didn't really play football because we're busy sliding on the field and tackling each other's legs. Dan pengalaman paling berharga, tentunya bermain meriam dibuat dari batang papan tanda yang dikorek berhampiran taman. Dentumannya... sangat sangat menakutkan. If anyone were to ask me, "Have you ever been to Gaza?", I would probably say, "Yes, I've been there once." Well, minus the killing and bombing part.

It's fucking awesome to be me.

Makanan, kawan dan memori.

Buka puasa, 17th August 2011

Taken from Miss F Facebook album. Without permission, of course. Boooo.

Stop and stare

I came across this blog, a famous one. His writing, well, let's say hurm... monotonous and monotonous and monotonous. And dull, I must say. To be honest, I could justify my statement by stating this is a kudos to his writing. But no, not this time.

If you are wondering right now, yes, I did blogjogging. Or more like a blogrunning. Metaphorically. I just scrolled through the pages, took a quick glance at the very first paragraph and don't even bother to write any comment. I couldn't care less, really.

Anyway, I read some of the comments written by his readers. Paradoxically, I am more interested in the comments because I love to hear or in this case, read other people's thoughts. And there is this one comment that caught my interest. "... aku takut aku muntahkan najis babi dari mulut."

Speechleess.
      Clueless.
     Wordless.

At first, I was flooded with questions, "What the fuck is that? Najis babi dari mulut, like, seriously? How was that even possible, for heaven's sake!"

Or maybe she want to look smart or profound or what by using so-called najis babi as metaphor, but it's not gonna happen.

"Your metaphor sounds awful, my dear," I whispered to myself.

Rabu, 7 September 2011

Sesat

Cari originality? Takpe la. Kau pergi cari dulu.

Assignment(s) banyak sangat

Reality is eating me up.

Selasa, 6 September 2011

Reminder to self (6)

Aku berfikir terlalu banyak, terlalu jauh. Membebankan kepala dengan seribu macam kemungkinan, kesukaran dan ketidakpastian. Bila aku katakan aku sukakan seseorang, aku akan bercakap, berkhayal dan menulis tentangnya tanpa henti. Tetapi seringkali apa yang terjadi ialah, aku akan duduk menyerah kalah dan tanpa rasa bersalah, menganggap segalanya akan berlaku dengan sendiri di akhirnya. For a pessimist, I'm pretty optimistic. Ironi gila babi!

"There's no such thing as a free lunch," itu yang aku beritahu diri sendiri.

Komitmen buatkan aku mengantuk.

Dan aku hanya perlu menunggu rasa bosan datang bertandang dan segala rasa perasaan yang pernah wujud akan pudar dengan sendirinya. Because love never really excites me. Okay, it does. Ya, I know it's weird but the truth is, I could go on a day liking you so much and then woke up the next day telling myself, "Why would I wanna be with someone like you?"

Again, I know, it's weird. But I insist on not taking this kind of things seriously. Because I don't wanna get hurt at the end. Wait, am I the one getting hurt here? No, not really. So, let's proceed, shall we?

"You just... confused," said one of my friends to me.

Maybe. Or maybe not.

And you might think I'm some kind of a jerk or something, well, think again. You just don't know me yet.

Chimera

Malam yang sepi, tidak berisi sebarang makna. Aku berbaring seorang diri melihat siling, telus menembusi bumbung membawa aku menatap langit gelap di bawah minda sedar. Aku mencari yang tiada. Aku mencari yang tiada.

Malam yang sepi, aku sulam bersama imaginasi aneh yang bermain di dalam hati. Dialog prosaik yang berkumandang tanpa henti. Membisikkan angan-angan yang dangkal. Membunuh seluruh deria rasa hingga aku langsung terdetik, "Apa yang Tuhan cuba buktikan?"

Malam yang sepi, aku mahu simpan di dalam laci memori yang kosong.

Isnin, 5 September 2011

Nota keberadaan (5)

Aku sudah mengerti mengapa aku tidak mampu menulis seperti biasa sejak kebelakangan ini. Ianya kerana aku tiada apa-apa yang bagus dan menarik untuk ditulis. Semudah itu. Just so you know, my life is good but to be honest, this is not the way I wanted it to be. Aku mahukan sedikit kekalutan. Sedikit konflik. Sedikit kemelut datang mewarnai hidup. Terlalu merayakan rasa gembira menyebabkan aku hilang tumpuan untuk menulis.

I still remember, I used to write with an I-don't-give-a-fuck attitude when I was in high school. Kemudian aku tiba pada fasa yang menyaksikan aku secara perlahan-lahan menyuntik dos pseudo-narcissist ke dalam tulisan dan paling parah, aku juga sudah semakin kerap mengungkapkan lafaz-lafaz cinta di dalam tulisan. Duh, jatuh cinta.

Tak tak, bukan jiwang. There's a fine line between being sweet and jiwang. I am just being sweet. Yup, sweet it is.

Dan aku dengan penuh sabar sedang menanti fasa seterusnya yang bakal tiba. Don't worry, I know I'm gonna survive. I always did.

26 August 2011

Memandangkan Ramadhan sudah hampir tiba garis penamat, aku kembali menoleh ke belakang untuk mengutip sisa-sisa pengalaman yang aku tempuhi. Jumlah hari berpuasa yang tidak sempurna. Never been to tarawih prayer. Staring at boobs relentlessly. And much much much more.

Berat badan aku semakin bertambah. Nampaknya, Ramadhan juga tak mampu untuk mengekang nafsu makan aku. Dengan Aidilfitri bakal menjengah tidak lama lagi, I expect nothing but the worst. Ketupat, lemang dan rendang yada yada yada. I mean, how can I resist these food temptation?

21 August 2011

Hujung minggu di Seri Iskandar serius menyedihkan. Kebosanan yang datang bertimpa-timpa dan juga bibit-bibit kemurungan dalam mengharungi setiap detik yang berlalu. Nothing much you can do here. Restoran yang sedia ada, hampeh. Tempat yang menarik, langsung tiada. Cuaca pula, let's not talk about it.

"Why am I stranded here?" I asked myself.

This kind of feeling make me wanna fuck somebody. Or something. Ya, whatever. I'm bored like fuck, you know.

Raya (7)

Kedudukan kain pengelap tangan, susunatur rak, kabinet, dapur dan meja makan di rumah Opah yang masih sama sewaktu aku masih kecil hingga meningkat remaja.

Ini meyakinkan aku, tidak banyak yang berubah sebenarnya.

Raya (6)

"Kamu bila nak berhenti merokok? Kamu udah tua. Membazir..."

Kelakar bila mendengar Opah membebel pada Ayah selepas sesi bersalaman meminta maaf secara berjemaah di pagi raya. Selalunya Ayah yang akan membebel (atau lebih kepada sesi syarahan) kepada kami ; anak-anaknya.

Tanpa sedar, separuh diri aku ketawa melihatkan situasi yang mengingatkan aku bahawa, "It's funny when it's not me."

Ahad, 4 September 2011

Raya (5)

Singgah berehat di hentian lebuhraya yang dikerumuni ribuan manusia yang tak putus kunjung. I am somehow randomly staring at those tired, uneasy and in contrary, happy and energetic faces.

Not to forget, I am constantly staring at those cute and pretty faces too. Hello, I am single!

Raya (4)

"You are now working with a thousand plus basic rate. Takkan duit raya seringgit pun ambik?" aku kata pada sepupuku dalam nada bergurau tatkala melihat sampul duit rayanya dicarik.

She's slightly older than me, 22 going on 23 with a childish look. And she's been working in Putrajaya since last year if I'm not mistaken. Doing girlish work, well, if you know what I mean. Being a secretary, that is.

"Ko ingat banyak sangat ke gaji tu? Makan pun tak cukup," dia balas sambil ketawa.

"Tak cukup? What did you do with the money? aku kemukan persoalan, walaupun jawapannya aku sudah sedia maklum sebenarnya.

Akhirnya, aku dihujani hujah-hujah rasionalisasi bagaimana duitnya digunakan secara total dari A hingga Z. Dan juga cara-cara menguruskan kewangan secara berhemah. Or more like, boring grown-up stuff yada yada yada. Hip hip booo!

Nota keberadaan (4)

Terlarut dalam kesibukan sehingga menyebabkan aku tiada masa langsung untuk dihabiskan untuk menulis dengan selesa. Aku mahu segera lari dari kecelaruan, kekalutan peribadi dan curi sedikit peluang untuk duduk tenang dan mula menulis seperti biasa. Just like the good old days.

I have to. I have to write, kerana ianya sebahagian dari sisi yang melengkapkan aku. It is something that I love to do with unreserved enthusiasm. Luahkan segala curahan fikir, rasa, hati dan idea yang tidak mampu diterjemahkan secara lisan mahupun perbuatan. Memastikan segala yang terlintas di dalam kepala bertukar menjadi huruf dan perkataan yang bakal meninggalkan seribu satu memori.

Remember when we were in high school, in our most vulnerable years. Fasa di mana kita terkial-kial mencari haluan diri untuk digenggam sehingga akhir hayat. Sementara sesetengah kawan aku berakhir dengan kecenderungan dan minat masing-masing, manakala aku pula cenderung untuk menulis. Walaupun tidak pernah menulis secara komersil, I am still happy doing this. Mind you, menjadi komersil bukan prioriti aku.

Random thought scattered all over the paper. Oh God, how many times do I have to tell you this. I just love to fucking write!

Signs of aging

"Nak dengar cerita tak?" Ihsaan tanya padaku.

Aku segera anggukkan kepala tanda berminat.

"Tepuk tangan dulu," dia pinta.

Tanpa berlengah, aku tepuk kedua belah tangan.

"Haha, habis cerita," dia ketawa sebelum menyambung, "sebab Abang dah tepuk tangan awal-awal!"

Ya, I know, silly me. I even get caught by the lousy trick made by eight-years-old kid. I mean, that lame ass trick was like... sooo 10 years ago. Or 15, maybe.

Duh, am I getting old real fast?

Sabtu, 3 September 2011

Raya (3)







Cheerio!

First night, I slept on the couch in living room. The following night, I found myself sleeping near the kitchen. I was awaken by the smell of nasi lemak that morning. Funny story.

Crowded like hell (though I have never been in hell). The house, I mean. 40 people shelter under one roof barely gasping for air. God, I almost couldn't sleep to the sound of heavy snoring, little babies crying and weird sound came from the ceiling fan. No jokes. True story.

But I love the people. I love the house. I love the environment. I love everything in between. I am so gonna miss this place real bad.

See ya soon. Cheerio!

Little conversation

"You don't watch football, right?" aku kata padanya tatkala si dia tiba-tiba bercerita tentang bola sepak. Sesuatu yang agak err... janggal.

"I do watch football," dia balas.

"No. You don't," aku ulang semula sambil memandang tepat ke dalam matanya.

"Yes. I. Did." dia balas tegas, sepatah demi sepatah.

"You like watching Manchester United. That doesn't count," aku ucap dalam hati.

Yummy!

I just had the best dinner. Ever.

Sup ayam. Sambal petai. Rendang daging. Sambal belacan. Ikan pekasam. Dan sardin... dalam tin.

Apart from that sardin, I just ate near flawless dinner. Thank you God.