Aku hanya mampu ketawa bila Aisyah merungut mengenai rakan serumahnya. Atau lebih tepat, bekas rakan serumah. It's a long story. Perkara remeh melibatkan wang ringgit dan perjanjian air liur dan pertembungan ego.
"Takde kawan macam diorang pun takpe," dia merungut pada aku yang leka mendengar.
Aku juga pernah berhadapan masalah yang sama kira-kira dua tahun yang lalu. Apabila aku ambil keputusan untuk keluar dari asrama kolej tanpa pengetahuan Ayah dan menetap di luar, this kind of things happened. Konspirasi terancang dan percaturan sesama kami bermula. Aku tak boleh menafikannya, mahu tak mahu, ianya akan/sedang/telah pun berlaku.
But I managed to survive. Malah ketika itu, selaku mastermind self-appointed, aku berjaya ketepikan segala masalah dan humbankan jauh dari hidup. Dengan penuh selamba, aku tempuhi segala halangan dengan attitude I-don't-give-a-fuck. Ya, aku tahu ada kata-kata nista, cakap-cakap belakang dan beban emosi yang masih tidak terlerai. Nahh, don't worry, I'm over it.
Berlainan dengan dahulu, aku semakin berlembut dengan manusia di sekeliling. Mungkin nilai anarki di dalam diri sudah semakin tepu. Atau mungkin nilai anarki itu disalurkan ke arah lain. Ke mana? Aku sendiri tidak tahu. Sekarang, aku tidak punyai begitu banyak masa untuk menjerumuskan diri dalam pertelingkahan sosial dan permasalahan peribadi. Aku lebih selesa bersantai tanpa sebarang kemelut. Signs of maturity, perhaps? Frankly, it's just that, I live my life the way I want it to be. Nothing else matters.
I've told you before and I'll tell you over and over again. It's fucking awesome to be me!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan