Isnin, 29 Ogos 2011

Raya (2)

Malam raya, I feel nothing. But by looking at Chiko, Ihsaan and Haikal, I know this gonna be two weeks of happiness.

Raya (1)

Ayah gave me some money to be spend on baju raya and all. But I decided to buy nothing, at all. Because I need that freaking money for hurm, something else. Plus, it doesn't make me feel any less 'raya' if I didn't buy anything new blablabla. No, don't get me wrong. I never materialized this kind of thingy. Simple as that.

Atau mungkin juga aku sudah tiba pada fasa di mana kegembiraan orang lain jauh lebih bermakna daripada kegembiraan diri sendiri. As long as you're happy, I'm happy too. I don't know why the hell am I saying this but it does feel good to put a smile on others' faces on this very occasional festival. Hey, we are about to celebrate raya. Hip hip booo!

The joy, the excitement, the vibe. As for me, I just don't feel intrigue anymore. Where is my raya spirit? Down the drain, I guess. Raya is just another day when you can scare up lotsa duit raya, you can eat non-stop, lament at the graveyard and stand a chance to show off your brand new clothes.

Well, I will deal with the duit raya and eat non-stop part only. Yikes!

Ahad, 28 Ogos 2011

Tell you what (7)

Catatan yang aku tulis, ianya kerap berkisar tentang kehidupan harian yang aku tempuhi. Bibit-bibit memori yang bermakna bagi aku, besar kemungkinan aku akan abadikan segalanya di dalam kerangka tulisan. Tetapi itu cuma sisi kehidupan yang mahu aku beritahu kepada kamu (mungkin kata ganti nama awak lebih mesra). Semestinya aku menulis sisi kehidupan yang baik-baik belaka, untuk membuktikan (walaupun aku tiada apa-apa yang perlu dibuktikan) hey, my life is fucking great!

Awak mungkin terserempak dengan aku (mungkin kata ganti nama saya lebih mesra) di jalanan dan seterusnya menilai personaliti, tingkah kata dan laku saya, serta-merta. Well, jika awak tak mengenali saya, awak pasti akan merujuk kepada tulisan saya (jika pernah terbaca) untuk men-justifikasi-kan rasional pertimbangan awak. Dan kemudian, akan terdetik di hati awak, "Eh, dia ni tak sama pun macam dalam tulisan. He's not that good."

Judgemental. Yeah, whatever. Fuck me. No. Fuck you.

Terus terang, saya tak sempurna. Awak mungkin sukakan tulisan saya tetapi belum tentu awak sukakan saya. By that, I mean, kelakuan saya dan apa-apa lah. Imej imaginasi yang awak bina berdasarkan catatan, nota, anekdot dan karangan yang saya tulis, selalunya akan runtuh serta-merta bila kita bersemuka.

Trust me. Saya tak tipu.

Sabtu, 27 Ogos 2011

Undecided

Chiko sudah ada tiga anak kucing yang comel. It was yesterday when I got home and saw this furry tiny little creature. I went crazy. All the what-where-when-how questions gushed right up my brain.

Never mind the answer, though.

I was so excited and eager (of course!) to see how this kittens moving super slow with unstable gesture and motion, roaming around their mom looking for comfort and protection. Their eyes are barely open just to double their cuteness.

Yes, their name. They don't have any name, yet. I might wanna call them Alpha, Beta and Delta but frankly, that sounds awful. So, I'll just leave them unnamed for now.

Jumaat, 26 Ogos 2011

Minggu yang gagal

06:39pm Fri 12-Aug-2011
Aku cuba leraikan kebosanan dengan berbaring di atas katil. Letih, memikirkan bermacam perkara yang tidak penting. Kehidupan seharian yang memenatkan dan juga urusan pelajaran yang tidak kenal erti lelah.

10:21am Fri 12-Aug-2011
Ada sesetengah waktu, aku berharap aku mampu untuk berlaku baik terhadap manusia lain dan paling utama, pada diri sendiri. Aku mungkin menjengkelkan pada mata sesetengah manusia, terkesan kerana nilai sarkastik yang aku pupuk di dalam diri.

01:38am Fri 19-Aug-2011
Letih melayan kerenah manusia. Aku tak tahu kenapa kebanyakan manusia gemar rumitkan suasana, situasi dan keadaan. Aku lebih kepada sesuatu yang mudah dan praktikal. Atau dalam erti kata lain, kenapa perlu tempuh jalan sukar?

04:32pm Fri 19-Aug 2011
"Does she have the same feeling like you do?"

Aku menyerah kalah terlalu mudah. Terlalu awal. Tak berusaha langsung untuk gapai apa yang aku mahu. Bukan tak berani atau takut, tetapi ya ya ya, malas dan tak bersungguh-sungguh. Ambil mudah segalanya.

I have no motivation. At all.

12:16am Sat 20-Aug-2011
Ihsaan sudah berumur 8 tahun. Hari ini adalah ulangtahun tarikh lahirnya dalam kalendar Gregorian. Masa menginjak begitu pantas dengan aku menyaksikan Ihsaan membesar di depan mata.

12:23am Sat 20-Aug 2011
Idea idea idea. Aku perlu paksa diri untuk menulis. 

12:25am Sat 20-Aug 2011
I just want to talk about myself. And myself only. Would you care to listen to me?

12:16pm Sun 21-Aug-2011
"Nanti aku nak pinjam duit kau sikit," aku kata pada Kakak.

10:01pm Tue 23-Aug-2011
Tinggal 3 hari lagi sebelum aku bakal bercuti raya selama dua minggu.

Aku tak teruja. Langsung.

Oh ya, di rumah sewa aku sudah ada kucing baru.

03:42pm Fri 26-Aug-2011
It's raining outside. Hujan yang turun tanpa gagal sejak seminggu yang lalu.

Goddamnit!

I was close, I mean, real close for having the book Adam's Dream by Salleh Ben Joned. The one that are still in my top list for book hunting. Unfortunately, that book's out of stock, goddamnit! Only God knows how happy I would be as if the book are in my hand right now. When Fatin told me, "Buku tu dah habis. Cari la buku lain." I was like, "Oh man, this is so depressing. Fucking miserable."

"Tak. Takpe la. Maybe next time," I said to her. No, I don't want any other book. Carl Jung, Chuck Palahniuk or Edward de Bono shall wait. Gimme Salleh Ben Joned first, for fuck's sake.

Gosh, I should start thinking on buying stuff online.

Delicious

I just finished eating with my friends. All of the sudden, I get emotional, mixed feelings which I never really understand. I just wanna call everyone, tell them how much I love them.

'Siakap Tiga Rasa' give me this kind of feeling. Well, I don't know why. It's pretty weird.

08:01pm 24-Aug-2011

Rabu, 24 Ogos 2011

Floating in a vacuum

This is where my heart.... God, I can't even finish the sentence.

Ahad, 21 Ogos 2011

Picture (3)


Dua ciptaan sempurna, Danial Ihsaan dan Haikal Haziq.
06 October 2010



Aku telefon Ihsaan sebentar tadi untuk ucapkan selamat hari lahir kepadanya. Umurnya sudah menginjak angka 8.

"Ihsaan tengah buat apa?" aku tanya setelah mendengar suaranya di hujung talian.

"Tak buat apa pun, tengah main dengan Chiko," dia balas. Mendengarkan nama Chiko, aku serta-merta jatuh rindu kepada haiwan peliharaan kesayangan itu.

"Ihsaan puasa ke?" aku tanya lagi.

"Tak. Ihsaan demam la."

"Ihsaan tinggal puasa berapa hari dah?"

"3 hari," dia balas dengan nada girang.

Perbualan seterusnya aku hanyut leka mendengar celotehnya dan sesekali terdengar suara Haikal di belakang yang berebut mahu bercakap juga. Demi Tuhan, aku rindu mereka berdua.

07:05pm Sat 20-Aug-2011

Sabtu, 20 Ogos 2011

Picture (2)


Kanak-kanak kesayangan, Haikal Haziq.
//Ditembak menggunakan kamera 2.0MP
11 September 2010

Loveable, indeed (2)

"Does she have the same feeling like you do?" she asked me, referring to Loveable.

Serta-merta lirik lagu Drive oleh Incubus bermain di dalam fikiran, "Sometimes, I feel the fear of uncertainty stinging clear. And I can't help but ask myself how much I let the fear, take the wheel and steer."

Progress 0%

Perjalanan kehidupan seharian yang tidak mampu diterjemahkan di dalam bingkai catatan tulisan. Antara masalah utama aku ialah kecenderungan aku memikirkan begitu banyak perkara di dalam satu masa. Menatap semula ayat-ayat yang aku karang dan tulis kebelakangan ini, no, that's so not me.

This isn't right. Urusan pelajaran yang maha menghimpit. Perihal Cinta yang tertangguh. Kehidupan yang ditaburi bibit kebosanan. Kewangan yang serba goyah. Dan mimpi silam yang kembali menghantui.

Aku tanya diri sendiri, kenapa ini berlaku?

Seperti kebiasaan, aku tiada jawapan.

Jumaat, 19 Ogos 2011

17 August 2011

Tempoh hari, aku berbuka puasa bersama sekumpulan kawan rapat. Miss F, Kiki, Yo, Meon, Nad, Syamira and the list goes on. Kami berbual semahunya sambil diselangi gelak ketawa yang memeriahkan suasana meja makan. Merayakan meja makan dengan hidangan yang agak bagus (I am not complaining anything, yet). Walaupun dihidangkan nasi putih sejuk yang sedikit sebanyak mencacatkan selera makan dan juga air sirap limau yang gagal sama sekali. Tetapi berkenaan lauk-pauk, aku tiada sebarang isu.

Dalam perjalanan pulang mengharungi sisa kepekatan malam, aku berbual bersama Syamira, Miss F dan Kiki di dalam kereta. I love having conversation with Syamira when it comes to my love relationship. I feel comfortable talking to her. Aku senang sekali mendengar pendapatnya, mungkin atas dasar faktor umurnya yang agak hurm... tua? No, I was joking. She's adorable despite always being childish (tak padan dengan umur, huh!).

Oh ya, Flowers for Algernon adalah tajuk buku yang aku pinjam dari Miss F. Ianya perasaan aneh tetapi mengujakan ketika memegang naskhah buku ini. Haven't started reading it yet but sure, I wanna drown myself in the ocean of words.

Good friends, foods and book. Thank God, I couldn't ask for more.

Khamis, 18 Ogos 2011

16 August 2011

I was in the car with Miss F, Zam and Hafiz when one word suddenly popped out from my mind, "Hectic!"

Perbualan tanpa henti yang disulam gelak ketawa dan senyuman di bibir kami. I am having good time chilling myself, with bunch of good people. Kami berbuka puasa bersama-sama, kemudian bersiar-siar membunuh masa terluang meronda sekitar Ipoh mencari kedai makanan yang mampu memenuhi tuntutan nafsu kami.

Eventually, we ended up eating again at Mamak. Ditemani suasana hingar dan juga hidangan yang dimasak dengan kadar segera dan err... tak sedap.

This is where I realized when someone willing to share their glimpse of feeling, I feel close to them. Limpahan emosi dan curahan perasaan yang datang bertandang di dalam bait-bait perbualan. Mencerna segalanya di dalam hati. Without any hesitation, I would consider myself as a good listener (dasar tak malu, huh!).

Di akhirnya, tatkala menatap wajah mereka yang keletihan, aku hanya mampu berkata di dalam hati, "You guys are fucking osem!"

Nota untuk diri sendiri

I ada banyak perkara dalam kepala tapi busy kemain kebelakangan ini. Menulis nota halimunan merata-rata. Chilling with bunch of good people.

Tunggu-lah. Ada masa nanti I update, okay?

Isnin, 15 Ogos 2011

Random typing (3)

I love myself when I did some random typing. Membiarkan tangan menterjemahkan apa sahaja yang terlintas di dalam kepala. Secara rawak. Secara pantas. Secara santai.

I need to write something. Jika nota ini tidak mampu disiapkan, I will start writing a new one. Never ending process, I tell you. No wonder draf semakin menimbun di dalam simpanan dan tahap relevan setiap tulisan boleh disanggah dari hari ke hari.

Ketagihan. Ya, sort of. I'm planning on writing a novel, tetapi aku tidak punyai banyak masa. Bergelut dengan jadual kelas yang padat dan hujung minggu yang sering berakhir dengan sia-sia. Serius, masa memang tidak menyebelahi aku.

Seperti sekarang, aku ada dua tugasan yang perlu dihantar esok pagi. Malas, ya ya ya. Dan nota ini kelihatan sungguh err... comot. Ditulis dengan bahasa rojak berterabur dan susunatur yang memalukan.

But I still love myself, anyhow.

Ahad, 14 Ogos 2011

Mimpi

Bersahur di rumah menerbitkan satu perasaan yang indescribable. Menyuap makanan sambil tersengguk menahan rasa mengantuk. Lapar yang dibuat-buat. Dan keterpaksaan mengunyah so-called early breakfast. Tetapi bersahur adalah rutin wajib bagi keluargaku walaupun waktu imsak secara harfiahnya hanya tinggal 10 minit. Semua orang harus berada di meja makan, tiada pengecualian. Walaupun hanya sekadar meneguk segelas air kosong. Atau sebiji kurma. Atau apa-apa.

Aku sudah lupa berapa kali aku terlelap di meja makan.


06 08 2011 : 11.40pm

Halfway through

Berpuasa hampir dua minggu. Bermakna, tinggal lagi dua minggu selebihnya untuk berpuasa sebelum seluruh umat Islam menyambut hari raya. Suasana hari raya belum kelihatan dengan begitu ketara samada di media elektronik atau cetak (which is good actually). Ini tidak, belumpun sempat berpuasa sudah sibuk berbicara tentang hari raya. Dan juga iklan menjengkelkan sempena hari raya di skrin televisyen.

"Fuck you. Raya will come soon enough. You just have to... wait," I said to them.

Aku tidak terlalu hiraukan perihal remeh seperti warna baju raya, pakaian baru, langsir baru, set pinggan mangkuk baru dan segala macam baru. Memetik kata-kata Tyler Durden di dalam Fight Club (1999) ;

"We're consumers. We are by-products of a lifestyle obsession. Murder, crime, poverty, these things don't concern me. What concerns me are celebrity magazines, television with 500 channels, some guy's name on my underwear. Rogaine, Viagra, Olestra."

Kali terakhir aku beli/tempah baju Melayu adalah 4 tahun lepas. Kerana aku hanya memakainya setahun sekali. Atau dua kali. Okay, paling banyak tiga kali. Dengan menyemai rasa bersyukur dan bersederhana dalam diri (dalam erti kata sebenar), keperluan untuk bergaya dan melaram ketika hari raya aku humbankan ke tepi. Aku tak perlukan kosmetik dan tempelan material untuk menyatakan, "Hey, hari ini hari raya! And I'm wearing my new custom-tailored baju Melayu. Osem, isn't it?"

Selain kegembiraan dapat menatap wajah-wajah sanak saudara yang sudah lama tidak bersua, aku lebih selesa merayakan variasi hidangan dan juadah. Lemang, ketupat palas dan pulut, nasi lemak, rendang dan seribu satu hidangan wajib hari raya. Perut kenyang, hati senang.

Oh ya, paling penting, duit raya. Period.

Sabtu, 13 Ogos 2011

Happy Left-Handers Day!

No, I'm typing this using both hands.

Nota hujung minggu (2)

Tatkala pulang berhujung minggu di rumah, aku lebih selesa membazirkan masa dengan bersenang-senang lala lala lala. Basically, doing nothing significant. Perasaan untuk melangkah keluar demi memenuhi tuntutan sosial bersama rakan-rakan hampir sifar, tiada.

Aku hanya mahu bermain dengan Haikal dan Ihsaan sepanjang hari. Menonton rancangan kartun bersama mereka. Memeluk dan mengusap bulu lebat Chiko. Kadangkala, tugasan kolej yang aku bawa pulang bersama langsung tidak disentuh. Duh, typical me.

Kemaskini blog dan e-mail. Berkicau di Twitter. Berbaring di atas katil sambil berbalas teks dengan manusia rawak. Mendengar lagu kegemaran. Memuat turun dan menonton filem. Menulis dan terus menulis tanpa jemu. Berborak telefon lewat malam. Makan masakan homemade. Menatap wajah-wajah kesayangan. Atau dalam kes tertentu seperti sekarang, aku dapat bangun bersahur dan berbuka puasa bersama keluarga. Heaven!

Oh my, home sweet home!

Promises, Promises

Perkara yang tak mungkin aku lakukan ialah melukakan perasaan manusia lain. Because when I said “I love you”, ianya bermaksud “I will stay forever” dan aku tidak akan semudah itu mensia-siakan kehadiran kamu. Dalam hidup, aku cuma ada beberapa manusia yang begitu rapat dengan diri. Arwah ibu, ayah, adik-beradik dan sekumpulan kawan rapat. Mereka ini antara salah satu pengaruh yang membentuk diri aku. How we managed to live together, makan bersama, belajar susah senang, menempuh kehidupan yang diselangi fasa kesedihan dan kegembiraan. Selagi kami tetap bersama, nothing else matter. Atau bahasa mudah, fuck the world, we wanna live! Tempuh segalanya, humban segala masalah ke tepi.

Atau dalam kebanyakan waktu, masalah yang humban aku ke tepi sebenarnya.


Posted 9 months ago

Jumaat, 12 Ogos 2011

Ethics 1.0

Di dalam kelas Business Ethics, ketika aku sedang berperang dengan mata mengantuk dan ennui yang datang membelai, pensyarah aku tiba-tiba berkata kepada semua di dalam kelas, "You all perasan tak semua piring Astro menghadap kiblat?"

"Betul. Kalau tak percaya, balik nanti you all tengok sendiri," dia tambah lagi sebelum sempat kami memberi sebarang reaksi balas. Upon hearing that, I was like, "Oh, really?" Ianya adalah fakta yang tidak aku ketahui memandangkan selama ini tidak tercapai akal aku untuk membelek atau mengkaji piring satelit yang dipasak di atas bumbung kediaman. I just don't take every single detail into account. Simple as that.

Terus terang cakap, aku tidak teruja langsung. Jauh sekali merasa kagum.

Malah aku terkesan ketawa sendirian di dalam hati tatkala mendengarnya. Bukanlah niat mahu ketawakan kebesaran Tuhan atau apa. Tetapi aku ketawa mengenangkan ianya adalah sesuatu yang ironik. Ironi yang sungguh kelakar. Maksud aku, paksi hiburan maha menyesatkan yang manusia tonton selama ini tanpa sedar, separa sedar atau penuh sedar juga berkiblatkan arah sujud umat Islam.

What's that supposed to mean? I leave it to you, to decide.

Khamis, 11 Ogos 2011

Tell you what (6)

The fact that I'm having secret readers really intrigued me. I know, they are here, roaming around my writings.

Whoever you are, thank you for reading.

Rabu, 10 Ogos 2011

Puisi waktu Asar

Tidur yang melewati senja
aku tak mahu terjaga
sebelum tibanya matahari esok.

Peluk diri

"Senyap je. Tak mesej awek ke?" kawan aku tanya setelah melihat aku lebih banyak diam termenung.

"Tak. Lagipun nak mesej siapa?" aku tanya semula. Soalan dibalas soalan. Mengingatkan aku kepada sebuah babak di dalam filem It's Kind of a Funny Story.

Dia pandang aku dengan pandangan penuh curiga. I know he's not gonna believe me. So I have to repeat again and make myself very clear, "Serius. Tak ada."

Aku matikan serta merta perbualan tentang hubungan sosial aku. There's nothing interesting to tell him, though.

Penuh drastik, aku segera halakan perbualan kami meredah memori zaman persekolahan rendah, tentang guru-guru yang semakin dimamah usia dan tentang beberapa manusia rawak yang sudah sekian lama nama mereka tidak meniti di bibir aku.

Tempo perbualan turun naik dengan aku lebih banyak mengangguk dari buka mulut memberi reaksi. Malam itu, aku hilang minat untuk berbicara. I don't feel like talking. Mulut aku terasa berat, terbeban dengan kebejatan emosi. Ditambah dengan cuaca sejuk yang mengundang gigil, I just wanna hold myself tight.

"Oh Tuhan. Dingin cuacaMu, dingin lagi hatiku."

Ibu

Aku rindukan suara Ibu. Suara bertanya khabar. Suara berpesan supaya bersolat. Suara mengingatkan aku supaya menjaga adik-adik. Suara meyakinkan aku supaya belajar bersungguh-sungguh. Suara garang memarahiku. Suara lembut menasihatiku. Suara tenang berbual denganku.

Hatiku menangis semahunya. Air mata yang bergenang, aku seka dengan penuh hiba.

Aku sempat hidup bersama Ibu cuma seketika, tidak lama. Yang ada bersamaku hanyalah memori yang akan kekal selamanya sehingga Kiamat. Jika aku ke Syurga, aku mahu Ibu di sisi bersamaku. Jika aku dihumban ke Neraka sekalipun, aku tetap mahu sentiasa mendoakan kesejahteraan Ibu.

Aku pejam mata. Geledah semula kotak-kotak memori yang tercicir. Aku bersyukur kerana berpeluang mempunyai seseorang yang sungguh istimewa di dalam hidup.

Selasa, 9 Ogos 2011

Classmates

Awal-awal lagi aku sudah beritahu Zam secara bergurau, "Kalau aku tak kenyang. Jaga hang."

Sebelum tibanya Ramadhan, kami sekelas sudah kalut merancang majlis berbuka puasa beramai-ramai. Perihal wang, menu dan tempat akhirnya ditetapkan dengan kadar tergesa-gesa. Masing-masing bertekak sebelum mencapai kata akhir tentang menu dan tempat yang sesuai. Ada sesetengah yang tak makan itu. Tak makan ini. Merungut tempat itu tak sedap. Tempat ini tak sedap bla bla bla.

Akhirnya, terhidang di hadapan aku adalah tomyam campur, telur dadar, murtabak, sayur kailan ikan masin, ayam goreng kunyit dan beberapa makanan sampingan yang tidak begitu penting. Berkenaan makanan, out of 10, aku hanya mampu beri 5. Tidak terlalu bagus, tidak terlalu teruk. Orang kata, boleh lahhhh.

Tetapi yang pasti, aku sukakan suasana chaos yang menyelubungi meja makan kami. Lauk yang terjun masuk ke dalam pinggan. Mulut yang tidak berhenti menyunyah (dan bercakap) dan juga sesi ketawa bersama-sama selepas selesai urusan di meja makan.

Yes, we are cool liddat.

10 years ago

It was somewhere around 2001.

Aku berbasikal di sebuah jalanraya lengang di sebuah kawasan perumahan. Ianya petang yang tenang ditemani cuaca yang redup. Aku berbasikal bersama sepupuku dengan dia ligat mengayuh sambil aku di belakangnya membonceng.

Sebelum bercerita lebih lanjut, biar aku beritahu sesuatu. Mempengaruhi dan mengawal minda kanak-kanak adalah perkara mudah. Peratusan dan kebarangkalian untuk mereka percaya apa yang mereka lihat, dengar, fikir dan rasa adalah tinggi. Pengalaman yang mereka lalui, sesetengah darinya, akan kekal lekat selamanya di dalam kepala. Rancangan televisyen adalah salah satu contoh mudah. Aku sendiri, secara peribadi, pernah terpengaruh dengan rancangan gusti di kaca televisyen sewaktu membesar satu ketika dahulu. I even bought myself wrestling magazine back then. Ya, stupid, I know.

Peristiwa seterusnya akan kekal aku ingati sehingga akhir hayat.

"Jangan bersiul la. Sial nanti," sepupuku bentak sambil menjeling aku yang bersiul di belakangnya. Sebelum itu, kami terbaca sebuah artikel di dalam sebuah majalah mengenai perkara buruk yang telah berlaku kepada mereka yang bersiul. Menurut artikel tersebut, bersiul dianggap taboo bagi sesetengah kelompok masyarakat. Pantang larang kuno, bagiku.

"Takde apa-lah. Kau takut sangat kenapa?" aku kata. Aku ada masalah untuk mempercayai sebarang anutan karut tanpa usul periksa.

"Tapi buku tu tulis, ramai yang mati lepas bersiul," dia masih teguh dengan pembacaannya sebentar tadi.

Belumpun sempat aku membalas kata-katanya, sebuah kereta laju melintasi kami di persimpangan. Kami yang mahu menyeberang ke sebelah sana, hampir dilanggar dari sisi. Mujur brek basikal berfungsi dan sepupuku lekas tersedar sebelum bertindak mengelak.

Jantungku berdegup pantas. Dadaku berombak kencang. Kami baru sahaja terlepas dari maut. Aku sudah begitu hampir dengan temujanji kematian.

Kemudian, kami saling berpandangan antara satu sama lain.

"Buku tu tipu," aku kata pada sepupuku sambil ketawa.

Jatuh hati

"What about her?" she asked me.

I smiled, straight away. She still remember everything that I told her back then. "Malas nak approach. Tiba-tiba hilang minat."

I was lying. To her. And to myself.

"Cubalah dulu. She's beautiful. Admit it."

"Yes, indeed. How can I ever forget that angelic face?" I whispered to myself.

Random typing (2)

Cuaca panas yang membunuh mood aku. Panas luar biasa. Luar biasa. Luar biasa. Luar biasa.

Hujan juga tidak banyak membantu. Sejuk yang datang sekadar mengacah.

Merungut dan berterusan merungut. Menyumpah dan berterusan menyumpah. Memaki dan berterusan memaki.

This is so uncool, literally.

Aku mahu berendam di dalam kolam ais atau peti sejuk atau apa-apa. Semoga beku selama-lamanya. Dan biar aku mencair pada tahun 2222.

Duh!

Random typing

Kamu tahu jenis manusia yang membosankan? Manusia yang sering ketawa pada perkara yang tidak kelakar. Bila aku sebut tidak kelakar, ia sesungguhnya tidak kelakar. Langsung. Dan tak lupa juga manusia yang tiada citarasa dalam humor. Langsung. Manusia sebegini aku sumbatkan dalam kategori menyedihkan.

Terasa seperti mahu tepuk bahu mereka dan kata, "Kamu tahu tak apa yang kelakar?"

"You," aku sendiri jawab sambil tuding jari pada wajah mereka.

Corrupting young mind

"You're only 18. Chill-lah," aku kata padanya bila dia terlalu paranoid tentang masa depan.

"But I wanna plan everything starting from now," dia balas. The fact that she always being persistent really irritates me. But nahh, whatever. Booo!

"Listen here," aku kata, "planning is bullshit."

"You know why? Planning create rigidity, reduce your flexibility and creativity," aku beritahu dia. I learned that when I was in semester one. I might be wrong but the hell with it.

Ahad, 7 Ogos 2011

Blissful

Aku bertembung dengan Pak Su tatkala merayau-rayau mencari makanan di pasar Ramadhan semalam. I'm not planning on buying anything, kerana segalanya sudah dibeli dan tersedia di atas meja makan di rumah. You name it. Murtabak, tomyam, nasi, bihun, minuman itu ini, buah-buahan dan variasi kuih muih. Aku kira salah satu kelebihan pulang berbuka di rumah ialah aku tidak perlu keluar duit untuk berbelanja. Dan aku pula, sekadar menjenguk ke pasar untuk membunuh kebosanan sebelum tibanya waktu berbuka puasa.

Aku salam dan kucup tangannya. Bersama di sisinya, dua orang kanak-kanak yang merangkap sepupu kepada aku. Sudah makin membesar sejak kali terakhir aku bertemu dengan mereka. Dua tahun yang lepas, barangkali.

Pak Su hulur dua ringgit kepada aku, yang kebetulan wang kertas tersebut berada di tangannya ketika itu. Oleh kerana ego aku tinggi melangit, there's no way I'm gonna take that two ringgit. Pelajar seperti aku perlukan lebih dari dua ringgit.

"Dua ringgit je?" aku soal, dan terus ketawa. Pak Su yang aku kenal adalah seorang yang kebudakan-budakan. Perangai tiga suku, bak kata Mak Njang. Untuk rekod, Pak Su pernah menetap bersama keluarga kami ketika masih membujang. Aku lantas teringatkan kata-kata Mak Chaq satu ketika dahulu, "Hang mintak ja apa-apa dengan Pak Su hang. Dia banyak duit."

Jadi dipendekkan cerita, Pak Su mengalah dan hulur aku not ringgit yang lebih besar nilainya.

"Ha ha ha ha!" aku ketawa dan berkata di dalam hati, "Tunggu hari raya nanti, lagi banyak aku minta."

Welcome to the future

Ihsaan sudah tahu hidupkan komputer di rumah. Dan paling mengejutkan, juga tahu sambungkan capaian internet, taip YouTube dan tonton rancangan kartun kegemarannya.

"Siapa ajar Ihsaan?" aku tanya.

"Ihsaan tau sendiri," dia jawab kemudian tersenyum menampakkan baris gigi atas bawah.

And he's only 8 years old! Damn, I feel old.

Subjective

Antara subjek yang memeningkan kepala aku semester ini adalah Business Ethics. Kelas yang dilatari dan dihiasi perbincangan tentang teori dan ideologi berkaitan set universal moral, pemahaman etika dan penguatkuasaan undang-undang. Kelas yang mampu membuatkan aku menguap dan mengantuk, tanpa gagal.

Kenapa ianya membosankan? Kerana subjek sebegini menuntut pelajar untuk menganalisa setiap teks, perkataan dan definisi dengan berhati-hati, tidak gelojoh dan gopoh. Cuai menafsirkan definisi mungkin membawa kamu sesat seumur hidup walaupun secara relatifnya, pemahaman setiap manusia pasti berbeza antara satu sama lain. Tetapi oleh kerana aku dasar pemalas yang amat, kebanyakan definisi, aku hanya sekadar garap sambil lewa di dalam kepala dan kemudian terjemahkannya dalam kerangka penerangan yang tidak terlalu deep. "Kegilaan ini tak patut dibiarkan bercambah," kata hati aku.

Kebosanan ini mengingatkan aku kepada buku Beyond Good and Evil oleh Friedrich Nietzsche. Buku yang sehingga kini masih gagal aku habiskan atas beberapa faktor remeh. Ha ha!

Sabtu, 6 Ogos 2011

Dugaan

Busy busy busy. My classes start at 8 a.m. and ended roughly around 4 p.m. Letih memang letih, but deep inside, I love my new class schedule. It, somehow, keeps me busy all day long.

Jadi, perut aku yang lapar tiada peluang untuk berteriak minta diisi.

Cinta yang dirancang

Selasa    2 petang
Rabu 12 tengahari
Khamis     10 pagi

Aku tak punyai banyak waktu senggang untuk bertemu seseorang yang sungguh istimewa di hati. Aku hanya mampu mencuri sedikit masa. Itupun jika diizinkan Tuhan.

Analogi

Pensyarah aku di dalam kelas sibuk bercerita tentang itu ini sehinggalah entah bagaimana terbabas bercerita tentang Kim Kardashian. Ya ya ya, selebriti bangang yang mempunyai pita seks lucah homemade. Sekurang-kurangnya itu yang aku tahu tentangnya.

Salah seorang rakan sekelas aku pula bertanya secara rawak, "Kim Kardashian tu siapa?"

"Bimbo," aku jawab dalam hati.

Bimbo tidak semestinya wujud secara literal dalam penampilan sinonim perempuan berambut perang, berbuah dada besar, sexually attractive and whatnot. Definisi bimbo boleh berdiri dengan sendirinya. Sebagai contoh, seorang perempuan bertudung juga boleh ditamsilkan sebagai bimbo jika kena dengan caranya. Trust me, I've seen enough. Bodoh macam lembu (mungkin menyamakan manusia dengan haiwan bukanlah satu analogi bijak. But the hell with it.)

Kebodohan juga mengalami proses evolusi, tahu?

5 Ramadhan 1432

Setibanya di rumah, dengan tekak yang menjerit dahaga dan badan maha letih,  terus aku rebahkan di atas katil untuk mencari lelap. Cuaca panas terik dua tiga hari kebelakangan ini telah mematikan pertimbangan aku. Mujur aku ada secebis rasional yang masih bersisa di dalam diri. Jika tidak, sudah lama aku teguk air di dalam peti sejuk. Perihal puasa tolak tepi. Ish ish ish.

Belumpun sempat bermimpi apa-apa tatkala tidur waktu petang, aku separa sedar sudah tiba di pasar Ramadhan sekitar Manjung bersama Fairuz. Deretan kanopi yang disusun rapat menambahkan sesak manusia yang berhimpit menelusuri lautan jasad yang sibuk mencari juadah berbuka. Asap berkepul dari nyalaan arang dan bau-bau makanan yang menggiurkan. Tempikan menjengkelkan sesetengah peniaga yang mahu melariskan jualan.

Kami menjenguk pasar yang tidak seberapa tetapi suasana dan feel-nya somehow lebih menarik daripada pasar di Seri Iskandar, yang berani aku katakan, indah khabar dari rupa. Ditambah dengan makanan yang rata-ratanya tidak sedap dan err... tidak sedap langsung. But wait, tell you what, pasar di Seri Iskandar adalah tempat mencuci mata paling bagus di dalam dunia. Dipenuhi lambakan pelajar-pelajar perempuan dan gaya esentrik dan baju kurung dan tudung dan rambut lepas bebas dan buah da....

Well anyway, I bought myself a soya gula merah (atau perang?) setelah buntu memikirkan juadah untuk berbuka. Tetapi serius, ianya adalah soya paling sedap di dalam dunia. Hip hip hooray!

Jumaat, 5 Ogos 2011

Err, hello?

So, 5 days without any updates. Penyudahnya, aku tanya diri sendiri soalan rutin selepas diserang buntu untuk menulis, "Nak tulis apa hah?"

I'm not used to this kind of situation. Duh, starting all over again is soooo uncool, you know.