You know, Raja Muhammad Aliff sudah tak punyai ego yang besar sewaktu menulis. Ini, sudah tentu, sesuatu yang menyedihkan, kerana semua orang tahu, dunia perlukan lebih ramai Raja Muhammad Aliff.
Atau mungkin tidak.
I feel like I've let myself go. Or at least, some part of me. Aku mahu menulis setiap hari, seperti dulu, tetapi tidak lagi menemukan kesungguhan untuk mencatatkan bibit-bibit hidup secara, well, religiously. Mungkin secara rahsia aku menunggu sesuatu yang lebih besar untuk berlaku dalam hidup, walaupun tahu itu sekadar alasan untuk menyelesakan hati.
Juga tiada lagi keperluan untuk membaca buku. Aku hentikan langganan Paris Review, selepas hanya setahun melanggan. Dan berhenti membeli apa-apa bahan bacaan sejak, rasanya-lah, pertengahan tahun 2013.
Kerana aku sedar, diri ini tidak lagi mampu memberi justifikasi kepada buku-buku yang semakin hari semakin sibuk mengumpul debu di atas rak. Let's face it, boleh jadi aku tidak lagi terpesona dengan mana-mana penulis. Atau idea-idea mereka tentang kehidupan, cinta, dsbnya.
Hairan juga. Seolah-olah apa yang pernah mendefinisikan seorang yang bernama Raja Muhammad Aliff atau alepfugazi atau Rj M /hmm d _Al ff tidak lagi memberi sebarang makna yang besar.
Thus, I feel like I've let myself go.
Adakah aku telah larut dalam dunia ciptaan sendiri? Dunia yang satu ketika dahulu menjadi padang permainan untuk aku bereksperimen dengan kata-kata dan imaginasi?
Mungkin tak lama lagi, aku patut berhenti menulis, untuk cuba figure out or grasp apa-apa yang terlepas pandang dalam hidup ini, dan jika diizinkan Tuhan, kembali menulis semula.
11:09PM Monday 03 February 2014