Sabtu, 1 Februari 2014

Extempore

Aku mengalami pengalaman yang aneh tiga hari lepas. Pukul 9 malam, waktu kejadian, aku berada di ruang tamu rumah. Aku sedang menunggu seorang kawan. Aku berdiri, merenung ke arah tingkap. Melalui ruang tingkap, aku lihat Ren, kucing peliharaan aku, sedang duduk senyap di halaman rumah.

Aku pandang Ren untuk beberapa ketika, sebelum hati aku dijentik persoalan. Andaikata Ren dilanggar kereta malam ini, dan mati, adakah aku akan tetap keluar melepak bersama kawan-kawan dan pura-pura seperti tiada apa yang berlaku? Atau adakah aku akan membatalkan segala rancangan untuk keluar melepak dan segera bermuram sambil meratapi kematian Ren?

Berduka dahulu, bersuka kemudian. Atau sebaliknya?

Kerana jawapan yang terlintas di hati begitu menakutkan.

Sebentar tadi, sewaktu sedang memandu, aku terfikir, bagaimana reaksi diri ini jika aku terjumpa satu kemalangan dahsyat di hadapan, dan menemukan tubuh Ayah terbaring kaku di situ. Memikirkan ini sahaja membuatkan aku resah gelisah. Seolah-olah fantasi ini bakal menelan realiti yang ada.

"Babi la!" diri ini, spontan, sebelah tubuh Ayah. Memaki apa dan siapa tak pasti.

Tunggu, saya tak habis hadam lagi.

Tiada ulasan: