Rabu, 31 Julai 2013

Post-traumatic

Aku berpendapat bahawa kematian mengambil portion yang banyak dalam membentuk pengalaman traumatik. Because every time I tried to recall episodic memories with Ibu, I just can't anymore. Seolah-olah memori-memori ini ditekan ke daerah paling dalam.

All I remember was ICU Hospital Manjung, ICU Hospital Selayang, beeping sound from ventilator machine, Yaasin recitation, dead body lying in a cold steel stretcher, crowded funeral. I don't remember much. In fact, I have to dig deep down to find something memorable about Ibu.

Voices, body gestures, facial expression etc.

Believe me, as much as I said I will never forget her, sadly, I am slowly forgetting her.

But no matter what, even after all these years; 13 years to be exact, I will always miss her. I will always miss her. I will always miss her.

Selasa, 30 Julai 2013

Totem, sort of.

I'm not good at math. Aku tahu ini melalui markah purata subjek Matematik Tambahan sewaktu sekolah menengah yang terlalu menyedihkan.

Nombor, atau apa-apa yang mempunyai kaitan dengan nombor, adalah satu bentuk celaka kepada aku. Sometimes I can't even remember my own phone number, or my vehicle registration number. Aku masih ingat, terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk mengingati nombor telefon sendiri sewaktu pertama kali menggunakannya.

Dalam masa-masa tertentu, I will write down random set of numbers on a piece of paper, and try to memorize it in a short span of time. Aku dapati ini agak berguna dalam mengenal pasti apa yang mengganggu fikiran. If I can't memorize it, that means something is bugging me.

This proved to be somewhat useful to me.

10:02 PM 30/07/2013

Isnin, 29 Julai 2013

Let's have a drink

Tertanya-tanya juga, adakah aku semakin tidak peduli tentang hal-hal sekeliling? Tentang bagaimana orang lain menilai perwatakan aku, tentang bagaimana orang lain menganalisa gerak-geri aku dsbnya.

Kini aku semacam terlalu malas untuk membina sebuah penipuan yang meyakinkan. Aku sekadar menipu sambil lewa, tanpa memikirkan kesan mendatang atau apa-apa bahana yang bakal aku terima.

Tempoh hari aku disapa oleh seseorang yang sudah lama aku tidak ketemu; dua tahun rasanya, "So, how's life?"

Sesungguhnya, ini soalan yang menyesakkan. Untuk merangkumkan kehidupan aku - yang berlaku selama dua tanpa bertemu dengannya - dalam satu jawapan ringkas bukanlah sesuatu yang mudah.

I wish I could tell her that I'm battling mild depression. Struggling with loneliness. Almost choked to death on life (how irony). I feel like I don't belong anywhere. I hardly trust anyone anymore.

To sum it up, life does not get better from the day we last met.

Punbegitu, mulut ini seakan tidak bersetuju untuk meluah perasaan, atau berkongsi kebenaran. I told her, "Okay la, considering."

Untuk mengatakan hidup aku langsung tidak dijengah kegembiraan, itu adalah suatu yang keterlaluan. Sudah tentu, pada ketika tertentu, aku dapat merasa manis kegembiraan. Dikelilingi kawan-kawan lama, perbualan-perbualan cerdas, aktiviti-aktiviti yang membuatkan aku tersenyum dan ketawa dll.

Tetapi kegembiraan ini tidak tahan lama. Ia seumpama ubat tahan sakit yang menghilangkan seketika resah di hati serta gundah di kepala, sebelum magisnya hilang ditelan masa.

9:34 PM Mon 29/07/2013

Rabu, 24 Julai 2013

C'mon, cut me some slack

I'm doing good right now, just in case you're wondering. Aku rasa berat badan aku susut beberapa kilogram dalam bulan Ramadhan ini.

Nafsu makan aku juga semakin terkawal. Nafsu yang lain-lain aku kurang pasti. Tiada lagi kecenderungan untuk membeli di pasar Ramadhan. Aku cuma berlegar-legar, berpusing-pusing melihat manusia, dan sudah tentu, makanan.

Hujung minggu ini, jika diizinkan Tuhan, aku bercadang untuk ke Ipoh, berbuka puasa atau sesi minum-borak kosong selepas sembahyang Tarawih dengan Miss F.

"Miss pilih je mana-mana tarikh," aku kata, "I will try to squeeze in."

Aku dapati diri ini begitu susah untuk menepati janji. That's why I don't simply make promises. Seperti dua tiga minggu ini, aku kerap dihubungi (atau diganggu?) oleh seorang pegawai bank yang tidak sudah-sudah menelefon aku untuk bertemu dengannya. You know, to sign some shitty agreement.

"You bila mau datang jumpa saya?" suaranya di hujung talian, bernada seperti arahan.

"Saya busy. Tengok la dalam dua tiga hari lagi," aku balas, atau dalam erti kata lain, if you want my friggin' money, you shall wait.

Ha ha. Busy, my ass.

Ahad, 21 Julai 2013

Let me live that fantasy

"Do you feel ashamed of being yourself?" Jimi tanya, sewaktu aku sedang sibuk. Sibuk mengelamun.

"Well," aku cuba mengatur jawapan, "not really."

"Then why are you being so secretive about your life?"

Aku senyum sinis, "Because I can."

11:21 PM Sun 21/07/2013

Khamis, 18 Julai 2013

That makes the two of us

I can go a day, a week even, without talking, or hearing her voice. But all I know, she's always there for me. Dan aku, sebagai pelengkap kitaran, juga sentiasa ada untuk M. Aku hargai jarak yang wujud antara kami. Ada ruang peribadi masing-masing yang saling tidak berselisih.

Seorang kawan rapat sewaktu di kolej pernah berbual denganku. Katanya dia berasa gelisah, tidak tenteram, tidak senang duduk, apabila seharian tidak dihubungi oleh teman lelakinya.

"How long has this been going on?" aku tanya, cuba mencari rasional di sebalik tindakannya.

"Three years, I think," dia sambut.

"Kalau dia sakit, atau terlupa, atau sibuk, macam mana?" aku tanya lagi.

Dia kemudian membalas dengan jawapan yang membuatkan aku semakin tidak memahami kerenah seorang perempuan.

9:38 PM 18/07/2013

Rabu, 17 Julai 2013

Please stay a little longer

Ketika meneguk jus oren semasa berbuka puasa, sambil juadah-juadah lain terhidang di atas meja, aku tersedar bahawa aku jarang sekali duduk semeja untuk makan bersama keluarga.

When was the last time? Two or three years ago?

Mungkin benar Ramadhan ini membawa dan memberi keberkatan (walau aku, secara peribadi, merasakan 'berkat' itu terlalu meta dan permukaan sifatnya). Hujung minggu lepas, Sarah, Aiman dan Aisyah pulang ke rumah. Meja makan terasa sendat dengan kehadiran mereka. But it's okay, aku lebih gemar begini. Dengan setiap seorang duduk di tempat kegemaran masing-masing, sibuk menuang air ke dalam gelas, dan memberi komen terhadap masakan.

Aku merayakan ini. Maksud aku atmosfera suasana, gelak ketawa dan perbualan-perbualan lalai, yang sentiasa menjadi asas atau intipati kepada setiap tulisan-tulisan aku mengenai mereka. Selaku penganalisa tegar, aku menemukan kewajipan untuk sedaya upaya mengalihkan segala perincian suasana ke dalam tulisan.

Aku fikir, dapatkah suasana ini kekal kandungan dan bentuk apabila dialih medium penyampaiannya?

Red, dalam The Shawshank Redemption berkata, "I mean, seriously, how often do you really look at a man's shoes?" Kadang aku terlupa perkara-perkara kecil, yang jika diberi perhatian, jauh lebih berharga.

Aku renung wajah Ayah. Kedutan di wajah jelas terukir. Helai-helai putih yang semakin galak menghurung kepala. I feel sad. I feel sad. I feel sad.

Apa yang telah terjadi dengan lelaki yang suatu ketika dahulu, hitam rambutnya, yang masih tegang wajahnya? Adakah masa terlalu pantas berlalu, atau aku sendiri sebenarnya selesa berselubung dalam penafian, dan hanya tersedar selepas ditampar realiti?

I don't want to go anywhere else anymore. Aku mahu sentiasa di sini, di sisi Ayah, menemani di kala susah senang, menikmati waktu-waktu tersisa yang Tuhan berikan.

9:41 PM Wed 17/97/2013

Selasa, 16 Julai 2013

Shaping up

Kebergantungan aku terhadap sebarang medium semakin tidak dirasai. Sekarang, aku semacam begitu lesu untuk menyiarkan tulisan-tulisan, yang terkesan penuh menghurung peti draft. Percayalah, ini datang dari seorang lelaki yang suatu ketika dahulu sentiasa sahaja ada sesuatu untuk ditaip.

Aku, dalam terma paling cool, sudah tidak peduli.

10:30 PM Mon 16/07/2013

Isnin, 15 Julai 2013

The state of being tranquil... not!

Dan aku tiba-tiba berasa mengantuk. Jalan mudah untuk melawan ini adalah dengan menghirup Nescafe o ais (aku belajar ini dari seorang kawan dua tahun lalu).

But it didn't last long. Believe me, when I'm sleepy, my body will always find a way to shut down.

Jadi aku jegil mata, berusaha gigih menahan kantuk. Kemudian aku ambil keputusan untuk mendial seorang yang rapat dengan diri ini, seorang perempuan yang memahami, untuk berbual dengannya.

Mengetepikan falsafah bahawa tiada apa-apa yang bagus berlaku selepas jam dua pagi, aku disambut dengan, "Urghh, what the hell do you want?"

Such a bad idea.

4: 03 AM Mon 15/07/2013

Ahad, 14 Julai 2013

The strength to go

I had a weird dream last night.

Aku masih ingat berjalan tanpa arah tuju, kemudian masuk ke dalam sebuah bilik, selepas membayar sejumlah wang. Di hujung sudut bilik, figura seorang gadis duduk di atas sofa sambil menanti kedatangan aku. I can't recall her face clearly, but I remember her polite gesture and voice vividly.

She asked me about my day. I said, same old, same old.

I feel comfortable around her. Seperti aku ingin meletakkan kepala di atas ribanya, dan mengadu dan terus mengadu tentang segala masalah hidup ini tanpa henti.

Kerana aku tidak mahu penyelesaian. Aku tidak mahu kata-kata semangat atau nasihat.

All I want her to do was nod and smile.

6:13 AM 14/7/2013

Pra-( )

Aku habiskan dua tin Nescafe sebelum menjeling ke arah jam; menyedari waktu untuk berbuka puasa tinggal lima minit lagi.

7:29 PM Sun 14/07/2013

Sabtu, 13 Julai 2013

From the inside

Hidup aku terlalu pudar ketika ini. Hati ini kerap berbisik supaya kembali kepada Yang Esa; memohon ketenangan hati dan kelancaran jalan hidup.

I was born and raised as Muslim. But somewhere in between, mostly when I'm in college, aged 19-22, my so-called shitty transitional phase, where I started questioning everything, mock everything, to the extent when I don't give a shit about anything anymore.

Kitaran sendiri tanya, sendiri jawab hanya akan kekal retorikal. There's no point in asking yourself, since the answer came from within. Apatah lagi soalan-soalan ini, menyentuh pegangan yang sudah dibentuk sejak kecil.

Adakah sesuatu yang bijak untuk menggoncang pohon besar yang berakar tunjang ini, yang sudah terpasak sekian lama? Adakah sesuatu yang merugikan aku untuk mencabut pohon ini dan menggantikannya dengan pohon yang baru?

Kali ini, tegas aku kata pada diri sendiri, I don't have the answer.

7:27 PM Sat 13/7/2013

Rabu, 10 Julai 2013

Caffeine intoxication

I guess I'm just so full of myself. No, not saying I'm better than most people, but I'm certainly better than some people.

Of course, it's a bad thing. Walhal aku sepatutnya berkompromi dan bertolak-ansur dengan pendapat dan pegangan manusia lain, tanpa menzahirkan prejudis dan syak wasangka.

M terasa hati. Katanya, "You never apologize to me. Not even once."

I was very close to defend myself in the most tactless way, before realizing I shouldn't say anything that will hurt her feelings.

Self-control, you're doing great.

10:58 PM Wed 10/07/2013

Selasa, 9 Julai 2013

I write more than I read

I haven't read a book since late last year. And I don't buy them anymore.

I wish I read more.
I wish I had the time.
The energy.
The passion.

10:19 PM 09/07/2013

Fasa demi fasa

Mungkin aku akhirnya dapat menerima hakikat, bahawa aku tidak lagi merasakan aku perlu mencatat segala-galanya dalam siri-siri tulisan.

Dengan usia yang semakin meningkat, dengan beban kehidupan yang semakin bertambah di bahu, dengan campur gaul perasaan yang sentiasa berubah-ubah, aku ternyata tidak punyai banyak masa terluang untuk duduk, menatap skrin kosong, dan menaip seperti orang gila.

Tiga (atau empat?) hari lepas, aku dan beberapa orang kawan sempat mengunjungi sebuah taman reakreasi air panas di Sungkai. Completely unplanned trip, tergesa-gesa, dengan harapan dapat melarikan diri dari kebosanan hujung minggu.

(The place was lousy, by the way.)

Paling menyentuh hati, Razin juga turut serta, meskipun terpaksa memandu seorang diri dari Pulau Pinang, semata-mata untuk bersama kami. Dalam hati, terdetik, ini adalah salah seorang daripada beberapa orang kawan yang memahami dan menghormati sebuah konstruk persahabatan.

Aku yang dahulu, pasti akan segera mencatat momen-momen perjalanan, hubungkait atau signifikan perjalanan ini dengan apa yang sedang berlaku dalam hidup aku ketika ini, serta menokok tambah sedikit sebanyak supaya tulisan yang terhasil cenderung kelihatan sempurna.

But I don't feel a sense of urgency anymore. Catatan-catatan yang tersimpul dalam kepala akhirnya terlerai apabila aku memutuskan, "I'll write when I feel like it."

8:43 PM 09/07/2013

Isnin, 8 Julai 2013

It's no laughing matter

Di celah-celah kesibukan menjalani kehidupan, akan ada ruang-ruang waktu di mana aku bertanya kepada diri sendiri. Adakah aku percaya dengan kewujudan Tuhan dengan sebenar-benar percaya?

Adakah kepercayaan aku selari dengan apa yang dituntut oleh Tuhan dalam kalamnya. Adakah kepercayaan aku sama dengan apa yang kamu percaya?

Aku mengaku, dalam diri ini pernah wujud rasa ragu. Iman yang nipis ini mempersoalkan. Hati ini kerap menidakkan. Malah hingga satu tahap, aku merasakan ketuhanan ini tak ubah sekadar satu konsep.

Moga hati ini tabah. O Tuhan, permudahkanlah.

8:57 PM Mon 08/07/2013

Ahad, 7 Julai 2013

On fasting

I think I'll miss lunch the most. And breakfast.

9:02 PM Sun 07/07/2013

Khamis, 4 Julai 2013

Menyembunyikan tragedi

Aku tidak ingat tarikh tepat Ibu meninggal dunia. All I know, it has been ten years plus now. But I'm glad I didn't remember, because, first, I'm not good with numbers and second, I don't want to.

3:38 PM 04/07/2013

When I look at him, I can't help but smile.

Masa yang cepat berlalu; janggut yang semakin memutih dan helai-helai rambut Ayah yang semakin menipis di sebalik lebai yang dipakai.

Ini adalah lelaki, detik aku dalam hati, yang dahulunya gigih menghantar dan mengambil aku pulang dari sekolah selama hampir sepuluh tahun, yang menghantar aku ke kelas mengaji selepas sembahyang Asar, yang memastikan kami sentiasa cukup makan minum.

Berapa lamakah lagi lelaki ini akan berada di sisiku?

3:10 PM Thur 04/07/2013

Rabu, 3 Julai 2013

Membina tragedi

With this kind of lifestyle, the one I'm having right now, I honestly think I will end up being alone for the rest of my life.

3:14PM Wed 03/07/2013

Isnin, 1 Julai 2013

Dua puluh dua tak macam dua puluh dua

Hari Ahad, kami luangkan masa bersama untuk mandi sungai. Perjalanan tidak mengambil masa yang lama; kurang dari sejam, dengan kami tiba-tiba dirasuk rasa lapar, singgah membeli pisang goreng, cakoi, popiah dan bermacam-macam lagi kuih-muih.

Kali terakhir kami ke sini adalah tahun lepas. Masih lagi muka-muka yang sama, kecuali kali ini kurang dua orang.

Sejujurnya, timbul sedikit rasa ragu-ragu untuk mengunjungi tempat-tempat begini, khuatir sungai tercemar dengan jangkitan leptospirosis.

"Kalau kena, koma dulu dua tiga bulan takpe jugak," aku kata kepada Hazrul, "Ini kena, masuk hospital dua tiga hari, terus arwah."

Air dingin, suasana nyaman, dengan manusia menghurung tebing-tebing landai, berkelah, makan-makan, membuat unggun bara barbeku. Kami, selaku contrarian, memilih sudut sunyi, di balik bongkah batu besar, berfoya-foya dengan arus deras dan buih-buih air.

Laksana jakuzi, cuma lebih dingin, lebih semula jadi, dan lebih seronok.

Bosan dengan sudut sunyi, dan setelah selesai sesi bergambar dengan kamera DSLR Fahmi dan Amir, kami berpindah ke kawasan berbatu dengan aliran air tenang. Di sini, aku akhirnya tersedar bahawa aku (dan mereka, sudah tentu) masih lagi mempunyai perangai yang sama sewaktu sekolah menengah.

Energetik, sikap tidak peduli dengan apa kata orang lain, sedikit kebudakan-budakan, dan penuh gelak ketawa.

Berumur 22 tahun, dan masih lagi gigih mengorek pasir, bermain make-believe projek membina empangan mini dengan menyusun batu-batu sungai.

Who the hell are we?

5:08PM Mon 01/07/2013