Rabu, 27 November 2013

An afternoon well spent (2)

"I'm only 22. I sometimes wonder how the hell did my life turned out this way."

Keluhan ini datang daripada aku yang tidak lagi mencari aktiviti-aktiviti malam, tidak lagi berusaha untuk memulakan hubungan dengan mana-mana perempuan, tidak lagi keluar melepak melainkan jika diajak.

Miss F said it was partly my fault because clearly no one has been avoiding me. Ya, aku tahu itu. Tetapi yang lebih penting di sini ialah, mengapa pada usia muda begini aku semakin tidak berminat dengan kehidupan?

Sudah tentu, akan ada satu tahap dalam hidup, apabila kita akan luangkan sedikit masa untuk merenung/mengelamun tentang masa depan. Membayangkan bagaimana kehidupan selepas berkahwin, misalnya. Atau membayangkan bagaimana kehidupan dalam tempoh dua/tiga tahun mendatang, bersandarkan resos/data (gaji, status, taraf hidup dll) sedia ada.

Tetapi tidak lagi. Aku mula dapati hidup ini penuh dengan nilai-nilai negatif. Sehinggakan fantasi yang pernah aku bina satu ketika dahulu, kini tidak lagi melintas dalam fikiran. Maybe I just wouldn't dare go down that road ever again.

Aku juga sama seperti manusia lain; dibebani emosi berbelah bagi. Separuh diri ini masih beromantika dengan memori-memori silam. Separuh lagi berkeras mahu lupakan segalanya dan teruskan hidup seperti biasa.

Sejujurnya, kesunyian menyebabkan aku ingin berpatah balik. Memetik kata-kata Ted Mosby, "Everyone’s got some baggage; it’s part of life". Seolah-olah diri ini ingin mencari sisa-sisa kebahagiaan dalam memori silam.

Tiba-tiba wujud gesaan untuk menelefon suara-suara yang pernah menenangkan hati ini. Dan untuk kembali bersama dengan manusia-manusia yang buatkan aku terlupa erti kesunyian dan kesedihan.

But I know deep down, it doesn't work that way. No, not anymore.

12:11AM Wed 27/11/2013

Jumaat, 22 November 2013

An afternoon well spent

Semalam aku ke Ipoh untuk berjumpa Miss F. Terkial-kial memandu kereta transmisi automatik, menyebabkan aku tiba lewat setengah jam. Okay, empat puluh lima minit.

Memandu kereta transmisi automatik buatkan aku mengantuk. Ia membosankan, docile, malah tak keterlaluan, submisif. Aku cuba juga untuk memandu secara agresif, but I guess the thrill was never really there at all.

Jadi kami bertemu di Nando's. Pertama kali aku berkunjung ke sini, sebenarnya. Kerana aku tidak membesar dengan makanan-makanan begini. Kadang, mendengar kawan-kawan bercerita tentang tempat-tempat makan dengan nama yang asing bagi aku, belum tentu dapat menarik perhatian diri ini.

I went to Starbucks once. I ordered Green Tea Cream Frappuccino and it was good, no argument there. Namun, walaupun telah mempunyai pendapatan tetap, dan baki akaun bank dengan kadar sejuk mata memandang, aku masih tidak dapat menerima idea membayar belasan ringgit hanya untuk secawan minuman; malah ia terkesan membuatkan hati ini sedikit ralat.

No, I'm not a cheapskate. Kerana aku sedar bagaimana dunia ini berfungsi; benda/perkara yang bagus selalunya datang dengan harga tinggi.

Aku bertanya pada diri sendiri, mengapa perlu aku bersusah-payah berjumpa Miss F? Mengapa perlu aku memandu pergi-balik sejauh hampir 150 kilometer semata-mata untuk sepinggan hidangan? Jawapan kepada soalan ini sentiasa ada, tetapi seolah-olah disamarkan oleh keengganan aku untuk mengakui kebenaran.

Aku beritahu Miss F, aku sedang bergelut dengan kesunyian. Betapa hidup aku kini dibayangi rutin, dan tiada lagi ruang jeda untuk sesuatu yang baru, dan aku tidak lagi berasa teruja untuk menulis.

"Social life saya bukan zero lagi. Sekarang dah bawah zero, dah jadi negatif," aku kata.

"But you don't look like you're lonely," balas Miss F.

Memang. Kesunyian ini jarang terzahir di wajah. Sesiapa yang kenal rapat dengan diri ini, pasti tahu bahawa aku adalah manusia yang tidak lokek untuk menguntum senyuman, sering ketawa, sentiasa ada hal-hal lucu untuk dikongsi bersama.

Dua jam berbual di meja makan sudah memadai untuk aku. Selepas Butterfly Chicken Breast selamat berada dalam perut, dan tiga kali isian semula iced lemon tea, aku berasa lega dapat berkongsi rasa dengan seseorang. Sekurang-kurangnya, beban di hati ini bertemu juga jalan keluar.

I don't need comforting advice. I really don't. Aku cuma perlukan telinga dan bahu metaforikal untuk mendengar dan bersandar.

Heh, maybe that explain why I don't mind driving an hour plus to meet Miss F.

10:30PM Fri 22/11/2013

Rabu, 20 November 2013

Sebelum Maghrib

Masih belum berjumpa titik temu untuk kembali menulis. Mungkin kerana aku tidak mahu (atau tiada apa?) untuk dikongsikan bersama.

Walaupun aku sebenarnya secara konsisten menulis dalam kepala, tetapi untuk menterjemah segala-galanya dalam bentuk yang lebih teratur kelihatan seperti sesuatu yang semakin tidak penting.

I get it, menulis itu satu bentuk escapism. Ada sesuatu tentang penulisan yang aku puja, dan yang aku percaya banyak membantu aku mengekalkan kewarasan.

Kadang aku duduk sendiri, termenung jauh, mencipta ayat demi ayat dalam lamunan, dan aku taip sesuatu. Namun tulisan-tulisan itu jarang berakhir di tangan pembaca. Ia kemudian terperuk, memenuhi ruang draf bersama puluhan tulisan yang lengkap/tidak lengkap.

Aku kini lebih banyak berfoya di Twitter. Ruang 140 patah kata ada estetika-nya yang tersendiri. Semacam satu cabaran untuk memenuhi ruang sempit itu dengan sesuatu yang meninggalkan kesan.

Aku tidak melihat Twitter sebagai satu tempat hip. Kerana hakikatnya, Twitter adalah tempat yang penuh dengan perkara-perkara mundane, bosan, tak penting.

Oh, what the hell. I'm just making this up as I go along.

6:47PM Wed 20/11/2013

Khamis, 14 November 2013

Chill, I got this.

I bought myself a proper smart phone last month. A used one, but still in 'Nora Danish' condition, though. Sehingga hari ini, masih belum ketemu fungsi jitu telefon ini, kecuali untuk menatal gambar-gambar di Instagram, dan untuk menangkap gambar-gambar koya esentrik.

And I bought myself a car, a week before my birthday. Tak ramai yang tahu aku beli kereta baru, kecuali beberapa orang kawan rapat. I didn't even bother to upload any photos of it on... oh wait, there's one on Instagram.

Tiga jam sebelum menulis ini, aku didorong oleh semangat apa, telah membeli sepasang kasut larian. Konon sebagai motivasi untuk lebih rajin berlari setiap petang. Because I don't do sports anymore, kecuali setiap hujung minggu, aku akan bermain badminton selama se/dua jam.

Dan sewaktu menaip ini, aku sedang berkira-kira untuk membeli buku Ahmad Kamal Abu Bakar yang sudah mengisi bakul wishlisht selama hampir empat bulan. Juga sedang menimbang kemungkinan untuk menyambung semula langganan The Paris Review yang tamat dua bulan lepas.

At this point in time, gusar melihat baki dalam akaun bank adalah perkara terakhir yang patut aku lakukan, tidak?

9:23PM Thur 14/11/2013

Rabu, 13 November 2013

(VII)

(I)
I always get what I want. Just not on time.

(II)
I don't watch new season of any tv series anymore. Most of them are plain horrible.

(III)
Nilai-nilai kehidupan, dibentuk bukan sehari dua. Kepercayaan dalam diri, datang bukan dalam tempoh semalaman. Asas kepada pembawaan diri ini, bermula dari umur setahun jagung. Sebab itu, aku sering percaya bahawa kunci untuk mengenal diri adalah dengan merenung kembali ke belakang, sambil mencari sisa-sisa memori waktu kecil.

(IV)
Keupayaan untuk melakukan compulsive lying, jika aku tak salah, adalah hasil latihan intensif diri ini yang percaya kepada konsep 'why not?'.

(V)
Buah fikiran dalam minda aku, anehnya, berbentuk dialog; dua hala. Semacam sentiasa ada dua suara berbeza, tetapi tetap menuju pengakhiran yang sama.

(VI)
Pernah sekali, begitu leka menyusun perbualan imaginasi dengan seseorang yang ingin aku temui, sehingga apabila bertemu, keghairahan untuk berbual hilang begitu sahaja.

7:04PM Wed 13/11/2013

Meruntuhkan tirai

I have always wanted to admit that I am lonely, but could not find the right way, or time, or place, or words to begin with.

Mungkin, antara sebabnya, aku masih tidak sedar, bahawa untuk mengakui perasaan sunyi dalam hati, ia harus datang secara natural; tidak ternanti-nanti, dan tanpa sedikit pun rasa prejudis terhadap diri sendiri.

6:54PM Wed 13/11/2013

A letter from November 17th, 2012

Aku lalui bermacam-macam perkara pada tahun ini. Dan aku tak mampu untuk mengingati setiap satu daripadanya dengan tepat.

Jadi aku cuba (sedaya-upaya) untuk catat perkara-perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian. Agar aku boleh toleh ke belakang dan lihat kalau-kalau ada perkara yang aku terlupa atau terlepas pandang.

Ketika menulis surat ini, aku sedang dihurung kesunyian. Aku bergelut dengan diri sendiri. Aku mula membenci manusia lain. Aku merasakan dunia ini tidak memberi apa-apa makna lagi.

Maaf. Kali ini aku tak mampu siapkan sebuah surat yang lengkap dan sempurna untuk kau.

Khamis, 7 November 2013

Twenty-two years old: Day one

Menyambut ulangtahun hari lahir dengan seharian terlantar di atas katil. Tak pasti bagaimana aku boleh demam. Perkara terakhir aku ingat, aku teguk secawan teh sebelum masuk tidur, dan keesokan paginya bangun dengan badan panas dan sakit tekak.

I'm feeling better now, nonetheless. Tak sangka diri ini mampu commit pada ubat-ubatan dengan begitu berdisiplin.

Terasa mahu hadiahkan diri ini dengan semangkuk aiskrim. But no, not today. I'm still recovering.

Keindahan visual

Mengulang tonton siri-siri tivi dengan kerap, akhirnya membuatkan aku bertemu titik yang menghubungkan setiap satu daripadanya. Kerana di sebalik hiburan dan falsafah dan gelak ketawa, wujud sesuatu (ah, 'sesuatu' terlalu meta bunyinya) yang meyakinkan aku bahawa tontonan intensif selama ini bukanlah kerja sia-sia.

Menonton Two and a Half Men S03E18, misalnya. Dalam satu babak di ruang tamu, Charlie berkata kepada Alan, "My point is, you don't dry clean a rented tuxedo. You don't redecorate a hotel room. You don't order cable for a porta potties... unless you're really, really drunk."

I mean, I get the gist, and the essence of humor. There's no obligation to get emotionally attached to people, or things, too easily and for no apparent reason.

Namun ini dibawa ke satu tahap yang lain (jika pun tidak lebih tinggi) oleh karakter Mr. Bean ciptaan Atkinson. Dalam episod Mr. Bean in Room 426, Bean telah melanggar ungkapan 'you don't redecorate a hotel room', secara literal.

Tidak puas hati dengan hiasan dalaman bilik penginapan yang tidak menepati citarasanya, Bean bertindak menukar tirai jendela dan terendak lampu kepunyaan hotel; digantikan dengan kepunyaannya yang dibawa dari rumah. Serta turut menggantung sebuah lukisan untuk menjadikan suasana bilik berhawa lebih peribadi.

Ini humor yang cerdik, bagi aku. Why on earth would you redecorate a hotel room?

7:52 PM Wed 26/06/2013

God bless me

Aku berpendapat bahawa keinginan atau kemahuan yang gagal dipenuhi sewaktu kecil tidak akan pernah hilang. Seperti aku teringin untuk memiliki sepasang but bola sepak, atau sebuah komputar peribadi atau sebuah mountain bike atau macam-macam lagi.

But I don't come from a filthy rich family; and Ayah can't afford all that.

Aku - cuba menjadi anak yang memahami - hanya mampu menelan hakikat dan menerima kenyataan hidup ini tidak selalu seperti apa yang aku impikan. Dan aku fikir ini sedikit sebanyak mendidik aku untuk menjadi seorang realis (walaupun entah di mana silapnya, aku akhirnya condong menjadi seorang pesimis).

Tahun lepas, seorang kawan yang baru pulang dari luar negara bercerita mengenai keinginan terpendam. "Aku beli ni pun, bukan apa. Sebab memang dah lama teringin. Waktu sekolah dulu telan air liur tengok orang lain pakai kasut (sambil menyebut jenama yang aku sudah lupa). Sekarang bila dah ada duit sendiri, aku cari balik kasut yang sama. Aku nak jugak pakai kasut yang aku tak dapat pakai waktu sekolah dulu."

Aku mengangguk bersetuju. Jauh di sudut hati, aku faham perasaan yang dikongsinya. I admit, not getting what I want is suck. But look at the bright side, at least I turned out fine and kudos to myself for not being such a whiny fucker.

10:05 PM Sun 23/06/2013

Menjamu nafsu

Terlena sewaktu membaca The Satanic Verses, sebelum terjaga pada pukul 5.30 petang. Atau pukul 6 petang; aku tidak pasti.

A difficult read, I must say. Struktur ayat, kosa kata, dan penyusunan dialog yang agak kompleks (atau aku yang bebal untuk memahami?) membuatkan aku terpaksa membaca dengan maha perlahan dan berhati-hati. Ia tidak semudah membaca Haruki Murakami atau John Green, yang terkesan lebih mudah untuk dihadam.

Jadi aku duduk termangu seketika. Perut lapar, dengan tiada apa-apa makanan di dapur melainkan kebab hasil saki-baki daripada makan malam semalam (atau kelmarin?).

"It's still too early for dinner," aku bisik dalam hati sewaktu melihat jam di telefon bimbit. Tetapi perlukah aku menuruti norma sosial yang menetapkan makan malam haruslah selepas matahari terbenam di ufuk barat?

Well, my stomach begs to differ.

Maka awal senja itu, Tuhan rahmati aku dan sup cendawan dan telur dadar dan sotong goreng tepung dan teh ais.

11:13 PM 16/06/2013

Selasa, 5 November 2013

Pursuit of whatnot

"I'm thinking of buying myself a car," aku kata sewaktu beriadah dengan M di sebuah trek larian. Hell, I couldn't run like I used to. Not anymore. Not without panting like crazy.

"What for?" M balas dengan nafas sedikit tidak teratur. "Last time you said you don't need one."

"Doesn't mean I don't want one," aku sambut, sambil dua orang gadis pantas melepasi kami berdua. Jika dulu, mungkin aku akan berusaha mengejar dan memintas. Because there's no way I'm going to let them run ahead of me.

Sexist much? Nahh, I don't think so. Kerana aku fikir, ia cuma satu fasa di mana aku merasakan tumpuan oleh manusia lain terhadap diri ini adalah sesuatu yang penting. Seolah-olah dengan berbuat demikian, keberadaan aku akan diakui dan dihargai.

But be that as it may, now, I don't give a fuck anymore. Lagipun M sedang berlari di sisiku. Berbual bersama. Merungut bersama. Tercungap-cungap bersama.

"Come on, speed up," M kata, meninggalkan aku beberapa langkah di belakang. "Hari dah makin gelap."

Aku tidak memberi sebarang reaksi. Dengan M makin jauh di hadapan, aku masih mengekalkan tempo larian sedia.

Heh, I was right, after all. It's just a phase.

6:35 PM 21/06/2013

No rush

Peminat trilogi filem romantik arahan Richard Linklatter - Before Sunrise, Before Sunset, Before Midnight - pasti tahu bahawa idea asal/kasar filem ini adalah berdasarkan pengalaman hidup sang pengarah.

"I’m going to make a film about this," Richard Linklatter dipetik berkata, sewaktu menceritakan semula kenangan menghabiskan semalaman bersama seorang perempuan bernama Amy Lehrhaupt.

Aku fikir pemuja medium-medium tertentu seperti fotografi dan penulisan (sekadar menyebut beberapa) lebih memahami situasi begini. Seperti seorang jurugambar melihat pemandangan indah, sambil terdetik dalam hati, "If I could capture this scenery, that would be great."

Atau penyajak yang ber-flâneur di celahan manusia, lantas menemukan sesuatu untuk dicatat. Hell, I don't know the process, but at some point, you kinda know it's just the right thing to do.

Last week, I was driving back home from Ipoh when suddenly I had a brilliant thoughts about... something. So I pulled over to the side of the road. "Home can wait. I need to write this down first," I said to myself.

8:57 PM 14/06/2013

Tira--what?

"Tiramisu," M jawab.

"Tira miss you?" aku cuba bergurau.

"Haih..." dengus M, "Tirami--

"I get it, I get it. Bergurau pun tak boleh."

M buat muka tak puas hati. I don't know what's wrong with her. Such mood swings can't never be predicted.

"Sedap," aku puji walaupun kek - tak kira apa perisa, warna, bentuk sekalipun - bukanlah kegemaran aku.

Dalam pada menikmati suapan demi suapan, aku fikir, aku sudah belajar untuk menerima dan seterusnya bertolak ansur dengan kepercayaan atau kegemaran atau citarasa manusia lain. Kelihatannya seperti aku semakin percaya bahawa kecenderungan seseorang terhadap apa-apa objek atau idea adalah sesuatu yang bersifat peribadi.

Sebagai contoh, filem kegemaran kamu mungkin adalah filem Melayu seperti Hantu Dalam Botol Kicap atau Apa Celop Toqq atau beratus-ratus lagi filem dengan tajuk bebal begini. Itu tak mengapa, aku kira. Malah jika kamu terpa ke muka aku dan tempik, this is the greatest/funniest film ever. Well, to be honest, I'm running out of fucks to give.

Aku hanya mampu bersangka baik dan beranggapan bahawa, to put it simply in a less judgmental way, citarasa kamu cuma terhad setakat itu. Citarasa yang mempunyai batas. Citarasa yang tidak pergi jauh.

Sedikit sebanyak ini membuatkan aku kedengaran seolah-olah self-righteous dan koya superior. Heh, what kind of person do you think I am?

Prelude

"Can I have your phone number?" pinta aku, sebelum beberapa ketika kemudian meragui tindakan ini, "If that's okay with you."

"Boleh, boleh," dia balas sambil menyebut digit-digit, yang aku sendiri tidak menyangka, akhirnya menjadi digit-digit kegemaran untuk aku berkongsi (hampir) segala-galanya.

"I don't know why, but I feel very comfortable around you," aku kata sambil merenung tepat ke dalam matanya. Kali ini, kata-kata aku hanya disambut dengan ketawa kecil.

9:28 PM 07/06/2013

Isnin, 4 November 2013

All dried up

"We - human being - are all connected in a beautiful manner. Do you think?" aku bawa sebuah persoalan ke atas meja sewaktu kami sedang menikmati minum petang.

"Hmmph," M seakan tidak berminat, "I guess so."

"Get this," aku masih cuba memancing M untuk turut serta dalam perbualan, "Katakanlah I berkawan dengan A sejak sekolah menengah, kemudian kami terputus hubungan. Lima tahun kemudian, kami bertemu semula. Seriously, it can't just be a coincidence, right? I mean, there must be a reason. I can't help but think; setiap tindakan, perbualan, perbuatan dan interaksi sesama manusia lain dalam tempoh lima tahun itu, akhirnya membawa kami bertemu semula. I don't know how, I don't know why. But I believe, that's how it works."

M hirup lekas Iced Vanilla Latte di hadapannya. Menunggu reaksi tak kunjung tiba, aku bisik dalam hati, "Well, that's disappointing."

11:44 PM 05/06/2013

Ritual

"I'm having leftover McD for dinner," M balas bila aku bertanyakan menu makan malam sewaktu berbual di talian. "You?"

"Belum ada idea nak makan apa," aku sambut. "Ingat nak tapau dekat restoran depan rumah ni je."

"Awww," M dalam nada paling mengada-ngada, "Esok kita dinner sama-sama, nak?"

"Hmmm," aku balas, teragak-agak, "I don't know. Tomorrow's not good for me."

The thing is, Monday has always been a me day. And that's not going to change.

11:27 PM 02/06/2013

Trying to escape

"Are you done playing make-believe?" Jimi tiba dengan sebuah persoalan.

"Not yet," aku balas.

"You have found someone to share everything," Jimi sambut. "Give me one good reason why do you still need me."

Aku tidak segera menjawab. Kerana soalan sebegini selalunya memakan diri jika dijawab secara tergesa-gesa. Chill, I got this, I convinced myself.

"You know I need you. And there's nothing to be gained by asking how or why."

"Really? That's your reason?" Jimi balas.

Goddamnit. Clearly, I'm no Houdini.

Wide awake

Hujung minggu, bangun awal pagi, menarik tirai jendela, menyedari matari belum sepenuhnya menyinar, aku ambil beberapa hela nafas sebelum mencapai telefon bimbit dan menghantar pesanan teks kepada M.

"Good morning, Love!" aku taip.

I don't know what's going on at the other end. M mungkin masih tidur, ataupun masih berbaring di atas katil, atau membaca selayang pandang teks aku sebelum kembali menyambung tidur. Dan aku tidak mungkin tahu reaksinya. Adakah tersenyum, atau ketawa, atau berkerut dahi sambil berbisik, "What fresh hell is this?"

But then I figure, hey, I don't have to care.

So, I waited for a reply. Three minutes, give or take. Mengambil kata-kata Jake Harper, "Because anything above that would just be wasted effort."

11:43 AM, I received a reply. At last. "Morning. I'm awake."

Oh, how romantic.

9:59 PM 31 May 2013

Ahad, 3 November 2013

Pop pop!

"Kata tak suka lagu-lagu macam ni," M kata sewaktu aku girang menyanyi sewaktu memandu. Stesen radio sedang memutarkan lagu Sweet Nothing separuh jalan.

"I never said that," aku balas. "I kata lagu-lagu macam ni mudah diingati tapi juga mudah dilupakan."

"It's actually quite catchy though."

"I know, right?"

"Oh, remember that shitty Gangnam Style?" aku tanya. "That's the kind of songs nobody listens to anymore."

"Ugh—I hate that song."

"Macam sorang bekas officemate I, setiap pagi dia mesti pasang satu lagu Indonesia; I dah lupa tajuk. Weeks later, I found myself humming to the song. And I was like... what the hell is wrong with me?"

Citarasa aku dalam menikmati atau menghargai musik mungkinlah tidak begitu bagus. Dan bukan pula tugas aku untuk menentukan citarasa manusia lain. I'll listen to anything that sounds good to my ear.

"Yeay!" M bersorak sewaktu lagu kegemarannya mengambil alih atmosfera kereta.

We should do this more often

“If you remember me, then I don't care if everyone else forgets.” aku bacakan M sepotong ayat dari buku Kafka on the Shore, dengan di antara kami dipisahkan oleh secawan chamomile tea dan cinnamon rolls.

So I thought to myself, dengan timbunan buku belum habis dibaca, kenapa tidak aku luangkan sedikit masa bersama M, membacakan kepadanya potong-potong ayat kegemaran sambil menafsir maknanya sesuka hati.

“Awww,” reaksi M sebelum menyambung, “that's so sweet of you.”

“I know,” aku sambut dalam nada paling 'vain'.

Tukang ajar

"Bukan macam tu pakai chopsticks," M ketawa sewaktu menegur aku yang terkial-kial cuba menyepit makanan dalam mangkuk.

"Who the hell invented this bloody thing?" aku balas, geram kerana masih gagal untuk menikmati makan malam dengan sempurna.

"Pegang lurus dua-dua penyepit." M memberi tunjuk ajar secara tertib. "Lepas tu guna jari telunjuk untuk gerakkan penyepit bahagian atas."

Jika cekap mengendalikan chopsticks adalah kriteria utama untuk digelar lelaki alfa, maka aku akan gagal dengan teruk. And to be honest, I just don't care.

Kerana, bagiku, perut lapar adalah perkara yang serius. Demi memastikan perut ini terisi, normaliti meja makan dan etika memegang chopsticks boleh cium punggung aku.

Jadi aku lambai tangan, memanggil pelayan yang kebetulan berada berhampiran meja kami, memintanya sudu dan garfu sebagai ganti kepada chopsticks.

"You're not even trying," M kata, dituruti keluhan yang panjang. Dan diikuti pula oleh siri bebelan mengenai perkara-perkara yang langsung tiada kena mengena dengan keengganan aku untuk belajar menggunakan chopsticks.

Sudu dan garfu tiba di meja kami tidak lama kemudian. "See?" aku kata sambil mencedok makanan dengan mudah sekali. "Why bother to learn?"

Hilang syahwat

Selaku seorang manusia yang menghargai kehadiran perbualan-perbualan dalam kehidupan seharian, aku ironinya, sering kehilangan atau tiada idea-idea menarik untuk disumbangkan ke dalam perbualan.

Shifting from one topic to another, or grasping the essence of the subject, I must say, is not my strong suit.

Aku percaya perbualan yang bagus berlaku sepintas lalu; tetapi meninggalkan kesan.

"If you had a million ringgit, what would you do with it?" aku tanya, melencong sedikit dari apa yang kami sedang bualkan.

"I always like the idea of moving away to an island and spend the rest of my life there."

"With...?" aku balas.

"With what?" M sambut.

"With me," aku bentak. "Are you going to leave me here alone?"

M ketawa sebelum menyambung, "Okay, fine. With you."

Pfft. What a buzzkill that was.

Mengaku kalah

"You said you will always be there for me. Where were you?" M lontar pertanyaan dalam perbualan telefon tempoh hari.

Ini datang dari seorang perempuan yang sedih, kerana katanya jurang antara kami semakin meluas. What do you want me to do? It's not my fault we grew apart.

Believe me. It's never my fault.

Tetapi aku sedang berhadapan dengan seorang perempuan. Apa-apa jawapan yang tiada usaha diplomasi mungkin mengundang mudarat kepada aku. Kali terakhir ditempik 'why are you being such an insensitive jerk?' banyak menyedarkan aku.

"It's my fault," aku balas. "I'm sorry."

Jumaat, 1 November 2013

In doubt

Sometimes I wonder what am I doing with my life. Hati ini ragu; adakah jalan hidup ini menghala ke arah yang betul?

Not knowing the future makes me scared as hell.