Jumaat, 22 November 2013

An afternoon well spent

Semalam aku ke Ipoh untuk berjumpa Miss F. Terkial-kial memandu kereta transmisi automatik, menyebabkan aku tiba lewat setengah jam. Okay, empat puluh lima minit.

Memandu kereta transmisi automatik buatkan aku mengantuk. Ia membosankan, docile, malah tak keterlaluan, submisif. Aku cuba juga untuk memandu secara agresif, but I guess the thrill was never really there at all.

Jadi kami bertemu di Nando's. Pertama kali aku berkunjung ke sini, sebenarnya. Kerana aku tidak membesar dengan makanan-makanan begini. Kadang, mendengar kawan-kawan bercerita tentang tempat-tempat makan dengan nama yang asing bagi aku, belum tentu dapat menarik perhatian diri ini.

I went to Starbucks once. I ordered Green Tea Cream Frappuccino and it was good, no argument there. Namun, walaupun telah mempunyai pendapatan tetap, dan baki akaun bank dengan kadar sejuk mata memandang, aku masih tidak dapat menerima idea membayar belasan ringgit hanya untuk secawan minuman; malah ia terkesan membuatkan hati ini sedikit ralat.

No, I'm not a cheapskate. Kerana aku sedar bagaimana dunia ini berfungsi; benda/perkara yang bagus selalunya datang dengan harga tinggi.

Aku bertanya pada diri sendiri, mengapa perlu aku bersusah-payah berjumpa Miss F? Mengapa perlu aku memandu pergi-balik sejauh hampir 150 kilometer semata-mata untuk sepinggan hidangan? Jawapan kepada soalan ini sentiasa ada, tetapi seolah-olah disamarkan oleh keengganan aku untuk mengakui kebenaran.

Aku beritahu Miss F, aku sedang bergelut dengan kesunyian. Betapa hidup aku kini dibayangi rutin, dan tiada lagi ruang jeda untuk sesuatu yang baru, dan aku tidak lagi berasa teruja untuk menulis.

"Social life saya bukan zero lagi. Sekarang dah bawah zero, dah jadi negatif," aku kata.

"But you don't look like you're lonely," balas Miss F.

Memang. Kesunyian ini jarang terzahir di wajah. Sesiapa yang kenal rapat dengan diri ini, pasti tahu bahawa aku adalah manusia yang tidak lokek untuk menguntum senyuman, sering ketawa, sentiasa ada hal-hal lucu untuk dikongsi bersama.

Dua jam berbual di meja makan sudah memadai untuk aku. Selepas Butterfly Chicken Breast selamat berada dalam perut, dan tiga kali isian semula iced lemon tea, aku berasa lega dapat berkongsi rasa dengan seseorang. Sekurang-kurangnya, beban di hati ini bertemu juga jalan keluar.

I don't need comforting advice. I really don't. Aku cuma perlukan telinga dan bahu metaforikal untuk mendengar dan bersandar.

Heh, maybe that explain why I don't mind driving an hour plus to meet Miss F.

10:30PM Fri 22/11/2013

Tiada ulasan: