Rabu, 20 November 2013

Sebelum Maghrib

Masih belum berjumpa titik temu untuk kembali menulis. Mungkin kerana aku tidak mahu (atau tiada apa?) untuk dikongsikan bersama.

Walaupun aku sebenarnya secara konsisten menulis dalam kepala, tetapi untuk menterjemah segala-galanya dalam bentuk yang lebih teratur kelihatan seperti sesuatu yang semakin tidak penting.

I get it, menulis itu satu bentuk escapism. Ada sesuatu tentang penulisan yang aku puja, dan yang aku percaya banyak membantu aku mengekalkan kewarasan.

Kadang aku duduk sendiri, termenung jauh, mencipta ayat demi ayat dalam lamunan, dan aku taip sesuatu. Namun tulisan-tulisan itu jarang berakhir di tangan pembaca. Ia kemudian terperuk, memenuhi ruang draf bersama puluhan tulisan yang lengkap/tidak lengkap.

Aku kini lebih banyak berfoya di Twitter. Ruang 140 patah kata ada estetika-nya yang tersendiri. Semacam satu cabaran untuk memenuhi ruang sempit itu dengan sesuatu yang meninggalkan kesan.

Aku tidak melihat Twitter sebagai satu tempat hip. Kerana hakikatnya, Twitter adalah tempat yang penuh dengan perkara-perkara mundane, bosan, tak penting.

Oh, what the hell. I'm just making this up as I go along.

6:47PM Wed 20/11/2013

Tiada ulasan: