Ada seorang pakcik begitu beriya-iya mahu jodohkan aku dengan anaknya. Pelawaan pertama aku anggap mungkin hadir sebagai usikan atau gurauan. Dan pelawaan kedua pula sekadar ulangan terhadap usikan itu. Namun masuk pelawaan ketiga, aku mula fikir usikan ini mungkin sebenarnya serius. O God, I hope not...
Bila nak kahwin, aku ditanya. Lambat lagi, aku balas. Dah ada calon ke tak ada, aku ditanya lagi. Tak ada, aku sambut. Aku berkenan tengok hang ni, kahwin dengan anak aku la. And at this very point I'm starting to feel a little uncomfortable.
Aku ketawa kecil, kemudian tolak perlahan pelawaan (atau paksaan?) ini.
Aku tak ada masalah dengan institusi perkahwinan, though I just don't get all the hype. Tetapi tidak mustahil satu hari nanti aku akan tiba-tiba jatuh cinta pada seseorang, jadi tak tentu arah, gila bayang, hilang punca, dan sanggup gadaikan segalanya semata-mata untuk berkahwin. O God, I hope not...