Rabu, 29 Februari 2012
Isnin, 27 Februari 2012
Come up to meet you, tell you I'm sorry
Menyelak kembali tulisan-tulisan lama yang terperap dalam simpanan, aku tidak tahu untuk beri reaksi apa. Terasa seperti mahu ketawa, dalam masa yang sama terasa seperti mahu menekup muka menahan malu, dan dalam masa yang sama juga terasa seperti mahu tersenyum sepanjang hari.
Betapa jauh tulisan-tulisan tersebut membawa aku sehingga ke saat ini, adalah sesuatu yang tidak terungkap oleh kata-kata. Jika ada manusia mahu melihat gambaran halus mengenai diriku tiga atau empat tahun lepas, I’ll simply let them read my previous writings. Oh who am I kidding, sudah tentu tiada siapa akan dapat membacanya melainkan…
Jadi dalam himpunan tulisan yang ada, salah satu daripadanya menarik perhatian aku. Sebuah tulisan jawab balas ditujukan kepada seseorang yang datang menghentam idea aku. I was writing something about school editorial board or something, and she begged to differ. She even thinks that my whole idea was plain stupid.
I never told anyone about this, but I was shivering inside out when I received such comment from her. Not that I’m scared or what, I just feel like, “Whoa, is this for real?”
Dengan penuh naïf, aku balas komen tersebut dalam sebuah tulisan, dengan harapan untuk mematahkan hujahnya. Sehinggalah aku kembali membaca tulisan jawab balas tersebut, and I have to admit, I was wrong.
Ini secara tidak langsung membuatkan aku teringat sebuah peristiwa ketika masih menuntut di kolej. I once wrote something about my classmates. Until later that night, Fatin texted me, “Why did you write such thing?”
“Tulis apa?” aku balas, tanpa mengesyaki sesuatu yang tidak kena. Yes, I wrote something quite offensive and a bit harsh about them but it was never my intention to offend anyone. Aku sekadar meluahkan apa yang aku rasa, dengan tidak mempedulikan kesannya kepada manusia lain.
Fatin memaksa aku untuk meminta maaf dan menurutnya lagi, Nadzirah merasa kecil hati dengan tulisan itu. Sudah tentu aku berkeras tidak mahu meminta maaf. Sebelum itu, Nadzirah terlebih dahulu tersinggung dengan tindakan aku keluar menonong sewaktu mesyuarat untuk program amal anjuran kelas sedang berlangsung. See, my I-don’t-give-a-fuck-attitude gave me a lot of trouble back then.
Aku bayangkan segalanya telah selesai dengan aku mengambil keputusan untuk memadam tulisan tersebut. Aku juga, secara serius, sudah melupakan hal itu.
Suatu hari, hanya kami berdua di dalam kereta, sewaktu dalam perjalanan menghantar aku pulang ke rumah selepas melawat beberapa buah rumah anak yatim terpilih (atas tujuan program amal), Nadzirah bersuara, " I think you owe me an explanation."

To which I replied, probably the silliest thing I've ever said, “Yup, I know. Don't worry, I'll explain later."
I could say sorry right away, but as God is my witness, I chose to be egoistic. In fact, up until now, I never apologize to her.
Retail therapy (2)
I have spent over three hundred ringgit on books, this month alone. As a matter of fact, I have zero balance in my account. Yes, I'm broke as hell.
This addiction has become unhealthy. I just can't stop buying. I have stack of books waiting to be read and yet I still insist on buying a new one.
I think I need help.
Ahad, 26 Februari 2012
The other I (25)
"Are you sure you don't want a relationship?" dia tanya tatkala aku sedang menikmati makan malam. Nasi lemak ayam goreng disulam dengan teh o ais di sebuah gerai terpencil tidak berapa jauh dari rumahku.
Aku tidak membalas pertanyaan itu. Aku biarkan soalan itu berlegar-legar di sekitar meja makan tanpa jawapan balas. Sebaliknya aku pura-pura lalai dan terus mengunyah suapan demi suapan. Sepi perlahan-lahan mengambil alih suasana.
Namun dia masih tidak terganjak. Matanya masih terpaku ke arahku, sabar menanti sebuah jawapan.
"This is not the first time you've ask me the same question," aku balas, masih tidak menjawab soalannya sebentar tadi.
"I just want to know," dia sambut.
"No," aku berhenti menyuap, "You need to know. That's the difference."
"Yes, yes," dia mengangguk perlahan, "I need to know."
Kebenarannya, mungkin aku terlalu malas. Atau tidak peduli. Atau tidak berminat. Difikirkan secara teliti, sebuah hubungan memerlukan tali komitmen, dari kedua-dua belah pihak. And for that I have to admit, I can't commit. At least for the time being.
Mengambil contoh mudah, kadangkala aku seperti mahu mempelawa rakan sepejabat, Anies keluar makan malam. You know, having a casual dinner, just the two of us. But then, it struck me that I don't really feel like going out.
I've known her for three months. I feel comfortable around her. I don't have to pretend to be someone else. But until this very moment, I haven't put any moves on her, with all my sweetness and shit. Quite surprising actually.
Maybe it's true. I have nothing to prove after all.
Of course I feel boring sometimes. But I guess I just have to live with it. I have to occupy myself with... something. That's why I write.
Kadangkala pesanan teks dari bukan kalangan kawan rapat aku menerjah ke dalam peti masuk, aku biarkan tidak berbalas. Simply because, I choose when, where and how I want to interact with other people. I'm in control of my own effing life.
Jadi setelah berfikir lanjut, aku akhirnya mengambil keputusan untuk menjawab soalan yang diajukan, "No, not right now."

Sabtu, 25 Februari 2012
Naive (4)
Mengawasi Haikal mandi, aku berdiri menunggu di hadapan pintu bilik air. Pernah sekali aku tinggalkan dia mandi sendirian, selama hampir setengah jam, hanya untuk menyaksikan rambutnya masih tidak basah. Dia begitu leka menyembur air ke dinding dan menyabun permukaan lantai.
Bila aku marah, dia dengan selamba membalas, "Adik tengah mandi la ni."
Dalam pada itu, aku suruh dia gosok gigi. Tidak membantah, dia capai berus gigi yang tergantung di hadapan sinki. Belum sempat apa pun, dia tiba-tiba menggosok kepala pili air dan bukannya menggosok gigi.
"Pi tonyoh tu buat apa? Kotoq la," aku tegur spontan sehingga terkeluar loghat utara.
"Takpe la," dia tanpa sedikit pun rasa bersalah, "nanti Adik boleh basuh balik."
Punbegitu, melihatkan wajahnya aku terus ketawa, tidak jadi marah.
"Dah, mandi cepat," aku kata, dengan masih lagi ketawa.
Reminiscent (7)
Aku hanya mampu tersenyum sendirian tatkala teringat sebuah perbualan dengan seorang kawan rapat. Perbualan sewaktu kami makan malam bersama di sebuah gerai menjual charkotiau. Aku bercerita tentang bapa saudara aku - berpangkat Pak Su - yang kini selesa bekerja sebagai pemandu bas di sebuah syarikat aku-sudah-lupa-nama, bertanggungjawab membawa pelancong ke lokasi pelancongan, khususnya di selatan Malaysia.
Secara berseloroh aku kata, "Aku ingat kalau tak boleh go dengan study, bawak bas lagi senang. Gaji pun okay."
"Kerja tak glamour pun takpe, janji duit banyak," aku tambah. Dia hanya ketawa. Namun sudah tentu, persoalan berkenaan 'sampai bila' akan muncul. Persoalan remeh yang menyukarkan segalanya. Tetapi itu tak apa.
"Betul," dia balas, "Aku pun ada fikir macam tu jugak."
Aku pula ketawa. Malam itu, aku makan charkotiau dua pinggan.

1Malaysia, my ass
Minum petang seorang diri di restoran Mamak tempohari, aku tidak dapat mengelak dari terdengar perbualan yang melintasi telinga. Dalam kes ini, sekumpulan pakcik duduk tidak berapa jauh dari mejaku. Mereka berbual agak lantang. Atau mungkin kerana suasana restoran sedikit lengang, suara mereka lebih jelas kedengaran.
Perbualan tentang apa aku tidak begitu pasti tetapi tiba pada satu tahap, perbualan mereka tiba-tiba berubah nada dan menyusur ke arah politik. Mereka rancak menokok setiap apa yang dibincangkan tatkala seorang demi seorang membuka mulut menyuarakan pendapat.
Sejujurnya, aku tiada masalah dengan apa yang mereka bincangkan. Kiri atau kanan juga bukan hak aku untuk menilai.
Aku menjeling ke arah mereka beberapa kali. Ini kerana kedudukan meja kami yang selari bertentangan. Kebetulan sewaktu aku menjeling, kelibat seorang pakcik tak semena-mena bersuara agak keras, mengangkat jari tengah kepada kawan-kawannya sambil melafazkan, "Satu Malaysia!"
Aku cuba untuk menahan ketawa namun tidak mampu. Imej pakcik tersebut dengan selamba menempelak doktrin Najib sungguh melucukan. He just made my day.
The other I (24)
"Stop it, will you?" dia kata sambil menggeleng kepala. Kami sama-sama tercampak dalam lautan manusia di sebuah pusat beli-belah. Tengahari Sabtu yang sibuk. Pesta bersedekah kepada kapitalis.
"What?" aku balas, selamba. Aku tahu pasti ada sesuatu yang tidak kena sedang aku lakukan. Aku tidak tahu apa.
"Stop staring at her chest," akhirnya aku tahu juga. Sedari tadi mata aku tanpa jemu memerhati seorang gadis membelek baju di suatu sudut sebuah butik. Tumpuan aku sudah menyimpang tatkala melihat gerak-gerinya. Maka pencarian sehelai baju kemeja serta-merta menjadi retorik.
"But they're cute," aku puji tanpa berselindung, "and perky."
Dia, buat kali kedua, sekali lagi menggeleng kepala. "Hard to resist, huh?" dia tersengih memandangku. Kali ini, giliran aku untuk mengangguk.
"For the win!" aku laung kepadanya.
Reminiscent (6)
Aku pernah bertanya seorang kawan rapat tidak lama dahulu, "Will you be able to recognize my writing if I write someplace else, anonymously?"
"I don't know about other people but I think I can," dia balas sambil tersenyum, "You dah develop your own writing style. Your choice of words and language dah jadi obvious. More or less, I know it's your writing."
Jumaat, 24 Februari 2012
Officemate (24)
"Your social skills," dia kebetulan berada di sebelah tatkala salah seorang kakitangan di pejabat menegur dan berbual-bual ayam denganku sewaktu kami berdua menunggu sesi briefing yang diadakan setiap pagi untuk para pelatih, "are very poor."
"Siapa?" aku tanya semula. Suaranya tidak begitu jelas sebentar tadi. Tumpuan aku juga masih liar merewang waktu awal pagi begini.
"You la," dia betulkan kainnya. Aku pandang dia sekilas lalu sebelum membalas perlahan dengan niat mempertahankan diri, "Tak tau nak sembang apa dengan dia."
"I just don't feel like having a conversation so early in the morning," aku balas dalam hati.
Khamis, 23 Februari 2012
Officemate (23)
I supposed to have lunch with my officemate but she cancelled at the last minute. Leaving me with no choice other than going to the canteen alone.
Makanan di sini, di kantin, tidak begitu menyelerakan walaupun harganya berpatutan. By affordable I mean, lunch for two only cost you around five to six ringgit. Namun dalam deretan gerai yang wujud, cuma ada sebuah gerai menjual bihun, mi, kotiau sup yang berbaloi untuk dipuji. Setakat ini, sup dagingnya tidak pernah mengecewakan. Malah makcik yang menjualnya juga tidak lokek dengan senyuman menjadi salah satu punca mengapa aku senang sekali makan di situ. Tetapi adakah begitu sedap sehingga mampu membuatkan aku menghirup sup setiap hari? Sudah tentu tidak.
Bergantung pada cuaca, kadangkala aku keluar makan tengahari di restoran Mamak. Kadangkala bertukar selera menjamah makanan segera. Sometimes I just skip lunch when I don’t feel like going out. Aku lebih rela menahan lapar daripada menapak berjalan kaki sambil disimbah terik mentari menuju ke kawasan parkir kenderaan yang mengambil masa lebih kurang sepuluh minit. Atas alasan itu, dua tiga kali juga aku tolak pelawaan untuk makan bersama di luar. Yes, I’m lazy as fuck.
Ini adalah minggu terakhir aku di pejabat. Latihan industri aku bakal tamat pada hujung bulan Februari. Sebelum secara rasmi meninggalkan pejabat, aku perlu menguruskan hal buku log, laporan penuh mengenai tugas aku di sini, serta beberapa dokumen yang perlu disemak, diteliti dan dihantar seawal minggu pertama bulan Mac kepada pihak pengurusan kolej.
Bunyinya kelakar tetapi aku hargai segala pengalaman yang aku timba sepanjang tempoh di sini. Pengalaman yang memberi gambaran halus mengenai sesuatu yang masih hijau bagiku. Aku juga berpeluang berkenalan dengan Anies, Amin, Husna dan beberapa yang lain dalam jangka masa yang sungguh singkat ini.
You guys will be remembered. For sure.

Rabu, 22 Februari 2012
Catatan memori seorang narsis
Sebelum melangkah masuk ke kolej buat kali pertama, aku berpesan pada diri sendiri supaya berubah menjadi lebih bagus dalam segenap segi seperti pelajaran, kelakuan, tingkah kata, pengurusan kendiri, pergaulan sosial dsbnya. Dalam erti kata lain, meninggalkan segala memori zaman persekolahan di celahan memori lampau dan cuba untuk menyesuaikan diri.
It didn’t turn out quite as I expected. However something else happened. Sesuatu yang mengubah pandangan aku dalam banyak perkara.
Menyingkap semula ke belakang, ketika di bangku sekolah, aku tidak begitu dominan di kalangan rakan sebaya. Ini aku kira disebabkan hierarki sosial sekolah menengah adalah terlalu tinggi untuk aku capai. Aku sekadar berlegar pada paras sederhana; mediocre. I don’t communicate or interact much. Aku hanya selesa bergaul dengan kawan rapat yang kebanyakannya datang dari kelas yang sama. The hell with other people, my old Self used to say.
Namun sewaktu berada di semester pertama, seperti yang aku jangka, segalanya kelihatan asing. Persekitaran dan suasana di sini jauh berbeza. I have to start over from scratch. I know none of these people. They’re complete strangers to me and vice versa. Punbegitu, selaku seorang yang merayakan sifat ingin tahu, aku terkesan begitu teruja untuk melalui fasa baru dalam hidup. Makan mi Maggi, duit yang tidak pernah cukup, food and travel, tidur lewat, ponteng kelas, tugasan menimbun dan seribu satu kekalutan dalam menangani corak kehidupan baru.
Dalam pada itu, aku terlebih dahulu memikirkan apakah karakter atau personaliti yang ingin aku bawa dan tonjolkan di kolej. Being the loudest one? Modest? Quiet? Or what?
Jadi aku pilih untuk berpura-pura menjadi anti-sosial. Memerhati manusia lain dari jauh untuk menghurai perwatakan mereka. Dalam masa yang sama, aku juga mahu tonjolkan sisi lain aku kepada mereka. I try to make a false first impression. Dan salah satu caranya adalah dengan berpura-pura. Walaupun tindakan itu berkemungkinan besar boleh menjadikan aku seorang social pariah.
Adakah eksperimen ini berjaya? Ya pada mulanya, sebelum aku kembali tersedar, berpura-pura adalah suatu yang melelahkan. Aku hanya mampu bertahan untuk beberapa ketika. Jadi ketika berada di semester akhir, aku kembali bertanya kepada Kiki, “What do you think of me when we first met?"
Dan jawapan balas darinya, tidak mengejutkan. Menandakan eksperimen aku tidak gagal.
Titik perubahan berlaku ketika aku berada di tahun kedua; semester ketiga. Tahap pergaulan menjadi suatu hal rutin dan semakin mudah dengan masing-masing sudah mampu, sekurangnya-kurangnya, meneka hati budi dan paling tidak pun, boleh bertolak-ansur antara satu sama lain.
Jadi kami (aku dan beberapa orang kawan) mengambil keputusan untuk meninggalkan asrama dan menyewa sebuah rumah. Dipendekkan cerita, dalam proses menyesuaikan diri dengan kehidupan baru menetap di luar, aku secara teknikalnya, telah mengusir keluar dua orang kawan dari rumah tersebut. Of course I feel bad. No, I'm not even proud!
Sebuah rumah yang didiami seramai sembilan orang kemudian berkurangan menjadi enam orang sehingga akhirnya berkurangan menjadi lima orang termasuk aku. Duduk sebumbung seramai lima orang menyaksikan aku perlahan-lahan menjadi lebih dominan. Kami sudah faham benar dengan perangai masing-masing. Aku mula faham bagaimana untuk mengawal situasi dan suasana dalam skala yang kecil.
Dari sekecil-kecil perkara seperti membuat keputusan untuk makan di mana, samada mahu ponteng kelas atau tidak sehinggalah membawa kepada satu tahap, aku bertindak mengawal serta mendominasi perbualan kami, sama seperti yang aku rancangkan dalam kepala.
Walaupun tidak begitu menonjol pada pandangan manusia lain, aku ternyata selesa menjadi self-appointed mastermind di dalam kebanyakan keputusan yang kami capai bersama.
Sometimes I'm taking full control. I'm like the nucleus of this group.

The other I (23)
You know what’s wrong with me? There's nothing wrong with me. Now, that’s the problem. I just won't admit it.
Aku mungkin ada sesuatu untuk dikongsi. Dengan diri sendiri. Diri sendiri. Diri sendiri. Dan kamu.
Selasa, 21 Februari 2012
Oh, bite me
The purpose of lying is to hide the Truth from being revealed. So I asked myself, what the hell is Truth, with capital letter T?
Orang kata, kebenaran adalah sesuatu yang pahit untuk ditelan. Kerana itu, wujud penafian. Sesetengah manusia selesa dan nyenyak dibuai penafian. Mereka tanpa sedar atau separa sedar atau penuh sedar, membina dinding yang menghalang sebarang usaha menyemai kebenaran. Di dunia, kamu ada betul dan salah. Di kemudian hari, kamu ada Syurga dan Neraka.
You lie because you don’t want other people to be offended by your action. You have your own reasons and for heaven's sake, everyone has their own reasons. You, me, we, all of us. Bak kata Marla dalam filem Fight Club (1999), “You’re sorry, I’m sorry, everyone’s sorry.”
I don't mind being lied to, as everyone makes them.
Now, you see, I'm assuming things.
Tanpa perlu bersikap berat sebelah, kadangkala aku berpendapat, kebenaran adalah sesuatu yang overrated.
You're lying, I'm lying, everyone's lying. Be part of that proud tradition.
Isnin, 20 Februari 2012
Solitude, my ass
I went to KFC for lunch. I went there alone. I thought I might as well try something different for a change (although fast food sound almost cliche).
Menolak pintu masuk, hidung aku pantas menangkap bau rangup ayam goreng yang memenuhi segenap ruang. Aku disambut oleh suasana separa lengang. Tidak ramai yang memenuhi meja makan atau beratur memilih menu. Buktinya, hanya dua kaunter dibuka. Selesai urusan pembayaran, aku pilih untuk duduk di meja hampir hujung berdekatan suatu sudut bersebelahan tangga. Meja yang membolehkan aku melihat manusia sekeliling dengan selesa tanpa perlu banyak menoleh dengan ketara.
Dari sini, aku mampu mendengar suara seorang lebai cuba meyakinkan seorang pemuda untuk melabur dalam skim multi-level marketing. Juga berlegar-legar beberapa orang pekerja gigih mengelap meja dan mengangkat pinggan kotor tanpa secalit senyuman di wajah. Di hujung seberang sana, sepasang kekasih berbangsa India sedang khusyuk menikmati hidangan. Mereka kelihatan gembira; ketawa selang setiap dua atau tiga suapan.
Jadi aku makan dengan tidak bertemankan kesunyian, kerana secara figuratif, sedang dihiburkan oleh gelagat rambang manusia yang berada di kiri kananku. I'm not judging them. Aku cuma menterjemah apa yang aku lihat tanpa sebarang justifikasi liar. I don't know any of these people but somehow I feel like they're there for me.
Aku tidak mampu menahan dari ketawa kecil dalam hati tatkala seorang makcik berbangsa Cina terlanggar pintu kaca ketika mahu melangkah keluar dari restoran. I know it's inappropriate to laugh at her misfortune but I couldn't help myself. Namun pakcik lebai yang menjaja skim multi-level marketing segera memujuknya, "Saya pun sudah kena tadi."
Faith in humanity? Restored. Me being an asshole? Totally.
Tidak jauh dariku, meja makan diisi oleh beberapa orang kakitangan dari syarikat sama denganku. Ini aku tahu dari pas pekerja yang tergantung di leher mereka. Kami hanya berbalas senyuman sewaktu berselisih tatkala dia melihat aku turut mengenakan pas pekerja yang serupa sepertinya.
Dengan jarak dua meja memisahkan kami, dua orang pemuda dan seorang perempuan muda dalam lingkungan usiaku, sekadar meneka, turut menjamu selera. Salah seorang pemuda tersebut, aku tidak tahu kenapa, kerap menjeling ke arah mejaku. Aku tidak pasti apa yang menarik perhatiannya.
Or maybe I chew too loud, no?

The other I (22)
Kami berjalan perlahan di belakang seorang kakitangan perempuan di pejabat sewaktu menghala ke arah kantin. Dia tepuk bahuku dan kata, "Do you see what I see?"
"What did you see?" aku sambut.
"Oh boy," matanya sedikit terbeliak, "are those panty line?"
"I bet it is," aku balas sambil turut sama melihat punggungnya. Kami pandang sesama sendiri. Aku senyum. Dia senyum. Aku ketawa. Dia ketawa.
"Maybe Monday's are not so bad after all," dia sengih memandangku.

Sabtu, 18 Februari 2012
The other I (21)
I: So, you're not going?
Me: No, I'd rather stay at home.
I: Why?
Me: I don't feel like going.
I: Why?
Me: Because I don't want to.
I: Why?
Me: Because fuck you, that's why.
Naive (3)
"Duduk diam-diam," aku bisik perlahan, memberi isyarat kepada Ihsaan dan Haikal. Mereka pandang aku selama beberapa saat, ketawa dan kemudian sambung berlari kejar-mengejar di dalam masjid. Menyuruh mereka 'duduk diam' adalah hampir mustahil. They just won't listen to me.
Mereka berguling, berlari, berbaring tanpa menghiraukan pesanan aku.
The same thing happened when we went to the shopping complex. Mereka dengan penuh deria ingin tahu menyentuh segala yang berada di rak pameran, melakukan powerslide di atas lantai, menolak troli selaju mungkin dsbnya.
Oh boy, they'll grow up just fine.
Oh boy, they'll grow up just fine.
Jumaat, 17 Februari 2012
Officemate (22)
We were walking together side by side. I looked at her and said something, trying to have a conversation. “Lepas makan mesti rasa mengantuk. Kan?”
“Hmm apa?” dia menoleh ke arahku dengan riak wajah kebingungan, kurang jelas dengan suaraku sebentar tadi. Then I realized it wasn’t a good conversation starter. So I replied back and smiled, “Takde apa-apa la.”
She didn’t liked it. I mean the way I said, “Takde apa-apa la” like it was no big deal.
Oops, my bad.
Oops, my bad.
Khamis, 16 Februari 2012
Officemate (21)
Kebetulan kami berjalan melepasi ruangan non-halal beverages sewaktu melilau mencari barang makanan dan minuman. Jadi aku capai sebotol wain yang tersusun kemas di atas rak pameran dan secara retorikal bertanya padanya, "Kenapa orang Melayu, khususnya, takut nak pegang ni?"
Rabu, 15 Februari 2012
Dear Self, have faith!
I asked myself, bagaimana untuk mengukur bakat seseorang? Mengambil diri sendiri sebagai contoh mudah, aku tidak pasti samada aku mampu menulis dengan bagus ataupun sebaliknya.
Sebelum ini aku pernah menerima pelawaan menulis. Kali pertama adalah sebuah projek antologi cerpen yang menampilkan enam atau tujuh penulis berbeza. I hadn’t given much thought and straight away agreed to join the project. I was excited. Hakikat betapa karya aku bakal diterbit dan dipasarkan mengelabui segalanya. So I just ripped off my previous writing and sent it to the publisher. I didn’t write anything new. I didn’t have much time at that time. I was in semester three, battling and struggling against final examination.
Malangnya projek tersebut tergendala atas sebab yang tidak aku ketahui. Aku tidak pernah bertanya mengapa.
Kali kedua, hampir sama. Aku dipelawa melalui emel untuk menulis sebuah cerpen dengan panjang minima 3000-4500 patah kata untuk projek antologi cerpen Kelahiran Lain. Mulanya aku pinta diberi sedikit masa untuk memikirkannya. Aku tidak mahu menulis tanpa sebarang jaminan seperti projek pertama yang langsung sepi tanpa khabar berita. Tetapi bila diberitahu projek ini lebih terarah kepada semangat dari kawan kepada kawan, aku bersetuju untuk menulis sesuatu. Aku pujuk diri dengan frasa, why not?
Adakah aku menulis sesuatu yang baru? Tidak juga. Apa yang aku lakukan adalah mengaplikasikan teknik salin dan tampal untuk menjadikan tulisan aku kelihatan seperti sebuah cerpen. Tidak banyak olahan yang aku lakukan walaupun terkesan, teknik salin dan tampal adalah satu kerja yang renyah; tidak menyeronokkan. Keseluruhan cerpen tersebut adalah mengenai Si Gadis. Jatuh cinta menyebabkan aku menulis sebuah cerpen sia-sia untuk memenangi hati seorang gadis. Sebuah cerpen yang tidak ikhlas, tiada hala tuju dan dipenuhi ayat-ayat berbunga maha dahsyat.
But it almost got published anyhow (setelah melakukan proses rewrite berulangkali yang juga tidak menyeronokkan). Namun di saat akhir nama aku digugurkan dari senarai penulis. Mulanya aku tersentak, sedikit kecewa. Namun bila difikirkan semula, aku bersyukur cerpen tersebut tidak diterbitkan. I admit, it was a horrible piece of writing.
Dan kini, apabila secara tiba-tiba ditawarkan menulis novella/novel, aku kembali menaruh ragu-ragu pada diri. Paranoid dan pessimism mula menghantui. Aku masih memikirkan samada mahu menolak ataupun mencuba. Sejujurnya sehingga kini aku masih tidak mampu memahami skala untuk menulis cerpen apatah lagi menulis novel. Mungkin kerana tiada rujukan yang jelas, aku masih bingung untuk merungkaikan skala yang tepat.
Menulis adalah perkara mudah. Menulis sesuatu yang bagus adalah perkara yang lain pula. Dengan penuh kesedaran, aku sudah tidak begitu terdesak untuk menerbitkan tulisan yang aku karang. Aku bimbang karya aku bakal ditertawakan generasi masa depan. Tetapi memetik kata-kata Shafiq Halim, "You'll be laughed the same for not trying."
Berbekalkan peluang yang sudah berada di depan mata, sekali lagi aku pujuk diri dengan frasa, why not?

The other I (20)
“You’re not writing any short stories, novel or what. You were writing about yourself all this while. And that’s weird,” dia beritahu dalam perbualan yang tiba-tiba muncul ketika aku sedang menonton sebuah filem mengenai mimpi dalam mimpi dalam mimpi dalam mimpi.
“You know how Abed reacted when Shirley said, “There is no movie,” about his idea about making film about making film? He replied, “This is the movie,”” aku balas.
“Abed told us, the story of the story is the story. Do you know what I mean? This is my short stories. This is my novel. This is my masterpiece. This is my actual piece of work, for real,” aku tambah, merujuk kepada tulisan yang telah aku hasilkan selama ini. “Looking at the context here, I think it all starts making sense now.”
“I've arranged everything in my head and I will execute it accordingly. I’m so genius,” aku balas kemudian ketawa sebelum mengakhiri perbualan.
Selasa, 14 Februari 2012
Retail therapy
Kegilaan ini perlu berakhir. Maksud aku, berhenti membeli barangan secara online. Kebelakangan ini duit aku banyak dihabiskan dengan berbelanja membeli buku. Tidak terkecuali, hampir memesan beberapa helai baju dan sehelai varsity jacket yang Tuhan sahaja tahu mengapa aku tergerak hati untuk membeli. Ianya sesuatu yang bagus dan menenangkan (melakukan retail therapy tanpa sedar) sehinggalah aku hanya mampu menggeleng kepala melihat timbunan buku tidak disentuh dan belum dibaca tersadai sepi di rak.
Rutin harian yang membosankan serta keadaan fizikal yang letih setiap kali pulang dari kerja, menyebabkan membaca bukan lagi prioriti utama. Despite mampu mengeluarkan duit untuk membeli buku, namun ternyata aku tidak mampu untuk membeli masa.
I received yet another book package today. Bungkusan yang aku sambut dengan senyuman, seperti kebiasaan (aku sudah beritahu, ia sememangnya terapi yang berkesan). Di dalamnya ada bersama dua zine, sebuah buku bertajuk Suicide karya Edouard Levé yang merupakan pinjaman dari Shafiq Halim serta sebuah buku percuma bertajuk apa-entah-aku-sudah-lupa.
Menjeling ke arah rak buku, aku lihat Palahniuk awal-awal lagi sudah mengangkat jari tengah kepadaku di celah-celah timbunan buku sambil berteriak, "Fuck you!"

Isnin, 13 Februari 2012
The other I (19)
"Why can't you just lie to her?" dia soal selepas aku selesai makan tengahari bersama Anies di kantin. "What do you expect me to do? You know I can't tell a lie to some random stranger," aku balas mempertahankan diri atau lebih tepat lagi, tindakan aku sebentar tadi.
"Random stranger?" dia kerut dahi tanda tidak percaya, sebelum menyambung semula, "You've known her for two months."
"To be honest, I still can't figure her out," aku balas sambil tersenyum kecil.
Reminiscent (5)
Maybe it's true, sedikit sebanyak aku semakin berubah. Dulu aku cenderung untuk merakamkan segala yang berlaku di sekeliling aku dalam kerangka tulisan. Mentertawakan kebodohan sosial, membedah sifat dan perilaku manusia, menilai ragam mereka dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Seseorang pernah berkata kepada aku, menulis tentang menulis sudah menjadi semacam identiti bagiku. Aku suntik narsis dan hubris dalam setiap perenggan yang aku cipta. Aku menjadi leka meneliti diri sendiri sehingga tiba satu tahap, aku berasa keseorangan, menanggung beban perasaan yang tidak mampu aku ungkapkan.
Tetapi tidak lagi. Atau sekurang-kurangnya, aku sudah tidak begitu peduli. Kini aku lebih tertumpu kepada perkembangan dan pembawaan diri sendiri. Aku kira ini adalah fasa baru yang sedang aku tempuhi.
Ahad, 12 Februari 2012
The other I (18)
This is the right time, getus hatiku. "I think I've found a suitable name for you," aku kata padanya. Dia tidak teruja, tidak menyahut, tidak berganjak dari ekspresi stoic yang terlukis di wajahnya. Aku petik jari, serta-merta mematikan lamunannya.
"How about Bender?" aku beri cadangan. "Are you going to name me after an alcoholic, kleptomaniac shiny metal robot from Futurama sitcom?" dia tanya aku semula. Aku mengangguk laju. Dia pula geleng kepala. "I like his character but the name just don't suit me well. No offence," dia beri penjelasan. "Don't worry. None taken," aku balas.
"And how about Abed?" aku hulurkan cadangan lagi. Dia ketawa. Katanya, Abed Nadir adalah karakter kegemaran dalam siri televisyen Community. Aku turut bersetuju. Watak Abed yang sering merujuk budaya pop hasil didikan peti televisyen dalam setiap perbualan, tingkahlaku dan kehidupannya nyata menghiburkan. "But I'm afraid I have to say no," dia tolak cadanganku.
"So, no?" aku mahukan kepastian. "Yup, no," dia sambut.
"Okay, last one," aku usulkan. "Sheldon Cooper. I mean, come on. Everybody loves Sheldon." Seorang yang esentrik, socially awkward dan dalam masa yang sama, annoyingly cool. Watak penting yang menceriakan jalan cerita siri televisyen The Big Bang Theory.
Sekali lagi, dia ketawa sambil memberitahu bahawa nama yang aku pilih langsung tidak menggambarkan dirinya. "You should come up with something not necessarily original but different and unexpected," dia kata.
"Oh God, this is hard. Not cool, not cool," aku bisik dalam hati.

Officemate (19)
Duduk di sebelahnya, kami berdua leka dimamah kesibukan. Tergerak hati lantas aku capai beg dan keluarkan sesuatu. Aku beri Anies baca sebuah tulisan bertajuk Waiting on the Shelf. Tulisan yang aku karang, kemudian aku cetak di atas sehelai kertas. "Read this," aku kata padanya, "and see if you can understand or not."
Selesai membaca, dia pandang aku, ketawa lalu mengangguk sambil berkata, "Faham." Aku tidak pasti samada dia ketawa kerana sukakannya ataupun sebaliknya.
I guess I'll never know.
Sabtu, 11 Februari 2012
Unfinished story; give up.
Aku duduk di atas kerusi sambil menghela nafas keluhan. Di hadapanku, skrin komputer memaparkan sebuah tajuk cerpen yang aku taip kira-kira sejam yang lalu. Namun terasa seperti ianya mengambil masa selama-lamanya untuk aku mulakan ayat pendahuluan. Dengan tangan masih melekat di papan kekunci, aku masih buntu untuk mengolah sebuah jalan cerita. Sebulan yang lalu, aku dipelawa untuk menulis sebuah cerpen untuk projek buku kompilasi yang menampilkan himpunan cerpen dari penulis-penulis rawak. Mulanya aku menolak kerana kekurangan masa. Kemudian aku berubah fikiran dan terdetik dalam hati, “Why not? Just give it a try.” Magnum opus bla bla bla.
Segera aku capai kotak rokok di atas meja. Aku nyalakan dengan harapan untuk berfikir dengan lebih selesa. Aku berharap pengaruh nikotin mampu membantu merembeskan endorphine untuk membuatkan aku merasa tenang dan lebih aman. Menghampiri sedutan asap yang kedua, aku hembus keluar asap yang turut sama membawa aku mengingati perbualan dengan seorang rakan satu ketika dahulu.
"Kalau nak mati pun, kita kena mati disebabkan hisap rokok mahal." Dia berfalsafah. "Buat apa mati sebab hisap rokok seludup. Mati pun kena bergaya."
"Tapi pokoknya kita mati juga kan?" Aku balas acuh tak acuh.
Aku padamkan nyalaan rokok yang semakin menghampiri puntung. Sambung cerita tulisan bla bla bla. Merungut. Ego aku berbisik, "Don't worry. Everything is going to be just fine."
"But I haven't started anything yet. And---"
"You know yourself better. You have the talent. The idea will come out eventually. All you need is, time."
"Time is what I’m lacking right now.”
Aku pandang semula skrin computer. Kali ini pandangan aku disulam dengan rasa penuh geram di hati. Kutip dari blog sikit. Bla bla bla.
Tekak aku belum menjamah makanan sejak malam semalam. Aku toleh melihat jam dinding, menunjukkan pukul 4 petang. “Damn it. I miss my lunch again.”
Jadi aku tinggalkan segala kegelisahan, kecelaruan di meja computer. Seharian menghadap benda sama bukanlah sesuatu yang menggembirakan. Maksud aku, writing supposed to be fun. Kutip dari blog. I have to finish the story before the due date given. Aku pasti samada aku mampu siapkan sebelum tarikh akhir. Dengan kemurungan yang tiba-tiba melanda, kekangan nafsu untuk menulis, segalanya tidak membantu.
Aku capai tuala. This part; insert Sedatif Imaginasi Terlarang.
Poof. Tersentak dari lamunan. Ego aku datang berbisik semula, “There you go again. Writing invisible notes inside yr head. You have to take out all those thought and finish the story. That should be a simple task for you.”
“Yes, I have been writing consistently in my head. All the weird absurd, raw thoughts scatters in my mind.”
“You know what, go take yr bath first. And we’ll talk about this later.”
Masuk ke dalam bilik mandi, aku lucutkan tuala dan sangkut di sudut. Bercerita tentang bilik mandi bla bla bla, aku lebih selesa memanggilnya bilik mandi berbanding tandas. Atas sebab tertentu, aku fikir, konotasi bilik mandi kedengaran lebih mesra kerana ianya berada di dalam rumah. Tandas mungkin lebih sesuai untuk menggambarkan sesuatu yang lebih bersifat umum atau awam.
Proses penyucian. Terapi minda yg menenangkan.
Musik. Menyanyi riang.
Tiba-tiba terfikir tentang syaitan tatkala dengar azan Asar. Khutbah mengenai kewujudan syaitan. Separa sedar, menyapa syaitan, hello hello. Tutup pancur air. Cuba dengar bisikan syaitan. No, nothing. i can't feel them.
No wait, idea tiba-tiba muncul. How about aku tulis sebuah cerita mengenai pengalaman di bilik mandi. I know it doesn't make any sense. But this is reality.
Aku tutup pancur air. Sarung pakaian, duduk menghadap komputer. Okay, nak tulis apa ni?
Where do even start with? Aku tulis tajuk cerpen.
Fuck I hate this.
Ending.
Khamis, 9 Februari 2012
Spot check
Encik Hanafi dan Puan Noraizura datang ke pejabat aku untuk melakukan lawatan. Nobita juga ada bersama. Nobita merupakan gelaran untuk seorang pensyarah lelaki di kolej aku, kerana wajahnya saling tak tumpah seperti karakter Nobita dalam komik Doraemon.
Aku sambut mereka dengan perasaan bercampur-campur. Malam sebelumnya, aku tidur tidak lena. Dengan laporan mingguan yang tertangguh selama hampir dua bulan serta rekod kehadiran yang tidak begitu memberangsangkan, aku hanya mampu berdoa segalanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Mereka ke pejabat aku, lebih kepada lawatan untuk melihat samada kebajikan aku terjaga, merakamkan suasana tempat kerja, memantau perkembangan latihan, serta mengukur kadar kesesuaian apa yang aku pelajari di kolej dengan konteks tugas aku di sini.
Encik Hanafi akhirnya tiba kepada soalan yang sebolehnya ingin aku hindarkan, “Apa yang kamu belajar di sini?”
Jadi aku beritahu aku belajar banyak perkara baru. Perkara yang tidaklah begitu berkait rapat dengan program International Business. Aku kata lagi, aku dapat merasai suasana kerja yang sebenar, berpeluang menghadiri kursus yang disediakan syarikat, berjumpa ramai orang yang lebih berpengalaman dan sekurang-kurangnya aku dapat menyesuaikan diri walaupun diberi tugas yang agak asing bagiku. Bak kata pepatah, orang campak kamu ke hutan, maka jadilah Tarzan. Atau Sasquatch. Atau kanibal. Atau apa-apa.
Selagi ianya memberi keupayaan kepada kamu untuk terus bernafas. Go figure!
The other I (17)
Dia duduk di kerusi, memerhatikan aku yang sedang leka dalam kesibukan. Ketawa melihat aku bertungkus-lumus cuba menyiapkan laporan latihan industri yang tertangguh selama hampir dua bulan. “Fuck you,” aku kata, geram.
“It serves you right,” dia mengejek. “Self-proclaimed natural born procrastinator, my ass,” dia ketawa lagi.
Rabu, 8 Februari 2012
Officemate (18)
Bahagia yang sudah kembali. Awan mendung yang tiada. Bibir merah yang manis dengan senyuman. Ketawa yang memberi makna.
Seronok. Tiba-tiba.
Gembira. Tiba-tiba.
Ini bukan apa-apa, aku kata. Jangan tipu, dia balas. Menipu perasaan sendiri adalah perkara sia-sia, dia tambah lagi.
Selasa, 7 Februari 2012
The other I (16)
"Don't get obsessed with yourself," dia berpesan sewaktu kami sedang membaca sebuah buku tulisan Pamuk. Berkerut dahiku memandangnya. "What do you mean by that?" aku tanya kemudian menyambung, "And are you suggesting that talking to you makes no sense?"
"Hey I didn't say that. I just need you to stop creating unnecessary mental images, invisible notes and imaginary conversation," dia balas mempertahankan diri. Aku bertanyakan kepadanya kenapa. "Because you're going to get hurt, that's why. You just didn't realize it yet," dia sambut.
"How on earth am I going to get hurt? Are you going to hurt me? Or other people out there?" aku ketawa dalam nada sinis. "You, yourself," dia tuding jari ke arahku. "I know imagination has no limits but please control yourself. Will you?" pintanya perlahan, bersama sinar harapan bermain di dalam mata.

Syurga 7.0
Aku tidak pasti samada ini keputusan yang bagus. Ini, yang aku maksudkan adalah berbaring separuh bogel, hanya berseluar jeans, di atas sebuah katil yang bukan milikku. Berbaring memandang dinding yang berbalam dek kerana limpahan cahaya lampu sambil meragui kewajaran keputusan yang aku putuskan sebentar tadi.
Bunyi simbah pancuran di bilik air jelas kedengaran. Si dia sedang mandi. Aku membayangkan si dia dilumuri buih sabun seluruh tubuh. Perlahan-lahan memanjakan diri dalam sebuah sanktuari yang menenangkan. Aku tertarik dengan hakikat betapa kami hanya dipisahkan oleh selapis pintu. Pintu yang bertindak sebagai benteng terakhir antara aku dan si dia. Jika aku mahu berlagak dramatik, pasti sahaja aku terjah pintu tersebut lalu mandi bersama si dia umpama sebuah adegan dalam filem The Dreamers (2003).
Air pancuran kehilangan bunyinya. Si dia sudah selesai mandi, fikirku. Si dia pasti sedang mengelap kering tubuhnya ketika ini. Lamunan aku tergendala tatkala pintu bilik air dikuak perlahan oleh si dia. Susuk tubuhnya dibaluti tuala nipis dari alur dada hingga ke pangkal paha. Rambutnya masih basah, belum kering. Wajahnya segar dihiasi senyuman manis. Senyuman yang berjaya mengheret aku ke sini.
Aku memandang si dia tanpa berkata apa-apa. Ingin aku luahkan ungkapan tiada makna padanya, "You're beautiful." But something is not right. This is not right. I shouldn't be here in the first place. I'm inviting myself to the deadly swamp of lust.
"I'm hungry," aku kata pada si dia, dengan harapan untuk berdalih. Si dia memandang aku dengan senyuman nakal. Bimbang si dia salah tafsir ayat aku tadi, aku lekas menyambung, "No, I'm hungry. For real. Let's go grab something to eat."
"Alaa," dia merengek, "Couldn't you wait a little longer? It's not like we always spend time together." Aku tidak membalas. Fikiran ligat mencari alasan yang lebih kukuh. Si dia menghampiriku dan tanpa dipinta, secara bersahaja menghadiahkan kucupan di pipi kiri. Harum rambut si dia lembut menyapa perhatianku. Wangian syampu yang masih berbekas membuatkan aku tidak keruan.
Si dia merebahkan tubuhnya menindih tubuhku. Dada kami bertemu rapat. Jantungku berdegup laju. Nafas kami saling bertukar. Si dia ketawa kecil. "Aha, what?" aku tanya, turut sama ketawa kecil. "No, nothing," dia balas. Kemudian si dia bingkas mengalihkan badannya dariku. Lantas duduk antara dua sujud di celah kangkangku. Tatkala tuala nipis si dia melurut dari tubuh, aku segera merangkul pinggulnya sambil berkata dalam hati, "There's no doubt anymore."

The other I (15)
"You seem upset. What happened?" dia tanya melihatkan keadaan diriku yang tidak terurus. Bilik bersepah dengan memori yang masih harum baunya serta nota-nota khayalan yang bertebaran di segenap ruang. "Nothing," aku berpura-pura tiada apa yang berlaku. Dia menghampiri, merenungku lama. Cuba membaca riak wajahku. Aku masih membatu, tiada reaksi.
"Jung berkata, kesunyian sebenar wujud apabila seseorang itu gagal untuk berkongsi perkara penting dalam hidupnya," aku bersuara, merungkaikan apa yang bermain di fikiran. Melempiaskan apa yang terbuku dalam hati. "But you still have family and friends. You still have me, and you always will," dia balas separa memujuk. Dia selalu tahu bagaimana untuk menyelesakan hati aku. "But they don't understand me," aku kata, "That's the problem."

"I'm surrounded by idiots, and I find that unacceptable," aku tambah. Dia geleng kepala, tanda tidak bersetuju. "When you don't feel connected to other people, doesn't mean they're stupid." Katanya, aku harus menghargai atau sekurang-kurangnya, mengakui kewujudan manusia sekelilingku untuk merasai apa yang dipanggil kehidupan. Blend in, ujarnya lagi.
"Of course you feel lonely when people don't subscribe to your opinion about life, religion, social interaction and whatnot. You feel isolated. You feel stranded. You feel useless," dia tambah untuk menyokong kata-katanya sebentar tadi. "But I don't need other people to prove my existence," aku balas ringkas.
"No, I mean in this context, you have to admit you're still lonely," dia sambut. Aku cuba untuk tidak mempedulikan kata-katanya. Cuba untuk lari dari kenyataan. Separa sedar, aku masih tidak mahu bangkit dari selimut penafian. Kadangkala aku tidak tahu samada aku gembira, atau sedih, atau apa. Segalanya berpatah balik kepada sebuah persoalan mudah, iaitu pilihan. Mungkin aku sendiri memilih untuk bertemankan kesunyian.
"You can keep dreaming if you want to, but you know the fact that life is not a fairy tale," dia tersengih, mengingatkan aku kepada ayat yang aku sendiri sering ungkapkan.
Ahad, 5 Februari 2012
My sweet patootie
Bosan. Tiada tujuan. Petak pertama. Buku. Draft. Komunikasi. Wajah. Perbualan. Officemate. Weekly report. Mundane. Safe. Tiada catatan. Nota imaginasi. Sibuk dengan ilusi. Afraid of commitment. Fall in love too easily. Rarely say sorry. Love to smile. Malas. Tangguh.
Khamis, 2 Februari 2012
The other I (14)
“Go apologize,” dia bersuara, tanpa ragu-ragu. Berkeras dan cuba mempertahankan tindakanku, aku balas, “Never.”
“Come on, you said awful things to her. It’s not entirely her fault and you know it,” dia balas semula. “I know, but it just hard for me to say---”
“To say what? Sorry?” Dia mencelah, mematikan kata-kata aku. “Why? Does your so-called massive ego stopping you?”
“You saw it too, huh?” aku ketawa kecil, cuba untuk mengalihkan perhatiannya dari terus melucutkan kebenaran. “It wouldn’t kill you to treat her with a little more respect. She helped you a lot, remember?” dia kata. Aku terdiam seketika. Cuba menghadam sedalam-dalamnya. Ternyata Hubris yang masih tebal melingkari mengaburi pertimbangan rasional aku.
“Okay, fine. I’ll do it. Just give me some time,” aku sambut.

Waiting on the shelf
“Don’t leave me again, will you?” dia kata dalam nada paling hiba. “I’m tired of waiting. I don’t belong here.” Aku lihat harapan dalam jernih matanya. Harapan yang tidak pernah luput, namun semakin menipis. Serentak itu, dia mengusap rambut aku, perlahan-lahan. Tangan lembut yang tidak pernah gagal menundukkan ego aku. Renungan dibalas renungan, mata bertemu mata, kami masing-masing kehilangan kata-kata. Bagaimana bisa aku ungkapkan sebuah lafaz, tanpa menggigil, tanpa gentar, tanpa lafazku kehilangan makna di hadapannya?
“I know,” aku balas, cuba memujuk. “But you have to wait,” aku tanpa sedar, sedang menghulurkan sebuah harapan kepadanya untuk digenggam. “For how long?” dia mahukan kepastian. “You know I can’t wait for you forever. What if---“
“Don’t say that,” aku segera mencantas. Aku ternyata takut untuk dihidangkan sebuah kebenaran. Kebenaran yang bakal menghancurkan hatiku, barangkali. “I promise,” aku luahkan sebuah perkataan yang jarang sekali terpacul keluar dari mulutku, “I'll come back tomorrow.”
“But until then, you’ll leave me groping around in vulnerability and uncertainty,” setiap kali mulutnya berbicara, hatiku bagai disentak keras. Kebenaran adalah binatang buas yang sedang membaham aku ketika ini. “I have no choice, my dear.”
Dengan itu, aku berlalu pergi. Takdir, harapan, peluang dan masa, kini serta-merta terbeban di bahuku. Meninggalkannya terkontang-kanting sendirian bukanlah sesuatu yang boleh aku banggakan tetapi aku tiada pilihan lain. Aku lempar jauh-jauh segala kesangsian yang bersarang. Aku hanya mahu mengingati matanya yang sering merenung manja. Senyuman yang meredupkan hatiku. Suara yang mampu membuatkan aku terlena nyenyak.
Seawal mungkin, seperti yang telah dijanjikan semalam, aku segera mendapatkannya. Aku berulang kali meyakinkan diri sendiri, “She’ll be there. She’ll be there. She’ll be there.” Aku mahukan pengakhiran yang indah. Pengakhiran yang memberi titik noktah kepada penantian yang mengongkong dan menjerut jiwa kami berdua.
“You’re here,” terasa seluruh kosmos bergema tatkala dia memulakan kata-kata. Aku tersenyum mendengarnya. Dia membalas semula dengan sebuah senyuman yang paling menawan. Aku memeluknya. Hangat tubuh kami bersatu menerbitkan sebuah perasaan selesa antara satu sama lain. “I'll never leave you again,” aku kata dengan perasaan yang tidak tertahan lagi.
Aku kemudian memimpin tangannya berjalan beberapa langkah. Membawanya pulang bersama, memanjat tangga realiti. Jadi sampai sahaja di depan kaunter, cashier bertugas bertanya kepadaku, “Membership card ada?” Aku geleng kepala.
“RM32.90,” tertera di skrin sambil cashier itu menyebut harga dan membungkus buku tersebut dalam plastik.
“You’re mine now. We're going to have so much fun together, my dear."
Rabu, 1 Februari 2012
I said, oh my!
I went to Ipoh last Saturday. Pergi bersama seorang kawan, merayakan hujung minggu dengan merayau-rayau mencari buku untuk dibeli dan aku juga berhajat untuk menjamah mee kari bersama seorang lagi kawan rapat pada malam harinya. Kebetulan, pada hari yang sama, ulangtahun pertama projek kolektif yang diberi nama Projek Rabak disambut di sebuah tempat - berdekatan Medan Gopeng - dipanggil P.O.R.T. (singkatan kepada Place of Random Talent). Jadi kami singgah sebentar untuk merasai suasana sambutan. Bahu jalan sesak, menyaksikan deretan kereta diparkir tidak teratur. Dan dari jauh, terlihat kelibat entah siapa sedang membuat persembahan di atas pentas ketika itu.
"Nak masuk ke taknak?" aku tanya pada Hazrul, sewaktu kami hampir tiba di pintu masuk. Perasaan berbelah bagi tiba-tiba menjengah. Aku tidak pasti apa atau mengapa tetapi mungkin, acara sebegini tidak begitu menepati jiwaku. Aku cuba larut dalam persekitaran dan keramaian, tetapi gagal sama sekali. Selaku pseudo-antisosial, aku seperti kebiasaan, lebih gemar memerhati gelagat manusia lain dan membunuh mereka di dalam persepsi minda. Malah dengan hakikat betapa aku dikelillingi beberapa orang remaja hipster, membuatkan aku berasa tidak selesa untuk berkomunikasi.
Sejujurnya, aku tidak mengenali seorang pun yang berada di situ kecuali Jay dan beberapa wajah yang sering aku terserempak tatkala berkicau di laman Twitter. Perkara pertama aku lakukan ialah melilau sekali lalu melawat ruang jualan yang kebanyakannya, bagi aku, diselubungi aura kebosanan. Selain itu, terdapat juga beberapa karya seni yang dipamerkan di dalam bangunan utama, namun aku kurang berminat untuk melawat dan menjenguk.
Aku ambil keputusan untuk beredar setelah tidak sampai 15 minit berada di situ, tanpa menunggu persembahan beberapa orang artis pada sebelah malam. Tanpa tangan kosong, aku turut membawa pulang sebuah majalah Opsyen yang diberi percuma kepada setiap pengunjung dan juga dua naskhah buku berjudul Sayap-Sayap Patah dan Jiwa Berontak, kedua-duanya hasil karya adaptasi.
Sehingga kini aku masih bingung dan tiada jawapan kenapa hati aku terdetik untuk membeli kedua-dua buah buku tersebut. “Oh God, why?”
Langgan:
Catatan (Atom)