Isnin, 27 Februari 2012

Come up to meet you, tell you I'm sorry

Menyelak kembali tulisan-tulisan lama yang terperap dalam simpanan, aku tidak tahu untuk beri reaksi apa. Terasa seperti mahu ketawa, dalam masa yang sama terasa seperti mahu menekup muka menahan malu, dan dalam masa yang sama juga terasa seperti mahu tersenyum sepanjang hari.

Betapa jauh tulisan-tulisan tersebut membawa aku sehingga ke saat ini, adalah sesuatu yang tidak terungkap oleh kata-kata. Jika ada manusia mahu melihat gambaran halus mengenai diriku tiga atau empat tahun lepas, I’ll simply let them read my previous writings. Oh who am I kidding, sudah tentu tiada siapa akan dapat membacanya melainkan…

Jadi dalam himpunan tulisan yang ada, salah satu daripadanya menarik perhatian aku. Sebuah tulisan jawab balas ditujukan kepada seseorang yang datang menghentam idea aku. I was writing something about school editorial board or something, and she begged to differ. She even thinks that my whole idea was plain stupid.

I never told anyone about this, but I was shivering inside out when I received such comment from her. Not that I’m scared or what, I just feel like, “Whoa, is this for real?”

Dengan penuh naïf, aku balas komen tersebut dalam sebuah tulisan, dengan harapan untuk mematahkan hujahnya. Sehinggalah aku kembali membaca tulisan jawab balas tersebut, and I have to admit, I was wrong.

Ini secara tidak langsung membuatkan aku teringat sebuah peristiwa ketika masih menuntut di kolej. I once wrote something about my classmates. Until later that night, Fatin texted me, “Why did you write such thing?”

“Tulis apa?” aku balas, tanpa mengesyaki sesuatu yang tidak kena. Yes, I wrote something quite offensive and a bit harsh about them but it was never my intention to offend anyone. Aku sekadar meluahkan apa yang aku rasa, dengan tidak mempedulikan kesannya kepada manusia lain.

Fatin memaksa aku untuk meminta maaf dan menurutnya lagi, Nadzirah merasa kecil hati dengan tulisan itu. Sudah tentu aku berkeras tidak mahu meminta maaf. Sebelum itu, Nadzirah terlebih dahulu tersinggung dengan tindakan aku keluar menonong sewaktu mesyuarat untuk program amal anjuran kelas sedang berlangsung. See, my I-don’t-give-a-fuck-attitude gave me a lot of trouble back then.

Aku bayangkan segalanya telah selesai dengan aku mengambil keputusan untuk memadam tulisan tersebut. Aku juga, secara serius, sudah melupakan hal itu.

Suatu hari, hanya kami berdua di dalam kereta, sewaktu dalam perjalanan menghantar aku pulang ke rumah selepas melawat beberapa buah rumah anak yatim terpilih (atas tujuan program amal), Nadzirah bersuara, " I think you owe me an explanation."

To which I replied, probably the silliest thing I've ever said, “Yup, I know. Don't worry, I'll explain later."

I could say sorry right away, but as God is my witness, I chose to be egoistic. In fact, up until now, I never apologize to her.

Tiada ulasan: