Isnin, 31 Disember 2012

365daysofstatic (2)

Tahun ini
penuh dengan
warna-warna kusam.

365daysofstatic

Buang masa, bak kata seorang kawan tempoh hari, sewaktu kami berborak mengenai sambutan tahun baru. Katanya lagi, tersadai dalam kesesakan trafik, kemudian berlegar-legar mencari kawasan parkir, bersesak-sesak dalam lautan manusia, hanya sekadar untuk menikmati konsert percuma atau pertunjukan bunga api, bukan lagi sesuatu yang menyeronokkan.

We're getting too old for this shit, kata salah seorang daripada kami.

Mungkin definisi keseronokan kami (atau mungkin cuma aku) sudah berubah. Siapa sangka Razin yang suatu ketika dahulu kaki futsal, kini sudah menjadi kaki pancing tegar. Cahir pula semakin larut dengan kerja. Amir tak habis-habis dengan aktiviti touge. Manakala aku, sedang sibuk memenuhkan rak dengan buku-buku.

One way or another, I guess, we've changed.

Sabtu, 29 Disember 2012

Did you see that ludicrous display last night?

Kurangnya komunikasi dengan manusia lain, bermakna aku punyai lebih masa untuk menulis. Tiada hati yang perlu dijaga, tiada jiwa yang dahagakan perhatian, dan tiada perbualan untuk dibazirkan.

Cuma di waktu-waktu lapang, minum petang atau makan malam, aku dan beberapa orang kawan akan duduk berbual di meja makan sambil bertukar-tukar cerita dan bergelak ketawa.

Dan di waktu-waktu tertentu, kami akan meluangkan sedikit masa dengan mengunjungi pawagam untuk menonton filem-filem terkini.

Walaupun aku tidak (kurang sebenarnya) terhibur dengan kebanyakan filem yang kami tonton bersama, namun aku berusaha jegilkan mata menatap layar skrin demi menghormati sebuah konstruk sosial.

Aku berdoa agar tidak terlena sewaktu menonton CZ12 kelak.

Meaningless tautology

Takut sebenarnya bila diajak berbicara mengenai cabang-cabang falsafah tentang, sebagai contoh, kehidupan, kematian, penulisan dll.

Kerana aku lebih selesa untuk mendengar, apatah lagi aku sendiri tidak lincah berkata-kata. Malah aku percaya, seni meminjamkan telinga ini bukan semua orang boleh buat.

Seringkali terjadi, apa yang ingin aku luahkan, tidak terungkap di mulut. Segala-galanya berlegar-legar dalam hati, tanpa susunan yang teratur, tersekat-sekat untuk keluar.

That's why I'm trying hard to keep things simple here. Menulis sambil berharap tidak wujud terlalu banyak percanggahan falsafah dan pegangan dan pedoman dan definisi tentang kesunyian, kehidupan dll.

Meskipun sesetengah daripadanya mungkin diulang-ulang dengan kadar tidak masuk akal.

Jumaat, 28 Disember 2012

Lost track

Salah satu sebab mengapa aku mengambil keputusan untuk tidak menyambung atau mengolah semula rangka novel yang aku bina, adalah kerana tidak mampu mengekalkan idea sedia ada, dalam acuan yang aku mahu.

Sudah tentu, cita-cita untuk memiliki sebuah novel tulisan sendiri masih lagi sesuatu yang mengujakan. Apatah lagi peluang sudah diberi oleh mereka yang, setidak-tidaknya, percaya dengan kebolehan aku.

Well maybe some other time. Or never.

Kanak-kanak kegemaran

Ada mitos dalam rumah ini, yakni setiap kali Ihsaan dan Haikal gunting rambut, mereka akan menjadi lebih nakal. Tak pasti sama ada mahu percaya ataupun tidak, but sometimes they do act a little strange.

Atau menjadi hiperaktif, lebih tepat lagi.

Sekarang mereka sedang menikmati hari-hari terakhir dengan bermain permainan video hampir setiap hari sebelum sesi persekolahan dibuka minggu depan. Haikal bakal memulakan darjah 1, manakala Ihsaan pula darjah 4.

I can't keep up with them anymore. Minggu lepas, Haikal kalahkan aku dalam perlumbaan Need for Speed: Underground 2.

Selaku seorang yang, satu ketika dahulu, sangat mahir dan digeruni dalam permainan multiplayer Call of Duty 4, kalah kepada kanak-kanak 7 tahun adalah sesuatu yang terlalu tragik.

I have brought the meaning of humiliating defeat to a whole new level.

Pieces of what?

Had a terrible morning breakfast. It takes a lot to gross me out, but no, not this time. Terjumpa bendasing dalam pinggan, menyebabkan aku terpaksa berhenti mengunyah separuh jalan.

And that reminds me to find a new breakfast spot tomorrow morning.

Khamis, 27 Disember 2012

Inconsequential anecdotes

I
Realiti adalah sesuatu yang menakutkan. Mimpi juga. Aku masih ingat sewaktu kecil, pada satu malam, aku mengalami mimpi buruk. I woke up and barged into my parent bedroom. They comfort me. Now I'm a grown man, not a kid anymore. With no one to turn to.

II
I'm not feeling very well. I think I might have come down with flu. Aku jarang jatuh sakit. Kalau ya pun, mungkin cuma setahun sekali. Namun bila ia terjadi, aku akan terlantar lemah tidak kurang daripada seminggu, tidak berdaya menjamah apa-apa makanan, muntah dengan kerap dan berhalusinasi tanpa henti.

III
Embrace the circle of friend. I have the need to share things with them. Maybe not in a massive scale. I mean, how can I not participate in keeping balance of the universe. It's a must.

The meeting place

I think I have found the perfect bakery that makes my favorite chocolate chip muffins. Telah pergi membeli di tempat yang sama buat tiga hari berturut-turut.

The smell of freshly baked muffins? Irresistible.

Go complex

Aku tidak mampu wujud di dalam setiap medium laman-laman sosial. Switching from one to another, it's effing exhausting.

Punbegitu, sejujurnya, ia menyeronokkan. Melihat dan menganalisa perilaku manusia-manusia berkicau dengan penuh rasa narsis (secara sedar atau tidak), sambil sekali-sekala mencelah untuk menjadi sebahagian daripada kitaran yang dipanggil komunikasi dua hala.

I'll be back, because what's Life without a little bit of chaos, no? But for now, I want to lay low for a while and I desperately in need of a rest.

Dinosaur in the room

I might have not been supportive when Sarah brings home her PMR result. All I can think of was, "Ala, nasib je tu."

9 straight A's, I mean, that's her greatest academic achievement so far. Closest to that, was me, back in 2006, when I scored 6 A's.

Tetapi kerana terlalu sibuk menjadi setan ketika tingkatan 4 dan 5, aku gagal dua subjek elektif dan tidak mendapat A untuk mana-mana subjek dalam peperiksaan SPM.

Apa-apapun, itu cerita lama. And now, it wasn't about me anymore.

Deep inside, I feel happy for her. Good luck in your future, kiddo!

Rabu, 26 Disember 2012

Pseudo-vagabond (5)

Tepu dengan rancangan-rancangan bodoh di kaca tivi, aku ambil keputusan untuk mengejutkan Amir daripada lena. Selang lima minit kemudian, dia keluar dari bilik, dengan muka tak cukup tidur.

Jarum menunjukkan pukul 1 petang, sewaktu aku melihat ke arah jam dinding. Maka tak hairan perut aku begitu lapar.

"Nak makan dekat mana?" aku tanya sebelum menyambung, "Tapi sebelum tu kena cari tiket balik dulu."

"Carl's Jr.?" Amir tanya aku semula.

Okay, aku balas, kerana aku sendiri tiada idea untuk menu tengah hari. I always end up in the same situation, hungry like fuck but don't know what and where to eat.

Kami tiba di hadapan kaunter hanya untuk mengetahui bahawa tiket perjalanan untuk hari Ahad sudah habis. Paling awal pun, pagi Isnin.

"Naik dekat Pudu ada?" Aku tanya, masih mencari jalan untuk pulang.

She handed me the ticket. Pukul 8.30 malam. Cool, I said to myself, that will buy us some time.

Pukul 4 petang, kami masih di dalam kereta menuju ke tengah kota untuk makan tengah hari yang tertangguh. Hujan turun tidak menentu. Kadang lebat, kadang renyai.

"Bayangkan kalau kita baru nak pergi BBW hari ni. Mesti penuh macam setan," aku kata.

"Kalau tak jem, bukan KL la," Amir geleng kepala. Kami berdua mulai longlai, dan bosan. Tersadai sejam lebih dalam kesesakan trafik. Sehinggakan poster iklan McD yang terpampang di tiang-tiang LRT kelihatan sangat sangat sangat menyelerakan.

Wordless what? (18)

(R)evolve

Setiap hujung minggu, kita tinggalkan segala masalah dan kerenah, datang ke sini, duduk di atas bangku kegemaran, melihat manusia berjalan melintasi.

"Don't worry," kau bisik ke telingaku. "They can't see us."

"Really?" Nadaku ragu-ragu.

Kau angguk perlahan. "As long as you make yourself scarce, they won't notice you. Now, it's just us."

"So..." aku hela nafas sebentar, memikirkan ayat sambung, "We practically denying other people's existence? It just doesn't seem right."

"Well, that's one way to put it, I guess. But get this, imagine we're living inside a very large circle. You, me and other people. In order to avoid contact with them, we have to make a smaller circle, with just you and me. Romantic, isn't it?"

"What if I draw a circle with me in it, alone? That means--

"Solitude?" Kau cantas. "No, it doesn't work that way."

"But why?"

"Because you have to be outside the whole circle, that's why."

Selasa, 25 Disember 2012

Pseudo-vagabond (4)

Terlelap sewaktu sedang ralit mencabut tanda harga daripada kulit depan dan belakang buku. It's disastrous, you know. Tanda harga celaka yang sukar ditanggalkan tanpa meninggalkan sebarang kesan.

Terjaga sekitar pukul 10 pagi. Yes, I know, it's bloody Sunday. What the hell am I doing up so early, considering I only went to bed around 6 am.

Aku cenderung untuk bangun awal, walau selewat mana pun aku masuk tidur. Ia tabiat yang, aku kira, saling berkait dengan masalah insomnia yang aku hadapi sewaktu menuntut di kolej.

And yes, I'm a light sleeper. And I'm pretty sure I don't need 9 hours sleep. Apa yang aku perlukan adalah tidur yang selesa, dalam lingkungan 5 jam, dan aku akan bangun tanpa sebarang masalah.

Perut lapar, maka aku ke dapur untuk mencari makanan. Amir pesan, kalau lapar, ada telur dan megi. I'm in no mood to cook, jadi aku capai sekotak Ferrero Rocher dalam peti sejuk, buka suis tivi di ruang tamu untuk melenyapkan suasana bisu.

Di atas meja ruang tamu ada leftover sandwich (if you're a devout fan of How I Met Your Mother, you should be familiar with the reference), so I took a puff or two, only to find it is tastes bad. Real bad.

We, me and my housemates, used to own a hookah, back when we were still studying in Seri Iskandar. Terasa syurga, dapat melepak beramai-ramai, mendengar dan bercerita mengenai hal-hal seharian dan kisah-kisah hidup yang tidak pernah habis, sambil menghembus asap berkepul-kepul memenuhi segenap ruang tamu.

O, what a pleasant memories.

Sabtu, 22 Disember 2012

Pseudo-vagabond (3)

So we headed back to Shah Alam around 5 in the morning. Jalanraya sepi, kenderaan kami dipandu laju dan sesekali bertembung dengan kelompok besar penunggang motosikal tergesa-gesa menongkah arus trafik secara menyongsang.

"Wujud lagi mat rempit rupanya," aku kata, segera membuatkan aku kembali bernostalgia dengan kebodohan diri sendiri satu ketika dahulu.

Tiba di Seri Hijauan, disambut oleh wajah lesu pengawal keselamatan warga Nepal. By the time we reach the doorstep, I was greeted warmly by typical 'rumah bujang' vibe. Amir tinggal seorang diri, jadi aku faham mengapa bungkusan McD beberapa hari lalu masih berada di atas meja.

Kami habiskan masa yang bersisa dengan menonton siaran ulangan perlawanan bola sepak kelab kurang ternama, berbual kosong di ruang tamu mengenai hal-hal tidak penting dan bertanyakan soalan-soalan dungu yang tidak masuk akal.

Aku masuk tidur bersama-sama buku-buku baru. Mengantuk macam mana pun, ada pelekat tanda harga yang perlu dibuang terlebih dahulu. I really really hate those annoying price stickers.

Pseudo-vagabond (2)

"Bapak ah pukul 1 pagi," teks balas daripada Amir bila aku pelawa dia ke jualan Big Bad Wolf lewat tengah malam. Aku beritahu aku akan turun di Shah Alam, lebih kurang pukul 11 malam.

But I was wrong. Took me five friggin' hours to arrive. Aku sudah lupa berapa kali aku tidur kemudian terjaga kemudian tidur kemudian terjaga. At one point, I think I can't even feel my legs anymore.

We had our late-night dinner at Murni, kemudian bergegas ke acara jualan dengan hati senang dan perut kenyang. Untuk rekod, ia merupakan kali pertama aku mengunjungi jualan BBW. Tahun sebelum dan sebelumnya tak berpeluang kerana masih lagi, well kau tahu, bergelut dengan kehidupan sebagai seorang pelajar. Effing broke all the time. Maka idea membeli buku-buku (walaupun murah tahap dewa) seakan-akan tidak relevan ketika itu.

Pukul 1 pagi, tiba di pintu masuk, dengan perasaan tak tahu di mana untuk bermula. Jadi aku bertawaf dengan kitaran tidak tentu hala, dan membelek satu per satu buku yang disusun (walaupun berterabur sebenarnya?) dengan harapan dapat menemukan sesuatu yang bagus untuk dibawa pulang.

Walaupun tidak bertemu dengan apa yang dicari, I found something equivalently good though. Dalam timbunan buku entah apa-apa, aku menemukan Auster, Rilke, Beckett, de Bono dan beberapa yang lain.

Aku pulang sekitar pukul 4 pagi, letih mengusung kotak, mata tak larat celik, Amir hampir terlena menunggu aku di perkarangan pintu keluar, dengan bungkusan beg plastik mengandungi 16 buah buku baru.

"I is happy," aku bisik dalam hati.

Endless loop inside my head

Aku sedang melalui kebosanan yang seakan tidak berpenghujung. No, not going to write another useless notes telling how devastated I am right now. But I sense I'm going to anyway.

So here's the thing. This is not what I expected when I graduated from college. A dull life with enough money (at least for now) to huha-huha with friends, beli barang-barang kegemaran secara pukal, makan sedap-sedap, bayar bil-bil utiliti dan tidak lupa juga, menyimpan sedikit amaun di dalam bank.

It's like I finally reach my comfort zone (again, at least for now). Adakah ini yang akan aku tempuhi untuk jangka masa panjang?

Rabu, 19 Disember 2012

Pseudo-vagabond

(Mungkin) akan ke rumah seorang kawan di Shah Alam hujung minggu ini. Rancangan utama adalah untuk berkunjung ke acara jualan Big Bad Wolf. Tak berharap apa sangat memandangkan pilihan-pilihan buku, bak kata seorang kawan, 'macam tak kena dengan selera kita'.

Selain itu, bercadang untuk berjumpa dengan Dish, mengutip buku Kereta Tidur daripada bos Jargon dan berjumpa dengan seorang lagi manusia lain untuk menyerahkan buku kepunyaan aku kepadanya.

I thought I had it all planned out, but actually... no, not really.

5:43 PM 15 Dec 2012

Selasa, 18 Disember 2012

Zilch

Sepertinya aku telah jatuh cinta, atau barangkali ini hanyalah satu lagi contoh klasik yang dipanggil false alarm. Entah apa pengakhirannya, aku tidak tahu, kerana kitaran bertanyakan soalan yang sama (demi menuntut sebuah jawapan daripada diri sendiri), nampaknya seakan tidak membuahkan sebarang hasil.

And then, moment of clarity hit me like... real hard.

Jadi aku cuba menulis sesuatu, untuk menzahirkan perasaan yang tiada namun seperti ada (atau ada namun seperti tiada?). Tetapi cubaan untuk menulis nota-nota sappy tentang rasa cinta terhadap manusia lain, sambil mengabaikan nilai narcissistic, ternyata gagal sama sekali.

Ergo, I did not fall in love.

Khamis, 13 Disember 2012

Dear God, please forgive me for I have sinned

I can't believe what I've just said this morning.
God has given me the wrong pair of shoes,
& I don't know what to believe in anymore.

Isnin, 10 Disember 2012

Let me go back to sleep

Am I an anti-social? I asked myself. Possibly the lamest question ever. I don't know. Uh-uh, I can't be sure. Am I, really? I dropped the same question, to which I have not yet been able to answer.

I'm not even offended or devastated if that's what people really think of me. Malah aku merayakannya sebagai salah satu bukti kewujudan aku di mata manusia-manusia lain. Dan lebih penting, label-label yang terpalit ini, aku percaya, adalah refleksi spontan terhadap lambakan stereotaip yang wujud di sekeliling aku, dan kita semua.

Benarlah kata Kierkegaard, once you label me you negate me.

Sabtu, 8 Disember 2012

Imprudent (2)

"How many times have I told you that you should mind your own business. You can't just willy nilly jump into other people's space," Jimi said.

"It's a one time thing. I thought it'll be fun," was my answer.

"You don't even like other people--

"I don't like some of them," I replied.

"Okay, well, some of them. So why bother wasting time on something or someone you know so little about? Did you not remember what used to make you so happy? The fact that you can write almost anything you want. Playing with words in your head, writing sloppy notes about your daily life, even most of it are poorly written. But you don't care, at all. Because you don't write to impress other people. Writing, as you never tire of pointing out, has always makes you feel alive.

Imprudent

"I guess we're different in the same way, Jimi. Kau tahu, betapa aku meraikan kewujudan manusia-manusia yang mempunyai pandangan berbeza-beza terhadap diri aku. It doesn't matter what they think of me. Kerana aku cuma mahu tersenyum girang, ketawa seorang diri, supaya mereka tahu bahawa aku tidak pernah peduli."

Jimi hanya mendengar. Sesekali mengangguk, entah setuju atau tidak.

Khamis, 6 Disember 2012

My propeller

Kita lena berbaring di atas katil, sementara
kehidupan berlalu; tidak menunggu sesiapa.

Anjing-anjing menyalak sahut-menyahut,
baju dan seluar kotor di atas lantai bilik,
pintu-pintu rezeki terbuka luas, dan kita
masih lagi bergomol dalam lumpur dosa.

Dan di sebalik selimut nipis ini, dengan
jemari halus kau berehat di pinggulku,
kita berkongsi kedinginan yang sama.


10:14 PM 06 Disember 2012

Happened today

Sudah menjadi kebiasaan aku untuk tidak mengambil sarapan pagi, kerana aku lebih selesa dengan konsep brunch. Mengalas perut supaya tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang, sekurang-kurangnya, sebelum tiba waktu makan tengah hari.

Walaupun pemahaman aku mengenai konsep brunch sedikit juling, tetapi itu tidak mengapa. As long as I don't have to eat anything so early in the morning, I figure I'll be just fine.

"How do you like your not-so-morning nasi lemak?" Jimi tanya sewaktu kami sedang menunggu nasi lemak dihantar ke meja makan.

"I don't know," aku balas. "Maybe with cute girl serving it to me."

Rabu, 5 Disember 2012

Make room for procrastination

Sudah tiga minggu (lebih?) berlalu tanpa aku membaca apa-apa buku. Kalau ada pun, sekadar baca-baca ayam, dan kemudian berakhir dengan aku merungut kepada diri sendiri kerana telah membaca sesuatu yang menjenuhkan.

Pick up a book and read it. How hard is that, I asked myself.

Ahad, 2 Disember 2012

I may have made a mistake

Ideanya begitu mudah. Melompat dari satu blog ke blog yang lain secara rawak, tinggalkan emoticon smiley di ruangan komentar di salah satu tulisan tanpa peduli untuk membaca isi kandungannya...

... and voila!

Now I'm starting to see traffic pouring like hell into this sacred blog.

Sabtu, 1 Disember 2012

Lousy advice

Bila seorang kawan bertanya bagaimana untuk menulis dengan lebih baik, aku tanpa segan silu berkata, banyakkan membaca. To be honest, she asked the wrong question to the wrong person at the wrong time. Kerana aku sendiri tidak mampu memberikan pertanyaan itu sepenuh justifikasi.

Khamis, 29 November 2012

Bertemu kawan lama dalam mimpi

Untuk dua malam berturut-turut, mimpi yang seakan-akan sama datang bertandang. Aneh, kerana mimpi-mimpi aku selalunya dipenuhi imej-imej dan babak-babak yang langsung tiada kaitan atau tali-menali antara satu sama lain. Seperti montaj-montaj tidak masuk akal, dicantumkan sesuka hati, membawa aku melompat dari satu tempat ke satu tempat yang lain, tanpa tujuan yang jelas.

Aku menganggap mimpi adalah kerja bawah sedar, yang indah. Kerana aku adalah manusia yang terlalu banyak berfikir (atau berkhayal?); memainkan beratus-ratus situasi, mencampurgaul perbualan-perbualan daripada siri tivi dan filem kegemaran, membina watak-watak imaginasi setiap hari.

Dan aku percaya, sebahagian kecil khayalan ini kadangkala terzahir melalui mimpi.
(notetoself: Syamira muncul di dalam mimpi, dengan wajah ceria. Fatin and Kiki was there too? I can't be sure.)

Rabu, 28 November 2012

Menulis tentang menulis

Aku mahu keluar makan malam, tetapi kerana ada dua tiga draf tulisan yang perlu disiapkan, jadi makan boleh tunggu dulu.

Kau tahu, aku rindu untuk menulis begini. Tentang hal-hal (yang nampak macam) tak penting. Hidangan apa yang aku makan untuk sarapan, makan tengah hari, makan malam. Butir-butir perbualan dengan kawan-kawan yang aku alihkan ke dalam bentuk tulisan. Dan juga pemerhatian liar mengenai apa yang aku lalui, lihat, dengar, alami sepanjang hari.

Menulis perkara-perkara kecil bikin aku berasa gembira. Apatah lagi menulis mengenai manusia/perkara kegemaran. Segalanya seperti tidak dipaksa-paksa dan tulisan yang terhasil, membuatkan aku begitu senang sekali membacanya (that's the whole point of me writing, I'm the one who's going to read anyway).

I used to write series of anecdotes, lotsa them. Namun bila dikenang semula, ketagihan itu berpunca daripada diri sendiri, dengan tangan yang tidak pernah lekang dengan telefon bimbit hampir 24/7. Call me a hipster, tetapi aku adalah manusia yang menaip on-the-go, sebelum kehadiran telefon pintar yang kini bersepah-sepah di pasaran.

Yes, mobile blogging at its finest.... with effing slow internet connection.

Ahad, 25 November 2012

You know why I hate meeting (new) people?

"Kau tak boleh wujudkan karakter dan personaliti seseorang tanpa bertemu terlebih dahulu. Semantically, that's just bloody absurd. Kerana bayangan yang kau bina terhadap seseorang itu selalunya berpandukan anxiety atau curiosity semata-mata."

I asked him, "Why not? By doing so, I could anticipate every single conversation and situation. In other word, I'm taking control of every possible outcome."

"Secara harfiah, mungkin itu jalan paling mudah untuk memahami bagaimana setiap perkara dalam dunia ini berfungsi, dengan bantuan imaginasi dan logik akal dan nilai-nilai empirikal. Tetapi kau tetap akan terperangkap dalam kitaran yang tak sudah-sudah. Kau terpedaya dengan kebimbangan yang tidak berasas."

"Jadi aku kena terima hakikat bahawa imej-imej, persepsi, perbualan dan situasi yang aku cipta itu hanyalah untuk mengatasi rasa kurang selesa berhadapan dengan manusia lain?"

"Yes, and you have to admit that some things in life are just out of your control. Tanya diri kau soalan wujudiah ini, adakah kebenaran yang kau genggam ketika ini, ialah kebenaran dalam erti kata sebenar? Jika kau anggap kebenaran yang kau cuba selit dan tampal di setiap permainan imaginasi sudah mencukupi, datang pula persoalan lain. Adakah ia sesuai untuk diaplikasikan ke dalam situasi realiti sebenar? Atau kau sebenarnya masih dibuai-buai imaginasi berat sebelah? Trust me, you're not fooling anyone but yourself. The images created in your head will soon fall apart when you meet them face to face."

(Half of) first world problem

Sabtu, 24 November 2012

A gazillion thanks

I received a books given by Dish just now. Dan aku sangat berterima kasih atas pemberian Immortality, The Taqwacores and The Suitcase.

Buku-buku yang telah sekian lama menghuni bakul wishlist, akhirnya berada di tangan untuk dibaca. Punbegitu, Immortality bukanlah percubaan pertama aku membaca Kundera. Sebelum ini aku pernah bermula dengan The Unbearable Lightness of Being, namun entah di mana silap, aku tidak menemukan magis tulisannya.

(Perenggan ini sepatutnya diisi dengan unnecessary remarks tentang Michael Muhammad Knight dan Dovlatov dan lain-lain, tetapi oleh sebab aku malas tahap dewa, maka...)

Dish, if you're reading this, your concise letter has influenced me, in one way or another. And now I'm thinking of doing the same thing.

Jumaat, 23 November 2012

Mencari alasan

Seorang perempuan, berminat untuk membeli buku Kafka on the Shore dan Norwegian Wood kepunyaan aku. Kebetulan aku ada extra copy (less appealing cover, but I wouldn't say ugly though), maka aku fikir lebih baik aku jual kepadanya dengan kadar separuh harga.

Truth to be told, I would've given it for free if...

I said okay, cool. So I gave her my account number. But then she said she'd rather meet up than doing online transaction.

She asked if I'm coming to the Big Bad Wolf sale. I said I'm planning to go but haven't decided on date yet.

Stupid me, I should just stick to the original plan. Dia bayar, aku pos, dia gembira, aku gembira. Tapi takpelah, aku pujuk diri sendiri. There's no harm in meeting new people.

You know, there's a reason why I prefer online transaction. Because I never want to meet her. And yes, that's the beauty of it.

Rabu, 21 November 2012

The state of doubting oneself

Membaca sebuah nota permenungan seseorang di laman Goodreads, membuatkan aku kembali menyelongkar segala-galanya yang pernah aku tulis di sini.

Terlalu banyak nota sia-sia dan fiksyen buang masa. Mungkin aku begitu terdesak, ingin membawa setiap satu momen ke masa hadapan.

"Mustahil," detik hati ini, kadang-kadang.

Khamis, 15 November 2012

Of dinner & pop culture

"Jimi, jom keluar," tepu dengan helaian buku The Curious Incident of the Dog in the Night-Time yang semakin lama semakin bosan, ditambah dengan perut lapar, aku pelawa Jimi makan malam.

"Just the two of us?" Jimi balas. "Well technically, it's not..." aku sambut, "yeah, I guess just the two of us."

"What do you have in mind?"

"Nasi goreng kampung and a little bit of My Dinner with Andre, how's that sound?" aku beri cadangan.

"How about we re-enact the scene in Community, where Abed paid homage to the film while having dinner with Jeff?"

"Even better!"

Isnin, 12 November 2012

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un

Menerima berita kematian Tok di Mekah sebentar tadi, membuatkan aku sedikit tersentak. Setelah hampir beberapa hari Pak Cik - yang menemani Tok mengerjakan ibadah haji - mengirim khabar mengenai kesihatan Tok di sana, aku tidak menyangka bahawa kematian adalah pengakhirannya.

Kerana aku sepatutnya menyambut kepulangan mereka ke tanah air hujung bulan ini. Aku berharap agar dapat berkumpul beramai-ramai di Sungai Petani bersama saudara-mara sambil dapat mendengar mereka bercerita tentang pengalaman ketika berada di sana.

Namun Tuhan tidak mengizinkan situasi itu terjadi.

I'd be lying if I said I wasn't upset. Semoga Tok baik-baik sahaja di alam sana. Al-fatihah.

Half the distance

Seumpama terkurung di dalam mimpi-mimpi yang terputus,
jalan keluar yang wujud adalah dengan menunggu kau
di bawah bayang-bayang pepohon merimbun.

Kata-kata yang tidak lagi memberi sebarang makna
dan puisi-puisi yang kau hembuskan ke telingaku,
masih sembunyi di antara jeda nafas kita berdua.

Aku hanya ingin bersandar di sisi kau semula,
sambil mengusir sedih dan sepi dan rindu.


11:23 PM 11 Nov 2012

Sabtu, 10 November 2012

Fragmen novel(la)

“You’re lucky,” aku kata kepada Nancy sewaktu kami sedang meluangkan masa di ruang tamu. Langit di luar beransur-ansur gelap. Aku toleh melihat jam, sudah hampir waktu Maghrib. Segera aku bangun untuk menutup pintu rumah dan tingkap-tingkap terbuka sebelum beredar ke dapur untuk mengambil segelas air kosong.

Di dalam sinki masih ada lagi perkakas memasak yang belum dibasuh. Hasil dari percubaan untuk memasak, yang kurang menjadi. Ini mengingatkan aku bahawa belajar memasak dari laman YouTube bukanlah idea yang bagus.

Aku labuhkan punggung di sofa. Tivi sedang menayangkan sebuah rancangan masakan yang sudah bersiaran selama lebih kurang setengah jam. Aku sedang menyaksikan sebuah episod di mana pengacaranya menjemput seorang selebriti untuk turut sama membantunya di dapur. Menonton rancangan sebegini membuatkan perut aku lapar. Hidangan yang dimasak juga nampak menyelerakan. Aku teruskan menonton sambil pengacara itu menyebut-nyebut nama hidangan yang sungguh asing bunyinya.

“The best part is, you don’t have to go to work,” aku kata lagi. Dia tidak memberi sebarang reaksi. Malah tanpa peduli untuk menoleh ke arahku. Matanya terpaku pada siaran di kaca tivi.

“But of course you don’t have to. You’re a cat,” aku capai gelas di sebelah dan mengambil tegukan pertama. Aku pikul Nancy dan letakkan dia di atas riba. Aku usap bulunya perlahan-lahan.

Kawan aku kata ini adalah sejenis terapi. Membela, memberi makan minum, menyediakan tempat tinggal, mengusap dan membelai haiwan peliharaan mampu menerbitkan rasa tenang. Sudah menjadi lumrah manusia untuk memerlukan teman bicara. Untuk itu, sesetengah manusia mengatasi kesunyian dengan bersosial bersama keluarga dan kawan-kawan. Sesetengah bercakap dengan diri sendiri. Sesetengah, seperti aku, bercakap dengan haiwan peliharaan.

Tidak kira dengan siapa atau apa manusia berkomunikasi, pokok pangkalnya seseorang itu memerlukan teman bicara. Sebagai tempat untuk berkongsi dan meluahkan perasaan yang tersimpan di dalam hati.

Aku letakkan Nancy di lantai semula. Dia berjalan perlahan menuju ke arah dapur.

“We should buy collar for her,” aku teringatkan cadangan oleh S tempoh hari. “For what?” aku tanya semula.

“Just in case she went missing, we stand a better chance to found her back if she wears one,” balas S.

Nancy adalah salah seekor kucing yang tinggal di rumahku. Seekor lagi bernama Cheetah. Sekurang-kurangnya mereka dapat sama-sama menjadi teman bermain. Berkejaran dalam apartmen kecil ini, memanjat rak buku, tidur di bawah sofa.

Ada ketukan di pintu depan. Aku beralih posisi melihat jam dinding. Aku tahu S baru pulang.

Jumaat, 9 November 2012

21 and other things (2)

I’m the happiest being on earth right now. Gembira kerana Ayah pilih untuk ingat perkara paling kecil tentang aku. Terima kasih.

1:14 PM 07 Nov 2012

21 and other things

Terlalu banyak yang berlaku dalam tempoh seminggu dua ini. Kematian Cheetah dengan cara yang sungguh memilukan, kehilangan telefon bimbit, sambungan internet yang tidak berfungsi akibat router disambar petir dan beberapa perkara kecil lain yang menyebabkan hidup aku sedikit kacau bilau.

Umur aku bakal berubah angka, kurang daripada 12 jam sahaja lagi sewaktu aku sedang menaip ini.

Maybe this will be the loneliest birthday ever (not that I’m celebrating though). Dengan tiada sesiapa yang dapat aku hubungi. Juga dengan tiada sesiapa yang dapat menghubungi aku ketika ini. Ibarat telah terputus segala ruang-ruang komunikasi yang wujud. Membuatkan aku tersedar bahawa hubungan yang terjalin antara kami selama ini sangat rapuh sifatnya.

Punbegitu, umur aku akan tetap menginjak tidak kira walau apa pun yang terjadi, atau bakal terjadi. Selangkah lebih dekat dengan kematangan, dan kematian. Selangkah lebih dekat dengan impian dan cita-cita yang aku angan-angankan.

Semoga Tuhan permudahkan hidup ini, dan harap-harap segalanya akan sentiasa baik-baik belaka. Amen.

2:40 PM 06 Nov 2012

Rabu, 7 November 2012

A letter from November 17th, 2011

Dear Future Me,

I wrote this on 17th Nov 2011 (hence the title). Maybe I am a bit intoxicated while writing this to you because I don't know what to say, what to write right now. It's just that... I think I should write you a letter. The idea came out of nowhere, really.

This letter is something that I want you to read on yr upcoming birthday when you turn 21. Happy b'day by the way. Have a blast and may God bless you with such a wonderful life, education, family, friends and all.

Above all, I just want you to take a quick glance at yr past. To look at yrself and to witness how great, how smart, how genius, how happy and how awesome you are back then. I shit you not.

And I need you to keep doing the same thing. Enjoy yrself, be happy. Don't let anyone control yr life. Make yr own decision. Fuck what other people think of you. Seriously, fuck them. If you know what I mean. Ha ha!

I know you gonna survive, no matter what happens. Remember, I love you so much. Just keep on living, stay fucking healthy and please don't die too soon!

Selasa, 6 November 2012

Half the motion

Dead cats on the freeway.
Penis size of a seven year old boy.
Schrödinger with umlaut on top of the letter O.

Isnin, 5 November 2012

I don't feel alright

Dua tahun lalu, Ayah bawa pulang seekor kucing ke rumah, yang dikutip dari sebuah masjid. Now he's gone. Forever.

Rest in peace Cheetah. You'll always be remembered.

Ahad, 4 November 2012

Losing it all

"You have nothing to write?" Jimi tanya. Aku angguk.

"Nothing?" Jimi ulang. "Yup," aku balas. "My pointless train of thought are not doing any good, so I figure it's not important to write them down."

Sabtu, 3 November 2012

Tafsiran dan lain-lain

I can turn meaningless situation and makes it look like such a big deal. Atau tukar sesuatu yang serius, menjadi sesuatu yang...

Macam Camus buat dalam novel The Stranger, dengan penuh stoic, “Mother died today. Or maybe yesterday; I can't be sure.”

Jumaat, 2 November 2012

Third person view (unfinished)

"I'll see you tomorrow," dia hantar pesanan teks untuk mengingatkan aku tentang temujanji. "Okay," aku segera membalas, "jangan lewat."

Keesokan harinya, I found myself waiting for him for about 15 minutes. "Menyesal datang awal," aku rungut dalam hati. Apatah lagi dia lewat untuk pertemuan kami yang pertama ini.

Or maybe, this wasn't a date after all. Malah ini bukannya kali pertama aku pelawa dia keluar. But he always came up with an excuse.

I've been reading his writings for almost a year now. I love the way he writes. How he describe every detail of his life. How he always says people around him affect his personality.

"Sorry, pusing cari parking tak jumpa. Lama tunggu?" dia kata sewaktu tiba di meja makan. Seperti dijangka, satu lagi alasan.

"You do realize you always ask rhetorical questions?" aku tanya.

Dia ketawa. "Bad habit I guess."

Khamis, 1 November 2012

Benjamin Button geleng kepala, tidak bersetuju.

Setiap kali aku menjemput Haikal dari tadika, kawan-kawannya tidak pernah gagal untuk melambai tangan sewaktu kami beredar pulang.

Kadang-kadang aku tersenyum sendiri. Melihat mereka begitu girang menghayun buaian, bergayut di monkey bars, berguling di atas rumput, berkejaran sesama sendiri.

Tiada bibit kegusaran di wajah dan tiada masalah yang merundung, senyum dan ketawa sentiasa, sambil menikmati zaman kanak-kanak dengan penuh tenaga dan semangat.

Aku tanya diri sendiri, jika diberi kuasa untuk memutar waktu, adakah aku ingin kembali menjadi kanak-kanak untuk selama-lamanya.

Sudah tentu tidak. Malah dalam filem Hook (1991), Peter Pan versi Spielberg juga turut meninggalkan alam magis kanak-kanaknya dan membesar untuk menjalani kehidupan dewasa.

Because let's face it, we're not getting any younger.

Overpriced camera // Lousy photography // Penang // 31082012


Rabu, 31 Oktober 2012

Stay strong, everything is going to be okay. (2)

Mendengar Ayat bercakap dengan Cheetah sewaktu menyapu ubat ke lukanya, membuatkan aku terlalu sebak dan menitis air mata.

Cheetah tidak mengeluarkan sebarang bunyi, tidak bergerak, sewaktu ubat disapu. He's in great pain. Kebanyakan masa, dia hanya terbaring di dalam sangkar, lemah tak bermaya.

Tuhan, selamatkanlah.

Don't interfere

"Maybe it's time to let society decides who you really are."

I said no way in hell. Jimi asked why not. I said no way in hell Jimi, no way in hell. Loud and clear.

Selasa, 30 Oktober 2012

Stay strong, everything is going to be okay.

Please don't make this harder

Hari ini (sepatutnya) aku berada di Putrajaya untuk upacara tamat pengajian. Nevertheless, I'm here not there. Timbul (sedikit) kekesalan apabila aku ambil keputusan untuk tidak hadir. Yes, I know, classic cognitive dissonance.

Tetapi aku dengan penuh sedar, tanpa sebarang tekanan, faham mengapa diri ini tidak mahu turut sama merayakan. Bukan lagi soal duit. Bukan lagi soal masa. Bukan lagi soal apa-apa.

Malah dengan duit dan masa yang aku ada sekarang, aku mampu untuk ber-vagabond ke serata tanah air.

And now everyone seems like a viable sexual candidate to me. What the hell is wrong with me?

I always believe in second chance. Of course there's an exception, but most of the time, I believe everyone deserves a second chance.

Cheetah pulang ke rumah selepas dua hari menghilangkan diri. Teruk keadaannya, luka di kaki, kesan gigitan di tengkuk, kurus tidak bermaya, mata tidak mampu dibuka, mengiau dengan suara paling sedih. Aku menangis melihat keadaannya dan rasa seperti manusia paling hiba dalam dunia ketika ini.

I'm going to take him to the vet. Please don't die too soon, buddy.

Isnin, 29 Oktober 2012

I is hungry, bak kata Mai.

Perut lapar, jadi aku keluar rumah, dengan harapan untuk menjamah sesuatu untuk makan malam. Tidak banyak restoran yang dibuka pada malam Aidiladha. Samada mereka pulang ke kampung halaman, atau sibuk dengan juadah raya, atau sekadar bersenang-senang di rumah sambil berjemaah menonton tivi.

Jarang kami sekeluarga pulang ke kampung pada Hari Raya Haji. Tahun ini juga sama. Mereka yang lain-lain semua berkumpul dan beraya di rumah Mak Ngah di Gurun, memandangkan Tok dan Pak Cik tiada, kerana sedang menunaikan fardhu haji.

Aku tiba di sebuah restoran, yang dimiliki oleh keluarga seorang kawan baik serta jiran aku sewaktu sekolah rendah. Since we went to different high school, we grew apart and rarely talk to each other.

I still have his number in my phone, but never called or texted him. Hanya beberapa kali aku pernah terserempak dan berbual singkat dengannya. Kali terakhir adalah ketika bulan Ramadhan tahun ini.

He came up to my table and took my order. I smiled at him but no, nothing. He didn't recognize me anymore. Pada mulanya, aku sangka aku tersalah pandang atau apa, kemudian apabila kami bertentang mata buat kali kedua. And I couldn't be more right.

How could he not remember me? I have no friggin' idea.

Ahad, 28 Oktober 2012

If I were you

Aisyah dan Sarah sudah pulang ke sekolah dan kolej masing-masing, setelah bercuti sempena Aidiladha. Sarah sudah selesai dengan PMR, tetapi masih terikat dengan aktiviti-aktiviti bosan anjuran pihak sekolah. Aisyah pula sedang menduduki kertas peperiksaan akhir, yang tempoh jeda antara setiap satu kertas, terlalu panjang.

Aku masih menjalani hidup seperti biasa. Dengan duit yang cukup untuk membeli barang-barang kegemaran, menjamu selera di restoran yang bagus (dan mahal), membayar bil-bil (dan tunggakan), dan menyimpan sedikit di dalam bank.

"Aku bagitau diorang haritu, bila aku dah mati nanti---"

"Woo woah woah, bila siapa dah mati?" Jimi cantas.

"Aku?"

"Huh," Jimi pandang aku, "thinking about dying already?"

"Aku pesan dekat diorang, jangan jual buku-buku aku," aku kata.

"Kenapa? Biar jelah. If I were you, I'd be more worried about getting smacked down there."

Sabtu, 27 Oktober 2012

Dear Self! (2)

(I)

"I want to cry Jimi," aku kata sewaktu sedang leka memerhati buku-buku yang tersusun di rak. Masih banyak yang belum dibaca. Sifat mudah bosan menyebabkan kebanyakan buku hanya mampu dibaca separuh jalan, sebelum aku hilang minat, dan bertindak mengambil buku lain untuk dibaca.

"Stop being so dramatic," Jimi balas. Nadanya semacam tidak peduli.

"I feel like I don't fit in anywhere. Why do I always end up alone?"

"Rhetorical question, no?" Jimi ketawa kecil. Tambahnya lagi, tanpa kehadiran manusia-manusia lain dalam hidup aku, membuatkan hidup aku terlalu penuh dengan diri sendiri.

"Too much solitude is never a good thing, you know," Jimi tinggalkan aku dengan sebuah persoalan.

(II)

"Get yourself a girlfriend," Jimi beri pendapat. I'm not really in the mood, jadi aku balas, "If only things were so easy, Jimi. If only..."

"You want me to tell the Truth?" Jimi sambut.

"I'd rather not."

Jimi was right. Aku sentiasa ada peluang untuk luaskan lokus sosial tetapi aku sia-siakan peluang yang tiba. Manusia yang pernah hadir dengan niat untuk mengenal hati budi, aku tolak mentah-mentah.

"Even your previous relationsh... or whatever you call it didn't work out, that's no reason to deny yourself a chance to meet new people. Make room for them."

"But last time, I was so brokenhearted. What's the point of letting them into my life, just so they can break my heart again?"

"You have to learn to trust other people. You really have to."

(III)

Jimi geleng kepala. Dari riak wajahnya aku sudah tahu ada sesuatu yang tidak kena. "Now what?"

"You broke your promise."

"Promise?" Aku kerutkan dahi. "What promise?"

"You said that you'd stop buying unnecessary things."

"Look over there," Jimi tuding jari ke sudut paling hujung dalam bilik, "Another stack of unread books and boxes full of books."

"Don't worry. I will read them someday," aku kata.

"You don't have enough time to read them all," Jimi pandang tepat ke dalam mata aku. "Don't lie to me."

"Okay, how about The Bell Jar for a start?" aku hulur cadangan.

"Mehh," Jimi buat mimik muka tidak bersetuju. "Judging from the first few chapters, too depressing."

"Fear and Loathing in Las Vegas?"

"That could possibly work."

"Cool," aku balas, meminjam kata-kata Abed. "Cool cool cool."

Jinx, my ass.

We went fishing last night. Pada mulanya, aku juga ingin turut sama melempar umpan ke dalam laut, tetapi melihatkan air laut sunyi dan deru ombak tidak bermaya, aku batalkan niat itu.

And we didn't get any. Not even the weird little fish whatsoever.

Sewaktu sedang menyediakan perkakas memancing di rumah Razin, aku beritahu Amir, "Kawan aku pantang betul kalau ada orang langkah joran dia. Bad luck, susah nak dapat ikan nanti, katanya."

Aku, selaku seorang yang koya liberal, sudah tentu tidak percaya dengan petua-petua mengarut seperti itu. Dan Amir, juga sependapat dengan aku, mengambil keputusan untuk melangkah kelima-lima joran yang bakal kami gunakan.

Pukul 5 pagi, kami pulang dengan tangan kosong. Umpan habis licin tetapi mata kail tetap gagal membawa naik sebarang jenis ikan.

Dalam kereta, ketika perjalanan pulang untuk menghantar aku ke rumah, Razin mengeluh dengan hasil pancingan yang tidak mengena.

"Ada something wrong ni. Seekor pun tak kena," dia kata.

"Yeah," aku sambut dari tempat duduk belakang. "There's something very wrong."

Aku pandang Amir. Amir pandang aku. Kami ketawa semahunya.

Jumaat, 26 Oktober 2012

And you think there's not enough love

Minggu terakhir di kolej, kau sering termenung dan merungut dalam hati, kerana kau merasakan kau tidak mempunyai waktu yang secukupnya untuk menikmati detik-detik penuh bermakna bergelar seorang pelajar dengan kawan-kawan serumah dan sekelas.

Kau tertanya-tanya apa yang telah kau lakukan selama hampir tiga tahun, selama kau mengenali mereka. Mengapa di saat-saat akhir, kau merasakan apa yang telah kau lakukan selama ini, tidak pernah dan tidak akan mencukupi.

Jauh di sudut hati, kau cuma mahu melangkah keluar dari kolej dengan momen-momen indah.

Kau sedar bahawa dalam tempoh tiga tahun kau berkenalan dengan mereka, kau telah melalui turun naik hierarki sosial, perbualan-perbualan rawak, gelak ketawa sepanjang masa dan tanpa sedar, begitu banyak kenangan dilakar bersama. Tanpa kau sempat untuk menikmati dan menghargai setiap satu daripadanya.

Tetapi untuk mencantumkan semula cebis-cebis memori itu, menjadi sebuah kisah lengkap perjalanan hidup seorang pelajar, adalah terlalu rumit dan memakan masa. Menyedari masa kian suntuk, kau tergesa-gesa untuk memenuhkan ruang-ruang kosong yang wujud, untuk melengkapkan segala-galanya supaya (kelihatan) sempurna.

Kau gusar, di masa hadapan, jika kau menoleh ke belakang, kau tiada apa-apa cebis memori bersama mereka untuk dikenang-kenang. Kau perlukan memori-memori itu untuk terus mendorong kau dalam menempuh perjalanan hidup yang masih panjang.

Kau mahu pejamkan mata dan tahu kau masih mampu untuk bermimpi.

From the sender to the reciever


K au tet ap a kan m en cari ja l an u n tuk m em b aca ay at i ni.

Khamis, 25 Oktober 2012

Capish?

Bak kata seorang kawan, "Kalau orang tak faham apa yang kau tulis, biarkan. Soal faham tak faham ini, cuma ada dua kemungkinan, yakni, kau bodoh (sebab tulis sesuatu yang orang tak faham) atau orang lain bodoh (sebab tak faham apa yang kau tulis). Tetapi kita andaikan sahaja orang lain bodoh, sebab lebih mudah begitu."

Aku ketawa, dan balas, kalau mereka tak faham, tak semestinya mereka bodoh. Mungkin makna sesuatu tulisan itu hilang di celah-celah perkataan atau ayat (yang diolah secara keterlaluan), menyebabkan pembaca tidak dapat menangkap sepenuhnya apa yang penulis cuba sampaikan."

"Heh. Bullshit." Jimi balas.

Rabu, 24 Oktober 2012

My whole being was falling apart

Awal bulan November, aku perlu melalui satu peperiksaan untuk menjadi penjawat awam. Aku tidak begitu teruja atau apa, tetapi memandang keluarga semacam menaruh harapan, aku kata aku akan pergi dan cuba sehabis mungkin.

Untuk sedapkan hati mereka. Dan hati sendiri.

Temuduga bulan lepas di PJ, aku tidak hadir. Waktu pulang ke Kedah minggu lalu, mak pak sedara sibuk bertanya tentang itu.

"Pasaipa tak pi?" Mak Njang tanya sewaktu aku sedang menyuap bihun goreng di meja makan. Ikutkan hati mahu jawab, malas nak pergi, tetapi jawapan sebegitu pasti mengundang lebih banyak leteran.

Aku beri alasan, syarikat itu tak bagus. Gaji berapa kalau kerja situ, Mak Njang tanya lagi. Dua ribu lebih, aku sambut.

It's not just about the salary. Apabila sudah wujud satu konstruk di kalangan rakan-rakan yang kebanyakannya kerja makan gaji, pakai baju kemeja, duduk berteleku selama 8 jam, atau lebih, menghadap tugasan, aku tidak menemukan keperluan untuk turut sama terburu-buru terjun dan jadi sebahagian daripada mereka.

Bukan tidak berminat dengan gaji besar dan kehidupan selesa, tetapi jika kadar kejayaan diukur dengan sebegitu rupa, aku merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena.

Wordless what? (17)

Sabtu, 20 Oktober 2012

Fiction 101: Alter the ending

"You ni banyak sangat fikir sebenarnya," S kata ketika kami masing-masing menghela nafas keletihan setelah bermandi peluh berlari mengelilingi trek larian.

Sabtu penuh mengasyikkan, berlatarkan silau sinaran mentari yang perlahan-lahan turun di ufuk barat. Ramai orang datang berlari di sini. Pasangan tua lanjut umur yang masih peduli tentang kecergasan. Pasangan muda yang mahu mengekalkan kecergasan dan aku? Aku berlari kerana dipaksa oleh S. Nak tak nak, terpaksa juga. Mujur, seperti aku katakan tadi, ia adalah Sabtu penuh mengasyikkan.

"Kalau tak berfikir, kita ni macam tak wujud sebenarnya," aku balas sambil membuka kasut dan meregangkan jari kaki yang sedikit kejang. 

"Itu memang tak dinafikan," S sambut, "tapi you kena tanya diri sendiri, benda yang you fikirkan tu penting ataupun sebaliknya. Adakah dengan sekadar memikirkan benda-benda tak penting, dah cukup untuk buktikan kewujudan diri?"

"Dah la," aku segera memotong perbualan, "if you planning to trick me with another philosophical question, save it for later."

Aku mengurut-urut betis, belum surut kejang. Tekak juga dahagakan air walaupun sudah separuh botol aku teguk sebentar tadi. Letih yang membuatkan aku, tanpa berfikir panjang, terus berbaring di atas hamparan rumput hijau ini.

Bau rumput segar, hembusan angin lembut, langit semakin pudar warna birunya, diganti pula dengan warna jingga kemerah-merahan.

"Jom, jom," S petik jarinya di hadapan muka aku. "Semua orang pun nak balik dah."

"Awal lagi la."

"Awal apanya. Malam ni kita nak makan dekat mana?"

"Tak tahu."

S tiba-tiba menampar tangan aku. Terkejut, aku pandang ke arahnya.

"That was a little uncalled for."

"Padan muka. Jawab lagi tak tahu."

"Jangan risau, we'll figure something out."

"Ingat, pukul 9 malam tepat," S pesan sewaktu aku menurunkan dia di hadapan rumah. "Kalau lewat 5 minit pun, don't even bother coming."

"Ewah, terima kasih pun tak, lagi nak ugut-ugut?" aku balas, bergurau.

Sepanjang perjalanan pulang, aku sibuk memikirkan apa dan di mana untuk makan malam. Hakikat betapa aku benci untuk memutuskan sebarang keputusan tidak pernah berubah. Setiap keputusan yang aku buat sering diganggu dengan kebarangkalian, ketidaktentuan dan ketidakpastian. Walaupun ia semudah memilih tempat makan malam.

Macam S kata, mungkin aku terlalu banyak berfikir tentang perkara-perkara remeh. Aku terlalu sibuk mengawal keseimbangan hidup agar tidak tergelincir dari perancangan yang telah aku lakukan. Terlalu sibuk menjaga hati orang lain. Terlalu sibuk menjangkakan yang tidak dijangka.

Sometimes you just have to accept things the way they are. Masih terngiang-ngiang kata-kata S tempoh hari. Betul juga. Aku patut lebih percayakan naluri. When things doesn't go as planned, leave it at that. What's the worst that could happen, anyway?

"Same place three nights in a row? Tak nak. Go for something else," reaksi S bila aku pelawa dia makan di tempat yang sama seperti semalam. Dan kelmarin.

"Sedap apa. Orang pun tak ramai," aku, secara halus, cuba memujuk.

"Not. Going. To happen." Tegas nadanya kali ini.

Jadi kami tiba di sebuah restoran kegemaran S. Aku sekadar menurut, memandangkan pilihan aku awal-awal lagi telah ditolak.

"Is it so hard to make a decision?" S geleng kepala. Aku hanya mampu tersenyum memandangnya.

Aku tidak sukakan restoran ini bukan kerana makanannya tidak sedap atau layanannya kurang bagus atau suasananya kurang mesra, tetapi hanya kerana para pelayannya memakai uniform yang terlalu menyesakkan mata.

"Fesyen apa ni pakai tali leher singkat? Kelakar betul," aku kata sebaik pelayan tadi selesai mengambil pesanan. "Haish," S sanggah, "biarlah dia."

"Same place, same time, tomorrow?" S tanya.

"Tak nak."

"Jom la. Jangan malas sangat."

"Letih kot berlari. Macam nak tercabut kaki."

"Lama-lama nanti okay la. First few steps always the hardest."

"Mesti terpengaruh dengan buku Murakami ni, kan?" S tak mengiyakan atau menidakkan. Aku merujuk kepada sebuah buku yang aku beri pinjam kepadanya dua minggu lepas.

Pada hemat aku, walaupun novel-novelnya bagus sekali, namun selesai membaca memoir What I Talk About When I Talk About Running, membuat aku termenung panjang memikirkan pendekatan Murakami dalam menangani sesetengah perkara dalam hidupnya.

Murakami menganut falsafah - I must run eventhough I'm tired as hell, if not, I will never make it to the finish line - yang sedikit sebanyak menyebabkan aku berasa terganggu. Kerana, secara peribadi, aku tidak pernah memaksa diri ke satu tahap melebihi dari yang sepatutnya. Of course, theoretically, I could but I won't.

Sebelum ini, aku selalu beranggapan bahawa dengan merancang setiap tindakan, aku dapat menyelamatkan diri daripada melakukan kesilapan sama berulang kali di masa akan datang. Tetapi aku terlepas pandang satu perkara. Setiap perancangan, yang terlalu jauh ke depan, adalah rigid sifatnya dan boleh diteka dengan mudah.

Kerana bagi aku, berlari adalah sesuatu yang meletihkan, fizikal dan mental. Apatah lagi apabila lari dari realiti yang menghambat. Lari dari kemungkinan yang bersembunyi di balik nama takdir. Lari dari ketidaksanggupan menanggung beban.

I don't think I have to push myself too far ahead in order to bring the best out of me. I beg to differ. Because we, humans, are bound to be disappointed by expectation. So why raise the bar too high?

"You know what, keep the book. I don't need it anymore," aku kata kepada S.

Khamis, 18 Oktober 2012

Half Remembered Dream

"You weren't around when I was a child, Jimi," aku kata kepadanya, sebelum menyambung, "I was horrible being back then."

Jimi hanya hadir dalam hidupku ketika aku berada di detik paling rendah dalam hidup, ketika helaian rambut perlahan-lahan gugur dari kepala, ketika tangan aku sedang sibuk mencekik leher sendiri, ketika jiwa lengang tanpa rasa, ketika cinta tak memberi sebarang makna.

Jimi tak pernah tahu betapa aku begitu terdesak untuk memadamkan kesilapan-kesilapan silam, yang terlalu kerap menghantui. Jimi tak pernah tahu yang aku sudah terlalu lama bergelut dengan kesunyian.

Rabu, 17 Oktober 2012

What's this about?

Aku cipta polemik, kemudian abaikan, dan cipta polemik baru.

Entah dengan niat apa, atau dengan tiada niat sebenarnya, aku kadang-kadang (selalu sebenarnya) boleh jadi manusia yang menjengkelkan. Walaupun mampu untuk berlaku baik terhadap manusia lain, aku pilih untuk tidak. Hanya berdasarkan satu alasan: saja suka-suka.

Menurut Hermann Hesse, apabila kita membenci seseorang, kita sebenarnya membenci sesuatu dalam dirinya, yang merupakan sebahagian daripada diri kita.

See, I don't hate for no reason. That's preposterous. Apatah lagi membenci seseorang yang tidak pernah aku temui secara bersemuka, melainkan hanya menerusi perbualan dan pemerhatian menggunakan medium laman-laman sosial. Tiada sebab kukuh untuk aku membenci.

Aku sentiasa tertarik dengan idea bahawa dengan hanya berbekalkan sepotong perkataan ataupun ayat, boleh menyebabkan sesiapa yang membacanya menjadi marah atau sedih atau gembira atau kecewa.

Aku cuma beranggapan bahawa dengan mencampurkan sedikit rencah perbalahan dengan sesetengah manusia (yang maha vulnerable) adalah sesuatu yang mengujakan. Tiada yang lebih menyeronokkan dari melihat mangsa usikan menggelupur tidak tentu hala sebagai reaksi balas.

Bertanya pada diri sendiri

Mungkin aku terlalu selesa menulis tentang (sedikit) kehidupan peribadi, perihal teman-teman rapat, dan pemerhatian rawak terhadap perkara-perkara di sekeliling yang aku anggap sebagai sesuatu yang menarik.

Punbegitu, aku tidak pasti jika perasaan ini turut sama dikongsi oleh manusia-manusia yang sering aku ulangsebut nama mereka di celah-celah tulisan. Aku tidak pernah bertanya, jauh sekali meminta izin untuk menulis cebis-cebis ingatan tentang mereka.

Adakah perasaan selesa ini mutual sifatnya?

"I stand surrounded by the walls that once confined me." - A Thousand Faces by Creed

"Your idea of loneliness are shallow, you know?" Jimi tiba-tiba melempar pendapatnya kepada aku. Aku kurang jelas, jadi aku tanya kenapa.

"You don't even know the meaning of real loneliness. Hidup kau sepi bukan sebab hubungan kau dengan manusia lain stagnan dan terbatas. Kau tak perlukan mereka sebagai kayu pengukur. Kesunyian sebenar adalah bila kau masih berasa keseorangan walaupun kau sedang bergomol dalam keramaian."

Selasa, 16 Oktober 2012

GMT+8 1:30 PM

Terlelap waktu tengah hari selepas menjemput Ihsaan pulang dari sekolah, dan selepas menyelak dua puluh muka surat buku Please Look After Mother.

Mimpi apa, aku sudah lupa, tetapi sejurus terjaga, kepala aku dipenuhi perbualan-perbualan yang tidak pernah wujud, dengan seseorang yang pernah aku cintai.

I jotted down some words quickly, in my phone. Terkial-kial menaip, mamai. Aku tak mahu mimpi ini pudar sehingga aku tidak mampu mengingatinya kembali. Mengingatkan aku kepada Coleridge yang diganggu oleh kedatangan seorang tetamu, yakni Lelaki dari Porlock, sewaktu sedang menulis sebuah puisi, menyebabkan puisi itu tergantung, tidak pernah siap.

Dia cuba untuk menyambung semula, namun tidak berjaya.

Moga-moga aku mampu untuk menterjemah mimpi ini menjadi sebuah realiti, kerana tanpa berbuat demikian, mimpi ini umpama tergantung, tidak pernah siap.

Isnin, 15 Oktober 2012

I wish I could turn back time

"I was hoping you and I could have some closure," I should have said this when we last met. But no, I did not. I was too damn busy running away from reality.

Ahad, 14 Oktober 2012

What's this life for?

Nak balik Sungai Petani hari ini. Sebab pagi Isnin, pukul 8, Pak Cik dengan Tok bakal menunaikan haji. Tak silap aku, berlepas di Bayan Lepas (no pun intended).

Aku doakan yang baik-baik belaka untuk mereka. Dan moga-moga mereka turut sama mendoakan kami sekeluarga tatkala menjejakkan kaki di sana.

Now I should get going. Barang apa pun tak kemas lagi.

Jumaat, 12 Oktober 2012

The power to create happiness

Bak kata Charlie Chaplin dalam babak The Great Dictator, "We think too much and feel too little."

Frasa ini ini kerap menghantui aku. Membuatkan aku tertanya-tanya, apa yang dimaksudkan dengan 'terlalu banyak berfikir'. Tanpa berfikir, bagaimana mungkin untuk merasa apa-apa, getus hati aku.

Now I think I know the answer. I used to tell myself that I'm tired of taking excessive control of my life. Tetapi aku sendiri tahu yang itu cuma penipuan semata-mata.

Aku telah biarkan diri mengambil terlalu banyak langkah ke hadapan. Kerana terlalu takut dengan ketidakpastian. Terlalu takut dengan kebarangkalian.

Jadi satu cara untuk menghindarkan kegusaran ini adalah dengan memastikan aku merancang setiap tindak-tanduk dalam hidup ini untuk menghadapi masa depan.

Expect failure and act accordingly.

But that's not how the world works. Pasti ada perkara-perkara yang akan tergelincir dari jangkaan aku. 

Rabu, 10 Oktober 2012

To love and be loved

"Why do I fall in love with every woman I see who shows me the least bit of attention?
- Joel Barish, Eternal Sunshine of the Spotless Mind (2004)
Kali terakhir jatuh cinta, aku jadi entah apa-apa. Sepanjang masa teringatkan seseorang, sehingga aku jadi alpa, sehingga kepala aku yang selalunya penuh dengan diri sendiri, akhirnya penuh dengan kehadiran manusia lain.

I anticipated every possible situation and conversation with her. Aku bawa kami berdua jauh dari ketidakpastian. Aku simpan dan kunci momen-momen sewaktu kami bersama di satu tempat, di mana ia tidak akan pudar selama-lamanya. 

Tetapi kini aku menjadi begitu takut untuk kembali ke tempat tersebut.

Walaupun ketika hanya bermimpi.

Menjadi lumrah manusia untuk sentiasa rasa diperlukan, disayangi dan dicintai. Human beings are like that. Sebab itu, bila seseorang itu merasakan dirinya tidak lagi diperlukan oleh manusia lain, kesunyian akan mula bertandang.

[Insert ridiculous explanation on Maslow's hierarchy of needs]

Jadi untuk mengatasi kesunyian melampau, sesetengah manusia mungkin mengambil langkah yang lebih bla bla bla....

.... yada yada yada.

Selasa, 9 Oktober 2012

Fiction 101: Her eyes one, me zero

"You know how to cook?" aku merujuk kepada udang galah yang aku beli. Dia minta aku beli, jadi aku beli. Kebetulan nasib aku baik, cari punya cari, akhirnya jumpa. Dengan harga yang boleh tahan mahal.

Dia kecilkan mata ke arah aku. Uh oh, this can't be good.

Segera aku betulkan pertanyaan tadi. "I mean, are you sure you know how to cook..." aku angkat seekor udang galah dari sinki, "this?"

"Trust me," kali ini dia senyum. "It's simple. I reti masak yang ni. You tak payah risau."

Dua hari lepas, dia beri cadangan supaya hujung minggu ini kami lakukan aktiviti bersama. Aku setuju. Kerana aku ingatkan lebih kepada aktiviti yang bersifat rekreasi dan santai. Duduk berbual di tepi tasik sambil melempar cebis-cebis roti kepada ikan-ikan lapar, misalnya.

Rupa-rupanya, aku terpaksa keluar rumah awal pagi untuk membeli bahan-bahan masakan, tunggu dia datang ke rumah untuk memasak, kemudian bantu dia di dapur, untuk menyediakan makan tengah hari.

Seingat aku, dapur ini hanya pernah digunakan untuk, sekali-sekala, memasak mi Maggi dan menjerang air untuk diminum. Selain daripada itu, dapur ini tak ubah umpama hiasan dalam rumah.

Takpa la, detik aku dalam hati, at least I have company.

"You should clean this place. We can do it together," dia beri cadangan, merujuk kepada kasut-kasut yang tidak berada dalam rak kasut, baju-baju kotor yang tersidai di sofa ruang tamu, majalah dan buku-buku yang berterabur di atas lantai.

"Maybe some other time," I said. Well, certainly not today. Funny thing is, 'doing it together' means she, all of a sudden, have the authority to boss me around, while I'm the one who have to do all the stuff. No, no, I'm not going to fall for that again.

"Wanna spend the night here?" aku pelawa. Lebih baik dia bermalam di rumah aku, berbanding aku bermalam di rumahnya. I just can't stand her girly bed sheet. It's like I, somehow, have to admit defeat and succumb to her colourful and flower-ish world.

Dia kata dia akan fikirkan. "We got the whole day ahead of us. Kita makan dulu, okay?"

Sedar tak sedar, dengan masa pantas berlalu, tangan yang ligat, sinki penuh dengan peralatan memasak yang kotor, makanan akhirnya siap di atas meja.

"Sedap tak?" dia tanya, ketika aku sedang sibuk mengunyah. "Okay la," aku balas ringkas. Nak kata sedap sangat pun tidak, nak kata tak sedap pun tidak.

Dia kecilkan mata ke arah aku. Uh oh, this can't be good.

Segera aku betulkan ayat tadi. "You sure know how to cook. Sedap."

Dia kembali tersenyum memandang aku.

Sweet talker, still #3

Aku pernah kata kepada F suatu masa dahulu, "Kau percaya kalau aku kata aku tulis 100 surat cinta untuk kau?"

F angguk dan kata dia percaya. Dia percaya dan tidak meragui, malah yakin kepada aku sepenuh hati. Mujur F tidak pernah bertanya di mana surat-surat cinta tersebut.

Kerana F tidak tahu, sehingga detik ini, bahawa aku sebenarnya tidak pernah menulis 100 surat cinta untuknya.

Aku tidak pasti kenapa aku bertindak sedemikian. Mungkin ketika itu aku begitu terdesak untuk memenangi hatinya. Sehingga tergamak membiarkan dia mempercayai kata-kata manis yang aku lafazkan.

Aku cuma pernah tulis sebuah surat cinta kepada F. Surat itu aku bacakan untuknya, sewaktu kami berdua duduk di hadapan rumah, dinaungi langit gelap, diselangi senyum ketawa, dilatari malam pekat, disinari cahaya bulan kusam.

Seumur hidup aku, 
           belum pernah aku tulis 
                   sebuah surat cinta penuh jujur, 
                                         kecuali hanya untuk F.

Aku tidak mampu untuk mengubah kesilapan masa lampau. Juga tidak mampu mengubah takdir yang sudah tertulis untuk kami berdua. Tetapi aku berharap, dengan sebuah surat cinta itu, mampu menyempurnakan 99 surat cinta yang tidak pernah wujud.

Isnin, 8 Oktober 2012

A letter for my future self

I've written a letter on 7 November 2011 for my future self. If I'm not mistaken, I'll be receiving the letter on 7 November 2012, exactly a year after.

Aku sudah lupa apa tujuan aku tulis surat tersebut, serta apa isi kandungannya. Oh, aku sudah tidak sabar untuk membacanya.

Selain mengutus surat untuk diri sendiri (sebagai kapsul masa), yang akan sentiasa aku lakukan untuk tahun-tahun mendatang, aku juga ingin menulis surat kepada diri aku yang berusia 17 tahun, yakni kira-kira 4 tahun lalu.

Terlalu banyak yang ingin aku ceritakan kepada diri sendiri, dalam mengharungi tempoh 4 tahun. Terlalu banyak yang berubah. Terlalu banyak, sehingga aku tak tahu di mana patut bermula.