Rabu, 17 Oktober 2012

What's this about?

Aku cipta polemik, kemudian abaikan, dan cipta polemik baru.

Entah dengan niat apa, atau dengan tiada niat sebenarnya, aku kadang-kadang (selalu sebenarnya) boleh jadi manusia yang menjengkelkan. Walaupun mampu untuk berlaku baik terhadap manusia lain, aku pilih untuk tidak. Hanya berdasarkan satu alasan: saja suka-suka.

Menurut Hermann Hesse, apabila kita membenci seseorang, kita sebenarnya membenci sesuatu dalam dirinya, yang merupakan sebahagian daripada diri kita.

See, I don't hate for no reason. That's preposterous. Apatah lagi membenci seseorang yang tidak pernah aku temui secara bersemuka, melainkan hanya menerusi perbualan dan pemerhatian menggunakan medium laman-laman sosial. Tiada sebab kukuh untuk aku membenci.

Aku sentiasa tertarik dengan idea bahawa dengan hanya berbekalkan sepotong perkataan ataupun ayat, boleh menyebabkan sesiapa yang membacanya menjadi marah atau sedih atau gembira atau kecewa.

Aku cuma beranggapan bahawa dengan mencampurkan sedikit rencah perbalahan dengan sesetengah manusia (yang maha vulnerable) adalah sesuatu yang mengujakan. Tiada yang lebih menyeronokkan dari melihat mangsa usikan menggelupur tidak tentu hala sebagai reaksi balas.

2 ulasan:

i am mai berkata...

ada juga parable yang mengatakan bahawa orang lain merupakan cerminan/pantulan diri kita sendiri. maka apa (kesalahan) yang kita nampak pada orang lain sebenarnya ada pada kita sendiri. kerana kita berupaya melihat diri kita sendiri (unless we reflect in a mirror, or see another person).

:)

Muhammad Aliff berkata...

Untuk melakukan autopsi diri, tak semestinya bergantung penuh kepada manusia lain.

Sebab kalau, katakanlah, tiada sesiapa langsung untuk dibuat sebagai perbandingan. Kita tetap akan berusaha untuk cipta sesuatu untuk dijadikan sebagai 'cermin'.

Antara sebab utama mengapa imaginary friend(s) wujud. Kot.

Tapi selalunya cerminan begini, ketara misleading dan cenderung syok sendiri.