"The Truth can be devastating," memetik ringkas frasa yang aku anuti. Frasa yang mungkin ada atau mungkin tiada kena-mengena dengan nota ini.
Penulisan adalah medium paling ideal untuk meneliti karakter manusia dan memahami apa sahaja yang berada di sekelilingku. Senang, tak perlu pecah kepala menelaah teks Freud atau Jung untuk memahami psikologi pembaca yang datang ke sini. Mereka datang untuk membaca kemudian paling tidak pun, pasti sedang/akan/telah terpengaruh dengan apa yang dibaca.
Yes, of course I'm making an assumption here.
Mengambil diri sendiri sebagai contoh, aku menulis untuk memberi gambaran kasar kepada pembaca (jika ada) tentang kehidupan yang aku lalui. Aku selitkan sedikit sebanyak mengenai sifat, kelakuan, idea dan sekian sekian sekian. Namun sudah tentu aku tidak mampu untuk kongsikan segala-galanya kepada khalayak. Aku menulis apa yang aku rasa perlu untuk manusia di luar sana menikmati secebis rasa kehidupan aku.

Oleh sebab itu, pembaca yang tidak pernah bertemu aku di dunia nyata akan dipenuhi tanda tanya. Benarkah aku seorang yang cool? Seorang yang pandai menipu? Pandai berjenaka? Gemar tersenyum? Gemar membaca? Sukakan kanak-kanak? Sukakan kucing? Dan lain-lain?
Jawapannya, sudah tentu mereka tiada idea siapa aku sebenarnya melainkan berdasarkan apa yang aku tulis semata-mata. Jadi, ini membuka ruang kepada pembaca untuk cuba mengenali aku dengan lebih lanjut (kita andaikan begitu). Dan aku pula, hanya sekadar menulis apa yang aku mahu pembaca percaya tentang diri dan pembaca pula bebas untuk menafsirkan maksud setiap apa yang aku catatkan.
Now, that's the beauty of it.