Nothing much to write about. Kehidupan aku berlalu begitu perlahan dalam tempoh seminggu dua minggu ini. Deringan telefon semakin jarang kedengaran. Pesanan teks masuk langsung tidak diendahkan. Rambut tidak digunting sudah hampir tiga bulan. Aturan penjagaan diet makan minum dilanggar sesuka hati. Pendek kata, tiada apa yang benar-benar menarik ketika ini. Cuma kadangkala aku penuhi tuntutan sosial dengan keluar melepak bersama kawan-kawan pada hujung minggu.
But I've been reading a lot lately. Membunuh sisa kebosanan dengan meneliti naskhah-naskhah fiksyen. Menghabiskan pembacaan yang lama tertangguh dan meneroka sisi baru dalam penulisan. Melihat bagaimana setiap baris disusun, setiap perenggan dijalin, setiap bab diolah. Sambil cuba untuk memunggah makna di sebalik kerangka naratif.
Semakin banyak membaca, semakin aku sedar bahawa menulis adalah satu hal yang tidak boleh dibikin cincai. Walaupun aku hanya sekadar menulis mengenai catatan peribadi, perbualan harian dan fiksyen murahan namun ianya bukanlah perkara main-main. Kerana setiap tulisan yang baik haruslah memberi kesan terhadap diri sendiri, khususnya, dan terhadap para pembaca, jika kamu peduli.
Malah kini aku seperti sudah meminggirkan cita-cita untuk menulis sebuah buku. Aku kerap bertanya kepada diri, apa yang ingin aku capai atau buktikan dengan memiliki sebuah buku tulisan sendiri. Sekadar mahu bermegah? Mahu berkongsi? Mahu mengaut untung? Mahu melihat penerimaan orang lain? Atas sebab suka-suka? Atau apa?
Walau apapun alasan yang bakal diberi, aku percaya setiap alasan mempunyai lapik justifikasi-nya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan