Selasa, 28 Januari 2014

Menari dalam gelap malam

Right now, things are going well in my life. Sudah tentu, sekali-sekala, ada apa yang NQ panggil sebagai recreational despair datang bertandang. Atau mungkin, kesedihan, atau kesepian, yang entah dari mana puncanya, mengganggu diri ini.

But, hey, all is well.

Aku faham mengapa diri ini enggan menulis sejak kebelakangan ini. As a matter of fact, aku faham hampir kesemuanya tentang diri ini. Hence, mengapa diri ini gembira, mengapa diri ini sedih, mengapa diri ini enggan itu, mengapa diri ini enggan ini.

Segalanya sudah ada jawapan, tetapi apalah hidup ini tanpa sedikit soalan-soalan retorik, bukan?

Mungkin jauh di sudut hati, aku tidak mahu jawapan, atau penyelesaian. Sebaliknya selesa bermain-main dengan ketidaktentuan, dan ketidakpastian.

I'm not gonna lie, there's a void in my life. Kadang-kadang aku merasakan aku manusia paling sunyi dalam dunia. Aku berasa pilu. Aku berasa hilang harapan. Ini, sesungguhnya, perasaan yang sungguh delicate, dalam erti kata sebenar. Bila ini berlaku, aku tak mahu diselesakan. Aku tak mahu ditenangkan. Aku hanya mahu ditelan perasaan ini sehingga larut.

Tetapi perasaan ini datang, dan pergi. Sepertimana apabila gembira, aku tahu bagaimana untuk bergembira. Maka apabila sedih, aku semestinya juga tahu bagaimana untuk bersedih.

4:03PM Mon 28 Jan 2014

Post-( )

Sekarang sudah pukul 2 pagi dan aku merindui Chiko. Masih hidupkah lagi Chiko, kucing yang aku bela selama hampir 3 tahun.

Aku mahu menangis. Melihat gambar dan tulisan lama tentang Chiko, bagaimana aku gambarkan Chiko sebagai kucing paling comel dalam dunia, buatkan aku berasa hiba.

I mean, berapa kerap aku selitkan Chiko dalam tulisan aku. Seriously, that's gotta count for something.

Isnin, 27 Januari 2014

It's just another day, nothing in my way, I don't wanna go

Untuk memalitkan diri ini dengan semangat kenegerian, aku kira, adalah sesuatu yang tidaklah begitu penting. Semangat itu ada, tetapi setakat ini, aku belum lagi menemui keperluan untuk bermegah, atau berbangga-bangga.

Menginjak umur 23 tahun, kebanyakan hidup aku banyak dihabiskan di Sitiawan. Faktor ini, sepatutnya, membantu aku untuk lebih menghargai nilai-nilai sentimental yang wujud di sini, dan seharusnya, membuatkan hawa 'lokal' kedengaran seperti sesuatu yang istimewa. Namun itu tidak berlaku. Besar kemungkinan, aku tidak pernah peduli.

Tetapi, masih, aku sukakan tempat ini. Kawan-kawan rapat juga begitu. Kami ada impian untuk terus menetap di sini.

I guess we never really grow up. Seolah-olah masih lagi terperangkap dalam suasana ala-ala sekolah menengah, despite setiap seorang daripada kami, at least telah berjauhan selama tiga atau empat tahun untuk melanjutkan pelajaran.

Untuk terus bersama dengan wajah-wajah kebiasaan sejak sekolah menengah, dan untuk sustain feel dan vibe dan energi sama seperti enam tujuh tahun dahulu. Isn't it lovely?

8:38PM Mon 27/01/2014

Ahad, 26 Januari 2014

Alt ego

(i)
Jimi hanya wujud dalam tulisan. Kerana selain daripada medium ini, Jimi boleh ditafsirkan sebagai tiada.

(ii)
Sedang merindui Jimi.

8:13PM Sun 26 Jan 2014

Sabtu, 25 Januari 2014

Stay tuned, people. (2)

(i)
Mungkin aku sudah tiada apa lagi yang mahu dikongsi/dibuktikan kepada manusia-manusia asing yang membaca setiap catatan dan nota-nota kecil aku.

(ii)
I love to write. Demi Tuhan, jika ada sesuatu yang aku mahukan lebih daripada segalanya, ia adalah keupayaan untuk menulis sepanjang masa, di mana sahaja.

(iii)
Aku sedang gigih mengumpul duit. Untuk apa, aku tak pasti.

7:28PM Wed 22/01/2014

Just so you know

Keluar makan bersama keluarga sebentar tadi. When was the last time, eh? Tak ada apa yang istimewa. Restoran biasa. Makanan biasa. Dengan berlatarkan suara tivi maha bingit menayangkan rancangan apa entah.

Tidak. Tulisan ini tidak bermaksud untuk mengomel tentang hidup yang mundane. Atau mengeluh mengenai aku yang tiada kesempatan untuk menulis. Atau bercerita masalah-masalah hati atau peribadi.

Memikirkan perkara-perkara tersebut saja sudah cukup melelahkan, apatah lagi prospek menulis tentangnya.

Malam ini, aku cuma mahu berkongsi; yang aku keluar makan bersama keluarga. You know, just like old days.

11:27PM Sat 25 Jan 2014

Ahad, 19 Januari 2014

Stay tuned, people.

(i)
Aku sering menemukan kesungguhan untuk menulis pada waktu-waktu yang tidak menyenangkan. Sewaktu baru bangun tidur, misalnya. Atau sewaktu sedang memandu laju di atas jalanraya. Atau paling baru ini, ketika sedang keluar makan bersama...

Dulu, mungkin, aku - yang penuh dengan ketidakpedulian terhadap aturan dan ketentuan - memilih untuk menulis mengatasi segala-galanya. Seolah-olah, apa yang berlaku di sekeliling aku hanyalah elemen-elemen tambahan sebagai bantuan untuk aku menulis. Alas, the more, the better.

Apa yang penting, aku dapat menulis - tanpa peduli apa nilai-nilai tulisan ini kepada manusia lain - sambil merakamkan seribu satu peristiwa yang telah berlaku atau sedang aku rancang dalam hidup ini.

(ii)
Aku sudah menginjak usia 23 tahun. Pernahkah aku beritahu sesiapa bahawa aku begitu takut untuk menghadapi transisi ini? Bermacam soalan timbul kebelakangan ini: Masih remajakah diri ini? Sudah dewasakah diri ini?

(iii)
Aku fikir aku sibuk dengan Kehidupan. Sengaja fikir begitu, agar diri ini tidak ditelan Kesunyian. Benar kata Miss F, Kesunyian adalah sesuatu yang menghakis.

(iv)
Tulisan aku tidak lagi berkisar terhadap manusia-manusia di sekeliling, atau pemerhatian terhadap perilaku sosial manusia lain, atau apa-apa. Kini, aku ambil langkah terkebelakang, kembali menulis tentang menulis.

Mungkin ia sebuah alegori, tentang diri ini yang tidak mahu percaya kepada masa depan.

8:46PM Sun 19/01/2014

Khamis, 16 Januari 2014

Fuck, my hair looks good

Today I had a haircut // Friday 14/06/2013

Isnin, 6 Januari 2014

Incomplete portion

"Lagu apa ni? Macam celaka bunyinya," rungut seorang kawan sewaktu kami dalam perjalanan ke Batu Gajah. Segera dia menekan-nekan butang kekunci, menelusur satu demi satu siaran radio.

"Apasal tak pasang CD?" aku tanya, sambil membelek keping-keping CD yang tersimpan di dalam papan pemuka kereta. Dan radio akhirnya memutarkan sebuah lagu baru daripada Daft Punk, Get Lucky.

"Tak boleh," sambutnya, "Tiap kali pasang, mesti sangkut."

10:36PM Mon 06/01/2014

Jumaat, 3 Januari 2014

Hello

Saya tak pasti bagaimana orang lain mulakan tahun baru mereka. Kerana saya, begitu perlahan, masih lagi bernostalgia dengan memori tahun lepas, dan waktu sedang menaip ini, saya beromantika dengan idea untuk lebih banyak menulis pada hari-hari mendatang.

Moga-moga segalanya baik-baik belaka untuk esok. Dan lusa. Dan hari-hari lain.

3:33PM Fri 03/01/2013