Isnin, 31 Ogos 2015

Dear Self (4)

"Chill. Why the need to feel insecure?"
"Because I'm an idiot?"
"Yes, without any doubt."
"You're not helping, J."
"I'm not here to help you."
"Get out of my face."
"Don't worry. Let things run its course."
"But I want to be in control of everything."
"Too bad, you can't."
"Why not?"
"Because you're an idiot."

Ahad, 30 Ogos 2015

Melankolia Ahad

Kedai makan ini pasang kuat lagu Agnes Monica. Aku tak pasti mana satu yang lebih menakutkan - sama ada kedai makan ini sedang pasang lagu Agnes Monica, atau hakikat bahawa aku tahu ia adalah lagu Agnes Monica.

Ah lupakan itu.

Aku ambil lauk, sayur dan pesan air minuman. Nescafe ais yang tiba kemudian terlalu manis sehingga aku terpaksa minta segelas air suam. I think kakak-bancuh-air is trying to give me diabetes. Dan hampir seminggu tanpa nasi, buatkan aku sedikit resah. Setiap kali duduk makan malam dengan kawan-kawan, sambil melihat mereka makan dengan lahap, aku jadi tak senang duduk.

Terasa seperti separuh diri ini seolah-olah kehilangan sesuatu. Ada yang tak kena. Ada yang tak lengkap.

Tiga jam sebelum itu, kawan-kawan pelawa pergi ke Sepang untuk menonton Malaysian Championship Series. Kalau aku jenis tak pedulikan tanggungjawab dan menganut fahaman yolo (atau carpe diem, untuk kedengaran lebih falsafah), sudah lama aku tinggalkan kerja-kerja yang sedang aku lakukan, dan terus pergi ke sana.

Tetapi aku terpaksa tolak. Sebab aku tak ada masa. Dan badan aku letih. Semalam masuk tidur pukul dua pagi, kemudian terjaga seawal pukul lima setengah pagi, entah kenapa.

Aku bawa Aisyah ke hospital petang tadi. Untuk ujian darah, takut-takut kalau terkena jangkitan denggi. Kerana demam sudah hampir masuk hari ketiga, dan masih belum kebah. Nasib baik tak ada apa-apa. Cuma esok terpaksa pergi sekali lagi untuk pemeriksaan susulan.

Dan malam nanti, aku cadang untuk makan mee kari. Because it's Sunday, dan aku perlu hadiahkan diri sendiri sesuatu. Jika tidak, Ahad tak ubah seperti hari-hari lain. Banal, murung dan mendatar.

30 August 2015 6:46PM

Halfway through the motions

Ada turun naik debar di dada sewaktu kita berbicara.
Ada hela nafas panjang yang menemani dingin malam.
Ada perbualan yang terputus-putus dan hilang punca.

How wrong was I?

Keane's Nothing in My Way blasting through the car stereo, dan Sarah kata lagu ini entah apa-apa. Mengenangkan yang duduk di kerusi penumpang ini adalah adik kandung sendiri, nasib baik aku tak terus campak keluar daripada kereta.

"Kalau buka radio, mesti keluar lagu-lagu bodoh punya. Tak percaya, cuba dengar," aku balas, serentak itu tangan lekas keluarkan CD dari tempat pemainnya.

Dan azan Asar sedang berkumandang separuh jalan.

Sabtu, 29 Ogos 2015

Perempuan dan hal-hal rumit

Tepat detik tengah malam, aku parkir kereta, bersedia untuk masuk dalam rumah, kemudian aku jenguk skrin telefon, kelihatan berjela-jela pesanan teks dan senarai panggilan tak dijawab.

Aku baru balik dari restoran Mamak. Makan malam kemudian berborak panjang dengan kawan-kawan sehingga mata tak larat celik, dan mulut tak henti menguap.

Aisyah suruh singgah kedai untuk beli sesuatu. Aku cakap, "Esok jelah. Aku dah sampai rumah baru perasan. Phone silent tadi."

"Ooo takpe, takpe." Aisyah balas, sebelum menyambung. "Waktu dia demam. Nak itulah, inilah. Suruh buat itulah, inilah. Nanti kau demam lagi, jangan nak suruh aku buat apa-apa dah."

Aku terus ketawa. Because laughter has always been my initial go-to response for almost everything. And because I'm an idiot.

"Tapi baru perasan kot. Tadi tak pegang phone langsung." Aku cuba untuk pertahankan diri, walaupun aku rasa aku tak ada buat apa-apa salah.

"Dahlah. Banyak alasan."

You see, jika Tuhan ingin kurniakan aku satu kebolehan, aku berharap ia adalah kebolehan untuk memujuk perempuan dengan mudah dan cepat.


Khamis, 27 Ogos 2015

Waiting for the sky to fall

Dear God,

I think I'm coming down with a fever. No, I can't afford to get sick. No, not right now. Perlu jemput Sarah dari stesen KTM Batu Gajah esok petang. And I'll be busy as hell on the Merdeka long weekend. Semoga segalanya baik-baik belaka. Amen!

The Devil

Aku masuk bilik air, dengan membawa bersama The Paris Review 206, handphone, dan sekotak rokok. Aku cucuh sebatang, dan habiskan ia dengan merenung lama wajah sendiri dalam cermin. Ada bibit-bibit ketenangan petang ini. Cuaca redup dan suasana sunyi. Selalu orang berpesan, jangan berlama-lama dalam bilik air, kerana ia tempat kegemaran syaitan.

Well, haven't you heard. I am one of them.

6:55AM

"Cuaca macam nak hujan, mendung semacam, tapi tak hujan-hujan juga dari tadi," aku beritahu J yang duduk di sebelah aku.

Aku rasa badan aku semakin tidak mahu berfungsi dengan sempurna. Kena hujan dua tiga titik, terus selsema datang hinggap. What ever happened to the old me, yang mampu meredah hujan lebat sewaktu berada di atas motosikal selama beberapa jam, tanpa perlu gusar tentang jatuh sakit.

"False hope." J sambut.

"Tak payah nak deep sangat," aku balas dalam nada memerli.

"Okay la deep daripada shallow."

Ada sebuah buku puisi menemani kami. Dalam banyak-banyak buku yang berterabur di rak, entah kenapa aku tarik keluar buku ini. Buku puisi tentang Kesunyian. Tentang Keterasingan. Tentang Kesedihan.

"This is a good book, J." Aku kata.

"J? Nak sebut nama penuh aku pun dah tak larat dah?"

Aku ketawa.

"Kau tahu tak kenapa aku guna initials untuk merujuk seseorang? For all I care, kau boleh jadi P, W, A, Q, atau huruf-huruf lain. Because names creates attachment, J. And I don't want that. Especially in my writing."

"Heh. Show off."

Rabu, 26 Ogos 2015

Anecdotes (4)

1. First rule of making promises: Never make one.

2. Kadang-kadang aku sendiri tertanya apa yang aku dapat dengan (masih) menulis di sini? Lupakan harapan untuk menulis novel atau cerita-cerita pendek, because that ship has long sailed.

3. 16/08/2015 1:27AM "Hey. I tak sure apa benda nice yang I boleh cakap sekarang tapi cuma jangan overthink sampai sedih sangat okay? Midnight thoughts memang bitchy. Goodnight you, take care."

4. Jangan berbalah dengan perempuan during their time of the month. Don't. Just don't. You'll fucking regret.

5. Macam Murakami kata, “Whiskey, like a beautiful woman, demands appreciation. You gaze first, then it’s time to drink.”

6. Ucapan good morning yang dibalas dengan go away.

5:59PM

Kegembiraan adalah pulang ke rumah dari kerja, dan lihat Ayah duduk senang membaca buku di meja makan, atau menatal skrin telefon sambil melayari internet, atau bermain dan berborak dengan kucing-kucing di rumah, atau memberi ayam makan di tepi rumah.

Pernah sekali, aku terajang ayam kepunyaan Ayah sebab berak merata-rata. Sebelum tersedar beberapa ketika kemudian, penuh rasa bersalah dan terus menyumpah diri sendiri, "Good God, what have I done? Bangangnya buli binatang yang tak tahu apa-apa."

Di rumah ini, tiada siapa tonton tivi. Kecuali Ihsaan dan Haikal dengan rancangan kartun mereka. Aku cuma pasang tivi, yang boleh diibaratkan sebagai sebuah relik, bila kawan-kawan datang ke rumah, untuk bantu hidupkan suasana. Seingat aku, tak pernah kami sekeluarga duduk berteleku di hadapan tivi menonton apa-apa rancangan bersama.

Mungkin ia satu alegori, atau cerminan, terhadap keluarga ini yang jarang ada apa-apa aktiviti bersama. Satu unit keluarga yang berfungsi dengan sempurna, tetapi setiap seorang ada hidup masing-masing yang jarang bersilang antara satu sama lain.

Mungkin ini secara tak langsung mempengaruhi cara pergaulan dan tatacara kehidupan sosial aku. Kadang-kadang aku dapati diri ini melakukan a month's worth of fun into just one week. Kemudian aku akan jadi letih dengan manusia, suasana dan segala-galanya. Dan aku akan perlahan-lahan memencilkan diri untuk seketika.

I've had enough of everything, I told myself. And now I need my own time and space. Untuk bergelumang dalam kekosongan. Untuk bergomol dalam kesunyian. Untuk buat hal-hal sendiri tanpa ada sesiapa peduli.

Orang hairan kenapa aku habiskan lebih banyak masa dengan kawan-kawan berbanding keluarga di luar rumah. Mereka fikir tidak selalu keluar makan malam bersama, tidak selalu tonton filem bersama, tidak selalu bersiar-siar di pusat beli-belah bersama, tidak selalu pergi bercuti bersama, adalah tanda-tanda aku tidak pentingkan keluarga.

Well... fuck you. All of you.

People don't know half the things I did for my family. Apa sahaja, minta apa sahaja daripada aku. Wang, tenaga, masa, dan segala-galanya. Seboleh mungkin, aku akan cuba tunaikan. Beban tanggungjawab yang sedikit sebanyak buatkan aku rasa macam jadi bapa pada usia yang muda. Walaupun aku belum kahwin. Dan belum ada anak.

Sepertimana aku kata tadi, kegembiraan adalah dapat lihat Ayah duduk berehat dan tidak lagi kucar kacir menguruskan hal-hal kami adik-beradik.

12:28AM

I ran out of cigarettes, jadi aku ambil keputusan untuk berjalan kaki untuk ke kedai di hadapan rumah.

"Nak apa-apa tak?" Aku tanya. Aisyah geleng kepala. Ihsaan, yang baru pulang dari kelas tambahan, mengadu lapar. Dan minta aku belikan burger. Burger daging, pesannya lagi.

Terpaksa berjalan meredah dua tiga orang pondan yang sedang menunggu pelanggan, pekerja-pekerja asing yang baru pulang dari tempat kerja, dan sekumpulan remaja yang melepak di tengah padang permainan.

I live in a weird neighborhood. Sedar tak sedar, sudah lima belas tahun hidup aku dihabiskan di kawasan ini. People come and go, people come and go, people come and go, tetapi persekitaran di sini masih sama, tak banyak berubah.

Jiran sebelah rumah aku, sebuah keluarga Melayu, sudah hampir dua tahun tinggal di sini. Dan aku masih tak tahu nama mereka. Dan tak pernah terlintas niat untuk bertanya. To be honest, I couldn't care less. Cuma waktu pagi sebelum pergi kerja, aku akan hadiahkan mereka sebuah senyuman jika kami keluar dari rumah pada masa yang sama.

Jadi aku pinta sekotak rokok, capai dua bungkus megi dan satu tin Nescafe, hulur not lima puluh ringgit, dan ucap terima kasih waktu ambil duit baki sebelum aku beredar pergi.

Gerai burger berada tiga ratus meter di hadapan. Maka aku lajukan langkah. Melepasi deretan rumah urut, kedai gunting rambut yang sepi, bengkel motosikal yang masih sibuk dan sebuah restoran Cina yang lengang.

Aku kenal mamat yang menjual burger ini. Mamat ini adalah kawan kepada kawan aku. Yang setiap kali aku tak cukup duit, atau menggagau duit syiling dalam poket, akan kata, "Takpe bro, lain kali pun boleh bayar."

Buatkan aku teringat seorang kawan yang pernah buka sebuah gerai burger. Kali terakhir aku dapat tahu, dia telah berhijrah ke Penang. Kerja di sebuah kilang elektronik. Minggu lepas dia datang rumah aku untuk beri kad undangan majlis kahwinnya. Aku cakap, insyaAllah, kalau ada rezeki aku datang. Tetapi apa boleh buat, aku tak sempat pergi.

Aku pernah tanya, okay tak buka gerai burger. Dia balas, okay, senang, tak pening kepala. First, they're making easy money out of it. Kedua, my business, my rules. Total freedom at its best.

Setahun yang lepas (atau dua tahun lepas? Tak ingat), waktu pergi ke bank untuk buka akaun baru, amoi yang menguruskan hal-hal kewangan kata kepada aku, "Muda lagi you sudah pandai simpan duit lor. Manyak bagus."

Kemudian dia tanya aku kerja apa. Jadi aku beritahu. I swear to God, in her exact words, she told me, "Eh you begitu handsome, mengapa tak cari kerja lain?"

Aku terus ketawa. Aku beritahu dia, for the time being, keluarga dulu, diri sendiri kemudian. I don't expect people to understand my life decision right away. Though I never get the chance to pursue my dream, but hey, all is well.

Lima belas minit, dan aku pulang ke rumah. Ihsaan masih sibuk dengan kerja-kerja sekolah. Aisyah sedang bercakap telefon. Ayah di meja makan sedang baca buku. Aku panggil Ihsaan, "Cepat makan. Siapkan kerja sekolah, lepas tu masuk tidur. Esok nak bangun awal."

Aku celur sebungkus megi. Seharian aku tak jamah apa-apa makanan. Tak ada selera. I think I'm coming down with the flu. Dek kerana meredah hujan lebat tempoh hari.

Tak ada apa-apa aktiviti lepak malam ini. Kawan-kawan yang lain masing-masing ada hal sendiri. Maka aku duduk di bangku luar rumah, habiskan megi, habiskan satu tin Nescafe, cucuh sebatang rokok, sebelum masuk rumah untuk menaip nota ini.

Esok hari Rabu. Aku berharap Tuhan jadikan esok lebih baik daripada hari ini. Dan hari-hari sebelumnya. Malam yang sunyi begini, dan sebuah nota panjang, aku fikir sudah memadai untuk selesakan diri sendiri. 

Selasa, 25 Ogos 2015

Dear Self (3)

"Just stop and end it all. Right now."
"I can't. I'm way in too deep."
"There's no turning back?"
"Not that I know of."
"You're screwed."
Aku ketawa.
J ketawa.

Dear Self (2)

"Don't be such a pessimist, will you?"
"I am, and always will be."
"Pretty soon, you'll be running out of words to say to her."
"I know."
"What's next?"
"I don't plan that far ahead."
"Ah I see. Go with the flow approach. How convenient."
"Yes, for the time being."

Anecdotes (3)

1. Satu perbualan dengan manusia kegemaran sudah cukup untuk selesakan seluruh hari aku.

2. #ThePowerofKoran #Ikram4Lyfe

3. YouTube is a weird place. Daripada video perlawanan Muay Thai kepada video kompilasi Deez Nuts dalam masa yang sungguh singkat.

4. For all I care, Ed Sheeran equals to One Direction.

5. Bak kata Rumi, "Dalam Kesunyian ada segala-galanya."

6. Ayat kegemaran untuk tahun ini: "Kome rileks jap. 10 minit."

7. Driving, is my thing.

8. Setiap kali nampak mana-mana perempuan cantik, aku akan tanya kawan aku, "Do you know who she is?" Kawan aku akan jawab tak tahu. Aku balas, "I'll tell you who she is. My future wife and mother to my beautiful child."

9. Corona Extra dan malam-malam penuh sober.

10. What do you do for a living?

Isnin, 24 Ogos 2015

Dear Self

J datang dengan senyum sinis. "Now, are you quite done?"
"What are you doing back here? Go away."
"Too soon?"
"Yes. Not right now. Go away."
"But I'm here to help?"
"Leave me alone. We'll talk about this some other time."
"Haven't changed a bit. Stubborn as hell."
"Well yeah... whatever."

Ahad, 23 Ogos 2015

Let's get going

"I went to Penang last week, and didn't tell nobody." Aku pecahkan suasana dengan perbualan. Seorang kawan, duduk di sebelah aku di kerusi penumpang, segera membalas. "Kau buat apa pergi Penang? Tidur sana?"

"No, I went for a drive. Macam biasa. Tekan pedal minyak, mana-mana aku suka. But I got carried away. Last thing I know, I was in Ipoh. Dan aku macam, "Ah dah alang-alang, I might as well heading to Penang.""

"For what? And why?" Kawan aku geleng kepala dengar cerita aku. Kemudian dia perlahankan sedikit bunyi radio yang lebih lantang daripada suara kami berdua.

"Why not?" Aku sambut. "I was bored. Really really really bored out of my mind. Aku sampai Juru, singgah 7-E, beli Nescafe dua tin, hisap rokok sebatang, kemudian aku patah balik."

"Kau dah gila ni." Dia ketawa. Aku turut sama.

Not sure about crazy though. I don't mind driving that far for no apparent reason. Jauh memang jauh, but I enjoyed every second of it.

Sabtu, 22 Ogos 2015

Of conversation and everything in between (6)

"You see, there's an empty void in my life right now. When someone new came along, they quickly fill the space up. That's what I'm afraid of."

"Dah tu, kau nak apa setan? Nak sunyi selama-lamanya?" Garang betul suara kawan aku di hujung talian malam ini.

Jumaat, 21 Ogos 2015

Menyelenggara hidup

Memandangkan pengurusan masa aku begitu teruk ketika ini, maka aku fikir cara paling mudah adalah dengan panggil semua kawan kumpul di rumah aku dulu, kemudian baru buat keputusan ke mana arah tuju. Sama ada keluar makan, keluar lepak, atau apa-apa aktiviti lain.

Am I a genius or what?

Romantika Jumaat

"Bazir dua jam hidup aku dengar pakcik ni sembang," aku kata kepada seorang kawan yang terus ketawa macam orang gila. "Dua jam! Dua jam!"

Aku hanya mampu geleng kepala. Badan aku letih. Kepala aku berat. Telinga aku sakit. Rasa macam perlu mandi bunga untuk hilangkan bau-bau sembang retorik yang melekat pada badan aku. Kemudian tidur lena sehingga esok pagi. Apa-apapun, benda dah terjadi. Dan sekarang aku sedang melalui pasca-kehancuran. Kerana dua jam lepas, ceritanya berbeza sama sekali.

Balik dari sembahyang Jumaat, aku hantar Ihsaan ke kelas tambahan. Instead of terus pulang ke rumah, aku keluar melepak dengan seorang kawan. Minum petang dan borak-borak kosong, dalam cubaan membunuh waktu senggang yang tidak diisi apa-apa aktiviti.

We were minding our own business, sebelum datang seorang pakcik entah dari mana menghampiri kami berdua. Belum sempat apa-apa, dia capai rokok atas meja aku, sebelum bertanya, "Tau tak apa hukumnya hisap rokok?"

Aku pandang kawan aku. Kawan aku pandang aku. Masing-masing macam, "The fuck...."

Aku tak jawab. Walaupun pakcik ini kurang ajar. Datang ceroboh privasi aku, lantas menyebabkan butir-butir bicara antara aku dan kawan aku tergendala. Nasib baik aku dah kurung perangai orang gasar aku dalam sangkar. Kalau tidak, mungkin pakcik ini makan makian percuma petang ini.

Dia kemudian membebel panjang lebar sesuatu tentang hukum agama, kisah-kisah nabi, kesihatan, kandungan kimia dsbnya. "Pakcik bukan apa, cuma nak kongsi. Bila pakcik dakwah macam ni, dapat pahala."

Well yeah.. whatever. Dakwah, my ass.

Dia tarik kerusi duduk sebelah aku, dan tanya nama aku. "Muhammad." Aku balas.

Aku pandang kawan aku. Kawan aku pandang aku. Masing-masing tahan ketawa.

"Umur berapa?" Dia tanya lagi. "Dua puluh dua," aku sambut.

Aku pandang kawan aku. Kawan aku pandang aku. Masing-masing tahan ketawa.

Tapi ketawa kami tak berpanjangan. Pakcik ini keluarkan kertas dan pen, dan mula melukis rajah-rajah bentuk macam setan, dan piramid-piramid yang tak masuk akal.

Mind you, ini bukan kali pertama orang cuba jual insurans kepada aku. Selalunya aku tolak dengan mudah. Aku cakap, dah ada, ataupun, tak minat. Ataupun kadang-kadang aku menipu yang aku masih belajar. Tak ada duit. Tak ada kerja. 

"Chill, I got this," aku beritahu diri sendiri sebelum mula melayan sembang pakcik ini. Yang penting di akhirnya, pakcik ini tentu tak dapat yakinkan aku untuk beli insurans.

And I was right. Pakcik insurans 0 - 1 Muhammad.

Rasa macam aku menang. What exactly am I winning though? I have no freaking idea. 

Khamis, 20 Ogos 2015

Anecdotes (2)

1. Aku selalu berharap kucing yang aku bela mampu buat kerja-kerja ringan dalam rumah, macam sapu sampah dan ambilkan segelas air di dapur untuk aku.

2. Pukul enam petang dan belum makan tengah hari.

3. Been listening to One Direction's No Control, and not proud of it.

4. Aku akan ingat sampai mati bila seorang kawan pesan nasi goreng four wheel di sebuah kedai makan Siam. Semua orang tercengang. Dengan selamba dia balas, "Nasi goreng Pattaya la. EmPAT TAYAr."

5. What happens in WhatsApp group, stays in WhatsApp group.

6. Terpaksa mengaku, susah juga rupa-rupanya untuk menang argument dengan perempuan.

7. #VapeOff #JanjiDalamBankAdaDuit #ShaytaanIsBack

8. I am good with words. I really am.

9. Dua puluh empat tahun hidup, baru bulan lepas tahu kewujudan visor topi keledar untuk night riding.

10. Apa-apapun, galeri kamera telefon penuh dengan gambar muka manusia lain lebih daripada muka aku sendiri.

Anecdotes

1. Tak pasti kenapa kakak jaga kaunter kedai serbaneka tenung aku lama sangat. But I think my nipples are visible through my shirt.

2. Sedikit tips: jangan makan Twisties sambil memandu. Sekarang aku terpaksa bazirkan dua puluh minit menunggu kereta siap dicuci.

3. Tasha Manshahar's Terima Kasih Cinta for the win!

4. Satu botol besar air berkarbonat, sebungkus Twisties, dan enam biji gula-gula getah: RM3.00 worth of Happiness.

5. Benarlah kata seorang kawan, "Rokok Lucky Strike lemak berkrim lain macam."

6. Hey, mudahnya tulis senarai begini. Dan dua kali ganda lebih seronok daripada Twitter!

7. Untuk pakcik yang sanggup turun daripada kereta untuk tolong ambil topi keledar aku yang jatuh daripada dalam raga motosikal sewaktu aku sedang membawa beban empat puluh kilogram atas paha, yes, you're the real MVP.

8. Perempuan, titik temu, luahan hati, cinta dsbnya.

9. Macam Hozier kata, “The only heaven I’ll be sent to is when I’m alone with you.”

10. Hey, sekejapnya dah sampai nombor sepuluh!

Of conversation and everything in between (5)

12/04/2015 12:48AM
X: Are you always an asshole?

12/04/2015 02:11AM
Me: Sorry. Come again?

Romantika Khamis

Terjaga pukul enam pagi. No, no it's still too early, I said to myself. Jadi aku hidupkan penggera untuk kembali berbunyi pada pukul enam empat puluh lima pagi.

I went to bed early last night. Tertidur di atas katil Aisyah, sebelum akhirnya dihalau masuk ke bilik aku sendiri. It was around 1AM.

Haikal didn't go to school this morning. Tiba-tiba semput dan bergelut untuk bernafas dengan sempurna. Nampak macam tak serius. Tak tahu sama ada ia cuma lakonan sebab malas untuk ke sekolah atau apa. Waktu aku kecil, aku selalu berharap aku mudah jatuh sakit. Untuk mengelak daripada pergi ke sekolah.

Tetapi Tuhan beri aku kesihatan yang baik. Aku kira, aku cuma jatuh sakit cuma setahun sekali. Demam, batuk, selsema yang tak mahu kebah selama seminggu, then I'm all good to go for the whole year.

Semua orang tak suka bila aku jatuh sakit. Because I can be huge pain in the ass. Tak semena-mena jadi clingy, jadi mengada-ngada, jadi manusia yang perlukan perhatian sepanjang masa.

I should get back to work right now. But it can wait. Kerana sekarang - waktu menaip ini - menggunakan waktu rehat yang aku sendiri sesuka hati cipta, aku sedang lari sebentar daripada kegilaan dunia.

Weekdays can be pretty slow for me. Setiap hari macam hari Isnin. Selasa adalah Isnin(2). Rabu adalah Isnin(3). Khamis adalah Isnin(4). Mungkin hanya Jumaat terkecuali, yang aku panggil sebagai pra-hujung minggu.

Three hours left, kemudian aku bakal pulang ke rumah. Tanggalkan baju seluar, mandi bersihkan diri, kemudian jemput Ihsaan pulang dari sekolah. Dan jika Ihsaan pulang lewat, aku akan singgah melepak dahulu di sebuah kedai milik seorang kawan.

Kerja habis pukul dua petang. But Life doesn't just stop there for me. Kehidupan berlaku sepanjang hari. Kadang-kadang kalau aku rajin aku akan hantar Aisyah pergi mengajar di sekolah pada pukul dua setengah petang. Dan jemput dia pulang kira-kira pukul enam petang. Atau enam setengah petang, kalau aku terlupa.

Untuk sebulan ini, pengurusan masa aku begitu teruk nampak gayanya. Orang ajak keluar makan malam pukul sembilan malam, aku datang pukul sembilan setengah jam. Pihak bank telefon suruh ambil dokumen, sudah dua minggu aku tangguh. Dan sekian-sekian bil yang entah sudah berapa lama tertunggak.

Hari ini dua puluh Ogos, dan aku baru teringat hari ini adalah hari ulang tahun kelahiran Ihsaan yang ke-dua belas. Awal-awal lagi dia sudah pesan, dia nak makan nasi Arab malam ini. Hairan juga bila dia tak minta kek atau apa-apa pastri.

Ihsaan rapat dengan Aiman. Apa-apa dia mahu, buku, barang mainan, atau, makanan lewat malam, dia akan minta daripada Aiman instead of minta daripada aku. Haikal, on the other hand, lebih rapat dengan aku.

Setiap kali dia kena marah dengan aku. Dia akan mengadu kepada Aisyah. Minggu lepas, sepuluh minit aku melilau keliling kawasan sekolah mencari dia. Rupa-rupanya dia pergi ke kedai untuk beli gula-gula getah.

"Adik pergi kejap je. Bukannya lama pun. Itupun nak marah," dia beritahu Aisyah.

Hal-hal kecil sebegini sering buat aku ketawa. Please don't grow up too soon, aku doa pada Tuhan. I love you guys more than anything in this whole world.

Maybe I don't spend much time with my family. Mungkin tak banyak aktiviti kami bersama sekeluarga. Last time they went to Melaka. Mereka rasa tak seronok kerana terpaksa tinggalkan aku. Aku cakap, go ahead, have fun without me. I don't mind, as long as you guys are happy.

Kerana Kegembiraan ini, aku boleh cari sendiri. And I am more than capable of finding my own Happiness.

Selasa, 18 Ogos 2015

Of conversation and everything in between (4)

Dia tampar bahu aku. "Since when do you smoke?" Aku hembus asap ke bawah meja, seraya membalas, "Since when do you care?"  

Romantika Ahad

Had a long talk with a friend last night. Kami berdua, makan malam di sebuah restoran mamak. Sebelum itu, aku habiskan petang dan lewat senja aku di rumah seorang kawan yang lain. Makan pizza percuma, main Forza 4 dan duduk melepak tanpa tujuan.

"Fuck this shit! I'm out." Aku, separa bergurau, kata sebelum aku minta diri untuk pulang ke rumah.

"Weekend ni, waktu untuk berehat sebenarnya," ujar kawan aku. Dia makan capati sekeping. Aku makan nasi goreng. Nasi goreng yang anehnya rasa macam mee goreng. "Memang rasa mee goreng la. Mesti pakai kuali sama tak basuh," tambah kawan aku lagi.

Walaupun aku terpaksa bekerja setiap hujung minggu, aku tetap ingin pulang ke rumah, dan bersantai. Layan YouTube, tonton siri tivi, main anak kucing, berbaring di tengah ruang tamu, atau paling mudah sekali, tidur sehingga waktu Maghrib.

"Nak tahu kenapa aktiviti kita makin perlahan?" aku tanya soalan yang aku sendiri akan jawab.

"Sebab kita apa-apa aktiviti pun, mesti nak buat sama-sama. Walaupun masing-masing sibuk sekarang, kita tetap jumpa hampir setiap hari. Walaupun bosan macam mana, letih macam mana, kita tetap jumpa. At least kalau bosan, kita bosan sama-sama. Tengok la kita plan nak pergi Thailand dulu susah macam mana. Kena tunggu semua tak sibuk, baru ada semangat nak pergi."


Sabtu, 15 Ogos 2015

Romantika Sabtu (revisited)

It's Saturday, and I got nothing better to do for the rest of the day. Balik daripada kerja waktu tengah hari, dan aku dapati badan aku letih macam baru lepas panjat gunung. Tak pernah panjat gunung sebenarnya, tapi aku andaikan letihnya begitu.

Aku rebah badan atas katil tak sampai lima minit, dan sedang dalam fasa menuju deep sleep sehingga waktu Maghrib, seorang kawan hantar teks, "Ada mana lep? Aku pishang teroxx ni. Jom lepak."

Aku balas aku ada di rumah. "Mai la. Takdak siapa dekat rumah aku. Semua keluar pergi open house."

Sebelum itu, Ayah pelawa aku untuk ikut sekali pergi dua buah rumah terbuka. Aku tolak, sebelum tersedar satu apa makanan pun tiada di dapur. Dua buah rumah terbuka, maka logiknya tak perlu masak lauk makan tengah hari. Kitchen closed, bak kata omputih.

Tiga puluh minit kemudian, kawan aku sampai. Terpaksa bancuh satu jag air oren demi melayan tetamu. Takpalah, aku bisik dalam hati, aku pun dahaga juga. Jadi kami melepak di ruang tamu, dengan tivi terpasang walaupun tiada siapa menonton, sambil menunggu seorang lagi kawan pulang dari kerja.

Lima belas minit dihabiskan dengan berborak, main anak kucing, dan sama-sama membuat onar dalam group WhatsApp. Sampai sahaja lagi seorang kawan, dengan muka penat balik kerja, kami sambung berborak lebih lanjut selepas masing-masing tiada idea tempat melepak untuk dituju.

Hari Sabtu, selalunya orang habiskan dengan berpeleseran di pusat beli-belah. Aku tak pernah gemar tempat-tempat sebegini. Tempat dimana segala jenis manusia berkerumun dalam skala yang tak masuk akal. Jika pergi sekalipun, sekadar untuk makan, atau beli barang, atau ronda sekali harung, kemudian terus pulang. Mujur aku diberkati dengan sekelompok kawan-kawan yang menganut fahaman yang serupa dengan diri ini.

Tak faham bagaimana idea makan pizza tiba-tiba membawa kami makan kentaki.

Of conversation and everything in between (3)

"What has gotten into me lately?"
"Love."
"Pull me out of it."
"I won't. I enjoy seeing you making a fool outta yourself."

Khamis, 13 Ogos 2015

Disjointed notes

Selepas selesai urusan kerja waktu tengah hari, dan aku dapati diri ini tidak mengantuk, atau Ihsaan dan Haikal pulang lewat daripada sekolah, atau tiada urusan lain untuk dilakukan pada waktu petang, aku akan singgah melepak di sebuah kedai menjual barang penghawa dingin milik seorang kawan.

Sesi lepak berborak (yang selalunya disertai dua tiga orang kawan yang lain) sambil menghisap rokok, minum Nescafe tin, selak surat khabar selayang pandang, belek barang perkakas yang dijual, atau kadang-kadang, masing-masing sekadar diam tanpa peduli untuk bersuara dek kerana bosan.

You know, just like an old married couple. Except we're not old. And we're not married. And we're not gay.

Ramai orang tak tahu, aku bukan jenis manusia yang riuh. Kalau kamu campak aku di tengah-tengah keramaian, kebarangkalian untuk aku memencilkan diri adalah terlalu tinggi. Dengan manusia-manusia asing, aku kurang bercakap dan lebih banyak memerhati. I don't possess certain degree of intuitive understanding of other people to be able to jump straight into conversation.

Once you get to know me, you'll probably get annoyed right away, of that I'm sure. 

Isnin, 10 Ogos 2015

How can you be afraid to be happy?

What did I tell you, dear Self. Don't be playing games that you know you're going to lose.

Everything is going great. I set the pace. Slow and steady. And then one morning, there's a voice inside my head telling me, "You don't deserve to be happy."

And I stopped. I said to myself, well... that's it.

"Are you out of your mind? Geramnya rasa nak tumbuk muka you. Everyone deserves to be happy. Yourself included. You selalu kata you tak faham perempuan. Tapi nak faham you lagi susah, sebenarnya."

Of conversation and everything in between (2)

Xxx 7 September 2012 1:35 PG 
Mungkin dah tiba masanya kau mula baca tulisan Pessoa dalam the absence of anything exciting happening in his life. Yang bagi aku agak menarik pada mulanya (bila dia complain of the world) tapi dia down kepada kasihan on his loneliness and boredom of nothing ever happening. Stagnant. I'm talking about The Book of Disquiet, that is.
 
Raja Muhammad Aliff 7 September 2012 2:19 PG 
Loneliness and boredom, I think I can live with that. Sebab dalam kesunyian, you don't really (have to) care about other people. Masalah hanya timbul when you take a peek at other people's life, dan kemudian kau rasa hidup kau macam takde progress langsung.
 
Xxx 7 September 2012 6:21 PG
But not being able to devote your life in another, (not exactly conforming, that is), or to care, is bound to make you feel groundless. You think of yourself as safe, impenetrable, in not caring and not being cared off, but in actuality, this detachment is bound to make you utterly lonely. Unreal. Cut off. Estranged. Once in a while, I think solitude is okay, but one has to venture out at some point? To progress? Unless that is, you're quite happy being lonely alone. 

Raja Muhammad Aliff 7 September 2012 8:04 PG  
But then you have to ask yourself, progress untuk apa? Jika progress untuk membuktikan wujudiah diri kepada orang lain semata-mata, maka nilai solitude sudah menjadi sesuatu yang tiada apa-apa. That's why some people chose to be alone, as in prefer to live in denial. Proses detachment buatkan kau cipta dunia sendiri, create your own pace, create your own progress, create your own reality, thinking the world only revolves around you. Now the only question remains is, berapa lama kau boleh berada dalam penafian?

Xxx 7 September 2012 8:27 PG  
Well progress is such a general word, kan? Not exactly for others, but for yourself. In order to achieve that happiness of being. Not conforming, merely taking in along the virtue of others. Participation. Such an individualistic take to build on yourself, narcissistic, even, is one philosophy that will bound to collapse out of selfishness and arrogance. Bila kau negate others dalam hidup, hoping people to orbit around you, instead of you others (remember that you yourself are orbiting alone), you're not really going anywhere/ learning, are you.  Of course, live long enough in denial you're bound to be delusional. We'll end this. Point is participation. Communion. Not surrendering your own individuality.

How to disappear completely (2)

"See, you always get your way. But now everything is changing. I can see the effort you put into building a relationship, but you got so caught up with work and life. You want to get to know new people, but you're afraid of meeting the right people at the wrong time. You want to open up to other people, but the thought of them using everything they knew against you, makes you doubt if it's the right decision."

Stop worrying about things that haven't happened yet, dear Self.

How to disappear completely

"Reality is eating me up," aku kata. "Again."

Kami berdua berdiri sambil bersandar pada sisi pintu kereta. Menunggu seorang lagi kawan yang masih tak kunjung tiba untuk makan tengah hari bersama. Sudah sepuluh minit, jadi aku capai telefon dan hantar teks bertanyakan lokasi beserta dengan makian.

"You know what my problem is? I can't write stories anymore. Apa yang aku buat sekarang cuma menulis tentang kegembiraan, kesedihan, dsbnya dalam hidup aku. Semuanya terawang-awang. Semuanya bersimpang-siur. Tulisan-tulisan aku bukan lagi tentang diri sendiri, keluarga, kawan-kawan, manusia-manusia asing, atau momen-momen penting dalam hidup."

Jumaat, 7 Ogos 2015

Of conversation and everything in between

Raja Muhammad Aliff 05/06/2013 17:56
Hello. How are you?

Mxxxx 05/06/2013 17:59
I am good. Thanks.

Raja Muhammad Aliff 05/06/2013 18:01
Our last conversation was on 26th June 2012. Hampir setahun yang lepas. Rasa macam cepat sangat masa berlalu.

Mxxxx 05/06/2013 18:01
Agaklah. So kau kerja ke apa sekarang? Curious.

Raja Muhammad Aliff 05/06/2013 18:04
Working as much as not working.

Mxxxx 05/06/2013 18:05
Sounds like a fair arrangement. I'm bored with Murakami. Baca satu bab and I think I see through him already.

Raja Muhammad Aliff 05/06/2013 18:08
Substance-wise, Murakami kira okay. Plus, aku suka cara dia susun dialog/conversation (antara influence terbesar aku dalam mencipta dialog dalam nota/catatan).

Mxxxx 05/06/2013 18:11
Entahlah. Rasa kena berhenti sebentar dan baca benda benda normal dahulu. His conversations are memorable. You seem to (still) write a lot. Aku dah lost enthusiasm for some reason.

Raja Muhammad Aliff 05/06/2013 18:15
Memorable. Exactly. This may be hard for you to believe, tapi aku rasa macam aku tak pernah berhenti menulis walaupun sehari since... high school? Sekarang pun masih menulis, cuma bila takde audiens, prioriti atau tujuan menulis dah macam shifted. Konon dalam proses mencari true inner self. Konon la.

Mxxxx 05/06/2013 18:20
Menarik. I think I write sporadically bila ada masa. More so if I am left alone. Lately not getting either. Busy with uni stuff too. Betul-betul membunuh.

Raja Muhammad Aliff 05/06/2013 18:24
Sometimes aku rasa menulis ni macam dah bagi satu sumpahan. Lagi banyak menulis, aku makin jadi terlalu narsis, self-obsessed. I mean, life would be so much different jika aku tak tahu menulis.

Mxxxx 05/06/2013 18:28
Sometimes, perhaps. But what else could one write about if not about one's own self? Susah nak menjangkaui to other subjects, or people. I think sejak I left high school, I cannot create  imaginary situations - short stories, y'know. It's hard.

Raja Muhammad Aliff 05/06/2013 18:37
Proses dia tak menyeronokkan. I must say, writing fiction bukan semua orang boleh buat. Baru-baru ni aku baca short story Ottessa Moshfegh dalam The Paris Review. Sangat-sangat impressive.

Mxxxx 05/06/2013 18:46
Oh ada online la her stories. Will read them. Thanks Alep! I don't know, since I've been taking english literature class baru sedar nak tulis sesuatu ayat tu agak payah (in order to convey everything). Like choosing adjectives, or building up a story so that it foreshadows the ending.

Raja Muhammad Aliff 05/06/2013 18:52
Wah english lit class. Rasa macam tahu sikit-sikit tentang komposisi ayat, the choice of word, etc. Aku pun perasan benda ni bila baca for example, The Wizard of Oz. Tapi selalunya orang macam tak pedulikan aspek ni sebab bagi diorang (jemaah sastera indie terutamanya), benda-benda teknikal ni jadi tak penting bila naratif/jalan cerita/plot kuat.

Mxxxx 05/06/2013 19:00
Mostly took the class sebab nak banyak masa membaca dan menarik la jugak kalau nak tahu the formal approach towards literature (and films). Budak-budak indie tu entahlah, I don't know what's the story now. Is Bila Larut Malam any good? Dah baca?

Raja Muhammad Aliff 05/06/2013 19:12
Belum. Tapi macam berminat nak beli. Indie yang dah tak berapa indie dah pun sebenarnya.

Mxxxx 05/06/2013 19:14
You mean, sebab dah ada publishing house dah ke? Macam dah established sangat.

Raja Muhammad Aliff 05/06/2013 19:18
Tatacara penerbitan diorang mungkin la masih indie. Ada semangat d.i.y. yang tebal dari segi pemilihan tajuk, cover buku, penggunaan bahasa tak baku. Tapi benda-benda lain seperti marketing approach, target market, dll dah lebih kepada profit-oriented. Ini mungkin la assumption semata-mata, but you can't argue the logic.

Mxxxx 05/06/2013 19:22
Well, considering that buku Nami terjual lebih than 10k, mana taknya. I still haven't read his novel(s), tapi some of my friends yang don't really read, dah baca. Puzzles me how people read. Pulp, kononnya. I guess to each their own.

Raja Muhammad Aliff 05/06/2013 19:26
10k kira banyak la untuk scene indie. Not too proud to admit that I bought his book Muslimeen United three weeks ago. Horrible, I tell you. Rasa macam baca fakta-fakta Wikipedia yang dibahasaMelayukan. I don't know why they publish this kind of book.

Mxxxx 05/06/2013 19:29
Profit, mostly. Dubook Press seems to be heading that way. Tak banyak olahan idea eh? Nami is boring, people seem to hate him a lot that they hack into his account and take screenshots of his conversations with girls. Lawak kot. Aku tengah baca Disgust.

Raja Muhammad Aliff 05/06/2013 19:35
Buku tu tentang autobiografi pemain bola sepak. How can one screw up autobiography? I have no idea. Cuba baca Bettering Myself. Even better, imho. Maybe sebab boleh relate dengan diri sendiri kot. Sebab cara dia menulis dekat dengan diri.

Mxxxx 05/06/2013 19:39
Hmm just finished baca Disgust.

Raja Muhammad Aliff 05/06/2013 19:41
So, any good?

Mxxxx 05/06/2013 19:46
Menarik. She seemed to have gotten over her self-disgust dan transferred it to other people, the woman at the arcade. It's very um, natural, the way her thought runs. Menarik.

Raja Muhammad Aliff 05/06/2013 19:48
Exactly. Dia la satu-satunya penulis yang aku baca untuk tahun ni. I think I'm in my non-reading phase. Satu buku pun belum habis untuk tahun ni.

Mxxxx 05/06/2013 19:50
Woah. It's already June. How come? It just happens I guess.

Raja Muhammad Aliff 05/06/2013 19:55
Well, yeah. That and other things as well. Entahlah. I don't read suka-suka atau sebab aku ulat buku. I don't read to know the ending. Aku rasa motivasi aku untuk membaca adalah untuk capture bagaimana penulis-penulis olah ayat, cipta dialog, reveal watak demi watak. Sampai satu tahap, membaca dah tak jadi sesuatu yang menyeronokkan. Aku rasa kemahuan aku untuk menulis lagi tinggi daripada untuk membaca.

Mxxxx 05/06/2013 19:57
Hehe, so when can I read your book (kalau ada plan)? Read Woolf. She's good. Macam tak perlu faham her plot sangat, really, but rather how she writes her words. Gila powerful.

Raja Muhammad Aliff 05/06/2013 20:02
Hehe tunggu kau publish dulu la kot. For now, takde intention/minat untuk publish. Kalau ya pun, mungkin la d.i.y. project tulisan-tulisan daripada blog yang maha personal. Since duit bukan lagi satu masalah, ingat nak bagi free je. Kalau jadi la. Pernah cuba Kundera. Bagus juga. Cara dia menulis ada gaya, orang kata. Tapi tak dapat sustain energy untuk terus baca. Tapi kalau good choice of word, explanation dan tulisan yang detail, aku rasa Barthes pun dah cukup bagus.

Mxxxx 05/06/2013 20:04
I have a Barthes biography lying around the house. And Sontag's essay about him. Tapi tak pernah baca lagi. Dalam The Marriage Plot, ada macam reference to his A Lover's Discourse, nampak macam menarik (and tragic). Sekarang tengah baca Bettering Myself.

Raja Muhammad Aliff 05/06/2013 20:08
Dah boleh letak The Marriage Plot dengan A Lover's Discourse dalam wishlist dah ni. Suka Bettering Myself pasal dia tak bazir masa. Ada sesuatu utk diceritakan instead of beating around the bush.

Mxxxx 05/06/2013 20:16
That was a fun read. Macam Henry Miller, tapi less cluttered.

Raja Muhammad Aliff 05/06/2013 20:19
Glad you liked it. She's talented, I must say.

Mxxxx 05/06/2013 20:20
She remained indifferent the entire time. Suka suka. Thanks Alep.

Raja Muhammad Aliff 05/06/2013 20:21
You're welcome hehe. Dah habis baca Please Look After Mother?

Mxxxx 05/06/2013 20:23
Dah! It's pretty sad. I kept hoping for the mother to be found. Didn't really care much for the main narrator. Liked most the part bila ayah dia duduk sorang-sorang dekat rumah, and wondered about how he met the mother, kahwin and all. The way he eavesdropped the conversation. And yang curi basikal/makanan tu. Poignant.

Raja Muhammad Aliff 05/06/2013 20:28
Vivid kan cerita dia? Each memori yang diorang terkenang tentang ibu diorang was beautifully executed. Aku suka cara dia cerita through second person narration. Genius.

Mxxxx 05/06/2013 20:34
So you really are exploring ways to write/narrate huh? Good.

Raja Muhammad Aliff 05/06/2013 20:38
I've been experimenting. Pernah cuba second person narration. Menarik. Tapi bila buat dalam bahasa Melayu, jadi kekok sikit. Prolly sebab aku tak cukup skill lagi. Haha.

Mxxxx 05/06/2013 20:39
Read more sastera bahasa Melayu la. Dah jumpa ke kedai buku dekat mall di Ipoh tu?

Raja Muhammad Aliff 05/06/2013 20:40
Belum pergi lagi. Tapi dah tau la lokasi. Bagus ke buku-buku dekat sana?

Mxxxx 05/06/2013 20:41
I don't know. Nxxxx bought banyak buku-buku DBP. So I guess old ones banyak la kot. Mungkin Latiff Mohidin menarik. Pernah terjumpa his book kat library UM dulu.

Raja Muhammad Aliff 05/06/2013 20:42
Boleh la cuba pergi nanti. I'll buy you something kalau jumpa yang menarik.

Mxxxx 05/06/2013 20:43
Yay! Thanks Alep!

Selasa, 4 Ogos 2015

Permulaan adalah permulaan kepada permulaan

Monday, March 26, 2012

“You’re talented,” kata beberapa orang manusia rapat kepadaku. “Terima kasih,” aku balas.

Aku menulis tentang pengalaman hidup, diselang-seli dengan beberapa percubaan liar bereksperimen menulis cerpen-cerpen separa-fiksyen dan sajak-sajak (yang entah apa-apa). I don’t know if this is ever be considered a real talent or what.

Sebelum menulis sesuatu, I have to read something. Other people’s blogs, short stories, excerpt from a novel, random quotes or anything. Aku perlu pastikan diri aku berupaya menyerap segala elemen luaran ini demi membolehkan aku melihat satu-satu perkara melalui pelbagai sudut pandang yang berbeza.

Jadi bolehlah dikatakan aku ini hanya sekadar mengutip cebis-cebis kelompok sosial manusia dan cuba untuk mengolah sesebuah tulisan menerusi pemerhatian sendiri. Atau konsep mudahnya, dari masyarakat kepada masyarakat. No, that sounds lame. Dan kedengaran seperti slogan kerajaan.

Anyway, berbalik kepada persoalan berbakat atau tidak itu tadi, aku semestinya menghargai perhatian yang ditaburkan. Ini bermakna, ada manusia di luar sana yang percaya dengan kemampuan aku (walaupun aku, secara peribadi, menyimpan skeptikal terhadap diri).

Pujian sebegitu sebenarnya menyebabkan narsis dalam diri aku meronta-ronta. Yes, I know, people’s expectation is a bitch.

Isnin, 3 Ogos 2015

Malam Isnin

Kami duduk makan malam bersama di sebuah restoran tepi laut. Selalunya tempat ini penuh dengan manusia yang sering buatkan aku tawar hati untuk menunggu makanan lambat sampai. Namun lain pula halnya malam ini. Manusia boleh dibilang dengan jari, dan meja-meja makan lesu tiada pelanggan.

Pukul sembilan malam, kawan aku datang ambil aku di rumah. Kemudian kami beredar untuk ambil seorang lagi kawan di rumahnya.

Ideanya mudah. Keluar makan, kenyang, balik rumah, dan tidur. Kerana esok adalah hari Isnin. Hari yang kebanyakan orang, termasuk aku, tidak gemar. Hari yang menandakan fantasi hujung minggu sudah berakhir dan bakal diganti dengan realiti.

"Malasnya nak kerja esok," rungut kawan aku, sambil menggeleng kepala. "Kan syok kalau bangun esok pagi tak payah pergi kerja."

Aku hirup separuh air di hadapan aku. Dan nyalakan sebatang rokok. Ritual selepas makan yang sungguh indah. Punbegitu, soalan ini bawa fikiran aku melayang jauh. Menimbulkan persoalan-persoalan baru dalam benak. Kadang aku sendiri tertanya, what drives me forward in life?

Adakah wang ringgit, atau material possession, atau keluarga, atau impian dan harapan? Adakah dengan meleraikan rasa tanggungjawab dalam diri (kerja, tanggungan, beban, komitmen dsbnya) sudah mampu membuatkan aku gembira?

Thank God I don't work 9 to 5. Namun di sebalik itu, hal-hal kerja membuatkan kaki aku bagai dirantai oleh komitmen. Hujung minggu aku sentiasa sibuk. Tuntutan kerja membuatkan masa aku terkekang dan tidak bebas. Secara harfiah, tiada masa untuk sesuatu yang memerlukan aku untuk bergerak jauh. Dua minggu lepas, majlis kenduri kahwin sepupu di Kuantan, aku tak dapat hadir. Dan sekian banyak aktiviti-aktiviti keluarga di kampung, aku tak dapat turut serta.

Apa boleh buat, aku bisik dalam hati. 

Ahad, 2 Ogos 2015

Ahad dan sebuah nota panjang

I don't write much about my family, siblings, friends, and cats anymore. Tak pasti mengapa, mungkin kerana aku terlalu larut dalam diri sendiri. Sehinggakan masa untuk merayakan setiap satu yang berlaku di sekeliling aku hampir tiada.

Aisyah kini mengajar di sebuah sekolah agama. Aiman pula berada di tahun akhir pengajian di Jitra. Sarah baru memulakan semester di Bangi. Ihsaan bakal menduduki UPSR tahun ini. Dan Haikal, kanak-kanak kegemaran aku, masih lagi dapat kalahkan aku setiap kali kami bermain apa-apa permainan peranti mudah alih atau konsol.

Aku masih lagi tidak jemu mencium pipi Haikal setiap kali aku hantar dia ke sekolah. He didn't like it though. Macam dia selalu cakap, "Mana boleh cium pipi dah. Adik dah darjah tiga." Well, I don't care. I'm giving you all my love.

Kucing-kucing di rumah sudah tidak banyak. Yang ada sekarang cuma tiga ekor. Topeng dan Momo, dan seekor anak kucing masih belum putus susu yang ditinggalkan oleh ibunya. Sudah seminggu Topeng selsema, masih belum sembuh. Momo pula selalunya akan dipaksa tidur di sebelah aku pada waktu malam. Aku akan berborak dengannya, mengusap bulunya, dan peluknya sehingga dia menjadi rimas. He didn't like it though. Well, I don't care. I'm giving you all my love.

Kawan-kawan aku kebanyakannya sudah bekerja. Jika ada pun yang masih menuntut, semuanya sudah berada di tahun akhir pengajian. It's good to have them back in my life. Masih lagi melepak setiap malam, keluar berhujung minggu, melakukan aktiviti-aktiviti tiga suku, dan bercuti bersama-sama.

Enam hari lagi, majlis kahwin kawan sekelas aku semasa di kolej. Kali terakhir kami jumpa, kalau tak silap, adalah tahun 2009. Aku berkira-kira untuk pergi memeriahkan, tetapi memandangkan aku sentiasa sibuk pada hujung minggu, maka aku semacam keberatan. Plus, I don't know my way around KL. Jadi sesat adalah salah satu aktiviti wajib setiap kali berkunjung ke sana.

Minggu lepas, Sepul telefon aku selepas dua tiga hari menyepikan diri. "Aku sekarang dekat kedai makan awek aku ni. Cari duit sikit. Aku internet takde, sini macam sial line telefon barai. Seminggu sekali baru aku balik. Apa-apa nanti aku contact."

"Dah tu kau tidur mana dekat sana?" aku tanya.

"Aku tidur dekat kedai la. Macam cilake, dah macam Bangla..." terus aku ketawa macam orang gila bila dengar jawapan balas Sepul.

8:18PM Sunday 02 August 2015

Sabtu, 1 Ogos 2015

Racun minda

Petang tadi, aku luangkan sedikit masa dan pergi melawat seorang sepupu yang baru lepas bersalin. Anak ketiga. Bayi perempuan. Sedikit tips: jangan terus tanya jantina samada lelaki atau perempuan.

Aku belajar ini selepas ditarik telinga dan dibebel, "Penat je aku bagi anak aku pakai baju warna pink. Mesti la perempuan." Kemudian aku tanya nama apa. Nur apa-entah-dah-lupa. Malas untuk bertanya buat kali kedua, kerana peluang untuk nama itu kekal dalam ingatan adalah sungguh tipis.

Berapa orang anak-anak kepada sepupu-sepupu aku, entahlah, aku sendiri tak pasti. Kerana setiap kali pulang ke kampung, pasti ada bayi baru yang membuatkan aku spontan bertanya, "Ini anak siapa pulak?"

Selalunya soalan ini dibalas dengan siri-siri bebelan. "Itu la hang. Jarang balik kampung sampai anak sepupu sendiri pun tak kenai langsung."

Mereka, yakni anak-anak kepada sepupu-sepupu aku, panggil aku dengan pangkat atau gelaran pak long. Umur aku baru dua puluh empat tahun, maka sudah tentu tak kena dengan panggilan pak long. Pak long adalah sesuatu yang tidak cool. Ia untuk orang-orang tua.

Jadi aku pesan kepada mereka. "Jangan panggil pak long. Panggil uncle. Uncle Alep."

Now that sounds better, no?