Dua tahun lalu, diri ini berasa puas dapat membayar sendiri yuran pengajian kolej dan menanggung kos sara diri tanpa meminta bantuan Ayah.
Walaupun mempunyai reputasi pengurusan kewangan yang agak teruk, but I managed to survive. Di hujung semester, akaun bank sentiasa menunjukkan baki-baki wang yang belum (sempat) dibelanjakan.
Kerana ketika itu, aku fikir, aku sudah mampu untuk berdikari.
Kini aku tiba pada fasa hidup yang agak mendatar tetapi stabil. Aku hanya menjalani hidup; tiada drama, tiada kejutan, tiada klimaks, tiada apa-apa.
Namun tidak dapat tidak, sewaktu berbual dengan kawan-kawan, kami akan terbabas menyentuh hal-hal masa depan seperti alam perkahwinan, kerjaya tetap, membesarkan anak-anak dan seribu satu macam lagi.
Kadangkala sebelum tidur, aku ligat memikirkan, apakah alam dewasa ini seakan-akan tidak kena dengan jiwaku?
Will I survive, that is the question.
5:27 PM Sunday 16/06/2013