Ahad, 1 Disember 2013

Tak berminat dengan suasana

I had a cup of Nescafe three hours ago, dan kini, menjelang detik tengah malam, mata ini masih belum mahu lena.

Aku keluar makan malam seorang diri sebentar tadi. Memandu sekitar pekan, tanpa arah tujuan, hanya untuk memuaskan nafsu untuk memandu laju, sebelum mengambil keputusan untuk mengisi perut lapar sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah.

Tiga atau empat tahun lepas, aku menolak idea makan seorang diri di restoran, kerana aku menganggap ia sesuatu yang memalukan (dan menyedihkan). Bagi aku, turutan hierarki-nya begini: ketidaksunyian, kemudian kesunyian, kemudian pada darjah paling atas adalah makan seorang diri.

Tetapi, kini, ia jadi perkara biasa. Tiada lagi rasa canggung untuk duduk seorang diri, pesan hidangan, menonton tivi sambil menunggu, makan, dan pulang ke rumah dengan hati puas.

Blissful, I tell you.

Tiada ulasan: