Isnin, 26 Mac 2012

Dear Self!

(I)

"Go out and meet new people. Talk to them. Be nice to them," dia menegur aku yang sedang leka menyusun satu persatu buku di atas rak.

"Well," aku berjalan menghampirinya, meninggalkan buku-buku yang masih belum habis disusun. "Look who finally decided to showed up again."

"I never leave you. I was there all the time. I was with you all along. But you were the one who pushed me away. Remember?" dia tersenyum, memberi jawapan kepada aku yang jauh terleka. Juga mengakhiri sebuah persoalan yang terbuku dalam diriku.

"I... I didn't meant to," aku peluk tubuhnya, "I'm sorry."

"That's okay. You need help. You need me now."

(II)

"Be a man. Let go of everything that holding you back," dia menyalakan sebatang rokok, menyedut dalam-dalam.

"I've done that already," aku balas ringkas.

"Oh come on. Don't put yourself in such a shameful denial," dia menempelak. Kepulan asap meluru keluar dari rongga mulutnya. "This time, start all over again. Start fresh. Start new."

"And please," dia merayu, "Get rid of those painful memories. You don't need them."

"But that's all I--"

"You're trying too hard to keep control," dia cantas sebelum sempat aku habiskan ayat. "For what?"

"No. Hell no," aku sama sekali tidak bersetuju dengan cadangannya. "By doing so, I will have nothing."

"See, you're afraid you'll have nothing to write about," dia melondehkan kebenaran yang aku begitu takut untuk hadapi. "This is the perfect time to stand up for yourself and do the right thing," dia tambah lagi.

(III)

"Deep inside, you hate yourself," dia beritahu. Tak semena-mena.

"What?" aku soal semula. "Don't be ridiculous."

"Admit it," dia masih tidak mahu mengalah.

"Admit what? I mean, why should I?" aku sambut.

"When you see other people doing the same thing as you did, you don't actually hate them. You hate yourself," dia berhujah panjang lebar. "You wish you were better than them. Am I right?"

"I hate you. You know me too well," aku kata kepadanya.

(IV)

"Stop writing for a month. Accept the fact that life will always brings you possibilities. No matter how far you run or hide," dia beri cadangan.

"Seriously. Just for a month," dia cuba untuk meyakinkan aku. "Deal?"

"You've been writing and searching for yourself for far too long. No wonder you're feeling worn out," aku tidak memberikan sebarang reaksi. Kali ini aku biarkan dia mengambil alih suasana dan meluahkan segalanya.

"Go read a book. Or watch movies. And stop writing whatever thoughts you have in your head. Save it for later," dia mahu aku menilai semula keberadaan diriku dari sudut pandang berbeza. Supaya aku tidak kekal kaku dalam kebejatan emosi dan fikiran.

"Trust me, you'll be better."

Hell-o?

"Nothing good happens after 2 a.m.," bak kata Ted Mosby. Tambahnya lagi, "When 2 a.m. rolls around, just go home and sleep."

And he was right.

Aku sering terperangkap dalam perbualan telefon ketika sedang mamai. Tidur nyenyak yang diganggu oleh panggilan dari manusia lain. Seperti tempoh hari, Yo menelefon aku sekitar pukul 3 pagi bertanyakan (atau beritahu?) sesuatu. At 3 a.m., for fuck's sake.

I don't know what the hell he's talking about. Aku dengar suaranya di hujung talian tetapi tiada satu pun butir bicaranya yang melekat dalam kepala. Jadi aku hanya mengiyakan apa sahaja yang keluar dari mulutnya sambil mengharapkan perbualan segera tamat.

Aku kira, ini sudah menjadi kebiasaan. Maksud aku, menjawab panggilan walau apa situasi sekalipun (tindakan refleksi yang menyusahkan aku, sebenarnya). Menyebabkan aku tak semena-mena dihimpit situasi canggung dan perbualan yang tidak diingini, dalam kebanyakan waktu.

Alternative reality

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Thanks bg yg add aku..Tp kalau yg aku xapprove tu bukan bermaksud aku xnak kawan nga korang...tp gambo profile korg tu pelikkk je..takut aku nak approve..

1st, aku bukan sombong sgt pun tapi bile berfb ni aku paling xsuke :
* org chat nga aku. says : hai,boleh berkenalan.. 
* bila aku xlayan chat korg : sombong la.penat je add kau.FYI, ade aku soh add aku ke?xkan..So,jaga sikit mulut tu!.
* bila aku upload pic,korg komen teruk2, kalo korg sakit mata tgk gambo aku tu..korg unfriend jela aku. xkisah oke.
* setiap ape yg aku update kat status,xde mengena nga korg,jgn lebih2 terasa oke..FB kan laman sosial, so, aku ade hak nak buat ape2 kat fb aku.aku xkacau FB korg, korg jgn kaco FB aku.

MAKLUMAT TAMBAHAN : aku dah ada girlfriend k. kawan boleh.lebih.xboleh.so,bila berFB dgn aku, hati2 k, kadang2 bukan aku yg on9. maybe si dia..=)

oke.setakat ni ja aku ase benda2 yg penting.
sekian, terima kasih!!

Sabtu, 24 Mac 2012

From Seri Iskandar with love (8)

Aku pesan kepada diri sendiri supaya berhenti menulis nota halimunan. Kerana bila aku mula menulis segalanya dalam kepala, aku akan keberatan (dan malas) untuk menulis semula apa yang aku fikir/rasa dalam bentuk nyata. My thoughts will eventually disappear in some sort of endless void.

I mean, what's the point of rewriting them again? It's a complete bloody waste of time.

Disebabkan itu juga, ianya hampir mustahil untuk aku mengingati semua tulisan yang telah aku hasilkan. Sesetengah tulisan ditulis ketika aku patah hati. Ada yang ditulis ketika aku terapung kegembiraan. Malah ada yang ditulis sekadar suka-suka, tiada tujuan.

Walaupun mempunyai begitu banyak perkara yang boleh/mahu ditulis sepanjang tempoh dua hari pulang ke Seri Iskandar, aku tidak mampu menyatukan segala serpihan memori tersebut ke dalam hanya sebuah tulisan.

Maka serpihan yang berserakan itu, aku kutip dan tulis sesuatu mengenai setiap satunya.

Ini membuatkan aku terkenang perbualan yang berlaku dalam kereta sewaktu kami (aku, Ik, Apek, Pidot dan Yo) menuju ke Ipoh untuk makan mee kari. "Kalau kau dapat kerja cuci tandas tapi gaji level diploma, kau nak tak?" soal Apek kepada Ik. Soalan rawak yang muncul secara tiba-tiba tanpa diduga.

Aku sudah lupa apa jawapan balas Ik tetapi yang pasti, kami ketawa besar selepas itu.

Punbegitu secara perlahan-lahan, kebanyakan isi perbualan kami telah hilang ditelan memori. Yes, we sure talked a lot and joked around but I just can't remember everything.

See, that's why I'm writing something right now, can't you tell?

From Seri Iskandar with love (7)

We make fun of everything. We make fun of everyone. And we even make fun of ourselves. Mentertawa,  mengajuk, menyindir, mem'bahan' apa sahaja yang terlintas di depan mata dan berada dalam kepala.

"Kau ni beli buku, main Twitter. Gila forever alone," Apek berkata kepadaku. "Benda yang jarang orang buat, kau buat."

Ternyata mereka tidak berkongsi minat yang sama denganku. Kami umpama sebuah fragmen kehidupan yang begitu rumit, seakan tidak 'ngam' bersama. Namun perbezaan ini-lah yang saling melengkapi antara satu sama lain, sebenarnya.

From Seri Iskandar with love (6)

"Mesti Meon terasa bila kita upload gambar ni nanti," Apek menyuarakan kegusaran. Meon masih di Sungai Petani sedang menjalani latihan industri yang tertangguh kerana beberapa masalah dan kerenah birokrasi yang timbul. Selain Meon, Kiki juga tidak mampu menamatkan latihan industri mengikut tarikh yang dirancang.

Mereka berdua sepatutnya ada bersama-sama aku sewaktu sesi pembentangan latihan industri yang berlangsung pagi itu. Kerana kami bertiga memilih pensyarah yang sama sebagai penyelia merangkap panel penilai untuk sesi pembentangan.

Namun pagi itu aku berseorangan. Dua orang kawan rapat yang seharusnya menemani aku tiada di sisi. Dan sudah tentu aku berasa sedikit kesunyian.

"Lepak la lama lagi," aku kata sewaktu bertemu Kiki di Seri Iskandar sehari sebelum tarikh pembentangan. Dia datang ke sini setelah aku berjaya memujuknya untuk meluangkan masa bersama kami.

"Tak boleh doh," dia sambut, "Aku dah banyak kali mintak cuti. Esok aku kena masuk kerja."

"Alaa, bak sini nombor telefon bos kau. Meh aku slow talk dengan dia," aku balas dalam nada gurauan seperti yang sering aku lakukan.

Aku sempat berbual dengan Kiki selama lebih kurang 15 minit sebelum dia bertolak pulang. Ya, hanya 15 minit yang Tuhan izinkan untuk kami berjumpa. Masa yang terlalu singkat. Masa yang seolah-olah mencemburui.
Apek juga ada menghubungi Meon sehari sebelum tarikh pembentangan untuk bertanya khabar. Sedih nada suaranya, menurut kata Apek. "Meon kalau tidak nak datang, tapi dia kata 50/50. Dia baru je cuti minggu lepas."

Meon juga ada berhubung denganku melalui laman Facebook, menyatakan kekesalan tidak mampu hadir merayakan perjumpaan semula ini. "Takpa, kalau ada rezeki kita jumpa nanti," aku balas. Untuk detik itu, aku harus sabar menunggu. Walaupun jiwa pesimis aku meronta-ronta tidak mahu memberi peluang kepada diriku untuk menyimpan sebarang harapan.

Seperti yang aku katakan kepada Siti sewaktu berborak dengannya, "Entah bila lagi kita nak jumpa ramai-ramai macam ni, kan?"

Jumaat, 23 Mac 2012

From Seri Iskandar with love (5)

Menjejakkan semula kaki ke Seri Iskandar, bibit kenangan selama 3 tahun menuntut di sini datang bertalu-talu. Sewaktu melihat wajah setiap seorang dari rakan sekelas tempohari, terus aku ukirkan senyuman ikhlas. Sebuah senyuman yang menyatakan betapa aku menyenangi kehadiran mereka dalam hidupku selama ini.

Setelah selesai sesi pembentangan latihan industri sekitar pukul 12 tengahari, aku luangkan sedikit masa untuk duduk semeja bersama-sama Zam, Nadzirah, Alea, Pidot, Ik, Apek dan beberapa yang lain sambil menikmati makan tengahari.

Dikelilingi mereka, aku selalu dianggap sebagai seorang yang mampu membuatkan seisi meja ketawa. I'm the funny one among us. Or more like, I'm a self-appointed quipster.

But no, I'm definitely not a people pleaser, for sure.

Sesetengah kawan rapat sedar akan hakikat betapa aku mempunyai begitu banyak karakter pembawaan diri. Cara pergaulan aku berubah serta-merta tatkala memasuki kandang sosial yang berlainan. Aku boleh jadi manusia yang paling kamu suka. Aku boleh jadi manusia yang paling kamu benci. Aku adalah manusia berbeza untuk setiap kelompok manusia.

"Awal bulan Mei nanti, jom la kita pergi Pesta Buku KL," aku ingatkan Nadzirah untuk kali keberapa aku sudah lupa. "Haa," dia sambut, "Remind me later. Kau kena jadi reminder aku."

Di kalangan kami, hanya aku dan Nadzirah sahaja yang minat membaca buku. Dari dia juga aku pinjam buku Rojak dan Kougar. In fact, she's the one who bought Cekik for me last year at Pesta Buku KL 2011. It's an autographed copy, just so you know.

Farah juga datang menegur sewaktu aku sedang duduk berborak dengan Nadzirah. "Alep," dia sahut nama aku," Minat buku Fixi tak?"

"Hmm, kenapa?" Nak kata minat sangat, tidak juga. Aku cuma ada tiga buah judul terbitan Fixi yang tersusun di rak buku. Buku keempat yang bakal menyusul menjadi koleksi adalah sebuah buku bertajuk Bisik yang aku perolehi secara percuma dari pihak Fixi.

"Sabtu ni ada launch buku Fixi dekat Annexe Gallery. Pergi tak?" dia tanya.

Aku kata aku tidak pasti lagi samada mampu untuk pergi atau tidak. Menghadiri pelancaran buku himpunan cerpen Kopi serta menyaksikan tayangan tiga filem pendek hasil adaptasi dari cerpen-cerpen yang terdapat dalam buku tersebut.

Oh I wish I could go. I'm broke as hell.

Khamis, 22 Mac 2012

From Seri Iskandar with love (4)

"Lepas ni kau nak buat apa? Sambung study ke kerja?" soalan yang dilemparkan oleh Chah sewaktu duduk semeja bersamanya di kafeteria kolej. Soalan yang juga terlebih dahulu diajukan oleh dua orang panel penilai sewaktu sesi soal jawab di hujung pembentangan latihan industri.

"Entah la. Aku ingat nak kahwin tapi tak tahu nak kahwin dengan siapa," aku berseloroh, tidak serius menjawab soalan dia tadi. "Kau kahwin je la dengan aku. Senang cerita."

Malam sebelum itu, aku telah mungkir janji untuk makan malam bersamanya. "Hate you," pesanan teks dari Chah menerjah masuk selepas aku beritahu aku ada hal lain yang perlu dilakukan. That's why I hate making promises because I know I'm going to break it anyway.

Jenuh memikirkan apa yang terbaik untuk diri sendiri, aku masih belum membuat apa-apa keputusan. Begitu banyak pilihan yang terhidang. Begitu banyak ruang terbuka. Begitu banyak peluang untuk direbut. Begitu banyak kesilapan untuk ditebus.

Ikutkan hati, aku sudah bosan bergelumang dengan teori ilmiah. Namun manis kehidupan selaku seorang pelajar mungkin menggoda aku untuk sekali lagi bergelut dengan timbunan tugasan, kertas peperiksaan, konspirasi dan seribu satu macam cabaran dan dugaan.

Selepas ini, menempuh hari-hari mendatang, aku perlu biasakan diri untuk menerima soalan-soalan rawak dan juga syarahan percuma mengenai masa depan. Sehinggalah aku samada memilih untuk bekerja ataupun menyambung pelajaran.

Oh Tuhan, semoga aku mampu bertahan.

From Seri Iskandar with love (3)

"Pergi la aktifkan BIS kau tu," Siti kata tatkala melihat tanganku memegang sebuah alat teknologi yang tidak asing baginya.

"Oooh, pakai BB tak bagitahu," Syamira yang duduk di sebelahku tiba-tiba mencelah.

"Aku mana reti pakai handphone ni," aku menekan-nekan pad kekunci tanpa tujuan, "Ini pun aku pakai sebab nak tangkap gambar."

"Poyo je cakap tak reti," Syamira balas. "Mana ada orang pakai BB sebab nak tangkap gambar je." Mereka kemudian membelek handphone yang sungguh membosankan itu. Tiada apa-apa kandungan di dalamnya melainkan aplikasi Twitter dan Foursquare serta fail-fail imej yang aku rakam melalui lensa kamera.

"Apa nombor BB pin? Cepat la add," pinta Syamira sambil memulangkan handphone itu ke tanganku. "Nanti kita boleh BBM sama-sama," Siti turut menambah.

I told them it wasn't mine actually. This one belongs to my sister, I said. Mine was cheap and near-indestructible Nokia handphone that can survive almost anything.

Bukan tidak berminat tetapi prioriti untuk memiliki sebuah telefon pintar hampir tidak wujud. Selagi handphone sedia ada boleh memenuhi keperluan paling asas seperti membuat panggilan dan membalas pesanan teks, itu sudah memadai buat waktu ini.

From Seri Iskandar with love (2)

Sewaktu menunggu giliran masing-masing bagi sesi pembentangan latihan industri, aku berbual panjang dengan Siti. Sesi yang sepatutnya bermula pada pukul 9 pagi terpaksa ditunda seketika kerana masalah teknikal.

Melihat wajahnya, tiada apa yang berubah. Siti yang kali terakhir aku jumpa tiga bulan lepas, masih Siti yang sama. Mungkin wajahnya sahaja yang ketara sedikit cengkung. Tiga bulan merupakan tempoh yang singkat tetapi oleh kerana dalam tempoh itu diisi dengan kehidupan, maka secara relatif, tiga bulan terasa sungguh lama.

Begitu banyak yang kami bualkan. Perbualan rawak yang diceduk dari entah mana-mana. Hilai ketawa yang melatari kanvas pertuturan. Senyuman yang memadamkan jurang masa yang wujud antara kami berdua.

"Sekejap sangat kita datang sini, kan? Aku tak sempat nak jumpa semua orang. Kalau jumpa pun, tak sempat nak borak lama-lama," aku kata dalam nada rungutan.

"Ha'ah," dia mengangguk bersetuju. Aku bertanya samada dia sudah bertemu dengan rakan sekelas yang lain. Belum, dia balas. Tak sempat, tambahnya lagi.

"Fatin pergi mana? Tak sempat pun nak borak dengan dia," sebentar tadi Fatin turut sama menunggu giliran dalam bilik yang sama denganku. Kemudian aku lihat dia sudah tiada.

"Fatin pergi naik hostel. Simpan barang," dia sambut sambil tangan menggenggam cue card yang tertulis nota-nota ringkas sebagai panduan untuk sesi pembentangan kelak.

Aku pandang Siti. Dia balas pandanganku. Aku senyum sebelum menggeleng kepala, "Bila fikir balik, rasa macam tak percaya pun ada."

She knows what I mean by that. Perbualan telepati yang tercetus dalam kepala masing-masing. Tingkah kata aku dimengerti dengan baik oleh Siti. "Dulu kitorang semua ingat kau ada something dengan dia," Siti merujuk kepada hubungan platonik antara aku dan Fatin.

"Itu lah. Macam mana aku boleh jatuh cinta, aku pun tak tahu," aku balas. Terus kami berdua tersenyum kecil mengimbau hal-hal yang telah berlaku. Aku masih ingat bagaimana Miss F pernah menegur kami berdua satu ketika dahulu, "Korang berdua couple ke?"

"Eh, tak la," serentak kami menafikan. Kami berdua berpandangan sesama sendiri. Suasana canggung serta-merta mengambil alih situasi. Segannya, Fatin kata kepadaku setelah Miss F beredar. Sama la, aku balas.

Cuma satu yang menjadi kekesalan. Kini, tidak banyak yang boleh aku bualkan dengan Fatin. Setiap kali kami berbicara, kenangan yang pudar dan kusam kembali bercantum semula. Kenangan yang mengundang ketidakselesaan. Kenangan yang aku ingatkan, aku sudah kunci dalam laci memori.

Tetapi kebenarannya, kenangan ini masih berlegar bebas tatkala kami bersua muka. I guess I'll have to live with the fact that I'm still haunted by delicate memories of the past.

Rabu, 21 Mac 2012

From Seri Iskandar with love

"Setakat tulis dalam SeparaFiksyen buat apa," Chem kata merujuk kepada tulisan mengenai bicara hati aku terhadap seorang perempuan. Lebih tepat lagi, tulisan mengenai rakan sepejabatku.

Aku tercengang, tidak tahu untuk beri reaksi apa. Aku tidak pasti samada perlu berdiam diri atau pura-pura peduli dengan membalas kenyataan tersebut. Mungkin dia beranggapan bahawa setiap perhubungan harus berakhir dengan sebuah ikatan. Sebuah pandangan yang tergopoh-gapah. And pretty shallow, I must say.

"Kalau nak confess secara berdepan, boleh je sebenarnya," aku balas perlahan. Terasa malas untuk menerangkan lebih lanjut kepadanya.

Bagi aku, meluahkan perasaan terhadap seseorang adalah perkara mudah tetapi setelah berbuat demikian, aku pasti akan mempersoalkan semula tindakan itu dengan bertanya kepada diri sendiri, "What's next?"

"I think I'm falling in love with you," aku luahkan isi hatiku kepada Fatin, penuh jujur. Nada suaraku bergetar. Darah seperti menderu laju memenuhi segenap ruang tubuh. Dunia bagai berpusar laju di antara helaan nafas kami berdua.

Malam itu, masa seakan berlalu pantas. Aku sendiri tidak percaya apa yang keluar dari mulutku. Perasaan aku bercampur-baur dalam sebuah lakaran emosi yang mengelirukan.

But that was long ago. 

Dari saat itu, segalanya perlahan-lahan mundur ke belakang. Lafaz cinta yang aku ungkapkan umpama hilang magis, dalam sekelip mata. Permainan ini bakal tamat, aku berbisik dalam hati.

Yes, love is a game. And with her, it all ended in such a meaningful way.

Fatin yang aku kenal adalah seorang yang sukar dijangka. Kami pernah tidak bertegur langsung selama hampir sebulan hanya kerana dia terasa hati dengan tindakanku yang tidak mahu meminta maaf.

Bila difikirkan semula, tatkala aku menyatakan lafaz cinta terhadap Fatin, aku semacam melepaskan beban yang tertangguh. Aku telah melepaskan limpahan emosi yang berlegar-legar mewarnai perhubungan yang muncul secara tiba-tiba, tanpa aku sedari.

Apa yang penting adalah aku telah meluahkan apa yang aku rasa. Dan selepas itu, seperti yang aku katakan tadi, aku seperti kehilangan arah dan hala tuju. Aku mula bertanya kepada diri sendiri, "What's next?"

Wordless what? (16)

Isnin, 19 Mac 2012

Staring into the abyss

Berdiri di hadapan kaunter, aku termangu membelek menu. Puluhan aneka rasa, nama, jenis, perisa tertulis di sebuah papan tanda beserta harga setiap satu.

"Mana satu yang sedap ni?" aku tanya diri sendiri. Berdiri terlalu lama mendongak menu bukanlah satu tindakan yang bijak, maka aku harus segera membuat keputusan. Belum sempat apa-apa, seorang gadis datang menghampiriku. "Ya, selamat datang yada yada yada..." selebihnya aku sudah lupa apa yang diucapkan oleh dia.

"Hmmm," aku masih berfikir. "Bagi saya yang ni," aku kata, merujuk kepada menu yang tertera perkataaan Honeydew Ice Blended.

"Nak tambah bla bla bla?" dia merujuk kepada topping yang aku-sudah-lupa-nama. Aku terus mengangguk bersetuju.

Muka lawa, aku bisik dalam hati. Boleh tahan, aku kata tatkala mata turun sedikit ke arah dadanya. Rambutnya diikat rapi ke belakang, sedikit kerinting di hujung. Memakai sepasang anting-anting tiada corak berwarna hitam.

Untuk tiga minit seterusnya, aku tekun memerhatikan gerak-gerinya bertungkus-lumus menyediakan minumanku. Sekejap ke sana mencapai sudu. Sekejap ke sini mengambil pesanan baru. Kekalutan yang sungguh comel.

Bila sudah siap, dia hulurkan minumanku bersama sebuah senyuman. Aku senyum balik, sambil memandang wajah kemudian dadanya.

Boleh tahan, aku kata sekali lagi.

Ahad, 18 Mac 2012

Time is running out

Esok bangun awal pagi, hantar Haikal ke tadika. Kemudian selesaikan bayaran yuran pengajian untuk semester akhir yang sudah lama tertangguh. Juga menyunting slide presentation untuk sesi pembentangan laporan industri. Dan bagi mengakhiri semua itu, aku harus pulang ke Seri Iskandar.

Begitu banyak yang perlu dilakukan. Begitu banyak yang perlu difikirkan. Begitu banyak yang perlu disudahkan.

Paling penting, aku wajib menyediakan pembohongan dalam skala yang sungguh besar untuk sesi pembentangan tersebut demi memastikan segala perancangan berjalan dengan lancar. Ini termasuklah menabur hujah-hujah palsu untuk mematikan sebarang persoalan oleh ahli panel penilai yang mungkin timbul kelak.

Segala-galanya harus kelihatan sempurna. Walau apa pun yang bakal terjadi.

Detik yang berlalu

02:57am Monday 05 03 2012

Nadzirah called me last night, sejurus sahaja aku keluar dari pintu keluar/masuk sebuah bank. Sebelum itu, aku terlebih dahulu beratur dan menyembah cash deposit machine demi menjelaskan pembayaran untuk dua buah buku.

"Alep," suaranya girang, menyebut namaku, "Kau mesti dah siap report, kan?"

"Dah agak dah. Mesti nak tanya pasal report," aku ketawa dalam hati.

Aku balas, "Belum la. Aku baru tulis biodata. Introduction pun tak buat lagi. Kau dah buat sampai mana?"

"Aku tengah stuck dekat observation. Malasnya nak buat," dia merungut.

"Sama la," aku turut bersetuju.

Kami tidak sempat berbual panjang, malah nada perbualan jelas tergesa-gesa. Soalan ringkas seperti, "How are you?" juga tidak sempat aku ajukan.

Namun rasa gembira dapat mendengar suaranya setelah lama tidak berhubung antara satu sama lain.

Sabtu, 17 Mac 2012

Segelas wain imaginasi

Malas. Aku sentiasa ada perkara untuk diluahkan tetapi satu je masalahnya, malas. Malas bagaimana, hanya kawan sekelas (dan kawan rapat) yang tahu. Di dalam kelas, aku jarang menulis. Malah aku datang ke kelas tanpa membawa pen, pensil apatah lagi alat tulis yang lain. Kalau beli, mesti hilang.

Menduduki peperiksaan akhir dengan hanya bertemankan sebatang pen, sebatang pensil dan pemadam. Pen, ya memang aku punya. Pemadam aku kerat dua dengan Siti dan pensil wallahualam, entah siapa punya aku pinjam. Kalau nak lukis garisan, selalunya aku guna kad matrik pelajar. Ha ha.

Pernah sekali, sewaktu menjawab peperiksaan akhir, dakwat pen tiba-tiba habis. Jenuh aku ketuk supaya dakwat mengalir semula namun hampa. Aku angkat tangan, pengawas peperiksaan datang. Dia ingatkan aku nak kertas tambahan. Aku balas, tak. Aku tanya, ada pen lebih tak. Orang kiri kanan dah pandang aku lain macam.

Pensyarah punya-lah pulun mengajar dan menulis di papan putih, aku di belakang pura-pura mencatat segalanya. Kadangkala melukis, kadangkala menconteng meja. Kadangkala merenung muka pensyarah sehingga tembus ke belakang. Kalau aku mencatat nota di dalam sehelai kertas sekalipun, demi Tuhan, kertas tersebut pasti juga akan hilang selang dua atau tiga hari kemudian.

Pengurusan masa aku sungguh memalukan. Pengurusan kendiri juga gagal sama sekali. Kerja bertangguh. Tiada motivasi. Sentiasa mahu lena dibuai mimpi.

Jika aku tidak berkeinginan untuk melakukan sesuatu perkara, please don't try to force me. Paksaan tidak akan berkesan sama sekali. Jika aku bersetuju untuk melakukannya, ianya sekadar didorong rasa simpati atau atas dasar untuk menjaga hati. Ataupun sekadar melakukannya tetapi tanpa meletakkan sepenuh jiwa atau apa.

Bukan-lah nak kata aku ni cool (walaupun memang cool), tetapi hakikatnya memang begitu.

Ada garis halus antara sarkastik dan loyar buruk. Loyar buruk adalah versi murahan dalam cabang sarcasm. Sebolehnya, aku mahu kurangkan nilai sarkastik dalam diri. Contoh bila orang kata, "Go to hell." Aku dengan selamba boleh membalas, "I'm on my way" atau "I will and you're coming with me" atau "with your kind of attitude, I'm there already."

Aku cuba baca sajak/puisi Bukowski, Rumi, Neruda, Emily Dickinson, Salleh Ben Joned (sekadar menyebut beberapa nama). Aku takde-lah minat sangat sajak/puisi tetapi ada beberapa yang betul-betul bagus. Ada sesetengah sajak/puisi baca berpuluh kali pun tak lekat. Ada pula sajak/puisi yang baca kali pertama, tiada apa-apa. Baca kali kedua, tiada apa-apa. Baca untuk kali seterus dan seterus dan seterusnya, baru ada rasa. Rasa apa, jangan tanya. Kena alami sendiri.

Bak kata seorang kawan, sajak/puisi yang bagus boleh beri instant feeling. Boleh terus tarik perhatian. Tetapi bergantung juga, sebab selera setiap manusia tak sama. Aftertaste juga berbeza-beza. Puisi yang paling aku suka sehingga kini adalah The Saddest Lines oleh Pablo Neruda. Indah, sungguh indah.

Setiap pagi aku akan bangkit dengan keupayaan untuk menulis sesuatu. Menulis segalanya dalam kepala. Menaip belum tentu lagi. Menaip ini kerja leceh. Bila aku baca tulisan sendiri, pasti ada yang tidak kena. Pasti ada yang ingin diubah. Apa yang ditaip sudah jauh lari dari imaginasi aku.

Dan ini mengecewakan. Ya, memang-lah imaginasi ini percuma tetapi aku perlukan sesuatu untuk menghimpun imaginasi ini dalam bentuk yang penuh bermakna. Sebagai contoh, ada sesetengah manusia mengabdikan memori mereka dalam sekeping gambar, sepotong video, sebaris puisi atau apa-apa.

Begitu juga aku, aku mahu bingkaikan memori ini dalam sesuatu yang memberi erti kepada aku. Memberi signifikan, ayat canggih sikit.

Dua tiga hari ini, aku ada juga ter/membaca beberapa cerpen. Ada yang sebut kispen, certot, cerkon atau apa-apa. Itu je-lah nak bagitau. Cheers?

Khamis, 15 Mac 2012

Cubaan pertama (I)

"Sentuhan manusia ni ajaib, you tau?" si dia menghampiriku yang berbaring selesa di atas kerusi empuk di ruang tamu. Peti televisyen sedang menayangkan sebuah rancangan masakan. Sudah lebih setengah jam rancangan tersebut bersiaran. Aku buka bukan kerana ingin menonton tetapi sekadar mahu menghidupkan sedikit suasana.

"You mamai ke apa ni? Baru bangun tidur dah mengarut," aku betulkan posisi badan bagi memberi ruang kepada si dia melabuhkan punggung di sisiku. Jam dinding menunjukkan jarum yang semakin menghampiri pukul 9 pagi. Cuaca cerah di luar juga seakan mengiyakan pemerhatianku.

"Apa pulak mengarut. Betul la I cakap," si dia menggosok kedua belah mata. Kemudian meregangkan badannya seperti seekor kucing. Letih sangat gamaknya, getus aku dalam hati. Berlawanan dengan si dia, aku adalah seorang yang mudah bangkit tidur pada waktu pagi. Morning person, istilahnya dalam bahasa Inggeris.

"Kalau tak percaya, tengok ni," serentak itu tangan si dia meniti perlahan di leherku. Dari leher turun ke dada. Dari dada membawa naik semula ke cuping telinga. Tangan si dia menari-nari seketika di situ sebelum aku bertindak mencapai tangan si dia, menghentikan gerak jemarinya yang erotis.

"Stop it," dengan masih tidak melepaskan genggaman, "Geli lah." Aku ketawa kecil. Perasaan geli sebentar tadi masih bersisa. Mula-mula rasa sedikit terangsang dengan sentuhannya namun kemudian timbul rasa geli bila si dia menyentuh kawasan yang sensitif.

Dengan mata yang masih layu dan rambut yang kusut, dia mencebik, "You ni tak romantik langsung."

"Romantik? You tau apa benda yang romantik pagi-pagi ni?"

"Haa I tau," wajahnya sedikit ceria, "Seks." Aku memandang wajah si dia tanpa berkedip. Dia menyambung, "I ada baca satu artikel, morning sex ni boleh tingkatkan sistem ketahanan badan. Boleh kurangkan risiko serangan jantung. I tak tau la betul ke tak tapi itu yang I baca."

Aku kucup dahinya. Mendakap dan mengusap belakang badannya beberapa kali. "So, shall we?"

Dia ketawa kecil sebelum menolak lembut badanku ke belakang. "Tapi seks overrated la. Don't you think so?" Tiba-tiba dia berubah fikiran. Aku diam, tidak membalas apa-apa. Kerana dia seperti masih ada sesuatu yang belum diluahkan sepenuhnya.

"You pun tau yang cerita yang you tulis ni ada pontensi untuk jadi draggy dan membosankan."

"Cerita apa?" aku tanya.

"Cerita ni la. Yang pasal kita tengah ada dekat ruang tamu ni. Yang I tengah bercakap dengan you ni," dia balas.

"You ni spoil la," giliran aku pula mencebik, "I tau cerita jenis ni memang bosan sikit. Dah jadi klise."

"Habis tu kenapa you gatal jugak nak tulis?" dia persoalkan kewajaran tindakanku.

"Sebab I suka," aku beritahu, " I ingat nak habiskan cerita ni macam biasa. Tapi you dah tegur, I pun dah malas nak sambung."

"Alaa," si dia merengek sambil memaut tanganku, "Tulis la cerita lain. Tapi I mesti kena ada dalam cerita you tau."

"Ya ya, I tau."

Bunyi derap kaki membuatkan aku menoleh ke arah anak tangga. Bunyi getar loceng di kaki si dia jelas kedengaran. Tak ubah seperti langkah seekor kucing. "Awal you bangun. I toleh tengok you dah tak ada," dia sapa ringkas sebelum mengambil posisi, duduk di sebelahku.

"Good morning," aku kucup dahinya.

"Hmm morning too," dia merengek manja, "You buat apa bangun awal pagi ni? Dah breakfast?" Aku geleng kepala. Tak lapar, aku kata.

"I tengah tulis cerpen," laptop di atas meja masih terbuka. Tinggal perenggan terakhir untuk disudahkan.

"Cerpen? Tajuk apa?" bertalu-talu soalan muncul dari mulut si dia, "I ada tak dalam cerita yang you tulis ni?"

"You mesti la ada dalam cerita ni," aku sambut. Si dia menggeselkan rambutnya di lenganku, "Tajuknya Good morning, Love."

Aku baca semula cerpen ini dari atas ke bawah. Jumlah patah kata semakin bertambah tatkala aku sedang menaip ini. Setelah berpuas hati, aku letakkan titik noktah mengakhiri cerita ini.

Isnin, 12 Mac 2012

Catastrophe

Menulis tentang Cinta adalah sesuatu yang mudah. Apatah lagi menulis secara literal, sambil lewa dan kontang jiwa.

Dalam konteks ini, menulis tentang cinta terhadap seorang gadis, you just have to let it all out. Sebarkan cinta dalam setiap rangkap, setiap perenggan, setiap baris, setiap bait.

Biar ia meresapi.
Biar ia jerlus.
Dalam sebuah sanubari.

Aku sudah lama tidak berkongsi detik-detik gembira, saat-saat duka dengan seseorang.

Kali terakhir aku hantar pesanan teks 'Good morning, Love' entah kepada siapa, aku sudah lupa. Aku cuba untuk menerbitkan kembali perasaan gembira berbuat demikian tetapi tiada guna. Mungkin ia sudah bertukar menjadi sesuatu yang banal.

Untuk menarik perhatian seorang perempuan, easy peasy. Aku hanya perlu menuruti beberapa peraturan yang aku cipta dan berharap segalanya akan berjalan seperti yang dirancang. Jika tidak menjadi, aku akan kembali berpatah ke langkah pertama.

Aku tulis sebuah sajak sia-sia untuk seorang gadis dan gadis dan gadis dan gadis. She (they) said, "Oh that's really sweet of you."

I mean, those little things that can influence every part of my life. My life, not hers.

Seperti seorang kawanku yang berulangkali menceritakan betapa dia masih mengingati nyanyian bekas kekasihnya di hujung talian telefon. Nyanyian sempena ulangtahun kelahiran dia, tak silap aku.

(Some) women love those little things.

For me, that's so lame.

"You write lousy poetry. Like that's cool," was my dear Self respond to me. Ouch.

Reminiscent (9)

Source: Here
Kali terakhir aku menikmati sarapan pagi di Hollywood adalah sekitar pertengahan tahun lepas. Pergi bersama-sama Kiki, Nadzirah, Syamira dan beberapa yang lain pada waktu hujung minggu.

Hollywood adalah syurga bagi penggemar makanan seperti aku. Malah banyak pilihan tersedia sehingga aku sendiri tidak begitu mengingati kebanyakan nama makanan yang terdapat di sini.

Ideanya mudah. Kami datang, duduk dan setiap seorang akan memesan makanan yang berbeza antara satu sama lain. Dan makanan ini akan berputar sekitar meja, dikongsi sesama kami barang sesuap dua.

Damn it. I'm drooling already.

Ahad, 11 Mac 2012

Reminiscent (8)

I have been to this place so many times before with my housemates. But I never took a single photo of us while we were here. We just simply eat and then went back to Seri Iskandar with laughter, joy and memories.

I went there last night, with one of my friends from high school. This photo was taken by him. Because I left my camera phone at home.

I regret nothing. All I had was the fond memories of us. Sitting together past midnight. Having the best mee curry in town. Don't worry, I have enough mental images of us in my head to last forever.

First breath after coma (2)

"Kau tu memilih sangat," Fatin kata, "Yang lawa kau layan. Yang biasa-biasa tak nak."

Aku terus ketawa. Laughter is the only appropriate reaction for her ridic statement.

"Takde la," aku sanggah, "Cuba bagi bukti. Mana, mana?"

Apparently, her 'elehh, tak nak mengaku' shows she don't have any proof. Aku kata kepada Fatin, aku tidak pernah memilih paras rupa atau menilai seseorang hanya berdasarkan faktor luaran. Aku berkawan kerana selesa, tanpa perlu berpura-pura menjadi orang lain semata-mata untuk 'fit in'. Semudah itu.

Except for Loveable, I'm only attracted to her sweet looking face.

Kenalan mungkin ramai, tetapi kawan, tidak. Aku tidak mempunyai lingkungan sosial yang meriah. Apatah lagi kawan rapat, boleh dihitung dengan jari.

Aku tidak pernah menyimpan prejudis kepada mana-mana manusia yang mahu mengenali aku dengan lebih dekat. Jemput, marilah rayakan warna hidup aku yang pudar dan muram. Kamu boleh mencuba namun aku tiada jaminan kita akan berakhir menjadi kawan rapat.

Because the thing is, it happened. Just like that.

Sabtu, 10 Mac 2012

Morning view

Seperti kebanyakan manusia lain, saya begitu memuja kedamaian pagi. Panas matahari yang memercik ringan. Ketenangan yang membuak-buak.

Waktu ini, saya sedang duduk di meja makan sebuah restoran sambil menikmati sepinggan nasi lemak dan secawan teh. Sarapan seorang diri. Berborak dalam hati. Memerhati pelanggan yang kunjung tiba.

Sesudah kenyang, saya ambil sedikit masa dengan menulis nota ini di dalam handphone. Dengan tujuan untuk mengabdikan roh suasana pagi ini ke dalam sebuah kerangka tulisan.

Sehinggalah kedamaian ini hilang tatkala saya membuat pembayaran di kaunter.

"Pukimak. Mahal betul," mulut ini menyumpah sewaktu kaki melangkah keluar dari restoran. Kedamaian pagi itu? Saya sudah buang dalam longkang.

Review, my ass

Saya ini tidak pandai mengulas, apatah lagi mengkritik. Dengan penuh rendah diri, saya merasakan pendapat saya tidak begitu penting. Setiap manusia mempunyai pendapat masing-masing. Tiada apa yang istimewa tentangnya.

Ketika ini, saya menghadapi kesukaran untuk menghabiskan bacaan Fight Club karya Chuck Palahniuk. Saya terlebih dahulu menonton filemnya sebelum membaca. Langkah bendul, bak kata orang tua-tua (atau orang-orang tua?). Saya sukakan filemnya. Saya menjadi teruja menyaksikan adegan sang pencerita menumbuk diri sendiri di jalanan, menubuhkan 'Fight Club' dengan peraturan yang antara salah satu saya masih ingat ialah, "The first rule of Fight Club is: You do not talk about Fight Club."

Menonton adalah mudah. Mata saya disuap oleh imej yang terpapar di skrin tanpa saya perlu berimaginasi lebih lanjut. Jika perlu pun, pada kadar minima. Tetapi membaca adalah satu perkara yang lain pula. Saya dihidangkan dengan hamparan huruf-huruf yang maha banyak. Malah jika tidak kena dengan caranya, melihat huruf-huruf itu pasti boleh membuatkan saya loya.

Di sinilah imaginasi memainkan peranan. Sewaktu membaca novel ini, saya membayangkan saya adalah sang pencerita. Saya letakkan diri menjadi sudut pandang orang pertama. Saya mahu lalui apa yang sang pencerita alami.

Oleh itu, saya wajib memutuskan imej-imej yang berada di dalam kepala (pasca menonton filem Fight Club) lalu membenarkan imaginasi saya bekerja untuk menerbitkan imej baru yang datang dari mana? Dari pengalaman membaca saya, sudah pasti.

Punbegitu, kesukaran untuk menghabiskan bacaan adalah kerana saya cenderung untuk membiarkan imaginasi saya merewang terlalu jauh. Sehingga kadangkala saya menjadi lupa apa yang saya baca pada halaman sebelumnya.

Sewaktu membaca Travelog Rabak, di halaman berapa saya tak ingat, Jay mengulas mengenai kritikan yang dilemparkan terhadapnya. Katanya, dia tidak peduli dengan kritikan (tidak membina) yang diberi oleh sesetengah manusia. Bagi saya, secara peribadi, ia adalah refleksi atau perlambangan insecurity yang wujud dalam dirinya. Jika kamu tidak peduli, apa yang patut kamu lakukan adalah semudah tidak mengambil peduli dalam erti kata sebenar atau bak kata mat saleh, "don't give a fuck at all."

But that didn't happen. He, on the other hand, wrote something about criticism upon his writing. There you go, so-called 'tidak peduli' at its finest.

Pada mulanya saya tidak berminat untuk menulis apa-apa tentang buku ini. Tetapi memikirkan saya kebosanan, maka saya bazirkan masa dengan menulis sesuatu mengenai buku ini. Saya sendiri tidak pasti samada apa yang saya tulis adalah sebuah ulasan atau apa. Sebuah ulasan yang bagus mempunyai nilai-nilai konstruktif yang tidak begitu saya fahami dan tidak hanya bergantung kepada nilai-nilai empirikal semata-mata.

Tujuan utama saya menulis sesuatu mengenai buku ini adalah untuk melihat reaksi Jay terhadap 'ulasan' yang saya berikan. Saya mahu melihat di mana tahap ketidakpedulian Jay berada. Atau bahasa mudahnya, saya sekadar mahu mengacah, saja suka-suka.

Dan ternyata saya betul. Malangnya tahap ketidakpedulian Jay berada di paras peduli. Ulasan saya mengundang Jay untuk serta-merta memberi reaksi balas, seperti yang saya jangkakan.

Seorang manusia berpendapat saya berlaku tidak adil dengan menghentam(?) Jay seorang walhal buku ini ditulis bersama-sama dua orang lain. Dua orang itu tidak menarik perhatian saya kerana mereka baru pertama kali menulis. Maka saya ambil keputusan untuk tidak mengulas mengenai tulisan mereka.

Like I said earlier, I have nothing against them. For real.

Chill-lah, why so serious?

Jumaat, 9 Mac 2012

Kamu bodoh, maka kamu wujud (2)

"Bodoh gila," aku kata dalam hati.

Seseorang pernah mengatakan kepadaku bahawa dengan memandang lambang/tanda/simbol salib di gereja akan menyebabkan ingatan menjadi lemah dan fikiran menjadi benak. Ini adalah sesuatu yang kelakar dan menggelikan hati.

Plain bullshit, that is.

Kemudian aku kembali bertanya, apakah dengan merenung well... let's say, masjid akan menjadikan aku kuat ingatan? Atau lebih rajin sembahyang? (oh maaf, orang kata sembahyang adalah portmanteau untuk perkataan sembah moyang. Aku patut gunakan perkataan solat. Kedengaran lebih islamik.)

Apakah ini bermakna memandang seekor arnab bakal menjelmakan aku menjadi seekor arnab? Hmm pasti comel.

Khamis, 8 Mac 2012

Kamu bodoh, maka kamu wujud

Lemme tell you something, I have encountered bunch of morons for so many times. Maka aku selaku poseur, ingin mengambil kesempatan ini untuk cuba menghentikan kebodohan ini dengan segera.

Ya ya ya, kerajaan sogok rakyat dengan pelbagai bantuan. Bantuan itu, bantuan ini. Malah baucar buku RM200 aku kira adalah syurga untuk semua pelajar termasuk aku. Manakala bantuan 1Malaysia RM500 adalah syurga untuk kebanyakan keluarga. Clarify something for me, manusia mana yang tidak sukakan duit? Yeah, do tell.

Bak kata sesetengah yang sinis, "Orang bagi, ambik je. Kita bukan rugi apa-apa pun."

So, why not? Kerajaan nak beri bantuan (mind you, walaupun 'bantuan' itu bukanlah bantuan dalam erti kata sebenar), sebat je-lah.

And for all those madafaka out there, there's no such thing as 'terhutang budi'. Remember, we elected them. Not the other way around. Sudah sedia termaktub tugas mereka untuk menguruskan hal-hal membabitkan kebajikan kita sebagai rakyat.

What kind of stupid argument you're trying to prove by saying, "Kerajaan dah banyak bantu majukan negara. Inilah masanya kita balas budi dengan mengundi mereka."

Standard-lah gula-gula pilihanraya, bantuan itu ini. Ini kitaran tragedi pembodohan rakyat secara berjemaah. Alaaa, macam tak biasa.

Rabu, 7 Mac 2012

It's bloody rhetorical, isn't?

Setiap malam, sebelum masuk tidur, Ayah akan duduk di meja sambil membaca buku. Atau kadangkala membalut buku yang telah dibeli. Di atas meja, secawan kopi pasti ada untuk menemani.

Seperkara yang pasti, kami tidak berkongsi rak buku yang sama. Buku Hamka milik Ayah tidak bercampur dengan koleksi Palahniuk milikku. Karya Imam Ghazali tidak digaul sekali bersama karya Murakami. Bahan bacaan kami jauh berbeza.

Seumpama langit dengan bumi.

Wordless what? (14)

Isnin, 5 Mac 2012

First breath after coma

(I)

Perbualan bersama Fatin tempohari, aku kira sudah tidak lagi menjadi sesuatu yang istimewa. Atau dalam erti kata lain, biasa-biasa sahaja. Pada mulanya aku cuba menyadur perbualan maha hambar antara kami berdua dengan keterujaan namun gagal sama sekali.

Kali terakhir aku berhubung dengan Fatin adalah dua atau tiga bulan lalu, barangkali. Kesibukan, keletihan serta kekalutan menyebabkan aku tidak mempunyai begitu banyak masa untuk memikirkan perihal orang lain. Walaupun orang lain itu pernah hadir sebagai seseorang yang penting dalam hidupku.

"How was your life? Tell me something," di hujung talian aku menggesa supaya dia lebih banyak berbicara dan mendominasi. Just like, you know... the old days.

Kebenarannya, aku kekok untuk melontarkan kata-kata dengan sempurna. Soalan-soalan retorik yang aku hamburkan, juga kelihatan tidak relevan dalam nuansa perbualan kami malam itu. Ditambah dengan perasaan tidak selesa yang melingkari lantas menghalang aku daripada berbual dengan tenang.

Jadi dia berkongsi denganku serba sedikit mengenai hidupnya ketika ini. Peristiwa-peristiwa yang berlaku di tempat kerja. Serta beberapa perkara remeh yang mengundang aku untuk turut sama mengukir ketawa.

Sejujurnya, sewaktu menghampiri pertengahan perbualan, aku sudah begitu jauh tercicir. Sehinggakan aku membiarkan dia bercerita dan terus bercerita tanpa aku memberikan sebarang reaksi balas.

Mungkin jurang masa yang lama tidak berhubung, membuatkan kami berdua berubah dan menyebabkan aku teraba-raba mencari cebis-cebis memori untuk dicantum semula.

And she probably will be reading this. Tapi tak mengapa, she knows me very well.


(II)

"Kau call ni mesti ada something nak bagitahu, kan?" dia meneka. Dalam hati, aku mengiyakan. Aku mahu berkongsi sesuatu. Cuma tidak tahu bagaimana untuk bermula.

Sebaliknya, aku cuba mengabaikan soalan itu dengan membawa perbualan ke arah lain, menyimpang jauh dari tujuan asal aku menghubunginya malam itu. Tetapi tidak berjaya.

"Sumber inspirasi aku dah hilang," aku balas soalan itu tadi sambil mengalih telefon dari telinga kiri ke telinga kanan.

"Siapa?" perlahan suaranya bertanya.

"My officemate," aku jawab.

Aku beritahu Fatin betapa aku seperti kehilangan seseorang ketika ini. Dan untuk itu, aku perlu mencari seseorang untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan. Aku perlu bermula kembali dari petak pertama. Aku beritahu lagi, "Tengok dia berada di depan mata dan berhubung dari jauh adalah dua perkara berbeza. The feeling will never be the same."

Secara berseloroh aku suruh Fatin carikan seorang pengganti untukku. "Dengan syarat, tak nak relationship."

"Takde takde. Cari sendiri," dia balas.

Tanpa sedar, aku berasa lega dapat meluahkan segalanya kepada Fatin. Mungkin ianya benar, tiada apa yang berubah antara kami sebenarnya.

Ahad, 4 Mac 2012

Nota istimewa untuk Ayah

08:43pm Friday 02 March 2012

Hari ini adalah ulangtahun kelahiran Ayah.

Setahun yang lalu, pada tarikh ini, aku berada di kolej. Aku sekadar menghantar pesanan teks mengucapkan selamat hari lahir dan semoga murah rezeki. Aku tidak menelefon kerana tidak mampu mengungkapkan sebarang kata-kata. Aku pasti akan menangis seperti anak kecil jika mencuba.

Hari ini, pada tarikh ini, Ayah berada di depan mataku. Aku masih tidak mampu menzahirkan ucapan ringkas selamat hari lahir kepada Ayah. Namun kasih sayang aku terhadap Ayah tidak pernah berkurangan walau sedikit pun. Aku dengan penuh rendah diri, berdoa supaya Tuhan memberkati hidup Ayah dan kami sekeluarga.

Jika Ayah sudah tiada, Ayah akan menjadi lelaki yang paling aku rindui.

Sabtu, 3 Mac 2012

Himpunan kata (6)

   Gelandangan terbiar
      buku-buku tebal
pen tak berdakwat

Officemate (26)

Ketawa yang tidak dirancang
Senyuman yang sentiasa ada

"I miss her already," aku bisik dalam diri.

Tiada lagi sarapan pagi dan makan tengahari bersama. No more silly arguments. No more evocative conversation.

Dan kini segalanya berulang kembali dalam kitaran maha kejam.

Bila sesuatu fasa dalam hidup telah berakhir, aku merasakan seperti ditelan oleh perasaan hiba dan kosong yang menyergah secara mengejut. Aku terkial-kial mencari perbualan yang menggembirakan. Aku tercari-cari perhubungan sosial yang hilang. I have to reconstruct everything in my life right now.

Aku perlu lupakan rutin harian yang telah aku lalui sepanjang menjalani latihan industri. Dalam masa yang sama, aku wajib menilai semula keberadaan aku tanpa kehadiran manusia yang berada di sekelilingku dalam tempoh itu.

Aku cuba untuk melakar sebuah memori baru. Aku dahagakan permulaan yang segar.

Tatkala ini lagu One Last Time oleh The Kooks sedang berkumandang. Sebuah lagu yang mencangkup emosi aku dari jatuh rebah ke bumi. Sebuah lagu penuh jujur menggambarkan apa yang bermain di dalam fikiranku ketika ini.

Pengakhiran kepada setiap permulaan adalah menyakitkan. Aku bagai diludah oleh realiti sambil ditempik dengan keras, "Inilah kehidupan!"

Jumaat, 2 Mac 2012

Because you're always soulful

Kesunyian yang tiba-tiba datang bertandang. Aku dapati diri aku dijerut jalinan memori yang datang bertimpa-timpa. Aku merasakan diri aku seperti manusia paling sepi di dunia. Dalam sekelip mata.

Selang beberapa minit kemudian, aku dapati air mataku bertakung hampir jatuh ke pipi. Aku cuba untuk menahan, tetapi tidak berdaya.

Setelah begitu lama tidak berhubung dengan Fatin, aku tergerak hati untuk menghantar pesanan teks kepadanya, "Fatin, busy ke?"

Aku perlukan seseorang untuk meluahkan resah yang tidak tertanggung. Jadi aku teringatkan Fatin. Seseorang yang aku selesa untuk berkongsi apa sahaja.

Aku hanya mampu mengeluh sendirian, "Dear Life, what's next?"

Travelog Rabak

Soalan yang sama kerap aku tanya pada diri sendiri, "Kenapa aku beli buku ini?"

Buku yang aku maksudkan adalah buku terbitan Sang Freud Press bertajuk Travelog Rabak. Sebuah buku menceritakan kisah kembara lima orang kawan ke Pantai Timur (tiga orang diberi tugas menulis pengalaman mereka, dua orang lagi dengan tugas dokumentasi).

Menjawab soalan kenapa aku beli buku ini, jawapannya adalah aku tiba-tiba teringin mahu membaca tulisan Mohd Jayzuan. Jay sebelum ini pernah menulis 28 Hari: Jurnal Rock n' Roll, Nota-Nota Gila dan novella Anarki di Kuala Lumpur. Ketiga-tiga buku tersebut tidak pernah aku baca, terkesan tidak berminat untuk membeli. Malahan, ulasan lanjut mengenai buku-buku tersebut yang so-so menambahkan lagi sangsi aku.

Bagi aku buku terbahagi kepada dua kategori, buku yang bagus dan buku yang tidak bagus. Sayangnya, buku ini bukanlah dalam kategori buku yang bagus.

Memandangkan ini kali pertama aku membaca tulisan Jay, aku tidak meletakkan apa-apa harapan.  Selaku pembaca, aku andaikan Jay ini cuba menulis sebuah travelog, tak lebih tak kurang. Menurut tulisan Jay, percutian slash kembara ini ditanggung oleh pihak penerbit dengan bajet RM1000.

Oleh kerana aku tiada rujukan serta tidak pernah membaca mana-mana buku travelog, aku tidak tahu samada Travelog Rabak ini betul-betul travelog dalam erti kata sebenar atau apa.

Tulisan Jay tidak menarik perhatian aku langsung. Sejujurnya seumpama membaca catatan balik kampung seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang tiada apa-apa. Oleh kerana aku tidak pernah menjejakkan kaki ke Pantai Timur, aku sekurang-kurangnya mahu mendapatkan gambaran mengenai, paling cikai pun, apa yang ada di sana. Aku mahu tahu semua itu dari sudut pandang mereka, berdasarkan apa yang mereka lalui.

Paling penting, travelog yang bagus mampu menarik minat aku untuk terus mengemas beg dan keluar mengembara.

Ini tidak, aku dihulurkan dengan tulisan runsing (runsing apa entah, aku tak pasti), rungutan mengenai itu ini, bebelan patah hati dan entah apa-apa. Yang ada cuma catatan mereka berlima singgah makan (makanan semua sedap, jangan risau), bertemu kawan-kawan lama, monolog sendirian yang tiada kaitan langsung dengan catatan perjalanan travelog. Ya aku faham, mereka mahu suntik permainan emosi ke dalam tulisan tetapi menyedihkan bila permainan emosi itu tidak saling tali-menali dan berhubung kait dengan catatan perjalanan.

Aku tidak nampak apa relevannya mahu runsing dan kusut kepala. Kos percutian ditanggung dan sebagai balasan, hanya perlu menulis catatan travelog. How hard is that?

Percutian yang baik adalah tidak tergesa-gesa dan gelojoh sifatnya. Tidak tidur melebihi tempoh 24 jam bukanlah cara terbaik untuk menikmati percutian. Tidak tidur kerana mengejar masa adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Bagaimana untuk menikmati sesuatu dalam keadaan mamai dan mengantuk? 

Punbegitu, tulisan mereka tidaklah begitu teruk malah aku berpendapat tulisan dua orang lagi itu lebih menyerlah berbanding Jay. Namun oleh kerana mereka betiga menulis atas kapasiti sebuah travelog, maka ini bukanlah sebuah buku travelog yang bagus.

Jay juga turut membalas reaksi pembaca yang menyatakan gaya penulisannya jauh berbeza dari tiga buku terawal (dalam erti kata lain, tulisan kali ini jatuh kualitinya) dengan menulis sebuah nota di Facebook. Katanya, dia tidak mahu melakukan pengulangan. Tidak mahu menggunakan formula menulis yang sama. Dia mahu meneroka sesuatu yang baru.

Well, jika tulisan untuk buku ini adalah eksperimen oleh Jay, maka aku kira ianya adalah eksperimen yang gagal sama sekali.

Khamis, 1 Mac 2012

Officemate (25)

Hari terakhir aku menjalani latihan industri diraikan dengan jamuan ringan yang dibuat oleh kakitangan pejabat. Majlis ringkas pada pukul 10 pagi dimulakan dengan ucapan penghargaan oleh Encik Mukhtar dan bacaan doa oleh Encik aku-sudah-lupa-nama. Aku juga, tak pasal-pasal, diminta untuk berucap sepatah dua kata.

Peluang itu aku gunakan untuk menerangkan serba sedikit latar belakang pendidikan serta skop tugas aku di sini. Aku juga mengambil kesempatan itu dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa yang berkenaan, yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan peluang untuk aku mempelajari sesuatu yang baru.

Menghampiri pukul 1 petang, Anies hantar pesanan teks, "It's raining outside. Jangan lupa bawa payung tau."

Awal pagi itu, dia pelawa aku untuk bungkus makan tengahari di McD. Kita drive-thru je nanti, dia kata. Aku tiada masalah maka aku terus bersetuju.

"Nak pergi jugak ke? Anies tunggu dekat mana?" aku menjenguk ke arah tingkap untuk melihat cuaca. Hujan masih rintik membasahi jalan tar. Namun langit sudah beransur cerah.

"Nak jugak," dia berkeras, "Orang tunggu dekat tempat punch card." Aku balas okay.

"It's not raining anymore. Tak payah bawa payung," dia teks lagi beberapa ketika. Aku balas okay, tunggu sekejap.

Sambil beratur bersama-sama deretan kenderaan yang lain, aku tanya Anies dia mahu makan apa, dia balas Spicy Chicken McDeluxe. Buntu tidak tahu untuk makan apa, aku turut memesan menu serupa.

"You know what," aku mulakan perbualan, "I think I love kids more than I love women."

"Me too," dia, tanpa aku duga, sama bersetuju, "Orang pun suka kanak-kanak."

"Orang pernah sampai satu tahap rasa macam nak ambil anak angkat," aku beritahu dia sesuatu yang jarang aku kongsikan pada sesiapa. Sesuatu yang aku anggap bersifat maha peribadi. Dia lantas memandang aku dengan pandangan tidak percaya. Dia kemudian tersenyum dan ketawa kecil.

Selesai urusan pembayaran, kami pulang ke pejabat sambil menjinjing bungkusan makanan. Langit tidak lagi mendung. Suasana pasca-hujan yang nyaman membuatkan aku menarik nafas dalam-dalam.

Sewaktu kami menggeledah bungkusan, baru tersedar Chicken McBites yang dipesan tiada bersama dalam bungkusan. Dia memandang aku sambil mengetap bibir menahan geram, "Eeeiii ruginya."

"Nasib baik bukan duit aku," aku bisik dalam hati. Ketawa juga dalam hati.