Hari terakhir aku menjalani latihan industri diraikan dengan jamuan ringan yang dibuat oleh kakitangan pejabat. Majlis ringkas pada pukul 10 pagi dimulakan dengan ucapan penghargaan oleh Encik Mukhtar dan bacaan doa oleh Encik aku-sudah-lupa-nama. Aku juga, tak pasal-pasal, diminta untuk berucap sepatah dua kata.
Peluang itu aku gunakan untuk menerangkan serba sedikit latar belakang pendidikan serta skop tugas aku di sini. Aku juga mengambil kesempatan itu dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa yang berkenaan, yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan peluang untuk aku mempelajari sesuatu yang baru.
Menghampiri pukul 1 petang, Anies hantar pesanan teks, "It's raining outside. Jangan lupa bawa payung tau."
Awal pagi itu, dia pelawa aku untuk bungkus makan tengahari di McD. Kita drive-thru je nanti, dia kata. Aku tiada masalah maka aku terus bersetuju.
"Nak pergi jugak ke? Anies tunggu dekat mana?" aku menjenguk ke arah tingkap untuk melihat cuaca. Hujan masih rintik membasahi jalan tar. Namun langit sudah beransur cerah.

"Nak jugak," dia berkeras, "Orang tunggu dekat tempat punch card." Aku balas okay.
"It's not raining anymore. Tak payah bawa payung," dia teks lagi beberapa ketika. Aku balas okay, tunggu sekejap.
Sambil beratur bersama-sama deretan kenderaan yang lain, aku tanya Anies dia mahu makan apa, dia balas Spicy Chicken McDeluxe. Buntu tidak tahu untuk makan apa, aku turut memesan menu serupa.
"You know what," aku mulakan perbualan, "I think I love kids more than I love women."
"Me too," dia, tanpa aku duga, sama bersetuju, "Orang pun suka kanak-kanak."
"Orang pernah sampai satu tahap rasa macam nak ambil anak angkat," aku beritahu dia sesuatu yang jarang aku kongsikan pada sesiapa. Sesuatu yang aku anggap bersifat maha peribadi. Dia lantas memandang aku dengan pandangan tidak percaya. Dia kemudian tersenyum dan ketawa kecil.

Selesai urusan pembayaran, kami pulang ke pejabat sambil menjinjing bungkusan makanan. Langit tidak lagi mendung. Suasana pasca-hujan yang nyaman membuatkan aku menarik nafas dalam-dalam.
Sewaktu kami menggeledah bungkusan, baru tersedar Chicken McBites yang dipesan tiada bersama dalam bungkusan. Dia memandang aku sambil mengetap bibir menahan geram, "Eeeiii ruginya."
"Nasib baik bukan duit aku," aku bisik dalam hati. Ketawa juga dalam hati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan