Selasa, 31 Januari 2012

Himpunan kata (3)

Menulis sebaris dua
Konon untuk berfalsafah
Ha ha kelakar sungguh!

Isnin, 30 Januari 2012

Goodnight Goodnight

Aku masih tidak mampu membiasakan diri untuk menerima ucapan selamat malam yang dihantar tanpa jemu oleh seseorang. Kadang terdetik di hati, perlukah aku membalas ucapan selamat malam tersebut atau sekadar menganggapnya sebagai sebuah ucapan laconic yang tiba untuk menyelesakan mimpi-mimpi aku, barangkali.

"Why do you even like me?" aku bermonolog sendirian.

Ahad, 29 Januari 2012

Naive (2)

Sekitar pukul 2 pagi, sewaktu berjalan menuju ke bilik selepas keluar melepak bersama seorang kawan, aku dapati Haikal dan Ihsaan sedang tidur nyenyak di atas katil. Mereka baru sahaja pulang semula ke rumah setelah seminggu berada di kampung. Tanpa berlengah, aku segera rebahkan badan di atas katil, kemudian  mata aku tertancap merenung wajah mereka berdua. Seraya aku tersenyum sambil melihat wajah yang tiada secalit kerisauan dan kebimbangan. Wajah yang lebih indah dari bintang. Wajah yang lebih bercahaya dari bulan.

Aku kucup kedua belah pipi mereka. Kucupan yang menyatakan betapa aku begitu menyayangi jiwa kecil yang masih cuba memahami kerenah dunia. Jiwa kecil yang aku akan pastikan tidak akan lemas di celah-celah kebodohan manusia.

Kucupan yang aku akhiri dengan menarik selimut untuk menutup kaki mereka yang dicucuk kedinginan. Kucupan yang menterjemah seribu satu luahan rasa yang terkurung dalam hati ini.

Sabtu, 28 Januari 2012

The other I (13)

"May I ask you something?" dia tanya, dengan nada perlahan dan penuh sopan. "Sure. Is there something bothering you?" aku balas sebelum dia pula meluahkan, "I want to know why we're having this conversation when you could have the real one with your friend."

"And out of curiosity, why on earth do you create me in the first place?" dia tanya lagi. Bertanyakan soalan yang sering aku elakkan selama ini. Soalan yang mempersoalkan keberadaan kewujudannya. "I didn't create you," aku balas, cuba untuk menutup tirai kebenaran.

"Yes, you did. Deep inside, you know that this whole conversation; it's all in your head. I mean, the mental image of me and all, are fictional." Aku tidak segera membalas. Sebaliknya aku mengambil sedikit masa untuk menilai semula kata-katanya sebentar tadi. Bermacam-macam jawapan muncul dalam kepala. Jawapan yang kebanyakannya tidak masuk akal langsung.

"I need you. That's why you exist. I feel close and comfortable talking to you. We share the same dreams and thoughts. Why would I want to waste my time talking to boring people out there. They're real but they're just not you," aku balas sambil menduga riak wajahnya.

"Just to be clear, I'm not me," dia ketawa, lantas menyambung, "You created me, remember?"

"I know. But of course you're real. I need you, therefore you exist."

Officemate (17)

Jadi kami singgah di sebuah kedai menjual barangan tekstil, aksesori dan perhiasan perempuan seperti kerongsang, busana, selendang, tudung, tudung, tudung dan lebih banyak tudung dan entah apa lagi. Sambil dia membelek satu persatu barangan yang terdapat di situ, aku pula tercegat buntu, nyaris mati akal. Aku tidak pasti apa yang harus dilakukan. Sama ada perlu pura-pura berminat dengan bertindak membelek kerongsang atau butang baju Melayu yang tersusun kemas di atas meja.

"Oh God, what the hell am I doing here?" aku bertanya kepada diri sendiri.

"Berapa ni, kak?" dia bertanya kepada tuan punya kedai yang bingkas bangun dari kerusi, segera mendapatkan kami. "Yang ni lapan ringgit," kakak itu balas. "Lima ringgit boleh?" dia pinta, merujuk kepada inner shawl yang berada di tangannya. Kemudian proses tawar-menawar berterusan hingga kakak itu akhirnya mengalah, akur dengan permintaannya.

Aku yang berdiri di sebelah, sekadar mampu melihat serta memerhati situasi tersebut. Sejujurnya, aku tiada kemahiran tawar-menawar dalam urusan transaksi jual beli. I once tried to bargain for a lower price on a pair of jeans but I failed miserably. Malah, berpegang kepada konsep 'customer is always wrong' (ironinya, aku adalah pelanggan), menyebabkan aku tidak begitu terdesak untuk menuntut penurunan harga.

"Dah murah lah tu harga lapan ringit," aku kata padanya. "Tak lah," dia sambut, "harga biasa selalunya lima ringgit je. Mana ada sampai lapan ringgit." Aku tidak tahu dia bercakap tentang apa, jadi aku hanya mengangguk bersetuju.

Though I don't know why I ended up paying for her.

Rabu, 25 Januari 2012

Wordless what? (8)

The other I (12)

"Perasan tak, kadang-kadang kita macam tertukar personaliti. Sometimes I'm the devil. While you're the angel. And vice versa," dia tiba-tiba muncul memulakan perbualan sewaktu aku sedang leka bergelumang dalam dunia Murakami.

"Of course I noticed," aku sambut sebelum menyambung, "Kelakar kan?"

Kami sama-sama ketawa, mengenangkan segala peristiwa, kebetulan, perbualan dan pertengkaran yang telah terjadi. "But most of the time, you're the one who did all the stupid and crazy things," aku kata kepadanya. Dia mencebik lalu menggeleng kepala, tanda tidak bersetuju.

Dia menghampiri aku kemudian membisikkan sesuatu, "At least I'm not the one who keep on falling in love."

The other I (11)

"You just can't stop eating, don't you?" dia tegur sewaktu aku berada di meja makan, menikmati hidangan tengahari. "What?" aku balas, meneruskan kunyahan tanpa pedulikan pertanyaannya. "Tak ada manusia dalam dunia ni makan lima bungkus nasi lemak untuk sarapan," dia kata.

"Come on," aku balas, "I can't be the only one."

"You should go, you know, running or jogging or something. You have to workout. You can start living a healthy lifestyle like... right now," tak semena-mena dia berkhutbah kepadaku. "Running? You know I'm too old for that," aku balas dengan selamba, tanpa riak serius di muka. "Old? Fuck you. You're only 20."

Aku ketawa kecil, lantas membalas, "20 huh? Cepatnya masa berlalu."

Selasa, 24 Januari 2012

A thousand suns

I purposely took three days leave from work, menjadikan tempoh cuti aku berlanjutan melebihi seminggu. Dengan begitu banyak masa terluang, aku bercadang untuk sedaya upaya memaksa diri, dengan apa cara sekalipun, demi mengemaskini dan menyiapkan laporan mingguan latihan industri yang tertangguh selama sebulan.

Selain itu, aku juga mahu habiskan bacaan buku-buku yang tertangguh. Palahniuk sudah berteriak dari rak buku memanggil aku supaya membaca karyanya.

May God bless me!

Isnin, 23 Januari 2012

Kg. Cina FC

Jadi aku tiba di gelanggang futsal, bukan untuk mengeluarkan peluh tetapi sekadar menjadi pemerhati, seperti kebiasaan. Sejujurnya, aku sendiri sudah lupa kali terakhir aku bermain futsal. Mereka berkali-kali memujuk (atau memaksa?) aku untuk sama bermain. "Jom la main. Aku bayar separuh," Amir memujuk.

"Sejam je. Bukan selalu kita main," giliran Hazrul pula memujuk. Tambah kelakar, Cahir, tanpa diduga, turut membawa seluar lebih untuk aku. "Ni aku dah bawa seluar lebih. Cepat la pergi tukar. Kita tak cukup player ni."

Semua pujukan itu, aku patahkan dengan membalas ringkas, "Malas."

Menyedari usaha memujuk aku adalah perkara sia-sia, maka mereka teruskan permainan. Selesai bermain, kami lanjutkan sesi koya post-mortem permainan sebentar tadi di sebuah kedai makan sambil menonton siaran langsung perlawanan bola sepak antara Manchester United menentang Arsenal. Menonton siaran langsung di layar putih, yang bagaimanapun, paparannya kabur dan kurang jelas. Serta-merta membunuh selera aku untuk  terus menonton.

Nevertheless, I really enjoyed myself. Maksud aku, duduk semeja bersama sekumpulan kawan lama, ditemani kenangan zaman persekolahan yang ditabur sepanjang perbualan. Kami tidak pernah letih menyelongkar memori indah sewaktu menuntut di bangku sekolah, yang membantu dalam membentuk perwatakan kami hari ini. Hakuna matata!

Liaison

I don't really favour eating at Mamak restaurant. Larut dalam frekuensi hingar-bingar, manusia yang berkunjung masuk tanpa henti serta pekikan pekerja yang menjengkelkan sering membuatkan aku berasa tidak selesa untuk duduk makan/minum dan berbual. Aku percaya, perbualan yang bagus harus berlangsung dengan tidak memerlukan aku meninggikan suara untuk menentang suasana.

Tetapi tatkala melepak bersama kawan-kawan, aku fikir, suasana sekeliling tidak begitu penting. Persahabatan, gelak ketawa, perwatakan dan perbualan yang melingkari meja makan kami, jauh lebih bermakna.

Weightless

Mempunyai beberapa orang kawan yang sering mengungkapkan kata-kata berbaur sepenuh kepercayaan terhadap gerak hati (atau nafsu?) serta tunduk sujud berkiblatkan nilai-nilai agnostik, membuatkan aku sering berfikir jauh.

No, I have nothing against them. Aku percaya apa yang aku percaya, dan sebaliknya juga bagi mereka. Konsep ketuhanan, bagi aku secara peribadi, datang jujur dari dalam diri. Ask yourself, why do you believe what you believe?

Ahad, 22 Januari 2012

Roufuckingtine

Untuk membuktikan betapa kehidupan aku semakin ketara dijerat rutin harian, aku cenderung untuk membawa bersama pas pekerja setiap kali keluar ke mana-mana. Tatkala menyedari tindakan di bawah pengaruh minda separa sedar ini, aku hanya mampu menggeleng kepala dan bertanya kepada diri sendiri, "Apa lancau aku bawa pas pekerja ni? Nak buat apa?"

Bloody hell.

Sabtu, 21 Januari 2012

Fuck you, that's why

Merayau-rayau dalam lautan rak buku, meneliti setiap helaian, menghidu bau kertas kuning yang mengkhayalkan menyebabkan aku menjadi tidak keruan. Tetapi untuk menggelar diri sendiri selaku ulat buku mungkin adalah sesuatu yang kelakar. Kebenarannya, aku mempunyai lambakan buku yang sehingga kini masih gagal untuk disudahkan pembacaan.

Untuk memberi peringatan kepada diri sendiri, buku 1Q84, aku masih tersekat di muka surat 45. Manakala attention-getter buku Amerika pula, gagal sama sekali lantas membuatkan aku tidak berminat untuk meneruskan pembacaan. Macam baca teks khutbah sembahyang Jumaat pun ada. Buku Aleph pula menyaksikan Coelho konon mencari nilai keberadaan dirinya atau apa entah, aku pun tak pasti. Aku berhenti di muka surat 100 dan tidak bercadang untuk menyambung bacaan dalam masa terdekat.

Malas, sebenarnya.

Jumaat, 20 Januari 2012

Officemate (16)

"I'm crius la," dia taip sewaktu kami berbalas teks. I laughed politely. "For God's sake, you can't even spell the word serious right. Where's the so-called seriousness?"

But no. Of course I didn't reply back that way. It will lead to another tiresome and pointless argument. Sometimes, I don't have to be too subtle. Being nice to other people is always an option.

The other I (10)

"Come on, she can only say no," dia kata, separa mendesak. Aku diam seketika sebelum membalas, "That line sounds familiar. Did you just copied that from This Is England film?"

"No, I didn't," dia menyanggah, bertindak menafikannya. "Oh boy, yes you did," aku balas setelah pasti dengan apa yang aku dengar sebentar tadi. "The thing is, I promised myself that I'll not confess my feelings toward her," aku beritahu untuk menidakkan segalanya. "Bullshit," dia sambut, tidak teragak-agak.

"I don't want to ruin everything," aku kata lagi. "For God's sake, ruin what? You have nothing to lose," dia balas. Aku tahu kemana perbualan ini akan hanyut. Dia tidak akan berhenti mendesak supaya aku meluahkan rasa hati. Sesuatu yang ingin aku elakkan, semahunya. "Forget it. I shouldn't be having this conversation with you."

"Why? Are you afraid? Afraid of fucking what?" dia teriak, dengan nada suara yang lebih keras. "Me?" aku balas semula sambil ketawa mengejek. "You're implying that I'm afraid?"

"Technically speaking---" belum sempat dia habiskan ayat, aku segera mencantas.

"I've been living in denial. And I'm fucking okay with that." Suasana janggal segera mengambil alih ruang perbualan kami. Perbualan tertangguh dengan masing-masing diam, tanpa mampu mengungkapkan sebarang kata.

"You know, I'll always be here to help you," nadanya lebih perlahan kali ini. "I know. It's just that---" aku biarkan ayat itu tergantung, tidak bersambung.

"I never meant to force you into something you're not even ready yet but I just don't want you to regret for not doing anything about it," dia kata, cuba menjelaskan rasional desakannya. Aku tidak membalas, sebaliknya membiarkan fikiran aku melayang mengingati sesuatu. "I still remember when I used to say, seize everything! Capture the moment!"

"You were delusional when you said that," dia ketawa mendengarnya. "Reality sucks, though," aku kata.

"That's why you'll always have me."

Vivid (2)

I had a weird dream yesternight. I dreamed about sex. Me, engaging in coitus with, I don't know, random imaginary girl or someone I've never even met. I can't remember how it all started. Simple good conversation, touching here and rubbing there, dry humping and err... I think you'll get the picture.

But wait, it's not that weird. It's just a fucking dream.

Khamis, 19 Januari 2012

Reminiscent (4)

Hujan yang masih renyai di luar, membuatkan aku begitu malas untuk mandi dan bersiap ke pejabat. Jadi aku ambil keputusan untuk bermalas-malas dan melengahkan masa. Lantas aku hidupkan komputer dan biarkan irama musik berlegar memenuhi segenap ruang bilik.

Entah apa yang bermain di fikiran aku ketika ini. Aku hampir tiada inspirasi, motivasi untuk memulakan sebarang aktiviti. Kehidupan seharian yang semakin dimamah rutin menyebabkan aku langsung tiada semangat untuk apa-apa. Komunikasi dan perbualan bersama rakan sepejabat juga tidak begitu menarik. We have nothing much in common. Definisi keseronokan kami jauh berbeza antara satu sama lain. Let alone definisi kehidupan.

Aku sudah lupa kali terakhir aku benar-benar, you know, just chilling out, have a good conversation with friends and laughing my ass off.

Officemate (15)

Aku pada mulanya keberatan untuk menerima pelawaan makan tengahari bersama bos. Bukan apa, aku terlalu malas untuk berjalan menuju ke tempat parkir kenderaan sambil mengharungi terik matahari yang bakal menyebabkan aku merungut tanpa henti. Tetapi memandangkan Anies dan Amin turut serta, aku angguk perlahan menyatakan kesudian.

Bos aku, berjawatan eksekutif untuk menyelia bahagian business development, berumur 32 tahun, bertubuh kecil dan ya, seorang perempuan. Walaupun umurnya sudah melepasi tangga remaja, namun personalitinya ternyata tidak pula begitu.

Sewaktu hampir dengan suapan terakhir, dia tiba-tiba berkata kepadaku, "Masin sangat la telur ni", sambil merujuk kepada isi kandungan di dalam pinggannya.

"Memang la," aku balas. "Dah nama pun telur masin," aku sambung dengan nada dan ekspresi muka penuh stoic.

"Kereknya," bos aku sambut. Aku hanya mampu membalas dengan ketawa. 

Rabu, 18 Januari 2012

Take it or leave it

Menoleh semula ke belakang, aku pertama kali menulis blog sekitar awal tahun 2009. I was heavily influenced by this one cool blog whom the author had just recently published his second book. Lebih awal daripada itu, aku terlebih dahulu menulis di laman sosial MySpace sebelum melompat secara rawak dari satu medium ke medium yang lain.

Tidak kira di mana pun aku menulis, roh tulisan aku tetap melingkari, tidak bercerai daripada falsafah diri yang aku pegang. Bagi aku, medium tidak begitu penting kerana apa yang lebih utama, aku masih menulis, sehingga hari ini, tanpa gagal.

Oleh sebab itu, aku perlu pastikan, bahawa aku tidak terikat secara emosi dengan blog ini. Malah aku tidak pernah menulis mengenai keberadaan blog ini. This is my third blog or fourth or... I don't know, I've lost count already. Bercakap dari sisi pandang seorang pelajar jurusan perniagaan, aku kira tulisan di blog ini langsung tiada nilai komersil. Blog yang mengumpul catatan maha peribadi, luahan rasa, lautan memori dan bebelan separa khayal yang mungkin tidak relevan atau memberi sebarang signifikan kepada sesiapa, yang langsung tiada kaitan dengan kehidupan seharian aku.

Dan untuk menterjemahkan teori subjek Marketing yang aku pelajari di kolej ke dalam konteks dunia sebenar, yes, sometimes I did simple blogwalking. Or blogjogging. Or blogrunning. Whichever comes first.

Ianya semudah untuk mengetahui serta menilai penerimaan manusia lain terhadap tulisan aku. Walaupun aku tidak begitu peduli, sebenarnya. If you like my writing, you'll probably stay. Simple as that. And if you don't, well, do I look like I give a fuck?

Naive

I have to send Haikal to kindergarten before going to work. Setiap pagi, seisi rumah tiada pilihan selain dari terpaksa berhadapan dengan kerenah Haikal yang kadangkala membuatkan suasana pagi kami berubah kacau-bilau. Tetapi kebiasaannya, mood Haikal akan beransur menjadi lebih baik sewaktu dalam perjalanan ke tadika. Aku hanya perlu melayan mulutnya yang tidak sudah bercakap. Atau ketawa. Atau menyanyi.

Seperti beberapa pagi yang lepas, dia tiba-tiba bersuara, "Lagu apa yang Adik dengar semalam?" Lantas, aku cuba mencari tajuk lagu tersebut dalam kepala. "Ohh, lagu yang ni kot," aku balas setelah mengingatinya.

I know,
she knows,
that I'm not fond of asking.

"Haa, lagu tu la," Haikal sambut dan kemudiannya, tidak berhenti mengulang korus lagu Naive oleh The Kooks sehingga tiba di pintu hadapan tadika. Setiap pagi juga, aku, tanpa gagal, akan mengucup kedua belah pipinya dan berpesan, "Jangan minum air sejuk tau, nanti Adik lelah."

Aku tidak pasti samada dia mendengar atau tidak pesanan aku sebaik meluru ke dalam kawasan tadika tanpa menoleh ke belakang. Oh dear, I just love this kid so much.

Wordless what? (7)

Selasa, 17 Januari 2012

The other I (9)

"Don't do anything stupid in life and you'll be just fine," he told me. "But some people say, safe is boring. Adventure, uncertainty, travel, risk, danger and all, that's what gives a life meaning. We need go and do something out of our comfort zone," I replied.

Isnin, 16 Januari 2012

Sappy notes

Just to be clear, prolly to my dear Self, I'm so not in the mood for any kind of love relationship right now. I guess I'm not ready to commit just yet. Why would I want to kill the perfect moment of my life with something called commitment?

Berbalas teks dengan perempuan yang sama, menghubunginya setiap malam, keluar makan bersama, menjadi bahu untuk mengadu dsbnya. Semua itu, tiba-tiba, kelihatan seperti rutin yang membosankan dan terkesan menjemukan. Jika aku berkeinginan untuk berfoya-foya dengan perasaan sendiri, I'll voluntarily come out and play. Melempiaskan kata-kata manis dan luahan perasaan kepada seseorang yang berada di hadapanku.

Obviously, I know myself better than anyone else. Aku beritahu diri sendiri supaya tidak meletakkan harapan yang tinggi. Perasaan cinta yang terbit mungkin tidak akan kekal. Dan selaku seorang manusia biasa, sudah tentu aku mahu nikmati semahunya perasaan yang bersifat sementara ini. Carpe diem!

Bagi aku, titik perubahan hanya akan berlaku apabila perempuan yang sedang aku kejar tiba-tiba bertindak mengakhiri segala permainan aku kemudian memulakan sebuah hubungan dan menjalinkan komitmen dengan manusia lain. Ya, sudah tentu aku akan terasa kehilangan atau lebih parah, kesunyian. But then again, it was my fault because I'm the one who didn't want to have any commitment. I can't put the blame on nobody. So fuck me, fuck myself.

Meminjam kata-kata Leela dalam sitkom animasi Futurama, "It's okay. You're lonely and I'm lonely. But, together, we're lonely together."

Ahad, 15 Januari 2012

Officemate (14)

Belumpun sempat kami melangkah keluar dari pintu kereta, hujan rintik mulai turun membasahi bumi. Bertemankan sekaki payung di tangan, yang aku rampas darinya di dalam kereta, aku kata dengan nada gurauan, "Padan muka takde payung."

"Jangan mengada la," dia balas dengan riak muka tidak puas hati sambil berjalan ke arahku. Dia merampas payung dari tanganku, berjalan laju ke hadapan dan membiarkan aku basah ditimpa hujan. Aku berlari mendapatkannya dan segera berteduh semula di bawah lindungan payung.

"Meh sini orang pegang," aku meminta semula payung dan memimpinnya berjalan menuju ke arah pejabat. "Pegang payung pun tak betul. Tengok ni, baju orang basah," dia merungut sambil mengusap lengan bajunya yang terkena tempias hujan. "Sehari tak jadi annoying, tak boleh ke? Tengok la payung besar mana," aku balas lalu ketawa, memandang tepat ke wajahnya. Dia turut sama ketawa kecil.

Pelbagai telahan menerjah minda sewaktu berjalan beriringan di sisinya. Setiap langkah diatur berhati-hati dan sesekali, bahu kami berlaga tatkala mengelak titis-titis hujan. Suara dan nada perbualan kami tenggelam timbul, hanyut di dalam kebasahan. It somehow reminds me of something, or someone. "I don't know what is going on but isn't this sweet? Isn't this lovely? Isn't this.. oh God, what the hell am I thinking?"

Kali terakhir berada di bawah payung bersama seorang gadis, aku kira waktu itu, ianya merupakan satu saat yang sungguh indah. Hujan dan gadis adalah dua kombinasi yang sempurna. Tetapi...

What’s the point of being sweet? I just love being myself.

Sabtu, 14 Januari 2012

Vivid

I still remember when F called me and broke into tears. I still remember when I met Loveable for the first time. I still remember seeing our house in Seri Iskandar for the last time.

Aku masih ingat, segalanya.

Officemate (13)

"Oh shit," aku kata sewaktu diminta mengambil bahagian dalam program Toastmasters anjuran jabatan tempohari. Memandangkan bos aku merupakan presiden kelab Toastmasters syarikat, aku tiada pilihan selain daripada terpaksa mengikutinya. Secara ringkas, Toastmasters menawarkan sebuah program untuk meningkat, membaiki atau apa sahaja istilahnya, kemahiran komunikasi dan kepimpinan.

Ianya hampir serupa seperti apa yang aku pelajari dalam subjek Meeting and Interview Skills ketika berada di semester 4. Struktur mesyuaratnya nyaris tiada beza. Terdapat agenda perjumpan, ucapan aluan, pengenalan diri oleh para peserta, mempunyai tiga sesi yang terbahagi dengan fungsi tersendiri dan akhir sekali, ada ucapan penutup. Jika bernasib baik, voila! ada jamuan ringan di akhir perjumpaan.

Jadi aku bersama Husna, Anies dan Amin tercampak ke dalam perjumpaan kelab bersama sekumpulan jurutera dari Oman. Ianya bukan perjumpaan rasmi, cuma lebih kepada demonstrasi untuk memberi gambaran perjalanan dan suasana mesyuarat kepada mereka yang baru pertama kali menyertainya.

Aku diminta untuk memulakan sesi pertama dengan diberi topik rawak dan perlu bercerita, bersyarah, berkhutbah atau apa sahaja tentangnya. "Tell us about your hobbies," pinta Table Topic Master padaku. Sejujurnya, tempoh dua minit yang diberi secara relatifnya terasa seperti dua jam. Everything went horribly. I paused and stuttered like hell. Segala skrip halimunan yang aku cipta dalam kepala bersimpang siur tidak dapat dikesan. I feel uncomfortable speaking to large group of people. But one thing for sure, I made my point very clear. I said, "People asked me, why do you love to write? I told them, I don't know why but deep inside, I just love to."

And with that, made me feel better for the rest of the day. Joie de vivre!


Click to enlarge.

Officemate (12)

Last few days, I had lunch with a bunch of engineers from Oman. Kami makan semeja bersama Anies, Husna dan bos aku yang merupakan tenaga pengajar mereka. They came here for a short course of, I don't know, maybe 8 to 9 months. Aku tidak pasti apa yang mereka pelajari di sini tetapi sekadar meneka, mungkin lebih kepada aspek teknikal dan pengurusan. Bagaimana aku tahu ini? Kerana aku bertanggungjawab menyunting slide presentation untuk pembelajaran mereka. Ha ha!

They're nice people and very friendly. Paling ketara, mereka begitu peramah sehingga tiba satu tahap, suasana meja menjadi riuh kerana mereka begitu bersemangat untuk bercerita dan berborak. They just can't stop talking, it's like they have so much to be shared and to be told. Kadangkala aku hanya mengangguk dan pura-pura ketawa kecil walaupun tidak begitu memahami apa yang mereka bualkan. They spoke mediocre English, dengan loghat bahasa Arab yang pekat, menyebabkan aku perlu menumpukan sepenuh perhatian terhadap setiap butir perkataan mereka.

Melihat aku begitu pasif di meja makan, salah seorang dari mereka yang berada di hadapan aku, bernama Ibrahim menegur dengan penuh jujur, "If you want to getta arrr good job, you havrrr to talkrrr more. Don't be too silent."

Aku sekadar tersenyum, kemudian bertindak mengajuk dalam hati, "Bloorrrdy hell."

"What is your name?" dia tanya kepada Anies. "My name is Nur Anies but you can call me Anies." Dia beralih kepada aku, "You," dan bertanyakan soalan yang sama, "What is your name?"

"Aliff," aku jawab ringkas. "Aliff?" dia ulang semula. "Ya," aku balas, mengangguk perlahan. "You know what's the meaning of your name?" dia tanya lagi, memandang tepat ke arahku. Aku menggeleng kepala dengan harapan perbualan ini segera tamat. I feel uncomfortable talking about myself to a strangers.

"You're like a pet, cat or something that will unlikely to cause any trouble," dia beritahu. "In real life, you're kind and..." dia tambah. Aku sudah lupa perbualan selebihnya tetapi demi Tuhan, I didn't made that up. Hurm, I guess that explains my behaviour and it resembles myself quite well.

After that, I let Anies do most of the talking. While I sat there enjoying my free lunch.

Jumaat, 13 Januari 2012

Officemate (11)

Jadi, kami keluar atas urusan pejabat, kemudian singgah di sebuah bank berdekatan untuk menemaninya membeli nombor slip bagi program penempatan pelajar semeter akhir diploma ke ijazah sarjana muda UiTM. Mujur suasana bank agak lengang dan tidak begitu ramai manusia datang mengerumuni. Hanya satu kaunter sahaja dibuka untuk pelbagai urusan.

While waiting for her turn, we talked and laughed about random things. Lebih banyak merapu sebenarnya. "Tulisan buruk bank tak terima, nanti kena reject," aku mengusik, merujuk pada tulisannya. Dia hanya membalas dengan mimik muka penuh gedik.

Out of nowhere, I asked her, "What did you think of me when we first met?"

"Sombong," dia balas, "Sombong gila!"

Serta-merta aku ketawa. Malah tidak menghairankan kerana Kiki juga pernah mengatakan perkara yang sama. Bila diingat kembali, aku mengambil masa yang agak lama sebelum berasa selesa untuk berkomunikasi dengan rakan dan kakitangan sepejabat. Minggu pertama di pejabat, aku lebih banyak mendiamkan diri di ruang kerja. Orang tanya sepatah, aku jawab sepatah. Pelawaan untuk makan tengahari bersama juga aku tolak mentah dengan gelengan kepala. Kebanyakan perbualan juga pudar dan tidak menarik. Pendek kata, kemahiran komunikasi dan sosial aku jika diukur, demi Tuhan, pasti berada di tahap negatif.

At that time, I told myself, "Avoid conversation, avoid making eye contact whenever possible."

The thing is, I don't really know how to deal with strangers. Aku bukanlah sombong atau apa. I only chose not to communicate with them because I don't feel like to. Simple as that. But once you get to know me, we'll get along just fine. No kidding.

Khamis, 12 Januari 2012

Theory, my ass

Communication, here, in my office, is very minimal. Malah nama kebanyakan kakitangan di sini juga aku ingat-ingat lupa. Cuma tatkala bertembung atau terserempak dengan mereka, aku tidak kedekut dengan senyuman. I rarely talk unless I really have something to say to either my boss or officemate. Jika tiada apa yang penting untuk disuarakan, aku lebih senang mendiamkan diri. Cuma kadangkala aku ringankan mulut berborak kosong untuk membunuh kebosanan.

Maybe it's true, sometimes I just don't feel like talking to them. Sebagai contoh, berkongsi maklumat atau berita semasa tentang politik, ekonomi, hiburan atau perkara rawak yang menjengkelkan. Aku lebih selesa bermonolog sendirian dan mengatur perbualan di dalam kepala. Melayan suara hati tanpa pedulikan suasana sekeliling.

Menurut teori yang aku pelajari di kolej, komunikasi di tempat kerja adalah sesuatu yang penting demi membentuk ruang persekitaran kerja yang selesa dan harmoni. Well, that's what the book says.

Bollocks, I tell you.

2+2=5

Kali terakhir aku menyelak helaian akhbar adalah... lama dahulu. Membaca helaian yang menceritakan perihal muluk mengenai pemerintah membuatkan aku loya, mahu muntah. Namun, ini bukanlah bermakna pembangkang lebih bagus atau apa kerana aku berpendapat kedua-dua pihak sama sahaja.

It's like two completely different routes heading the same way. What's the fucking difference?

Officemate (10)

"Baju kurung apa ni?" aku memecahkan kesunyian pagi sambil merujuk kepada pakaian yang membaluti tubuhnya. "Ni baju kurung moden," dia balas sambil melangkah perlahan ke arah pejabat di sisiku. "Beza?" aku tanya lagi, mahukan kepastian. Dia kemudiannya menerangkan baju kurung moden cenderung untuk mengikut mengikut bentuk tubuh. Namun tidak keterlaluan seperti baju kebaya.

It was a rhetorical question. "But hey, not bad for a conversation starter," aku bisik dalam hati.

Rabu, 11 Januari 2012

Selasa, 10 Januari 2012

Nota pelajar (24)

I scored grade point average of 3.33 for my last semester result. I was so happy and excited at the same time. Ianya adalah pencapaian terbaik sepanjang aku bergelar pelajar. Tambah manis, ianya hadir pada semester terakhir aku di kolej.

Segalanya kelihatan berbaloi setelah bergelut menganjurkan Kejohanan Golf Amal 2011 yang merupakan projek tahun akhir bagi subjek Business Ethics, terkial-kial menjayakan karnival jualan bagi subjek Entrepreneurship, jam biologikal dan jadual tidur yang penuh bercelaru, sentiasa kesuntukan masa menyiapkan tugasan dan pembentangan serta kuiz dan ujian yang tidak pernah gagal menyesakkan kepala.

Terima kasih Tuhan, untuk segalanya.

Isnin, 9 Januari 2012

Reminiscent (3)

A couple of days ago, Fatin texted me saying she felt super happy when I wrote something about her. I replied, "I'm glad you liked it. Tapi takpa, after this you'll have other people to write something about you."

Kali terakhir aku menulis sesuatu mengenai Fatin adalah sewaktu mengharungi hari-hari terakhir di Seri Iskandar. Tulisan tersebut sudah lama aku simpan sebelum mengambil keputusan untuk berkongsi dengannya. "Taknak lah. Aku suka kau tulis pasal aku. Writing kau je boleh buat aku senyum dan gelak sorang-sorang," dia balas.

She once was so important to me. But that's an old story now. Kini aku tinggalkan segala kenangan indah bersamanya dalam laci memori yang tidak mungkin aku selongkar semula tanpa alasan yang kukuh. I have moved on with no baggage.

Officemate (9)

Kami duduk bersebelahan, sebelum dia tiba-tiba menulis sesuatu di atas kertas putih dan menghulurkannya kepada aku. Di atas kertas tersebut, tertulis sebuah nota yang berbunyi lebih kurang begini, "If you like a girl, kemudian bila Aliff hantar teks, dia reply. Ajak keluar, dia okay. What will you assume? Do you think she likes you too?"

Selesai membacanya, aku ketawa dan tidak tahu untuk beri reaksi apa. Di atas kertas, soalan ini kedengaran begitu naif. Aku pandang wajahnya dengan seribu satu tanda tanya dan berbisik dalam hati, "Why do you ask such question?"

"It depends. My feeling towards her is none of anyone concern. Unless I make a confession, only then she will know," aku balas dengan menulis semula di atas kertas tersebut walaupun jawapan aku jelas bercanggah dengan soalan. Aku berpaling memandang wajahnya semula dan berkata, "You're just full of surprises."

Ahad, 8 Januari 2012

Carpe diem

I went to Seri Iskandar yesterday. Sampai sahaja di 'pekan jarak pekan tekukur' ini, aku terus menghala ke rumah Bob memandangkan sehari sebelum itu aku sudah memaklumkan kepadanya mengenai kedatangan aku ke sana. Kiki wasn't there when I arrived. He went somewhere-I-don't-know with his girlfriend. Tujuan utama aku ke sana adalah untuk bertemu dengannya dan kami juga telah bersetuju untuk makan malam bersama.

"Panas gila!" Aku mengadu kepanasan sambil terbaring di bawah putaran bilah kipas. Cuaca di sini ternyata melemaskan. Bahang yang membuatkan aku seperti mahu menanggalkan pakaian, berbogel dan terjun ke dalam lautan nyaman.

Tidak banyak yang berubah di Seri Iskandar. Cuaca, persekitaran dan suasananya masih sama meskipun bibit-bibit pembangunan sudah mula kelihatan. Segala pautan kenangan, pahit manis pengalaman dan imbasan memori indah masih jelas bermain di minda tatkala aku mengehela nafas di pekan yang menjadi saksi kehidupan aku sebagai seorang pelajar selama hampir tiga tahun di sini.

Later that night, I went to dinner with Kiki, Bob and Bell. Kami makan mee kari di sebuah tempat yang tidak asing lagi. Tempat yang suatu ketika dahulu pernah menjadi lokasi wajib kunjung untuk aku dan rakan serumah menikmati semangkuk mee kari dan berbual panjang sehingga lewat pagi.

"Sikitnya ko ambik," Kiki tegur melihatkan kandungan bahan di dalam mangkuk aku tidak penuh seperti kebiasaan. Mengenali aku selaku seorang pencinta makanan sejati, mangkuk aku sepatutnya menimbun dihiasi  bahan seperti dried tofu skin, fish ball, fish cake dan bermacam lagi.

Kami berbual panjang malam itu. Perbualan yang banyak menyentuh mengenai latihan industri yang kami berdua sedang lalui, kehidupan semasa dan juga perkara-perkara rawak yang sesekali mengundang gelak ketawa di meja makan.

"Aku dah tak reti merapu sangat dah sekarang," aku beritahu kepada Kiki dengan nada penuh jujur, "Kalau tidak, dulu tiap-tiap hari merapu dengan Meon, merapu dengan Yo. Sekarang ni, aku dah tak tau nak merapu dengan siapa."

"Waktu mula-mula kita habis study," aku sambung lagi sambil mengunyah, "aku rasa hidup ni macam dah takde makna. Selama ni kita pergi kelas sama-sama, makan sama-sama, buat apa pun sama-sama. Tiba-tiba semua tu hilang, aku jadi lost."

Sewaktu perjalanan pulang, aku perasan satu perkara. Mee kari yang selama ini dijamah dengan penuh berselera, hanya bermakna jika aku ditemani oleh rakan serumah yang aku begitu rindui. Malah kehadiran mereka dalam hidup aku adalah sesuatu yang sungguh istimewa. Ikatan persahabatan yang dibina tidak mungkin terhapus dari ingatan aku, untuk selamanya.

Sabtu, 7 Januari 2012

Junk of the heart (2)

I woke up early this morning, around 6 something. I don't know why I'm up so early on Saturday. Subuh yang tenang ditambah dengan kedinginan pagi, membuatkan aku ringan mahu menulis sesuatu. And, so I did. Aku menulis sesuatu mengenai Fatin, sesuatu mengenai perbualan bersama rakan sepejabat dan juga beberapa anekdot ringkas yang aku sendiri tidak tahu hujung pangkalnya.

Aku kira, ini fasa baru dalam hidup yang, tanpa sedar, sedang aku lalui. Menoleh semula ke belakang, aku sudah lama tidak menulis siri Nota Rawak dan juga Sedatif Imaginasi Terlarang. Kawan aku turut perasan perubahan ini dan menegur, "Where's your sense of humor? Your I-don't-give-a-fuck attitude? Your lovely sweet notes? Your funny writing? And most importantly, the old you?"

Aku seperti biasa, hanya mampu tersenyum tanpa sebuah jawapan yang jelas.

Jumaat, 6 Januari 2012

Junk of the heart

Terlalu bosan dan mengantuk, aku ke dapur dan bancuh segelas air oren. Tidur awal pada hari Jumaat malam Sabtu bukanlah kebiasaan aku. Jadi dengan berpegang kepada kebiasaan itu, aku di sini menaip sesuatu yang mungkin hanya sekadar... entah apa-apa.

Work has been quite hectic lately. Setiap malam aku ingin menulis sesuatu tetapi sering berakhir dengan aku terlena di hadapan skrin. Atau kadangkala terlelap tatkala menunggu siri televisyen atau filem siap dimuat turun. Perbualan bersama rakan sepejabat juga aku ingat-ingat lupa. Takpe, I'll write something about her later.

Entah-lah, menulis mengenai apa yang aku lalui dalam sehari-hari sudah tidak begitu menyeronokkan. Mungkin kerana aku tiada masa atau mungkin kerana aku merasakan ianya sesuatu yang tidak perlu. Ikutkan hati, mahu sahaja aku katakan aku sudah gila. Tapi mengaku diri sendiri gila, adalah sesuatu yang gila atau sekurang-kurangnya nampak seperti sesuatu yang gila. Walaupun takde-lah gila mana pun.

Ketika ini, aku cuma tidak mampu mencantumkan apa yang bermain di minda untuk meluahkannya dalam bentuk teks. Itu-lah, banyak sangat bermimpi dan bercakap seorang diri dalam hati. Mengelamun tak sudah sehingga membawa ke dalam mesyuarat. Mujur tak terlena ha ha!

Setelah sekian lama tidak dapat bersua lidah dengan perbualan yang menarik, akhirnya aku sudah ketemu manusia yang menyeronokkan untuk dibawa berbual. Perbualan yang bermakna untuk aku abadikan dalam sebuah tulisan. I mean, she always know what to say.

Mengakhiri nota ini, aku teringat kata-kata seorang kawan rapat kepada aku petang tadi, "Falling in love again? Oh no."

Rabu, 4 Januari 2012

Officemate (8)

"Nama apa?" Amin yang berada di sebelah aku bertanya kepada seorang perempuan yang baru selesai melapor diri untuk latihan industri. "Halimatun," dia balas. "Panggil Matung," dia sambung dengan loghat Terengganu yang pekat.

Aku ketawa semahunya petang itu.

Wordless what? (5)

Isnin, 2 Januari 2012

365 days (2)

Malam sebelum tibanya detik tahun baru, aku tinggal berdua bersama Haikal di rumah, while the rest of my family went out for a dinner. I told them to go ahead without me because I don't feel like going out. Plus I already ordered a pizza, dan merancang untuk habiskan sepanjang malam dengan menonton filem.

Later that night, I received a text message from Meon and Kiki wishing me a happy new year. Aku balas pada mereka, "Happy new year my friend. God bless us!"

Dan aku tidur dengan lena malam itu.

Kelabu

I just finished reading Kelabu written by Nadia Binti Mohamad Hatta. It took me more or less three days to finally reach the last page of the book. 456 pages, that is. Aku tidak begitu berminat untuk mengulas buku ini secara serius, malah apa tujuan nota ini ditulis pun aku kurang pasti.

Menghampiri pertengahan jalan ceritanya, tatkala mengetahui bahawa Amir rupa-rupanya adalah seorang perempuan yang bernama Amira, aku hanya mampu mengungkap, "Ohhhhhh." Malah jika Amir sebenarnya adalah makhluk asing dari planet Kepler-22b pun aku masih boleh terima. Berdiri di atas garis fiksyen, segalanya memungkinkan.

Berdasarkan pengalaman sendiri, aku pernah berada dalam kelas yang sama dengan seorang (atau dua?) pengkid ketika menuntut di kolej. Oh, dan juga seorang pelajar perempuan biseksual. So I should be familiar with this kind of thing. Ya, aku tahu, ini merupakan sebahagian daripada gosip pelajar yang memualkan. Betapa kasihan, golongan ini seringkali menjadi sasaran hamburan cercaan tanpa usul selidik serta berhadapan polis-polis moral yang sentiasa mencari peluang untuk menghukum sisi peribadi manusia lain mengalahkan Tuhan.

Sewaktu pertama kali mengetahui orientasi seksual mereka, yang menurut sesetengah tanggapan masyarakat sebagai sesuatu yang songsang, menyimpang dan terpesong, sejujurnya aku sedikit terkejut kerana ianya adalah kali pertama aku berhadapan dengan golongan sebegini. Terus terang, aku tidak pernah menyimpan prejudis terhadap mereka. The least I can do is to let them live their life the way they want to. Well, it's their fucking life. Why do I even bother?

Truth to be told, I always make fun of them. But no offense, because I always make fun of everyone. And if they happen to read this, oh come on, chillax-lah... dude?

Ahad, 1 Januari 2012

Officemate (7)

Maybe it's true when you starting to like someone, your heart willing to go beyond anything and unconsciously you started doing crazy things without you even noticing.

Last Friday, I'm supposed to work half day. Since my boss is not around, I don't have anyone to keep track of all my activities that day. Atau bahasa mudahnya, bos bercuti, pejabat ini umpama berhawakan dingin syurga. Oleh kerana aku telah menyiapkan segala tugasan yang diberi, maka munasabah juga untuk aku pulang lebih awal.

"Bosan gila. Balik awal la harini," aku beritahu rakan sepejabat yang sedang leka menatap skrin laptop di hadapannya. She remained with her stoic expression and replied, "Huh, hari-hari balik awal."

"Balik awal la best," aku kata. "Haa, aman sikit office ni nanti," dia sambut, kemudian ketawa kecil.

Jadi selesai mengerjakan solat Jumaat, aku pulang ke rumah hanya sekadar untuk mengelamun, membiarkan minda aku menerewang jauh. Timbul pelbagai pertanyaan rawak dan tidak penting yang berlegar memenuhi ruang fikir aku.

Salah seorang kawan aku pernah menegur, katanya aku terlalu banyak berfikir. Berfikir beberapa langkah ke hadapan dalam setiap perkara. Aku saling tak tumpah dirasuk oleh semangat analitikal yang keterlaluan. Katanya lagi, "You can't anticipate everything. Sometimes, you have to let things work out on their own. Have faith."

So with that, brings me back to the office. I don't why but I think that's the right thing to do. Belumpun sempat aku melabuhkan punggung untuk duduk, dia sudah memaku aku dengan pandangan yang aneh sebelum ketawa dan berkata, "Aliff? Betul ke ni Aliff?"

Aku hanya tersenyum tanpa sebarang kata. "Tadi kata nak balik awal? Kenapa datang balik?" dia tambah, dengan nada ingin tahu. "Tanggungjawab," aku balas ringkas, tidak serius. Menipu sudah tentu. "Tanggungjawab la sangat," dia balas.

"I came here just to see your face," aku balas jujur. Dalam hati.