Sabtu, 21 Januari 2012

Fuck you, that's why

Merayau-rayau dalam lautan rak buku, meneliti setiap helaian, menghidu bau kertas kuning yang mengkhayalkan menyebabkan aku menjadi tidak keruan. Tetapi untuk menggelar diri sendiri selaku ulat buku mungkin adalah sesuatu yang kelakar. Kebenarannya, aku mempunyai lambakan buku yang sehingga kini masih gagal untuk disudahkan pembacaan.

Untuk memberi peringatan kepada diri sendiri, buku 1Q84, aku masih tersekat di muka surat 45. Manakala attention-getter buku Amerika pula, gagal sama sekali lantas membuatkan aku tidak berminat untuk meneruskan pembacaan. Macam baca teks khutbah sembahyang Jumaat pun ada. Buku Aleph pula menyaksikan Coelho konon mencari nilai keberadaan dirinya atau apa entah, aku pun tak pasti. Aku berhenti di muka surat 100 dan tidak bercadang untuk menyambung bacaan dalam masa terdekat.

Malas, sebenarnya.

Tiada ulasan: