Tempoh hari, waktu duduk makan malam dengan dua orang kawan, kami berborak panjang tentang memori sewaktu membesar. Aku kenal mereka sejak umur 13 tahun, jadi zaman kanak-kanak kami tidak bertembung antara satu sama lain. Tetapi berdasarkan cerita-cerita yang kami kongsi, pengalaman dan kenangan itu hampir serupa, mirip dan terasa dekat dengan diri masing-masing.
“Aku dulu kalau tengah main waktu senja, lepas tu dengar azan Maghrib, menggelabah cepat-cepat kayuh basikal balik rumah. Dalam hati, ‘mati la, mati la, mati la’ takut punya pasal sebab balik lewat. Sampai rumah, mesti mak aku dah tunggu depan pintu. Aku tau, kalau redah masuk terus, mesti kena rotan dua tiga das punya. Paling tak tahan, bila cuba nak buat lambat waktu masuk rumah, ceyyy buat-buat basuh kaki dekat paip luar la, lap peluh la, susun basikal la, nak tunggu sampai mak aku blah dari pintu. Tapi jarang la dia nak blah, mesti kena rotan jugak.”
They laughed like crazy. Because they’ve done the same. “Aku ingat aku sorang je buat macam tu,” kawan aku cakap.
Growing up is a whole lot fun. Banyak perkara bangang yang aku cerita kepada mereka tentang kenakalan waktu zaman kanak-kanak. Tentang bagaimana aku hampir bagi hangus rumah sendiri kerana sebatang lilin. Tentang bagaimana aku sembur cat pada badan kucing sehingga sebahagian badannya bertukar menjadi warna hijau. Tentang kebun mini tepi rumah. Tentang pokok betik setinggi empat meter yang aku tebuk sehingga berlubang dan akhirnya tumbang. Tentang anak kucing yang aku… ahh lupakan tentang itu.
Kunci untuk mengenal seseorang dengan sebenar-benar kenal terletak pada zaman kanak-kanaknya. Kerana ia permulaan dan asas kepada segala benda yang membentuk diri. Tetapi hairan sekali, orang jarang nak bertanya aku tentang ini. Yang selalu mereka tanya adalah tentang keluarga, kawan-kawan, zaman remaja, kerja, dan entah apa-apa. Yang sejujurnya, tak berapa nak mencerminkan kelakuan atau peribadi sebenar diri ini.
“Pernah sekali tu, aku pergi shopping mall, lepas tu pergi level yang jual barang-barang permainan apa semua, aku tengok ada satu robot ni tau. Gila punya besar. Jenis yang ada pedang apa entah tapi memang semat la. Aku nak beli, tapi mak aku tak kasik. Paling lawak aku mengamuk ugut nak bukak seluar dekat situ kalau tak beli. Gila teruk perangai. Dapat tu, dapat la. Tapi bila balik rumah, kena bantai terus sebab buat perangai depan orang. Peduli pulak aku, janji dapat robot.”
That was me back then. Waktu aku belum kenal apa itu erti susah senang cari duit, apa itu erti pening kepala seorang dewasa membesarkan kami adik-beradik, apa itu erti pengorbanan ibu dan ayah untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Aku berhenti meminta apa-apa bila aku mula masuk sekolah menengah. I rarely ask anything from them. Apa mereka beri, aku terima. Berapa banyak duit belanja, aku tak pernah merungut. Tak pernah minta duit untuk pergi rombongan sekolah, tak pernah minta duit untuk beli handphone, atau beli komputer peribadi, atau beli motosikal. Tak pernah minta duit untuk ambil lesen memandu. Tak pernah minta duit untuk beli baju atau kasut baru. Yuran kolej aku bayar sendiri menggunakan duit yang aku simpan sewaktu cuti. Dalam satu semester, boleh kira berapa kali aku telefon untuk minta duit belanja tambahan kerana terdesak. I know they can’t afford it. Sebab di belakang aku, berderet lagi adik-beradik yang masih kecil dan memerlukan belanja besar untuk segala macam hal.
Cuma sekali aku pernah minta sebuah laptop sewaktu menjalani latihan industri. Yang buatkan aku rasa bersalah yang amat sangat. Aku cuma guna setakat itu, and I haven’t use it in nearly three years, dan aku beri kepada adik aku yang lain untuk mereka guna.
2014, handphone Ayah hilang tercicir entah di mana. Petang itu, terus aku keluar duit, dan beli sebuah yang baru. Dan tahun yang sama, Ayah terniat untuk beli sebuah kereta keluarga yang lebih besar untuk kegunaan kami. Tak cakap banyak, aku keluar sejumlah wang untuk bayar duit muka, dan bayar ansuran setiap bulan. It’s been two years already. Untuk tanggung komitmen yang aku sendiri jarang guna.
Aku tak ada apa-apa sebelum aku mula bekerja. Nak belanja anak dara orang keluar makan pun tak mampu, apatah lagi cuba untuk memasang impian bina hidup bersama. Nak pergi tempat jauh-jauh, fikir banyak kali. Nak beli sesuatu, perlu rasionalkan setiap pertimbangan. Dan sekarang bila ada sesuatu dalam tangan, aku tak kisah berapa banyak duit keluar. Untuk keluarga, untuk diri sendiri, untuk kawan-kawan, untuk sesiapa dan apa-apa. I don’t own shit. Berapa banyak simpanan aku, bukan semuanya milik aku. Ia patut dikongsi dengan manusia-manusia yang selalu bersama aku ketika susah dan senang.
Berbalik kepada cerita ugut buka seluar untuk beli robot itu tadi, I mean, I don’t have that fighting spirit in me anymore. Atas sebab yang aku sendiri kabur mengapa. Kalau dulu, aku selalu melawan untuk dapat apa yang aku mahu. Aku langsung tak peduli apa orang lain rasa, asalkan aku tak kalah. Aku selalu nak menang. Aku selalu nak lebih dominan. Aku selalu nak kawal segala-galanya.
Sekarang, aku jadi semacam redha dalam hidup. Aku jadi tak berapa bersemangat untuk melawan apa-apa. Apa-apa impian dalam diri ini, aku anggap sebagai satu hadiah dari Tuhan jika ia dimakbulkan. Ada, maka ada. Tak ada, maka tak jadi masalah. You want to walk away from my life and put an end to everything? And I’ll be asking, are you sure, because I really want you to stay. You want to take something away from me? Go ahead. You want to be ahead of me? Be my guest. You want to win? Okay. You want my huge ego? Hey, it’s all yours. Oh, it’s your fault? Tak mengapa, biar aku yang minta maaf.
For now, I just want simple thing in life. Tak nak drama. Tak nak episod patah hati. Tak nak kisah cinta tragik. Tak nak sakitkan hati sesiapa. Tak nak jadi beban. Tak nak jadi punca masalah orang lain. Tak nak jadi manusia yang menjengkelkan. Tak nak apa-apa. Aku cuma mahu hidup yang senang. Pergi kerja, balik rumah, tidur, keluar lepak, beli barang yang aku suka, belanja manusia kegemaran, dan sekadar itu. I don’t want anything else.
I just want a simple life. That’s all.