Khamis, 28 April 2016

Of being purposeful

We sat down at our favorite cafe that afternoon. Aku balik kerja awal, tak ada urusan lain untuk dibuat, dan aku luangkan sedikit masa untuk lepak minum petang bersama mereka.

We talked about general things in life. Tentang kerja, tentang komitmen, tentang rancangan membina keluarga, tentang percutian, tentang hal-hal lazim yang sering kami bualkan.

I love hanging out with them. Senang diajak berbual tentang pelbagai isu, dan dalam kebanyakan waktu, wavelength pemikiran kami tak lari jauh antara satu sama lain. Even when I go out with a woman for the whole day, jika masih ada masa bersisa, aku akan tetap keluar melepak dengan mereka. That’s just how important their existence to me.

I’m always lacking motivation in life. Payah untuk aku sentiasa bersemangat dalam apa-apa perkara. Dan aku sepanjang masa perlu berpesan dan pujuk diri untuk tidak terlalu cepat berputus asa dalam hidup.

Aku cakap kepada mereka, “kadang-kadang, rasa macam nak naik kapal terbang, lepas tu kapal terbang terhempas, aku mati, dan keluarga aku dapat duit pampasan banyak gila babi. At least, tak sia-sia la aku hidup selama ni. Dan tak sia-sia la aku mati.”

Be careful what you wish for, dear Self.

Mereka ketawa. Aku turut sama. Dalam sebuah gurauan sebanyak mana ia bukan sebuah gurauan.

Hey, if it helps, why not?

11:40AM Thursday 28 April 2016

Tiada ulasan: