Rabu, 29 Oktober 2014

Of people and everything in between

Semalam, saya habiskan sepanjang malam dengan membeli serba-serbi barang penjagaan diri, sebelum singgah di bank untuk menyimpan sedikit duit (walaupun tak pasti bagaimana saya boleh terjerat untuk membeli kerepek tiga sepuluh ringgit dijual oleh seorang makcik), kemudian saya cuci kereta di sebuah stesen minyak dan alang-alang menunggu, saya buat keputusan untuk bungkus makan malam di sebuah restoran.

You see, ini perkara normal yang saya lakukan jika tiada rancangan bersama keluarga atau kawan-kawan. Atau kadang-kadang, jika Tuhan izinkan jalanraya menjadi sedikit lengang, saya selalunya ambil kesempatan untuk merayau-rayau sekitar pekan sambil memandu laju... just for the sake of it.

Sewaktu dalam perjalanan mengambil kereta yang telah siap dicuci, saya disapa seorang pakcik, dalam lingkungan umur 40-an, berkacamata, ditemani seorang gadis yang saya andaikan adalah anak perempuannya.

"Sorang je?"

To be honest, I feel suffocated, because I was never good at making small talk. Kerana bagi saya, apa-apa perbualan dengan manusia lain (selain keluarga dan kawan-kawan), adalah suatu yang sedikit rumit untuk dihadam. Saya tahu apa reaksi dan penerimaan kawan-kawan terhadap kata-kata saya, which is why saya selalu sembang kemaih, dan bergurau tentang hal-hal yang tidak sepatutnya dibawa bergurau dengan mereka. Tetapi bila berhadapan dengan manusia lain, ternyata ia tidak semudah itu.

Saya yang terpinga-pinga, tidak tahu ke mana untuk bawa perbualan ini segera membalas, by merely stating the obvious, "Ya, sorang je. Baru lepas cuci kereta."

Tambahan pula, gadis di hadapan saya ini cantik orangnya. "Hmm manehh," hati saya memuji. Namun mengenangkan saya acah-acah socially inept, maka saya sekadar mampu menghadiahkan sebuah senyuman sejurus mata kami bertentangan.

"Saya beransur dulu," saya tutur, dengan penuh sopan. "Ya, ya," sambut pakcik ini, sebelum menyambung, "jangan lupa kirim salam pada Ayah nanti."

Ah-ha! Well, there you go, clue #1: Apparently, he's a friend of Ayah.

And with that, was the end of my evening. Jadi saya masuk dalam kereta, hidupkan enjin, hela nafas lega kerana duit syiling dalam kereta tidak dirembat oleh pekerja asing, dan saya perlahan-lahan susur keluar dari kotak parkir, sambil bertanya pada diri sendiri, "Apa nama/siapa pakcik tadi?"

And the answer was, "I have no freaking idea."

4:02PM Wednesday 29 October 2014

Rabu, 15 Oktober 2014

Reluctant

Aku masih ingat, sewaktu kecil, aku menemukan epifani. Atau momen-momen kebenaran, if you will. Aku bertanya kepada diri sendiri, jika Tuhan takdirkan aku untuk menjadi seorang yang tidak berkata sia-sia, skema, baik pekerti, dan elok tutur bicara; adakah aku akan terus menerima bulat-bulat takdir hidup aku?

"Yes, I'd love to. But no, not today," was my answer.

I just want to be... myself. Without divine intervention. Tanpa ada campur tangan sesiapa. And from that moment on, aku tahu bahawa aku lebih gemar membuat keputusan sendiri. Kerana aku adalah manusia yang setia mendengar setiap nasihat, kata-kata, dan pujukan kamu, but most of the time, I just don't follow.

5:59 PM Wednesday 15 October 2014

Happiness, not too little, but also not too much.

Setiap kali aku berasa gembira, atau hidup aku semacam tiada masalah, atau hati aku berasa senang, aku cenderung untuk pulang semula ke dakapan Kesunyian. Kerana sentiasa ada sisi diri aku yang - umumnya - letih dengan gelak-ketawa, wajah manusia, kata-kata, suasana, material, dunia dan segala isinya.

Dan bila itu terjadi, I just want to have some quiet me time, dan berlagak seolah-olah Kegembiraan adalah satu bebanan.

Aku adalah definisi sederhana, dalam erti kata sebenar. Tahu bila untuk keluar berfoya-foya bersama manusia-manusia yang rapat dengan diri ini. Dan tahu berapa banyak dos keseronokan yang perlu aku suntik untuk capai euforia. Dan paling penting, tahu untuk berhenti bila segala-galanya tidak lagi memberi sebarang erti.

Aku hanya ada seorang dua kawan rapat, dan sekelompok manusia yang memahami cara aku berfungsi, bergurau, dan bersosial. Selain dari mereka, adalah manusia-manusia yang sering salah faham dengan definisi Kehidupan aku.

I told people that I love my life just the way they are, and they went bat-crap crazy.

5:57 PM Wednesday 15 October 2014