Isnin, 30 Julai 2012

In search of something

"You write better after 2 AM," Jimi kata sewaktu aku sedang berfoya-foya dengan Kafka on the Shore. Sudah dua minggu berlalu tanpa aku menyentuh bahan bacaan baru. Terlalu leka dengan Kehidupan serta suasana Ramadan yang perlahan membuatkan aku sedikit malas.

Aku segera tutup, berhenti di muka surat 50 dan letakkan buku di sebelah. Kemudian memalingkan muka memandangnya, "You think?"

"Yup," dia balas ringkas.

Tetapi aku tiada begitu banyak ruang dan masa untuk berjaga sehingga awal pagi, semata-mata untuk menulis. Now, I have things to do every morning. I need a good sleep, or else I will get cranky all day.

Aku tidak lagi perlu bermati-matian berjegil mata, menahan rasa kantuk, semata-mata untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang sentiasa tertangguh. My miserable student life had gone. At least for now.

I finally arrived in my comfort place. A place where sanity definitely worth being cherished, only if you're a big fan of it. But the fact that it's such a boring place, will never change.

I know I won't be staying there for too long.

I set the bar too high, for myself. (2)

As I'm trying to define myself, I started feeling lost and aimless right now. And I think I'm getting a little confused as well.

Melihat gambar kawan-kawan sekelas sewaktu di kolej duduk semeja makan bersama, membuatkan aku sedikit cemburu. It's been a while since the last time I met any of them. That's why I feel like I'm kind of being left out.

Though this proves that I really need to get back on my feet and claim my conscience right away. Kadangkala aku terlupa, Life doesn't revolve around me alone. Perkara-perkara kecil yang terjadi, membuatkan aku kembali meragui tindak-tanduk diri dalam menangani protokol sosial.

Kemudian timbul persoalan, adakah keberadaan aku terlalu bergantung kepada kewujudan manusia sekeliling. Adakah aku terlalu larut di dalam bulatan persahabatan? Sehingga setiap pertimbangan aku dikelabui oleh mereka-mereka ini. For a minute there, I thought, who the hell am I?

No, it can't be them, I said to myself. Maybe I don't miss them. But I miss the sense of belonging.

Sabtu, 28 Julai 2012

I set the bar too high, for myself.

I'm not ready
to settle for an
average love life

Jumaat, 27 Julai 2012

At least I've changed. A bit.

I kept this with me for almost 4 years already. Salinan keputusan peperiksaan ini tidak pernah dan tidak akan sampai ke tangan Ayah. Kerana itu, sehingga kini, bahagian tandatangan penjaga masih kosong, tidak diisi.

To be honest, I'm a lousy student in high school. Hence the result, duh. Itupun, mujur aku terselamat dari gaung kegagalan SPM. Mampu juga selesaikan pengajian diploma selama tiga tahun, dengan pencapaian yang, aku kira, boleh dibanggakan.

Dengan setiap kenangan indah yang aku lalui bersama kawan-kawan rapat, no, I regret nothing.

Not today, never.

"I seriously think you're not that good. You're no different from other people. You're just... delusional," Jimi said.

"I know. But you don't have to rub my nose in it," I replied.

"So, have you thought about being more realistic?"

I laughed and said, "Well, not today."

Rabu, 25 Julai 2012

Stuck on the puzzle

Nad akan melanjutkan pelajaran ke luar negara pada Oktober depan. I feel happy for her. I really am. Tiga tahun bergelut dengan pengajian diploma, akhirnya, seperti dijangka, dia berjaya.

Aku dari awal lagi, sejak semester satu, dibantu dengan sifat pesimis, sudah tahu tidak akan berpeluang sedemikian. Walaupun setiap seorang dari kami dijanjikan peluang yang sama, whoever scored 3.75 and above, besar kemungkinan mendapat tajaan atau paling cikai, pinjaman. Tetapi aku dan kami-kami yang lain, seperti biasa, tebal dengan perangai tidak ambil peduli.

Sehinggalah Nad membuktikan dia mampu, aku rasa seperti, what am I doing with my life? Sudah tentu, persoalan, kegusaran, penyesalan, timbul tanpa perlu dipaksa-paksa.

But as always, I know I'll get used to it, from feeling devastated and all. Dan ia masih tidak mengubah hakikat betapa aku masih berasa gembira untuk Nad. And if you're reading this, I wish you all the best!

Cerpen... tak lengkap.

Dengan S, ia selalu tentang perkara yang sama, setiap kali. Kami akan luangkan waktu petang berbaring di atas hamparan rumput hijau, memandang langit biru, sambil aku meluahkan sebaris dua puisi Neruda.

She loved me, sometimes I loved her.
How could I not have loved her large, still eyes?

Kemudian dituruti oleh makan malam bersama. Yang membawa kami melalui perbualan-perbualan rawak, dalam menemani malam-malam yang panjang.

Murakami dalam temuramah bersama John Wray berkata, pengulangan rutin memerlukan fizikal dan mental yang cukup. Dia percaya, pengulangan bakal membawa minda terjun ke dalam daerah lebih dalam. Kerana mengekalkan rutin bukanlah sesuatu yang mudah. Ia berdiri di atas garis halus, samada kamu mampu bertahan ataupun tenggelam ditelan kebosanan melakukan unsur pengulangan.

Aku sering bertanya kepada S, bila kita sudah tiada, adakah cinta kita akan terhapus atau cinta kita akan sentiasa wujud untuk mengimbangi keberadaan kosmos.

S akan ketawa, memandang wajah aku dengan tidak serius dan berkata, Cinta? Cinta yang bagaimana?

Seperkara yang nyata, S tidak pernah merungut tentang kami yang tidak punya banyak masa untuk bertemu, bersua muka. Katanya, rindu ini hanya mampu diubati dengan senyum dan gelak ketawa.

Dia ketawa, aku ketawa, sepertimana Naoko, Midori dan Reiko ketawa sewaktu Toru berbicara tentang rakan sebiliknya, Storm Trooper.


***

Dua bulan telah berlalu. Rutin yang kami lakukan bersama menjadi semakin pudar. Rangkap Neruda yang sering aku lafazkan, beransur-ansur kehilangan makna serta bertukar banal. Fragmen memori yang aku agungkan, anehnya, tidak banyak membantu menyemai rasa rindu.

Dunia seakan berhenti dan kehidupan berputar sekitar yang sama. Seperti tiada lagi angin bertiup, tiada matahari memancar, tiada udara untuk dihela. Mungkin benar, jalan keluar daripada pengulangan bakal membawa kepada pengulangan yang lain.

Dari pertemuan terakhir kami, aku sendiri sudah lama tidak menghabiskan masa dengan mana-mana manusia yang pernah rapat satu ketika dahulu.

Rungutan yang tidak pernah muncul dari mulut S, meletakkan aku dalam ruang yang sungguh selesa. Begitu selesa sehingga aku terlupa sesuatu hubungan tidak selamanya kekal dalam acuan yang sama.

Selasa, 24 Julai 2012

The name is, Jimi

"You're so full with yourself," Jimi said. "The narcissist thingy, please drop it. Some people might not like your attitude."

"The hell with other people," I replied. He always telling me that change is good. I beg to differ. "See, right there. That kind of attitude is not going to help," he opposed.

"But it does bring me closer to you."

He didn't say a word. He just stood there, silently.

"Now, trust me, if you start to question my attitude, it will all falls apart."

"I know," he said, with a slight derision.

"C'mere Jimi," I patted on his back. "Stay with me, no matter what happens. I really need you."

Jimi. I like his name. He is, after all, my dear Self.

Isnin, 23 Julai 2012

Self conflict

      Maybe it's true
      I have to stop
Second-guessing myself

Me, being typical.

First day of Ramadan, I went to pasar Ramadhan with bunch of old friends. Mereka semua pulang dari kampus masing-masing untuk berbuka puasa bersama keluarga. Di kesempatan yang ada, kami luangkan waktu petang dengan berkunjung ke pesta lambakan makanan.

Pasar penuh sesak dengan manusia. Terpaksa berjalan tersekat-sekat, berhimpit-himpit. Asap-asap bakaran ikan, ayam, otak-otak, sate, pulut udang naik ke udara, sedikit mengganggu pernafasan. Kaki sudah letih tawaf dua tiga kali tetapi tangan masih kosong, tanpa menjinjing sebarang plastik bungkusan.

Banyak gerai yang dibuka tetapi tidak banyak pilihan, sebenarnya. Pusing-pusing makanan sama juga yang dijual. Murtabak, nasi ayam, murtabak, nasi ayam, murtabak, nasi ayam.

Satu masalah bila berkunjung ke tempat sebegini, aku seakan buntu untuk buat pilihan. Ia sering menjadi punca aku terbeli makanan entah apa-apa, tidak sedap dan tidak berbaloi dijamah setelah seharian penat menahan lapar.

Sebaliknya mata aku lebih selesa untuk melilau melihat wajah-wajah manusia...

... yang cantik-cantik belaka tatkala berselisih di pasar.

Beginner's luck

I went fishing with Razin, Jambu, Pami and Pravin last week. Niat asal hanyalah menemani Razin dan Pravin memancing. Aku setuju untuk turut serta kerana tiada apa-apa untuk dilakukan di rumah selain untuk mengambil angin di tepi laut dan lepak berborak sehingga lewat senja.

Aku tidak-lah begitu gemar sukan memancing (Sukan? People actually made living out of it). Kerana aku tidak mempunyai kesabaran untuk menunggu dan menunggu dan menunggu umpan disambar oleh ikan.

Tunggu makanan siap di restoran pun boleh bikin aku gelisah, apatah lagi menunggu umpan yang dicelup ke dalam lautan, sambil menanti tersangkut mana-mana ikan.

Aku, tanpa diduga, dapat membawa naik seekor ikan dalam percubaan main-main untuk belajar cara-cara membaling joran dengan betul. Well, good enough for rookie like me, heh.

Somniloquy

Kiki kata aku sering mengigau (yeah right, like he didn't). Bercakap mengenai perkara mengarut dan tidak masuk akal sewaktu tidur. Aku pertahankan diri dan kata, memandai je ko. Mana ada aku mengigau.

Because, you see, sometimes I prefer to live in denial.

Tetapi aku tahu Kiki bercakap perkara benar. Kerana dia bukan yang pertama untuk menyatakan sedemikian.

Masalah ini, ia sesuatu yang belum mampu untuk aku kawal. Aku kerap terjaga di tengah malam, tanpa ingat samada aku ada bermimpi atau tidak, kemudian paling menjengkelkan, aku tidak mampu untuk tidur semula.

Come to think of it, I'm not much of a talker. I only talk when I want to talk. Jadi segala-galanya yang aku fikirkan, tidak semestinya diluahkan secara lisan. Seringkali ia bergumpal di dalam hati, dengan tiada manusia untuk aku kongsi bersama. Menyebabkan perbualan-perbualan tidak lengkap memenuhi ruang fikiran aku, tanpa ada titik noktah.

Aku tidak pasti jika ini adalah beban atau apa, tetapi bila difikirkan, aku sejujurnya telah belajar untuk hidup dengan kekurangan ini.

Mungkin apa yang tidak mampu terzahir secara lisan ketika jaga, tiba-tiba muncul dalam keadaan tidak sedar, ketika tidur.

Like having some sort of unresolved issue.

Ahad, 22 Julai 2012

Not a pseudo-narcissist anymore

Kadangkala aku luangkan masa dengan membaca semula tulisan-tulisan sendiri. Kemudian jika kebosanan, aku akan merayau-rayau mencari dan membaca blog peribadi manusia lain yang menulis tentang renjisan idea, pahit manis pengalaman, turun naik kehidupan seharian.

You know, just like me.

But as always, I don't find them amusing. Because they're not me.

Painless torture

Sibuk memikirkan masalah yang bukan masalah aku. Or maybe there aren't any problems at all, but I keep making them up. Atas sebab-sebab yang aku sendiri tidak begitu pasti.

Why am I burdening myself with other people shit? Just, what the hell is wrong with me?

Jumaat, 20 Julai 2012

Punch Drunk

Kegelapan mungkin secara harfiahnya kelihatan gelap dari luar, namun bila aku sendiri melangkah masuk ke arahnya, ia tidaklah segelap yang disangka.

Aku tersedar ini sewaktu bermain meriam empat tahun lepas di sebuah padang bersebelahan sebuah taman perumahan berdekatan dengan rumahku. Berpegang kepada falsafah esentrik, sudah tentu aku tidak akan melakukan sesuatu yang bahaya di kawasan sendiri. There's a saying, you don't shit where you eat.

Pengalaman dan perasaan bermain meriam adalah sesuatu yang mengujakan. Bonus jika dapat berbalas dentuman dengan taman perumahan bersebelahan yang turut sama bermain. Ia begitu mudah untuk menghasilkan dentuman, menggegarkan kawasan sekitar.

Cuma perlu berani dan lari sekuat hati bila ada manusia asing jerit hoi! selepas 6-8 dentuman.

After coming back from Tarawih prayers, we start gathering things. Sebungkus karbait (tak tahu nama saintifik), sebotol air paip, pemetik api dan sebatang besi papan tanda panjang yang dikorek keluar daripada tanah.

Bagi aku, meriam yang diperbuat daripada besi adalah lebih selamat (aku tidak kata ia langsung tidak bahaya) berbanding meriam buluh. Sebagai perbandingan, buluh mudah bersepai manakala besi tidak.

Cari la port cerah sikit. Gelap kot, aku kata sebelum melangkah menuju ke arah lokasi batang besi disorokkan. Mana ada gelap, mereka balas, sana la port paling cun.

It was dark. Really dark. Tetapi setelah sampai ke kawasan di mana secara luarannya gelap, aku akui, ia tidak begitu gelap sebenarnya. Untuk memastikan aku tidak hanya berhalusinasi, segera aku toleh ke belakang, melihat tempat permulaan kami. Ada cahaya terbit... 

Dari sebatang tiang lampu.

Khamis, 19 Julai 2012

Lucidfer dream

I've been having nightmares for these past few days. Ia bermula apabila aku mencuba apa kejadah yang dipanggil sebagai lucid dream. Mimpi waras, dalam bahasa mudah, adalah mimpi di mana pemimpi sedar dia sedang bermimpi.

Aku teruja dengan idea bahawa mimpi-mimpi boleh dikawal dan diseleweng sesuka hati. I'm not sure if it's ever working or not, so I thought, why not give it a try.

Paling utama, aku cuba untuk bersemuka dengan realiti yang tidak sanggup aku hadapi dalam kehidupan sebenar. Untuk permulaan, nothing fancy or radical. I just want to face my fear of height, I thought to myself.

I still remember, when I was a kid, my first trip to Menara KL. I was damn scared and shivering inside out when the elevator gushed its way up. I looked nowhere but my own feet. And yes, I didn't quite enjoy it as much as other people.

It worked, the lucid dream thingy. Although not precisely in a way I imagined. Let alone to control and conquer my dream, yet. But I remember everything vividly. I was on a plane, alone, sitting next to the window, looked down at the ground through the glass, felt suffocated, couldn't breathe and.. poof! Woke up.

Believe me, I just had one hell of a dream.

Rabu, 18 Julai 2012

High and Dry

Bila aku kata aku, secara konsisten, bercakap dengan diri sendiri, sesetengah dari kamu mungkin menaruh sangsi dan menuduh aku yang bukan-bukan.

Tetapi aku fikir ia tidak mengapa, kerana aku sekadar mencipta imaginasi dan khayalan, tidak lebih daripada itu. Atau dalam erti kata lain, mewujudkan sesuatu yang sebenarnya tidak wujud. Daripada tiada kepada ada. Daripada tidak sedar kepada sedar.

Pada mulanya, aku tidak perasan ini. Sehinggalah satu tahap, aku tersedar bahawa aku telalu kerap membiarkan diri berada di bawah pengaruh inner self, yang tanpa sedar, membuatkan aku memendam segala perasaan yang timbul serta membikin aku alpa mengenai keberadaan sekeliling.

Juga menyebabkan aku kadangkala kurang berminat untuk berinteraksi dengan sesiapa, hanya bercakap dengan diri sendiri, memainkan beratus-ratus senario dan situasi, mengundang bermacam andaian dan paling ketara, menghasilkan perasaan tidak selesa dan menyampah terhadap sesetengah manusia.

Kemudian aku tanya diri sendiri, adakah ini detik epiphany? Or if you will, moment of Revelation?

"Of course not, you idiot," inner self aku tolong jawab soalan ini.

Old memories, everywhere.

"Datang haritu tak bagitau pun. How could you," Fatin balas teks bila aku kata aku datang ke KL hujung bulan lepas. I lied and said, "I did. I texted you on that day tapi takde reply."

Ia mengingatkan aku ketika bertemu dengannya sewaktu mengambil transkrip akademik di kolej, empat bulan lepas.

I tried to avoid her at first but failed. So anyway, long story short, she saw me. We met. Followed by awkward conversation. And as God is my witness, not even a how-are-you question popped out.

The truth is, I really don't want to meet her.

At least, not in the near future.

Selasa, 17 Julai 2012

Tangled up in a nice life

Pukul 12:07. Hujan renyai di luar. Malam yang perlahan. Bilik yang sunyi. Tiada lagu dipasang. Bosan, jadi aku cuba menulis sesuatu. Secara rawak.

Menulis sesuatu yang bagus memerlukan apa sebenarnya, aku tanya diri sendiri. Pengalaman empirikal? Imaginasi? Idea? Falsafah? Bahasa? Aku sudah beberapa kali cuba menulis novel, namun gagal untuk mengekalkan idea sedia ada, menyebabkan idea tersebut menjadi cair dan cair dan cair.

Idea-idea aku mengenai, sebagai contoh, kesunyian dan kehidupan masih terlalu mentah. Tidak bermaksud aku ingin menulis karya maha deep. Tidak sama sekali.

Ketika ini, aku cuba merajinkan diri menulis short stories. Sengaja bermain dengan realiti dan imaginasi yang digaul sesuka hati, berpesta dengan idea-idea untuk kepuasan diri sendiri. Sekadar suka-suka tanpa peduli untuk disiarkan di mana-mana atau untuk mengagumkan pembaca. Malah cerpen aku yang pernah diterbitkan dalam KATA 3 adalah cerpen kitar semula, diambil daripada arkib tulisan lama.

Tiada apa yang membanggakan. Never told my friends about it either. Cuma kadangkala ada sesetengah kawan yang merindui tulisan-tulisan aku bertanya, "Do you still write? Dah lama tak baca tulisan kau."

Aku beritahu mereka, aku masih menulis. Walaupun tidak kerap, tetapi masih lagi. Once in a while, aku hiburkan mereka dengan tulisan-tulisan yang aku fikir mungkin mereka akan suka. Sesetengah daripada mereka tahu betapa aku gilakan penulisan. Fatin tahu. Nadzirah tahu. Jambu tahu.

Seorang kawan di Facebook pernah berkata, tulisan aku walaupun sekadar bercerita mengenai hal-hal kehidupan seharian, tetapi ia masih berhasil membuatkan manusia membaca dari baris pertama hingga terakhir. She was right. Kerana aku, secara peribadi, jatuh cinta dengan tulisan sendiri.

Zaman sekolah menengah hingga zaman kolej hingga ke hari ini. Tiada hari-hari berlalu tanpa aku memikirkan perihal apa yang perlu ditulis. Tiada hari-hari berlalu tanpa aku menulis nota-nota halimunan.

Di mulut mungkin berhambur perkataan jemu dan bosan tetapi di hati, aku menjadi begitu seronok menikmati tulisan sendiri yang siap dikarang, apatah lagi jika ia ditulis mengenai sesuatu yang cukup bermakna buat diri.

Isnin, 16 Julai 2012

Wisdom and whatnot

Aku sudah lupa apa yang pensyarah pernah bebelkan sewaktu menyentuh mengenai subjek estetika. Ingatan aku juga sudah hampir melupakan nama-nama asing seperti Kant dan Maslow (yang mana aku, dari dulu lagi, kurang bersetuju dengan teori hierarki keperluan).

Merayau-rayau di Twitter dan berlenggang di Facebook, aku sering menemukan manusia-manusia yang mempunyai pendapat yang berbeza dari sisi fahaman politik, keagamaan, kemanusian dan seterusnya membawa kepada perkara-perkara kecil seperti sukan, hiburan dan sekian sekian.

Dan aku pula tidaklah begitu berminat untuk terjun ke dalam perbualan (atau perbalahan?) di laman sosial yang membincangkan isu-isu semasa. Itu pun sekadar memerhati dari jauh, menghadam sesetengah hujah yang patut dan menghindarkan pandangan sempit yang tidak memberi sebarang manfaat.

Di sebalik segala perbezaan yang wujud, aku meraikannya sebagai salah satu peluang untuk membuka ruang-ruang komunikasi. Aku percaya dengan berkata - you're entitled to your stupid opinion - kepada manusia-manusia yang tidak sependapat, tidak akan menjadi aku setapak lebih bagus dari sesiapa.

Tempoh hari ada seorang perempuan mengatakan lelaki yang memakai baju kolar naik atas adalah antara ciri-ciri douchebag. Aku tidak tahu dia berhujah dari segi apa tetapi setakat melemparkan tuduhan sebegitu tanpa sebarang justifikasi adalah antara dosa besar kebanyakan manusia di laman-laman sosial.

Aku sendiri merasakan fesyen kolar naik atas adalah fesyen entah apa-apa. Ikutan mat-mat konon trendy yang bingung, masih mencari identiti. Namun sejarah fesyen ini dipelopor oleh golongan mat-mat rempit dan despatch. Despatch, sebagai contoh, bekerja di bawah terik matahari, bermotosikal. Mat rempit pula berkonvoi ke merata tempat. Panas terik sudah satu hal. Kulit terbakar satu hal yang lain pula.

Jadi untuk melindungi kulit daripada terus disambar matahari, selain dari memakai reverse motorcycle jacket dan rider gloves, idea kolar naik atas adalah sesuatu yang praktikal untuk melindungi bahagian tengkuk.

Yes, funny, I know. But it makes sense, somehow.

Perasaan ini mungkin juga dimengerti oleh golongan perempuan yang memakai tudung, berlatih bola jaring pukul 3-4 petang, kemudian ada jalur membezakan kulit cerah dan gelap seperti, minta maaf, kuda belang.

Yang menjadi masalah adalah mat-mat jadian dan ikutan. Tanpa sebab yang jelas, menjadikan fesyen kolar naik atas sebagai sejenis trend. Dari segi hukum estetika, mat-mat rempit dan despatch ini sudah melakukan perkara yang sebetulnya.

Sama juga hukum estetika seperti cendol dimakan sewaktu cuaca membahang. Kerana jarang sekali ada manusia mengadu teringin makan cendol sewaktu hujan lebat, misalnya.

Tanpa atau separa atau penuh sedar, mat-mat rempit dan despatch ini menggunakan pertimbangan sewajarnya, untuk membantu mereka dalam membuat sebarang keputusan berdasarkan bukti-bukti rasional. Kerana tanpa pertimbangan, akan wujud keputusan yang condong dan bias. Akan muncul diskriminasi dan prejudis.

Ia dipanggil sebagai wisdom. Keupayaan memahami, dengan sebenar-benar pemahaman dan kesedaran, tentang sesuatu perkara atau situasi, kemudian menggunakan keupayaan itu pada ruang dan waktu yang sesuai.

Kamu tahu douchebag dalam erti kata sebenar? Ia masih lagi dipegang oleh manusia yang memakai shades dalam pusat beli-belah.

This is an epiphany, my ass.

Aku sudah hampir terlena, sebelum Anies hantar teks bertanyakan tentang keputusan UPU. "Tak dapat. Takde rezeki nak buat cemane," aku balas.

She didn't believe me and thought I was joking.

Then she told me she got an offer. Di mana, aku tanya. Tempat sama, di Seri Iskandar, dia beritahu. Well, good for her. Sekurang-kurangnya tak perlu lagi runsing memikirkan perihal penempatan untuk pengajian peringkat ijazah.

Setelah melihat keputusan yang mendukacitakan (for fuck's sake, they even stated, "Dukacita dimaklumkan bahawa..."), aku tidak tahu untuk marah atau kecewa atau sabar atau apa.

Aku tanya beberapa orang kawan yang turut memohon, sama juga, mengecewakan. Jambu tak dapat. Sepul tak dapat. Kay tak dapat. Kiki tak dapat. Zam tak dapat. Malah batch aku (Jan-June 2009), tiada seorang pun yang dapat, ha ha.

Pardon, I think laughter is the only appropriate response to this sort of madness.

Apapun, aku tidaklah begitu terkejut dan dalam masa yang sama, tidaklah begitu berharap. Kerana sisi pesimis aku lebih awal lagi meramalkan sesuatu yang buruk. Oleh itu, apa yang boleh aku lakukan ketika ini adalah, merayakan kegagalan ini, dengan senang hati.

Ahad, 15 Julai 2012

Pergi balik hari (9)

Dalam perjalanan pulang, aku masih tidak percaya aku telah melalui sebuah pengalaman dengan menghabiskan seharian, bersama seorang kawan, di tempat yang sama sekali asing bagiku.

"Gila penat," aku kata kepada Jambu sewaktu menanti bas tiba. Terlajak stesen sewaktu menaiki STAR. Berjalan kaki dengan semangat vagabond. Peristiwa lucu dengan manusia-manusia yang tidak dikenali. Macam-macam berlaku dalam tempoh singkat kunjungan.

A long and tiring journey, but we had fun, nevertheless. Bila difikirkan balik, aku tidak perlu bersusah payah ke KLAB untuk membeli buku-buku yang boleh didapati melalui transaksi dalam talian. I could save myself from all trouble and inconvenience.

Tetapi perjalanan ini membuktikan pengalaman merupakan perkara yang masih tidak mampu dibeli dengan wang.

Sabtu, 14 Julai 2012

Terkambus dalam kubur, tak bernyawa.

"Raja Muhammad Aliff," pegawai pemeriksa JPJ yang duduk di sebelah kerusi penumpang menyebut namaku.

Belum sempat aku balas apa-apa, dia sambung, "Kamu ni keturunan raja mana?"

Aku ketawa kecil. Oh I wish I had an answer to that question. "Entah, saya pun tak pasti."

"Takkan kamu tak tahu keturunan sendiri. Ayah kamu pun ada nama raja?"

Aku angguk.

"Atuk kamu, moyang kamu pun?"

Aku angguk.

Dia tanya lagi, keturunan raja dari mana. I said I don't know much. Sengaja aku balas begitu, untuk mengelak daripada berborak perihal keluarga, yang aku anggap sebagai sesuatu yang terlalu peribadi.

"Kamu kena ambik tahu la. Sebab bukan semua orang boleh guna nama raja sesuka hati," dia kata. Aku sekadar membalas dengan ketawa yang dibuat-buat.

Hakikatnya, aku tidak begitu peduli walaupun tahu sedikit sebanyak tentang salasilah keturunan. Dan aku sendiri tidak pernah bercerita kepada sesiapa mengenainya. Kerana tiada apa-apa yang istimewa. Ia sekadar nama slash panggilan slash gelaran dan ia tidak menjadikan aku lebih bagus daripada sesiapa.

Khamis, 12 Julai 2012

Time will heal, konon.

Sarah called Ayah just now and I couldn't help but overheard their conversation. Dari apa yang aku dengar, Sarah suruh Ayah datang melawat di sekolah, minggu hadapan. Ayah kata insyaAllah, kalau tak sibuk.

Nak balik, nak beli baju raya, katanya. Ayah ketawa. Puasa pun belum, sudah sibuk mahu beli baju raya.

Memandangkan dia pernah menjadi anak bongsu selama 6 tahun sebelum Ihsaan lahir, jadi kadangkala (selalu sebenarnya) dia berperangai mengada-ngada begini. Sebab itu setiap kali aku angkat telefon, kami akan bergaduh ha ha.

"Haa, engko telefon ni nak apa? Nak balik je kerjanya."

"Ahh sebok. Siapa nak cakap dengan engko. Bagi telefon dekat Ayah."

She will be sitting for PMR this year. Dan di kalangan kami adik-beradik, she's always be the genius one. Malah pencapaian akademik Sarah lebih membanggakan daripada aku.

Melihat Sarah membesar begitu cepat, membuatkan aku terfikir. Masa berlalu selayang pandang, sehingga aku tidak mampu mengingati kenangan sewaktu kecil dengan baik. Atau lebih tepat lagi, aku seperti meninggalkan sebahagian besar kenangan tersebut dan hanya membawa kenangan yang aku mahu ingati sahaja.

Sebagai contoh, Ayah kata kami sekeluarga pernah menaiki lori untuk pulang berhari raya di kampung. Sudah tentu aku tidak percaya kerana demi Tuhan, aku tidak ingat apa-apa. Aku cuba geledah laci memori dengan harapan dapat mengingati semula. No, nothing. Tiada apa-apa.

Maksud aku, bagaimana aku boleh lupa/tak ingat perkara sebesar ini? Naik lori? Hari raya? For real?

Kemudian aku tersedar, barangkali memori lama yang dibiarkan tidak diusik, akan luput ditelan masa. Atau seperti yang aku katakan tadi, mungkin aku sendiri yang tidak mahu membawa kenangan ini selama-lamanya.

Embrace the chaos

Ketika ini, aku cuba untuk tidak merungut tentang hidup yang serba perlahan dan sunyi. Meneliti semula tulisan-tulisan lama, aku kelihatan begitu terdesak untuk merakamkan setiap peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seharian. Tanpa menyedari bahawa aku tidak mampu untuk menulis segala-galanya, sebenarnya.

To be honest, I'm tired of taking control of everything. Aku sudah habiskan begitu banyak masa cuba untuk mengawal keseimbangan kosmos dengan menulis setiap perkara yang melingkari hidupku. Sehingga satu tahap, aku memaksa diri untuk mencipta dialog dan fragmen dan situasi imaginasi, di mana segala-galanya berlaku seperti yang aku rancang di dalam kepala.

Seize the day. Carpe diem. Live in the moment.

Aku cuba untuk tidak menghiraukan hakikat yang aku bakal kehilangan memori-memori yang tidak sempat diabadikan ke dalam kerangka tulisan. Now, I just write whenever I want to. No pressure at all, none whatsoever.

Rabu, 11 Julai 2012

Pergi balik hari (8)

Duit tambang pergi balik RM50 sudah digunakan, maka yang tinggal pada aku ketika itu lebih daripada cukup untuk membeli beberapa buah buku.

Tetapi membeli terlalu banyak buku sehingga kering poket bukanlah satu tindakan yang bijak. I have a stack of unread books on my shelf. Dengan berhati-hati, aku sekadar memilih buku-buku yang aku rasa ada kebarangkalian aku akan suka.

"Shafiq ada?" aku tanya sewaktu singgah di booth Jargon Books. Soalan yang aku sudah tahu jawapannya.

"Shafiq takde. Dia turun pergi makan dekat bawah kot. Kejap lagi dia naik," balas Hafiz Hamzah, bos Obscura Malaysia. Aku kenal dia. Dia tak kenal aku. Walaupun aku dah dua tiga kali beli buku daripadanya.

"Ohh takpe," aku kata. "Nanti dia naik, tolong bagi buku ni ya."

Aku hulurkan buku Suicide. Buku yang aku pinjam sudah hampir lima bulan. Tangguh punya tangguh, aku hanya selesai membaca buku tersebut, beberapa hari sebelum acara KLAB bermula.

"Ni nama apa?" dia tanya, merujuk kepada aku. Betul juga, dia tak kenal aku.

"Aliff."

"Aliff?" dia ulang, untuk kepastian.

"Aliff," aku angguk. Kemudian dia kata dia akan beritahu Shafiq yang aku sudah pulangkan buku.

"Dah pernah jumpa dia?"

"Belum, tak pernah," aku balas.

Aku tinggalkan dia dan kemudian meloncat dari satu booth ke booth yang lain, membelek-belek buku yang dijual. Sebuah acara kecil, buku-buku tersusun di atas meja, barangan seni (?) dibikin dan entah apa-apa lagi. Juga ada pelancaran buku apa entah dan tayangan filem pendek apa entah. Tak berminat, jadi aku tak pergi tengok pun.

Toleh melihat jam, baru pukul 5 petang. Masih ada banyak masa lagi sebelum bas bertolak pada waktu Maghrib nanti. Aku sudah pusing dua tiga empat lima kali di dalam kawasan acara yang kecil ini. Buku-buku juga sudah dibeli. Barang-barang telah puas dibelek dan disentuh. Sehingga satu tahap, naik bosan.

"Ahh setan. Nak buat apa lagi ni?"

Syaitan mungkin diikat, tetapi kami tidak.

Ramadan is fast approaching. Tahun ini aku bakal menghabiskan sebulan berpuasa di rumah. Sebelum ini, selama 3 tahun, aku mengharungi Ramadan di Seri Iskandar. Tahun pertama di asrama dan dua tahun terakhir di rumah sewa.

Puasa tetapi tidak puasa. Kerana kami (aku dan housemates [sudah tentu aku tidak mahu bertanggungjawab seorang diri di atas kelakuan hampeh sebegini]) ke pasar Ramadhan untuk melihat awek-awek UiTM yang menghidangkan lurah dada, tanpa rasa jemu. Pernah sekali, kami tawaf sebanyak dua kali tanpa membeli apa-apa, kerana leka memerhati tubuh-tubuh manusia yang...

Kadangkala tanpa sebab kukuh, dengan kering hati dan tebal muka, kami memandu kereta atau menunggang motosikal ke Tronoh untuk sebungkus nasi pada waktu tengahari. Atau ke restoran Mamak yang terletak seminit berjalan kaki dari rumah kami. 

Paling syaitan, hasut yang berpuasa untuk turut sama berbuka. Waktu lapar, air sirap pun nampak menyelerakan. Fikir balik, memang bodoh sekor-sekor buat perangai. Walhal berpuasa (dalam erti kata sebenar) adalah perkara yang mudah sebenarnya.

Berjemaah melakukan dosa, berdosa secara berjemaah. Teruk betul.

Selasa, 10 Julai 2012

Pre-loneliness (2)

Demi Tuhan
Ketika ini
Aku berasa sungguh sunyi.

Pre-loneliness

When was the last time I watch TV, eh? Aku langsung tidak tahu rancangan apa paling 'in' sekarang. Cuma sesekali aku menonton, itu pun di restoran Mamak, sekadar menjeling dua tiga kali, dan ketika berkunjung ke rumah mak/pak sedara untuk mengelakkan perbualan canggung dengan mereka.

Di rumah sewa sewaktu menuntut di kolej dulu, ada sebuah tivi. With terrible reception and we had to adjust the antenna each time we want to watch anything. Bila ditinggalkan keseorangan, I will turn on the TV, without even bother to watch. Aku biarkan tivi bersiaran, suara terpasang, membazir tenaga elektrik.

Namun sekurang-kurangnya, aku berasa tidak sunyi. Suara-suara rawak dari tivi ternyata ada fungsi. Seperti ada manusia membebel tanpa henti. Tetapi aku ada pilihan, jika aku tidak suka, aku boleh tutup.

Seingat aku, Ayah jarang menonton tivi. Untuk rekod, untuk tahun ini (dan tahun-tahun sebelumnya) aku tidak pernah lihat Ayah meluangkan masa di hadapan tivi. Dari dulu lagi, Ayah memang begini. Sama juga seperti aku, Ayah hanya menonton secara kebetulan.

Kadangkala timbul rasa rindu dengan iklan-iklan murahan yang ditabur di kaca tivi. Ketika zaman sekolah, setiap kali ada iklan baru di tivi, kami akan mengajuk dan mempersenda imej-imej bodoh yang muncul. Kemudian ketawa dan ketawa dan ketawa sehingga iklan-iklan tersebut tidak lagi relevan untuk diperkatakan.

Kini tidak lagi, tivi di rumah sudah ibarat barang antik. Ada takpa, tak ada pun takpa.

Jumaat, 6 Julai 2012

Pergi balik hari (7)

Dengan segala gangguan, kenaifan dan kepayahan, akhirnya kami tiba di lokasi yang ditujui. Dalam hati berhambur makian kerana telah berjalan kaki ikut jalan jauh, walhal laluan terdekat hanya lima minit berjalan kaki.

Tidak selesa dengan peluh yang membasahi, aku tidak terus ke Annexe, sebaliknya ke tandas terlebih dahulu di tingkat dua Central Market untuk menukar pakaian.

Terserempak dengan Shafiq Halim di bawah, sedang berjalan menjinjing sesuatu di tangan. Aku tidak berhenti untuk menegur, malah terkesan segera memanjat tangga ke tandas demi mengelak daripada bertembung.

That's not the way I planned it, in my head. Berdasarkan kepercayaan bahawa keseimbangan kosmos tidak patut diganggu, dan situasi atau senario kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku harus berlaku sepertimana yang aku rancang, di dalam kepala. Ergo, meeting him down there shouldn't happen, yet.

Selesai menukar baju, kami menuju ke lokasi acara di atas. Tidak jauh daripada pintu masuk, ada seorang perempuan comel, bertudung, berbaju kurung, bersidai seorang diri di luar pintu, memandang ke arah CM yang terletak di bangunan bersebelahan. Entah siapa, tak kenal.

Masuk ke dalam, ada dua tiga empat lima enam tujuh lapan muka yang aku kenal. Kenal dari laman sosial. Aku kenal mereka, mereka tak kenal aku. Bagus juga. Semoga kekal begitu.

Aku ke sini hanya untuk membeli buku-buku, meninjau barangan yang dijual dan juga memulangkan semula buku Suicide milik Shafiq. Aku datang ke sini bukan untuk berkenal-kenalan, beramah mesra atau apa.

Aku ada nilai anonymity yang digenggam erat. Dalam tiada siapa-siapa yang mengenali aku di sini, aku menemukan semacam kebebasan. Tiada tiang-tiang sosial yang perlu didirikan. Medium untuk aku berkomunikasi hanya melalui buku-buku dan barangan yang dijual. Jika tiada buku-buku dan barangan, mustahil aku akan berada di sini untuk membeli.

Perangai sebegini, menyebabkan aku sering dituduh kerek, sombong, langsi, antisosial. Walhal aku adalah sebaliknya ha ha. Oleh itu, jika kamu juga berpendapat sedemikian, percayalah, kamu bukan yang pertama.

Rabu, 4 Julai 2012

It's not what it looks like

"That ship has long sailed, dear," aku kata sewaktu menjawab soalan mengenai perempuan-perempuan yang pernah wujud untuk aku rindui satu ketika dahulu.

She wanted a pizza for dinner. So I brought her to Domino's. Aku sendiri tidak pernah makan di sini. Agak mahal tetapi sekali-sekala tak mengapa, fikirku.

Lagipun kami sudah jarang bertemu. Dia sibuk dengan pengajian ijazah yang baru sahaja bermula. Di kesempatan yang ada, ruang untuk kami bersua muka hanya muncul pada waktu-waktu yang tidak dijangka.

"Tak cuba cari pengganti?" dia tanya, menghampiri keping-keping pizza terakhir. I, on the other hand, almost done with my meal.

"If I could, I would. But I can't, so I shan't," aku balas, meminjam dialog Sheldon Cooper.

"Bukan tak mampu sebenarnya," dia sambut. "But you're just lazy."

Aku ketawa tatkala mendengar ayat itu. Dengan pelanggan yang tidak ramai menghuni meja-meja makan, aku berasakan malam itu tercipta hanya untuk perbualan ini terjadi. Aneh, perbualan kami kadangkala persis seperti yang berlaku di dalam novel atau filem atau siri tivi kegemaranku.

Dia sentiasa tahu apa yang ingin dibualkan. Sentiasa peka dengan butir-butir perbualan. Sentiasa mengimbangi ketidakupayaan aku memahami turun naik perbualan. Sehingga aku tidak perlu begitu bersusah payah mencipta topik-topik perbualan untuk dihidangkan kepadanya.

It was 10 PM by the time we finished our dinner. Namun kami masih duduk, kekal tidak berganjak, untuk memberi peluang kepada makanan untuk hadam dengan sempurna. Juga untuk menyambung bicara yang tergendala.

"Mungkin aku takut hati aku terluka lagi. Though I'm comfortable dealing with rejection. But it still hurts, you know," aku kata.

"Don't worry. You'll find someone," dia tersenyum memandangku. Senyuman yang lekas membuatkan aku teringatkan awal perkenalan kami berdua.

Of course there's always a fine line between love and friendship. Garis halus yang membezakan dua jalur perasaan yang berlainan. What we had was definitely mutual affection. I mean, there's just nothing going on between the two of us.

"I still remember when I was in college, I fell in love almost too easily each and every time I saw a beautiful women," aku kata sambil tangan menggagau ke dalam poket seluar untuk memasukkan dompet dan telefon yang diletakkan di atas meja, siap sedia untuk beredar pulang.

"That's lust, not love, you silly." dia ketawa, menggeleng kepala tidak bersetuju.

"What's the difference, heh?" aku balas.

Isnin, 2 Julai 2012

We walk, we talk, and we stare quietly at the moon

None of my friends like reading. Jadi aku tidak berpeluang untuk membawa perbincangan atau persoalan atau sekurang-kurangnya borak kosong mengenai sesebuah buku ke dalam senarai perbualan.

Cuma kadangkala aku berpesan kepada diri, apabila berbual dengan perempuan, aku sebolehnya mahu mengelak daripada menyentuh terlalu banyak mengenai apa-apa yang sedang aku baca ketika ini.

I mean, I used to talk to them without having to dig any deeper, talking about (my) writings or what kind of books I read.

Which is, by the way, boring like hell.

Ahad, 1 Julai 2012

Pergi balik hari (6)

"Kau ingat tak Annexe dekat mana?" aku tanya Jambu sewaktu turun di Masjid Jamek. Tak ingat, dia balas.

Tiap kali tiba di Kuala Lumpur, inilah masalahnya. Aku tidak mampu untuk mengingati tempat-tempat yang pernah aku kunjungi.

Kerana lebih percayakan naluri (sebenarnya ego tak nak tanya arah), we decided to walk through a busy street, guided by GPS on Jambu's phone.

"Cemane gaya nak tengok map ni?" berkali-kali kami membelek telefon. Zoom in, zoom out. Sekejap dipusing ke atas, sekejap ke bawah.

Berjalan agak jauh melalui denai pejalan kaki dan lorong-lorong sunyi, lagak umpama flâneur, konon cool, dengan telefon di tapak tangan sambil mata melilau mencari lokasi acara.

Setelah penat berjalan tanpa arah tuju, akhirnya kami buang ego ke dalam Sungai Klang dan berhenti seketika untuk bertanya arah.

"Excuse me," Jambu tegur seorang lelaki yang kebetulan berjalan kaki dari arah bertentangan, sebelum bertanya kepadanya lokasi yang kami tuju. Sebaik sahaja Jambu bertanya, lelaki itu segera menyelak buku di tangannya. Rupa-rupanya ia kamus terjemahan Japanese - English.

"Engko pun satu. Pergi tanya direction dekat orang Jepun buat apa," aku ketawa sebelum menyambung. "Dia cakap English pun tak reti."

Aduhai.