"Kau ingat tak Annexe dekat mana?" aku tanya Jambu sewaktu turun di Masjid Jamek. Tak ingat, dia balas.
Tiap kali tiba di Kuala Lumpur, inilah masalahnya. Aku tidak mampu untuk mengingati tempat-tempat yang pernah aku kunjungi.

Kerana lebih percayakan naluri (sebenarnya ego tak nak tanya arah), we decided to walk through a busy street, guided by GPS on Jambu's phone.
"Cemane gaya nak tengok map ni?" berkali-kali kami membelek telefon. Zoom in, zoom out. Sekejap dipusing ke atas, sekejap ke bawah.
Berjalan agak jauh melalui denai pejalan kaki dan lorong-lorong sunyi, lagak umpama flâneur, konon cool, dengan telefon di tapak tangan sambil mata melilau mencari lokasi acara.
Setelah penat berjalan tanpa arah tuju, akhirnya kami buang ego ke dalam Sungai Klang dan berhenti seketika untuk bertanya arah.
"Excuse me," Jambu tegur seorang lelaki yang kebetulan berjalan kaki dari arah bertentangan, sebelum bertanya kepadanya lokasi yang kami tuju. Sebaik sahaja Jambu bertanya, lelaki itu segera menyelak buku di tangannya. Rupa-rupanya ia kamus terjemahan Japanese - English.
"Engko pun satu. Pergi tanya direction dekat orang Jepun buat apa," aku ketawa sebelum menyambung. "Dia cakap English pun tak reti."
Aduhai.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan