Sabtu, 30 April 2011

Cekik and Kougar

Last week, Nadzirah went to Kuala Lumpur International Book Fair 2011 and bought me a book, Cekik by Ridhwan Saidi. Plus with the signature of the writer inside the book, I was like, "OMG! Thank youuu Nad!"

I wanted to go to the book fair but the travel and transportation cost alone is not that cheap. She bought herself a books too. Kougar by Shaz Johar and one English novel and a book by Amir Muhammad, Malaysian Politicians Say the Darndest Things (Vol 2). It took me only a day to finish up each book, Cekik and Kougar (I never had the chance to read Pecah by Khairulnizam Bakeri, yet). I started with Cekik. I found out the narrative is so tempting yet so refreshing. There are way too much flashback in this novel, until one of my friend who apparently reading the same book said, "Gila. Pening gila aku baca. Mi Maggi pun boleh bermonolog!"

Ya, I thought the same way too but one thing for sure, I do enjoy reading this book. I can't even stop my imagination while reading this book. Fucking A!

Then, I proceeded reading Kougar. As far as I know (and as mentioned in the book), he's a writer who write actively in blogosphere. The storyline is quite typical and predictable but the narrative moved smoothly and you will never realized until you reached certain point, "Eh, sekejapnya dah masuk muka surat 100+."

You know what, I can't stop smiling all day long when Nadzirah called me, "Alep, aku dah beli dah buku tu." I spent 18 bucks on Cekik and trust me, it worth the value. Now, excuse me. Writing Alone and With Others by Pat Schneider are waiting for me. Ciao!

Jumaat, 29 April 2011

Kalah

Buat pertama kali aku mengaku, aku sudah hilang rasa untuk menulis. Aku tidak lagi menulis untuk keseronokan atau paling mudah pun, menulis atas dasar kepuasan. Sesuatu yang aku lakukan, lama dahulu tanpa mempedulikan keberadaan persekitaran, manusia dan pergerakan di sekeliling.

Ya, I do enjoy playing with words. Had been experimenting about this and that. Leka menyusun ayat dan perkataan lalu membentuk sebuah nota, anekdot, mikro-nota, karangan, titipan, tulisan atau apa-apa sahaja.

I don't know why but I don't feel like writing anymore. Aku cuma mahu habiskan masa, menulis nota halimunan di dalam kepala tanpa pengetahuan sesiapa. Aku mahu berperang dengan Hubris. Aku mahu bercumbu dengan Eros. Aku mahu mengembara mencari Muse.

Aku baca tulisan sendiri dan sering berakhir dengan aku akan ketawa sendirian. Tetapi itu dulu, kini tidak lagi. Aku hilang deria rasa untuk menghidu roh tulisan sendiri. Aku tertanya-tanya, apakah aku sudah tidak relevan? Atau tulisan aku sudah tidak relevan? Atau sebenarnya, dunia yang sudah tidak relevan? Ahh, tak guna! Aku tak patut salahkan dunia.

Aku perlu keluar dari kubikel dan sergah manusia yang melingkari garis bulatan kecil hidup aku. Bulatan yang sudah lama aku tentukan dan aku sendiri abaikan. Aku patut keluarkan sesetengah manusia dari bulatan hidup aku dan dengan sopan berkata, "Sorry, you're not meant to be here."

Aku boleh halau. Aku boleh padamkan kamu dari bulatan hidup aku tanpa pengetahuan kamu. But I don't want to.

Aku patut berhenti mengeluh dan berusaha kembali mencari Muse. Supaya aku tahu, aku berada di jalan yang betul dan supaya aku mampu hapuskan perasaan hilang rasa terhadap menulis ini.

Demi Tuhan, apa jua pengakhirannya, aku tidak tahu!

Keseorangan

Aku tertinggal di belakang
terkial-kial mengejar dari kejauhan
aku toleh ke belakang
tiada siapa.

Aku lajukan langkah
mengatur tapak
menyusun gerak
aku toleh semula ke belakang
masih tiada siapa.

Catatan orang sakit (4)

Ayah singgah ke farmasi dan seketika kemudian, masuk semula ke dalam kereta. Aku yang berada di sebelah tempat duduk penumpang melihat bungkusan plastik jernih di tangan Ayah.

"Makan dua biji tiga kali sehari," Ayah pesan merujuk kepada ubat yang dibeli. Aku angguk tanda akur.

"Tu ubat batuk siapa?" aku pura-pura bertanya.

"Haa, makan ubat batuk tu sekali," Ayah paksa, "satu sudu, lepas tu tunggu lima minit baru minum air."

He knows that I am not gonna swallow that. I just hate the taste, and not to forget the smell of the cough syrup. Yuck!

"Hurm, nanti Abang makan la ubat batuk tu," aku balas.

Well, we will see what's gonna happen.

Sedatif Imaginasi Terlarang (6)

Aku tersedar dalam samar gelap. Aku bangun, lihat sekeliling dan tersedar ada rangka mayat di sebelah.

“Mayat siapa ni?” hati aku berbisik.

“Mayat kau lah,” ada suara menyapa.

Aku toleh ke arah suara. Seorang lelaki dengan segelas wain di tangan. Juga sedang menghembus asap rokok berkepul-kepul.

“Excuse me?” aku cuba menjadi manusia yang sopan.

“Itu mayat kau,” dia ulang semula, “kau dalam kubur sekarang. Takkan tak perasan?”

“Eh, bukan kubur sepatutnya gelap ke?” aku tanya.

“Uish, mana ada,” dia sanggah, “okay je kubur kita terang benderang.”

Betul. Kubur aku tak gelap malah terkesan luas seluas-luasnya. Tambah pelik, ada hiasan dalaman sana sini menghiasi dinding kubur. Ada mural celaru yang terpalit di dinding. Lebih kurang sama seperti yang ada rumah aku. Kemudian, aku belek badan aku. Oh, ini rupanya kondisi roh. Patut pun aku tak cam rangka mayat di sebelah aku sebentar tadi. Aku sudah bertukar menjadi roh.

Aku teringat. Aku mati disebabkan kemalangan dan nyawa aku berakhir di atas katil hospital. Itu adalah perkara terakhir yang aku masih ingat sebelum tersedar bangun di dalam alam barzakh.

“Kau tak pergi jenguk keluarga kau ke?” dia tanya sambil meneguk wain.

“Boleh ke?” aku tanya, was-was.

“Mestilah boleh. Dulu rajin jugak aku melawat diorang. Tengok macam mana hidup diorang tanpa aku,” dia beritahu.

Mendengar itu, jadi aku ambil keputusan untuk menjenguk keluarga aku. Aku rindukan mereka. Dan aku mahu tahu, apakah mereka masih merindui aku. Sesampai di rumah, aku melangkah masuk. Aku suka perasaan pulang ke rumah. Tenang dan mendamaikan, atas faktor apa, aku tidak tahu.

Sayang sekali, tiada siapa di rumah melainkan kucing peliharaan. Mungkin Ayah keluar bekerja dan yang lain masih berada di sekolah. Tanpa berlengah, aku terpa ke bilik kepunyaan aku. Bilik yang menjadi saksi betapa aku menghabiskan kebanyakan masa menulis dan membaca buku.  Aku tatap sekeliling dari atas ke bawah. Hiasan dalamannya sudah bertukar. Almari pakaian aku sudah tiada. Susun atur bilik sudah berubah. Rak buku aku pula sudah kosong. Ke mana pula mereka campakkan buku aku? Aku tak tahu. Kemudiannya, aku segera tinggalkan rumah dengan seribu satu persoalan.

Aku teringat pada kawan-kawan yang menemani aku di hospital sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kawan yang setia menghabiskan masa menanti saat-saat terakhir aku. Di mana mereka sekarang? Itu juga aku tak mungkin tahu, atau aku sendiri malas ambil tahu. Mujur aku tiada kekasih. Tetapi jika ada, aku pasti akan ke rumah kekasih aku, untuk menyatakan rasa Cinta yang tak tertanggung.

Celaka, lupa pula. Aku sudah mati. Sudah menjadi roh. Keberadaan aku di dunia sudah hilang, tak bermakna lagi. Mereka tak mampu rasai kehadiran aku. Apa gunanya meluahkan rasa Cinta ketika semuanya sudah terlewat?

Aku ambil keputusan untuk pulang ke kubur. Tempat di mana sepatutnya aku berada. Tak apa lah, lain kali aku pasti akan melawat mereka, aku monolog sendirian. Aku rebahkan badan bersandarkan dinding kubur. Cuba bermain dengan perasaan sendiri. Aku toleh semula ke arah lelaki tadi. Aku lihat lelaki tadi masih leka dengan gelas wain di tangan. Dasar pemabuk! Tetapi itu tak apa, selagi tak mengganggu aku.

“Macam mana?” dia tanya.

“Macam mana apa?” aku tanya semula.

“Kau pergi jumpa siapa tadi? Keluarga? Kawan? Kekasih?”

“Hmmm,” aku mengeluh, “malas nak cerita. Membosankan.”

“What’s your name?” aku tanya, cuba untuk berkenalan.

“Jack,” dia balas ringkas sambil tersenyum. Menyambut tangan yang aku hulurkan untuk bersalaman. Dia menghulurkan segelas wain kepada aku. Aku ambil dan teguk. Ahh, Burgundy wine. Nais one!

Eh wait a minute. Kenapa namanya tidak berbunyi seperti seorang Muslim?

“Jack?” aku kerut dahi. Mahukan kepastian.

“Ya, Jack Kerouc,” dia beritahu nama penuh.

Aku bingkas bangun dan berlari melihat batu nisan. Dan aku lihat sekeliling. Lidah aku serta-merta kelu.

Oh Tuhan! Aku di tanah perkuburan apa ini? Dan… dan… ini kubur siapa?!!

Cinta Hati (3)

Melihat dari jauh
         mengamati suara
melihat zahir senyum di wajah.

         Aku tak mungkin tahu
apa yang melingkari benak kamu
tersimpan seribu perasaan
disebalik senyuman manis.

Kamu, senyuman manis
            kamu, suara
kamu, gelak ketawa
kamu, yang sentiasa ada.

Speechless

"Kau pergi KL haritu buat apa?" seorang kawan lama tanya pada aku. Aku tak pasti dari mana dia dapat tahu. Foursquare atau Facebook. Atau dari sesiapa sahaja. Uh oh what, privacy? Err, kamu buat lawak ke?

"Aku pergi sebab ada exhibition dekat sana," aku jawab, malas.

"Hah, apa dia?" dia soal aku semula, kurang jelas.

"Aku pergi event. Ada event pasal makanan apa entah," aku ulang semula. Aku keberatan untuk berbual kerana penat melawan mata mengantuk.

"Eh, kau ambik course apa hah?" dia tanya aku. Tiba-tiba.

"Business," aku sambut.

"Bukan dulu kau ambik Science IT ke?" dia soal, kehairanan.

Ahh, itu cerita lama. Sesuatu yang aku kurang gemar untuk bualkan. Let bygones be bygones, shall we?

"Itu dulu," aku jawab ringkas. Berharap agar perbualan ini tamat segera. Atau topik perbualan bertukar.

"Oh, senang tak?" dia tanya, merujuk pada jurusan aku.

Oh demi Tuhan. Aku kelu dan tak tahu untuk beri reaksi apa!

Eh, Ahad?

Sunday, 24 April 2011 at 17:36

Shops are closed today. Tak banyak yang buka perniagaan pada hujung minggu. Duh, aku sedang lalui Ahad yang membosankan. Aku tak punyai tunai yang banyak di dalam tangan, dan aku juga gelisah memikirkan sesuatu. Namun dalam pada itu, aku tetap sukakan Ahad. It gives me the feeling of doing nothing. Menghabiskan sisa hujung minggu dan bangun keesokan paginya, merungut sendirian.

"Celaka, dah Isnin. Kejap betul."

Hari demi hari berlalu, dan aku akan kembali mengharapkan ketibaan hujung minggu untuk membunuh kesibukan aku melayan (atau melawan?) dunia.

Setiap manusia, termasuk aku, perlukan jalan keluar, eskapisme dari ruang yang mengelilingi. Tetapi setiap jalan keluar pasti pula menghala kepada satu ruang lain yang juga mengelilingi.

Chillax-lah. Mari rayakan hari Ahad. Cheers!

Mengantuk

Sunday, 24 April 2011 at 00:24

"Duh, macam mana interview hari Isnin nanti ni" aku rungut pada diri sendiri.

Aku tak bersedia langsung. Resumè ala kadar ditambah dengan maha kegugupan, hakikat pahit itu terpaksa aku hadam paksa. Jadi aku luah rasa gementar aku pada Miss F. Ya, aku perlukan seseorang untuk padamkan rasa gelisah yang menyelubungi. Sedikit sebanyak, gelisah aku sudah dikongsi bersama manusia lain.

On the other hand, aku masih juga mampu tersenyum. Nadzirah belikan aku sebuah buku. Ditambah dengan tandatangan penulisnya, ahh, itu sudah lebih dari cukup.

Nahh, malas nak tulis dah. I'm off to bed. Goodnight!

Nota Pelajar (11)

I went for a mock interview yesterday. It was a group interview session, me with 3 other interviewees. The panel of interviewers were Director of Chevron Malaysia and my Meeting and Interview Skills lecturer.

Well well well, I didn't get the job. Although the questions asked are quite easy, but I am somehow failed to deliver myself in notable manner.

They gave me a case study or in a simple word, a situation. Let's say, I've been appointed as a supervisor of the company and the other interviewees are working under me in production and logistics department. The problem is that, the production department forgot to key in the order placement made by the client.

The chain reaction is, the logistics department cannot deliver the product to the client due to the careless mistake made by production department. The client are angry and want the product to be delivered on time. So, how?

This is where I play my role as a supervisor. They forced me to decide. Who is to be blame? And most important, how to deal with the angry client. They want me to solve it quickly. But rather than giving them rational answer, I came up with such a funny solution. I don't know why but my negative and pessimist side are dominant at that time.

Without hesitation, I answered, "It's okay. I will bear all the losses made by the production department."

Damn. No wonder I didn't get the job. Ha ha!

Sabtu, 23 April 2011

Puisi untuk Adik (2)

Aku pejam mata
mencari Haikal dalam gelap
senyumannya muncul
ketawa tiba
kenakalan yang nyata.

Aku buka mata
mencari Haikal dalam cahaya
aku dakap semahunya
kucup pipi lembut
meluahkan rasa Cinta yang tak tertanggung
pada tubuh si kecil ini.

Haikal ciptaan Tuhan yang sempurna
ada untuk hilangkan kesamaran
dalam diri aku
dalam jiwa aku
dalam roh aku
dalam nafas aku
sambil menimbulkan bibit Cinta agung
selama-lamanya.

Jumaat, 22 April 2011

Makanan sekitar Seri Iskandar (3)

Bila pulang dari kelas waktu tengahari atau petang, hanya satu perkataan timbul di dalam kepala.

Neraka.

Seri Iskandar memang panas. Jika hujan turun, ianya adalah satu rahmat besar (apakah panas itu bukan satu rahmat? Well, itu kemudian kita boleh bincang). Hujan lebat yang turun membasahi bumi, menyamankan suasana dan menyelesakan penghuni sekitarnya. Kami (aku dan rakan) selalu merungut tatkala panas membakar kulit dan kemudiannya akan ada suara-suara berkata, "Rileks lah. Ini baru panas dunia. Praktis la awal-awal sebelum masuk neraka."

Dan kami akan ketawa bersama-sama. Bunyi macam gampang, berani ambil mudah urusan akhirat.

Okay, berbalik kepada tujuan asal nota ini. Bila cuaca terlampau panas, perkara pertama yang aku mahu lakukan adalah pulang ke rumah, tanggalkan pakaian dan berbaring di bawah putaran bilah kipas. Tetapi itu dulu, sebelum aku merasai cendol di warung tepi jalan (atau tepi longkang?) di Sidec.

Secara jujur, cendolnya biasa sahaja. Tetapi memandangkan cuaca panas terik, makanan tidak sedap pun boleh jadi sedap (lihat bagaimana faktor cuaca memainkan peranan). Selain cendol, laksa di warung ini juga sedap. Itu aku akui. Kuahnya likat tanpa tulang-belulang yang nyata. Ada telur rebus separuh, ada potongan timun, hirisan bawang dan cili. Kuahnya juga tak seberapa pedas, just nais. Tambah sedap, makan petang ini disudahi dengan pisang goreng panas. Ftw!

Selain itu, di Bandar Universiti ada ais jagung yang sedap di Restoran Deli Planet.

(Tika ini, aku berhenti menulis dan membayangkan kenikmatan ais jagung turun masuk ke dalam mulut)

Jika ada kelapangan, tiap kali pulang dari kelas, aku akan singgah ke sana untuk merasai ais jagung. Walaupun tekstur ais jagungnya kurang menarik, biasa sahaja, tetapi itu boleh dimaafkan. It tastes sooo good. Aku tak tahu bagaimana mahu gambarkan kenikmatannya. Aku kira, nilai estetika ketika memakannya juga kena dengan cara, persekitaran dan iklim. Contohnya, takkan kamu mahu sesuap ais jagung di bumi Antartika. Tak masuk akal, kan?

Tell you what, suap demi suap ke dalam mulut, manis susu pekat, sedikit masin jagung. Oh my G!

Kebenarannya, cuaca Seri Iskandar memang panas. Paling teruk adalah kawasan Sidec. Macam mana manusia boleh tahan tinggal di neraka eh silap, di Sidec? Aku pun tak tahu.

Menggigil

Aku yang bersandar pada dinding
menanti hujan reda
sejuk
nyaman
dingin
kabus.

Aku lelap berselimut nikmat Tuhan
aku tak mahu mandi
aku tak mahu makan
aku tak mahu bangun
aku cuma mahu berbaring.

Aku menulis ini
berteman dakwat halimunan
menghela nafas tanpa sedar
meneguk secawan udara
ahh, itu juga nikmat Tuhan!

Cinta Hati (2)

Aku bisik padanya,
"segala kecelaruan pubik,
mengaburi daramu."
hilang,
hilang terus digilai kegilaan.

Dalam kepayahan,
aku rembeskan mani keghairahan,
disulam kenikmatan,
nikmat Tuhan.

Senaman spiritual,
menerobos minda dekad kedua,
aku,
aku-lah yang...

The making of...

Aku manusia yang tak mampu memberi reaksi spontan. Tambah tambah, jika diserang tanpa sebarang persediaan. Aku akan terpinga-pinga kepeningan walaupun berpura-pura cool.

Tetapi jika kamu berikan aku sedikit masa, aku pasti mampu menangkis dan memberi reaksi. Sekurang-kurangnya itu yang aku mampu buat. Aku perlukan masa untuk serap unsur sekeliling sebelum mampu memberi reaksi.

Serius, aku boleh fikirkan seribu langkah ke hadapan jika diberi masa. Mematikan segala kemungkinan. Sebagai contoh, menipu. Sejujurnya (jujur? Ini ironi gila babi), aku cekap menipu. Jika penipuan boleh dibuat pekerjaan, mungkin aku manusia paling berjaya di dalam dunia sekarang ini.

Aku panggil diri aku mastermind self-appointed. Aku lebih selesa bergerak di belakang tabir. Lincah mengatur boneka, pantas merencana gerakan.

Paling penting, mereka tak pernah tahu apa-apa. Ha ha ha!

Pervert, huh?

Di kala kecil, aku akan keluar menuju halaman rumah menanti ketibaan hujan. Menadah muka ke langit, merasai titis-titis hujan meresap ke dalam liang kulit. Turun laju membasahi jasad dan roh.

Kini tatkala melihat kanak-kanak berbuat demikian, aku pasti mengukir senyuman dan fikiran aku pantas meluru ke waktu silam.

Kadang-kadang, aku terlihat kelibat Perempuan. Berjalan cepat di dalam hujan. Mengelakkan kebasahan. Hati aku berkata, "Ahh, aku nampak dalam kamu."

Dan aku pasti mengukir senyuman.

Eh, silap orang?

Aku jenis cool. Jenis tak ambil pot. Jenis boleh buat hal sendiri. Berlagak pun ya. Kamu ingat aku peduli dengan tanggapan kamu? Syuh syuh, pi mampus.

Ianya antara dua. Pemuja dan pembenci. Aku mungkin ada pemuja. Mungkin tiada. Tetapi pemuja boleh sahaja terpecah kepada dua. Pemuja biasa-biasa atau pemuja setia. Manakala, pembenci, aku serta-merta golongkan dalam satu kelompok. You fucking tell me, mana ada manusia membenci olok-olok. Manusia pasti membenci sepenuh hati. Kan, kan, kan?

Tetapi itu-lah. Aku peduli apa pemuja atau pembenci. Setiap satu, aku layan juga. Dengan layanan yang berbeza, sudah tentu.

You wanna play the game? Well, let's play! Aku mungkin kalah (huh, pesimis!) tetapi asalkan aku mampu tersenyum di akhirnya. Itu sudah memadai. Kan, kan, kan?

Cinta Hati

Senyuman yang tidak pernah kembali,
suara yang tidak pernah sunyi,
bintang yang berhati-hati,
daerah terlarang yang tercapai,
kasur mewah yang kemas,
di kala itu, kamu melambaikan selamat tinggal.

Aku terperangkap di tengah sesak,
kabut kusam kelam kecewa,
kenapa malam begini?
Kenapa malam begini?
Kenapa malam begini?
Hey, perlahan!
Jangan tinggalkan aku,
keseorangan.

Inspirasi dari...

Ya, benar. Kita merungut setiap hari. Merungut tentang kelas, makanan, trafik, pakaian, tempat tinggal, pelajaran, kereta, cuaca, tugasan, kolej, itu ini. Pendek kata, kita merungut tentang semua perkara. Ianya fitrah manusia. Manusia merungut bila cuaca mula mendung, merungut bila makanan dipesan lambat tiba, merungut bila tugasan menimbun, merungut bila baju kotor belum dibasuh, merungut bila aliran trafik sesak. Paling tidak pun, kamu pasti merungut sendirian di dalam hati.

Apakah kita sudah menjadi manusia yang mempertikaikan Tuhan? Aku akui, aku kerap merungut. Namun, di sebalik segala rungutan yang muntah dari mulut dan hati, aku masih harungi denai kehidupan tanpa rasa sesal. Ianya tak apa untuk merungut, asalkan kita sedar di mana kita berpijak. Tanpa melupakan langit tinggi yang bernaung di atas kepala.

Di kala itu, kita akan berkata "Duh, apa boleh buat?"

Ianya pasti akan berakhir dengan nada rungutan.

Ceramah percuma

Di dalam kereta, menghala ke Seri Iskandar, aku buka mulut, "Haritu ada student kolej Abang meninggal. Budak junior."

Aku jarang berbual di dalam kereta. Apatah lagi dengan Ayah. Aku lebih selesa mendengar lagu yang bermain di
radio sambil menulis nota halimunan di dalam kepala.

"Satu course dengan Abang?" Ayah tanya.

"Tak. Dia course lain," aku balas.

Aku beritahu Ayah bahawa si mangsa meninggal dunia di kawasan air terjun Lata Kinjang yang terletak berdekatan Tapah, Perak. Dengar cerita, si mangsa menghabiskan hujung minggu berkelah bersama keluarganya. Malang seribu kali malang, si mangsa mati lemas kerana kakinya tersangkut di celahan batu sungai. Betul atau tidak, aku tidak tahu. Ianya cerita mulut ke mulut yang disampaikan oleh orang ramai. Barangkali ada puluhan versi cerita tentangnya di luar sana.

Dan kemudiannya, Ayah berceramah kepada aku separuh jalan sebelum tiba di Seri Iskandar. Berceramah tentang keselamatan diri dan itu ini. Aku seperti biasa, terpaksa menadah telinga. Nak lari mana? Aku di dalam kereta, duh!

"Oh shit!" aku menyumpah dalam hati. Sepatutnya aku diam, dengar lagu dari radio. Sekarang kamu patut tahu kenapa aku tak gemar berbual di dalam kereta.

Ahad, 17 April 2011

Nota Pantas Pendek (not so) (3)

Ini akan jadi pantas dan pendek (not so). Maksud aku, nota ini. Bila tulisan Nota Rawak (5) keluar dan disiarkan, aku tak mengharapkan apa-apa. Serius, ianya tulisan entah apa-apa. Sama seperti siri Nota Rawak aku yang lain. Terkesan ianya ditulis ketika ennui datang rumah dan aku sebagai tuan rumah, haruslah melayan si ennui ini. Tak kenal siapa ennui? Ish ish ish.

Aku terima banyak komentar. Mereka tanya, soalan yang sama berulang kali. "Kenapa tulis macam tu?". Aku termenung kerana soalan ini membawa banyak persoalan. Apa yang tak kena? Serasa aku, aku menulis seperti biasa. Cuma sususan ayat kurang kemas, cincai sana-sini, bahasa yang sedikit lepas bebas, santai dan aku terapkan secebis nilai humor (walaupun aku secara peribadi tak pernah ketawa pun membacanya).

Ya, aku tahu aku membosankan. Atas sebab itu, aku variasi-kan tulisan sedikit sebanyak. Mencuba perkara baru adalah sesuatu yang mengujakan. Tak percaya?

Masalah dengan blogger sekarang ialah mereka tulis entah apa-apa. Pukimak dan lancau tak mampu menggambarkan mereka (aku perlukan ayat makian yang lebih sesuai terhadap mereka). Kalau setakat tulis berita tentang Lady Gaga jatuh pentas, tentang Maharaja Lawak, Paris Hilton nipslip, tips-tips mengatasi stress yada yada yada. Eh eh, apa lancau semua ini?

Semua berita sampah sedemikian rupa kamu boleh jumpa merata-rata di dalam Internet. Jadi, apa signifikan-nya bila mereka recycled berita-berita sampah itu? No fucking point, I tell you!

Walaupun aku kerap ulangsebut nama-nama seperti Nadzirah, Fatin, Kiki, Meon, Yo, Amir, Fairuz, Syamira dan lain-lain. Kamu mungkin tak kenal dengan mereka. Mereka adalah manusia yang melingkari kehidupan seharian aku. But still, kamu masih juga membaca tulisan aku despite kamu langsung tak mengenali mereka. Kerana apa? Kerana aku terlalu bagus untuk tidak dihiraukan. Okay, bergurau.

Basically, I wrote about my Life, dan segala yang berkisar tentangnya. Dan aku gembira tentang hakikat itu.

Sabtu, 16 April 2011

The other way around

"Kurangkan mencarut dalam tulisan, will ya?" dia pinta.

"Kenapa?" aku soal semula.

"Entah," dia balas ringkas. Aku tahu, ada sesuatu yang tak kena. She is hiding something from me.

"No, seriously. Kenapa?" aku soal. Sekali lagi.

"Takde apa-apa lah," dia pilih untuk matikan perbualan ini.

"Damn," aku jerit dalam hati. "Takde apa-apa lah" is one of my favourite lines to end a conversation. Bagus, sekarang kena tepat pada batang hidung sendiri.

So-called confession (4)

Ianya bagus untuk mengetahui ada manusia yang mengambil berat tentang aku. Menghargai kehadiran aku di dalam hidup mereka. Aku tak mampu untuk menjadi antisosial. That's why, I even called myself pseudo-antisocial because I do need friends in my life.

Aku adalah manusia yang merayakan kecelaruan, nilai keterbalikan dan juga nilai essentrik dalam kehidupan seharian. Aku tak tahu untuk mulakan perbualan dengan manusia asing. Atas sebab itu, aku pantas dituduh sombong, poyo, kerek dan entah apa lagi. Serius, aku tak ambil peduli pun. Malah dalam nada sarkastik, aku balas, "Memang aku sombong pun. So what?"

Aku bersyukur masih ada manusia yang sudi melayan kerenah gila aku, permintaan mengada-ngada aku dan segala macam lagi. Lafaz terima kasih tak mungkin mencukupi. Tak akan pernah cukup.

Aku boleh berubah menjadi manusia paling manis di dalam dunia. Sebagai contoh, mengambil berat tentang semua orang. Menghamburkan lafaz pujian dan sedatif motivasi. Berhubung sepanjang masa. Memujuk di kala kesedihan. Menyelesakan ketika ditimpa keresahan. Hurm, apa lagi huh?

But I dont want to. Aku berkiblatkan kesederhanaan. Aku tak akan lakukan sesuatu secara berlebihan. That's just so not me. Orang Utara kata, "Dok buat terok apaaa."

But deep inside, I want you to know, I do care every single thing about my friends. Trust me, I won't leave you, no matter what. Cheers!

Jumaat, 15 April 2011

Perbualan (2)

Tempoh hari ketika di kafeteria kolej, aku berborak dengan Nadzirah. She was my classmate for the previous semester. Since she moved to the other class for this semester, we didn't have much time to sit around and talk. Busy, aite? Ya ya ya.

"Makan dah?" aku tanya.

"Belum," dia balas, "on a diet."

"Well well well, diet adalah perkara terakhir yang aku akan lakukan di dalam dunia ini," aku kata, dalam hati.

Aku tanya, bagaimana dia atur pemakanan. Kamu tahu-lah, cara diet setiap manusia berlainan. Bergantung pada definisi masing-masing.

"For breakfast, aku makan makanan yang berat sikit. For example, mee ke, bihun ke," dia terang panjang lebar.

Aku tanya lagi, "Tengahari dengan petang makan apa?"

"Fruits," dia jawab, "Petang pun lebih kurang sama je."

Mendengar jawapannya itu, aku kira aturan pemakanannya lebih kurang sama dengan aku. Cuma bezanya, dia sedang ber-diet. Aku pula kerana kesempitan wang. Dang!

Aku lanjutkan pertanyaan, "Buah? Buah apa?"

Aku ketawa kecil. Tak, maksud aku, makan buah sebagai ganti makanan berat pada waktu tengahari adalah sesuatu yang berada di luar jangkauan aku.

"Durian," dia balas sambil ketawa memandang aku, "sekarang kan musim durian. Tapi selalunya aku makan epal."

Durian sebagai ganti epal? Itu juga sesuatu yang berada di luar jangkauan aku.

Aku ketawa di dalam hati mendengar jawapannya. Dan sudah tentu aku ketawa di hadapannya juga. Ha ha ha!

Nota Rawak (5)

Aku tak pernah kelam kabut bila ditimpa assignment. Orang sekarang kata, "Duh, chillax lah!"

Ya, I know. Assignment bersepah itu ini. But keep on repeating "Duh, susah lah. Mati lah. Gila lah." won't bring you anywhere. I repeat, it won't bring you anywhere, my dear.

Sebab itu, aku cool je. Orang tanya, "Assignment dah siap belum?"

Aku balas, "Belum mula lagi." ataupun "Maklumat dah cari tapi belum mula goreng apa lagi." ataupun "Rileks lah dulu.

Poyo-lah selalu buat kelam kabut. Mulut bising tapi kerja tak jalan pun, tak guna juga. Ni aku nak bagitau, takde sejarah lagi orang mati sebab tak siap assignment, kamu tahu?

The main priority is to submit your fucking assignment before the due date given. Itu je. Cincai pun cincai-lah. Tapi kalau dah kerja cincai, markah pun mesti-lah.... What? You expect to get full marks? You better go fuck yourself!

Macam aku, bukan aku takde kesedaran nak buat assignment awal-awal tapi aku takde dorongan yang kuat untuk push aku. Lagi satu, menulis assignment dengan menulis (macam aku sedang lakukan sekarang) tak sama feel-nya. Mana ada orang suka menaip assignment. Kalau boleh, semua nak copy and paste je.

Untuk rekod, aku pernah siapkan 40+ halaman assignment dalam masa semalaman. Bangga? Tak lah. Apa yang susah sangat? Aku lulus okay je. Mungkin sebab aku semulajadi pandai kot. Nak buat macam mana, anugerah Tuhan. Terima je lah.

Ni ni ni, yang pergi kipas pensyarah buat apa? Setahu aku, bilik pensyarah dilengkapi air-cond. Tak payah kipas pun takpe. Bodoh gila student jenis ni. Tengok macam aku. Habis kelas terus balik tidur. Lagi best. Tak pun singgah makan cendol dulu. Perghhh!

Dah dah dah, lupakan perihal kolej. Ni nak bagitau, aku suka gila renung muka Perempuan. Random faces. Tak kisah-lah cantik, kurang cantik atau kurang kurang cantik sekalipun. Apakah aku gila seks? No no no, tidak sama sekali. Taste aku gila tinggi. Setakat nasi lemak sejemput baik tak payah. Tak, aku tak prejudis. Kalau orang offer, aku terima je. Itu lumrah.

Tetapi itu-lah, bila aku renung, diorang control sweet lah pulak. Rileks sudah. Aku memuji kamu dalam hati, kamu tahu? Aku tahu untuk menghargai kecantikan. Lagipun, aku renung dengan bersebab. Okay, macam ni-lah. Aku renung Miranda Kerr, itu normal. Kalau aku renung tahi (mungkin membandingkan Perempuan dengan tahi bukan-lah satu perkara yang bijak), itu tak normal. Faham tak? Mesti kamu tak faham punya.

Akhir sekali, lepas baca ni, mesti kamu takut untuk tinggalkan komen sebab takut dituduh bodoh. Hek eleh, bodoh je pun. Mampus pi lah. Itu pandangan orang. Asal kenal diri sendiri, sudah-lah. Fucking A!

Atau karangan ini kena tepat pada batang hidung kamu? Aku minta maaf-lah. Aku jenis minta maaf sekali je. Ulang banyak kali buat apa? Setahu aku, keikhlasan tu yang penting. Daripada lafaz maaf 100 kali, kalau tak ikhlas pun tak guna juga. Setiap apa yang aku ucap, aku maksudkan. Bukan cakap kosong. Merapu pun biar-lah bersungguh-sungguh!

Lai lai. Do I look like I give a fuck? Nahhhh, I don't think so.

Nota terakhir untuk si Gadis

I thought I know everything about her yet I know absolutely nothing about her.

Khamis, 14 April 2011

In my head (3)

I'm going home this week. I couldn't absorb Seri Iskandar vibe anymore. Aku mahu hujan. Turun membasahi bumi. Mengira Managerial Accounting. Mobile blogging. Microblogging. Mindfuck. Fainted. Mata liar. Nasi lemak. Kalkulator. Your face, her face. Your smile, her smile. Sudu garfu. Pen-is. Variable cost. Writing on-the-go. Conclusion. Fast typer. CityVille. Copy paste. Tests, quizzes, assignments. Fucked-up. Reading. Writing. Writing about writing. Small tits. Mindfuck. Do I look like I give a fuck? Ask for her hand. Lying on bed. No response. Walking slowly. Laugh and jokes. Remember cuddle in the kitchen? Up, up and away. Random people. Janji? Don't make me laugh. Please. I wanna puke. Pentadbiran. Nothingness. Menulis bahasa Melayu. View notes. Options save clear. 2222. Tudung, and more tudung. Air bungkus. Eat and run. 2025. Makan percuma. Surau terbakar. Senyum dan ketawa. Tali leher. Gula-gula. Pembelajaran. Jangan pura-pura baca buku. Aku tahu-lah kamu jenis apa. Simpan buat pekasam. Fucking judgemental. End.

Diketawakan dunia

My friends used to laugh at me when I wrote too much about Love, back then.

"Uish Alep, jiwang gila," they told me. Yeah, I know. They are teasing me.

Instead of arguing with them, I just walk away and smile. Like I always did.

Just so you know, I've been experimenting with words all this while. To enhance and enrich my vocabularies and all. But it turns out to be, I am somehow writing about Love.

And one thing for sure, they will never know what is hiding behind my writing.

"Alaa, kalau aku tipu. Bukan hangpa tau pun," I whispered slowly, in my heart.

Selasa, 12 April 2011

Normal being

I am being too good to other people, lately. It’s not that they make use of me because of that but I don’t want to give them a wrong perception about myself. Honestly, I’m just a normal being. Believe me; I’m not as sweet as what you think.

I could be your worst fucking nightmare that will haunt you down. I could go straight to your face and tell you to go fuck yourself. I could do anything if I want to.

Only if I want to. But I chose to be good to other people. What’s wrong with that, anyway?

Err...

I’m not good at describing people. If you asked me, “What do you think of me?”

Probably my reaction would be something like this, “I’m glad I had the chance to befriend with you.” Or if I’m too lazy to answer, I’ll just go with, “I don’t know.” Or if feel like being sarcastic, I might asked you back, “Think of what? Your attitude? Your appearance? Your personal hygiene?”

I’m not the type of person who gives a damn about your background regardless of who you are. I treat everyone equally. If I’m happy and I feel comfortable to be with you, I will not take you for granted, for heaven’s sake. That’s all. If not, why would I befriend with you in the first place?

Bear in mind, you don’t have to pretend to be someone else. Just be yourself (this is sort of reminder to myself, too) because what you give, you get back. And yes my dear, I don’t believe in that karma bitch. I am karma, myself. That’s for sure.

Perjalanan tanpa jejak

When I arrived at MIHAS 2011 exhibition which being held at KLCC Convention Centre on 6-9 April, I could feel the sense of boringness gushed through my veins. My colleagues first went to Suria KLCC for-something-I’m-not-interested-with. Window-shopping? Blurghh, I’m not interested with something like that. Wasting my fucking precious time!

Anyway, MIHAS is all about halal foods, products and services. It was participated by hundreds of countries all over the world. I went there along with my colleagues with an objective to complete our so-called research for International Business Management assignment. Yeah, you’ve heard it right. An fucking assignment.

I never like doing research. I mean, I had to interview the exhibitors to know more about their product, the marketability and sustainability of the product, the market potential of the product, the packaging, the pricing strategy, the cultural and social barrier before their product could enter our country and yada yada yada.
According to my lecturer, more or less 500 booths are open for visitors. The best parts of all, there are a lot of free sample of food ready to be grabbed. I swallowed everything from the very beginning until the end. I’m being blessed with good food.

After finished doing my research, Pak Cik showed up and treats me for a lunch. He came all the way from Putrajaya (because I forced him to come). I had texted him a day before I went to MIHAS. Besides him, I wanna meet Nursyazrain there, but she’s been busy sleeping all day long. It’s been a while since the last time I met her. Duh!

Around 4 something, I texted Fatin “Ada dekat mana?”

“Ada dekat Dome. Wanna join us?” she replied.

At first I was like err okay, Dome Café? No no no, maybe next time. I got not much money left in my hand (I had spent my money on something else). And I’m not willing to pay for an expensive cup of coffee. “Takdak pasaiii!” bak kata orang Utara.

I was trying to be polite, so I came up with an excuse. I told her “Oh okay. Kalau rajin, aku pergi.”

And later on, I’ve met someone who kinda digs my writings. A sort of new friend to me, I supposed. It was nice to have a random conversation with him though I’m fucking tired at that moment and barely able to think of anything to talk with him. I’m sorry for that.

I reached home by 10 p.m. and went to bed, slept like there is no tomorrow. Ftw!

Manusia kerdil

I could never imagine myself living in big cities. Where there’s a lot of people, cars, skyscrapers, entertainment, and many many many more. To be honest, I just hate being surrounded by bunch of strangers and I hate crowded places too. I suffocate easily when I hear the buzz of conversation of other people.

Am I an antisocial? No, not really. An antiquated type of person? No no no, I just gotta stop labeling myself.

If I’m about to be left alone on the stranded island, what will I bring along?

Hurm, I’ll bring books and foods. Tell you what, I will survive. For at least a week, before I killed myself. Ha ha ha!

It is arguable when I said I can’t imagine myself living in big cities (though I will fucking survive, anyhow). Why am I being so persistent and refused to live somewhere where I could buy things with ease, where I could hangout at cool and hip places, where I could enjoy a sip of coffee at exclusive café. Let alone those fast food franchises.

I stood my ground and I believe those big cities are soulless. In the end, you will end up alone. Nobody cares and that is certainly not something I’m sought after. For me, it is not the matter of being a nonconformist or whatsoever but sometimes avoid living in big cities is a form of escapism.

The feeling is indescribable. Just like the taste of a red wine (metaphorically).

Melangkah dunia dan imaginasi

I feel like shit. A month ago, I wrote a lot of useless, meaningless and hopeless notes. Unintentionally, I dragged my feelings and emotion onto my writing. I mingled up everything. Mixed here and there, this and that. Until I get confused and decided to stop writing for a while. As usual, I blame it on writer's block. Stupid me.

Some might called it hiatus. Nahhh, hiatus my ass. Last time I tried, my hiatus last only for two hours. Two friggin' hours, ya know!

So, here I am, back to write on a daily basis like fuck. Something, at least, I'm good at. I shall not write something like that anymore, if you know what I mean.

Now, let's get going, shall we?

Nota terima kasih

Malam Ahad lepas, Nadzirah hadiahkan kek cawan kepada aku dan housemates (kek cawan? Gila kelakar. I'll stick with cupcake).

Cupcake yang sungguh comel dengan nama aku di atasnya dan juga hiasan yang tidak berlebihan. I don't feel like eating the cupcake cause it looks innocent yet so sweet.

Tetapi aku makan juga. Orang kata, rezeki jangan ditolak. Sedap, tetapi aku tak tahu apa ingredients-nya. Cuma aku perasan ada chocolate chip di dalam cupcake tersebut, yang menambahkan variasi rasa.

Makan cupcake di bawah sinar lampu jalanraya dan berborak hingga lewat malam tentang itu dan ini.

Dan sekarang, aku abadikan memori itu di dalam kerangka tulisan. Cheers!

Hiatus yang sentiasa gagal

Kawan sekolej tak pernah tahu perangai sebenar aku. Pada mereka, aku sentiasa gembira, kerap melawak dan apa lancau lagi. Mereka tak mungkin tahu apa yang aku lalui sebelum aku mengenali mereka. I never tell them anything. And I strongly believe, they're not telling me anything too, all this while. Fair enough, huh?

Tak tak, aku tak pernah berpura-pura ;-)

Jumaat, 8 April 2011

Pessimist

Jika ianya adalah satu persaingan atau perebutan, aku dengan penuh sopan akan mengalah dan berundur dengan rela hati. Aku tahu dimana had aku.

Lagipun, aku tahu aku tak mungkin akan menang ;-)

Untitled

Aku menulis tentang orang lain terlalu banyak. Walaupun aku menulis tentang orang lain untuk simpanan sendiri sebenarnya.

Pernah sekali, seorang kawan menulis tentang aku. Kamu tahu apa? Aku adalah manusia paling gembira dalam dunia. Hey hey sekurang-kurangnya, ada juga manusia lain yang sanggup dan mahu menulis tentang aku. Aku faham apa perasaannya bila diri kamu disertakan bersama di dalam sebuah tulisan. Kamu rasa dihargai.

Mungkin aku patut berhenti menulis tentang orang lain. Kerana aku yang akan kesunyian di akhirnya.

Khamis, 7 April 2011

Neraka

Kawan aku perasan ini, yang aku semakin tidak terurus. Lebih banyak termenung. Mengeluh sendirian. Menghela nafas panjang. Aku tak tahu kenapa. Sepatutnya aku gembira. Merayakan kehidupan. What the fuck happened to me? Dan aku kembali mengeluh sendirian.

Rabu, 6 April 2011

Perbualan dua hala

I love having face to face conversation. Melihat tepat ke dalam mata, menduga hati dan perasaan. Perbualan telepati sambil diselang seli dengan senyum dan ketawa kecil. Sebelum masing-masing memulakan bicara.

"Marah ke?" aku tanya. Memecahkan suasana dan cuba untuk mula berbual.

"Tak, tak. Tak marah," dia balas perlahan, dengan wajah kelesuan dan keletihan.

"Haih," aku keluh. Aku lihat mukanya semula, dan aku senyum. Entah mengapa.

Kemudian, dia mula luahkan segalanya, dan aku lebih senang untuk mendengar pada mulanya. Tempoh hari dia mahu beritahu aku sesuatu, dan aku biarkan sahaja. Let her be, I told myself.

She's being nice to me, and I was trying to defend myself, too. Hanya untuk mengimbangi keadaan dan supaya aku tidak tenggelam di dalam perbualan ini. Aku beritahu, "Itu semua salah faham sebenarnya. Aku tak ada niat pun nak cakap sesuatu macam tu."

Lain kali aku perlu lebih berhati-hati ketika menulis atau berbicara. Aku ada hati yang perlu dijaga. Dan jika aku kalah sekali pun, tak apa lah. Chillax!

Perbualan

Aku beritahu dia betapa aku takut untuk rapat dengan mana-mana perempuan.

I've been through a lot to find the right Girl. Kalaupun jumpa, sama ada err... tak ada apa-apa lah.

Aku tak pernah rasa terkilan atau apa. This is me, trying to act cool, anyhow. Tetapi mengelak hakikat kehidupan, tak tak, aku bukan jenis begitu. Biar apa pun yang menanti untuk aku di masa hadapan, aku terima juga.

Satu ketika dahulu, aku tak pernah jujur, even with myself. Ya ya ya, aku dalam penafian. Tetapi itu dahulu. Sekarang, come whatever may, aku akan tempuh.

Biarpun aku yang akan kalah di akhirnya. Bukan orang lain.

Hopeless (2)

Aku kerap bertanya diri sendiri,
apakah aku punyai sesuatu untuk dipertahankan?
Di sisi, sentiasa ada,
keluarga, kawan, dan beberapa manusia rawak.

Aku tanya pada Hati,
apakah ada lagi ruang kosong untuk diisi?
Jawabnya, datanglah sesiapa pun,
tetapi tolong bawa bersama kegembiraan,
bukan kesedihan.

Hopeless

Keletihan melayan kebejatan dunia,
aku mencuba terlalu kuat,
cuba memaksa sesuatu yang aku tak mampu,
iaitu perasaan sendiri.

Aku diresapi larutan jiwa,
menidakkan perasaan,
berbolak-balik,
menghela nafas kecewa,
sambil ditemani kekosongan tanpa arah.

Faith Decides

Ada sesetengah manusia di luar sana yang percaya aku boleh menulis dengan baik. Mereka kerap beritahu aku, "I love your writing" atau "You are talented".

Selalunya aku akan balas dengan rendah diri dan penuh sopan, "Eh, biasa biasa je".

Sekurang-kurangnya, itu yang mereka fikir tentang aku, atau lebih tepat lagi, tulisan aku. Sejujurnya, aku tidaklah terlalu bagus. Kiranya, dalam tahap boleh-lah tahan. Tetapi kekerapan menulis ternyata mempengaruhi gaya tulisan aku, cara pemikiran aku dan sedikit sebanyak mengubah tanggapan aku terhadap manusia sekeliling.

Aku hargai harapan manusia lain terhadap aku. Mereka percaya aku punyai sesuatu yang boleh dicapai dan aku mampu untuk pergi lebih jauh. Serius, aku menulis untuk kepuasan diri sendiri. Aku adalah peminat diri sendiri. Tetapi mempunyai manusia yang sudi membaca tulisan aku, meminati tulisan aku dan menghargai tulisan aku, itu adalah sesuatu yang membanggakan.

Isnin, 4 April 2011

Exaggeration

I just simply love Meeting and Interview Skills class. It was full of sheer excitement, passion, joy and of course a lot of laughter as well.

Mr. Hamzah taught us the easiest way on how to tackle the interviewer. How to deal with tricky question and sometimes stupid question. Not just that, he taught us how to be cool in front of others. When dealing with interviewer, he taught us to be as confident as fuck.

"Never shows you don't know anything," he told us, "Instead of saying 'I don't know', you should reply with 'I'm not so sure, but I will check back on that matter immediately'.

Now that sounds very cool. I mean, to have someone from real business world as your lecturer, that was plain awesome because he teach us based on his life exprience. What he had been through, what he had endured, well, benefits us a lot.

I can't wait for the interview session. Hopefully I will, or at least, pretending to be as cool as fuck.

Ahad, 3 April 2011

Ahh, Ipoh!

Baru aku perasan, aku sudah jarang turun ke Ipoh. Kali terakhir adalah hurm, barangkali sebulan yang lepas, atau lebih. Tidak turun ke Ipoh bermakna aku sudah lama tidak menjamah Mee Kari Paling Sedap Di Dalam Dunia, sudah lama tidak bersarapan pagi di Hollywood dan lain-lain.

Aku ada beberapa orang kawan yang masih belajar di Ipoh. Tetapi bila aku di Ipoh, haram tak dapat juga berjumpa. Masing-masing sibuk. Itu lah, ini lah. Kadangkala, mereka datang dari Ipoh untuk berjumpa aku di Seri Iskandar sebelum mengajak aku pulang ke Sitiawan bersama mereka.

Aku pernah bertanya pada seorang kawan, "Amacam hidup dekat Ipoh? Okay?"

"Boleh lah. Best memang best, tapi lama-lama bosan jugak," dia balas, "kalau ada duit, semua benda pun jadi best."

Aku ketawa mendengar jawapan itu. Betul juga. Sekarang beritahu aku, siapa kata duit tak mampu beli kebahagiaan?

Namun, kebanyakan yang aku kenal (pelajar-pelajar kolej) bila ditanya apa yang bagus tentang Ipoh, dengan pantas mereka akan merujuk kepada pusat beli belah Jusco dan Ipoh Parade. Dua tempat ini, bagi aku, gila babi overrated. Kalau pergi sekali-sekala, mungkin menyeronokkan. Maksud aku, menonton wayang, window shopping, shopping bla bla bla. Tetapi bila terlalu kerap pergi ke sana, kamu sendiri akan bertanya-tanya, apa jadahnya yang menyeronokkan tentang dua tempat ini? Tak ada apa! Ianya sekadar pesta jualan para kapitalis untuk sepanjang tahun. Hip hip hooray!

Tetapi mencuci mata di dua tempat ini bagus juga sebenarnya. Heaven!

Masalah dunia

Tiap kali pulang ke rumah, Ayah pasti akan tegur rambut aku yang semakin panjang, tak terurus.

"Gunting la rambut tu. Simpan panjang-panjang buat apa," Ayah pesan.

Pesan Ayah itu selalunya aku akan balas dengan, "Hurm, nanti la. Malas nak gunting."

Aku pandang cermin. Betul juga, messy gila.

Bukan tak mahu gunting, tetapi dua bulan lepas, rambut aku gugur teruk. Setiap kali selesai mandi, bergumpal-gumpal rambut luruh dari kepala. Hinggakan aku begitu takut untuk menyisir rambut, apatah lagi untuk menggunting rambut ketika itu.

Botak pada umur awal dekad kedua? No no no!

Ciptaan Tuhan ♥

Aku ketawa melihat wajah Adik. Dari petang tadi hingga lewat malam, Adik tak henti bercakap. Adik hanya akan berhenti bercakap ketika tidur.

Aku tanya Kakak soalan rutin tiap kali pulang ke rumah, "Adik lelah lagi ke?"

"Ha'ah. Batuk waktu tengah malam."

"Bukan haritu dah elok ke?" aku tanya lagi.

"Dia selalu minum air sejuk dekat tadika. Bawa air dari rumah, bukan dia nak minum."

Aku sekadar ketawa. Kanak-kanak memang begitu. Apa boleh buat? Dah larang pun, dia buat juga.

Kadangkala aku beritahu Adik, "Adik tak boleh minum air sejuk. Nanti Adik batuk."

"Adik minum sikit je. Bukan banyak pun," Adik balas. Degil.

Adik adalah ciptaan Tuhan yang paling aku sayangi. Adik cuma hadir sekali di dalam hidup aku. Tanpa ada ganti.

Sabtu, 2 April 2011

Ayat-ayat retorik

I prefer a phone call rather than texting. Bergantung kepada situasi-lah. Jika ianya hal-hal yang tak begitu penting atau sekadar untuk bertanya khabar, aku lebih selesa menghantar teks. Bukan apa, jika ianya hal yang penting, aku fikir phone call lebih praktikal di samping more straight forward. I mean, kamu pernah lihat orang menulis karangan panjang ketika menghantar teks? Ya, akulah orangnya. Ini kerana aku punyai terlalu banyak perkara yang berlegar di dalam kepala.

"Kamu bosan?" aku kerap bertanyakan soalan yang sama ini kepada manusia lain. Aku tak tahu kenapa. Mungkin aku terlalu paranoid dengan beranggapan aku adalah manusia paling membosankan di atas muka bumi. Aku sentiasa mempunyai anggapan, jika kamu bosan, there's no fucking point of having conversation or wasting your time (and money) to send me a text. Bagi aku, ianya tak ubah seperti perbuatan retorik, tiada makna.

Jika kamu rasa aku menjengkelkan (annoying), you better tell me. Jika kamu rasa aku membosankan, you better tell me. Sejujurnya, aku tak ambil hati. Aku lebih rela kamu berlaku jujur dan beritahu perkara sebenar instead of leaving me hanging without any replies. Just in case you don't know, menunggu adalah perkara paling membosankan di dalam dunia.

Tak, tak. Aku tak marah, jangan ambil hati. I'm telling you the truth. That's all.

Jumaat, 1 April 2011

Langkah pertama (2)

Aku perlu gembira sepanjang masa. Atau sekurang-kurangnya senang hati ketika menulis. Aku tak mampu menjadi sarkastik ketika sedang dilanda kesedihan. Aku tak mampu menerapkan nilai humor ketika sedang dilanda kekecewaan.

Slow and steady. Aku perlu segera angkat kaki sebelum dibasahi hujan di neraka. Merangkak pun tak apa, asalkan aku kekal bergerak sebelum mengatur langkah pertama seperti sebelum ini. Menulis seperti sebelum ini. Berlari meninggalkan awan mendung secepat mungkin.

Langkah pertama

I will never ever let anyone read my unfinished notes. Don't bother asking why.

But of course I will tell you why, if you keep on insisting. Orang Melayu kata, "Kalau kena dengan cara, mesti aku bagitau punya..."

Nota orang mati (8)

Nafas tersekat-sekat. Menaip terlalu banyak. Memaksa diri terlalu jauh. Mengharapkan positif. Harapan palsu yang aku beri pada diri sendiri. In denial, in denial, in denial. Too good to be true. I laughed at myself. Pathetic. No one cares, I told myself. Aku sudah letih mencarut, hilang makna. Menjadi rutin membosankan. Maha bosan, maha bosan. Ditinggalkan seorang diri, melawan dunia. Berteman tulisan yang sepi.

Nota orang mati (7)

"Dunia, tolong jangan ganggu. Aku nak tidur. Boleh?"

Nota orang mati (6)

Aku lihat kalendar. Ianya 1hb April. Aku teringatkan April Fool. April yang bodoh atau manusia? Dua-dua pun bodoh. Aku teringatkan semalam, tiada apa-apa. Aku teringatkan kelmarin, tiada apa-apa. Aku teringatkan masa silam, aku jatuh sebak. Aku pandang semula ke hadapan. Menduga hari esok, aku lihat awan gelap. Aku duga lagi hari esok, masih juga gelap. Aku capai pisau imaginasi, terus aku kelar leher kesedaran. Moga-moga aku bangun mimpikan perihal indah.

Nota orang mati (5)

Aku pandang ke atas. Aku pandang ke bawah. Aku pejam mata. Aku tak tahu apa rasanya. Aku tak tahu kepada siapa untuk mengadu. Kepada siapa untuk berbicara. Menulis sebegini buatkan aku kelihatan dungu. Aku lebih gemar bersendiri di dalam keramaian. Tak jadi terkenal pun tak apa. Tak jadi tumpuan pun tak apa. Aku tak sedih. Tak gembira. Tak ketawa. Tak berduka. Aku tanpa rasa yang nyata. Aku tinggalkan ayat tergantung separuh siap. Tidak bersambung. Tak mungkin akan bersambung. Aku tulis sesuatu tentang perasaan. Kemudian aku padam kesemuanya. Menyebabkan aku sudah hilang rasa. Tanpa sesiapa tahu di sebalik senyuman palsu tiada makna. Yang aku sudah terbaring mati tanpa jiwa.